Your SlideShare is downloading. ×
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Tugasan 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tugasan 3

415

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
415
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KAE 3013 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : NAMA SUZANA BT. SAUDIN NO. MATRIK NO. TELEFON M20121000514 0122391423 PENSYARAH : PROF.MADYA DR. ABD LATIF HJ.GAPOR
  • 2. Pengenalan Sistem pendidikan masa kini telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf sosial masyarakat daripada era agrarian sehinggalah kini memasuki era teknologi maklumat. Sistem pendidikan kini dikatakan mengalami perubahan daripada penggunaan teori behaviorisme kepada kognitisme dan seterusnya ke konstruktisme. Melalui perancangan pelaksanaan pembestarian semua sekolah menjelang tahun 2010, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterapkan dan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan pelajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29 Ogos 2006). Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Dengan bermulanya penciptaan komputer, teknologi ini menjadi salah satu alat yang memudahkan golongan pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan pelbagai gaya dan menjadi tarikan kepada pelajar. Pengunaan komputer bukanlah sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak awal 60 an lagi terutama di Negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melopori teknologi ini untuk diadaptasikan dalam dunia pendidikan. Dewasa ini, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, samaada kanak-kanak seawal umur pra sekolah sehinggalah golongan emas, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk
  • 3. mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk hiburan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya ditambah lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya. Internet di lengkapi dengan kemudahan “world wide web” memudahkan pengguna untuk mengakses apa sahaja maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperoleh merangkumi seluruh pelosok dunia. Dengan kemudahan yang sebegini menjadikan masyarakat Malaysia khususnya mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling hinggalah ke dunia luar. Secara tradisinya, proses pengajaran dan pembelajaran di sampaikan melalui interaksi antara guru dan pelajar. Dimana guru menjadi gedung ilmu kepada pelajar. Masalah yang selalu timbul adalah apabila pelajar terlalu mengharap kepada guru untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Di sini akan timbul isu “spoon feeding” dalam proses guru menyampaikan isi pengajaran. Sekaligus secara tidak langsung, dunia persekolahan melahirkan pelajar yang ‘pasif’, tidak mempunyai sikap berdikari dan tidak ada semangat kompetatif. Oleh itu, sudut pandang para pelajar perlu diubah untuk melahirkan pelajar yang bersikap berdikari, bermatlamat, berpandangan jauh, mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bertanggungjawab dalam segala tindak-tanduknya, demi untuk mencapai cita-cita yang dicitacitakan. (Mohd Hajiman Haji Mat Jusak,2002) Selari dengan perkembangan semasa, menjadikan internet sebagai salah satu solusi terbaik untuk menjadi jalan keluar kepada permasalahan di atas. Kata pepatah ada mengatakan,antara guru terbaik adalah pengalaman. Hal ini juga perlu diserapkan kepada pelajar. Oleh itu, internet menyediakan pelajar untuk menimba ilmu sendiri melalui pengalamannya mencari, menganalisa dan menimbal buruk baik sesuatu maklumat. Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab malah dapat mendidik pelajar untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Internet juga dapat menjadi platform untuk pelajar mengambil bahagian dengan cara tersendiri dan menjadikan pelajar tidak terlalu mengharapkan kepada orang lain.
  • 4. Selaras dengan perkembangan dunia masa kini, pelajar dan guru perlu menukar paradigma dengan tidak meletakkan tumpuan ilmu itu hanya kepada guru. Pelajar perlu dididik untuk menjana cara fikir tersendiri. Masa kini pelajar dan guru perlu sedar akan persaingan yang akan dihadapi apabila pelajar-pelajar ini melangkah ke dunia luar. Guru perlu berperanan sebagai fasilitator dan motivator kepada pelajar untuk berfikiran lebih terbuka dan berpandangan jauh.Untuk tujuan pembelajaran pelajar, internet menyediakan pelbagai kemudahan seperti tutorial elektronik seperti Skor A, portal-portal pendidikan, email, enjin carian maklumat dan sebagainya. Pernyataan Masalah Dewasa ini, internet menjadi sumber maklumat yang tidak terbatas. Hal ini menjadikan internet di gunakan oleh semua lapisan umur. Dengan kemudahan world wide web (www), internet digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, komunikasi dan tidak kurang juga untuk tujuan hiburan semata-mata. Akibat daripada penyalahgunaan internet terutama di kalangan pengguna yang berusia muda menjadi kebimbangan kepada guru, ibu bapa dan juga masyarakat. Kebimbangan ini diakibatkan oleh masalah-masalah yang wujud akibat penyalahgunaan internet di kalangan pengguna muda ini, contohnya seperti masalah sosial, ponteng sekolah dan internet juga menyebabkan pengguna di kalangan pelajar hilang minat untuk belajar kerana banyak masa dihabiskan untuk melayari internet. Dalam isu pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ini. Hal ini kerana mungkin kerana kekurangan kesedaran di kalangan guru, pelajar dan juga umum tentang kelebihan internet yang dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tetap di takok lama dengan hanya menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan guru. Dan isu spoon feeding tetap menjadi budaya dikalangan pelajar di Malaysia.
  • 5. Dalam membincangkan isu ini, tidak dapat lari daripada turut membincangkan tentang isu pembestarian sekolah yang mula dilaksanakan semenjak tahun 1996. Perancangan pembestarian sekolah ini mengsasarkan pada tahun 2010 semua sekolah sudah dapat mengaplikasikan pembelajaran berdasarkan komputer sepenuhnya. Pada tahun 2010, sejauhmanakah semua sekolah dapat menggunakan komputer sebagai sumber utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana keadaan semasa yang masih mangalami masalah keterbatasan kemahiran guru dalam penggunaan komputer dan juga kekurangan kemudahan sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kajian kepada kawasan di daerah Hulu Selangor, Selangor. Rasional penyelidik memilih kawasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan dan pendedahan internet di daerah ini. Dalam masa yang sama dapat mengaitkan penggunaan internet di dalam pembelajaran pelajar. Daerah ini dapat diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar secara umumnya. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana internet membantu pelajar dalam pembelajaran. Antara objektif kajian adalah:1.4.1 Mengenalpasti sumber penggunaan internet di kalangan pelajar. 1.4.2 Mengenalpasti jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar. 1.4.3 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. 1.4.4 Mengenalpasti faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran. Persoalan Kajian Kajian ini dilaksanakan berdasarkan beberapa persoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut: 1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? 2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar?
  • 6. 3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? 4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? Metodologi Menggunakan soalan temubual berstruktur. Soalan-soalan yang diberikan merupakan soalansoalan yang menjurus kepada jawapan persoalan kajian. Responden yang dipilih untuk temubual merupakan seorang murid perempuan Tahun 5 Usaha. Murid ini bernama Husna Musfirah binti Muhammad Arif. Bapanya merupakan seorang pensyarah manakala ibunya merupakan seorang pendidik. Pelajar ini juga merupakan calon 5A pada peperiksaan UPSR 2014. Hasil Temubual 1. Bagaimanakah pelajar mendapatkan sumber penggunaan internet? Menurut pelajar ini, beliau mendapatkan sumber penggunaan internet melalui pemasangan wi-fi di rumahnya. Jika di sekolah pula beliau mendapatkan akses internet melalui Pusat Akses Sekolah. 2. Apakah jenis aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar? Aplikasi internet yang kerap dilayari oleh pelajar ini adalah facebook, youtube dan akses kepada bahan pembelajaran seperti Skor A dan Zoom. Pelajar ini banyak belajar dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran melalui internet. 3. Apakah faktor yang menghalang pelajar daripada menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran?
  • 7. Jika di sekolah,menurut pelajar ini, masalah yang selalu dihadapi adalah internet yang lambat, surver down dan masalah kekurangan komputer di mana pelajar ini berkongsi dengan murid lain jika menggunakan komputer di makmal komputer untuk mencari maklumat atau bahan untuk pembelajaran. Selain daripada itu, kekangan masa untuk pembelajaran juga berlaku di mana pelajar mengambil masa hampir 10 minit untuk berjalan masuk ke dalam makmal komputer. Ini kerana kedudukan kelas dan makmal komputer yang agak jauh. 4. Apakah faktor yang menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran maklumat untuk pembelajaran? Menurut pelajar ini, faktor yang paling utama ialah menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat untuk pembelajaran amat mudah dan senang atau mudah difahami. Maklumat yang dicari itu selalunya diterangkan berserta contohnya sekali. Selain daripada itu, jika kita masih tidak faham tentang sesuatu perkara,pelajar boleh akses ‘google search’ dan dapatlah jawapan yang dicari. Bahan pembelajaran dari internet sangat menarik dan mudah difahami. Contohcontoh yang diberikan amat mudah dan simple. Guru-guru juga menggalakkan pelajar menggunakan internet sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat pembelajaran.
  • 8. Rumusan Pada era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan kini menjadikan internet merupakan salah satu alat komunikasi yang penting dalam segala aspek kehidupan.Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan. Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

×