Majapahit
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Majapahit

on

  • 859 views

faktor keruntuhan majapahit

faktor keruntuhan majapahit

Statistics

Views

Total Views
859
Slideshare-icon Views on SlideShare
859
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
23
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Majapahit Majapahit Document Transcript

    • PENGENALAN Kerajaan Majapahit telah di tubuhkan sekitar tahun saka 1216 iaitu bersamaan dengan1293 Masihi oleh seorang putera dari bekas kerajaan Singasari yang dikenali sebagaiNararyaSanggraramawijaya atau lebih dikenali sebagai Raden Wijaya. Raden Wijaya menubuhkanMajapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang Jawa sekitar tahun1293 Masihi.1Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya dengan gelaransebagai Prabu Kertajasa Jayawardana selapas sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yangdimusnahakan oleh pasukan tentera dari China dalam Dinasti Ming yang ingin menyerangPrabu Kertanegara namun dapat dipengarui oleh kerajaan Majapahit untuk menyerangKendiri dan akhirnya kerajaan kendiri di musnahkan. Setelah itu Majapahit mula berkembangdan muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara.Mengikut pandangan sarjana Majapahitmengalami tiga situasi pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zamankegemilangan dan yang terakhir adalah zaman kemerosotan.2 Zaman kegemilangan adalah semasa Majapahit diperintah oleh Hayam Wuruk.Beliaumerupakan anak kepada Puteri Djajawisnuwardani dengan Kertawardana.Zamanpemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada telahmengalami zaman kegemilangan di mana seluruh pelusuk nusantara berada di bawahnaungan kerajaan Majapahit dan di Selat Melaka. Dengan bantuan kebijaksanaan dan sumpahMangkabuminya yang dikenali sebagai sumpah-palapa, Majapahit pada ketika itu dapatmenyatukan seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.3 [3]Namun beliau telah meninggal dunia semasa Majapahit diambang kemegahan, iaitu padatahun 1363, Gajah Mada telah jatuh sakit disebabkan usianya yang telah, berita ini1 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd,2008, Hlm, 1442 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Cetakan Ketujuh, PN Balai PustakaJakarta, 1972, Hlm, 223 Ibid, Hlm, 50 1
    • menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan kehilangan seorang perdana menteri yang menjadikemegahan kemegahanya. Setelah kehilangan Perdana Menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mulamengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mangkabuminya tidakada waris yang mampu menandingi beliau.Maka jawatan selama ini dipegang olehnyadibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai Majapahit.Setelahitu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit walaupun tidak lagi menyerlah namun sudahmula berlaku kepincangan politik.Dan pada tahun 1389 masihi merupakan titik tolak kepadakemerosotan kerajaan Majapahit apabila Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telahmeninggal dunia.4Faktor peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatanmerupakan faktor utama yang telah menpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayarMajapahit. Namun begitu ,terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepadakejatuhan kerajaan Majapahit.FAKTOR DALAMANPeperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan Peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan merupakan faktor terpentingyang menyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Perang saudara diantaraWikramawardhana dengan Bhre Wirabhumi.Perang saudara ini dikenali sebagai PerangParegreg yang berlaku semasa pemerintahan Wikramawardhana sekitar tahun 1319 sehingga1429 masihi.Perang ini berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati Bhre Wirabhumiterhadap perlantikan Wikramawardhana sebagai pemerintah Majapahit.Hal ini berlaku kerana4 Ibid, Hlm, 80 2
    • beliau merasakan bahawa beliau paling layak untuk dilantik sebagai pemerintah.Disampingitu juga,telah berlaku perang saudara yang hebat iaitu sekitar tahun 1401 sehingga 1405masihi yang telah membawa kepada kematian Bhre Wirabhumi.Perang saudara tersebutmemberi kesan kepada kerajaan Majapahit dari segi politik iaitu kekuasaannya sebagaisebuah kuasa terkuat di Nusantara semakin merosot.Keadaan ini telah menyebabkan negeri-negeri berdekatannya seperti Melaka menguasainya.5 Perasan tidak puas hati Bhre Wirabhumi wujud akibat daripada wasiat Hayam Wurukyang lebih memilih Wikramawardana yang hanya menantu HayamWuruk sedangkan beliauadalan anak kandung Hayam Wuruk dengan gundiknya . Hal ini dapat di buktikan apabilaketika Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa selepas beliau wafattakhta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepadaputeri Kasumawardani.Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yangbernama Raja Wirabumi yang ditempatkan di sebelah timur Jawa. Maka wujud dua keluargadari keturunan yang sama. Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di antara kuasapusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintaholeh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.6 Wirabumi tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalahmenantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam huruk.Inimenyebabkan Wirabumi tidak tunduk kepada kerajaan yang berpusat di Majapahit.Makaberlakulah pergolakan antara dua buah keluarga berterusan maka terletuslah perang saudarapada tahun 1404 Masihi sehingga 1406 Masihi yang dikenali sebagai perangParegreg.7Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam5 Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,1979,Hlm, 190.6 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit , Jajasan Prapantia, Jakarta, 1978, Hlm 467 Ibid, Hlm 93. 3
    • mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian Wirabumi ketangan Raden Gadjah yangberpangkat Ratu Achirbaja.8Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun iamemberi impak besar kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah nauganMajapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.9 Kesan daripada perang saudara menyebabkan lahir perasaan dendam dari sebelahpihak yakni ahli keluarga Wirabhumi. Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaikitakhta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi menyebabkan kerajaan berat sebelahkerana golongan yang dulu melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yangmembunuh Wirabumi yakni Raden Gajah juga dibunuh.10Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada dan Hayam WurukKematian Mangkubumi Patih Gajah Mada merupakan salah satu faktor yang menyebabkanberlakunya kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Majapahit.Hal ini kerana Patih Gajah Madamerupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan cekap dalam menjalankan dasarpemerintahannya.Beliau merupakan seorang rakyat biasa yang dilahirkan di Pulau Bali danmenetap di Majapahit.Patih Gajah Mada telah dilantik menjadi pegawai pengawal istanasemasa zaman pemerintahan Prabu Jayanagara sekitar tahun 1309 sehingga 1328masihi.Kegemilangan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk adalah didorong olehkebijaksanaan Patih Gajah Mada yang berperanan sebagai pembantu, penasihat dan PerdanaMenteri.Oleh kerana kebijaksanaan beliau telah menyebabkan banyak wilayah-wilayah yangWilayah Gurun (Lombok),Seran (Seram),Tanjung Pura( Kalimantan), Haru (SumateraUtara), Pahang (Tanah Melayu),Dopo,Bali,Sunda,Palembang, dan Temasik (Singapura)8 Ibid, Hlm, 649 Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan BuddhaNalanda, Jakarta,1978,Hlm, 4610 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 46 4
    • .Selain itu,Patih Gajah Mada juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dan bercita-citatinggi dalam menjalankan pentadbirannya.Misalnya,kerajaan di sekitar Majapahit telahmengakui kewibawaannya dan tunduk kepada Patih Gajah Mada.Patih Gajah Mada turutterkenal dengan sumpah Nusantara atau nama lainnya ialah Sumpah Palapa.11 Keadaan ini telah membawa kepada perlantikan Patih Gajah Mada sebagai PerdanaMenteri atau Patih Amangku Bumi sekitar tahun 1336 masihi.Patih Gajah Mada telahmeninggal dunia sekitar tahun 1364 masihi dan telah menyebabkan kekosongan jawatan yangdipegang oleh Patih Gajah Mada iaitu jawatan Patih Amangku Bumi.Jawatan tersebutmengalami kekosongan selama 3 tahun sehingga tahun 1367 masihi dan Hayam Wuruk telahmelantik Gajah Enggon untuk memegang jawatan tersebut.Hayam Wuruk enggan melantikorang lain untuk memegang jawatan tersebut kerana tidak ada seorang pun yang layak.Hal inijelaslah menunjukkan bahawa Patih Gajah Mada merupakan seseorang yang begitu pentingdalam kerajaan Majapahit.Selepas kematian Patih Gajah Mada,jawatan beliau terbiar kosongkerana tidak ada sesiapa yang layak memegang jawatan tersebut.Keadaan ini menunjukkanbahawa peranan yang dimainkan oleh Patih Gajah Mada sangat penting dan Majapahit telahmengalami kemerosotan selepas kematian beliau.12 Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampumemikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada yangmampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu HayamWuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan kebijaksanaanya.Hal inimenyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaituWarda Menteri (menteri Sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug (mantjanegera) Pu Nala,11 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Kementerian PelajaranMalaysia, 1979, Hlm, 10812 Slametmulyana,Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratar Karya Aksara, Jakarta, 1979, Hlm, 40 5
    • Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.13Perkara ini mengambarkan bahawa selepaskemangkatan Gajah Madah keadaan politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yangbegitu besar.Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatanyang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut, maka bermulalahkemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu HayamWuruk.14Kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk Seterusnya kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk juga merupakan salah satufaktor yang memyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Selepaskemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisioleh kerajaan yang tidak berkelibar . Penganti takhta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalahWirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihimerupakan menantu kepada Hayam Wuruk.15Semasa pemerintahan Wirakramawardanipolitik kerajaan mula merosot akibat ketidak puashati dari segelintir keturunan Rajasanegarayang membawa kelemahan pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibatWirabumi tidak mengiktiraf kuasa Majapahit.16Perang tercetus ini mengakibatkankepincangan politik Majapahit yang menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurangdiambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhankerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikandengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.Hal ini menunjukan kelemahan13 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 7914 Ibid, Hlm, 8015 R. Atmodanimto, Babad Demak dalam Tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher,2000, Hlm, 3516 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 115 6
    • raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dancuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Akibat daripada perang saudara di antara Wirabumi dan Wirakramawardanimenyebabkan Wirabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 Masihi dan bandar Varabumiditawan.Namun perang tersebut menyebabkan kematian pegawai China. Hal inimenyebabkan hubungan dengan kerajaan China mula regang, walaupun hati maharaja Chinadapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani untuk menebuskematian pegawai cina dalam perang tersebut.17 Pada tahun 1429 Masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampukpemerintahan diwarisi oleh anak beliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).Semasa kerajaanRatu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha.Ini menunjukankelemahan kerajaan yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkankerajaan.18Selepas kematian Ratu Suhita takhta pada tahun 1447 Masihi takhta kerajaanditerajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara lelaki Ratu Suhita.Ekonomi kerajaanMajapahit semakinlembab akibat kelemahan pemerintah kerajaan Majapahit sendiri inikerana banyak kawasan yang dulunya menjadi nadi ekonomi Majapahit mula tidakberhubung dengan bandar pentadbiran Majapahit seperti Kalimantan Timur dan Pelembang. Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya kerajaan Majapahit diperintah oleh SeriRadjasawardana pada tahun 1451 Masihi sehingga 1453 Masihi, namun selepas kematianbeliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja.Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 Masihi, Majapahit tidak mempunyaiRaja.Sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.Beliau memerintah selama sepuluh tahun17 Ibid, Hlm, 116.18 Ibid, Hlm, 119 7
    • dari tahun 1465sehingga tahun 1466 Masihi.19Selepas itu kerajaan Majapahit diperintah olehbeberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja yang terkini yang memimpin takhta kerajaanMajapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit yang dikenali sebagai PrabuAdipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus.Pemerintahan pusat semankin lemahapabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luarlagi, ini menunjukkan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit. Perkara inidibuktikan semasa serangan yang dilakukan oleh Demak dalam era pemerintahan BeraWijaya, tenteranya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kotaMajapahit di diruntuhkan.20Hal demikian telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakinlemah kerana peperangan tersebut melibatkan kekuatan tentera dan ekonomi yang sangatbanyak.Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran juga merupankan salahsatu faktor yang kejatuhan kerajaan Majapahit..Bermula pada tahun 1451 Masihi iaitusemasa pemerintahan Rajasawardhana,beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit keFahuripan.Selepas itu,ibu negeri Majapahit telah dipindahkan ke Tumapel semasa Raja PhreWengker memerintah dan ibu negeri Majapahit telah berpindah ke Daha pula semasa BhrePadan Salas memerintah pada tahun 1468 Masihi.Kekerapan pertukaran tempat pemerintahandan pentadbiran telah menyebabkan ketiadaan wilayah yang kuat untuk dijadikan sebagaipusat pemerintahan kerajaan Majapahit.Keadaan ini turut mewujudkan hanya terdapatsesetengah kawasan sahaja yang memberi sokongan kepada pemerintah Majapahit keranatidak wujud kesepaduan.Keadaan ini akan memberi kesan kepada Majapahit iaitu pengaruh19 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Hlm, 66.20 Ibid, Hlm,80 8
    • dari kawasan-kawasan luar telah mulai masuk ke dalam kawasan Majapahit serta mendirikankerajaan-kerajaan baru di wilayah jajahan Majapahit.Hal ini jelaslah memberi kesan kepadakerajaan Majapahit kerana tidak sempat menguatkan kuasa di kawasan ibu negerinya.21Pemberontakan Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh RatuSuhita.Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untukmengulingkan kerajaan.Pemberontakan tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.Walaupunsebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun senangsahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah. Dalam pemerintahan Ratu Suhitapemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan. Apabilapemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan ke atas daerah taklukberkurang kerana tertempu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakantersebut.Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasankeatas negeri takluk.22FAKTOR LUARANPengaruh China terhadap negeri naunganMajapahit Salah satu faktor luaran yang mengundang masalah tersebut ialah kegiatan kerajaanMing dari kerajaan China iaitu kerajaan tersebut sedang meluaskan pengaruhnya di sekitarAsia Tenggara dan Asia Selatan.Setelah kerajaan Ming berjaya meluaskan kuasanya,kerajaan21 Marwati Djoened Poesponegoro,Sejarah Nusantara Indonesia, Hlm 442.22 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 118 9
    • tersebut telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecil di sekitar Nusantara sepertiMelaka,Palembang,Pasai,Aru(Haru),Lamburi dan Brunei.Keadaan ini membawa kepadaterbentuknya pengaruh Majapahit di luar Jawa dan memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan itu berkembang menjadi kerajaan besar dan kuat seperti Melaka.Hal ini telahmendorong pedagang bertumpu ke pelabuhan-pelabuhan baru tersebut dan meninggalkanpelabuhan Majapahit.Keadaan ini telah memberi kesan dari segi cukai yang dipungut olehMajapahit semakin berkurang.Jelaslah bahawa kegiatan yang dijalankan oleh kerajaan Mingtelah menggugat ekonomi Majapahit yang seterusnya membawa kepada kemerosotankerajaan tersebut.23Perkembangan agama Islam Kemunculan pengaruh agama Islam turut merupakan faktor yang menyebabkankemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Pengaruh agama Islam dikatakan telah berkembangsemasa kemunculan bandar dan negeri Melaka sebagai pusat perniagaan laut antrabangsa danpusat politik.Perkembangan agama Islam telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakinmundur menjelang awal abad ke-15 masihi.Menurut Paraton,negeri Majapahit telah diserangdan dihancurkan oleh gabungan negeri Islam Jawa Timur pada tahun 1478 masihi.Tanda–tanda kelemahan agama Hindu yang terdapat di Majapahit jelas kelihatan semenjak agamaIslam mula bertapak di bandar-bandar Jawa Timur.Hal ini telah menyebabkan para pujanggadan ulama agama Hindu berhijrah ke Pulau Bali.24 Perkembangan agama Islam ini juga telah mengurangkan kekuasaan kebudayaankehinduan dalam kerajaan Majapahit dan agama Islam telah mula bertapak dan menjadi23 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Hlm, 15024 Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Hlm 191 10
    • daerah-daerah agama Islam di kawasan persisiran pantai.Kawasan–kawasan tersebut telahmula beransur menjadi negara yang kuat berpusat Gerisik,Sidayu,TubanDjepara,Demak,Tijirebon dan Banten.Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan Majapahitmerosot kerana tidak dapat berhubung dengan pulau-pulau yang lain.Hal ini telahmenyebabkan kekuasaan Majapahit terhadap kawasa-kawasan taklukkannya semakinmerosot.Disamping terdapat masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya kejatuhan dankemerosotan Majapahit ialah terdapat perkembangan dalam bidang politik dan ekonomiterutamanya di daerah-daerah persisir utara Jawa yang disertai perkembangan agama Islamyang semakin pesat.Perkembangan pesat agama Islam ini pesat sekitar akhir abadXVsehingga awal abad XVI.25Kemunculan dan perkembangan Kerajaan Melayu Melaka Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotandan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Melaka yang diasaskan oleh waris dari rajaPalembang iaitu Parameswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri darikongkongan kerajaan Majapahit setelah beliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semulakerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau merupakanwakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantukepada Hayam Wuruk. Parameswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan Majapahitdengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka .Melalui penyucian25 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm , 86 11
    • tersebut Parameswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa 26makna Maharaja Tiga Buana. Kemunculan kerajaan Melayu Melaka adalah ekoran daripada kegiatan yangdilakukan oleh kerajaan Ming iaitu kerajaan Ming telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecildi sekitar Nusantara dan salah satu kerajaan tersebut ialah kerajaan Melayu Melaka.Keadaanini telah memberi peluang kepada kerajaan melayu Melaka berkembang dan menjadi sebuahkerajaan yang besar dan kuat.Kewibawaan politik kerajaan Majapahit di Nusantara semakinmenurun akibat daripada perang saudara yang berlaku telah membawa kepada perkembangandan kemunculan kerajaan Melayu Melaka.Keadaan tersebut telah membawa kepadaperkembangan kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat kegiatan perniagaan lautAntarabangsa.Pada masa itu,kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah kuasapolitik yang besar di rantau Nusantara kerana mendapat sokongan daripada Maharaja MingYung-Lo dari Negara China. Melaka telah menjadi terkenal kerana mempunyai kemudahan yang selesa bagimemenuhi kehendak para pedagang seperti gudang bawah tanah dibina bagi memudahkanpedagang menyimpan barang dagangan mereka.Disamping itu juga,Melaka juga dikenalisebagai pelabuhan entrepot dan mampu memberi perlindungan keselamatan kepada pedagangyang singgah ke Melaka.Jaminan keselamatan yang diberikan oleh Melaka telahmenyebabkan pedagang datang berdagang ke sana dan jumlah pedagang yang datang keMajapahit semakin berkurang.Laporan Cheng-Ho mengandungi pujian kepada bandarsemulajadi Melaka serta rajanya.Cheng-Ho menyatakan bahawa bandar serta raja Melakalayak dibantu supaya menjadi pusat perniagaan antarabangsa dan pusat kuasa politik yangbaru di Lautan Selatan.Maharaja Chin,iaitu Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf negeri26 Pengajian Malaysia Sejarah Tanah Melayu,International Law Book Services,2010, Hlm, 9 12
    • Melaka sebagai negeri yang bebas dibawah naungan China.Ekoran daripada itu telahmenyebabkan Siam tidak berani mengancam Melaka dan telah menyebabkan kerajaanMajapahit kehilangan bantuan moral serta politik dari negeri China.Kemunculan Melakasebagai pusat perniagaan laut antarabangsa dan pusat politik telah memberi peluang terhadapperkembangan agama Islam di kawasan bandar-bandar pantai utara Jawa Timur.Keadaan inijelas menampakkan bahawa kerajaan Majapahit hampir mengalami kemerosotan. 27Kemunculan kerajaan Islam Demak Kemunculan kerajaan Islam Demak turut merupakan salah satu faktor luaran yangmenyebabkan berlakunya kemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Setelah kemunculanpengaruh agama Islam di Jawa Timur telah melahirkan sebuah kuasa politik yang baru didaerah persisir Utara Jawa yang masih berada di dalam wilayah kekuasaan kerajaanMajapahit iaitu kerajaan Islam Demak.Menurut pendapat Prof.Dr Slametmuljana melaluibuku beliau yang berjudul Runtuhnya kerajaan Hindu-Djawa dan Timbulnya Negara-NegaraIslam di Nusantara pada tahun 1968 telah menyatakan bahawa kerajaan Majapahitmengalami keruntuhannya pada tahun Saka 1400 kerana telah mendapat serangan darikerajaan Demak.28 Jelaslah bahawa tindakan kerajaan Islam Demak ingin menakluk kerajaan Majapahitdisebabkan mempunyai latar belakang politik dan keagamaan yang bermotifkan“perangsabil”.Kerajaan Islam Demak telah muncul sebagai sebuah kuasa politik yang baruberlandaskan kepada ajaran agama Islam serta telah berjaya melepaskan diri dari terikatdengan Doktrin Cosmogoni yang dilandasi Hinduisme.Perbezaan agama di antara kerajaan27 Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938, Hlm, 4828 Hasan Djafar, Girindrawarddhanan Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Hlm, 108 13
    • Islam Demak dan Majapahit telah menyebabkan berlakunya penaklukkan Majapahit olehkerajaan Islam Demak pada tahun 1519.Oleh itu,Majapahit telah berjaya ditakluk olehkerajaan Islam Demak yang seterusnya telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Majapahitdan telah melenyapkan kekuasaan raja-raja Dinasti Girindra yang telah berkuasa hampirselama 300 tahun di kerajaan Singhasari dan Majapahit.29Bencana alam Faktor semula jadi seperti bencana alam turut membawa kepada membawa kepadakemerosotan dan keruntuhan Majapahit.Digambarka bahawa telah berlaku gempa bumi padatahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362 bersamaan dengan 1440 Masihi.30Namunselepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang.Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373bersamaan 1451 tahun masihKejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahitkerana membawa banyak bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkantelah berlaku pada tahun saka kayambara-sagareku 1403 Masihi.31Hal ini menunjukkanbahawa bencana alam yang berlaku di mengancam kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaanmasyarakat terhadap kerajaan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam sepertigunung berapi dan gempa bumi yang berlaku menyebabkan semua kegiatan pendudukterancam.Selain nyawa meraka terancam kegiatan harian mereka juga terganggu, letusangunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semuatenaman penduduk tempatan, hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot29 Ibid,30 Drs R. Pitono Hardjowardoyo, Pararaton, Bhratara, Jakarta, 1965, Hlm, 5831 Ibid, Hlm, 59 14
    • disamping tiada pedagang datang melawat pelabuhan majapahit. Dari segi kepercayaanrakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka rajaberkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh rajalain.tidak lagi. Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktirafkerajaan kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit inidibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angotatentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul disekitar Jawa sendiri. Namun perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaanMajapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik. Bencana alam berlaku kerana proses yangberlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunungberapai secara autometiknya akan membawa malapetaka yang besar kerana kesan letusangunung berapi itu sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bencana alam turutmempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahanHayam Wuruk.Kesimpulan Kesimpulannya, peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan telahmenpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar Majapahit.Hal ini kerana sesebuahkerajaan. itu memerlukan kekuatan dari segi politik untuk mengukuhkan penguasaanpentadbiran mereka.Jika sesebuah kerajaan itu mengalami kepincangan dalampemerintahan,keadaan ini akan mengundang kerajaan lain untuk meluaskan kuasa ke ataswilayah–wilayah taklukan kerajaan Majapahit.Hal ini akan memudahkan perluasan kuasakerajaan lain keatas Majapahit.Keadaan ini tidak seharusya berlaku kepada kerajaan yang 15
    • terkuat seperti Majapahit pada waktu itu. Namun terdapat juga faktor-faktor lain mendorongkepada kemerosotan dan kejatuhan empayar Majapahit.Faktor-faktor ini boleh dibahagikankepada dua iaitu fakor dalaman dan faktor luaran.Perkara ini menadakan Majapahit hanyatinggal nama sahaja. Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya keranaseratus tahun selepas Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit tidak pernah lagi mengembangkankerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalahkehancurannya dan kemunculan Kerajaan Islam Demak. 16
    • BIBLIOGRAFI.Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications danDistributors Sdn Bhd2008Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andanya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pelajaran Malaysia , 1979Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan DanaPendidikan Buddhis Nalanda JakartaMohd.Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa Dan PustakaKuala Lumpur 1979Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia,Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jakarta, Yayasan Prapanca, 1960Mohd. Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 1979Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan NusantaraSlametmulyana, Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratara Karya Aksara-Jakarta1979 17