SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara




FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. SmkTunkuPuanHabsah
6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (nkra)

22/01/2010 pada 12:29 am (MAKLUMAT Kementerian / Jabatan, NKRA)



Pointers 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Soalan Dan Jawapan

1. Bilakan Perdana Menteri Dato‟ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key
Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan
memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah;
memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam
dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai „lead minister‟ atau menteri
pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya
ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
(Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan
Perdana Menteri).
IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie
Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee
Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan
pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula
KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala
prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan
segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa
munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap „lead minister‟ ini bagi menilai pencapaian
KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan
satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga
tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk
mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri
setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah
diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka,
memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya,
kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian
dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan
bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan
Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas
bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru,
bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi
Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran
dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk
menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian
atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat
dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga
diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia
dan Kanada.

• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian.
Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik
adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan
anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang
keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia
menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.
5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen
kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga
penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-
raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang
digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum
dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran
seperti yang ditetapkan.

• PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan
dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan
adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam
organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di
pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.
6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam
keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau
bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin
dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk
dielakkan daripada ianya berlaku.

• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan
keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian
Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di
pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i) Jenayah jalanan

Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan
berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan
jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa
bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana
ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada
jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala
Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak
72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan
menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun
2010.

ii) Keselamatan awam

Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan
awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas
kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman
uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha
membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan
dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu,
langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah
peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan
bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji
cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan
mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu,
gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu
Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia
di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

• Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih
pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan
yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan
kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes
tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf
badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan
bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi
kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana
tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan
terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira
latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda
Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta
mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang
diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik
bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah
akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

• Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih
tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian.
Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal
yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika
melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari
hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI
menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat
rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan
nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai‟ah
baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan
pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian
biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama
penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini,
kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta
menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian
pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.
4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai
dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi
rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan
statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala
pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada
penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar
rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal
kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke
tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010 semua
bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang
berkenaan.

• Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat
dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu
kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita.
Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi
usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan
dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita
ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar
Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa,
janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja
bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga,
tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan
pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar
akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau
dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4
bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved),
jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta
faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

• Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan
luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun,
5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion
dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas
sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan
iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9
liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%.
Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua
rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan
liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk
tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada
60,000 buah rumah.

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak
juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung,
Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri
tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan
untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga
menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di
Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada
golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah
50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh
Malaysia.
6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa
sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk
menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi
keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang
diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada
penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan
menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun
2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai
pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah
permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-
train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan
YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi
perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA
ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil
dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem
pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang
NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan
mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia
di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”
FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN SEMASA INTRVW:
Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :
Cara Penyampaian/Berkomunikasi.
Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional,
logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional.
Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam
menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih
dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin
dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak
disampaikan akan diberi penilaian yang negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.
Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki
dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon
wanita memakai pakaian yang bersopan.

Pengetahuan Ikhtisas.
Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga
mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih
(intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-
a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar,
pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah
diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam
Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan
Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);
b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah
dan sekolah.
c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik
darjah.
d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan
hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.
e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar
opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.
f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada
aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di
dalam bilik darjah.
h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas
kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan
matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.
Pengetahuan Semasa/Am.
Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai
kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal,
sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan
dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih
mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.
Laporan Nilaian Prestasi.
Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian
ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan
memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

Sijil Ko-kurikulum
Bawa sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman persekolahan... ada markah untuk Ko-
Kurikulum

CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL

Lemah cara penyampaian/komunikasi
Lemah perawakan/sikap.
Lemah Pengetahuan Am.
Lemah Ikhtisas.
Lemah keseluruhan.

More Related Content

What's hot

Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakRosnaliza07
 
Struktur organisasi sekolah
Struktur organisasi sekolahStruktur organisasi sekolah
Struktur organisasi sekolahLau Sin
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152xiaomii4
 
teori kemoralan sosial dan keperibadian mulia
teori kemoralan sosial dan keperibadian muliateori kemoralan sosial dan keperibadian mulia
teori kemoralan sosial dan keperibadian muliaBadriyatun Kamar
 
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxTAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxnoorwal
 
Bab 4 hubungan etnik pembangunan politik & hubungan etnik
Bab 4 hubungan etnik   pembangunan politik & hubungan etnikBab 4 hubungan etnik   pembangunan politik & hubungan etnik
Bab 4 hubungan etnik pembangunan politik & hubungan etnikFAROUQ
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikan
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikanBab1 perspektif teori sosiologi pendidikan
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikanzuraidanasri
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)farhana90226
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guruRusliza Awang
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial BritishPembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial Britishakasyah64
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 

What's hot (20)

Hak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak KanakHak Asasi Kanak Kanak
Hak Asasi Kanak Kanak
 
Struktur organisasi sekolah
Struktur organisasi sekolahStruktur organisasi sekolah
Struktur organisasi sekolah
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Perkara 152
Perkara 152Perkara 152
Perkara 152
 
teori kemoralan sosial dan keperibadian mulia
teori kemoralan sosial dan keperibadian muliateori kemoralan sosial dan keperibadian mulia
teori kemoralan sosial dan keperibadian mulia
 
Definisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaranDefinisi komuniti pembelajaran
Definisi komuniti pembelajaran
 
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptxTAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
TAJUK 1 PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT.pptx
 
Bab 4 hubungan etnik pembangunan politik & hubungan etnik
Bab 4 hubungan etnik   pembangunan politik & hubungan etnikBab 4 hubungan etnik   pembangunan politik & hubungan etnik
Bab 4 hubungan etnik pembangunan politik & hubungan etnik
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikan
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikanBab1 perspektif teori sosiologi pendidikan
Bab1 perspektif teori sosiologi pendidikan
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
Kepentingan etika guru
Kepentingan etika guruKepentingan etika guru
Kepentingan etika guru
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial BritishPembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
Pembentukan Masyarakat Pluralistik Zaman Kolonial British
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Topik 7 sosialisasi
Topik 7 sosialisasiTopik 7 sosialisasi
Topik 7 sosialisasi
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 

Viewers also liked

Border hopping logic game
Border hopping logic gameBorder hopping logic game
Border hopping logic gamealvsmith
 
Target flags logic puzzle 2
Target flags logic puzzle 2Target flags logic puzzle 2
Target flags logic puzzle 2alvsmith
 
GandireCritica - concepte esentiale
GandireCritica - concepte esentialeGandireCritica - concepte esentiale
GandireCritica - concepte esentialeCiprian Cucu
 
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...Brussels Heart Center
 
Us states logic game
Us states logic gameUs states logic game
Us states logic gamealvsmith
 
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...Brussels Heart Center
 
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...Brussels Heart Center
 

Viewers also liked (10)

Border hopping logic game
Border hopping logic gameBorder hopping logic game
Border hopping logic game
 
Target flags logic puzzle 2
Target flags logic puzzle 2Target flags logic puzzle 2
Target flags logic puzzle 2
 
GandireCritica - concepte esentiale
GandireCritica - concepte esentialeGandireCritica - concepte esentiale
GandireCritica - concepte esentiale
 
Sparta
SpartaSparta
Sparta
 
Extraction des sondes (Dr J. Remes)
Extraction des sondes (Dr J. Remes)Extraction des sondes (Dr J. Remes)
Extraction des sondes (Dr J. Remes)
 
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...
Impact de l’ablation IVP sur la décompensation cardiaque et le risque d’AVC. ...
 
Us states logic game
Us states logic gameUs states logic game
Us states logic game
 
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...
Insuffisance cardiaque et fibrillation auriculaire - l'oeuf ou la poule (Pr L...
 
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...
La gestion du traitement par NOAC chez le patient avec une cardiopathie isché...
 
Yamini
YaminiYamini
Yamini
 

Similar to Falsafah pendidikan kebangsaan

18 pimmampu2010-2012
18 pimmampu2010-201218 pimmampu2010-2012
18 pimmampu2010-2012Aifa Fafa
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalfifiusm
 
Kuliah 1.ppt
Kuliah 1.pptKuliah 1.ppt
Kuliah 1.pptSern Xian
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...Amirah Mahmood
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Arli Klang
 
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan Nasional
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan NasionalPemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan Nasional
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan NasionalDadang Solihin
 
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...Dadang Solihin
 
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Pelaksanaannya
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan PelaksanaannyaSistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Pelaksanaannya
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan PelaksanaannyaDadang Solihin
 
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptx
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptxa94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptx
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptxUmmuFaizah7
 
Rancangan aktualisasi suriyanto lopang
Rancangan aktualisasi suriyanto lopangRancangan aktualisasi suriyanto lopang
Rancangan aktualisasi suriyanto lopangtemanna #LABEDDU
 
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedis
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedisRancangan dilla aprilya muchtar paramedis
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedistemanna #LABEDDU
 
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015Dadang Solihin
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 

Similar to Falsafah pendidikan kebangsaan (20)

18 pimmampu2010-2012
18 pimmampu2010-201218 pimmampu2010-2012
18 pimmampu2010-2012
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Pelan integriti nasional
Pelan integriti nasionalPelan integriti nasional
Pelan integriti nasional
 
Kuliah 1.ppt
Kuliah 1.pptKuliah 1.ppt
Kuliah 1.ppt
 
04 yanti way
04 yanti way04 yanti way
04 yanti way
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...
LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam (Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sos...
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11
 
Laporan koordinasi internal eksternal
Laporan koordinasi internal eksternalLaporan koordinasi internal eksternal
Laporan koordinasi internal eksternal
 
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan Nasional
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan NasionalPemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan Nasional
Pemahaman Peran Strategis Bappenas dalam Perencanaan Pembangunan Nasional
 
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...
Bauran Kebijakan Prudent (Prudent Policy Mix), Structural Adjustment dan Peng...
 
Info Jadwal Bimtek Nasional
Info Jadwal Bimtek NasionalInfo Jadwal Bimtek Nasional
Info Jadwal Bimtek Nasional
 
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Pelaksanaannya
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan PelaksanaannyaSistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Pelaksanaannya
Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Pelaksanaannya
 
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptx
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptxa94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptx
a94cd_INTEGRITAS__NEW_.pptx
 
Management Talenta ASN Nasional
Management Talenta ASN NasionalManagement Talenta ASN Nasional
Management Talenta ASN Nasional
 
Membangung integritas melalui wawasan kebangsaan dalam mewujudkan infrastruks...
Membangung integritas melalui wawasan kebangsaan dalam mewujudkan infrastruks...Membangung integritas melalui wawasan kebangsaan dalam mewujudkan infrastruks...
Membangung integritas melalui wawasan kebangsaan dalam mewujudkan infrastruks...
 
Rancangan aktualisasi suriyanto lopang
Rancangan aktualisasi suriyanto lopangRancangan aktualisasi suriyanto lopang
Rancangan aktualisasi suriyanto lopang
 
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedis
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedisRancangan dilla aprilya muchtar paramedis
Rancangan dilla aprilya muchtar paramedis
 
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015
Pemahaman Perencanaan Pembangunan Daerah menuju Pilkada Serentak 2015
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 

Falsafah pendidikan kebangsaan

  • 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. SmkTunkuPuanHabsah 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (nkra) 22/01/2010 pada 12:29 am (MAKLUMAT Kementerian / Jabatan, NKRA) Pointers 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Soalan Dan Jawapan 1. Bilakan Perdana Menteri Dato‟ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)? • Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara
  • 2. (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. 2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan? • Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai „lead minister‟ atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah: I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan). 3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan? • Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut • KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan • Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap „lead minister‟ ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan. • Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan. • Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka,
  • 3. memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya. 4. Latar belakang merevolusikan pengurusan Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan • Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat. • Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada. • Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. • Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan. 5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA? • Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. • Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba- raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan. • PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan. • PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.
  • 4. 6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)? 1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah • Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku. • Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu: i) Jenayah jalanan Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010. ii) Keselamatan awam Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV. iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan. 2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah • Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu
  • 5. Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. • Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. • Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif. 3) NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan • Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi. • Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan. • Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. • Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%. • Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai‟ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. • Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian
  • 6. pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012. 4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah • PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010. • Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan. • Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia. 5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman • Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran. • Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012. • Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak. • Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
  • 7. • Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah. • Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012. • Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia. 6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana • Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. • Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car- train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. Kesimpulan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata. Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”
  • 8. FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN SEMASA INTRVW: Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut : Cara Penyampaian/Berkomunikasi. Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri. Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan. Pengetahuan Ikhtisas. Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :- a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979); b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah. d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya. e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti. f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah. g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah. h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti. Pengetahuan Semasa/Am. Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif. Laporan Nilaian Prestasi. Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian
  • 9. ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Sijil Ko-kurikulum Bawa sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman persekolahan... ada markah untuk Ko- Kurikulum CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL Lemah cara penyampaian/komunikasi Lemah perawakan/sikap. Lemah Pengetahuan Am. Lemah Ikhtisas. Lemah keseluruhan.