Your SlideShare is downloading. ×
Perniagaan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Perniagaan

1,288

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,288
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGENALANApa itu Rancangan PerniagaanRancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yanghendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus. Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan? 1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci. 2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. 3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas. 4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan. 5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit. Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan? 1. Usahawan/Penternak - Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam. - Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan. - Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi. 2. Institusi Kewangan/pelabur - Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau pelaburan rakan kongsi. 3. Pembekal - Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit. 4. Kakitangan - Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan mereka. 5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan) - Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan
  • 2. Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan - Nama perniagaan/projek - Tujuan rancangan perniagaan - Nama syarikat, alamat dan lain-lain - Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan1. Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja3. Latarbelakang perniagaan4. Latarbelakang ahli kongsi5. Kedudukan Projek6. Objektif Projek7. Rancangan Pentadbiran8. Rancangan Operasi9. Rancangan Pemasaran10. Rancangan Kewangan11. Penutup12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)
  • 3. Kandungan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja Bahagian 1 - PengenalanBahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikatyang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:- i. Nama Syarikat ii. Jenis perniagaan yang diceburi iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan iv. Status dan saiz projek v. Produk vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan vii. Anggaran kos projek.Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas KerjaBahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya; i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan. ii. Merancang perlaksanaan projek. iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan iv. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan. v. Lain-lain. Bahagian 3 - Latarbelakang PerniagaanBahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti: i. Alamat Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua- dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja. ii. Bentuk perniagaan Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan. iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran. Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran. iv. Modal Permulaan Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan. v. Bank Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham i. Nama penuh ii. No. kad pengenalan iii. Tarikh lahir iv. Umur v. Alamat Tetap
  • 4. vi. No telefon vii. Taraf perkahwinan viii. Kelulusan akedemik ix. Kursus yang pernah dihadiri x. Kemahiran xi. Pengalaman xii. Pekerjaan sekarang xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.Bahagian 5 – Kedudukan ProjekLakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.Bahagian 6 – Objektif ProjekMembincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjangperniagaan.Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran i. Pentadbiran ii. Carta Organisasi iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja iv. Spesifikasi Tugas v. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji vi. Senarai Keperluan Pejabat vii. Perbelanjaan Pentadbiran a. Perbelanjaan aset b. Perbelanjaan bulanan c. Lain-lain perbelanjaanBahagian 8 - Rancangan Operasi 1. Carta aliran Proses Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja. 2. Unit pengeluaran / jam operasi Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran. 3. Keperluan bahan Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya. 4. Tenaga Kerja Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan. 5. Mesin dan peralatan Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin. 6. Susun atur Ruang Operasi Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
  • 5. 7. Lokasi Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli. 8. Overhead operasi Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi. 9. Perbelanjaan Operasi Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran 1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan 2. Sasaran Pasaran Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan. 3. Saiz Pasaran Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali. 4. Pesaing-pesaing utama Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka. 5. Kekuatan dan kelemahan pesaing Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. 6. Syer pasaran Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan. 7. Ramalan Jualan Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya. 8. Strategi Pemasaran i. Strategi Barangan Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej Corak pembungkusan dan jenama berkaitan. ii. Strategi Promosi Bentuk Promosi yang dicadangkan iii. Strategi harga Harga seunit yang dicadangkan. iv. Strategi edaran Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.Bahagian 10 - Rancangan KewanganRancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
  • 6. 1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek2. Penyata-penyata kewangan: i. Aliran wang tunai ii. Penyata pendapatan iii. Kunci kira-kira iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang. v. Kos pelaksanaan Projek vi. Pelaburan aset tetap: Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai. vii. Modal Pusingan: Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi viii. Lain-lain perbelanjaan: Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP) i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset. ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal. iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.5. Prestasi Penyata Pendapatan Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.6. Prestasi Kunci kira-kira Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.7. Analisis Daya Maju Kewangan Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah. Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah: i. Nilai kini bersih ii. Kadar Pulangan dalaman iii. Nisbah faedah kos iv. Tempoh pulang modal Nilai kini bersih Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju. Kadar Pulangan Dalaman Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur. Nisbah Faedah Kos Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos. Tempoh Pulang Modal Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek. Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
  • 7. Contoh-Contoh JadualContoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja. Bil Jawatan Bil pekerja 1 Pengurus 1 2 Kerani kewangan 2 3 Pekerja Ladang 4Contoh jadual Spesifikasi Tugas Jawatan Tanggungjawab Pengurus 1. Menyelia operasi ladang. 2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja. Kerani Kewangan 1.Pembayaran gaji pekerja 2.Merekod wang masuk dan keluar.Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH Pengurus 1 3500.00 350.00 150.00 3900.00 Kerani 2 750.00 75.00 50.00 875.00Keperluan PejabatContoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat JENIS BILANGAN Jumlah RM 1.Perabut Pejabat 1 set 1000.00 2. Komputer 2 unit 5000.00Perbelanjaan Pentadbiran Butir Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Lain-lain (RM) (bulanan) RM Perbelanjaan (RM) 1. Perabut Pejabat 1000.00 2. Komputer 5000.00 3.Gaji dan caruman 4775.00 4. Pendaftaran dan kertas kerja 2500.00Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah Ramalan
  • 8. JualanJadual Perbelanjaan Pemasaran Butir Perbelanjaan harta Perbelanjaan Bulanan (RM) Lain-lain Perbelanjaan (RM) (RM) 1.Kenderaaan (van) 40000.00 2. Promosi 100.00 3. Insuran dan cukai 500.00 jalanJadual Keperluan Bahan Mentah Jenis Bahan Kuantiti Digunakan Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian 1. Jagung 100 kg 100 kg 0.40 80.00 2. soyaJadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH Penyelia 2 3000.00 300.00 150.00 3450.00 Pekerja 4 2400.00 240.00 100.00 2740.00Jadual mesin dan peralatan Jenis Harga Bilangan Jumlah Harga 1. Chopper 5000.00 1 5000.00 2. Otomatik drinker 12000.00 1 12000.00Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi Butir Perbelanjaan Harta (RM) Perbelanjaan Lain-lain Perbelanjaan (bulanan) RM (RM) 1. Chopper 5000.00 2.otomatik drinker 12000.00 3.Gaji dan caruman 6190.00 4.Contoh Kos Perlaksanaan Projek 1. Perbelanjaan harta
  • 9. - (Pelaburan Aset Tetap ) ---------------------- 2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ---------------------- 3. Lain-lain perbelanjaan ---------------------- 4. Belanja Luar Jangka ---------------------- Jumlah Kos Projek ----------------------Sumber Pembiayaan Projek 1. Modal sendiri ---------------------- 2. Pinjaman --------------------- 3. Sewa beli ---------------------- 3. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ---------------------- Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC Pada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun) 2002 2003 2004 2005 Hasil Jualan 100,000 100,000 100,000 100,000 - kos Barang dijual 70,000 70,000 70,000 70,000 Untung kasar 30,000 30,000 30,000 30,000 - Belanja-belanja Pentadbiran 5,000 5,000 5,000 5,000 Pemasaran 3,000 3,000 3,000 3,000 Kewangan 1,000 1,000 1,000 1,000 Jumlah Belanja 9,000 9,000 9,000 9,000 Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000Contoh Prestasi Kunci kira-kira Sediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada : Tahun 2002 2003 2004 2005 Aset Tetap Kenderaan 50,000 45,000 40,000 35,000
  • 10. - susut 5,000 5,000 5,000 5,000 nilai Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000 Perlalatan 50000 45,000 40,000 35,000 - susut 5,000 5,000 5,000 5,000 nilai Jumlah 45,000 40,000 35,000 30,000 Aset Semasa Tunai 15,000 20,000 25,000 30,000 Si berhutang 10,000 10,000 10,000 10,000 Stok bahan mentah 5,000 5,000 5,000 5,000 Stok akhir 10,000 10,000 10,000 10,000 Jumlah 40,000 40,000 40,000 40,000 JUMLAH ASET 130,000 130,000 130,000 130,000 Ekuiti Modal sendiri 10,000 10,000 10,000 10,000 Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000 Jumlah Liabiliti Baki Pinjaman 90,000 90,000 90,000 90,000 Pemiutang 9,000 9,000 9,000 9,000 Jumlah JUMLAH EKUITI dan 130,000 130,000 130,000 130,000 LIABILITIBahagian 11 – Penutup / KesimpulanKesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)Contohnya:- 1. Surat sebutharga 2. Sijil kursus 3. Surat sokongan pihak tertentu 4. Surat dapat tender 5. Sijil pendaftaran syarikat 6. Salinan permit/lesen 7. Surat-surat kepujian 8. Bukti modal sendiri 9. Salinan surat Cagaran 10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)

×