GE2253 KAEDAH SAINS                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains              ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                                Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains7.2 Kepe...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains  •    Pera...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                               Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains         ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains         . ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains7.5     Pe...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains        Car...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sai...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                                   Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains     ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains         •...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal SainsB.    Cara ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains           ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains     •   Pe...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                           Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains             ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                           Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains      •    Pe...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains              ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains          ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains          ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                        Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains                ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                               Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains       • ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains           ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains       •   ...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                         Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains      (a)   Men...
GE2253 KAEDAH SAINS                                                        Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains   Kuala Lumpur ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

2675321 pengurusan-makmal-sains

4,045

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,045
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
328
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "2675321 pengurusan-makmal-sains"

  1. 1. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7 PENGURUSAN MAKMAL SAINS7.0 Objektif BabBab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang:1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains.2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains.3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal.4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal.5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains.6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains.7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.7.1 PengenalanSebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung didalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sasteramahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiapmingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmalsains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagimemastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itupengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah pentingbagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelakberlakunya sebarang kecelakaan.Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sainssekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahandan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalammakmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
  2. 2. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal SainsSetiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik .Matlamatnya ialah :• Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal.• Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.• Mengelak pembaziran.• Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.• Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.7.3 Peruntukan Makmal SainsMakmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber. PERUNTUKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN SEKOLAH PERUNTUKAN SAINS FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS7.4 Belanjawan Makmal Sains • Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut.7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan • Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. 2
  3. 3. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal 1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. 2. Ketua Jabatan Sains tentukan: (a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis. (b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. (c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. (d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. (e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian. 3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. 4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. 5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. 6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. 7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan. Garis panduan menyediakan senarai keperluan 1. Apakah item-item yang:  sangat diperlukan?  boleh diubahsuaikan?  boleh dibeli dengan murah? 3
  4. 4. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains  boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran?  boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah? 2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar? 7.4.3 Pesanan dan pembelian • Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: . Kuantiti banyak, lebih murah. . Bahan kimia, jangan beli banyak. 3. Masa pembelian: . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”. . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. 4. Cari pembekal yang murah: . Harga mahal dari pembekal alatan sains. . Beli dari syarikat yang belum terkenal. . Beli dari kedai biasa.7.4.4 Prosedur pembelianJika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga.Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu: 1. Meminta Sebut harga . Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. 4
  5. 5. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. . Nyatakan tarikh tutup sebut harga. . Simpan salinan surat. 2. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. . Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. . Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.3. Borang pesanan . Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. . Simpan salinan pesanan4. Surat/nota tanda terima . Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. . Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.5. Nota hantaran . Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. . Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar. . Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. . Failkan nota bersama-sama dokumen lain.6. Penerimaan barangan . Pembekal menghantar barangan. . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.7. Invois . Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. . Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran 5
  6. 6. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains7.5.1 Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan. STOR UTAMA STOR AGIHAN • Menyimpan semua alat dan bahan • Di setiap makmal. pengajaran sains. • Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada • Bahan/alat dari stor ini tidak pelajar di makmal berkenaan. diagihkan kepada individu. • Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal.Ciri-ciri stor utama • Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. • Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. • Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak.7.5.2 Sistem penyimpanan item-item sains Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok. Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5. 6
  7. 7. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod. Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikansetiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal • Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. • Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. • Jangan dibawa keluar dari makmal.Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Notapesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah danKad-kad stok. Kad-kad Stok • Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. • Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. • Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama). 7
  8. 8. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Contoh kad stok: (a) Item-item tahan lama. (Nama sekolah) Item: Kelalang,volumetrik 500ml Lokasi : K8Tarikh Stok Tarikh Kuantiti Harga Jumlah Tarikh Dipinjam, Baki Tanda Masuk Dibeli Stok Rosak, dll. tangan1996 5 5 1 pecah 425/3 26/4 2 RM12 6 6 (b) Bahan pakai habis. (Nama sekolah)STOK STOK Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)MAKSIMUM MINIMUM 2 kg Lokasi : K3 0.5kgTarikh Stok Tarikh Kuantiti Harga Pembekal Jumlah Digunakan Baki Tanda Masuk Diterma Stok tangan1996 1.5kg 1.5kg19/3 26/4 0.5kg RM30 R&R 2.0kg 0.5kg7.5.4 Penyimpanan Bahan/RadasA. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia • Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. • Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. 8
  9. 9. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Gunakan stok yang lama dahulu. • Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. • Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.(a) Bahan kimia tak organik • Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. • Label pada botol mengikut nama logam. • Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. • Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. • Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. • Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.(b) Bahan kimia organik • Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. • Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. 9
  10. 10. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang.(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis • Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.(d) Logam alkali • Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. • Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.(e) Fosforus kuning (putih) • Sangat berbahaya dan sangat aktif . • Disimpan di dalam air sejuk.(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya • Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. • Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas • Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. • Disimpan di dalam peti sejuk.(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya • Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta– merta jika tertelan. • Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya. 10
  11. 11. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal SainsB. Cara menyimpan peralatan(a) Bahan kaca • Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. • Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. • Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza. . Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat. . Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat” (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan derdiri tegak pada rak khusus.(b) Bahan/alat plastik • Jauhkan dari punca panas. • Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.(c) Bahan-bahan logam • Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.(d) Bahan bantu mengajar • Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin. • Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.(e) Pelbagai item kecil 11
  12. 12. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. • Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.(f) Model-model yang besar • Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu.(g) Mikroskop • Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal SainsPara pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen.Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunyakemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, gurubartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhiperaturan dan langkah-langkah keselamatan. GURU PELAJAR MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH KEMALANGAN DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN DAPAT DIHINDARI7.6.1 Mengapa kemalangan berlakuKajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmalsains berlaku antaranya kerana: • Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan. • Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya. • Guru tidak merancang aktiviti dengan baik. 12
  13. 13. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan. • Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan. • Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali. • Tergesa-gesa dalam melakukan amali. • Sikap “tidak apa” pengguna makmal.7.6.2 Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa? SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL• Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat. GURU• Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan. PELAJAR• Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.• Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal 1. RUANG 2. PERALATAN 3. PENGGUNA 4. LANGKAH. STOR .. API . GURU . PERATURAN AM. MAKMAL . SPESIMEN . PELAJAR . ARAHAN . ELEKTRIK . PEMBANTU KESELAMATAN . KACA MAKMAL . PROSEDUR . BAHAN KECEMASAN KIMIA . RAWATAN 13
  14. 14. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . PELUPUSAN . PERALATAN KHUSUS . PERSEDIAAN GURU 5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal • Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar. • Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali. • Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan. • Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan. • Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal. • Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan. • Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. 14
  15. 15. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. • Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu. • Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik. • Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul. • Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan. Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu: • Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, • Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.7.7 Rawatan KecemasanPengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatanawal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatankecemasan ialah:  AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.  JANGAN CEMAS.  TAHU PUNCA KEMALANGAN.  TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL Jenis dan punca kemalangan 15
  16. 16. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains JENIS PUNCA • PENUNU BUNSEN • LITAR PINTAS K KEBAKARAN • UNSUR-UNSUR E M LOGAM AKTIF A • BAHAN KIMIA L KERACUNAN • GAS A • SPESIMEN BIOLOGI N G • ALATAN KACA LUKA • RADAS A N • ALAT ELEKTRIK KEJUTAN PENDAWAIAN, PUNCA KUASA, PALAMPengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapatmembantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.7.7.1 Prosedur pertolongan cemas TERBAKAR . Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minuman .Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutanKaedah rawatan kebakaran • Rendamkan bahagian yang terbakar dalam air sejuk (ais) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan. API • Jika luka, balutkan dengan pembalut yang steril untuk mengelakkan infeksi. • Dapatkan rawatan profesional. • Tanggalkan pakaian dan barang-barang BAHAN yang terkena bahan . Basuh dengan air KIMIA mengalir selama 15 minit. • Dapatkan rawatan profesional. Jika melecur ringan, beri rawatan awal. 16
  17. 17. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains KEBAKARAN RINGAN • Basuh dengan air. ASID • Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %. • Basuh dengan air. • Basuh dengan air. ALKALI • Sapukan asid asetik 1 %. • Basuh dengan air. BROMIN • Basuh dengan air. • Sapukan larutan ammonia cair (1 bahagian ammonia : 15 bahagian air) • Buang logam dengan menggunakan penyepit. NATRIUM • Rendam dalam air selama 20 minit. dan KALIUM • Keringkan dan balut dengan pembalut yang steril. • Basuh dengan air. FOSFORUS • Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%. • Balut dengan pembalut yang lembap.7.7.2 Merawat kecederaan ringan LUKA • RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH • Buang kekotoran / kaca. • Basuh dengan air. • Balut dengan pembalut yang bersih dan steril. • Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu. 17
  18. 18. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • JIKA BANYAK DARAH • Hentikan pendarahan dengan menekan tempat yang luka. • Jika luka pada tangan atau kaki, tekan pada titik tekanan. (lihat Rajah). Titik tekanan PATAH • Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau kebakaran. • Berikan rawatan untuk luka dan kejutan. • Dapatkan rawatan profesional. KEJUTAN GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak tangan, muntah, menggigil, susah bernafas. RAWATAN : • Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan. • Jangan gerakkan pesakit. • Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya. • Pastikan saluran pernafasan terbuka. • Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredaran darah. KEJUTAN ELEKTRIK • Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan. 18
  19. 19. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik: • Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut getah. • Gunakan sarung tangan getah/kayu • Lakukan pernafasan buatan dengan segera, jika perlu. • Panaskan badan mangsa dengan selimut. • Panggil doktor. KERACUNAN • Keluarkan dengan segera dan basuhkan DALAM dengan air yang banyak. MULUT • Dapatkan rawatan doktor. • Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susu dengan segera. TERLELAN • Panaskan badan mangsa. • Panggil doktor dengan segera. • Bawa mangsa ke tempat yang lapang. • Berikan oksigen (jika ada alat). • Panaskan badan mangsa. • Dapatkan bantuan doktor. TERHIDU • Jika boleh, kenal pasti jenis bahan toksik. • Jika pernafasan berhenti, berikan pernafasan buatan.7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya 19
  20. 20. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan dengan simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah terbakar. • Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan. • Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik, merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya. • Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu terhadap kesihatan: • Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. • Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru. • Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. • Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis. • Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah. • Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air. • Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. • Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera. • Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada lelaki. • Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui kulit. • Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati.7.9 Tindak Balas Kimia Yang BerbahayaTindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal.Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas membebaskan terlalu banyak hidrogen. 2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas yang hebat dan sangat berbahaya. 3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang 20
  21. 21. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk logam sulfur.4 4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara mencairkan asid pekat ialah: CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA ASID KUAT.Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah: Bahan Bahaya jika dicampurkan dengan Kesan 1. Air Kalium, natrium, asid pekat, kalsium karbidaMeletup 2. Asid nitrik Etanol, metanol, selulosa Meletup pekat 3. Klorin Hidrogen, ammonia, benzena Meletup 4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid formik, Membebaskan pekat format, oksalat gas karbon monoksida yang beracun7.10 Pelupusan Bahan Sisa • Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan- bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran, pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut: • Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan? • Bolehkah dicairkan dengan sempurna? • Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan? 21
  22. 22. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Adakah bahan itu boleh larut dalam air?Cara-cara pelupusan yang sesuai: (a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas. • Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak. • Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran. (b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang. • Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini. (c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula. (d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan TUGASANAnda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk melaksanakan tugasberikut. 1. Bagaimanakh cara yang betul untuk: 22
  23. 23. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains (a) Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis? (b) Memanaskan larutan di dalam tabung uji? (c) Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu eksperimen? (d) Menyimpan logam-logam yang mudah terbakar seperti kalium, natrium dan kalsium? 2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama ada daripada buku ataupun dari sekolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senarai berkenaan dan kemudian berikan huraian tentang isi kandungan setiap satunya. Adakah kandungan kedua-duanya sama? Dari segi apakah kedua-duanya berbeza? Cadangkan perkara-perkara lain yang anda fikirkan perlu ditambah pada senarai berkenaan. 3. Simbol-simbol yang berikut menunjukkan pelbagai tanda amaran bahaya bahan kimia. Berikan makna bagi setiap simbol berkenaan.Bacaan AsasKementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges. 23
  24. 24. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3:Abdul Rahman Kurais, Mat Zakaria, Rashidi Azizan, Tajul Ariffin Noordin & Tamby Subahan Mohd Meeran. 1991. Sains tingkatan I, KBSM. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. (Atau mana-mana buku teks rasmi sains KBSM tingkatan I) 24

×