Kajian tinjauan penggunaan facebook
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kajian tinjauan penggunaan facebook

on

  • 1,749 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,749
Views on SlideShare
1,747
Embed Views
2

Actions

Likes
1
Downloads
53
Comments
0

1 Embed 2

http://surayakamaruddin.wordpress.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kajian tinjauan penggunaan facebook Kajian tinjauan penggunaan facebook Document Transcript

  • KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 – KAJIAN TINJAUAN TAJUK: Tinjauan Penggunaan Facebook Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua SMK Pengkalan Aur , Taiping, Perak NAMA : SURAYA BT KAMARUDDIN (M20121000495) SEMESTER : 3 SESI 2013/2014 PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF HJ GHAPOR
  • Tinjauan Penggunaan Facebook Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua SMK Pengkalan Aur ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti penggunaan facebook dalam kalangan pelajar tingkatan dua di SMK Pengkalan Aur. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenalpasti potensi pelajar tingkatan dua mengenai penggunaan facebook sebagai satu laman sosial yang membantu proses pembelajaran secara berterusan . Satu kajian tinjauan terhadap 11 orang pelajar menerusi soal selidik. Hasil tinjauan tersebut mendapati bahawa 100 peratus pelajar yang terlibat mempunyai akaun facebook yang aktif..Kajian juga mendapati pelajar yang menggunakan facebook bukan hanya bertujuan sosial malah menggunakannya untuk pendidikan sebagai proses pembelajaran terkini dan kreatif serta berkesan. .Kajian lanjutan boleh dilakukan supaya hasil dapatan lebih baik diperolehi. Kata Kunci: Penggunaan; Facebook
  • Pengenalan Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi yang kian canggih. Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya dikatakan adalah sebagai alat yang menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial ini kemudiannya telah dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan ruangan sembang, membolehkan pengguna mengemaskini status, menghantar mesej dan menghasilkan avatar atau gambar animasi. Berdasarkan laporan ( iAwani Berita Teknologi dan Inovasi,2013)Facebook memiliki jumlah pengguna aktif seramai 1.9 billion orang sehingga ke tempoh 30 September 2013. Jumlah itu merangkumi jumlah pengguna aktif di peranti mudah alih (merangkumi tablet pc dan smartphone) seramai 874 juta orang. Jumlah pengguna aktif harian (daily active user) Facebook pula telah meningkat menjadi seramai 728 juta orang. Pencapaian Facebook sepanjang suku ketiga tahun 2013 (bermula dari awal Jun sehingga akhir bulan September) telah meningkat sebanyak 60% dari suku yang sama pada tahun 2012. Facebook juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survei mengenai laman jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA) mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Facebook merupakan laman sosial yang
  • paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk menyelidik penggunaan laman sosial ini. Penggunaan Facebook Menurut Kamus Dewan Edisi keempat Penggunaan membawa maksud perihal (perbuatan, kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu. Maksud Penggunaan dari segi bahasa ialah guna atau pakai manakala dari segi istilah ialah perlakuan mengguna barangan atau perkhidmatan bagi memenugi keperluan semasa. Menurut Donald W. Woffat Penggunaan barangan atau perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada penggunaan melahirkan nilai faedah atau utility Facebook adalah perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian. Namanya berasal dari nama colloquial untuk buku yang diberikan kepada pelajar-pelajar pada permulaan tahun akademik oleh sesetengah pentadbiran universiti Amerika untuk membantu pelajar mengenali satu sama lain. Facebook di perkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Akan tetapi, dua bulan kemudian, penggunaannya diperluas ke universiti lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua univeristi yang termasuk dalam Ivy League. Sehinggalah akhirnya facebook boleh di gunakan di seluruh dunia. Semua penggunaan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook . Ia beransur-ansur menambah sokongan untuk pelajar di pelbagai universiti lain sebelum ia dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, dan akhirnya kepada mereka yang berumur
  • 13 dan ke atas. Facebook kini membolehkan sesiapa sahaja yang mendakwa berusia sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menjadi pengguna berdaftar laman web. Pengguna perlu mendaftar sebelum menggunakan tapak ini, selepas itu mereka boleh membuat profil peribadi, menambah pengguna lain sebagai kawan, mesej pertukaran, dan menerima pemberitahuan automatik apabila mereka kini profil mereka. Selain itu, pengguna boleh menyertai kumpulan pengguna faedah biasa, yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah atau kolej, atau ciri-ciri lain, dan mengkategorikan rakan-rakan mereka ke dalam senarai seperti "Rakan Sekerja" atau "Kawan Rapat" Mark Zuckerberg co-creator of Facebook Sumber : Wikepedia Menurut Kajian Jessica Lee Pugh (2010), Pengguna Facebook menggunakan beberapa ciriciri termasuk nota (blog), permainan, berbual, menyertai laman kipas, bermula kumpulan, menghantar status, dan menulis pada itu walls lain. melalui pengalaman ini, pengguna membangunkan konsep diri mereka dan identiti affiliative untuk mewujudkan imej mereka dan untuk menghasilkan perhatian mereka sendiri melalui pengalaman mikro selebriti di Facebook.
  • Pernyataan Masalah Penggunaan facebook sering kali diperkatakan memberi kesan negatif sehingga membawa kepada kelalaian pelajar dalam pelajaran. Namun jika penggunaannya dibimbing oleh ibu bapa dan guru ,penggunaannya akan memberikan kesan yang positif kerana ramai orang menggunakannya untuk tujuan pendidikan juga. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti tahap penggunaan facebook dalam kalangan pelajar tingkatan 202, dan ingin mengetahui tujuan facebook dilayari, sama ada untuk tujuan sosial ataupun pendidikan . Maka penyelidik ingin mengkaji sama ada facebook. Penyelidik juga ingin mengenalpasti adakah facebook boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar selepas di luar waktu persekolahan dan membantu dalam proses pembelajaran . Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tujuan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar tingkatan dua kelas 202, SMK Pengkalan Aur. Selain itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti potensi pelajar tingkatan dua kelas 202 mengenai penggunaan facebook sebagai alat bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran secara berterusan. Reka Bentuk Kajian Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
  • Populasi dan Sampel Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan dua di SMK Pengkalan Aur, Taiping Perak. Seramai 11 orang ( 3 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan)pelajar tingkatan dua kelas 202, dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik. Dapatan Kajian Hasil Tinjauan yang dilakukan, penyelidik mendapati kesemua pelajar yang disoal selidik mempunyai akaun facebook yang mana aktif. 64% daripada sampel melayari laman facebook melalui komputer/internet di rumah dan selebihnya membuka laman facebook menggunakan tablet atau smartphone menerusi pelan prabayar yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi seperti maxis, celcom, U-Mobile dan DiGi. Secara keseluruhannya mereka membuka laman facebook lebih 2 hari dalam seminggu di antara 1 hingga 2 jam sehari. Hasil kajian mengenai tujuan sosial mendapati pembabitan pelajar di dunia maya facebook ini, bilangan friend dalam akaun facebook masing-masing melebihi 200 hingga 800 orang. Mereka menggunakan laman sosial ini untuk mencari kenalan yang ramai dan boleh bertukar-tukar pendapat. Selain menjadi alat perhubungan untuk menyampaikan berita yang penting. Kemudahan yang ada dalam facebook seperti boleh bersembang di dalam ruangan chat atau boleh melihat rakan secara langsung melalui video call sangat mengujakan mereka untuk terus menjadikan facebook sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati 100% pelajar yang terlibat sama sekali tidak setuju facebook dijadikan tempat untuk mengutuk dan memarahi seseorang dengan ayat-ayat yang kesat dan negatif. Namun ada di kalangan pelajar yang terjebak dengan cinta facebook dan menjalinkan
  • cinta jarak jauh dengan seseorang yang baru dikenalinya, walau bagaimanapun peratusannya adalah kecil iaitu 18%. Pengkaji turut membuat kajian berkaitan penggunaan facebook untuk tujuan pembelajaran. Kajian mendapati kesemua pelajar yang terlibat berkongsi maklumat dengan mengupload bahan pembelajaran berbentuk audio-visual, grafik, animasi dan lain-lain yang diperlolehi dari laman blog atau youtube. Satu kumpulan perbincangan diwujudkan oleh salah seorang pelajar bagi membincangkan hal yang berkaitan dengan mata pelajaran tertentu. Facebook juga dijadikan medan untuk memberitahu maklumat penting daripada guru dan disampaikan dengan segera kepada rakan yang lain. Kesemua pelajar bersetuju telah merujuk bahan yang telah di upload oleh guru untuk tujuan mengulangkaji pelajaran yang telah dibincangkan di dalam kelas. Ini membuktikan proses pembelajaran yang berterusan berlaku walaupun ketika pelajar berada di luar kelas. Hasil dari pembacaan bahan yang disediakan guru ditambah dengan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang berkaitan. 80% pelajar sangat bersetuju facebook merupakan rangkaian sosial yang membantu mereka dalam meningkatkan kefahaman dalam pelajaran dan memberi kesan jangka hayat ingatan yang panjang.
  • Cadangan / Kesimpulan Memandangkan hampir keseluruhan pelajar tingkatan 202 mempunyai akaun facebook yang aktif dan kemudahan memuat naik gambar-gambar, video dari rakaman atau dari youtube, informasi terkini yang berkaitan dari laman web yang lain , kesempatan ini perlulah diambil oleh guru untuk menjadikan laman sosial ini sebagai medan pembelajaran yang berterusan dengan membentuk satu kumpulan yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran, memuat naik bahan untuk tujuan mengulangkaji bagi mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Penggunaan facebook akan menjadi lebih kerap dan berkesan apabila syarikat komunikasi seperti maxis, celcom, DiGi dan U Mobile menawarkan pelan perkhidmatan prabayar yang mana pengguna facebook boleh kekal berhubung dengan rakan-rakan 24jam sehari secara percuma dengan pembelian top up serendah RM3. Pelajar bukan sahaja dapat berhubung dengan rakan-rakan untuk tujuan sosial malah boleh menjadikannya satu laman untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat seperti mana pepatah Melayu ‘sambil menyelam, minum air’. Apa yang paling penting tugas ibu bapa dan guru untuk membimbing minat dan kegemaran pelajar ke arah yang positif bukan menyekat dan memaksa pelajar menutup akaun facebook . Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru membuat perancangan pengajaran dengan betul. Terdapat beberapa model yang telah diperkenalkan namun model ASSURE yang telah direkabentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil untuk dijadikan panduan oleh guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Model
  • ini mambantu guru mengenalpasti menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran. Terdapat enem elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar), S = State objective (Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih kaedah, media dan bahan), U = Utilise media and material (guna media dan bahan), R = Require Leaner Participation (dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula). S A S Analisis pelajar Nyataka n objektif Pilih kaedah, media dan bahan U Guna media dan bahan R Pengliba tan pelajar dalam pembela jaran E Nilai bahan RAJAH 1 : MODEL ASSURE Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri. Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan penggunaan teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa kini. Facebook salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat dengan orang lain. Penggunaan facebook juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu mengajar yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Selain membimbing pelajar menjadikan laman sosial ini sebagai sesuatu yang positif yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti pembelajaran untuk kejayaan pelajar di masa akan datang.
  • Rujukan Jessica Lee Pugh (2010).A Quality Study Of The Facebook Sosial Network: The Desire To Influence, Associate, And Contruct A Representative And Ideal Identity. California StateUniversity http://www.csulb.edu/colleges/cba/honors/thesis/documents/JessicaPughThesis.pdf Kamus Dewan Edisi Keempat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penggunaan Shueqry Abdullah (2013) Pengguna Facebook Cecah 1.9 Billion September 2013, iAwani Berita Teknologi dan Inovasi, http://www.iawani.com/facebook-statistik-jumlah-pengguna-aktif-mudah-alihseptember-2013.html Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowther, James D. Russell (2012). Instructional Technology And Media For Learning. Boston: Pearson. Wikipedia, the free encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook