Acc 2013   bab2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Acc 2013 bab2

on

  • 981 views

 

Statistics

Views

Total Views
981
Views on SlideShare
981
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
24
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Acc 2013   bab2 Acc 2013 bab2 Presentation Transcript

  • Perniagaan dan Persekitaran
  • Entiti Perniagaan  Entiti perniagaan boleh dibezakan mengikut bentuk, jenis aktiviti yang dijalankan dan saiz perniagaan.  Bentuk perniagaan akan memberi kesan terhadap amalan perakaunan khususnya format serta maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan.
  • 3 bentuk perniagaan  Keempunyaan tunggal/peniaga tunggal/ pemilik perseorangan (Sole proprietorship)  Perkongsian (Partnership)  Syarikat (Company/coorporation)
  • tunggal/ pemilik perseorangan (Sole proprietorship)  Pemilikan perniagaan adalah berbentuk satu pemilik dan tidak berkongsi dengan individu lain  Undang-undang tidak mengiktiraf perniagaan tunggal sebagai satu entiti yang sah.  Jenis perniagaan adalah seperti perniagaan runcit, mini market dan kedai.
  •  Kelebihan:  Mudah ditubuhkan dan dibubarkan  Pemilik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap perniagaan  Untung tidak perlu dikongsi dengan individu lain  Lebih bebas dari kongkongan peraturan jika dibandingkan dengan bentuk perniagaaan lain  Kelemahan:  Sukar berkembang kerana modal dan kepakaran terhad  Risiko perniagaan ditanggung oleh pemilik seorang diri  Liabiliti tidak terhad
  • Perkongsian (Partnership)  Satu perkongsian wujud apabila dua atau lebih individu memiliki perniagaan dan mengendalikannya.  Hubungan secara berkontrak boleh dibuat melalui perjanjian secara lisan atau bertulis antara dua atau lebih untuk menggabung sumber modal, kebolehan, kemahiran, dan aktiviti dalam perusahaan bersama dan berkongsi untung mengikut asas yang dipersetujui.  Di Malaysia, bentuk perniagaan ini didaftarkan mengikut akta perkongsian 1961 dan dari segi undang-undang, perkongsian tidak dianggap sebagai satu entiti yang berasingan.  Contoh perniagaan perkongsian adalah seperti firma perakaunan dan firma guaman.
  •  Kelebihan:  Modal yang lebih besar  Rakankongsi yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran  Tidak tertakluk kepada peraturan yang memerlukan maklumat perniagaan didedahkan kepada pihak luar seperti yang dikenakan kepada syarikat  Kelemahan:  Liabiliti tidak terhad  Kemungkinan berlakunya selisih faham boleh menyebabkan pengurusan tidak stabil  Masalah kesinambungan perniagaan akibat kematian rakan kongsi
  • Syarikat (Company/coorporation)  Syarikat adalah satu entiti sah yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang perseorangan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.  Di Malaysia, syarikat merupakan entiti yang diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.  Pemilik syarikat disebut pemegang saham.  Contoh syarikat: syarikat sendirian berhad, syarikat berhad
  •  Kelebihan:  Liabiliti terhad  Lebih berkeupayaan untuk berkembang kerana dapat menerbitkan saham  Pemindahan saham boleh dilakukan dengan mudah  Kelemahan:  Tertakluk kepada peraturan kerajaan (akaun perlu diaudit oleh akauntan awam bertauliah)  Pemilikan terpisah daripada pengurusan  Kos penubuhannya adalah tinggi
  • Perbezaan antara syarikat awam dan swasta Ciri ciri Syarikat Awam (Public Limited Co) Syarikat Swasta (Private Limited Co) 1. Bilangan ahli Min 2; Max tidak terhad Min 2; Max 50 2. Isu saham Jualan saham dibuka kepada orang awam Jualan saham tidak dibenarkan kepada orang awam 3. Keperluan penyenaraian Disenaraikan Tidak disenaraikan 4. Maklumat kewangan Dilaporkan kepada para pemegang saham Mempunyai hak untuk tidak menyiarkan kepada para pemegang saham 5. Pengurusan Menggaji kumpulan profesional untuk menjalankan pengurusan perniagaan Dikendalikan oleh pemegang saham atau mengupah pengurusan profesional untuk menjalankan perniagaan 6. Liabiliti Liabiliti dihadkan kepada jumlah pelaburan (entiti undang-undan berasingan) Liabiliti dihadkan kepada jumlah pelaburan (entiti undang-undan berasingan) 7. Contoh Telekom, Tenaga Nasional, Petronas MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
  • Jenis Perniagaan  Organisasi perniagaan berbeza mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. Jenis aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan adalah seperti:  Pembarangan(Merchandising)  Firma yang terlibat dalam aktiviti pembarangan sama ada menjadi pemborong atau peruncit.  Perniagaan ini membeli barang niaga yang kemudiaanya dijual semula kepada pemborong lain, peruncit atau pengguna lain. Contohnya pasaraya.  Pengilangan (Manufacturing)  Firma pengilangan menukar bahan mentah menjadi bahan siap. Contohnya perniagaan yang mengeluarkan bahan kimia,kereta dan sebagainya.  Perkhidmatan (service)  Perniagaan ini memberikan perkhidmatan tertentu kepada
  • Memahami Faktor Persekitaran  Kejayaan sesuatu perniagaan banyak dipengaruhi oleh keupayaan perniagaan untuk bertindakbalas dengan faktor yang terdapat di persekitarannya. Perniagaa n Teknologi Ekonomi Sosial Politik Perhubungan diantara perniagaan dan faktor-faktor persekitraran
  •  Faktor Ekonomi  Faktor ekonomi termasuklah kadar pengunaan tenaga, dasar kewangan, dasar yang ditetapkan oleh kerajaan, inflasi, kemelesetan ekonomi.  Faktor Sosial  Faktor sosial termasuklah taburan pendapatan, taburan umur, taraf pendidikan, cita rasa pengguna dan sikap terhadap kerja dan perniagaan.  Faktor Teknologi  Contoh pengaruh faktor teknologi ke atas perniagaan ialah kesan kemajuan teknologi berasaskan komputer telah mempengaruhi cara bagaimana perniagaan dijalankan termasuklah sistem perakaunan.  Faktor Politik  Faktor politik termasuklah ideologi yang berbeza, kuasa
  • Perkara asas menubuhkan Perniagaan  Dalam menubuhkan perniagaan , beberapa persoalan asas perlu diambil kira iaitu:  Jenis perniagaan yang hendak dijalankan  Bentuk perniagaan  Bagaimana mendapatkan modal  Antara langkah yang biasa diikuti dalam menubuhkan perniagaan termasuklah:  Menjalankan analisis KKPA (SWOT Ananlisis)  Membentuk objektif  Mempertimbankan faktor lain
  • Menguruskan perniagaan Perancangan - Fungsi perancangan adalah untuk meningkatkan kualiti pembuatan keputusan dengan membuat pertimbangan yang berhati-hati tentang semua faktor relevan sebelum keputusan dibuat dan memastikan keputusan yang dibuat mengikut strategi yang rasional yang digunakan untuk membentuk masa depan organisasi. - Perancangan membantu pihak pengurusan
  •  Perancangan biasanya melibatkan 5 peringkat berikut: i. Menetapkan objektif organisasi ii. Mengkaji dan menilai persekitaran dimana organisasi akan beroperasi. Peringkat ini biasanya memerlukan peramalan dibuat iii. Menilai sumber-sumber yang ada. (sumber kewangan, tenaga manusia, jentera dan peralatan serta bahan) iv. Menentukan strategi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan melalui satu rancang yang menyeluruh v. Merekabentuk satu program tindakan untuk mencapai matlamat strategik yang ditetapkan.
  •  Perancangan boleh dibahagikan kepada 3 jenis mengikut peringkat pengurusan iaitu: 1. Perancangan strategik - Disebut juga perancangan korporat dijalankan oleh pihak pengurusan atasan dan dan melibatkan jangka masa yan panjang.(3 hingga 5 tahun).Pada masa ini, visi dan misi organisasi ditentukan 2. Perancangan taktikal - Dilakukan oleh pihak pengurursan pertengahan dan melibatkan jangka masa antara 1 hingga 3 tahun. Contoh membuat keputusan sama ada membuka cawangan baru diluar negara 3. Perancangan operasi - Juga disebut perancangan jangka pendek. - Dijalankan oleh pihak pengurusan bawahan. - Rancangan yan dibuat meliputi tempoh tidak melebihi setahun - Perancangan pada peringkat ini biasanya melibatkan aktiviti harian seperti menentukan kuantiti yang hendak dikeluarkan dan harga yang hendak diletakkan
  • Belanjawan  Belanjawan adalah alat yang selalu digunakan pihak pengurusan untuk merancang dan mengawal belanjawan sesebuah syarikat.  Belanjawan adalah satu rancangan yang terperinci yang menunjukkan bagaimana sumber diperolehi dan digunakan dalam tempoh tertentu.
  •  Ciri-ciri belanjawan I. Boleh disediakan dalam satu tempoh tertentu seperti semingu, sebulan atau setahun. II. Boleh digunakan untuk menganggarkan kuantiti dan nilai jualan, kuantiti dan kos pengeluaran, kuantiti pembelian dan sebagainya, III. Boleh disediakan dalam format yang mudah difahami IV. Disediakan secara kuantitatif samada dalam unit kewangan atau bukan unit kewangan. V. Penyediaan biasanya melibatkan semua bahagian dalam organisasi
  •  Antara kebaikan belanjawan: i. Memaksa pihak pengurusan untuk merancang masa depan dan membuat jangkaan secara sistematik ii. Membantu penilaian prestasi organisasi iii. Memberi pihak pengurusan sasaran prestasi yang realsitik untuk dibandingkan dengan prestasi sebenar iv. Menyelaraskan aktiviti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesebuh organisasi v. Menghubungkan matlamat organisasi kepada kakitangan
  • Belanjawan Induk  Salah satu aktiviti yang terlibat dengan perancangan operasi ialah penyediaan belanjawan induk.  Belanjawan induk adalah satu rancangan tindakan menyeluruh yang terdiri daripada beberapa belanjawan kecil yang berkaitan untuk satu tempoh tertentu.  Belanjawan ini biasanya disediakan untuk tempoh setahun.  Penyediaan belanjawan ini melibatkan semua bahagian dalam sesebuah organisasi.  Salah satu komponen belanjawan induk ialah belanjawan tunai.
  • Belanjawan jualan Belanjawan stok barang siap Belanjawan belanja menjual dan mentadbir Belanjaw an pengeluar an Belanjawa n modal Belanjawan tunai, penyata pendapatan teranggar dan Kunci kira kira terangar Belanjawan penggunaan bahan Belanjawa n overhed Belanjaw an buruh langsung Belanjawan bahan mentah Belanjawan pembelian bahan Hubungkait antara komponen belanjawan induk
  • Belanjawan tunai  Belanjawan tunai ialah alat yang boleh digunakan untuk membantu pemilik atau pihak pengurusan merancang dan mengawal perniagaaan.  Belanjawan tunai menunjukkan penerimaan dan pembayaran tunai terjangka untuk satu tempoh tertentu.  Ia boleh disedia dalam tempoh setiap minggu, bulan atau tahun.  Belanjawan tunai tidak sama dengan penyata aliran tunai.  Data yang terkandung dalam belanjawan tunai adalah anggaran sedangkan data yang terdapat dalam penyata aliran tunai adalah data masa lepas.
  • Faedah penyediaan belanjawan tunai: 1. Membolehkan pihak pengurusan menjangka bila komitmen/ tanggungan perlu dijelaskan dan memastikan tunai tersedia ada apabila sampai masanya. 2. Belanjawan juga akan menunjukkan bila akan berlakunya lebihan tunai dimana tunai yang berlebihan boleh dilaburkan untuk memberi pulangan yang menguntungkan. 3. Belanjawan tunai juga akan menunjukkan tempoh berlakunya kekurangan tunai.