1.0 PENGENALAN

Peta Negeri Kelantan
Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Mela...
Malaya yang ditakluki oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain
menjadi sebahagian Persekutu...
perkembangan sektor perindustrian ini dapat meningkat pendapatan perkapita rakyat Negeri
Kelantan.

2.0 FAKTOR YANG MEMPEN...
2009, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3269.1 juta orang di mana jumlah
Bumiputera pada ketika tahun itu adalah se...
Jadual 1: Jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran dan kumpulan etnik, Kelantan,
2006 – 2010.

Sumber: Data Banci Pendu...
Carta 1.1 menunjukkan bilangan penduduk perempuan adalah kekal melebihi
penduduk lelaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 20...
b. Perkhidmatan Keretapi
Selain sistem jalanraya, pengangkutan keretapi juga didapati di Negeri Kelantan yang
menghubungka...
2.3 Polisi Kerajaan Dalam Sektor Perindustrian

Untuk meningkatkan sektor perindustrian, Kerajaan Malaysia telah mewujudka...
dan daerah Mersing di Johor akan diberikan pengecualian terhadap 85%
daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun.


Kelua...


Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan.
Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di ...
4. Aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), insentif yang
berlainan diberi kepada syarikat yang khusus menjalankan akt...
v.

Potongan Dua Kali Bagi Penggalakkan Eksport
Insentif ini diberi kepada mana- mana syarikat permastautin di Malaysia ya...
3.0 SUMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN

3.1 Peluang Pekerjaan dan Arah Aliran Tenaga Kerja

Kelantan adalah negeri yang berinten...
Guna tenaga dalam IKS/PKS menerusi Projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali
mewujudkan peluang pekerjaan dengan penglib...
Bilangan mengikut industri, sektor perkilangan mencatatkan 34.6 ribu orang pekerja
pada tahun 1982 dan tahun 201l sebanyak...
pelaksanaan projek Taman Halal Pasir Mas, Kelantan yang dibiayai kerajaan Pusat
bernilai RM63.16 juta.

Sumbangan sektor p...
produk halal, membaiki dan membina sampan, getah-kayu berasaskan kluster dan
kraftangan, tekstil serta pakaian11.

Pelabur...
3.2 bilion menerusi pelaburan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 230 juta dan
RM 3 bilion pelaburan dari syarikat swast...
Peruntukan Kerajaan Pusat adalah untuk membina infrastruktur asas bagi Taman
Halal Pasir Mas, Kelantan dan juga pembinaan ...
Peratusan

Sumbangan

Aktiviti

Ekonomi

Mengikut

Negeri

pada

Harga

Malar

2000

Tahun 2010

Menerusi jadual di atas, ...
Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010

Berdasarkan jadual di atas, pembahagian peratu...
4.0 PROSPEK

Dalam tahun 2013, dijangka iklim pelaburan dalam sektor perindustrian Negeri Kelantan
akan bertambah rancak t...
5.0 MASALAH

Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh Negeri
Kelantan dalam mempertingkata...
5.2 Jaringan Jalan Raya

Kurangnya jaringan jalan raya yang mencukupi dan terhad, antara penyebabkan
masalah bagi negeri K...
perindustrian. Ini kerana lokasinya yang kurang strategik dengan kemudahan
infrasturuktur yang terhad menyebabkan Kelantan...
6.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dapat dijelaskan bahawa Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh
memandangkan j...
7.0 CADANGAN

Daripada apa yang telah kami kaji dan perolehi maklumat mengenai negeri Kelantan ini, kami
dapati terdapat b...
6.4 Meningkatkan pembangunan di kawasan pusat
Dengan pembangunan di kawasan pusat yang strategik, ia dapat menjamin
pengli...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

International economics

972

Published on

faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan di Kelantan

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
972
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

International economics

  1. 1. 1.0 PENGENALAN Peta Negeri Kelantan Nama “Kelantan” dikatakan pencemaran daripada perkataan “gelam hutam” iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca Leucadendron. Menurut beberapa tokoh mengatakan bahawa nama Kelantan berasal daripada perkataan “kilatan” atau “ kolam tanah”. Selain itu, negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Sejarah awal negeri Kelantan tidak begitu jelas, tetapi menurut penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di Zaman Prasejarah. Pada awalnya, negeri Kelantan mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Pada tahun 1411, Raja Kumar (Raja Kelantan), telah membebaskan negeri Kelantan dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk islam. Kemudian Kelantan menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke -15. Pada 1800, Raja Muhammad adalah sultan pertama negeri Kelantan. Pada tahun 1820-an, negeri Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta negeri termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri- negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan penting di negeri Kelantan pada abad ke-19. Negeri Kelantan merupakan negeri pertama di 1
  2. 2. Malaya yang ditakluki oleh Jepun pada 8 Disember 1941. Negeri Kelantan dan negeri-negeri lain menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, negeri Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Kelantan Darul Naim atau nama singkatannya Kelantan merupakan salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Negeri Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km² yang terletak di Timur Laut Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand. Negeri Kelantan ialah sebuah negeri Agraria atau pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2010, negeri Kelantan mempunyai seramai 1539.60 juta orang penduduk di mana menurut statik Bancian Tahun 2010, majoriti penduduk negeri Kelantan merupakan kaum Melayu sebanyak 1442.5000 juta orang, diikuti dengan kaum Cina 51.6000 juta orang, kaum India 3.8000 juta orang dan lain-lain kaum 9.2000 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia ,2010). Terdapat 11 bandar- bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (Ibu Negeri), Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa. Selain itu, Negeri Kelantan merupakan negeri yang kurang maju dan termiskin jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga malar Negeri Kelantan pada tahun 2010 ialah sebanyak RM10.004 juta, KDNK per kapita pada harga semasa Negeri Kelantan ialah RM 8273 juta dan pertumbuhan KDNK Negeri Kelantan pada 2010 adalah 4.1% (Laporan Kerajaan Negeri Kelantan, 2010).Memang tidak dinafikan bahawa sektor perindustrian merupakan sektor terpenting bagi perkembangan ekonomi sesebuah negara dan merupakan tunggak kepada prestasi ekonomi secara keseluruhannya. Bagi Negeri Kelantan sektor perindustrian terus berkembang dengan bertambahnya bilangan penubuhan industri di tapak- tapak perindustrian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Tambahan pula, pembangunan sektor perindustrian dapat mengukuhkan ekonomi Negeri Kelantan yang sebelumnya bergantung semata-mata kepada sektor pertanian tradisional. Sektor perindustrian ini juga dijangka dapat menyerap guna tenaga yang meningkat dari setahun ke setahun dan seterusnya dapat mengurangkan masalah pengangguran di Negeri Kelantan dan 2
  3. 3. perkembangan sektor perindustrian ini dapat meningkat pendapatan perkapita rakyat Negeri Kelantan. 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN Faktor – faktor pengerak bagi sektor perindustrian ini adalah diperlukan untuk pembangunan yang pesat pada masa akan datang. Negeri Kelantan sememangnya kaya dengan pelbagai sumber semulajadi yang belum diterokai seperti kayu balak. Dengan pembangunan pesat dalam sektor perindustrian ia dapat meningkatkan ekonomi Negeri Kelantan. 2.1 Populasi Di Negeri Kelantan Populasi merupakan satu agen utama dalam memajukan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Hal ini boleh dilihat melalui carta 1.0 menunjukkan jumlah penduduk Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010, pada tahun 2006 ialah sebanyak 1.53 juta orang, dan meningkat sebanyak 1.56 juta orang, pada tahun 2007, seterusnya meningkat dari 1.60 juta orang sehingga 1.63 juta orang iaitu pada tahun 2008 sehingga tahun 2009 . Tetapi pada tahun 2010, mendapati bahawa berlaku penurunan jumlah penduduk Negeri Kelantan iaitu sebanyak 1.54 juta orang. Selain itu, dalam jadual 1 merupakan jumlah penuduk mengikut etnik di Negeri Kelantan pada tahun 2006 sehingga 2010. Pada tahun 2006 mendapati bahawa jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3156.2 juta orang di mana jumlah Bumiputera iaitu 16441 ribu orang manakala bagi kaum Cina adalah sebanyak 997.1 ribu orang dan kaum India 194.6 ribu orang dan lain-lain adalah 23.0 ribu orang. Pada tahun 2007, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3194.4 juta orang, jumlah Bumiputera adalah 1668.7 ribu orang manakala bagi kaum Cina dan India adalah sebanyak 1007.9 dan 196.8 ribu orang dan lain- lain adalah sebanyak 24.4 ribu orang. Pada tahun 2008 pula, jumlah penduduk Negeri Kelantan adalah sebanyak 3231.9 juta orang, di mana jumlah Bumiputera adalah sebanyak 1693.3 ribu orang, bagi kaum Cina adalah sebanyak 1018.4 ribu orang dan bagi kaum India pula sebanyak 199.1 ribu orang dan lain- lain ialah sebanyak 25.7 ribu orang. Seterusnya, pada tahun 3
  4. 4. 2009, jumlah penduduk Negeri Kelantan sebanyak 3269.1 juta orang di mana jumlah Bumiputera pada ketika tahun itu adalah seramai 1718.2 ribu orang manakala jumlah kaum Cina dan kaum India adalah sebanyak 1028.4 dan 201.2 ribu orang dan lainlain adalah sebanyak 27.0 ribu orang. Namun pada tahun 2010, mendapati jumlah penduduk Negeri Kelantan mengalami penurunan mendadak iaitu sebanyak 1539.6 juta orang, di mana jumlah penduduk Bumiputera sebanyak 1442.5 ribu orang, mengikuti kaum Cina adalah sebanyak 51.6 ribu orang dan kaum India sebanyak 3.8 ribu orang dan seterusnya lain- lain adalah sebanyak 9.2 ribu orang. Carta 1.0: Jumlah penduduk, Kelantan, 2006-2010. 4
  5. 5. Jadual 1: Jumlah penduduk mengikut daerah pentadbiran dan kumpulan etnik, Kelantan, 2006 – 2010. Sumber: Data Banci Penduduk dan Perumahan, 2010. Carta 1.1 : Jumlah penduduk mengikut jantina, Kelantan, 2006-2010. 5
  6. 6. Carta 1.1 menunjukkan bilangan penduduk perempuan adalah kekal melebihi penduduk lelaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 2010 mendapati bahawa nisbah jantina ialah 101.0 lelaki bagi setiap perempuan dengan bilangan penduduk lelaki 773.7 ribu orang dan perempuan 765.9 ribu orang. Dalam konteks ini, apabila populasi di Negeri Kelantan meningkat hal ini dapat meningkatkan pembangunan perindustrian di Negeri Kelantan kerana penawaran guna tenaga yang murah menjadi daya tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Peningkatan populasi dapat mengeluarkan tenaga buruh yang murah dan seterusnya ia dapat menjimatkan kos pengeluaran perindustrian di Negeri Kelantan. 2.2 Kemudahan Sistem Pengangkutan Bagi menggalakkan perkembangan sektor perindustrian di Negeri Kelantan, kemudahan infrastruktur amat penting kerana sistem pengangkutan ini juga merupakan pemacu utama pembangunan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Di mana komponen sistem pengangkutan terdiri daripada sistem jalanraya, perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan udara. Sistem pengangkutan yang baik adalah penting bagi memasarkan hasil keluaran sektor perindustrian samaada untuk dipasarkan di dalam negeri atau di eksport terus keluar negeri. a. Jalanraya Pada tahun 1993, negeri Kelantan mempunyai sistem jalanraya sepanjang 2316.80 kilometer di mana 81.4% daripadanya sudah berturap. Bagi jalan negeri pula, meliputi 1314.07 kilometer iaitu kira-kira 57% manakala jalan persekutuan pada ketika tahun itu adalah sepanjang 1002.73 kilometer atau 43% daripada jumlah sistem jalanraya di Negeri Kelantan. Pada masa kini jumlah jalan raya yang terdapat di Negeri Kelantan ialah sepanjang 21,3100 km (UPEN 2004). Terdapat dua lebuhraya utama di Kelantan iaitu lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Bandar kota Bharu dengan pelaburan Pulau Pinang dan bandar- bandar lama di Pantai Barat dan Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sejauh 115km. 6
  7. 7. b. Perkhidmatan Keretapi Selain sistem jalanraya, pengangkutan keretapi juga didapati di Negeri Kelantan yang menghubungkan Kota Bharu dan beberapa bandar lain seperti Tumpat, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Gua Musang terus ke Kuala Lipis, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang. Jadual 2 menunjukkan laluan utama keretapi yang menghubungkan Wakaf Bharu (Kota Bharu) dengan bandar- bandar utama di Semenanjung Malaysia. Secara amnya, pengangkutan keretapi merupakan salah satu pengangkutan yang efisien kerana kos yang rendah dapat mengangkut kontena dari bandar ke pelabuhan utama. Jadual 2 : Laluan Utama Keretapi Destinasi Masa perjalanan (jam) Jarak (km) Wakaf Bharu- Kuala Lumpur 13 688 Wakaf Bharu – Port Dickson 12 655 Wakaf Bharu – Johor Bharu 14 708 Wakaf Bharu - Butterworth 17 1078 Sumber: Kelantan; Socio-Economic Profile 1995 c. Pengangkutan Udara Seperti negeri-negeri lain, Kelantan juga mempuntai perkhidmatan pengangkutan udara iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa dengan keluasan landasan 1981 meter panjang dan lebar 37 meter dan boleh mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 737 dan kapal terbang kecil. Melalui pengangkutan udara, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyediakan lima penerbangan utama antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan satu penerbangan ke Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Terengganu. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAS adalah untuk menampung keperluan di Negeri Kelantan terutama untuk mengeksport hasil perindustrian. Di samping itu, perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAS bukan sahaja untuk kegiatan mengeksport hasil perkilangan malah ia juga dapat meningkatkan keperluan penggunaan mengguna perkhidmatan tersebut. 7
  8. 8. 2.3 Polisi Kerajaan Dalam Sektor Perindustrian Untuk meningkatkan sektor perindustrian, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu polisi iaitu memberi galakan supaya pemodal - pemodal tempatan dan asing akan melabur bersama- sama dalam industri di Malaysia. Di mana pelabur -pelabur ini bukan sahaja bertindak sebagai pembekal modal tetapi juga memberi pengetahuan dalam penggunaan teknologi, teknik pengurusan, teknik kemahiran dan memberi peluang pekerjaan serta pertumbuhan sumbangan industri ke dalam ekonomi Malaysia termasuk ekonomi Negeri Kelantan. Galakan-galakan ini akan memberikan pelepasan cukai pendapatan dan pembangunan kepada syarikat- syarikat yang melabur dalam bidang- bidang baru atau yang mahu mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Bagi tujuan galakan ini, Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan Pelaburan (1968) telah diwujudkan. Di dalam Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakan Pelaburan (1968) terdapat beberapa bentuk galakan dan pelepasan cukai yang utama iaitu taraf perintis, elaun cukai pelaburan, elaun industri, elaun infrastruktur dan galakan eksport .Galakan dan pelepasan cukai ini merupakan beberapa bentuk insentif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1968. i. Taraf Perintis (TP) Sesebuah syarikat yang diluluskan TP boleh menikmati beberapa pengecualian yang berikut:  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan. Syarikat akan diberi pengecualian terhadap 70% daripada pendapatan berkanunnya selama 5 tahun. Baki 30% daripada pendapatan berkanunnya akan dikenakan cukai pendapatan syarikat mengikut kadar semasa.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan. Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang, 8
  9. 9. dan daerah Mersing di Johor akan diberikan pengecualian terhadap 85% daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang diluluskan. Syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan, iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun (syarikat IKS yang mengeluarkan barangan perantaraan).  Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai kepentingan nasional termasuk syarikat bertaraf MSC dan keluaran atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf dunia.  Syarikat penyelidikan dan pembangunan kontrak (syarikat R&D kontrak) syarikat akan diberi pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan iaitu terhadap 100% pendapatan berkanunnya selama 5 tahun. ii. Elaun Cukai Pelaburan (ECP) ECP ialah galakkan yang dibaeri secara pilihan kepada TP dan direka bentuk untuk projek yang mempunyai modal pelaburan yang besat dan tempoh pulang modal yang panjang. Seperti TP, syarikat yang diberi ECP akan menikmati tahap pengecualian yang berbeza bergantung pada jenis keluaran atau aktiviti yang digalakkan seperti yang berikut:  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak (seperti kilang, jentera, mesin, dan alat peralatan lain yang digunakan untuk projek yang diluluskan) yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama. 9
  10. 10.  Keluaran atau aktiviti yang digalakkan di kawasan yang digalakkan. Syarikat yang ditempatkan di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia meliputi kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor akan diberi satu kadar elaun sebanyak 80% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran atau aktiviti digalakkan untuk syarikat berteknologi tinggi. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 60% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran yang digalakkan dalam skim rantaian industri yang diluluskan. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang pertama.  Keluaran atau aktiviti strategik yang digalakkan dan mempunyai kepentingan nasional termasuk syarikat bertarafkan MSC dan keluaran atau aktiviti dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mencapai taraf dunia; 1. Syarikat akan diberikan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh yang perbelanjaan modal yang pertama. 2. Syarikat yang telah diberi taraf sebagai Syarikat Koridor Raya Multimedia (MSC) juag layak mendapat insentif bagi projek strategic ini di smaping insentif lain di bawah “ Bill of Guarantees”. 3. Syarikat dalam skim rantaian industri yang diluluskan yang mengeluarkan barangan perantaraan yang mencapai tarf dunia dari segi harga,mutu, dan keupayaan pengeluaran adalah layak memperoleh ECP. Syarikat yang memulakan operasi juga layak tetapi insentif hanya diberikan atas pelaburan tambahan. 10
  11. 11. 4. Aktiviti penyelidikan dan Pembangunan (R&D), insentif yang berlainan diberi kepada syarikat yang khusus menjalankan aktiviti R&D, iaitu insentif bagi “Syarikat R&D” dan insentif bagi “Syarikat R&D Kontrak”. 5. Syarikat Latihan Teknikal atau Vokasional, syarikat akan diberkan satu kadar elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun dari dan tarikh perbelanjaan modal yang pertama. iii. Elaun Penyelarasan Perindustrian (EPP) EPP diberkan kepada syarikat dalam sektor perindustrian terpilih (sektor berasaskan kayu, tekstil, jentera, dan kejuruteraan, pengecapan, acuan, perkasasan dan cetakan) yang beropersi sebelum 31 Disember 1990 dan telah terlibat dalam aktiviti penyelarasan perindustrian tertentu seperti penyusunan semula, pembentukan semula, atau pencantuman di kalangan sektor berkenaan. Syarikat diberi elaun sebanyak 60% hingga 100% berdasarkan altiviti penyelarasan perindustrian yang dijalankan. Elaun diberi atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tempoh 5 tahun. iv. Elaun Infrastruktur (EI) EI diberikan kepada mana- mana syarikat pemastautin di Malaysia yang menjalankan aktiviti perkilangan, hotel, pelancongan, atau lain-lain aktiviti perdagangan dan perindustrian di Sabah, Sarawak, dan di Koridor Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Syarikat akan diberikan elaun sebanyak 100% berdasarkan perbelanjaan modal bagi pembinaan infrastruktur (seperti pembinaan semula, penambahan, atau pembaikan mana- mana struktur kekal termasuk jambatan, jeti, pelabuhan atau jalanraya). 11
  12. 12. v. Potongan Dua Kali Bagi Penggalakkan Eksport Insentif ini diberi kepada mana- mana syarikat permastautin di Malaysia yang mencari peluang eksport bagi barangan perkilangan, barangan perkhidmatan, dan barang pertanian. Perbelanjaan yang layak untuk potongan dua kali ialah: a) Pengiklanan di luar negeri b) Pembekalan sampel percuma ke luar negeri c) Penyelidikan pasaran eksport d) Penyediaan tender untuk membekalkan barangan keluar negeri e) Penghantaran maklumat teknikal ke luar negeri f) Barangan- barangan pameran dan atau penyertaan dalam pameran perdagangan atau perindustrian yang di adakan dalam negeri diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) g) Tambang perjalanan ke luar negeri bagi kakitangan syarikat atau urusan perniagaan h) Perbelanjaan penginapan dan belanja sara hidup peniaga- peniaga Malaysia yang pergi ke luar negeri atas urusan perniagaan tertakluk kepada maksimum RM 200 sehari; dan i) Kos penyelenggaraan pejabat jualan di luar negeri bagi menggalakkan eksport. 2.4 Modal Faktor modal juga merupakan satu faktor asas untuk menggerakkan sektor perindustrian di Negeri Kelantan. Kepesatan sektor perindustrian di Kelantan sebahagian besarnya digerakkan oleh modal dari Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek-projek di Negeri Kelantan. Kestabilan politik jangka panjang di Malaysia dan di Negeri Kelantan telah menarik kemasukkan modal tempatan mahupun asing untuk melabur didalam pelbagai jenis sektor perindustrian di Malaysia mahupun di Negeri Kelantan. Hal ini menyebabkan dana tempatan daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan dan intitusi kewangan setempat juga semakin meningkat. 12
  13. 13. 3.0 SUMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN 3.1 Peluang Pekerjaan dan Arah Aliran Tenaga Kerja Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh apabila majoriti penduduk Kelantan bekerja di pelbagai sektor bagi mengurangkan masalah pengangguran. Secara keseluruhan, sektor perkilangan di Kelantan meningkatkan jumlah tenaga buruh daripada 319.4 ribu orang pada tahun 1982 kepada 554.3 ribu orang pada tahun 2011dan peratusan kadar pengangguran jatuh kepada 2.0 peratus daripada 4.8 peratus iaitu sebanyak 15.2 ribu orang bilangan penganggur pada tahun 1982 kepada 10.8 ribu orang bilangan penganggur bagi tahun 20111. Tahun 2007 dan 2008, Kelantan mencatat peningkatan hasil daripada pengilangan produk makanan dan minuman dengan 20.4 peratus (RM 398.9 juta) kepada 34.3 peratus (RM 884.2 juta). Jumlah ini tidak keseluruhan penduduk Kelantan memonopoli pasaran pekerjaan terutama dalam sektor perkilangan kerana tahun 2008-2009 menunjukkan peningkatan ketara pada bilangan pekerja asing perempuan iaitu sebanyak 2074 orang yang mana merangkumi hampir 73 peratus bilangan keseluruhan pekerja asing di negeri Kelantan2(lampiran). Jadual 2: Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Kelantan, 2008-2011 Bilangan / Number (‘000) % Tenaga buruh Penganggur Luar Kadar Kadar Labor force Employment Unemployed tenaga penyertaan pengangguran buruh tenaga buruh Unemployment Outside Labor labor force Tahun Bekerja participate force rate rate 2008 500.9 486.4 14.5 418.5 54.5 2.9 2009 517.8 505.2 12.6 432.7 54.5 2.4 2010 547.2 534.2 13.1 412.1 57.0 2.4 2011 554.3 543.5 10.8 431.7 56.2 2.0 Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Negara (keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran) 1 2 Jadual 1: Perangkaan utama tenaga buruh, Kelantan, 1982-2011 (hal. 4). Unit Perancangan Ekonomi Negara Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011.(hal.56-57) 13
  14. 14. Guna tenaga dalam IKS/PKS menerusi Projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali mewujudkan peluang pekerjaan dengan penglibatan pengusaha-pengusaha IKS dengan penglibatan sektor pengeluaran makanan hasil laut (kilang pemprosesan hasil laut). Sumbangan sektor perkilangan membawa kepada potensi mengusahakan kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) walaupun penglibatan pengusaha tempatan menjalankan kegiatan dengan saiz modal yang kecil sebagai penyumbang terbesar dalam guna tenaga. Bilangan pekerja mengikut pekerjaan di negeri Kelantan adalah menerusi pekerjaan pengeluaran dan yang berkaitan, operator peralatan pengangkutan dan buruh mencatat bilangan 79.9 ribu orang tahun 1982 yang seterusnya peningkatan secara fluctuate. Pada tahun 1999 dan 2000 kategori pekerjaan ini memonopoli pasaran pekerjaan di negeri Kelantan masing-masing dengan jumlah 122.2 ribu orang dan 119.6 ribu orang. Pekerjaan operator loji dan mesin serta pemasang meningkat daripada 32.4 ribu kepada 38.0 ribu orang pada tahun 2009-20113. Ini adalah hasil daripada sumbangan guna tenaga dalam PKS dan seterusnya meningkat kepada 38.0 ribu orang pada tahun 20114. Jadual 3: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2000 Bilangan / Number (‘000) Tahun Year Kategori pekerjaan / Category of Occupation¹ Jumlah Total 6(Pekerja dari sektor 7(Pekerja dari sektor primer;pertanian) kedua;perkilangan) 1982 304.3 123.8 79.9 1990 377.7 145.5 98.8 2000 425.7 110.9 119.6 Nota:¹ Pekerjaan dikelaskan mengikut “Kamus Pengelasan Pekerjaan, 1980”.(keseluruhan jadual tahun 1982-2011 di lampiran) 3 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 1998”. 4 Jadual 11: Bilangan penduduk bekerja mengikut pekerjaan, Kelantan, 1982-2011. Pekerjaan dikelaskan mengikut klasifikasi “Piawaian Pengelasan Pekerjaan, Malaysia (MASCO) 2008” 14
  15. 15. Bilangan mengikut industri, sektor perkilangan mencatatkan 34.6 ribu orang pekerja pada tahun 1982 dan tahun 201l sebanyak 51.0 ribu orang5. Tingkat gunatenaga bagi industri tekstil dan sumbangannya adalah tertinggi iaitu sebanyak 25 peratus bagi tahun 2005-2010 (Jan-Apr), industri produk elektrik dan elektronik sebanyak 23 peratus yang tertumpu di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa I dan II. Tempoh tahun 2009,guna tenaga mencatat peningkatan sebanyak 40.32 peratus iaitu seramai 682 guna tenaga berbanding dengan tahun sebelumnya, 485 guna tenaga bagi semua jenis industri perkilangan6. Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan berubah pada tahun 2009 apabila peratusan tertinggi adalah daripada pembuatan komponen dan papan elektronik sebanyak 10.8 peratus, pembuatan produk plastik pada peratusan kedua tertinggi dengan jumlah pekerja mencatat 114 914 orang iaitu 6.8 peratus. 3.2 Pelaburan Asing dan Tempatan Pelaburan berperanan membawa masuk aliran dana ke dalam setiap sektor, terutamanya sektor perkilangan yang disasarkan melalui pelaburan domestik dan “Foreign Direct Investment” (FDI) dengan menyokong inovasi dan meningkatkan produktiviti. Sehingga Disember 2012, Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan sebanyak RM 2.54 bilion yang mana sejumlah RM 2.45 bilion (lebih 97%) adalah pelaburan swasta dan RM 82 juta adalah pelaburan asing. Di dalam 19 projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, 1 projek adalah meliputi projek kilang simen7. Menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)8 yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor adalah destinasi pelaburan yang distingtif, dinamik da kompetitif yang menawarkan pakej komprehensif kepada para pelabur dari seluruh dunia yang menggariskan lima kelompok ekonomi utama dan salah satu daripadanya adalah sektor pembuatan (perkilangan). Hal ini berikutan 5 Jadual 12: Bilangan penduduk bekerja mengikut industri, Kelantan, 1982-2011. Industri dikelaskan mengikut “Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008” 6 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 37-39) 7 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.51-52) 8 Laporan Tahunan 2009. ECERDC. (hal. 91-95) 15
  16. 16. pelaksanaan projek Taman Halal Pasir Mas, Kelantan yang dibiayai kerajaan Pusat bernilai RM63.16 juta. Sumbangan sektor perkilangan di negeri Kelantan dari sudut pelaburan memperlihatkan pelbagai insentif-insentif fiskal ECER ditawarkan, termasuklah, pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun, Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak, pengecualian cukai jualan dan juga diberikan insentif khas kepada syarikat-syarikat berdasarkan merit bagi setiap kes. Kerajaan pusat turut menawarkan insentif bukan fiskal kepada kerajaan negeri ECER dari segi pemberian kadar diskaun untuk premium tanah, cukai dan taksiran, jaminan bagi tempoh pajakan tanah untuk tempoh waktu tertentu dan kelonggaran khas dalam pengambilan tenaga kerja ekspatriat (orang yang berkewarganegaraan asing tinggal di sesuatu negara). Sehubungan dengan itu juga, Bank Negara Malaysia menawarkan secara eksklusif terhadap para pelabur menikmati kelonggaran khas dalam pertukaran matawang asing menerusi melabur di syarikat-syarikat berstatus ECER yang menerima insentif fiskal. Ini menarik minat pelabur-pelabur dalam dan luar untuk terus melabur di dalam sektor pembuatan (perkilangan) negeri Kelantan. Pada tahun 2009, pertumbuhan pelaburan dalam sektor pembuatan (perkilangan) dengan nilai modal pelaburan sebanyak RM 110.7 juta bagi pelaburan luar dan RM 16.23 juta adalah pelaburan domestik9. Bagi tahun tersebut, empat (4) projek yang telah diluluskan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)10. Prestasi pelaburan meningkat sepanjang tahun 2010 yang mencatat 6 projek telah diluluskan sepanjang tahun 2005-2010 (Jan-Apr) bagi industri tekstil dan produk tekstil. Tambahan pula menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) terutamanya di negeri Kelantan yang memfokuskan pengeluaran perkilangan bagi produk asas tani, 9 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal.37) Laporan Sektor Perkilangan dan Perkhidmatan 2009 (hal.24-25) 10 16
  17. 17. produk halal, membaiki dan membina sampan, getah-kayu berasaskan kluster dan kraftangan, tekstil serta pakaian11. Pelaburan terbaru iaitu menerusi 5 projek telah diluluskan pada tahun 2011 yang bernilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM 128 591 573 dan tahun 2012 , projek yang diluluskan berkurang kepada 4 projek yang mencatatkan nilai pelaburan domestik RM 4 386 555 dan bagi pelaburan asing adalah sebanyak RM 110 700 00012. Nilai pelaburan asing bagi tahun 2012 meningkat daripada RM 38 650 994 pada tahun 2011. Pada Januari-Disember 2012 dan 2011, pelaburan domestik menunjukkan penurunan sebanyak RM 85 554 024 iaitu tahun 2011 mencatatkan nilai pelaburan domestik adalah yang paling tinggi iaitu RM 89 940 579 berbanding pelaburan asing. Penempatan strategik kilang-kilang dalam kawasan perindustrian secara sistematik13 adalah insentif dari Kerajaan Negeri untuk tarik pelabur ke Kelantan contohnya melalui Projek pelabuhan Tok Bali yang menelan belanja RM 11 http://www.ecerdc.com.my/ecerdc/manufacturing.htm Projek yang diluluskan mengikut negeri, Januari-Disember 2012 dan 2011 (dalam RM), yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). 13 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan 12 17
  18. 18. 3.2 bilion menerusi pelaburan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 230 juta dan RM 3 bilion pelaburan dari syarikat swasta14. 3.3 Perkembangan Infrastruktur Pertambahan sektor perkilangan di negeri Kelantan, kerajaan negeri menaiktaraf rangkaian jalanraya dan jalan kereta api yang diselenggarakan apabila kemudahan tersebut merupakan jalan alternatif bagi kenderaan industri perkilangan beroperasi. Contohnya; Lebuh Raya Timur-Barat yang melibatkan kos pembinaan adalah RM 296 juta adalah merupakan infrastruktur terbaik yang dibina bagi memudahkan sistem pengangkutan dan perhubungan Gerik (Perak) dengan Jeli (Kelantan). Lebih banyak industri atau perniagaan iaitu diwujudkan kawasan-kawasan Bandar dan kilang kerana pengguna boleh sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah. Jalan raya di Gua Musang adalah jalan alternatif yang digunakan oleh industri perkilangan balak menghantar barangan ke luar dari negeri tersebut. Begitu juga lain-lain industri perkilangan. Perkongsian jalan alternatif tersebut dengan lain-lain pengguna adalah bahaya sama sekali, jadi kerajaan negeri dengan bantuan JKR negeri Kelantan membina Lebuhraya Timur-Barat khas bagi lain-lain pengguna. Pembangunan projek Halal Hub melalui Industri Marin di Tok Bali yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan memberi kemudahan penyewaan ke atas lot-lot, bangunan kilang dan mesin peralatan. Ini selari dengan menggalakkan produktiviti dari pengusaha-pengusaha Bumiputera memenuhi piawaian dan keperluan masyarakat Islam dan juga antarabangsa15. Ini seterusnya sebagai landasan industri gas, minyak dan luar pantai beroperasi. Pelabuhan Tumpat dan Kuala Krai dijadikan sebagai alternatif sistem pengangkutan untuk hasil simen, marmar dan granite yang diusahakan di Gua Musang. Pelabuhan di Pantai Senok, Bachok dijadikan sebagai pengkalan bagi perusahaan gas, minyak dan petrokimia. 14 15 Utusan Kelantan- Tok Bali pemangkin Ekonomi Melalui laman web : www.pkink.gov.my 18
  19. 19. Peruntukan Kerajaan Pusat adalah untuk membina infrastruktur asas bagi Taman Halal Pasir Mas, Kelantan dan juga pembinaan kilang-kilang operasi. Hal ini bertujuan membantu PKS meningkatkan pasaran produk halal yang menepati piawaian antarabangsa serta memperkenalkan ke peringkat persada global. Selain itu juga untuk menarik ramai pelabur-pelabur domestik dan asing melabur ke atas projek terutamanya dalam sektor perkilangan. 3.4 Peratusan Sumbangan dalam KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Kelantan pada tahun 2008 telah menyumbang RM 9273 juta atau 1.76 peratus kepada KDNK Malaysia dan mencatatkan sektor pembuatan (perkilangan) menyumbang kepada ekonomi negeri Kelantan sebanyak 4.31 peratus selepas sektor pertanian. Pengkhususan dalam kilang pembuatan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjadi kriteria penting dalam menjana produktiviti dan inovasi. Menurut perangkaan ini, KDNK negeri Kelantan merekod pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus sehinggakan kadar kemiskinan jatuh kepada 4.1 peratus pada 2008 berbanding 7.2 peratus pada tahun 200716. Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, Negeri Kelantan mencatatkan peningkatan dari tahun 2006 sehingga unjuran 2015 iaitu RM 353 juta kepada RM 525 juta. Tahun 2007 mencatat sebanyak RM 369 juta sehingga bertambah kepada RM 400 juta (RM 9273 juta jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi). Sumbangan kepada KDNK oleh sektor ini masih rendah berbanding lain-lain negeri. Data menunjukkan negeri Kelantan lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan dan pertanian. 16 Laporan Ekonomi Negeri Kelantan Darul Naim 2010-2011. (hal. 24-25) 19
  20. 20. Peratusan Sumbangan Aktiviti Ekonomi Mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010 Menerusi jadual di atas, peratusan sumbangan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri Kelantan pada tahun 2000 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 4.7 peratus iaitu peratusan yang terendah berbanding lain-lain negeri. Aktiviti ekonomi di negeri Kelantan mulai meningkat kepada sektor perkhidmatan yang mencatatkan 73.8 peratus iaitu mencatatkan peratusan yang ketiga tertiga mengikut negeri. Sektor kedua tertinggi di negeri Kelantan adalah pertanian yang mencatatkan bilangan 19.4 peratus. 20
  21. 21. Pembahagian Peratusan (%) mengikut Negeri pada Harga Malar 2000 Tahun 2010 Berdasarkan jadual di atas, pembahagian peratusan mengikut aktiviti ekonomi bagi negeri Kelantan pada tahun 2010 khusus sektor pembuatan (perkilangan) mencatatkan 0.3 peratus iaitu menyaksikan bahawa tiada perubahan dalam peratusan berbanding tahun 200917 (jadual di lampiran). Begitu juga bagi lain-lain sektor di negeri Kelantan yang rata-rata adalah mencatat peratusan yang sama pada tahun 2009. 17 http://www.statistics.gov.my 21
  22. 22. 4.0 PROSPEK Dalam tahun 2013, dijangka iklim pelaburan dalam sektor perindustrian Negeri Kelantan akan bertambah rancak terutama sektor perkilangan. Hal ini kerana banyak projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan beserta dengan bermodalkan pelabur domestik dan asing mampu menjana pendapatan kepada penduduk tempatan iaitu terutamanya penduduk Negeri Kelantan. Penduduk Negeri Kelantan yang rata-ratanya adalah penduduk yang mengerjakan aktiviti ekonomi tradisional baik sebagai nelayan mhupun petani. Jadi, dengan pelaksanaan projek Halal Hub-Industri Marin di Tok Bali serta projek yang berkait rapat dengan sektor pembuatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka dapat menampung kapasiti lebih dari 2000 tenaga buruh bagi mengelakkan pengangguran. Walaubagaimanapun, sumbangan aktiviti perindustrian adalah relatif rendah. Aktiviti perindustrian masih lagi bergantung kepada industri kotej, berskala kecil dan berskala sederhana. Bilangan industri berskala besar adalah kecil dan tertumpu di Kota Bharu dan Kuala Krai. Isu utama dalam perindustrian ialah kurang kemasukan pelaburan. Kebanyakan pengusaha perindustrian adalah pengusaha tempatan yang menjalankan kegiatan dengan bersaiz modal yang kecil. Malahan, aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya tertumpu dan lebih kepada memenuhi permintaan tempatan serta sekitar dalam negara. Dari segi infrastruktur, amatlah diperlukan yang sebenar-benarnya mampu menampung jumlah kepadatan penduduk negeri Kelantan. Kelantan mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal. Kos hidup di negeri ini masih rendah berbanding negeri-negeri perindustrian di wilayah barat. Dengan keluasan tanah di Kelantan mampu menampung keperluan sektor perindustrian. Kelantan masih lagi mempunyai kawasan-kawasan perindustrian yang belum dimajukan. 22
  23. 23. 5.0 MASALAH Dalam bab ini kita akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh Negeri Kelantan dalam mempertingkatan dan memajukan Negerinya dalam sektor perindustrian yang dikatakan kurang membangun daripada negeri-negeri yang lain di Malaysia. Industri di negeri Kelantan lebih berintensifkan buruh berbanding yang kawasan yang terdapat di pantai barat Semenanjung Malaysia. 5.1 Kemudahan Infrasturuktur Antara salah satu masalah yang berlaku di Kelantan menyebabkan negeri ini kurang membangun daripada negeri maju yang lain ialah kemudahan infrasturuktur yang sangat terbatas. Negeri ini tidak mempunyai tempat pergudangan dan pelabuhan yang besar contohnya pelabuhan udara,air dan darat seperti yang terdapat di Negeri Selangor iaitu Pelabuhan Port Klang, Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, dan di Pulau Pinang Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan pusat pedagangan yang utama di Malaysia. Lokasi perairan yang strategik menyebabkan pedagang membuat pelabuhan persinggahan yang bagi kapal-kapal yang singgah diperairan untuk penyimpanan dan pengagihan barang dagangan mereka. Kelantan hanya mempunyai pelabuhan darat yang terhad di Kuala Krai untuk menyokong kegiatan pengeksportan dan pengimportan melalui laluan kereta api. Namun, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan di Kemaman Pahang telah disediakan untuk member khidmat kepada pedagang-pedagang yang beroperasi di sekitar kawsan koridor pantai timur. Keduadua pelabuhan ini pelabuhan yang khusus dan tidak mampu untuk mengendalikan barang-barang tertentu. 23
  24. 24. 5.2 Jaringan Jalan Raya Kurangnya jaringan jalan raya yang mencukupi dan terhad, antara penyebabkan masalah bagi negeri Kelantan ini kurang membangan daripada negeri yang lain. Negeri di kawasan Selatan, barat dan utara Malaysia mempunyai kemudahan jaringan jalan raya yang baik dan cekap contohnya Lebuh Raya Utara-Selatan. Jaringan jalan raya merupakan salah satunya model pengangkutan yang terpenting kepada pemangkin pembangunan ekonomi Negara bagi menghubungkan kawasan pertanian, perikanan dan kawasan perindustrian dan perlombongan dengan bandar-bandar yang besar. Kekurangan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya ,jalan kereta api dan sebagainya menyebabkan perkembangan industri di Kelantan terbantut. Kekurangan infrastruktur bukan sahaja menyebabkan bahan mentah sukar di bawa masuk tetapi juga barangan yang siap kilang sukar untuk dipasarkan ke pasaran dengan cepat dan berkesan. Ini akan merugikan pengusaha terutama jika keluaran itu adalah barangan yang cepat rosak dan tdak tahan lama. 5.3 Pengendalian Kargo Kelantan tidak mempunyai perkhidmatan pengendalian kargo udara. Kebanyakan pengendalian kargo dilakukan melalui jalan raya. Oleh kerana tiada kemudahan pelabuhan dan kemudahan kargo udara, negeri ini tidak memenuhi syarat untuk membina kawasan perindustrian perdagangan bebas cukai (free trade zone, FTZ). Walau bagairnanapun, terdapat beberapa kilang di Pengkalan Cepa yang diberikan status Pengilang Berlesen (Licensed Manufacturing Warehouses, LMW) yang membebaskan mereka dari cukai import dan eksport terhadap bahan dan barangan yang diperdagangkan. 5.4 Kurang Keyakinan Pelabur Kelantan kurang mendapat keyakinkan kepada para pelabur bahawa negeri ini dapat menawarkan perkhidmatan sokongan yang cekap dan memuaskan dari segi 24
  25. 25. perindustrian. Ini kerana lokasinya yang kurang strategik dengan kemudahan infrasturuktur yang terhad menyebabkan Kelantan kurang pelabur yang datang untuk melabur di kawasan berkenan untuk mempertingkatkan dan memajukan lagi kawasan perindustrian di negeri tersebut. Rata-ratanya pelabur lebih meminati untuk melabur dikawasan yang mempunyai lokasi yang strategik untuk membangunkan suatu kawasan perindustrian. Ini bertujuan untuk pelabur dapat memaksimumkan keuntungan syarikat mereka sendiri dalam pada masa yang sama dapat meminimumkan kos output dan input. 25
  26. 26. 6.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, dapat dijelaskan bahawa Kelantan adalah negeri yang berintensifkan buruh memandangkan jumlah penduduknya yang ramai. Maka wujudnya sektor-sektor seperti perkilangan dan IKS di sana telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan, sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran. Seperti yang dijelaskan oleh Hukum Okun, dengan pengurangan kadar pengangguran akan meningkatkan KDNK Negara tersebut. Hukum itu terpakai untuk negeri Kelantan juga, sekaligus memberikan kesan kepada KDNK Negara. Pengurangan kadar pengangguran menyebabkan ekonomi negeri tersebut meningkat. Selain faktor buruh, penglibatan pelaburan asing dan tempatan serta perkembangan infrastruktur memainkan peranan dalam meningkatkan perkembangan ekonominya. Selain itu juga, dapat disimpulkan disini bahawa sektor pekerjaan dalam bidang pertanian menurun daripada tahun 1990 sehingga 2000 manakala daripada sektor pengeluaran pulang meningkat daripada tahun 1982 sehingga tahun 2000 (rujuk Jadual 2). Hal ini mungkin kerana perubahan peredaran masa daripada sektor pertanian kepada sektor industri. Selain itu juga minat yang kurang daripada golongan muda untuk terus mewarisi kemahiran pertanian nenek moyang mereka dan lebih selesa memilih untuk berimigrasi ke bandar dan mencari peluang pekerjaan di sana. 26
  27. 27. 7.0 CADANGAN Daripada apa yang telah kami kaji dan perolehi maklumat mengenai negeri Kelantan ini, kami dapati terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan Kelantan terus maju dan dapat memberi sumbangan kepada KDNK Negara selain daripada dapat meningkatkan lagi pencapaian ekonomi mereka. 6.1 Kemudahan infrastruktur Dengan memperbanyakkan kemudahan infrastruktur yang bersesuaian dengan lokasi, ia dapat memudahkan perhubungan Kelantan dengan negeri lain dan sekaligus dapat meningkat ekonomi negeri. Sebagai contoh, dengan pembinaan lebuhraya dan menghubungkan Kelantan dengan negeri lain daripada segi pengangkutan misalnya. 6.2 Pengendalian kargo Apabila pengendalian karrgo ini dibina, maka ia akan memudahkan perantaraan perhubungan daripada pelabuhan laut dan udara. Dengan wujudnya kargo sebegini, ia memudahkan pelabur misalnya untuk terus tiba di Kelantan tanpa perlu singgah di tempat lain secara berperingkat hanya untuk memastikan dapat membuat urusan perniagaan dengan Kelantan. 6.3 Menarik minat pelabur tempatan dan asing Kajian mendapati pelabur kurang berminat serta tidak yakin untuk melabur di Kelantan. Hal ini mungkin mereka merasakan tidak akan mendapat keuntungan yang lumayan apabila melabur di Kelantan akibat kekangan faktor-faktor lain. Maka Kelantan harus menarik minat pelabur agar yakin dan berminat untuk melabur di Kelantan dengan menawarkan keuntungan yang lumayan selain faktor persekitaran yang sejahtera. Contohnya, menarik minat pelabur melalui sektor pelancongan seperti membangunkan zon pelancongan pantai di Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Mek Mas yang terletak di Kota Bharu. 27
  28. 28. 6.4 Meningkatkan pembangunan di kawasan pusat Dengan pembangunan di kawasan pusat yang strategik, ia dapat menjamin penglibatan pelabur serta meningkatkan banyak peluang pekerjaan di negeri tersebut dan dapat meningkatkan ekonomi mereka. Sebagai contoh, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan di Kubang Kerian dalam sektor pendidikan. Tambahan pula Kubang Kerian sememangnya di kenali sebagai pusat pendidikan di sana dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, memberi tumpuan pada pembangunan di Kuala Krai yang terkenal dengan kemahiran buruh mereka dalam seni kraftangan. Selain Kubang Kerian dan Kuala Krai, Pengkalan Chepa juga antara pusat yang strategik untuk dibangunkan oleh kerajaan pusat, memandangkan dengan terbinanya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sana. 28

×