Panduan menghafaz al
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Panduan menghafaz al

on

  • 455 views

Panduan Menghafaz Al-Quran

Panduan Menghafaz Al-Quran

Statistics

Views

Total Views
455
Views on SlideShare
455
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
13
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Panduan menghafaz al Panduan menghafaz al Document Transcript

  • Panduan Menghafaz Al-QuranAl-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbingmanusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebihlengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranyaindah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputisegenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia bolehdihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuatdemikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkansupaya menghafaznya.Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pundihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanyamenghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagisetiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnyacukup untuk dibaca di dalam solat.Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja,malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lainyang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasaAarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru,orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Qurandaripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalusupaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalambukunya Way to the Quran (1991) dengan mengatakan bahawa:The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includesboth understanding and practice. In fact there is no English wordwhich can accurately reflect its true and full meaning.Hifz is an essential way of making the Quran penetrate you. It is nota mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotionalimpotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder itsmeaning. It makes the Quran flow on your tongue, reside in yourmind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.
  • Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukanbermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsurmenghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati.Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telahlekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga denganselalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibacaitu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini jugamerupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu,menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diridengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan.Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz,elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafazAl-Quran.Firman Allah:Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yangpaling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yangmengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar"Surah Al-Isra 9.FimanNya lagi:
  • Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitabAllah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezekiyang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secaraterang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidakakan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akanmenyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut merekadapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapakelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amatbersyukur". Surah Fatir 29-30.Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam (s.a.w.)bersabda bemaksud:"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, makabaginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengansepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf,tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat IbnuMasud.Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Akumendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hariKiamat memberi syafaat kepada pembacanya"Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat didalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat danpenawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkanfirman Allah:Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayatAl-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin".Surah Isra 82.Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malahmendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yangdisabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
  • "Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah(Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". RiwayatIbnu Abbas r.a.Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami danmengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapatmemelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapatmenyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah.Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabdayang maksudya:"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran danmengajarnya kepada orang lain"Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada IbnuMasud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidakmenyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dansesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yangmasuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yangkasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan beritabaik daripada Allah Taala".Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinyawalaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidakmembaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramaldengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yanghampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Qurandi dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampirruntuh" Hadis riwayat Tarmizi.Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yangdibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepadaAl-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz danmengamal serta menghayati ajarannya.Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yangberminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
  • Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-QuranBagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihanmengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dankenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanyamenyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz.Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidakmembosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengankesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnyaakan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:1. Bersuci dan berwuduk2. Memakai pakaian yang bersih3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi4. Mengadap kiblat5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allahdan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan keranasebab-sebab lain yang bersifat keduniaanB. Teknik menghafaz Al-Quran1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul danlambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannyasahaja.2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-betul lancar.5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpamelihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihatmushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihatmushaf.6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihatmushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan sepertilangkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
  • 7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dariawal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu didalam solat.10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yangdapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialahpertolongan daripada Allah Taala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusiayang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencanayang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.