Kata adjektif

15,650 views

Published on

2 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,650
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
215
Actions
Shares
0
Downloads
783
Comments
2
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kata adjektif

  1. 1. Marilah Kita BelajarKATA ADJEKTIF Disediakan oleh Cikgu Tay Su Sein
  2. 2. Maksud Kata Adjektif Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.
  3. 3. Jenis – Jenis Kata Adjektif1. Kata Adjektif Sifatan atau keadaan2. Kata Adjektif warna3. Kata Adjektif ukuran4. Kata Adjektif bentuk5. Kata Adjektif waktu6. Kata Adjektif jarak7. Kata Adjektif cara8. Kata Adjektif Perasaan9. Kata Adjektif pancaindera
  4. 4. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan-Membawa pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.Contohnya;Baik, cerdik, berani, pandaiContoh ayat;1. Anak guru itu sangat cerdik.
  5. 5. Kata Adjektif Warna-Membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.Contohnya;Merah, putih, ungu, kelabuContoh ayat;1. Gadis itu bertudung merah.
  6. 6. Kata Adjektif Ukuran-Membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.Contohnya;Kecil, panjang, rendah,tebalContoh ayat;1. Bilik kecil mudah diurus.
  7. 7. Kata Adjektif Bentuk-Membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.Contohnya;Bulat, lonjong, buncit, leperContoh ayat;1. Perut Ali sangat buncit.
  8. 8. Kata Adjektif Waktu-Membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keteranganContohnya;Baharu, lama, segera, suntukContoh ayat;1. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
  9. 9. Kata Adjektif Jarak-Membawa pengertian konsep ruang antara 2 bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama.Contohnya;Jauh, dekat, hampir,rapatContoh ayat;1. Kawan rapat saya belajar di luar negara.
  10. 10. Kata Adjektif Cara-Membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.Contohnya;lambat, cepat, gopoh, derasContoh ayat;1. Orang lambat selalu rugi.
  11. 11. Kata Adjektif Perasaan-Membawa pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama diikuti oleh kata sendi nama.Contohnya;Rindu, benci, suka, marahContoh ayat;1. Dia amat rindu akan emaknya.
  12. 12. Kata Adjektif Pancaindera-Membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama.A) Deria rasaContohnya;Manis, sedap, tawar, pahitContoh ayat;1. Minuman itu sungguh manis.
  13. 13. Kata Adjektif PancainderaB) Deria PandangContohnya;Cantik, kacak, hodoh, molekContoh ayat;1. Pemuda kacak itu berasal dari Perak.
  14. 14. Kata Adjektif PancainderaC) Deria DengarContohnya;Bising, merdu, nyaring, lunakContoh ayat;1. Bunyi bising datang dari bilik prasekolah itu.
  15. 15. Kata Adjektif PancainderaD) Deria BauContohnya;Wangi, harum, busuk , hapakContoh ayat;1. Minyak wangi itu harum baunya.
  16. 16. Kata Adjektif PancainderaD) Deria SentuhContohnya;Halus, kasar, licin, kerasContoh ayat;1. Papan itu kasar kerana belum diketam.
  17. 17. Kata Adjektif PancainderaD) Gabungan DeriaContohnya;Bersih (pandang + bau)Selesa (sentuh + pandang)Contoh ayat;1. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.
  18. 18. KESALAHAN PENGGUNAANADJEKTIF1)Pengabaian penggunaan katasendi apabila frasa adjektif itudiperluas.Contoh :salah : Rindu ibunyabetul : Rindu akan ibunya
  19. 19. KESALAHAN PENGGUNAANADJEKTIF2) apabila kata sendi akandisingkatkan menjadi –kan, laludijadikan imbuhan.Contoh :salah : Rindukan ibunyabetul : Rindu akan ibunya
  20. 20. KESALAHAN PENGGUNAANADJEKTIF3) apabila awalan meN ditiadakancontoh takutkan (bukan kata kerjatransitif tetapi kata kerja pasif).Contoh :betul : Saya menakutkan kanak-kanak itu.
  21. 21. SekianTerimah Kasih

×