Assment saadah aku
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Assment saadah aku

on

  • 2,615 views

y

y

Statistics

Views

Total Views
2,615
Views on SlideShare
2,615
Embed Views
0

Actions

Likes
3
Downloads
96
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Assment saadah aku Assment saadah aku Document Transcript

  • PENGENALAN “Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi member peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.” (Huraian Pra Sekolah Kebangsaan, 2003)Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapatmenghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalahsatu keperluan. Melalui bermain, kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenalisebagai pembelajaran tidak formal. Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktordisposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitumain merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah prosesaktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebasdari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatandiri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembiradan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciriimaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagikanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran danpembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan BelajarMelalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagaiaspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktivitiyang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagailandasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian KurikulumPrasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akanmenggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikutpemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello,2006; Tomasello& Haberl, 2003). Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanakdibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
  • pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atauyang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskanbahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang bolehwujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberipeluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003;Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalamkelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu subkategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainankumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujukkepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost,1992). Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaituPerlakuan Tidak Menentu (Unoccupied Behaviour) kanak-kanak tidak bermain dengansesiapa dan juga sebarang permainan, Main Sendirian (Solitary Play) kanak-kanak bermainseorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), Main Pemerhatian (Onlooker play) kanak-kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkandiri dalam permainan, Main Selari (Parallel Play) kanak-kanak bermain bersendirian tetapidengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yangserupa, Main Asosiatif (Associative Play) kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satusama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan MainKoperatif (Cooperative play) Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsialat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif. Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktivitipermainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan,permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur danpermainan bebas. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932),kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihakKementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkajitelah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaituberstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.
  • 1. Identify the type of play that you want to observe. (10m) Kenal pasti jenis main yang kamu ingin buat pemerhatian. (10m) Untuk kerja kursus ini, saya telah merancang untuk membuat pemerhatian terhadapmurid Pra Sekolah Gemilang, SK Kampung Cheras baru dalam melakukan aktiviti mainkooperatif (cooperative play). Main Kooperatif ialah jenis permainan yang melibatkansekumpulan kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersamadan berkongsi aktiviti. Menurut Piaget, pembelajaran bermakna memerlukan masa „untukmemainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamat. Mainkooperatif boleh dimulakan oleh sekumpulan kanak-kanak itu sendiri atau melaluli arahanguru. Main Kooperatif ini sangat sesuai dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahunke atas. Aktiviti Main Kooperatif ini biasanya merupakan aktiviti permainan yang dirancangdan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak prasekolah untuk mencapaimatlamat atau hasil permainan.
  • 2. Video tape the play activity that you observed. Buat rakaman video terhadap aktiviti main yang diperhatikan.
  • 3. Describe in writing, the play that you have video taped and disscuss it benefits and how this support the development of young children. (20m) Jelaskan dalam bentuk penulisan tentang main yang dirakam dan faedahnya dalam membentuk perkembangan kanak-kanak. (20m) Tajuk main kooperatif yang saya rancang dan jalankan bersama guru pra sekolah ialahpermainan “ Tin-Tin Tumbang”. Permainan ini dijalankan di luar kelas pras sekolah danmengambil masa lebih kurang 60 minit untuk menjayakannya. Murid-murid prasekolahdibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Objektifpermainan ini ialah setiap kumpulan perlulah menjatuhkan seberapa banyak tin yang disusun.Permainan ini memerlukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan untuk mendapatkankeputusan yang baik. Setiap ahli kumpulan perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuanketika membuat balingan ke arah susunan tin. Mereka juga perlu memberi sokongan kepadaahli pasukan masing-masing untuk memberi semangat. Permainan ini juga memerlukanpemain untuk mematuhi arahan yang disediakan iaitu setiap pemain perlu membuat balingandi dalam gelung rotang yang disediakan, pemain hanya boleh membuat balingan sebanyaksekali bagi setiap pusingan secara bergilir-gilir, dan kumpulan yang menang ditentukanmelalui jumlah jatuhan tin yang telah dibuat. Permainan “Tin-Tin Tumbang” merupakansalah satu aktiviti main kooperatif yang amat seronok dan berkesan dalam membentukperkembangan kanak-kanak prasekolah. Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan murid-murid dari segi fizikalbahasa, sosioemosi dan juga kognitif mereka. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapatpengalaman untuk berkerjasama sesama ahli kumpulan untuk bersaing dengan kumpulanlain. Berikut adalah faedah-faedah permainan ini dari segi fizikal, bahasa, sosioemosi dankognitif murid-murid;Dari segi perkembangan fizikal murid-murid, (a) Semasa permainan ini, murid-murid menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka seperti tangan, kaki dan mata untuk bergerak. Murid-murid juga berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Aktiviti-aktiviti membaling dan menangkap bola membolehkan murid-murid membentuk perkembangan motor halus dan motor kasar mereka. Seterusnya, ianya juga dapat mambantu murid-murid untuk membentuk koordinasi dan pergerakan mata serta tangan mereka ketika membuat balingan. Permainan ini juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan anggota tubuh badan murid-murid. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan mereka melalui aktiviti fizikal seperti ini.Dari segi perkembangan bahasa murid-murid, (a) Permainan yang dijalankan merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Melalui permainan ini, murid- murid berinteraksi secara lisan atau menggunakan pergerakan tubuh untuk
  • berkomunikasi sesama mereka dan juga guru. Interaksi seperti ini merupakan aspek yang sangat penting untuk membentuk hubungan sosial antara mereka.Dari segi perkembangan sosioemosi murid-murid; (a) Murid-murid juga dapat belajar untuk mengadakan hubungan sosial sesama mereka melalui permainan ini. Sebagai contoh, Murid-murid perlu memberi sokongan kepada ahli pasukan mereka untuk memenangi permainan atau pertandingan yang disertai. Untuk bermain dengan jayanya, murid-murid perlu berkomunikasi dengan rakan- rakan mereka dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa murid-murid. (b) Melalui permainan ini juga, murid-murid belajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka berkolaborasi sesama ahli kumpulan mereka untuk menjatuhkan seberapa banyak sususan tin yang boleh dengan menggunakan ketepatan dan teknik yang betul. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih bersemangat dan bersungguh- sungguh untuk menjatuhkan susunan tin seberapa banyak yang boleh. (c) Murid-murid juga dapat belajar untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam permainan ini, kumpulan murid-murid ini akan dibimbing oleh guru untuk melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan masing-masing. Apabila permainan dijalankan, ahli kumpulan akan mematuhi arahan ketua dan ketua memainkan peranan penting untuk memberi semangat kepada ahli kumpulannya. Namun begitu, murid-murid di peringkat pra sekolah ini perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang peranan seorang ketua dalam permainan ini. (d) Permainan ini juga membolehkan murid-murid belajar untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu bekerjasama untuk membuat balingan yang tepat ke arah susunan tin supaya dapat menjatuhkan tin tersebut dengan jumlah yang banyak. Mereka juga perlu bertolak ansur dan memberi semangat kepada ahli pasukan mereka sekiranya tidak dapat membuat balingan yang baik dan jatuhan tin yang banyak.Dari segi perkembangan kognitif murid-murid pula, bermain dapat member kesan ke atasperkembangan kognitif murid-murid. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan prosespembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya, Kegunaan permainan ini darisegi perkembangan kognitif murid-murid adalah; (a) Membantu murid-murid dalam perkembangan intelek. Secara tidak langsung permainan ini membantu murid-murid dalam perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku disekelilingnya. Konsep awal yang digunakan dalam permainan ini ialah konsep nombor dan operasi nombor. Sebagai contoh, setiap kumpulan perlu mengira jumlah jatuhan tin yang telah dibuat.