Assgnmnt individu plg517

4,211
-1

Published on

2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
4,211
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
287
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assgnmnt individu plg517

  1. 1. 1. PengenalanMenurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosialdiajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosialadalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap,nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata.Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal,sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalamkehidupan. Pada dasarnya, objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untukmembantu murid : i. membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat; ii. menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan iii. memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. Berdasarkan cadangan pengagihan waktu pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1dan Tahun 1 dan 2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 75% atau 26 waktu (780 minit) 1
  2. 2. diperuntukkan untuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) atau pendidikansex ini. Sesunguhnya, masa yang diperuntukkan sangat banyak berbanding dengan waktu bagitatacara pemakanan (15%: 5 waktu) dan pertolongan cemas (10%: 4 waktu).2. Argument Pendidikan Seks Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj (2010), kaedah penyampaian pendidikan seksualititidak boleh disamakan dengan cara subjek matematik, biologi, fizik, geografi dan sejarahdiajarkan di sekolah. Seorang pelajar masih boleh diajar menjadi cemerlang dalam bidangmatematik tambahan, fizik dan kimia oleh guru di sekolah, sekalipun kedua ibu bapanya butahuruf dan tidak langsung mempunyai keupayaan menguasai subjek tersebut. Namun,pendidikan seksualiti yang harus mampu membentuk insan yang kamil dan sejahtera, perlubermula dari sikap dan tanggapan yang betul di dalam rumah dan dijelmakan melalui interaksisihat penuh hormat antara ahli keluarga. Pendekata, saranan yang menganggap gejala sosialakan mampu diselesaikan sekiranya pendidikan seksualiti diajarkan secara formal di sekolahsemata-mata, tidak akan mencapai objektif. Masih ramai yang ragu-ragu sama ada pendidikan seksualiti mempunyai tempat dalamaspek pendidikan anak-anak atau tarbiatul aulad. Merujuk buku Tarbiatul Aulad fil Islam (Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) karangan As-Syaikh Al Ustaz Dr Abdullah Nasih‟Ulwan, terdapat satu bab khusus `Tanggungjawab Pendidikan Seksual‟ yang merangkumi adabmeminta izin, adab memandang muhrim dan bukan muhrim serta panduan menghindarkananak-anak dari rangsangan seksual. Saya merasakan ini adalah satu perancangan yang sangat tidak cerdik bagi pihakberwajib kerana tindakan ini bukan hanya akan mengurangkan kadar gejala sosial malah akan 2
  3. 3. meningkat secara mendadak. Hal yang sedemikian kerana murid Tahun Satu belum cukupmatang untuk mempelajari subjek pendidikan seks, malahan subjek sains tentang tentangpembiakan dan sek sekunder diajar dalam tingkatan tiga dimana pelajar dalam peringkat itusudah boleh menerima apa yang hendak disampaikan. Presiden PMIUPM, saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh, berkata, pendidikanseks ini merupakan salah satu agenda yahudi yang mahu merosakkan umat Islam terutamanyaremaja dan pemuda Islam. Pihak Yahudi sendiri mengakui umat Islam tidak akan dapatdikalahkan dengan peperangan kerana umat Islam mencintai mati sebagaimana merekamencintai hidup. Oleh itu, hanya dengan merosakkan umat Islam secara halus sahaja akanberjaya melemahkan umat Islam. Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pendidikan seks tidak perlu dijadikansebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam.Beliau mengatakan lagi bahawa subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai denganmenjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudahterpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam telah dimasukkanperkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana iasebahagian daripada ajaran Islam. “Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang ke dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” Tun Dr. Mahathir Mohamad. 3
  4. 4. Tidak dapat dinafikan, keperluan seksualiti manusia berubah mengikut usia, tahapkematangan dan kehidupan serta status kesihatan seseorang. Pendidikan seks akan mendedahkan kepada kanak-kanak berkaitan hubungan seks.Perzinaan akan menghancurkan kesucian hubungan manusia dan membawa kepada banyaklagi kerosakan. Mengapa begitu? Kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan sekssememangnya perilaku mereka ingin tahu dengan lebih mendalam serta ingin mencuba. Secaratidak langsung, tabiat ini telah lari atau menyimpang daripada landasan sebenar pendidikanseks. Kerajaan Britain telah lebih dahulu mula mengajar pendidikan seks di sekolah-sekolahrendah dan seawal 7-8 tahun. Apakah mereka dapat menangani masalah ini? Kesannya masihmengecewakan. Malahan, peratusan hubungan seks luar nikah, pengguguran dan aktivitiberkaitan seks di Britian adalah antara yang tertinggi di Eropah. Walhal Belanda, yang memberipilihan kepada penduduknya samaada untuk mengikuti kelas seks atau sebaliknya tanpapaksaan mempunyai peratusan yang rendah. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman dalam Utusan Online, keluaran 18 Disember 2009menyatakan, “Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.” Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankankepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah jadi dengan 4
  5. 5. pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut? Apakah peningkatan penyakit kelamin inimerupakan bukti kejayaan pendidikan seks di negara itu? Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolahdan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh parapelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih bijak dalam hal ini dan seterusnyamengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Dimana silapnya? Jadi, adakah kita juga ingin mengambil risiko? Bagaimana pula dari segi moralitinya? Sudah tentu acuan kita tidak sama denganacuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza. Pendidikan seks dalam konteksmasyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlakIslam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matalamat pendidikan itu. Yang pastiteknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan “safe sex” adalahberbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Situasi ini secarajelas seumpama mengajak anak-anak kita untuk mendampingi seks bebas. Amalan berpasang-pasangan yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengahdan telah pun menular ke sekolah-sekolah rendah merupakan persekitaran yang merangsangkepada suasana yang mengganggu ke arah pembentukan disiplin pelajar. Suasana ini hanyaakan memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat pendidikan sekssebagai ilmu untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Perlu diingatkan bahawa memenuhituntutan nafsu seperti nafsu makan dan nafsu seks merupakan fitrah manusia, walaubagaimanapun fitrah tersebut haruslah dipandu dan dikawal supaya ianya tidak menjurus kearah kemusnahan manusia itu sendiri. 5
  6. 6. Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajibbertunjangkan sistem nilai, moral dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajarandan matlamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta inti pati pembelajaran untukmemberi panduan „seks selamat‟ adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insanyang salih dan seimbang. Dalam Islam misalnya, segala hal berkaitan dengan seks terangkumdalam perbahasan yang lebih luas mengenai peraturan dan hukum hakam serta perkara yangberkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita yang semua terangkum dalam perbincangan„munakahat.‟ Di sesetengah tempat seperti di Johor, pendidikan mengenai munakahat ini sudahpun diajarkan kepada pelajar peringkat rendah. 6
  7. 7. RujukanAbdullah Nasih Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, Jil. 2. Kaherah: Dar al-SalamHarlina Halizah Siraj (2010), Fitrah: Menyantuni Naluri Insan, Majalah Solusi Isu ke-23: Kuala Lumpur, Telaga Biru.Muhammad Hazim B. mohd noh (2012), PMIUPM Mengecam Pendidikan Seks Di Sekolah: http://hazimmohdnoh.wordpress.com/2010/12/01/pmiupm-mengecam- pelaksanaan-pendidikan-seks-di-sekolah/: Dipaparkan pada 10 April 2012. 7

×