SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
Siri Cerita Dongeng Moden
 (Hikayat Sains Komputer)



Al-KISAH PERSEMBAHAN
      KERTAS KERJA
 PROJEK TAHUN AKHIR
             Skrip oleh:


      Suhailan Dato’ Safei,
       Fakulti Informatik,
  Universiti Sultan Zainal Abidin
    suhailan@unisza.edu.my



          Dengan kerjasama




        http://www.toondoo.com/
AMARAN
Cerita ini mengandungi perkataan dan ayat yang
  tidak mengikut tatabahasa dan ejaan seperti
 yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Ia juga melanggar peraturan penulisan
  skrip seperti yang telah diajarkan dalam kelas
  secara formal. Anda tidak dibenarkan meniru
      sebarang aksi penulisan skrip ini dalam
          peperiksaan. Penulis skrip tidak
 bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam
     SPM ataupun mana-mana subjek kerana
   mengikuti format skrip ini sebagai jawapan.
   Sebarang nama yang disebut dalam skrip ini
tidak ada kaitan dengan mana-mana penduduk
                 di muka bumi ini.
Episod 1
PANEL     :         Assalamualaikum. Boleh bagi tahu tajuk sistem awak.

PELAJAR :           “Sistem Mencari Tajuk FYP”

PANEL     :         Kenapa awak pilih tajuk tersebut.

PELAJAR :            Sebelum saya kabo sebab apa saya pilih tajuk ni, izin kan saya
untuk memberikan sedikit latar belakang tentang tajuk ini. FYP adalah singkatan bagi
Final Year Project iaitu projek ilmiah yang memerlukan pelajar membangunkan
sistem dengan mengaplikasikan teknik2 atau konsep yang telah dipelajari daripada
kursus2 sains komputer. Ia adalah menjadi kewajiban bagi seorang pelajar untuk
membuat sistem tersebut sebelum pergi praktikal. Sistem ini pula boleh terdiri
daripada standalone, web based, mobile application ataupun cloud. Mengikut Mark
Zukernberg,....(INTRODUCTION)

PANEL :             Jap, jap... boleh tak awak straight to the point. Saya baru je
tengok citer telenovela tadi, mengantuk pulak rasanya.

PELAJAR :           Ok2 encik. Saya pilih tajuk ini kerana saya tengok ramai pelajar
bermasalah untuk mencari tajuk sesuai setiap kali ada FYP. Di samping itu juga, tajuk
yg pelajar cadangkan, kadang2 direject oleh pensyarah kerana telah ada orang buat
atau terlalu senang. (PROBLEM STATEMENT)
PANEL    :         Jadi apa yang awak nak buat untuk selesaikan masalah tersebut.

PELAJAR :           Bagi mengatasi masalah tersebut, pertama saya ingin bangunkan
satu portal untuk mengarkib tajuk dan abstrak bagi FYP yang lalu bagi memudahkan
pelajar mencari tajuk sedia ada yang boleh ditambahbaik lagi. Saya juga akan
menyediakan link bagi pensyarah, alumni ataupun pihak industri untuk
mencadangkan tajuk FYP. Oleh itu, ia dapat menyelesaikan masalah mencari tajuk
tersebut. Kedua, bagi mengatasi masalah tajuk yang direject tersebut, saya
bercadang untuk mewujudkan forum perbincangan tajuk bersama pihak industri dan
alumni bagi membolehkan skop/keperluan tajuk disesuaikan. Ketiga, saya juga akan
membina algorithma sendiri bagi memastikan tajuk yang dicadangkan tidak ada
pertindihan sama ada dengan tajuk yang telah dibuat atau yang sedang
dicadangkan. (OBJECTIVE)

PANEL    :         Ok, kita rehat kejap. Saya nak gi makan karipap jap.

PELAJAR :           Ok encik, takpe, saya tunggu. Encik makan kenyang2 yer. (dalam
hati, “aku pun tak makan lagi ni... telan air liur je la”);
Episod 2
PANEL     :         Ok. Lama tunggu? Tadi awak pergi makan tak?

PELAJAR :         Takpe encik, kejap je. Saya jarang makan tengahari. Mlm baru
saya makan. (dalam hati, “7 jam dah tunggu ni…lapar ni…hanya Tuhan je yg tahu”)

PANEL     :         Tak baik ngumpat dalam hati tu ye.

PELAJAR :           (dalam hati, “macam mana encik blh tahu saya cakap dalam hati
ni.”)

PANEL :             Awak ni pun satu, skrip ni saya yg tulis kan. Mesti la saya tahu.
Lagipun bukan tak boleh skrol kat atas, blh baca lagi. So, kat mana kita berhenti tadi
ye? Jap saya check status kat Facebook kejap. Ooo.. tadi kita berhenti kat “Objektif”
kan.

PELAJAR :           Ya encik.
PANEL :              Kay kay. Camni la, saya tengok awak punya hasrat ni sgt murni,
iaitu nak bantu kawan2 awak untuk cari tajuk FYP melalui sistem yg akan awak
bangunkan secara sukarela tanpa mengambil sebarang bayaran. Tapi saya rasa mcm
besar je sistem ni, takut awak tak sempat buat je. Nak kawal user pun satu hal dah,
ada 500 orang pelajar di fakulti kita. Tak termasuk fake user account lagi dari luar
sana. Nanti diorang register, terus buat tajuk2 mengarut, susah awak nak monitor tu.
Pastu bila libatkan industri, biasa diorang bagi tajuk agak rahsia skit, sbb diorang nak
buat bisnes dgn tajuk tsb. Mcm mana awak kawal semua ni.

PELAJAR :           Oh! Memang besar tu kalau encik nak cadang camtu. Saya cuma
nak buat untuk kegunaan pelajar fakulti dan pensyarah sahaja dulu. Modul nak
kawal user tu takde la sampai open kepada public, sebab saya cadang nak guna user
profil yang berdaftar dalam fakulti sahaja. Kemudian ada modul untuk mengarkibkan
tajuk. Juga ada modul untuk mencadangkan tajuk untuk diluluskan oleh pensyarah.
Di samping itu, ada ruangan forum untuk perbincangan berkaitan tajuk. [SCOPE]
PANEL :            Begitu rupanya. Saya rasa skop sistem awak boleh diterima tu.
Tapi boleh tak awak tambah satu lagi modul iaitu Modul Tajuk FYP Industri. Modul ini
akan digunakan oleh pihak syarikat yang ingin mengambil pelajar yg sedang
membuat FYP ini bagi latihan industri setelah mereka tamat FYP. Namun modul
cadangan tajuk FYP daripada indusri ini hanya boleh dicapai oleh pensyarah dalam
menjaga kepentingan busines mereka dalam tajuk tersebut.

PELAJAR :           Bagus tu encik (dalam hati,” ‘ayyat’ je ni”). Tapi saya takut tak
sempat nak siapkan je. Sebab supervisor saya cakap saya ada masa 2 bulan shj.
(dalam hati,”sorry supervisor, terpaksa guna alasan ni, tapi takpe, supervisor bukan
ada dalam bilik ni pun”)

PANEL :              Ooo, Prof supervisor awak tu, cakap camtu ke. Kalau Prof. dah
cakap camtu, takpe la, takde masalah. Kring2 kring2… kring2 kring2… telefon siapa
tu, silence ye. Eh sorry, saya punya. Jap ye….
Episod 3
Sedikit flashback episode sebelumnya, di mana
pelajar telah naik angin kerana tidak tahan
lapar. Panel telah menghubungi ambulan bagi
meredakan angin pelajar tersebut. Hasil
pemeriksaan doktor mendapati pelajar
tersebut positif gastrik akibat perut yang telah
dimasuki angin dan ditahan di wad selama 1
hari. Selepas keluar daripada wad, pelajar
terbabit menyambung kembali presentation
FYP dengan panel.
PANEL     :          Macammana angin awak hari ni?

PELAJAR :            Alhamdulillah, angin saya baik hari ni.

PANEL :                Saya tahu la awak tak tidur dan tak makan sebab nak buat yang
terbaik bagi pembentangan ini, tapi apa pun, kesihatan mesti diutamakan. (dalam
hati, “tk blh laser sgt budak baru kuar spital ni, ikutkan hati, mau je cakap tu la kerja
last minit lagi!!! jgn harap la blh buat yg terbaik”.)

PELAJAR :        Ya encik, terima kasih atas nasihat tu. Insya allah saya akan lebih
mengutamakan kesihatan lepas ni.

PANEL :             Ok, kita teruskan dengan pembentangan ye. Sebelum ni awak
dah jelaskan skop sistem yang awak nak bina. Saya rasa, sistem cadangan tajuk FYP
ni dah ada kat google. Tak caya, awak cuba google “final year project ideas”, dalam
29juta laman web yang keluar.
PELAJAR :           Betul encik. Tu kalau encik search kat google. Saya search kat
bing.com, ada 264 juta laman web. Tapi saya periksa, semuanya adalah berbentuk
cadangan tajuk2 seperti forum je. So ada beza dengan yg saya nak buat sbb tajuk yg
baru boleh dicadangkan dan di’approve’ oleh pensyarah. Satu lagi perbezaan ketara
yg saya cuba tonjolkan adalah kaedah yang akan saya perkenalkan bagi memastikan
tiada pertindanan tajuk antara seorang pelajar dengan yg lain. (LITERATURE
REVIEW1)

PANEL :           Teknik apa yang awak nak guna untuk elakkan pertindanan tajuk
yang sama tu? Adakah awak akan bandingkan tajuk berdasarkan perkataan yang
sama.

PELAJAR :           Lebih kurang mcm tu la encik. Tapi kalau setakat banding
perkataan, mungkin tidak begitu efisyen. Sbg contoh, ada orang guna tajuk “Sistem
Cadangan Final Year Project (FYP)”, tapi pelajar yang yang lain membuat tajuk
“Sistem Cadangan Projek Akhir”. Kalau banding perkataan FYP dengan Projek Akhir,
sudah tentu tidak sama. Sedangkan ia adalah projek yang sama. Jadi saya ada
membaca karangan UPSR adik saya berhubung perkataan sinonim. Saya bercadang
untuk membuat perbandingan perkataan menggunakan sinonim, iaitu saya akan
wujudkan senarai sinonim spt FYP=Projek Akhir=Projek Pelajar; yang mana kalau ada
sahaja perkataan sinonim dalam tajuk yang dicadangkan dengan arkib tajuk yg lalu,
maka sistem akan dapat kesan.
PANEL    :         Tahun bila karangan UPSR adik awak tu?

PELAJAR :          Tahun ini la encik.

PANEL    :         Bagus, rujukan awak tu kira terkini juga tu.

PELAJAR :          Saya juga ada rujuk pakar Bahasa untuk menentukan
permasalahan mencari tajuk yang serupa atau bertindan tu encik. Beliau
mengatakan, persamaan bukan sahaja dari segi sinonim perkataan, tetapi ada juga
persamaan yang perlu dilihat dari aspek maksud tajuk tersebut. Sebagai contoh,
kalau perkataan “Air dicincang tidak akan putus”, ia sama dengan maksud “Sistem
Adik Beradik”. Aduh, itu lagi susah nak detect tajuk yang sama kalau ada yg guna
peribahasa sebagai tajuk FYP. (LITERATURE REVIEW 2)
PANEL     :        Siapa pakar bahasa tu?

PELAJAR :            Karam Singh Waliya, encik. “terbakar rumah nampak asapnya,
hati terbakar tiada siapa yang tahu”.

Panel 2   :        Ye betul tu. “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis
pulut”.

Pembaca :          (dalam hati, eh ada watak baru pulak ke, Panel 2?)

PANEL :             (dalam hati, menyampuk pulak pembaca ni, dia tu pun tak sedar
jadi watak baru dalam skrip ni).

PELAJAR :         Encik rasa blh ke saya pakai teori peribahasa tersebut dalam
menentukan tajuk yg sama.

PANEL :             Ish ish awak ni. Mana ada orang guna peribahasa buat tajuk FYP.
Tak releven teori Karam Singh Waliya tu untuk projek awak ni. Bak kata pepatah,
“Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.” Tapi alang2 Panel 2 sebut pulut,
jom kita sama2 gi pekena cendol pulut dulu.
Episod 4
(Finale)
PANEL :            Memandangkan semua dah kenyang, jom kita sambung
presentation awak tadi.

PELAJAR :              Eh, belum habis lagi ke encik. Biasa kalau dah makan cendol
pulut ni, kira lulus la tajuk tu. Saya rasa presentation saya la paling lama dalam
sejarah FYP di dunia ni encik. Selalunya 30 minit je.

PANEL :             Mana ada lama, belum sampai 30 minit Ustaz Don lagi pun.
Kalau awak review balik skrip ni, baca dari awal sampai season 2 ni, tak sampai 10
minit dah abis baca dah. Ok kita sambung ye sebelum saya ambil panggilan telefon.

PELAJAR :           Ok encik, segalanya bermula di sini.

PANEL :              Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sistem yg awak nak
bangunkan ini. Tapi mampu ke awak nak buat tajuk ni. Saya takut nanti saya luluskan
tajuk ni, tiba2 angin awak datang lagi, tak sempat siap sebelum akhir semester ni.
Kawan2 awak yang lain buat sistem simple je, takde pun teknik sinonim atau
peribahasa tu. Cthnya sistem e-perolehan kementerian kewangan menggunakan Ms
Excel, sistem kehadiran staf universiti menggunakan catatan pak guard, sistem
tempahan asrama menggunakan kabel telefon dan ‘special cable’, dsb.
PELAJAR :           Insya allah encik, saya yakin saya boleh buat. Saya telah rancang
untuk menyiapkan sistem ini menggunakan model AIR TERJUN (waterfall) yang
dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama adalah analisa, kedua
rekabentuk dan ketiga pembangunan. Pada peringkat analisa, saya akan
menemubual beberapa senior saya tentang masalah biasa yang dihadapi apabila
membuat cadangan tajuk. Ini bagi memastikan saya tidak membuat sistem
berdasarkan andaian sahaja. Kemudian semua keperluan dan permasalahan
tersebut saya akan dokumenkan dalam bentuk gambar2 tertentu, bukan dalam
format skrip seperti yg macam encik tengah buat ni. (METHODOLOGY 1)

PANEL :             Sempat lagi awak komen saya ye. Takpe, saya terbuka menerima
komen. Bukan saya tak boleh buat dalam format gambar, cuma sy takut nanti ada
pulak yg pergi tag kat gambar yg saya buat tu. Takut ganggu pembaca saya duk klik
kat gambar2 tu nak tgk nama siapa tag2 tu.
PELAJAR :            Ops sorry encik, bukan niat saya nak komen psl encik. Sy
teruskan ye encik. Pada peringkat kedua saya akan membuat rekabentuk berkaitan
system yang akan saya bina tersebut. Ini termasuklah paparan skrin/window input
dan ouput modul2 yg terlibat tu. Pada peringkat ini juga, saya akan reka step2 dan
flow bagi algoritma saya untuk detect tajuk bertindan tu. Kemudian pada peringkat
ketiga, baru la saya akan membangunkan sistem perisian tersebut, itu pun setelah
rekabentuk saya disahkan stabil oleh penyelia saya. (METHODOLOGY 2)

PANEL :              Awak ni, takde model lain dah ke nak guna. Nak mudah je.
Model Air Terjun tu dinamakan camtu sebab dia satu hala je, dari satu peringkat ke
peringkat yg lain. Tk de air terjun yg alirannya reverse. Sy nak awak tukar skit model
tu supaya lepas awak dah bangunkan sistem tersebut, awak boleh kembali semula ke
peringkat kedua iaitu rekabentuk, ataupun ke peringkat pertama iaitu analisis. Mana
tahu algoritma yang awak buat waktu peringkat kedua tu, tak memenuhi
penyelesaian masalah spt yang awak dah analisa pada peringkat pertama. So molek
kalau sebelum awak masuk peringkat ketiga iaitu pembangunan, awak analisa
semula rekabentuk algoritma awak tu dengan senior2 atau pelajar yang ada pernah
mengalami masalah dalam tajuk bertindan/serupa tersebut.
PELAJAR :            Saya setuju dengan encik. Tapi encik, saya ada bagitahu nak tukar
sikit model air terjun kepada air terjun hiasan, kerana air terjun hiasan dia pakai
motor, so boleh reverse balik ke peringkat sebelum nya. Tapi supervisor saya cakap,
jgn nak memandai. Nanti bukan air yang terjun, awak yang terjun kalau gi ubah
model tu.


 PANEL :            Maybe supervisor awak dah baca tahap kemampuan awak tu,
dengan mengambilkira ‘angin’ awak yg tidak keruan tersebut. So takpe, awak follow
la keputusan supervisor awak tu. Mmg betul, kalau awak silap pilih method, maybe
tak sempat siap sistem tu. Kalau camtu, berapa lama awak nak peruntukkan masa
utk membangunkan sistem tersebut?

PELAJAR :           Saya rancang peringkat pertama tu sebulan, peringkat kedua
sebulan dan peringkat ketiga sebulan. Dalam peringkat pertama tu, aktiviti temubual
senior tu saya akan ambil masa 1 hari, sebab senior saya cuti hari Sabtu dan Ahad.
So plannya Sabtu tu saya buat interview, Ahad tu pula saya kena entertain diorang gi
main golf. Lebih kurang mcm pendedahan industri gitu la encik. (GANNT CHART –
versi teks skrip)
PANEL :             Tadi cakap sebulan, tapi aktiviti temubual 2 hari je. Mana
selebihnya 28 hari tu. Kalau nak dokumenkan analisa awak untuk sehari tu pun, saya
rasa paling lama seminggu. Ni dah mcm exco persatuan pulok, lepas abis aktiviti,
sebulan baru keluar report.

PELAJAR :            Hari2 yg lain tu saya terpaksa attend kuliah bagi subjek lain juga
encik. Saya ada 8 lagi subjek lain yg saya ambil semester ini. Jadi ambil masa utk
dokumenkan analisa temubual tersebut, kira2 dalam 30 minit ustaz don sehari gitu
je la encik. Tu yg sampai sebulan tu.

PANEL :             Ok, takpe la camtu. As long 30 minit ustaz don, saya setuju je.
Okay la, kita dah sampai ke penghujung presentation dah ni. Secara kasar, saya puji
awak sebab awak telah jelaskan sejelas2nya kepada saya ttg tajuk FYP awak ni.
Bermula daripada Introduction, Problem Statement, Objektif, Scope, Literatur
Review, Methodology dan siap dengan Gannt Chart sekali. Cuma satu je lagi, kan
saya suruh buat slide pembentangan powerpoint. Mana nye?
PELAJAR :          Ini la slide saya encik. Yang encik tengah karang ni.

PANEL :              La… ini skrip saya untuk dihantar bagi mengisi slot telenovela
musim baru. Kalau slide, mesti based on points, banyakkan gambar untuk
membantu pemahaman dan kalau boleh satu page tak lebih daripada 1 line shj utk
paparan teks. Slaid tu mesti meninggalkan kesan kepada panel, sekurang2nya
mestilah cantik, tersusun kemas, senang dibaca dan tidak menyakitkan mata.
Pemilihan warna sangat penting. (KEMAHIRAN KOMUNIKASI – SLAID
PEMBENTANGAN).
“Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangi kita walau apa
jua dosa, kejahatan dan kemurkaan yang kita lakukan di
                        dunia.

    Sebab itu Allah masih mengurniakan kepada kita
   kesihatan dan kehidupan walaupun kerap kali kita
  memalingkan muka daripada Allah kerana kesibukan
           atau kepentingan urusan di dunia.

 Allah sentiasa menunggu hambaNya untuk menadah
 tangan memohon keampunan kepadaNya. Dan Allah
      sangat suka untuk memberi keampunan. ”


                  Sekian, terima kasih.

                        TAMAT

More Related Content

More from Suhailan Safei

Perancangan Pembelajaran
Perancangan PembelajaranPerancangan Pembelajaran
Perancangan PembelajaranSuhailan Safei
 
Revolusi Bahasa Melayu 4.0
Revolusi Bahasa Melayu 4.0Revolusi Bahasa Melayu 4.0
Revolusi Bahasa Melayu 4.0Suhailan Safei
 
Outcome Based Education with soul
Outcome Based Education with soulOutcome Based Education with soul
Outcome Based Education with soulSuhailan Safei
 
Continuous Quality Improvement (CQI)
Continuous Quality Improvement (CQI)Continuous Quality Improvement (CQI)
Continuous Quality Improvement (CQI)Suhailan Safei
 
Smart campus in teaching and learning
Smart campus in teaching and learningSmart campus in teaching and learning
Smart campus in teaching and learningSuhailan Safei
 
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)Suhailan Safei
 
Outcome Based Education (OBE): The implementation
Outcome Based Education (OBE): The implementationOutcome Based Education (OBE): The implementation
Outcome Based Education (OBE): The implementationSuhailan Safei
 
Professional slide design
Professional slide designProfessional slide design
Professional slide designSuhailan Safei
 
Slide Presentation Skills
Slide Presentation SkillsSlide Presentation Skills
Slide Presentation SkillsSuhailan Safei
 
Final Year Project - Computer System Sample Slide
Final Year Project - Computer System Sample SlideFinal Year Project - Computer System Sample Slide
Final Year Project - Computer System Sample SlideSuhailan Safei
 
Menghidupkan slaid pembentangan
Menghidupkan slaid pembentanganMenghidupkan slaid pembentangan
Menghidupkan slaid pembentanganSuhailan Safei
 
ICT at Universiti Sultan Zainal Abidin
ICT at Universiti Sultan Zainal AbidinICT at Universiti Sultan Zainal Abidin
ICT at Universiti Sultan Zainal AbidinSuhailan Safei
 
Kerjasama Komuniti berasaskan ICT
Kerjasama Komuniti berasaskan ICTKerjasama Komuniti berasaskan ICT
Kerjasama Komuniti berasaskan ICTSuhailan Safei
 
Manfaat dan cabaran ict
Manfaat dan cabaran ictManfaat dan cabaran ict
Manfaat dan cabaran ictSuhailan Safei
 
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmer
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmerFinal Year Project :The Beginning in becoming a programmer
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmerSuhailan Safei
 

More from Suhailan Safei (20)

PTG-DCI-LESSONPLAN
PTG-DCI-LESSONPLAN PTG-DCI-LESSONPLAN
PTG-DCI-LESSONPLAN
 
Perancangan Pembelajaran
Perancangan PembelajaranPerancangan Pembelajaran
Perancangan Pembelajaran
 
DCI2KELIP
DCI2KELIPDCI2KELIP
DCI2KELIP
 
Revolusi Bahasa Melayu 4.0
Revolusi Bahasa Melayu 4.0Revolusi Bahasa Melayu 4.0
Revolusi Bahasa Melayu 4.0
 
Offline learning
Offline learningOffline learning
Offline learning
 
Outcome Based Education with soul
Outcome Based Education with soulOutcome Based Education with soul
Outcome Based Education with soul
 
Continuous Quality Improvement (CQI)
Continuous Quality Improvement (CQI)Continuous Quality Improvement (CQI)
Continuous Quality Improvement (CQI)
 
Blended Learning
Blended LearningBlended Learning
Blended Learning
 
Smart campus in teaching and learning
Smart campus in teaching and learningSmart campus in teaching and learning
Smart campus in teaching and learning
 
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)
Blended learning using KeLIP(Moodle-based Learning Management System)
 
Outcome Based Education (OBE): The implementation
Outcome Based Education (OBE): The implementationOutcome Based Education (OBE): The implementation
Outcome Based Education (OBE): The implementation
 
Professional slide design
Professional slide designProfessional slide design
Professional slide design
 
Slide Presentation Skills
Slide Presentation SkillsSlide Presentation Skills
Slide Presentation Skills
 
Final Year Project - Computer System Sample Slide
Final Year Project - Computer System Sample SlideFinal Year Project - Computer System Sample Slide
Final Year Project - Computer System Sample Slide
 
Menghidupkan slaid pembentangan
Menghidupkan slaid pembentanganMenghidupkan slaid pembentangan
Menghidupkan slaid pembentangan
 
ICT at Universiti Sultan Zainal Abidin
ICT at Universiti Sultan Zainal AbidinICT at Universiti Sultan Zainal Abidin
ICT at Universiti Sultan Zainal Abidin
 
Kerjasama Komuniti berasaskan ICT
Kerjasama Komuniti berasaskan ICTKerjasama Komuniti berasaskan ICT
Kerjasama Komuniti berasaskan ICT
 
Student learning time
Student learning timeStudent learning time
Student learning time
 
Manfaat dan cabaran ict
Manfaat dan cabaran ictManfaat dan cabaran ict
Manfaat dan cabaran ict
 
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmer
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmerFinal Year Project :The Beginning in becoming a programmer
Final Year Project :The Beginning in becoming a programmer
 

Tale Story of Proposal Presentation

  • 1. Siri Cerita Dongeng Moden (Hikayat Sains Komputer) Al-KISAH PERSEMBAHAN KERTAS KERJA PROJEK TAHUN AKHIR Skrip oleh: Suhailan Dato’ Safei, Fakulti Informatik, Universiti Sultan Zainal Abidin suhailan@unisza.edu.my Dengan kerjasama http://www.toondoo.com/
  • 2. AMARAN Cerita ini mengandungi perkataan dan ayat yang tidak mengikut tatabahasa dan ejaan seperti yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia juga melanggar peraturan penulisan skrip seperti yang telah diajarkan dalam kelas secara formal. Anda tidak dibenarkan meniru sebarang aksi penulisan skrip ini dalam peperiksaan. Penulis skrip tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam SPM ataupun mana-mana subjek kerana mengikuti format skrip ini sebagai jawapan. Sebarang nama yang disebut dalam skrip ini tidak ada kaitan dengan mana-mana penduduk di muka bumi ini.
  • 4. PANEL : Assalamualaikum. Boleh bagi tahu tajuk sistem awak. PELAJAR : “Sistem Mencari Tajuk FYP” PANEL : Kenapa awak pilih tajuk tersebut. PELAJAR : Sebelum saya kabo sebab apa saya pilih tajuk ni, izin kan saya untuk memberikan sedikit latar belakang tentang tajuk ini. FYP adalah singkatan bagi Final Year Project iaitu projek ilmiah yang memerlukan pelajar membangunkan sistem dengan mengaplikasikan teknik2 atau konsep yang telah dipelajari daripada kursus2 sains komputer. Ia adalah menjadi kewajiban bagi seorang pelajar untuk membuat sistem tersebut sebelum pergi praktikal. Sistem ini pula boleh terdiri daripada standalone, web based, mobile application ataupun cloud. Mengikut Mark Zukernberg,....(INTRODUCTION) PANEL : Jap, jap... boleh tak awak straight to the point. Saya baru je tengok citer telenovela tadi, mengantuk pulak rasanya. PELAJAR : Ok2 encik. Saya pilih tajuk ini kerana saya tengok ramai pelajar bermasalah untuk mencari tajuk sesuai setiap kali ada FYP. Di samping itu juga, tajuk yg pelajar cadangkan, kadang2 direject oleh pensyarah kerana telah ada orang buat atau terlalu senang. (PROBLEM STATEMENT)
  • 5. PANEL : Jadi apa yang awak nak buat untuk selesaikan masalah tersebut. PELAJAR : Bagi mengatasi masalah tersebut, pertama saya ingin bangunkan satu portal untuk mengarkib tajuk dan abstrak bagi FYP yang lalu bagi memudahkan pelajar mencari tajuk sedia ada yang boleh ditambahbaik lagi. Saya juga akan menyediakan link bagi pensyarah, alumni ataupun pihak industri untuk mencadangkan tajuk FYP. Oleh itu, ia dapat menyelesaikan masalah mencari tajuk tersebut. Kedua, bagi mengatasi masalah tajuk yang direject tersebut, saya bercadang untuk mewujudkan forum perbincangan tajuk bersama pihak industri dan alumni bagi membolehkan skop/keperluan tajuk disesuaikan. Ketiga, saya juga akan membina algorithma sendiri bagi memastikan tajuk yang dicadangkan tidak ada pertindihan sama ada dengan tajuk yang telah dibuat atau yang sedang dicadangkan. (OBJECTIVE) PANEL : Ok, kita rehat kejap. Saya nak gi makan karipap jap. PELAJAR : Ok encik, takpe, saya tunggu. Encik makan kenyang2 yer. (dalam hati, “aku pun tak makan lagi ni... telan air liur je la”);
  • 7. PANEL : Ok. Lama tunggu? Tadi awak pergi makan tak? PELAJAR : Takpe encik, kejap je. Saya jarang makan tengahari. Mlm baru saya makan. (dalam hati, “7 jam dah tunggu ni…lapar ni…hanya Tuhan je yg tahu”) PANEL : Tak baik ngumpat dalam hati tu ye. PELAJAR : (dalam hati, “macam mana encik blh tahu saya cakap dalam hati ni.”) PANEL : Awak ni pun satu, skrip ni saya yg tulis kan. Mesti la saya tahu. Lagipun bukan tak boleh skrol kat atas, blh baca lagi. So, kat mana kita berhenti tadi ye? Jap saya check status kat Facebook kejap. Ooo.. tadi kita berhenti kat “Objektif” kan. PELAJAR : Ya encik.
  • 8. PANEL : Kay kay. Camni la, saya tengok awak punya hasrat ni sgt murni, iaitu nak bantu kawan2 awak untuk cari tajuk FYP melalui sistem yg akan awak bangunkan secara sukarela tanpa mengambil sebarang bayaran. Tapi saya rasa mcm besar je sistem ni, takut awak tak sempat buat je. Nak kawal user pun satu hal dah, ada 500 orang pelajar di fakulti kita. Tak termasuk fake user account lagi dari luar sana. Nanti diorang register, terus buat tajuk2 mengarut, susah awak nak monitor tu. Pastu bila libatkan industri, biasa diorang bagi tajuk agak rahsia skit, sbb diorang nak buat bisnes dgn tajuk tsb. Mcm mana awak kawal semua ni. PELAJAR : Oh! Memang besar tu kalau encik nak cadang camtu. Saya cuma nak buat untuk kegunaan pelajar fakulti dan pensyarah sahaja dulu. Modul nak kawal user tu takde la sampai open kepada public, sebab saya cadang nak guna user profil yang berdaftar dalam fakulti sahaja. Kemudian ada modul untuk mengarkibkan tajuk. Juga ada modul untuk mencadangkan tajuk untuk diluluskan oleh pensyarah. Di samping itu, ada ruangan forum untuk perbincangan berkaitan tajuk. [SCOPE]
  • 9. PANEL : Begitu rupanya. Saya rasa skop sistem awak boleh diterima tu. Tapi boleh tak awak tambah satu lagi modul iaitu Modul Tajuk FYP Industri. Modul ini akan digunakan oleh pihak syarikat yang ingin mengambil pelajar yg sedang membuat FYP ini bagi latihan industri setelah mereka tamat FYP. Namun modul cadangan tajuk FYP daripada indusri ini hanya boleh dicapai oleh pensyarah dalam menjaga kepentingan busines mereka dalam tajuk tersebut. PELAJAR : Bagus tu encik (dalam hati,” ‘ayyat’ je ni”). Tapi saya takut tak sempat nak siapkan je. Sebab supervisor saya cakap saya ada masa 2 bulan shj. (dalam hati,”sorry supervisor, terpaksa guna alasan ni, tapi takpe, supervisor bukan ada dalam bilik ni pun”) PANEL : Ooo, Prof supervisor awak tu, cakap camtu ke. Kalau Prof. dah cakap camtu, takpe la, takde masalah. Kring2 kring2… kring2 kring2… telefon siapa tu, silence ye. Eh sorry, saya punya. Jap ye….
  • 11. Sedikit flashback episode sebelumnya, di mana pelajar telah naik angin kerana tidak tahan lapar. Panel telah menghubungi ambulan bagi meredakan angin pelajar tersebut. Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar tersebut positif gastrik akibat perut yang telah dimasuki angin dan ditahan di wad selama 1 hari. Selepas keluar daripada wad, pelajar terbabit menyambung kembali presentation FYP dengan panel.
  • 12. PANEL : Macammana angin awak hari ni? PELAJAR : Alhamdulillah, angin saya baik hari ni. PANEL : Saya tahu la awak tak tidur dan tak makan sebab nak buat yang terbaik bagi pembentangan ini, tapi apa pun, kesihatan mesti diutamakan. (dalam hati, “tk blh laser sgt budak baru kuar spital ni, ikutkan hati, mau je cakap tu la kerja last minit lagi!!! jgn harap la blh buat yg terbaik”.) PELAJAR : Ya encik, terima kasih atas nasihat tu. Insya allah saya akan lebih mengutamakan kesihatan lepas ni. PANEL : Ok, kita teruskan dengan pembentangan ye. Sebelum ni awak dah jelaskan skop sistem yang awak nak bina. Saya rasa, sistem cadangan tajuk FYP ni dah ada kat google. Tak caya, awak cuba google “final year project ideas”, dalam 29juta laman web yang keluar.
  • 13. PELAJAR : Betul encik. Tu kalau encik search kat google. Saya search kat bing.com, ada 264 juta laman web. Tapi saya periksa, semuanya adalah berbentuk cadangan tajuk2 seperti forum je. So ada beza dengan yg saya nak buat sbb tajuk yg baru boleh dicadangkan dan di’approve’ oleh pensyarah. Satu lagi perbezaan ketara yg saya cuba tonjolkan adalah kaedah yang akan saya perkenalkan bagi memastikan tiada pertindanan tajuk antara seorang pelajar dengan yg lain. (LITERATURE REVIEW1) PANEL : Teknik apa yang awak nak guna untuk elakkan pertindanan tajuk yang sama tu? Adakah awak akan bandingkan tajuk berdasarkan perkataan yang sama. PELAJAR : Lebih kurang mcm tu la encik. Tapi kalau setakat banding perkataan, mungkin tidak begitu efisyen. Sbg contoh, ada orang guna tajuk “Sistem Cadangan Final Year Project (FYP)”, tapi pelajar yang yang lain membuat tajuk “Sistem Cadangan Projek Akhir”. Kalau banding perkataan FYP dengan Projek Akhir, sudah tentu tidak sama. Sedangkan ia adalah projek yang sama. Jadi saya ada membaca karangan UPSR adik saya berhubung perkataan sinonim. Saya bercadang untuk membuat perbandingan perkataan menggunakan sinonim, iaitu saya akan wujudkan senarai sinonim spt FYP=Projek Akhir=Projek Pelajar; yang mana kalau ada sahaja perkataan sinonim dalam tajuk yang dicadangkan dengan arkib tajuk yg lalu, maka sistem akan dapat kesan.
  • 14. PANEL : Tahun bila karangan UPSR adik awak tu? PELAJAR : Tahun ini la encik. PANEL : Bagus, rujukan awak tu kira terkini juga tu. PELAJAR : Saya juga ada rujuk pakar Bahasa untuk menentukan permasalahan mencari tajuk yang serupa atau bertindan tu encik. Beliau mengatakan, persamaan bukan sahaja dari segi sinonim perkataan, tetapi ada juga persamaan yang perlu dilihat dari aspek maksud tajuk tersebut. Sebagai contoh, kalau perkataan “Air dicincang tidak akan putus”, ia sama dengan maksud “Sistem Adik Beradik”. Aduh, itu lagi susah nak detect tajuk yang sama kalau ada yg guna peribahasa sebagai tajuk FYP. (LITERATURE REVIEW 2)
  • 15. PANEL : Siapa pakar bahasa tu? PELAJAR : Karam Singh Waliya, encik. “terbakar rumah nampak asapnya, hati terbakar tiada siapa yang tahu”. Panel 2 : Ye betul tu. “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut”. Pembaca : (dalam hati, eh ada watak baru pulak ke, Panel 2?) PANEL : (dalam hati, menyampuk pulak pembaca ni, dia tu pun tak sedar jadi watak baru dalam skrip ni). PELAJAR : Encik rasa blh ke saya pakai teori peribahasa tersebut dalam menentukan tajuk yg sama. PANEL : Ish ish awak ni. Mana ada orang guna peribahasa buat tajuk FYP. Tak releven teori Karam Singh Waliya tu untuk projek awak ni. Bak kata pepatah, “Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.” Tapi alang2 Panel 2 sebut pulut, jom kita sama2 gi pekena cendol pulut dulu.
  • 17. PANEL : Memandangkan semua dah kenyang, jom kita sambung presentation awak tadi. PELAJAR : Eh, belum habis lagi ke encik. Biasa kalau dah makan cendol pulut ni, kira lulus la tajuk tu. Saya rasa presentation saya la paling lama dalam sejarah FYP di dunia ni encik. Selalunya 30 minit je. PANEL : Mana ada lama, belum sampai 30 minit Ustaz Don lagi pun. Kalau awak review balik skrip ni, baca dari awal sampai season 2 ni, tak sampai 10 minit dah abis baca dah. Ok kita sambung ye sebelum saya ambil panggilan telefon. PELAJAR : Ok encik, segalanya bermula di sini. PANEL : Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sistem yg awak nak bangunkan ini. Tapi mampu ke awak nak buat tajuk ni. Saya takut nanti saya luluskan tajuk ni, tiba2 angin awak datang lagi, tak sempat siap sebelum akhir semester ni. Kawan2 awak yang lain buat sistem simple je, takde pun teknik sinonim atau peribahasa tu. Cthnya sistem e-perolehan kementerian kewangan menggunakan Ms Excel, sistem kehadiran staf universiti menggunakan catatan pak guard, sistem tempahan asrama menggunakan kabel telefon dan ‘special cable’, dsb.
  • 18. PELAJAR : Insya allah encik, saya yakin saya boleh buat. Saya telah rancang untuk menyiapkan sistem ini menggunakan model AIR TERJUN (waterfall) yang dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama adalah analisa, kedua rekabentuk dan ketiga pembangunan. Pada peringkat analisa, saya akan menemubual beberapa senior saya tentang masalah biasa yang dihadapi apabila membuat cadangan tajuk. Ini bagi memastikan saya tidak membuat sistem berdasarkan andaian sahaja. Kemudian semua keperluan dan permasalahan tersebut saya akan dokumenkan dalam bentuk gambar2 tertentu, bukan dalam format skrip seperti yg macam encik tengah buat ni. (METHODOLOGY 1) PANEL : Sempat lagi awak komen saya ye. Takpe, saya terbuka menerima komen. Bukan saya tak boleh buat dalam format gambar, cuma sy takut nanti ada pulak yg pergi tag kat gambar yg saya buat tu. Takut ganggu pembaca saya duk klik kat gambar2 tu nak tgk nama siapa tag2 tu.
  • 19. PELAJAR : Ops sorry encik, bukan niat saya nak komen psl encik. Sy teruskan ye encik. Pada peringkat kedua saya akan membuat rekabentuk berkaitan system yang akan saya bina tersebut. Ini termasuklah paparan skrin/window input dan ouput modul2 yg terlibat tu. Pada peringkat ini juga, saya akan reka step2 dan flow bagi algoritma saya untuk detect tajuk bertindan tu. Kemudian pada peringkat ketiga, baru la saya akan membangunkan sistem perisian tersebut, itu pun setelah rekabentuk saya disahkan stabil oleh penyelia saya. (METHODOLOGY 2) PANEL : Awak ni, takde model lain dah ke nak guna. Nak mudah je. Model Air Terjun tu dinamakan camtu sebab dia satu hala je, dari satu peringkat ke peringkat yg lain. Tk de air terjun yg alirannya reverse. Sy nak awak tukar skit model tu supaya lepas awak dah bangunkan sistem tersebut, awak boleh kembali semula ke peringkat kedua iaitu rekabentuk, ataupun ke peringkat pertama iaitu analisis. Mana tahu algoritma yang awak buat waktu peringkat kedua tu, tak memenuhi penyelesaian masalah spt yang awak dah analisa pada peringkat pertama. So molek kalau sebelum awak masuk peringkat ketiga iaitu pembangunan, awak analisa semula rekabentuk algoritma awak tu dengan senior2 atau pelajar yang ada pernah mengalami masalah dalam tajuk bertindan/serupa tersebut.
  • 20. PELAJAR : Saya setuju dengan encik. Tapi encik, saya ada bagitahu nak tukar sikit model air terjun kepada air terjun hiasan, kerana air terjun hiasan dia pakai motor, so boleh reverse balik ke peringkat sebelum nya. Tapi supervisor saya cakap, jgn nak memandai. Nanti bukan air yang terjun, awak yang terjun kalau gi ubah model tu. PANEL : Maybe supervisor awak dah baca tahap kemampuan awak tu, dengan mengambilkira ‘angin’ awak yg tidak keruan tersebut. So takpe, awak follow la keputusan supervisor awak tu. Mmg betul, kalau awak silap pilih method, maybe tak sempat siap sistem tu. Kalau camtu, berapa lama awak nak peruntukkan masa utk membangunkan sistem tersebut? PELAJAR : Saya rancang peringkat pertama tu sebulan, peringkat kedua sebulan dan peringkat ketiga sebulan. Dalam peringkat pertama tu, aktiviti temubual senior tu saya akan ambil masa 1 hari, sebab senior saya cuti hari Sabtu dan Ahad. So plannya Sabtu tu saya buat interview, Ahad tu pula saya kena entertain diorang gi main golf. Lebih kurang mcm pendedahan industri gitu la encik. (GANNT CHART – versi teks skrip)
  • 21. PANEL : Tadi cakap sebulan, tapi aktiviti temubual 2 hari je. Mana selebihnya 28 hari tu. Kalau nak dokumenkan analisa awak untuk sehari tu pun, saya rasa paling lama seminggu. Ni dah mcm exco persatuan pulok, lepas abis aktiviti, sebulan baru keluar report. PELAJAR : Hari2 yg lain tu saya terpaksa attend kuliah bagi subjek lain juga encik. Saya ada 8 lagi subjek lain yg saya ambil semester ini. Jadi ambil masa utk dokumenkan analisa temubual tersebut, kira2 dalam 30 minit ustaz don sehari gitu je la encik. Tu yg sampai sebulan tu. PANEL : Ok, takpe la camtu. As long 30 minit ustaz don, saya setuju je. Okay la, kita dah sampai ke penghujung presentation dah ni. Secara kasar, saya puji awak sebab awak telah jelaskan sejelas2nya kepada saya ttg tajuk FYP awak ni. Bermula daripada Introduction, Problem Statement, Objektif, Scope, Literatur Review, Methodology dan siap dengan Gannt Chart sekali. Cuma satu je lagi, kan saya suruh buat slide pembentangan powerpoint. Mana nye?
  • 22. PELAJAR : Ini la slide saya encik. Yang encik tengah karang ni. PANEL : La… ini skrip saya untuk dihantar bagi mengisi slot telenovela musim baru. Kalau slide, mesti based on points, banyakkan gambar untuk membantu pemahaman dan kalau boleh satu page tak lebih daripada 1 line shj utk paparan teks. Slaid tu mesti meninggalkan kesan kepada panel, sekurang2nya mestilah cantik, tersusun kemas, senang dibaca dan tidak menyakitkan mata. Pemilihan warna sangat penting. (KEMAHIRAN KOMUNIKASI – SLAID PEMBENTANGAN).
  • 23. “Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangi kita walau apa jua dosa, kejahatan dan kemurkaan yang kita lakukan di dunia. Sebab itu Allah masih mengurniakan kepada kita kesihatan dan kehidupan walaupun kerap kali kita memalingkan muka daripada Allah kerana kesibukan atau kepentingan urusan di dunia. Allah sentiasa menunggu hambaNya untuk menadah tangan memohon keampunan kepadaNya. Dan Allah sangat suka untuk memberi keampunan. ” Sekian, terima kasih. TAMAT