Your SlideShare is downloading. ×
Assignment pengenalan bm sem jan 2009
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Assignment pengenalan bm sem jan 2009

1,011

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,011
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
32
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN HBML 1103: PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER JANUARI 2009 TUGASAN (35%)HBML1103 1PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 2. KANDUNGANSoalan Tugasan ii1. PENGENALAN 12. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU 22.1. Aspek bahasa 22.2. Aspek nilai 32.3. Aspek struktur 3 2.3.1. Sinopsis 3 2.3.2. Tema 4 2.3.3. Persoalan 4 2.3.4. Watak dan perwatakan 5 2.3.5. Plot 6 2.3.6. Teknik plot 6 2.3.7. Gaya bahasa 6 2.3.8. Latar 7 2.3.9. Nilai 8 2.3.10. Pengajaran 83. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 94. PENUTUP 13RUJUKAN 14LAMPIRAN 15HBML1103 2PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 3. SOALAN TUGASANMelalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beranekarupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar.Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangatmembantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar.a) Pilih salah satu genre sastera (cerpen atau sajak) dan lakukan satu analisismengenai aspek-aspek yang terkandung di dalamnya seperti :i) Aspek bahasaii) Aspek nilaiiii) Aspek struktur (15 markah)b) Dengan menggunakan bahan tersebut juga, rancangkan SATU sesi pengajaran &pembelajaran melalui mana-mana teknik pengajaran yang dirasakan sesuai.Perlihatkan juga gabungjalin kemahiran bahasa dan penerapan nilai denganmenyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.(20 markaHBML1103 3PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 4. 1. PENGENALAN Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkanpelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian,keimanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasabangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan yang dihasratkandan menimbangkan perlakuan dan sahsiah yang berkesan sebagai anggotamasyarakat. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai,mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secaraanalitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita rasa sastera. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991:1) JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4 Bertolak dari hasrat inilah pengajaran bahasa sastera dan kesusasteraanMelayu tidak harus dipandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnyadianggap sebagai subjek ‘second class’, kerana dalam membentuk generasi yangbersifat seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranansastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan. Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yangtertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama adaberbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagimengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di sampingmemaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangatmembantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar. EQatau Emotional Quotion atau Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) menurut AriGinanja Ayustian 2005 : kemampuan mengenali dan mengungkapkan, mengurusemosi sendiri dengan baik, juga mengenali peranan orang lain serta kemampuanmemotivasi diri sendiri dan orang lain dan mengekalkan hubungan baik dengan oranglain. Maka sehubungan dengan ini, penggunaan bahasa sastera dalam pengajarandan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membantu penguasaan BahasaMelayu di kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang digunakan diambil kiradari segi aspek penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yangHBML1103 4PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 5. digunakan serta strategi dan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yangakan dibincangkan seterusnya.2. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU Dalam menganalisis bahan sastera cerpen Lambaian Malar Hijau, aspek-aspekyang disentuh adalah dari segi aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur.2.1. Aspek bahasa Dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ada mengemukakan beberapa bahasakiasan bagi menampakkan keindahan keberkesanan penggunaannya dalammembandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu.a. Kiasan berbunga~kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah danberbunga.  Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng yang dihujani titisan kegelisahan sejak bunga-bunga putih pohon resak laut di hadapannya itu mula berkembang.  Nikmat kebebasan membanjiri segenap jiwa raganya.b. Kiasan asal~kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang.  Seperti seekor rerama yang terbang bebas.  Parang di tangannya digenggam dengan erat bagai seorang pemburu gagah.c. Kiasan berkacau~kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagiandengan bahagian lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik.  Kesenyapan mengunci mulutnya.d. Bahasa pembenar~mengiya atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan.  “Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah ... .”e. Bahasa ingkar~bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan tetapi bukanmenunjukkan pertanyaan yang tidak tahu dan seolah-olah mengejek untukmenguatkan kebenaran jawapan yang telah diketahui.  Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang berkaliber pada masa hadapan?f. Bahasa kecil~bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuanuntuk merendahkan diri walaupun sememangnya perkara itu kecil atau besar.  “...siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,”…HBML1103 5PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 6. 2.2. Aspek nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untukmelahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan danamalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggidan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysiaharus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dandilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Antaranilai murni yang diterapkan dalam waktu pengajaran- dan pembelajaran ialah:a. Kerjasama~Nilai murni ini diterapkan melalui aktiviti yang melibatkan muridsecara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan secara berpasangan. Semangatkerjasama antara pelajar membantu mereka menyelesaikan sesuatu permasalahandengan mudah dan cepat berbanding secara individu.b. Tanggungjawab~Setiap orang pelajar dipertanggungjawab untuk menyelesaimasalah pembelajaran yang diberi guru secara berkumpulan maka secara tidaklangsung memastikan mereka memikul tanggungjawab masing-masing dalammencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai.c. Semangat kemasyarakatan~Nilai ini dipupuk melalui aktivit berkumpulan yangmana pelajar cuba menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran tanpa mengirabangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan mewujudkan masyarakat yangharmonis dan bersatu padu.2.3. Aspek struktur Struktur bahan sastera dalam cerpen Lambaian Malar Hijau adalah sepertiberikut:2.3.1. Sinopsis Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernamaDaneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi diatidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapatkeputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Joyang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemuiDaneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembalibersekolah.Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisanHBML1103 6PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 7. nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberipelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaranDatuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutanbalantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkanhutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah CikguJo curahkan padanya.2.3.2. Tema Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar. Danengsanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutanbelantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya. Dia tidak relamelihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.2.3.3. Persoalana. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orangasli di negara ini. Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimbailmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namunenggan meneruskan persekolahannya. Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuhdengan ketenangan, keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar. Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putusasa untuk menyedarkan.b. Kekayaan flora dan fauna Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini. Pengarangmenggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah, tenang danmengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauanburung yang mempersonakan.c. Sikap tamak manusia Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini. Kegiatanpembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorongoleh sikap tamak haloba.d. Kehidupan orang asliHBML1103 7PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 8. Melalui cerpen ini, pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniahorang asli. Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesadengan kehidupan yang sederhana, tidak terburu-buru mengejar masa, tidak sibuk,man dan tenang. Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian, mereka tidak mengambilkisak tentang kepentingan ilmu. Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme danberpegang kuat dengan pelbagai pantang larang. Ini dapat dilihat melalui watakDaneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketikaberada di hutan.2.3.4. Watak dan perwatakana. Watak utama Daneng, merupakan anak orang asli yang menyayangi keindahan hidup dihutan. Watak Daneng adalah watak Dinamis (perubahan). Pada zaman remajanyamempunyai fizikal tubuh badan contohnya tubuh berotot kental, sihat, gagah dantahan lasak.(ms : 91) dan mempunyai sifat dalaman contohnya bijak berdebat ( ms :93 ) Daneng mempunyai minda yang bijak. Mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan PMR, tetapi meninggalkan sekolah selama enam bulan (keLembah Tualang) dan bersekolah semula setelah dipujuk oleh Cikgu Jo. Dia mempunyai jiwa yang halus dan sensitif contohnya bila bercerita tentanghutan ditebang hatinya menjadi sayu. Dia memiliki sifat rendah diri dan amatmenghormati gurunya contohnya dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk.Daneng juga bersifat mengambil berat di mana apabila dia sudah dewasa, diamengambil berat tentang perihal hutan.b. Cikgu Jo Seorang guru yang mengambil berat akan kemajuan anak muridnya danbertanggungjawab terhadap pelajaran. Dia sangat perihatin terhadap masa depanhutan serta bersimpati terhadap nasib yang diterima oleh Orang Asli Lembah Tualang.Dia tidak pernah berputus asa dalam memberi nasihat kepada Daneng. ApabilaDaneng berjaya di dalam hidupnya beliau adalah orang yang paling gembira. CikguJo juga memiliki wajah yang berkedut di makan usia.b. Ibu Bapa Daneng Kedua ibu bapa Daneng sangat menghormati Cikgu Jo dan pemurah.c. Zamri, Inok, Siti dan Tuk KetuaHBML1103 8PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 9. Watak-watak ini adalah watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita inid. Dany Watak Dany adalah anak Daneng. Generasi muda yang bernasib baik keranamasih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu.2.3.5. Plota. Eksposisi Memaparkan keindahan hutan di Desa Tualang sambil Daneng memimpinlelaki tua (bekas gurunya) mendaki cerun ke rumahnya. Dipaparkan pengenalanwatak-watak ( Imbas Kembali).b. Perkembangan Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah agar dapat belajar hingga keuniversiti dan seterusnya mengubah nasib kaumnya.c. Konflik Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu dimana dia meyakinkandengan pelajaran sahaja dapat memastikan usaha memulihara alam malar hijau dapatdilakukan.d. Puncak/Klimaks Berlaku percanggahan pendapat dan akhirnya Daneng bersetuju untukbersekolah semula dan akur dengan kata Cikgu Jo.e. Peleraian Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflikyang telah disebut. Daneng menjadi tokoh yang disegani, mendapat Hadiah Nobel,menerima anugerah Datuk dan dijemput oleh Kerajaan Brazil.2.3.6. Teknik plota. Pemerian – Digunakan semasa di bahagian eksposisi.(ms:88)b. Imbas Kembali – Digunakan dari awal cerita hingga akhir.c. Dialog (ms: 89)d. Monolog Dalam – (ms:95)2.3.7. Gaya bahasaa. Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup.HBML1103 9PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 10.  Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.  Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagib. Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas( tanpa bak, seperti, umpama, ibarat)  Manik-manik peluh  Rantai keresahan  .....diselubungi awan kerisauanc. Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan  Seperti seekor rerama yang terbang bebas  Bagai seorang pemburu gagah.d. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.  Engkau bunga bangsa belantara ini  Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.e. Peribahasa  Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang .f. Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.  Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!  Milik kami bersama,milik kami bersama2.3.8. Latara. Latar Masa Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hinggake petang). Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembaliperistiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita.b. Latar Tempat Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggalDaneng. Pada akhir cerita, Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanyakepada Dataran Tualang.c. Latar MasyarakatHBML1103 10PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 11. Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melaluiwatak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok danmempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.2.3.9. Nilaia. Hormat-menghormati Daneng menghormati gurunya, Cikgu Jo dan Cikgu Jo menghormati bekasanak muridnya yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh berjaya dalam hidup jikameneruskan pelajarannya.b. Kasih sayang Daneng amat mengasihi alam sekitar yang menghijau dan berharap keindahanini dipertahankan.c. Kerajinan Daneng seorang anak muda yang rajin dan akhirnya mempunyai kejayaandalam kerjaya dan penghormatan yang tinggi daripada masyarakat.2.3.10. Pengajarana. Kita perlu menyayangi dan menghargai alam sekitar. Alam sekitar yang dipenuhi flora dan fauna perlu dipelihara untuk dinikmatigenerasi akan datang seperti ditunjukkan menerusi watak Daneng yang berjayamenjadi tokoh pemuliharaan alam sekitar yang terkenal.b. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan. Ini ditekankan oleh Cikgu Jo sewaktu memujuk Daneng agar ke sekolahsemula dan terbukti kata-kata Cikgu Jo benar belaka.c. Kita perlu menghargai pengorbanan guru. Tugas guru bukan sahaja di sekolah, tetapi berterusan di luar sekolah untukmemastikan murid-muridnya menjadi orang yang berjaya dan kita wajar menghargaipengorbanan guru seperti ditunjukkan oleh Cikgu Jo.HBML1103 11PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 12. HBML1103 12PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 13. 3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKelas : Tingkatan 4 EmeraldJumlah pelajar : 30 orangMasa : 40 minitTajuk : Cerpen: Lambaian Malar HijauObjektif : Pelajar dapat memahami cerpen Lambaian Malar Hijau.Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh: a. Fokus utama: Mengenal pasti dan menyatakan nilai-nilai murni daripada cerpen. b. Fokus sampingan: Mengaitkan nilai dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerpen.Aktiviti : 1. Menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lagu ‘Hijau’. 2. Mengenal pasti dan menyenarai nilai-nilai dalam cerpen Lambaian Malar Hijau. 3. Mengaitkan nilai dengan pengajaran daripada cerpen Lambaian Malar Hijau. 4. Membina ayat daripada kata dasar yang sama tetapi berlainan pengimbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna. 5. Mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.Kemahiran bahasa : Lisan dan menulisSistem bahasa : Morfologi – pembentukan kata (pengimbuhan)Penerapan ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan MuzikPenerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, dan semangat kemasyarakatan.HBML1103 13PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 14. KBT (Kemahiran Bernilai Tambah): a. KBKK : Bersoal jawab, mengingat semula, mengenal pasti, menyenarai, menghubungkait dan merumus. b. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan berbahasa, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzikal.Bahan bantu mengajar : Radio, kaset dan buku teks antologi “Anak Laut ”.Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari tentang konsep nilai pengajaran dalam cerpen sebelumnya.Refleksi :Langkah Isi kandungan Aktiviti CatatanSet Induksi Lagu Hijau 1. Guru memutarkan lagu ‘Hijau’. KBKK(5 minit) 2. Pelajar mendengar lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal  Mengenal pasti Abidin dan menyatakan secara lisan perasaan mereka Kecerdasan pelbagai:(Menarik Perhatian) setelah mendengar lagu tersebut. • Kecerdasan 3. Pelajar menyatakan perasaan mereka berdasarkan lagu Berbahasa yang diperdengar tadi. • Kecerdasan 4. Pelajar menyatakan nilai dan pengajaran daripada Intrapersonal lagu. • Kecerdasan 5. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mengaitkannya Interpersonal dengan tajuk pada hari ini. Teknik sumbangsaran.Langkah 1 Sinopsis Cerpen Lambaian 1. Seorang wakil pelajar membaca sinopsis Cerpen KBKK(10 minit) Malar Hijau Lambaian Malar Hijau.  Bersoal jawabHBML1103 14PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 15. 2. Secara berkumpulan pelajar diminta mengenal pasti  Mengenal pasti(Menyampaikan Nilai-nilai dan menyenaraikan nilai-nilai dalam cerpen .  MenyenaraiObjektif) - rajin 3. Wakil kumpulan diminta mempersembahkan hasil Kecerdasan pelbagai: - kasih sayang perbincangan. • Kecerdasan - sabar 4. Pelajar dibimbing membuat hasil perbincangan. Berbahasa(Menampilkan - baik hati • KecerdasanPencapaian) - bertanggungjawab Intrapersonal - mengenang jasa • Kecerdasan(Memberikan InterpersonalMaklum Balas) Teknik sumbangsaran.Langkah 2 Kaitan nilai dengan pengajaran. 1. Secara berpasangan pelajar menulis pengajaran KBKK10 minit Contoh: daripada cerpen berdasarkan nilai yang diberi.  Menghubung kait(Menilai Rajin 2. Secara rawak pelajar menyatakan pengajaran daripada Kecerdasan pelbagai:Pencapaian) Kita hendaklah menanam sikap cerpen dengan menggunakan ayat yang gramatis. • Kecerdasan rajin demi masa depan yang Berbahasa berjaya dan bahagia. • Kecerdasan Intrapersonal • Kecerdasan InterpersonalHBML1103 15PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 16. Teknik sumbangsaran.Langkah 3 Pembentukan kata 1. Secara berkumpulan pelajar membina ayat daripada KBKK10 minit (pengimbuhan). perkataan kata dasar yang sama dari karya yang  Mengenalpasti(Menilai dipelajari. Kecerdasan pelbagai:Pencapaian) Membina ayat daripada 2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan membacakan ayat- • Kecerdasan perkataan kata dasar yang sama. ayat yang telah dibina. Berbahasa Contoh: 3. Pelajar dan guru bersama-sama berbincang tentang • Kecerdasan Memulihara, memelihara, hasil jawapan setiap kumpulan dari segi penggunaan Intrapersonal pemelihara, terpelihara, imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna. • Kecerdasan pemeliharaaan dan dipelihara. Interpersonal Teknik sumbangsaran.Langkah 4 Penutup: 1. Pelajar diperdengarkan sekali lagi lagu ‘Hijau’. Kecerdasan pelbagai:5 minit Lagu ‘Hijau’. 2. Pelajar diminta mengamalkan nilai-nilai murni • Kecerdasan daripada lagu dan cerpen yang dikaji dalam kehidupan Berbahasa(Pengukuhan dan seharian mereka. • KecerdasanPemindahan) 3. Pelajar diminta mencipta dua rangkap pantun Intrapersonal berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen. • Kecerdasan MuzikalHBML1103 16PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 17. 4. PENUTUP Kesimpulannya daripada apa yang telah dibincangkan tentang aspek-aspekbahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu diawalnya dan seterusnyadikemukakan pula satu Rancangan Pengajaran Harian cerpen Lambaian Malar Hijauini dapat dijadikan cadangan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraanMelayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspekutama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Disampingmencapai objektifnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalanganpelajar, selari dengan matlamat pendidikan kesusasteraan Melayu sebagai komponenbahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru berperanan penting dalam menerapkan pengajaran sastera. Kaedah yangdigunakan untuk menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepadapara pelajar. Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sasterayang dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat menghayatiteks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar dengan teks ini akandapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang manusia dan kemanusiaan.Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi teks dan dunia secara meluas yangbermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnyamelalui hubungan masyarakat dan budaya juga mengait dan menghubungkanpengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang mereka pelajari. Penggunaan bahan sastera juga hendaklah disokong oleh kebolehan dan minatguru dalam menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayuagar objektif pengajaran Bahasa Melayu itu tercapai. Diharap penerangan sertaanalisis cerpen ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikanbahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang.HBML1103 17PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 18. RUJUKANDr. Ali Mahmood, et al. (2007). Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.Khairuddin Ayip, et al. (2006). Pro-Eksel Bahasa Melayu : Mutakhir dan Terkini Tingkatan 4. Petaling Jaya: Swan Printing Sdn. Bhd.Nasruddin Mat Hassan (2006). Xpress SPM Bahasa Melayu : Kertas 1103/2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.Saroja Theavy a/p Balakrishnan (2002). Anak laut : Antologi kesusasteraan komponen bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Suhasni Dollah, Hafizah Salleh (2007). Latihan 2U Bahasa Melayu : Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.HBML1103 18PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 19. LAMPIRAN1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).HBML1103 19PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 20. LAMPIRAN1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).HBML1103 19PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 21. LAMPIRAN1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).HBML1103 19PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

×