1 tokoh thabit ibnu qurra ,assigment

831 views
693 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
831
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

1 tokoh thabit ibnu qurra ,assigment

  1. 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAM DATIN HALIMAH 80350 JOHOR BAHRU. Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. ( Pendidikan Khas – Pemulihan Khas Pendidikan Rendah ) KUMPULAN PPG SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2011. Kursus dan Kod : KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK, MTE 3102 Nama Ahli Kumpulan: Syed Abdul Rahim Bin Syed Mohamad Chan ShukHui 780411-01-5099 800113-01-5168 1CPP1106011 1CPP1106015 Rizal_naj@Hotmail.com shukhuichan@yahoo. com 013- 7654256 014-3888030 NAMA PENSYARAH : EN AFIAN AKHBAR BIN MUSTAM PENSYARAH MATEMATIK IPGKTI TARIKH SERAHAN : OGOS 2013
  2. 2. Tokoh Matematik Yang Dikaji: Thabit Ibnu Qurra. (211-288 H / 826-901 M) Sejarah Dan Sumbangan Thabit Ibnu Qurra: Thabit binu Qurrah Nama sebenar beliau adalah Abu al Hasan Thabit bin Qurrah bin Marwan al-Sabi al-Harrani . Beliau dilahirkan pada tahun 221 H (836 M), dari keluarga Ash- Shaibah. di Harran, suatu daerah yang terletak di antara sungai Dajlah dan Furat di Mesopotamia atau dikenali sebagai Turki moden sekarang. Ilmuwan Islam tersohor zaman kekuasaan Dinasti Abbasiyah ini dikenali sebagai pakar matematik. Menurut JJ O’Connor dan EF Robertson, pakar matematik Islam dari abad ke 9 Masehi itu telah berjasa dalam meletakkan dasar-dasar matematik moden. Beliau tergolong dalam tokoh awal yang memperkenalkan ilmu matematik kepada kita hingga hari ini. Beliau teruja terhadap ilmu kaji bintang dan memiliki ketokohan dalam bidang ilmu ini. Ujar O’Connor dan Robertson dalam tulisannya tentang biografi ilmuwan ini. Beliau juga menguasai ilmu pakar astronomi. Dalam bidang luar angkasa ini, sejarah telah mencatatnya
  3. 3. sebagai salah seorang pembaharu pertama terhadap sistem ptolemeus. Sebagai ahli matematik, Thabit menterjemahkan dan mengkaji semula karya-karya besar yang sempat ditulis oleh peradaban Yunani. Ilmuwan Muslim yang bijaksana ini menemui pelbagai penemuan penting bagi perkembangan ilmu matematik Thabit juga berjaya menghasilkan teori rumusan tentang hubungan antara pemerhatian (observation) dan teori, menjalinkan ilmu matematik dan astronomi, serta kajian terhadap hubungan di antara astronomi-matematik dan astronomi-fizik. Dalam ilmu mekanik, beliau adalah seorang pengasas dalam ilmu statik iaitu ilmu keseimbangan melalui sebuah karyanya yang bertajuk Fi’l-qarastun. Karya beliau ini telah berjaya membongkar mengenai persamaan timbangan. Inilah merupakan antara karyanya dalam bidang Mekanikal dan Fizik. Thabit juga telah mengasaskan dasar-dasar matematik moden melalui penemuan perhitungan integral, geometri analitik, dalil trigonometri lingkaran, serta konsep angka-angka riil, pengembangan teori tradisional geometri kepada geometrik algebra, trigonometri sfera, integral dan teori nombor asal.. Thabit telah memperlihatkan kecerdasannya sejak kecil lagi ketika beliau masih belajar menimba ilmu. Seorang ilmuwan terkemuda dari Baghdad Muhammad ibnu Musa ibnu Shakir berkunjung ke Harran. Ia sungguh kagum dengan pengetahuan bahasa yang dikuasi Thabit . “Sungguh seorang anak muda yang sangat berbakat dan berpotensi,” cetus Ibnu Musa. Dikisahkan, pada suatu hari, beliau berbeza pendapat dengan kumpulan pelajar seperguruannya tentang beberapa perkara yang membuat mereka menganggap beliau telah keluar dari kumpulan tersebut sehingga mereka melarang beliau untuk masuk ke tempat peribadatan mereka. Ekoran peristiwa itu, Thabit berhijrah ke suatu daerah yang dikenali sebagai Kafrutuma. Di sana, beliau bertemu dengan seorang ilmuwan besar dalam bidang matematik, iaitu Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi yang berasa kagum dengan kecerdasan Thabit. Beliau merupakan seorang ilmuwan besar Arab dalam bidang matematik, astronomi, dan perubatan yang mengungguli semua kesarjanaan pada zamannya. Beliau juga tergolong sebagai salah seorang daripada penterjemah terkemuka yang memikul tanggungjawab ‘mengalihkan’ pelbagai bidang ilmu dari bahasa Latin ke dalam bahasa Arab.
  4. 4. Thabit sememang memiliki persiapan mental yang kukuh untuk belajar, hingga akhirnya Al- Khawarizmi mengajaknya berhijrah ke Baghdad.Di Baghdad, kiblat ilmu pada saat itu, Thabit bin Qurrah mengajarkan ilmu matematik, astronomi, perubatan, dan falsafah. Beliau kemudiannya bergabung di sekolah Musa bin Syakir untuk mengajarkan ilmu yang dikuasainya. Beliau selalu mendapat pujian terhadap apa yang diajarkannya. Thabit lalu dikenali dengan sebutan khusus sebagai doktor. Bagaimanapun, sebahagian besar karya dan penemuannya terdapat dalam ilmu matematik dan astronomi. Kemampuannya dan kehebatan sebagai seorang doktor, ahli astronomi, ahli matematik, dan ahli falsafah terdengar ke telinga Khalifah Bani Abbasiah bernama Al-Mu’tadh. Khalifah lalu memanggil beliau ke istana dan dan mengadakan perjumpaan bersama para ahli astronomi yang lain. Ternyata ketrampilan Thabit dalam bidang astronomi itu ‘menewaskan’ kumpulan ahli astronomi tersebut. Thabit telah menunjukkan kemampuan yang luar biasa dalam pelbagai disiplin ilmu, sehingga menambahkan ‘kecintaan’ Al-Mu’tadh kepadanya dan memberikannya jawatan yang tinggi. Malahan beliau didudukkan di sisi Khalifah sambil bersenda gurau dengannya, tanpa disertai oleh para menteri dan orang-orang kenamaan lain, juga sahabatnya. Thabit termasuk di antara salah seorang yang bekerja menggunakan peralatan astronomi milik Khalifah Al-Ma’mun di Baghdad. Di kota budaya dan ilmu itu beliau melahirkan teori tentang kecenderungan persamaan siang dan malam pada musim bunga dan musim luruh. Kedudukan Thabit begitu berpengaruh di istana, dan beliau berupaya mengangkat darjat kelompok Ash- Shaibah, dengan munculnya beliau seorang ilmuwan dari kalangan kelompok tersebut. Meskipun karya dan penemuan Thabit paling banyak dalam ilmu astronomi dan matematik, namun beliau terkenal sebagai doktor dan ahli falsafah pada zamannya. Ini merupakan hal yang lumrah, kerana masyarakat biasanya selalu mencari doktor yang ‘hebat’ untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka. Manakala gelaran yang disandangnya sebagai salah seorang ahli falsafah yang hebat disebebkan beliau memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan dikurniai otak yang genius. Tsabit menguasai pelbagai bahasa iaitu Suryani, Yunani, dan Ibrani, di samping berbahasa Arab. Beliau menulis sebahagian bukunya dalam bahasa Suryani dan Arab. Beliau juga tergolong sebagai tokoh yang menonjol di antara sedemikian banyak penterjemah pada
  5. 5. zamannya. Beliau banyak menterjemahkan buku-buku matematik, perubatan, dan astronomi ke dalam bahasa Arab. Di antara sebahagian terjemahannya adalah terjemah buku-buku Claudius Ptolemy dalam bidang astronomi. Bahkan beliau adalah orang yang pertama menterjemah buku Al- Majisthi (Almagest). Begitu juga buku Ptolemy dalam ilmu geografi, iaitu Jughrafiyyah Al- Ma’murah (Gheographia). Di samping menterjemah, Thabit juga banyak mengarang buku dalam bidang astronomi, matematik, falsafah dan geografi. Az- Zarkali mengatakan bahawa Thabit telah menulis sebanyak 150 buku dalam pelbagai disiplin ilmu.Thabit bin Qurrah termasuk di antara para ilmuwan yang melakukan kajian mengenai hubungan antara ilmu algebra dengan geometri. Bahkan beliau telah memberikan langkah penyelesaian teknik terhadap sebahagian jenis persamaan. Thabit menemukan cara menghitung al- a’daad al-mutahabbah, iaitu angka-angka yang jumlah pembahagiannya sama dengan yang lain. telah menjadikan ilmu matematik sebagai alat untuk menemukan ilmu-ilmu lain yang saling menyempurnakan di antara satu sama lain. Ketika ilmu ini amat erat kaitannya dengan perkembangan teknologi penting yang di dunia pada zaman kini dan didasarkan pada proses penghitungan yang terperinci, begitu teliti dan ilmiah, maka tidak diragukan bahawa Thabit bin Qurrah dianggap sebagai salah seorang daripada para ilmuwan besar yang memberi sumbangan besar bagi peradaban manusia moden.
  6. 6. Antara Lain Sumbangan Dan Kejayaannya: Semasa hidupnya, Thabit juga menulis risalah tentang logika, psikologi, etika, klasifikasi ilmu, tatabahasa Syriac, politik, agama, serta kebudayaan Sabian. Jejaknya dalam mengembangkan ilmu pengetahuan dilanjutkan oleh puteranya, Sinan ibnu Thabit, dan cucunya, Ibrahim ibnu Sinan ibnu Thabit. Kedua-dua lelaki itu juga menjelma sebagai ilmuwan besar yang juga berperanan dalam mengembangkan ilmu matematik. Salah sebuah karya besar Thabit telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Tidak hairanlah, jika karya Thabit itu menjadi sangat popular di dunia Barat. Melalui karyanya itu, Thabit mampu membuktikan asas-asas keseimbangan . Dalam bidang falsafah, Thabit juga banyak melahirkan risalah. Salah satu risalahnya yang masih digunakan adalah hasil perbualannya dengan Abu Musa Isa ibnu Usayyid - muridnya yang beragam Kristian. Kepada Thabit Ibnu Usayyid, Abu Musa banyak bertanya tentang berbagai hal dan semuanya dijawab oleh Thabit. Risalah perbualan antara Thabit dengan muridnya itu hingga kini masih ada. Risalah itu masih jadi bahan diskusi dan perdebatan. Salah satu lagi penemuan penting yang diwariskan oleh Thabit Ibnu Qurra bagi peradaban manusia moden adalah teori bilangan bersahabat (amicable number). Yakni, pasangan bilangan yang mempunyai sifat unik; dua bilangan yang masing-masingnya adalah jumlah dari pembahagi sejati bilangan lainnya. Thabit berjaya mencipta rumus bilangan bersahabat sebagai berikut: p = 3 x 2n11 q = 3 x 2n1 r = 9 x 22n1 Penjelasannya: n > 1 adalah sebuah bilangan bulat. p, qr, dan r adalah bilangan prima. Sedangkan, 2npq dan 2nr adalah sepasang bilangan bersahabat. Rumus ini menghasilkan pasangan bersahabat (220; 284), sama seperti pasangan (17296, 18416) dan pasangan (9363584; 9437056). Pasangan (6232; 6368) juga bersahabat, namun tidak dihasilkan dari rumus di atas.
  7. 7. Teori bilangan bersahabat yang dikembangkan Thabit juga telah menarik perhatian pakar matematik sesudahnya. Abu Mansur Tahir Al-Baghdadi (980 Masehi-1037 Masehi) juga turut mengembangkan teori bilangan ini. Selain itu, pakar matematik Al Madshritti (meninggal dunia 1007 Masehi) juga tertarik mengembangkannya. Ilmuwan Islam lainnya yang mengembangkan teori itu adalah Al-Farisi (1260 Masehi-1320 Masehi). Tidak hanya pakar matematik Islam yang tertarik dengan teori bilangan bersahabat. Ilmuwan yang diagung-agungkan peradaban Barat, Rene Descartes (1596 Masehi- 1650 Masehi), juga mengembangkannya. Peradaban Barat kerap mendakwa teori bilangan bersahabat berasal dari Descartes. Selain itu, pakar matematik lain yang mengembangkan teori ini adalah C Rudolphus. Pasangan bilangan bersahabat dikembangkan lagi oleh Euler. Jika Thabit hanya menyebut tiga pasang bilangan bersahabat, Euler menambahnya menjadi lebih dari 59 bilangan bersahabat. Akibatnya, sejarah matematik pun seakan-akan menutupi jasa Thabit Ibnu Qurra sebagai penemu pertama bilangan bersahabat. Peradaban Barat memang pandai memanupulasi fakta sejarah. Hal itu terbukti pada kenyataan yang menyatakan pasangan (9363584; 9437056) ditemui oleh Descartes. Hakikatnya, pasangan bilangan bersahabat itu pertama kali ditemui oleh Muhammad Baqir Yazdi di Iran.Selain itu, Thabit juga berjasa dalam mengembangkan ilmu astronomi. Karya Thabit dalam astronomi yang terkenal berjudul Concerning the Motion of the Eighth Sphere. Selain itu, sang ilmuwan juga mempublikasikan hasil pengamatannya tentang Matahari. Hingga kini, tak kurang dari delapan risalah yang ditulisnya pada abad ke-9 M tentang astronomi masih eksis. Thabit juga telah memainkan peranan yang sangat penting dalam megembangkan astronomi sebagai ilmu eksak. Ia telah menemui hubungan observasi dan teori, ilmu matematik dalam bidang astronomi serta fokus pada pententangan hubungan antara astronomi matematik dengan astronomi fizik. Ia diangkat sebagai pengamal dan pencetus Ilmu Keseimbangan berdasarkan kitab penting yang ditulisnya bertajuk Kitab fi'l-qarastun (Buku Kesimbangan). Inilah karyanya yang unggul dalam bidang Ilmu Mekanik. Salah satu karyanya itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Karya Thabit itu menjadi sangat popular di dunia Barat. Melalui karyanya itu, Thabit mampu membuktikan asas-asas keseimbangan pengungkit.
  8. 8. Meninggal Dunian: Thabit akhirnya mengakhiri usianya pada tahun 901 M di Baghdad. Namun demikian usaha beliau tidak terhenti dengan pemergian beliau, sebaliknya beliau telah mewariskan ilmunya kepada anak dan cucunya iaitu Sinan Ibn Thabit dan Ibrahim Ibn SinanThabit bin Qurrah meninggal dunia pada 18 Februari 901 M.

×