Adat resam kaum

110,994 views
110,521 views

Published on

5 Comments
16 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
110,994
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
160
Actions
Shares
0
Downloads
1,454
Comments
5
Likes
16
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Adat resam kaum

  1. 1. ADAT RESAM KAUM-KAUM DI MALAYSIAADAT RESAM KAUM CINAAdat resam orang Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuranfalsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itumereka kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu mengikutperubahan musim dan pelbagai kuasa tertentu.Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuanpemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Iaditandakan oleh sekeping "Papan Peringatan" (tablet) yang dicatatkan namaketurunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan diruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpandi rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong.Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki,antara adik beradik lelaki, dengan ketua negara dan antara sahabat amatlah penting. Olehitu, mereka amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyaikebijaksanaan.Lebih luas dari keluarga ialah persatuan perdagangan dan juga klen yang memuja seorangleluhur atau moyang yang sama. Oleh kerana klen itu amat penting maka di kalanganorang Cina terdapat nama keluarga. Secara tradisi terdapat nama keluarga dan diturunkanmelalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta dari bapanya.Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki adalah amatpenting. Secara tradisi perkahwinan mengikut beberapa upacara yang bermula denganmerisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Sekarang ini hanya pendaftaranmenurut undang-undang saja yang diperlukan dan keraian yang mewah di restoran.Kelahiran anak mengikuti beberapa adat pentang larang untuk menjaga kesihatan si ibudan kandungan. Dia digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baikdan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dandibedung. Pada hari ke 29 anak itu dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merahdan digantung dekat bantalnya selama 100 hari dan kemudiannya dibuang ke dalamsungai. Dia diharap akan berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan upacara "BulanPenuh" akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingatikecuali oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran.Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yangbaik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanjayang besar, Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu,masyarakat akan pasti membantu.Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberimakan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang
  2. 2. tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyangdan dikebumikan pada satu hari ganjil.Upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah denganperaturan tertentu. Selepaspengkebumian diadakan pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatandiperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Oleh itu banyak kepercayaan danpantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.Sepanjang tahun banyak sekali perayaan yang diikuti oleh orang Cina. Setiap bulan adasaja kegiatan dan upacara serta dewanya untuk dipuja. Adat resam mereka amatlahbanyak dan dilakukan mengikut perubahan "musim" terutama musim pertanian daniklim seperti di negara China.Adat-Adat Di MalaysiaAdat-adat di MalaysiaAdat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisanyang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat Perpatih berasal dari tanahMinangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama SutanBalun yang bergelar Dato Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturanhidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petaniketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi AdatPerpatih telah dibawa ke Semenanjung Malaysia oleh perantau-perantau Minangkabaupada abad ke-14 Masihi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkanoleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan MelayuMinangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku.Perlantikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan AdatPerpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, SungaiUjung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. AdatPerpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Iamerangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum
  3. 3. mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiapperaturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu. Adat Perpatihlebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soalpembahagian harta benda dan jurai keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendahtarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau untukmencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkandengan harta benda sebagai nafkah. Selain itu, selepas berkahwin, orang lelaki mestimeninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakangolongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampukpemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan. Perlantikan pemimpin, misalnya, banyakyang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialahperlantikan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melaluiketurunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yangempat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu.Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari rajaPagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato-Dato Lembaga di Luak masing-masing. Dato Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelarBuapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya beradadi tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengandemokrasi. Adat Temenggung pula diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali NegeriSembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiriDatuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka padaawal abad ke-15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yanglain dengan perkembangan Empayar Melaka. Adat Temenggung mengiktirafkan lelakimenjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki.Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anaklelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengankeluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga
  4. 4. sama penting. Perkahwinan diantara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-duaorang tua tidak mempunyai pertalian darah. Selain itu, undang-undang didalam AdatTemenggung adalah sama seperti Adat Perpatih iaitu berbentuk peribahasa, bidalan dansebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukankesalahan, dia akan di hukum dengan hukuman berat. Sebagai contoh, seseorang yangmembunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakankekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan. AdatTemenggung juga mempunyai unsur autokratik. Adat Temenggung mengutamakankedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepadapemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyaikuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasaadalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyaiadat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaumCina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proseskemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu,kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawasekali segala adat istiadat mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapapegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum,masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya.Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangankebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhiadat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara danpantang larang yang berorientasikan adat. Seperti juga masyarakat majoriti Melayu danIslam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Namapangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluargadisebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Dato’ Lee Chong Wei dan Prof. Wang Gunwu,nama pangkal mereka iaitu Lee dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah merekayakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadiamalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain,dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
  5. 5. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cinamenyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secaratradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula denganmerisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebihmoden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akandiadakan majlis keraian yang mewah di restoran. Kelahiran anak mengikut adat danpantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganyaadalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membacabuku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anakitu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur danrambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatanbantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharapakan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacaraBulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cinatidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tuadan ianya akan diadakan secara besar-besaran. Kematian ibu bapa dalam masyarakatCina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggungoleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian kematianyang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiahterbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakatsekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utamamemastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkanmayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Kerandatersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyangseterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil. Didalam masyarakat Cina,upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturandan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lainterutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagaibekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorangSami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggapterlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti
  6. 6. diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian. Sepanjang tahun dalamkehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orangCina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainanuntuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkanmengikut perubahan musim pertanian dan negeri China. Antara upacara-upacara yangdiraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adatUlang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajatdan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yangmenjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankandengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yangtersendiri. Kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat Indiake Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentukpenghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan inisudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdaganganserantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golonganpedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untukmemasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini jugasudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat Indiabiasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orangIndia pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka jugamempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersediamenerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita inginberkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tandaterima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumahdengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesamasendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentangkesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka.Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minumanatau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
  7. 7. hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu,dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan perananutama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalahumpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalamtradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketikamereka masih dara. Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagiisterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mestiditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasianpasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlahpenting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunyamalapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanyaperkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik.Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil olehseorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakanapi dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu. Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga danmasyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi.Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarangupacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakananak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersamameraikan upacara tersebut. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anakdiperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketuaagama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketikamenamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agamaoleh kaum wanita mereka. Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalanganmasyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akanmengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun sepertidi negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitupada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi kekuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India
  8. 8. diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulanmengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakatIndia. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaanpaling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutamauntuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam pula adalahperayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu danbunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masaperayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagaipersembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinandan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak didalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkankepada jiran tetangga.Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyairakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik diSarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaumCina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeriyang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagaikebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resammerupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengankehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, dalam masyarakat Iban yang merupakangolongan majoriti di negeri Sarawak, terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Ibanseperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegangdengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yangunik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasanpedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnyamenetap di kawasan-kawasan bandar. Antara adat resam atau kebudayaan yang masihdiamalkan oleh masyarakat Iban ialah dalam aspek kelahiran. Kaum Iban banyak
  9. 9. mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Perananbidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan jugaselepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung,bersalin dan selepas lahir. Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Ibandan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya ialah dilarang menggali paritdi kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka juga dilarang memotong pokok yangmenjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusansemasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung juga dilarang menuang minyak keatas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akanbernanah. Selain itu, suami isteri juga tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisauatau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka juga tidak bolehmenanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Disamping itu juga merekatidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.Mereka juga tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan. Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan,buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong,tembakan senapang juga turut digunakan. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnyaakan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kainPua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu olehseorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur.Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasasengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap puladengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung,sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. Wanita Iban akan berpantang selama tigapuluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makannasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk pakudan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau airrebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlumenjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu dudukdekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jeniskayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau
  10. 10. langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang barubersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun,dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang ataubersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskankapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibudianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. Adat melihatmatahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayiberusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ketanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakandengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayisentiasa terpelihara. Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan keatas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnyaakan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernahberjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejaklangkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan dimana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagaiManok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untukmenamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara marayang terdekat. Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankansemasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayidengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adattersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji.Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Duaorang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancakdan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dankumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibacameminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahajamentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi
  11. 11. juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benangmerah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benangtersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulangsambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak ataugong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunyadiselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawarburung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiridengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang denganmakanan yang lebih banyak. Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketikaberumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertaidengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup dikalangan kaum Iban.Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah negeriyang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut,Kelabit, Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik keranakepelbagaian suku kaum di sini. Sebagai contoh, dalam masyarakat Kadazan yangdahulunya dikenali sebagai Orang Dusun merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.Masyarakat Kadazan begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyangmereka. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yangdiamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dananimisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalamaspek kelahiran, perkahwinan dan kematian. Sebagai contoh dapat dilihat dalam upacaraperkahwinan. Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur merekameningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjianyang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan
  12. 12. mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakanadalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripadapihak lelaki. Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukanterdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan jugapinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidakdibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuanyang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudahtidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan beradadalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itudalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapatisedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara,sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yangterdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan.Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulangkali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari,malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mestidiketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya.Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya. Apabilaibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akanmenentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripadatembaga). Cincin itu juga digelar cincin menanti mimpi. Cincin itu mesti dibawa padawaktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mestimembersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahajayang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan bersih, iaitu tidak mabuk.Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekaliakan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupadan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan.Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti,proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit
  13. 13. kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkanialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga,mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pingganmangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini berertiproses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnyabermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkansejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknyamimpi itu. Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakilpihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincinyang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahusama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi burukboleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, prosespertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihakperempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikhperkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yangtelah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayarseluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangandahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat. Hantaran kahwin biasanya terdiridaripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untukmemperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat inidikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atauperak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat untuk adatistiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hariperkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantungkepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihakperempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni keranabinatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantinperempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa
  14. 14. pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminumberamai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripadaempat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lainyang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Initerserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkankemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuatdengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagimereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dankepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Palingcepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masaselama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besaratau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untuk membolehkan pengantin nibersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan didalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-duapihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantinperempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Hantaran kahwin biasanya terdiri daripadapelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkansemangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor.Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawasendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakantinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurutdarjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenismakanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuankeluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga harisebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dandimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisitapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialahtapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin dirumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi
  15. 15. orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkapdan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasamajlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pestabersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tigahari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuatselama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itusudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada haridan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malahada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanyaini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan. Untukmembolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantintersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara inidihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekalihadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Majlisperkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang palingpenting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalannasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapandi tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Dihadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasidan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisimerupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan,makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gongdibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazauAdat Resam Melayu (bab 1)December 22, 2009Oleh Anak WarisPentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biarmati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu
  16. 16. banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikanmengikut unsur-unsur Islam.Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek kehidupan iaitu:- 1. Adat resam kelahiran 2. Adat resam perkahwinan 3. Adat resam kematianAdat resam KelahiranPengenalanAnak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangansuami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalahdipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itusetiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayubanyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Iamerangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.Sewaktu mengandungMelenggang PerutAdat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utaraSemenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacaraini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusiadalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkinmenimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi didalam perut.Peralatan untuk upacara ini termasuk:- 1. Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan 2. Segantang beras
  17. 17. 3. Sebiji kelapa 4. Beberapa urat benang mentah 5. Damar 6. Minyak kelapa atau minyak urut 7. Lilin 8. Tepak sirih yang lengkap isinya 9. Pengeras sebanyak RM1.25Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanitahamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan dikain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanitaitu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam.Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan ataudijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yangbakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akanmembentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yanglain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurutibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidanmengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan diatas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranyakelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelakidan perempuan jika sebaliknya.Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamilitu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta denganperalatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakandan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayaiadat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.Warisan Budaya CinaAdat Budaya CinaMasyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupanseharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkanmereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilikmempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkanseperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
  18. 18. KelahiranPelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalamaspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu MengandungPelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cinasemasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahiritu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalamsetiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung danbukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anaklelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabilaberkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.• Pantang LarangTerdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranyamereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayiyang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku
  19. 19. seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuanmenghindari bayi dari terkena badi.• Hindari PermasaalahanDi samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supayakandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belumlahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Iniadalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.• Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang TajamSelain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut merekakerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaanmakanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” sepertinenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akanmenjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukansam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentukperut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jikaperut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jikaperut kelihatan tajam.Selepas LahirAdat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.BerpantangWanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empatpuluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masukangin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada
  20. 20. perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untukmengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagimasyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senangpada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yangkurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakalmenjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapatlebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidakmendengar kata.Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuatdaripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkanbersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas danpedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalindi samping menguatkan semula tenaga.KenduriSeperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaituapabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarnamerah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnaimerah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yangmendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupapakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.Mencukur RambutSeperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukurrambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yangdilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalamkandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagaipengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.Memberi NamaNama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patahkata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
  21. 21. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yangbaik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikutperhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberiperhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.• Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambangkekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.• Bunyi nama mestilah sedap didengar.• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasiltidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.• Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yangsama berat.• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayuserta saling melengkapi.Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yangmengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik jugaakan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaanatau mendapat kesejahteraan.Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkalamenyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi merekayang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.Warisan Budaya IndiaKumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum Indiamerangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari SelatanIndia yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan Britishdahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripadasistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turutmembawa budaya mereka yang unik.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaumyang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan merekadan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan
  22. 22. oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakatMelayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat Indiaterdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkanadat resam masyarakat India secara umum.Tanda HormatMereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan,kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan danmesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dankesyukuran.Peranan KeluargaKeluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan perananutama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpamaTuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anakperempuan amat diberi perhatian.PerkahwinanSeorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh ituproses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masabertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara danupacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untukmengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktutengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumahpengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasanempat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untukmenyaksikan perkahwinan tersebut.Sewaktu Mengandung
  23. 23. Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usiatujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelangtangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” danKaappu pula bermaksud perlindungan. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungibayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitugelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anakdilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayitersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagaiciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barangkemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dancermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamudan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini jugadikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandidan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar danbunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin danseterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibelioleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakkudihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagaimakanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuihmuih, buah-buahan dan bunga-bungaan.Semasa BersalinWaktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengantepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akanmenentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.KelahiranKelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudaramara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidakboleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan
  24. 24. untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jirandijemput bersama meraikannya.Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya.Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksarabintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambilmenyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akanmemberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itudibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.Potong Tali PusatTali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasanrumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan inidimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakanoleh ahli sihir.SELEPAS KELAHIRANMenyapu MaduBayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakancampuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidakdiserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi danmemudahkan bayi bertutur.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayiakan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaranbayi tersebut.Membawa Bayi Pulang Ke RumahBayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk kerumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarangmalapetaka dari pada berlaku.Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yangdicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kalimengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut danmencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isidulang aalati dibuang.
  25. 25. Mandi Selepas BersalinApabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang laindi sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orangluar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandiselama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah keranapembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandiselang sehari selepas bersalin.Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yangberpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi denganmenggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Iabertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagaibahan utama untuk melembutkan kulit bayi.Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakangbayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turutdiurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijauyang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkanpenyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan denganmengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkankahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yangdiperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akandibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.Mendodoi BayiUpacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini jugadikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan denganucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadiseorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanyadiamalkan oleh generasi tua sahaja.Memberi NamaSebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Iadilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluargayang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikhkelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan denganagama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akanmempengaruhi perwatakannya kelak.
  26. 26. Masyarakat melayuPelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataanMelayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasarlaju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifattangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripadacampuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkanteori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggaraseperti tersebut. Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial danbudayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung TanahMelayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikiankelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.Adat Melawat dan BerkunjungBerikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung denganlawatan dan kunjungan. • Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”. • Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut. • Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan. • Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’. • Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas. • Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu. • Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan
  27. 27. orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak. • Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan. • Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh. • Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran. • Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain. • Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking. • Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut. • Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.Menyambut KelahiranApabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksadilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dankeselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguanmahkluk halus.Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yangsentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan.Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara –perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti: • Menempah bidan • Menjamah perut • Melenggang perut • Mandi melenggang perut • Mengadap semangatMenempah BidanSetelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan
  28. 28. bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masayang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertuawanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir,langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudarakaum keluarga.Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluhsembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. HariSelasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranyapada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anaksulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untukmenyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikanbahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasantidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiriyang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di SemenanjungMalaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami olehorang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiakkandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungandipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalammasyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangatpenting.Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandungsupaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanitamengandung akan senang melahirkan anak kelak.Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut.Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebijikepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atausudu dan sebatang salur pinang.Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi sertamembetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atasNabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telahdikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kakibakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akanmemberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika
  29. 29. belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahiradalah lelaki.Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib,kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambilsudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.Mandi Melenggang PerutDalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untukmenjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynagtelah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin,sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempatmandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakandengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu.Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanitahamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lainyang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telurdiselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudiandimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolakbala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.Mengadap PerutPada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yangdihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara inihanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur danbuah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingansebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengankepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacatanggota.Petua dan Pantang Larang Semasa HamilPantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. MasyarakatMelayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnyadituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakallahir.Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segiperlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petuayang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
  30. 30. • Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin. • Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat. • Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir. • Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.Mengerat Tali Pusat BayiKemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawarterlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati ditali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuanmenyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusatmahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempatdipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telahdipotong.Menanam Uri dan TembuniApabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuangbegitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebihdahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak ituakan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, bukudan pensil supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidakboleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadilambat.

×