PENGERTIAN QADHA’
Nama keompok I : - Fitri andriani
- Alfalani
- Hikmah
- Juniati
- Siti fairurriza
- Nur ati’ah
Qada dan qadar Document Transcript
• 1. Pengertian Beriman Kepada Qadha’ Dan QadarBeriman kepada qadha’ dan
qadar bererti ...
digunakan untuk memperolehi kemuliaan itu. • Allah s.w.t. berhak
merendahkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya dengan men...
serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui darimana datangnya dan
tidak seorang sahabat pun kenal kepada lelaki ...
yang sempurna keimanannya. Jikaia memperoleh kesenangan, ia bersyukur
adalah kebajikan baginya dan jika iamemperoleh kesus...
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah
hendaknya orang-orang beriman bertawakkal.” (sur...
adataqdirnya yang akan dijalani oleh manusia ketika hidupnya. Inilah yang
dinamakan“taqdir Allah” atau nasib seseorang man...
menghayati kehidupan keimanan ini hingga pengaruhnya dalamamalan
kehidupan mereka amat menakjubkan kerana apabila mengetah...
ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu
beradapada alam realiti kerana Allah menulis dan ment...
• 25. ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda
Rasulullah(Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahka...
• 28. kontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak
sama denganorang yang bekerja di padang pasir ...
• 31. mengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu
manusiabertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Bera...
perasaannya ialah kemenangan. • Kemampuan mengawal diriBeriman kepada
qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan ...
direncanakan oleh Allah s.w.t. • Allah s.w.t. secara mutlak memerintah dan
mengawasi seluruh kerajaan di alam ini dan berh...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Pengertian qadha

311 views
246 views

Published on

pengertian qada dan qadar

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
311
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengertian qadha

  1. 1. PENGERTIAN QADHA’ Nama keompok I : - Fitri andriani - Alfalani - Hikmah - Juniati - Siti fairurriza - Nur ati’ah
  2. 2. Qada dan qadar Document Transcript • 1. Pengertian Beriman Kepada Qadha’ Dan QadarBeriman kepada qadha’ dan qadar bererti mempercayai bahawa Allah s.w.t. adalah zatyang Maha kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang adadi alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggui oleh sesuatukuasa asing.Dengan erti kata yang lain, sesuatu perkara yang telah berlaku, atau sedang berlaku, atauyang akan berlaku, semuanya adalah tertakluk di bawah qadha’ dan qadar (taqdir) AllahTaala untuk menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkara tadi.Jesteru itu apa saja yang terjadi di alam ini semuanya berjalan sesuai dengan ilmu daniradat Allah yang telah direncanakan-Nya sejak mula lagi mengikut peraturan- peraturanyang telah ditetapkan Allah dalam alam yang maujud ini. Firman Allah s.w.t. :Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yangtertentu. (Surah ar-Ra’d :8)Firman Allah Taala ini telah memberi pengertian yang jelas, bahawa sesuatu perkara atauperbuatan yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah bukanlah kerana mengikutdorongan kemahuan atau perintah sesiapa pun, malah adalah secara mutlak mengikutperaturan dan ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah Taala sendiri sebagai qadha’dan qadarnya. Firman Allah s.w.t. : • 2.Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai tuhan yang mempunyai kuasapemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yangEngkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapayang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkaukehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Didalam kekuasaan Engkau, adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkaulah sahaja amatberkuasa atas setiap sesuatu.”“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, danengkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yangmengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yangmengeluarkan sesuatu benda yang mati dari yang hidup. Engkaulah juga memberi rezekikepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.” ( surah Ali Imran :26-27)Firman Allah tersebut adalah menjadi dalil bahawa qadha’ dan qadar itu adalah tertaklukdi bawah pentadbiran dan kekuasaan Allah secara mutlak, di mana Allah Taalalah yang 2 • 3. menentukan kedudukan makhluk itu mengikut qadha’ dan qadar (takdir Allah) sama adabaik atau buruknya.Firman Allah s.w.t. yang tercantum dalam ayat tersebut itu juga bolehlah disimpulkansebagaimana berikut : • Allah s.w.t. adalah Maha Raja secara mutlak yang berhak memerintah dan menguasai seluruh kerajaan di alam ini. • Allah s.w.t. berhak mengurniakan kerajaan atau kekuasaan memerintah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. • Allah s.w.t. berhak pula mencabut kerajaan atau kekuasaan memerintah itu daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. • Allah s.w.t. mengurniakan sesuatu kurniaan atau mengambil kembali pengurniaan itu adalah mengikut sunnah Allah yang berlaku dalam perkara-perkara tersebut. • Allah s.w.t. berhak memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dengan pertolongan kepadanya untuk mencapai kemuliaan itu setelah melakukan sebab- sebab yang boleh
  3. 3. digunakan untuk memperolehi kemuliaan itu. • Allah s.w.t. berhak merendahkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya dengan mentaqdirkan orang itu sebagai orang yang paling hina. • Semua perkara kebaikan dan keburukan adalah terletak di bawah kekuasaan Allah s.w.t. menentukan dan menetapkan sebagai qadha’ dan qadar Allah Taala. • Allah s.w.t. berhak memberi dan mengambil kembali sesuatu pemberian-Nya, sesuai dengan kehendak dan ketetapan-Nya. 3 • 4. • sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah Taala dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di alam dunia ini, iaitu masa dan waktu silih berganti. Begitulah pertukaran suasana dan keadaan yang dialami oleh setiap manusia dan semua makhluk-makhluk Allah yang lain. • Allah s.w.t. berhak melimpahkan rezeki sebanyak-banyaknya kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya tanpa perhitungan dan gangguan mana-mana pihak kerana Allah sahaja yang berkuasa secara mutlak untuk mengatur dan menetapkan sesuatu perkara itu mengikut pilihan-Nya yang tertakluk kepada qadha’ dan qadar di mana manusia tidak berhak untuk menolak dan membuat pilihan qadha’ dan qadar Allah.1Qadar ( Taqdir )Di dalam al-Quaran telah disebutkan beberapa kali masalah qadar atau taqdir. • Firman Allah s.w.t.: Maksudnya : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisinya dengan qadar yang tertentu. (Surah ar- Ra’d :8)1 Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Qadha dan Qadar, Ulasan Tuntas Masalah Taqdir (terjemahan), 2003, hlm. 9. 4 • 5. • Firman Allah s.w.t.: Maksudnya : Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharannya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut qadar dan masa yang tertentu. (Surah al-Hijr :21) • Firman Allah s.w.t.:Maksudnya : sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yangtelah ditentukan). (surah al-Qamar : 49)Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut, bahawa maksud dan makna qadar atau taqdir ituialah sesuatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. untuk semuayang ada dalam alam yang maujud ini. Peraturan- peraturan tersebut merupakan undang-undang am atau kepastian yang mempunyai pertalian di antara sebab dengan musababnyadan di antara sebab dengan akibatnya. Imam Nawawi mentakrif dan berkata bahawaqadar atau taqdir ialah semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telahditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah sebelum sesuatuitu berlaku dan terjadi, di mana Allah telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku ke 5 • 6. atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan , sesuai dengan garisan yangtelah ditetapkan-Nya.Ini bermakna berlaku dan terjadi sesuatu itu sudah pasti akan berbetulan mengikut sifat-sifat dan keadaannya yang khusus, dan tepat sebagaimana yang digariskan oleh Allah. Iniialah kerana Allah yang membuat beberapa ketentuan, peraturan dan undang-undangyang diterapkan untuk semua yang maujud di alam dunia ini, di mana semuanya akanberlaku, beredar dan berjalan dengan tepat, sesuai dengan kekuasaan Allah s.w.t.Beriman Kepada Qadha’ Dan QadarBeriman kepada qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan iamerupakan rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percayakepada qadha’ dan qadar adalah bermakna mereka itu telah terkeluar daripada agamaAllah Azza Wajalla (Islam).Dalam hadis yang sahih menyebutkan Umar ibn al- Khattab meriwayatkan pada satuketika sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama –sama sahabatnya, tiba-tiba datangseorang lelaki yang berpakaian
  4. 4. serba putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui darimana datangnya dan tidak seorang sahabat pun kenal kepada lelaki itu, lalu lelaki tadibertanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung dengan Islam, Iman dan Ihsan.Mengenai iman lelaki itu berkata: “Beritahulah kepadaku tentang hal keimanan.”Rasulullah terus menjawab : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada qadar, baik dan buruknya. Lelaki itulalu berkata : “Benarlah apa yang egkau katakana itu.” ( Riwayat Muslim)Lelaki yang datang itu adalah Jibril, di mana ia memang sengaja datang kepadaRasulullah s.a.w. yang sedang duduk-duduk bersama sahabatnya untuk mengajar umatBaginda secara soal jawab mengenai Islam, iman dan ihsan.Beriman kepada qadha’ dan qadar adalah kepercayaan atau aqidah yang wajibditanamkan dalam hati setiap orang Islam bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadike atas diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapanyang telah dibuat oleh Allah s.w.t. dengan ilmu dan iradat-Nya sendiri sebelum perkaraitu berlaku dan terjadi.Justeru itu, andainya seseorang tadi ditimpa sesuatu kesusahan, atau bala bencana, atautidak berhasil apa yang dicita-citakannya, selaku orang yang beriman kepada qadha’ danqadar tidak boleh menyesal, atau bersedih atau kecewa kerana semua perkara itu adalahqadha’ dan qadar Allah. Sebaliknya jika seseorang itu dikurniakan rahmat dan nikmatyang berupa kebendaan atau sebagainya, janganlah terlalu sangat bergembira sehinggalupa daratan. 7 • 8. Firman Allah s.w.t. : Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yangdemikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidakbersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secarasombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allahtidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri. ( Surah al-Hadid :22-23)Sehubungan dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yangdibencinya janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas dirinya,kerana boleh jadi perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri seseorang tadi.Sebaliknya perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagi seseorang itu. Ini ialahkerana baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah di dalam ilmu Allah dan iradat- Nyayang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengikut qadha’ dan qadarnya.Allah s.w.t mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah s.w.t.mentaqdirkan seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas 8 • 9. kasihan Allah yang bersifat “Hakim dan Rahim”, di mana seseorang itu janganmemandang mudah dan memperkecilkan nikmat Allah dan jangan pula gelisah denganbala bencana yang menimpa diri mereka, malah hendaklah mereka itu bersyukur ketikawaktu senang dan bersabar ketika waktu susah kerana semua perkara itu adalah qadha’dan qadar Allah dan semuanya ada hikmahnya yang tersendiri.Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang sahih yang diriwayatkandaripada Abi Yahya Suhaib bin Sinan r.a. sabdanya : hairan mengenai perkara orang mukmin bahawa semua perkara baginyaadalah baik (menjadi kebajikan). Dan yang demikian tidak ada kebajikan pada setiapperkara bagi seseorang itu, kecuali bagi orang mukmin
  5. 5. yang sempurna keimanannya. Jikaia memperoleh kesenangan, ia bersyukur adalah kebajikan baginya dan jika iamemperoleh kesusahan, ia bersabar adalah kebajikan baginya. 2Qadha’ Dan Qadar Dalam Aqidah Islam2 Syeikh Abdullah Muhammad Basmih, Mastika Hasdis Rasulullah Jld.1, 1995. hlm.217 9 • 10. Qadha’ bererti ketetapan.Dan qadar bererti taqdir – nasib atau untung. Dalam aqidahIslam, qadha’ dan qadar ialah ketetapan Tuhan di dalam Azali tentang nasib atau untungseseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam firqah orang yang beruntungatau orang yang celaka sa’adah atau syaqawah.Dalam aqidah Islam, mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu rukun aqidah, dimana masalah qadha’ dan qadar ini dibicarakan secara meluas dan mendalam oleh semuaagama samawi. Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada taqdir. Mereka beriktiqadbahawa semua perkara yang berlaku dan yang terjadi di alam ini sudah ditentukan danditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam Azali sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di manasemuanya itu sudah ditulis lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.3Beriman kepada qadar memberi erti ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhaddapmakhluknya pada azali lagi, manakala qadha’ pula ialah pelaksanaan ketetapan pada azalijuga. Bila disatukan dua perkataan ini memberi erti “suatu ketetapan yang dilaksanakanoleh Allah terhadap makhluk-Nya pada azali.4Tegasnya, mengikut iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah semua perkara yang sudah berlakudan akan terjadi di alam ini sudah diketahui oleh Allah s.w.t. Iktiqad Ahli Sunnah WalJamaah tersebut berhujjah dan berdalilkan nas-nas berikut ; • Firman Allah s.w.t. :3 Said Ibrahim, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, 1996, hlm.2814 Abd. Aziz Omar Ahamad, Asas Aqidah Islam, 2000, hlm.237 10 • 11. Maksudnya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid :22)Firman Allah s.w.t. teersebut memberi pengertian yang jelas apa sahaja yang berlaku danyang terjadi di dunia ini, adalah semuanya sudah ditaqdirkan oleh Allah lebih dahulu dantelah ditulis di Luh Mahfuz sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi.Menurut Ibn Abbas : Yang dimaksudkan “kitab” dalam ayat tersebut ialah Luh Mahfuz.Ibn Abbas berkata : Tatkala Allah menjadikan kalam, maka ia berkata : Tulislah! Lalu kalam itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai hari kiamat.Semua yang berlaku dan terjadi sudah ditaqdirkan Allah lebih dahulu dan sudah adatulisannya pada Luh Mahfuz. Itulah yang dinamakan qadha’ dan qadar atau taqdir Allahs.w.t. 11 • 12. • Firman Allah s.w.t. : Maksudnya : dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidaklah dapat mereka kemudiankan walau sesaat pun, dan tidak pula dapat mereka dahulukan. ( surah al-A’raaf :34)Firman Allah s.w.t. ini adalah bermaksud setiap umat dan manusia sudah ditentukanAllah ajalnya, bila mereka akan mati. Kalau sudah datang ajal yang ditentukan itu, makaia mesti mati, tidak seorang pun yang dapat menahan, atau mendahului ajal itu. Inilahyang dinamakan taqdir. • Firman Allah s.w.t. : Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami (sesuatu pun) melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pengawal yang
  6. 6. menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang beriman bertawakkal.” (surah at-Taubah :51) 12 • 13. Firman Allah s.w.t. ini menyatakan sesuatu nasib yang menimpa manusia sudahditaqdirkan oleh Allah sebelumnya, tidak dapat lagi seseorang itu mengelakkan dirimereka daripada taqdir Allah itu. Oleh yang demikian, setiap orang yang berimanhendaklah menyerahkan diri mereka kepada Allah s.w.t. dan menerima dengan kerelaanhati segala yang ditaqdirkan oleh Allah. Qurtubi mentafsir ayat ini:Tiap-tiap suatu adalah dengan qadha’ dan qadar. (Tafsir Qurtubi : 13/160) • Firman Allah s.w.t. : ٍ Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut taqdir (yang telah ditentukan). ( surah al-Qamar :49 )Dalam mentafsir ayat ini Qurtubi berkata :Kepercayaan yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahawa sesuatu yang telahditaqdirkan oleh Allah. Ia sudah tahu taqdirnya, sudah tahu keadaannya dan zamannyasebelum sesuatu itu dijadikan-Nya. Kemudian Allah mengadakan sesuatu yang telah adadalam taqdirnya bahawa sesuatu itu akan dijadikan. Maka dijadikan-Nya sesuatu itu 13 • 14. sesuai dengan ilmu-Nya. Tidak ada sesuatu yang terjadi dilangit dan di bumi melainkansemuanya terbit daripada ilmu, qudrat, dan iradat Allah. (Tafsir Qurtubi : 12/148) • Firman Allah s.w.t. : Maksudnya : Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). ( Surah Hud : 6)Firman Allah ini dengan tegas menyatakan bahawa Allah s.w.t. yang memberirezeki untuk manusia dan yang memberi makanannya. Sebelum manusia itudilahirkan ke dunia ini, makanan dan minuman mereka sudah disediakan oleh Allah.Begitu juga umurnya, lamanya di dunia ini, semuanya sudah ada taqdirnya, sudahditulis dalam Luh Mahfuz. Kita manusia hanya menjalani taqdir Allah itu sahaja. • Hadis Rasulullah s.a.w. 14 • 15. Maksudnya : Bahawa setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa “nutfah” (air mani). Kemudian selama itu juga menjadi “alaqah” (segumpal darah). Kemudian selama itu juga menjadi “mudghah” (seketul daging). Lalu dikirim kepadanya malaikat dan meniupkan rohnya. Dan diperintahkan malaikat itu untuk menuliskan empat perkara iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya, celaka atau bahagia (bernasib buruk atau baik). Demi Allah tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu ada yang beramal dengan amal ahli syurga sehingga jarak antaranya dengan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratannya (taqdirnya) mendahuluinya, lalu ia berbuat perbuatan ahli neraka, maka ia masuk ke neraka. Dan salah seorang kamu ada yang beramal dengan amal ahli neraka sehingga jarak antaranya dengan neraka itu hanya sehasta, tetapi suratannya mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia dimasukkan ke syurga.Hadis Rasulullah s.a.w. ini menyatakan tentang kejadian manusia dari proses yangpertama hingga Allah menyuruh malaikat meniupkan ruh (nyawa) dan pada ketika itumalaikat juga disuruh pula menuliskan empat perkara : 1. Berapa banyak rezekinya yang disediakan Allah kepadanya. 2. Berapa lama hidupnya di dunia ini. 3. Apakah amal atau perbuatannya yang akan dikerjakannya. 4. Nasibnya buruk atau baik.Keempat- empat perkara tersebut sudah ada ditulis-Nya dalam Luh Mahfuz dan sudah
  7. 7. adataqdirnya yang akan dijalani oleh manusia ketika hidupnya. Inilah yang dinamakan“taqdir Allah” atau nasib seseorang manusia. 15 • 16. Bahagian Qadha’ Dan QadarQadha’ dan qadar terbahagi kepada dua iaitu : • “Qadha’ Qadar Mubram” Iaitu qadha’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. mengikut perancangan- Nya pada azali dan tidak terubah lagi, seperti jenis bangsa: Arab, Melayu, India, Inggeris dan lain-lainnya. Begitu juga malapetaka dan bencana-bencana alam yang berlaku. Kesemuanya itu sudah tetap dan tidak boleh berubah lagi. • “Qadha’ Qadar Muallaq” Iaitu apa- apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti sebab-sebab yang membawa kecelakaan dan kebahagian kepada seseorang, sebab-sebab yang membawa kederhakaan dan ketaatan dan lali-lainnya. Firman Allah s.w.t : 16 • 17. Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan yang benar dan yang salah sama ada ia bersyukur (dengan beriman) atau ia kufur (mengingkari kebenaran). (surah al- Insan : 3)Manusia tiada pilihan, harus menerimaTerdapat beberapa hal yang terjadi dengan sempurna dengan Kudratnya yang tertinggidan hanya menurut kehendak Ilahi serta ia berlaku terhadap manusia sama ada merekasedar terhadapnya atau tidak. Akal dengan kadar kepandaian atau kebodohan yangtersimpan di dalamnya, watak tabiat yang berupa ketenangan atau kebesaran bentuktubuh dari segi tinggi atau rendah, cantik atau bodoh, keperibadian yang bersifat optimisatau pesimis, saat mereka dilahirkan atau dalam lingkungan kehidupan mereka , makasemua itu harus mereka terima seadanya. Maka takdirlah yang bergerak baik yang lahirmahupun yang batin untuk mengarahkan kehidupan ke arah yang dikehendaki olehpemilik kehidupan itu.Firman Allah s.w.t. :“Sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula)di langit. Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendakiNya. 17 • 18. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Ali-Imran :5-6)Tidak perlu diperjelaskan lagi bahawa hal ini bukanlah menjadi objek pemeriksaan dansasaran tuntutan. Apa yang kita mintakan ialah perhatian kepadanya agar andamengetahui bahawa Negara yang anda akui sebagai rakyatnya dan bahasa yang andapergunakan sehari- hari, bahkan jenis alat kelamin yang anda miliki, semuanya itu di luardaripada urusan kita untuk campur tangan di dalamnya. Berkaitan dengan hal-hal sepertiinilah ditunjukkan dalam ayat-ayat al-Quran.Firman Allah s.w.t. :Maksudnya : “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihNya.Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apayang mereka persekutukan (dengan Dia). Dan Tuhanmu mengetahui apa yangdisembunyikan (dalam) dadamereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan Dialah Allah, 18 • 19. tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, bagiNya segala puji di dunia dandi akhirat dan bagiNyalah kami dikembalikan. (Al-Qashash: 68-70)Beriman kepada qadar adalah wajib hukumnya dan bukti-bukti yang diterangkan di atasmerupakan hujah yang kuat untuk diterima akal dan juag naqal. Adalah menjadikeharusan bagi setiap mukmin agara menyakini dari lubuk hati dan jiwanya- bahawa hal-hal ini merupakan urusan yang telah diselesaikan dan dipersiapkan dari awal, maka tidakada yang dapat menolaknya. Perkara merupakan urusan yang diketahui dan dikehendakioleh Yang Haq dan dilaksanakannya dengan bebas dan sendirian, tiada hak atau sahammanusia di dalamnya walaupun sedikit.Golongan Salaf telah
  8. 8. menghayati kehidupan keimanan ini hingga pengaruhnya dalamamalan kehidupan mereka amat menakjubkan kerana apabila mengetahui ajal merekatelah ditentukan, maka tentulah dia akan menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya,sementara di kedua telinganya sentiasa bergema keimanan yang lengkap kepada Ilahi.5Firman Allah s.w.t :“Katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkanAllah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yangberiman harus bertawakkal.” (At-Taubah : 51)5 Muhammad al Ghazali, Aqidah Muslim, 1997. hlm.139 19 • 20. Persoalan-persoalan Qadha dan QadarHubungan qadha’ dan qadar dengan ikhtiarManusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar seperti jika mereka hendak bergerak kekanan atau bergerak ke kiri atau pun jika mereka berkehendak makan roti, mereka akanmakan roti dan bukannya pasir.Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yangdiberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti-aktivitiyang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala.Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah penciptasemua yang ada di dalam alam ini.Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanyakerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab.Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatuyang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki 20 • 21. seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapimentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripadamengambil makanan yang menyebabkannya sembuh.Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allahmenyertakannya dengan sebab-sebab.Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066,yang bermaksud:“ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untukmengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendindingyang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yangtelah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah”6Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Amal SolehAda di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadarbertentangan dengan konsep berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh.Apa saja yang diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-kitabal-Maknun pasti berlaku.6 Dr.Basri Ibrahim, Manhaj Aqidah Ahli As Sunnah Wal Jamaah Dalam Memahami Qada’ dan Qadar,2004.hlm.40 21 • 22. Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalamkalangan orang-orang yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukarmenjadi seorang yang baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti.Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baiksemenjak di dalam perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahatsemenjak di dalam perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka danorang yang celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawatidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akanberlaku.Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah dilakukan iaitu :-Pertama,
  9. 9. ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu beradapada alam realiti kerana Allah menulis dan mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmutentang perkara tersebut bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alamrealiti selepas itu. Allah mengetahui dan mentaqdirkan benda-benda yang berlaku didalam ini dengan sebabnya. Sesiapa yang beranggapan bahawa Allah mengetahui danmentaqdirkan natijah tanpa pendahuluan-pendahuluannya dan musabbab tanpa sebabnya,bererti telah memperkatakan perkara bathil terhadap Allah. Sebagai contoh , seseorangmengatakan sekiranya Allah telah menqada’kan saya memperolehi anak, anak itu akansaya perolehi tanpa perkahwinan dan tidak menyetubuhi wanita yang ditaqdirkan olehAllah menjadi ibu kepada anak-anak saya itu. Orang ini tidak syak lagi adalah jahil. Ini 22 • 23. adalah kerana apabila Allah telah mentaqdirkan seseorang mempunyai anak, maka Allahjuga telah mentaqdirkan sebab yan menyebabjkan seseorang memperolehi anak itu.Menunggu sahaja musabbab yang ditentukan dan telah tertulis di Luh Mahfuz tanpamengambil sebab yang ditaqdirkan dan tertulis juga bersamanya, hanya dilakukan olehorang yang bodoh dan sesat sahaja.Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahutentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yangdiketahui dan ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab.Ini adalah kerana ilmu bukanlah sebab yang mewajibkan kewujudan benda yangdiketahui secara sendirian. Sebaliknya ilmu itu hanyalah perkara yang bertepatan denganbenda yang diketahui yang wujud di alam nyata. Ia tidak memberikan apa yang diketahuiitu suatu sifat tertentu dan tidak juga diambil daripadanya suatu sifat tertentu.Ilmu tentang masa akan datang dan berita tentangnya, sama juga seperti ilmu tentangilmu tentang masa lalu dan berita tentangnya. Misalnya dengan pengetahuan kita tentangperkara-perkara yang berlaku sebelum daripada kita dan pemberitahuan kita tentangperkara-perkara tersebut. Ilmu sebegini tidak ,mempunyai kesan dari segi kewujudanbenda yang diketahui itu.Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang bahagia, tidak akancelaka orang yang celaka tidak akan bahagia, adalah kata-kata yang benar, tetapi 23 • 24. persoalannya siapakah yang mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itumenjadi bahagia dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebabkebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan tersebut. Orangyang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan sebab-sebab amalan-amalan yangAllah jadikannya sebagai sebab kepada kecelakaaanya.Firma AllahMaksudnya:Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa(mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengetahuidengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan kemudahanuntuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuatkebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakanperkara yang baik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.7Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “ Adakahahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!” Baginda7 Al-Quran, Surah al-Lail, ayat 5-10 24
  10. 10. • 25. ditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda Rasulullah(Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan untuknya.”Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalangseseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang diqadarkanterdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu. Kerana itulah,apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan: Saya tidakbersunguh- sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini menunjukkan kehebatanfiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah terdahulu dan berlakunya qadar ituke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang hamba memperolehi apa yangditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkanuntuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab itu , sebab-sebab tersebutmenyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di dalam um al-Kitab.Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang melakukannyadan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya adalah termasuk kedalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi kebahagiaan.Hubungan Qada’ dan Qadar dengan RezekiRezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan-keperluan kehidupan sepertimakanan, pakaian, tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain. 25 • 26. Allah telah berfirman:Bermaksud:Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalannlah dimerata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlahkepada Allah jualah (tempat kembali kamu sedudah) dibangkitkan hidup semula; (makahargailah ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).8Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demimencari rezeki, pasti dapat memakan rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dantidak suka menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezekiAllah.Firman Allah lagi :Maksudnya:8 al-Quran, al-Mulk, ayat 15 26 • 27. Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam indah) diatasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya sekadar yang menyamai hajat yang diminta dandikehendaki oleh keadaan mereka ; (semuanya itu berlaku ) dalam empat masa.9Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja danini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Sunnah-sunnah Allah kepadamakhluknya dan perintah-perintahnya di dalam syariatnya mewajibkan ke atas manusiabekerja untuk mendapatkan rezeki. Sesiapa yang malas bekerja bererti telah mencanggahisunnah alam dan hukum-hukum syara’ sekaligus.Adalah diakui, ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh- sungguh,bahkan siang dan malam berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orangramai yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah adayang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnyamerujuk kepada beberapa perkara :Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan masyarakat di manapembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkanberterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula.Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di dalam persekitaran yangtidak subur, tidak sama dengan orang yang bekerja di dalam persekitaran yang kering9 al-Quran, al-Fushilat, ayat 10 27
  11. 11. • 28. kontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama denganorang yang bekerja di padang pasir Afrika.Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya.Sesetengah orang mengataka ia sebagai nasib.Tidak diragui bahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang adalahtermasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini.Ini dijelaskan di dalam al-Quran :Maksudnya:Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezekiyang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahumemberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba- hamba mereka,supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamakmengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?10Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan rezeki merujukkepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain dan pengagihan harta kekayaandi kalangan penduduk sesebuah negara secara tidak adil. Tidak wajar perkara ini10 al-Quran, al-Nahl, Ayat 71 28 • 29. dibiarkan dan dipersalahkan Qadar sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmahdi sebaliknya di dalam penciptaannNya.Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan AjalUmur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala. Allah menjelaskan di dalam al-Quran :Yang bermaksud:Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atausesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalampengetahuanNya tentang segala yang kamu kerjakan.11Menurut Syeikh Sulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama:Jenis yang berlaku sebagaimana yang dilaksanakan oleh Qadar dan ditetapkan di dalamLuh Mahfuz. Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenisyang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang bolehbertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah :Yang bermaksud:11 al-Quran, al-Munafiqun: ayat 11 29 • 30. Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan apa jua yangdikehendakiNya dan ingatlah pada sisiNya ada ibu segala suratan.12Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah AllahQadarkan mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku- buku catatan malaikat, umurseseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan talisilaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat demikian, rezekidan ajalnya akan berkurang.Ajal juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui olehAllah dan yang kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah memerintahkanmalaikat menulis ajal hambanya. Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim,Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat sendiri tidak tahu adakah ajalseseorang itu boleh bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan yangsebenarnya, soal rezeki dan maut ini. Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang adapada ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian walaupun sesaat.Hubungan Qadha’ Dan Qadar Dengan HidayahDalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberipetunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNyasudah tentu tidak ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalahanggapan yang berdasarkan beberapa ayat al-Quran tanpa memerhatikan dan12 al-Quran, Al- Raad: ayat 39 30
  12. 12. • 31. mengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusiabertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan danlarangan, janji baik dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.Allah berfirman di alam al-Quran:Maksudnya:Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnyafaedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapayang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinyajuga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan oranglain(bahkan dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kamimengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).13Firman Allah lagi:Maksudnya:13 al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 15 31 • 32. (Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran ituserta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta(dan enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dantiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.14Firman Allah lagi:Maksudnya : Jika kamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukanadalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatanderhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkanmuka (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untukmenghancurkan apa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya.Kebaikan Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar • Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah14 al-Quran, Surah al- An’am, Ayat 104 32 • 33. Beriman kepada qadha dan qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yangsempurna kepada Allah kerana hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawatuannya tidak melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinyatenteram walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang. • Pembinaan iman yang teguhBeriman kepada qadha dan qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia inibergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikangunung yang kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan keranaapa yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belumtentu demikian menurut hikmah Allah. • Penghapusan sikap pesimismeBeriman dengan qadha’ dan qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelahseseorang beriman dan meyakini secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itujiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil, bahkan pendertiaan itu bertukar menjadiibadat, keresahan menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram. • Berani berjihad dan menyatakan kebenaranBeriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad dijalan Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidakmerasakan kesakitan bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satukejayaan untuk menemui Allah. 33 • 34. • Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diriApabila menghadapi kekalahan atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asamalah
  13. 13. perasaannya ialah kemenangan. • Kemampuan mengawal diriBeriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apayang berlaku kepada dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu denganakhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dankecenderungannya walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dankadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatukerana ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudahberada dalam dirinya. • Redha kepada taqdirBeriman kepada qadha dan qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah.Tujuan akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apakecuali diberi peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah.Pengabdian ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnyadaripada redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya. • Berhati-hati dalam menjalani kehidupan 34 • 35. Beriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diriseseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akanmendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apayang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azalilagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalamgolongan orang-orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkanoleh para nabi dan rasul. • Sabar ketika menghadapi bala dan bencanaBeriman kepada qadha’ dan qadar membuatkan seseorang dapat bersabar dalammenghadapi segala bencana yang menimpa tanpa perasaa takut dan gelisah, bahkanmenghadapi segala bencana yang menimpa dengan tabah kerana mereka tahu bahawasegala bencana itu datangnya daripada Allah. Malah dirinya juga dicipta oleh Allah.Mereka tidak akan bersedih di atas apa yang luput dan tidak terlalu gembira terhadap apayang diperolehinya bahkan dia tetap seimbang. Mereka sedar bahawa mukmin yang kuatadalah lebih baik daripa mukmin yang lemah. • Qana’ah terhadap pembahagian allahBeriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ahterhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalamjiwanya. Di kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas,masih bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembahkedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang kaya 35 • 36. jiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan tetapi meraikanbatas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang tamak. • Bersih daripada sifat tamakBeriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang dapat menghindarkandaripada tamak dan haloba. Dia tidak akan gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanyabahkan redha dengan apa yang diberi oleh Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidakakan bercita-cita untuk muda kembali dan tidak tamak dengan daki dunia.Perbincangan dan Kesimpulan • Mempercayai bahawa Allah berkuasa menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sediri tanpa diganggu oleh sesuatu kuasa asing. • Sesuatu perkara atau perbuatan yang sudah ditentukan dan ditetapkan Allah adalah secara mutlak mengikut ketetapan Allah sendiri. • Setiap perkara yang berlaku di ala mini adalah berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah
  14. 14. direncanakan oleh Allah s.w.t. • Allah s.w.t. secara mutlak memerintah dan mengawasi seluruh kerajaan di alam ini dan berhak mengambilnya semula. • Allah s.w.t. berhak memberi kemuliaan kepada sesiapa yang dikehendakinya 36 • 37. • Allah yang berkuasa secara mutlak mengatur sesuatu perkara mengikut pilihannya dan manusia tidak berhak untuk membuat pilihan dan menolak qadha’ dan qadar Allah. • Seseorang itu hendaklah menerima apa yang berlaku keatas dirinya sesudah mereka berusa dan berikhtiar sedaya upaya, di mana kejayaan atau sebaliknya terserah kepada Allah. • Mempercayai qadha’ dan qadar adalah salah satu daripada rukun-rukun aqidah dan rukun-rukun iman. Mereka yang tidak percaya kepadanya adalah bermakna mereka telah terkeluar dari agama Allah.KesimpulanSebagai kesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib dan sesiapa yangmenolaknya adalah kufur. Sesiapa yang memikulkan kesalahan yang dilakukannyakepada Allah adalah melakukan kezaliman. Kepercayaan kepada qadha’ bukanlahmembawa keburukan dan kemunduran umat Islam dalam berbagai lapangan kehidupan.Kemunduran mereka sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap konsep ini.Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati nurani manusiadan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka berasa terhormat dan mulia danmenjadikan urat saraf mereka sentiasa normal dan rehat ketika bertindak menjalankandakwah.Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil. Kuasa- kuasa tersebut tidak menghalangkemaraan mereka untuk menyampaikan dakwah kepada manusia sejagat. Tidak ada satu 37 • 38. cara yang dapat memberikan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan melalui keimanankepada qadha’ dan qadar. Melaluinya seseorang individu akan berasa tenang menghadapisegala ujian, kerana dia mengetahui perkara itu telah ditaqdirkan oleh Allah Danmempunyai hikmah-hikmah yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah danseterusnya mereka berasa puas dan redha dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah.Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya diterima bulat-bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah taqdir Allah secara umumadalah pecahan dari fahaman jabariyah. Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestiankepada setiap umat islam menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalammemahami aqidah qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalamgolongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah, Qadariyyah,kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.BibliografiAbdul Aziz Umar Ahmad, Asas Aqidah Islam: 2000, Kota Bahru, Majlis Agama Islamdan Adat Istiadat Melayu Kelantan.Abdul Hadi bin Haji Awang, Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar: 1991, Kelantan,Pustaka Aman Press.Abu Bazli Abdul Kadir bin Che Kob, Aqidah dan Keimanan: 1989, Kuala Lumpur,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. 38

×