• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pendedahan penulisan
 

Pendedahan penulisan

on

  • 4,494 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,494
Views on SlideShare
4,494
Embed Views
0

Actions

Likes
6
Downloads
289
Comments
9

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

19 of 9 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pendedahan penulisan Pendedahan penulisan Presentation Transcript

    • PENDEDAHAN BAHASA MELAYU (KERTAS 1)UPSR 2008 MASA : 2:30-4:30 TARIKH : 9 MEI 2008 TEMPAT : DEWAN LEMBAGA KEMAJIAN IKAN MALAYSIA, KUALA TERENGGANU,TERENGGANU
    • FORMAT KERTAS 1
      • Bentuk dan jenis soalan –ujian subjektif/ respon terhad dan respon terbuka.
      • Bilangan soalan – 5 soalan (Bahagian A: 1 soalan wajib jawab, Bahagian B: 3 soalan pilih satu dan Bahgian C:1 soalan wajib jawab)
      • Bilangan perkataan – Bahagian A: Tiada had, Bahagian B: Tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan Bahagian C:Tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
      • Tempoh ujian – 1 jam 15 minit.
      • Konstruk ditaksir – kemahiran menulis .
      • Cakupan – mencakup semua bidang dalam sukatan tahun 1 hingga 6.
    • BAHAGIAN A
      • Soalan ini wajib dijawab.
      • Bentuk soalan Bahagian A ialah soalan bergambar.
      • Gambar terdiri daripada gambar bersiri, gambar tunggal, Jadual,Iklan, Carta, Peta dan Graf.
      • Anda mestilah membina ayat-ayat lengkap berdasarkan maklumat atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.
      • Masa yang diperuntukkan 15 minit
      • Markah yang diperruntukkan pula ialah 10 markah.
    • PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN A
      • Lihat gambar dengan teliti.
      • Catatkan aktiviti atau perkara yang terdapat dalam gambar.
      • Anda mesti bina lima ayat.
      • Bina ayat lengkap berdasarkan aktiviti atau perkara tersebut.
      • Pastikan ayat-ayat tersebut betul tatabahasa dan ejaannya.
      • Ayat-ayat mesti ada kaitan dengan gambar.
    • Langkah 1 : Memahami gambar Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam keseluruhan gambar. Langkah 2 : Baca dan fahami soalan Pastikan kehendak soalan. Nyatakan situasi yang terdapat dalam gambar sahaja. Langkah 3 : Menulis lima ayat Tulis lima ayat sahaja yang berdasarkan rangka ayat yang dibuat. Semasa menulis ayat, berhati-hati dengan struktur ayat, ejaan, imbuhan, dan tanda baca. Langkah 4 : Menyemak Semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan, dan ejaan. Langkah-langkah Membina Ayat
    • PANDUAN PEMARKAHAN BAHAGIAN A
      • Untuk mendapat markah penuh atau cemerlang di bahagian ini, anda mestilah;
        • Membina ayat gramatis dan menepati bahan grafik.
        • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
        • Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
    • CONTOH BAHAGIAN A Tuliskan lima ayat berdasarkan gambar di bawah.
    • BAHAGIAN B
      • Anda diberi tiga tajuk karangan daripada pelbagai jenis. Anda dikehendaki untuk menjawab satu soalan sahaja.
      • Masa yang diperlukan ialah 40 minit, manakala markah penuh ialah 30 markah.
      • Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
      BAHAGIAN B
    • Bentuk soalan
      • Karangan berformat
      • Surat Kiriman Tidak Rasmi
      • Surat Kiriman Rasmi
      • Dialog
      • Laporan
      • Ucapan/syarahan/ceramah
      • Berita
      • catatan
      • b. Karangan tidak berformat
      • Fakta
      • Keperihalan /gambaran
      • Cerita/melengkapkan cerita
      • Peribahasa
      • Autobiografi/biografi
      • perbincangan
    • TEKNIK MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B
      • Baca kesemua tajuk yang diberikan.
      • Buat pemilihan tajuk yang tepat.
      • Gariskan kehendak solan
      • Menyediakan rangka karangan.
      • Proses menulis karangan.
      • Pastikan setiap perenggan ada kesinambungan
      • Menulis enem perenggan
      • Menyemak karangan.
    • CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK
      • Pendahuluan yang berkesan.
      • Isi yang teratur.
      • Satu isi bagi satu perenggan.
      • Huraian isi yang tepat.
      • Susunan isi yang baik.
      • Menyatakan contoh yang tepat.
      • Penutup yang sesuai.
      • Ada penggunaan penanda wacana yang sesuai.
    • KELEMAHAN CALON SEMASA MENULIS KARANGAN
      • Tidak memahami tajuk yang dipilih.
      • Tidak merangka karangan.
      • Pendahuluan tidak menarik.
      • Kekurangan isi.
      • Lebih daripada satu isi dalam satu perenggan.
      • Banyak kesalahan bahasa seperti struktur ayat, perbendaharaan kata, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.
    • BAHAGIAN PENTING DALAM KARANGAN
      • PENDAHULUAN KARANGAN
      • Terangkan tajuk / kaitkan dengan isu semasa / kemuka pendapat.
      • Jangan lebih daripada satu perenggan.
      • Perlu tepat.
      • Memadai dengan dua ayat sahaja.
      • Jangan masukkan isi.
      • Perlu jelas.
      • ISI KARANGAN
      • Kemukakan isi dahulu, kemudian huraian.
      • Empat isi. Satu perenggan, satu isi sahaja.
      • Memadai dengan tiga @ empat ayat sahaja.
      • Perlu jelas dan tepat
      • Sertakan bukti / contoh yang sesuai.
      • PENUTUP KARANGAN
      • Membuat kesimpulan atau rumusan.
      • Memberi saranan atau pandangan.
      • Menyatakan pendirian [perbahasan].
      • Mengemukakan pantun / peribahasa / kata-kata hikmat dan lain-lain jika perlu / sesuai.
      • Memadai dengan dua ayat sahaja.
    • CONTOH SOALAN BAHAGIAN B
      • Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah “Kepentingan Mematuhi Peraturan Sekolah”. Tulis syarahan kamu selengkapnya. Atau 2. Tulis sebuah karangan bertajuk “Faedah Menjaga Kebersihan” Atau 3. Pada suatu hari sekolah kamu telah mengadakan perhimpunan mingguan. Ketika semua murid sedang menyanyikan lagu Negaraku, tiba-tiba seorang rakan kamu telah pengsan. Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu lakukan?
    • BAHAGIAN C
      • Bahagian ini mengandungi satu teks yang mengandungi banyak pengajaran atau nilai murni.
      • Soalan ini wajib jawab.
      • Mengandungi penerapan nilai-nilai murni atau pengajaran dalam kehidupan seharian seseorang pelajar.
      • Anda akan diberikan cerita, dialog, puisi atau fakta.
      • Masa ialah 20 minit.
      • Markah ialah 20 markah
    • PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN C
      • Untuk menjawab menjawab Bahagian C, anda hendaklah membaca teks yang diberi dengan teliti. Anda perlu menyenaraikan pengajaran dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam teks tersebut.
      • Berpandukan nilai –nilai murni atau pengajaran yang telah dicatatkan, bolehlah anda membuat ulasan mengenainya.
      • Ulasan yang dibuat hendaklah dalam satu perenggan sebagaimana arahan soalan bahagian ini.
      • Ulasan hendaklah menekankan penagajaran daripada setiap nilai murni yang terdapat dalam teks.
      • Gunakan penanda wacana
      • Gunakan frasa kata seperti “kita hendaklah”,” kita haruslah” dan sebagainya
      • Pastikan tiada kesalahan tatabahasa.
    • PANDUAN PEMARKAHAN BAHAGIAN C
      • Untuk mendapat markah penuh atau cemerlang di bahagian ini, anda mestilah;
        • Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
        • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
        • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang luas serta sesuai dengan bahan rangsangan.
        • Memastikan penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
    • CONTOH SOALAN BAHAGIAN C
      • Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.” Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian. Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
    • CARA-CARA MENJAWAB
      • Nilai atau pengajaran
      • 1. Menjaga keselamatan buku
      • 2. Memberi bantuan
      • 3. Berdikari dengan membuat sendiri
      • 4. Rajin membantu keluarga
      • 5. Menjaga kebersihan
      • 6. Mengisi masa lapang
    • CONTOH JAWAPAN
      • Contoh jawapan 1
      • Suraya seorang murid yang mempunyai sifat yang terpuji. Sikapnya yang tidak membuang masa dan prihatin terhadap keselamatan buku teks yang diberi oleh gurunya amat dihargai. Selain daripada suka berdikari dia juga suka menolong ahli keluarganya. Dia sering membantu ibu dan bapanya. Dia juga mengutamakan kebersihan diri dan bilik tidurnya. Malah keluarganya bekerjasama menjaga kebersihan rumah dan menceriakan halaman rumah mereka. Mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
    • Contoh jawapan 2 Sebagai seorang murid kita hendaklah prihatin dan menjaga buku yang dipinjamkan oleh pihak sekolah. Walaupun ada orang yang ingin membantu, kita hendaklah cuba berdikari dan membuat sendiri semampu yang boleh. Sebagai seorang anak, kita hendaklah meringankan beban kerja ibu bapa di rumah. Di samping itu, kebersihan diri,rumah dan persekitaran sentiasa dijaga supaya hidup kita sihat dan ceria. Kita hendaklah menjadikan hobi yang berfaedah itu sebagai amalan hidup kita.
    • Contoh jawapan 3 Nilai-nilai murni dan pengajaran daripada petikan adalah menjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Amalan sifat pemurah patut diamalkan dengan memberikan bantuan dan kerjasama antara satu sama lain. Selain mempunyai sikap menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan bersih dan ceria, kita hendaklah menolong ahli keluarga demi untuk meringankan bebanan mereka. Kita sepatutnya tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Jika amalan tersebut menjadi amalan, kita akan menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.
      • JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH
      • KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN
      • JIKA KAU FIKIRKAN RAGU-RAGU
      • USHAMU TIDAK MENENTU
      • JIKA KAU FIKIRKAN KEKALAHAN
      • KAU HAMPIRI KEGAGALAN
      • JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN
      • KAU HAMPIRI KEJAYAAN
      • ENGKAULAH APA KAU FIKIRKAN
      • TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN
      • BERFIKIR BOLEH MELAKUKAN
      • FIKIRKAN BOLEH
      • PERCAYA APA KAU LAKUKAN
      • TABAH APA KAU USAHAKAN
      • BERTINDAK ATAS KEMAMPUAN
      • ENGKAU BOLEH, ENGKAU BOLEH
      FIKIRKAN BOLEH KE MENU
      • NYALAKAN AZAM MEMBUMBUNG
      • PADUKAN TEKAD NAN WAJA
      • SONGSONGI OMBAK BERGULUNG
      • MENUJU KE PULAU CITA
      • SETITIK JADIKAN LAUT
      • SEKEPAL JADIKAN GUNUNG
      • NAMAMU KELAK DISEBUT
      • JASAMU KELAK DISANJUNG
      • NYALAKAN TEKAD DI UJUNG CITA
      • SAMA MUAFAKAT KE PUNCAK JAYA
      • SEMBAH SETIA SEPENUH JIWA
      • UNTUK NUSA DAN NEGARA
      • KAN MEGAH LANGIT DIJUNJUNG
      • RELA BUMI NAN DIPIJAK
      • KAN MEGAH IBU MENGANDUNG
      • PUTERA PUTERINYA BERJASA
      NYALAKAN TEKAD KE MENU
    • SEKIAN TERIMA KASIH