Your SlideShare is downloading. ×
Teori   teori pedagogi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Teori teori pedagogi

1,565
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,565
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
86
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KESIMPULAN MENGENAI TEORIBEHAVIORISTeori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnyayang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebabpengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahantingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yangpaling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teoribehavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyakhal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadisekadar hubungan stimulus dan respon.TEORI PELAZIMAN KLASIK - WATSON WATSON LITTLE ALBERT EXPERIMENT
  • 2. Eksperimen ini menggambarkan kuasa pelaziman. Albert yang berumur 11 bulan tidak menunjukkansebarang rasa takut kepada seekor tikus putih. semasa pelaziman albert hendak mengambil tikus, bunyipemukul telah diketuk pada besi. kesannya albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu berulang kali berlaku.akhirnya eksperimen menunjukkan albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut padatikus, anjing dan arnab. selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. kesimpulannya,pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional. gerakbalas semulajadi
  • 3. gerakbalas berpasangan berlaku secara pembelajaranImplikasi teori pembelajaran:cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkandengan ransangan terlazim. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnyamenekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya.Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akandijalankan.Dalam pembelajaran dan pengajaran, gerak balas positif (perhatian dan penglibatanmurid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itujuga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untukmemudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan“bola” kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebihdahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataanbola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktivititersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan bukuapabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid-murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikanpelbagai contoh yang berkaitan.Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untukmengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya,memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakanpeneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkanfenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikanmurid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan
  • 4. gula- gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guruperlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yangcukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.TEORI PELAZIMAN OPERAN -SKINNER
  • 5. Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner Eksperimen Skinner Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga. Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.A) PENEGUHAN
  • 6. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.i. Pengukuhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif. Peneguhan Positif
  • 7. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.i. Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Peneguhan Negatif
  • 8. Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadualpeneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadualpeneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkalaberubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.
  • 9. B) DENDAANDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkanberulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yangmembawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
  • 10. DendaanDendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dandendaan penyingkiran
  • 11. C) PRINSIP PREMACK Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.D) PELUPUSAN Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :1. Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.2. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.3. Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
  • 12. TEORI PELAZIMAN OPERAN -THORNDIKE Pemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike
  • 13. Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlakuhasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response(gerak balas).Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yangdiambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.
  • 14. Tiga Prinsip Pembelajaran Thorndike
  • 15. Implikasi teori Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :1. Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai.2. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.3. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material.4. Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.