TEORI-TEORI SOSIAL    TERKEMUKA(Major Social Theories)
TEORI SOSIAL•   Teori Struktural-Fungsional•   Teori Konflik•   Teori Interaksi Simbolik•   Teori Pertukaran Sosial•   Teo...
TEORI STRUKTURAL-FUNGSIONAL
Teori Struktural-Fungsional• Teori struktural-fungsional (atau ringkasnya  teori fungsional pada asasnya melihat  masyarak...
• Setiap bahagian berfungsi, dengan pengertian  setiap bahagian memberi sumbangan terdapat  wujudnya keseluruhan yang dima...
• Para fungsionalis sering membuat analogi  atau mengibaratkan masyarakat itu seperti  organisma biologis (seperti tubuh b...
• Mana-mana bahagian (anggota badan) yang  tidak memberi sumbangan atau yang  merosakkan tubuh badan itu dikatakan tidak  ...
• Jika dilihat masyarakat sebagai satu sistem  sosial (social system), maka ia terdiri daripada  beberapa sub-sistem, yang...
• Jika satu-satu sub-sistem itu berubah, maka  sub-sistem yang lain, malah keseluruhan  sistem sosial itu akan berubah.• C...
Intipati Teori Struktural-Fungsional• Fokus ke atas keadaan yang teratur dan  kestabilan dalam masyarakat.• Masyarakat ada...
• Fungsi setiap bahagian adalah sumbangan  bahagian tersebut kepada sistem, dan juga  kesannya ke atas bahagian yang lain....
Tokoh Teori Struktural-Fungsional• Antara tokoh utama yang mendokong teori  fungsionalis ini termasuk : Emile Durkheim,  T...
Emile Durkheim• Tiga perkara utama yang dihubungkan  dengan idea atau pemikiran Durkheim,  berkaitan dengan teori fungsion...
Fakta Sosial (Social Facts)• Dalam karya beliau "The Rules of Sociological  Method", Durkheim mengatakan bahan kajian  sos...
• Mengikut Durkheim fakta sosial mesti  dianggap sebagai "benda" (things) yang boleh  dikaji secara objektif dan terkawal,...
• Misalnya, dalam perkahwinan, seseorang itu  mesti akur atau mengikut prosedur  perkahwinan (adat resam dsb) yang umum  y...
• Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu  dikaji dalam konteks hubungannya dengan  fakta sosial lain yang terdahulu ...
• Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat  dalam konteks masyarakat atau kumpulan,  dan tidak dalam konteks individ...
• Contohnya, jika perpaduan dalam satu-satu  kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak  boleh mengawal perlakuan individu ...
• Kadar bunuh diri yang tinggi dalam  masyarakat Barat pada abad 19 dikatakan  berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran...
Perpaduan Dalam Masyarakat• Dalam bukunya "Division of Labour in Society",  Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk  perpa...
Perpaduan Mechanical• Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan  (a solidarity of resemblance).• Apabila terdapat banyak...
• Oleh kerana mendokong nilai yang sama,  emosi yang sama, atau nasib yang sama,  anggota masyarakat dikatakan mempunyai  ...
• Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal  lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat  simple (simple societies) yang terdap...
Perpaduan Organic• Perpaduan organik pula ialah bentuk  perpaduan yang wujud apabila satu-satu  masyarakat itu mengalami p...
Fenomina Bunuh Diri• Durkheim dalam bukunya ‘Suicide’  menurunkan empat jenis tindakan  membunuh diri iaitu:  (1) bunuh di...
• Tindakan bunuh diri (1) dan (2) dikaitkan  dengan darjah integrasi (integration) dalam  masyarakat –samaada rendah atau ...
• Bunuh diri egoistik berlaku apabila perpaduan  atau integrasi dalam masyarakat adalah longgar.• Disebabkan oleh integras...
• Sebaliknya, fenomina bunuh diri altruistik  berlaku apabila darjah integrasi dalam  masyarakat menjadi kuat.• Anggota ma...
• Tindakan membunuh diri oleh pengikut  Reverand Jim Jones di Jonestown Guyana  secara beramai-ramai adalah contoh bunuh  ...
• On November 18, 1978, 909 Temple members died  in Jonestown, Guyana (South America) all but two  from apparent cyanide p...
• Bunuh diri anomik pula berlaku apabila  regulasi (regulation) atau peraturan dalam  masyarakat terganggu.• Dengan kata l...
• Perubahan pesat (dalam bidang ekonomi,  teknologi dll) yang berlaku dalam masyarakat  menyebabkan peraturan (norma) trad...
• Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku dalam  keadaan di mana darjah regulasinya tinggi,  dan dalam keadaan di mana ...
• Begitu juga, tindakan bunuh diri yang berlaku  di kalangan para isteri (kes-kes berlaku di  India) yang tidak sanggup di...
TALCOTT PARSONS• Parsons mengatakan masyarakat sebagai satu  sistem sosial memperlihatkan perhubungan  yang tetap antara b...
SISTEM         EKONOMISISTEM             SISTEMPERUNDANGA         POLITIKN  SISTEM      SISTEM  KELUARGA    AGAMA
• Setiap bahagian (sub-sistem) dalam masyarakat  mempunyai fungsi masing-masing.• Fungsi (function) setiap bahagian itu di...
• Sebagai seorang pendokong teori fungsionalis,  Talcott Parsons menumpukan perhatian  kepada soal memenuhi keperluan (nee...
• Parsons mengatakan setiap sistem dalam  masyarakat mesti digerakkan bagi memenuhi  empat keperluan utama atau bagi menca...
Adaptation• Mana-mana sistem mesti adapt atau  menyesuaikan diri dengan persekitaran (sosial  & bukan-sosial).• Ini dilaku...
• Ini kerana tidak ada anggota masyarakat yang  boleh menjalankan peranan/ tugas secara  serentak pada masa yang sama.• Pe...
Goal Attainment• Setiap sistem mempunyai matlamat tertentu  yang hendak dicapai, dan segala sumber  (manusia dan bukan-man...
• Fungsi goal attainment juga memerlukan  pembahagian tugas (division of labour).• Tugas mobilisasi sumber serta menentuka...
Integration• Setiap sistem mempunyai keinginan untuk  mewujudkan ketenteraman dan kestabilan.• Dalam masyarakat juga wujud...
• Walau pun tidak dinafikan ada unsur-unsur  perbezaan pendapat, tetapi bagi  menjaminkan integrasi, anggota masyarakat  t...
Latency• Mana-mana sistem mesti dikekalkan bagi  mewujudkan kesinambungan (continuity).• Ini melibatkan dua proses iaitu p...
• Proses sosialisasi adalah proses menurunkan  tret budaya (cultural traits) dari satu generasi  kepada satu generasi yang...
ROBERT P. MERTON• Merton pada asasnya bersetuju dengan  gagasan teori fungsional yang melihat  masyarakat secara keseluruh...
• Beliau juga mengatakan tidak semua struktur  atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi  secara positif.• Tidak kurang ...
• Beliaulah yang mengemukakan konsep  dysfunction ditinjau daripada sudut fungsi  negatif berkenaan.• Selain daripada kons...
• Seterusnya Merton mengemukakan konsep  net balance atau baki keseimbangan apabila  fungsi positif bagi satu-satu aspek s...
• Dengan demikian akan wujud net balance,  samada lebih condong kepada yang positif,  atau sebaliknya.• Bagaimana dengan s...
• Konsep-konsep lain yang dikemukakan oleh  Merton ialah fungsi terbuka (manifest  function), dan fungsi terselindung (lat...
• Beliau mengemukan contoh sistem  perhambaan di Amerika di mana fungsi  terbukanya adalah untuk meningkatkan  produktivit...
• Akhirnya, Merton mengatakan walaupun satu-  satu aspek sosial itu bercorak dysfunctional  (mempunyai fungsi negatif), ta...
• Begitu juga dengan sikap diskriminasi kaum  (terhadap penduduk berkulit hitam), yang  masih dianggap tindakan yang fungs...
SEKIAN & TERIMA KASIH
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

teori struktural fungsional

10,160

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,160
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
316
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

teori struktural fungsional

  1. 1. TEORI-TEORI SOSIAL TERKEMUKA(Major Social Theories)
  2. 2. TEORI SOSIAL• Teori Struktural-Fungsional• Teori Konflik• Teori Interaksi Simbolik• Teori Pertukaran Sosial• Teori Feminis• Teori Pemodenan• Teori Pasca-Pemodenan
  3. 3. TEORI STRUKTURAL-FUNGSIONAL
  4. 4. Teori Struktural-Fungsional• Teori struktural-fungsional (atau ringkasnya teori fungsional pada asasnya melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap.• Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan (whole) yang terdiri daripada bahagian- bahagian (parts).
  5. 5. • Setiap bahagian berfungsi, dengan pengertian setiap bahagian memberi sumbangan terdapat wujudnya keseluruhan yang dimaksudkan.• Sumbangan setiap bahagian itu adalah untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam masyarakat, termasuk keperluan saradiri, integrasi, dll.
  6. 6. • Para fungsionalis sering membuat analogi atau mengibaratkan masyarakat itu seperti organisma biologis (seperti tubuh badan manusia) yang terdiri daripada anggota- anggota badan, setiap satunya berfungsi (memberi sumbangan) terhadap wujudnya tubuh badan tersebut sebagai satu keseluruhan (whole).
  7. 7. • Mana-mana bahagian (anggota badan) yang tidak memberi sumbangan atau yang merosakkan tubuh badan itu dikatakan tidak berfungsi (dysfunction).• Bahagian itu patut dipisahkan daripada tubuh badan tersebut demi menjaga kesetabilan dan kelangsungan (survival).• Pendekatan ini dikatakan sebagai pendekatan organicisme (organicism).
  8. 8. • Jika dilihat masyarakat sebagai satu sistem sosial (social system), maka ia terdiri daripada beberapa sub-sistem, yang setiap satunya berfungsi.• Sub-sistem itu pula mempunyai hubungan yang fungsional antara satu sama lain, dan bersifat saling bantu membantu (complementary).
  9. 9. • Jika satu-satu sub-sistem itu berubah, maka sub-sistem yang lain, malah keseluruhan sistem sosial itu akan berubah.• Contohnya, jika sub-sistem ekonomi berubah, maka akan berlaku perubahan kepada sub- sistem sub-sistem politik, pendidikan, kekeluargaan, perubatan, nilai dll.
  10. 10. Intipati Teori Struktural-Fungsional• Fokus ke atas keadaan yang teratur dan kestabilan dalam masyarakat.• Masyarakat adalah satu system yang sering berhubungan, mempunyai bahagian yang sering bergantungan, dan bahagian-bahagian ini adalah institusi social atau struktur, contohnya institusi keluarga, pendidikan, ekonomi, agama, dll.
  11. 11. • Fungsi setiap bahagian adalah sumbangan bahagian tersebut kepada sistem, dan juga kesannya ke atas bahagian yang lain.• Setiap bahagian berfungsi untuk mempertahankan sistem yang teratur lantaran itu mengekalkan ketenteraman sosial.• Anggota masyarakat mempunyai satu rangkap nilai dan pola tingkahlaku yang dikongsi bersama.
  12. 12. Tokoh Teori Struktural-Fungsional• Antara tokoh utama yang mendokong teori fungsionalis ini termasuk : Emile Durkheim, Talcott Parsons, Robert Merton, dan Jeffrey Alexander.• Emile Dukheim adalah pendokong teori fungsional klasik, sedangkan yang lain-lain adalah pendokong teori struktural-fungsional moden.
  13. 13. Emile Durkheim• Tiga perkara utama yang dihubungkan dengan idea atau pemikiran Durkheim, berkaitan dengan teori fungsional adalah: 1. Fakta Sosial (Social Facts); 2. Perpaduan Dalam Masyarakat; 3. Fenomina Bunuh Diri (Suicide)
  14. 14. Fakta Sosial (Social Facts)• Dalam karya beliau "The Rules of Sociological Method", Durkheim mengatakan bahan kajian sosiologi yang terutama ialah fakta sosial (social facts).• Semua fenomina sosial seperti perkahwinan, adat resam, undang-undang, pendidikan, kepercayaan, kepimpinan, dll. adalah merupakan fakta sosial
  15. 15. • Mengikut Durkheim fakta sosial mesti dianggap sebagai "benda" (things) yang boleh dikaji secara objektif dan terkawal, sama seperti seorang saintis mengkaji objek fizikal dalam sains tulin.• Sebagai anggota masyarakat, seseorang individu mesti akur kepada kehendak masyarakat, dengan cara mengikut peraturan- peraturan yang terdapat dalam mana-mana fakta sosial yang diterima bersama.
  16. 16. • Misalnya, dalam perkahwinan, seseorang itu mesti akur atau mengikut prosedur perkahwinan (adat resam dsb) yang umum yang menjadi amalan bersama.• Dilihat dalam konteks ini fakta sosial dikatakan mengenakan tekanan (constraint) ke atas individu tersebut demi menjamin kelansungan (survival) dan kestabilan masyarakat.
  17. 17. • Durkheim juga mengatakan satu-satu fakta itu dikaji dalam konteks hubungannya dengan fakta sosial lain yang terdahulu daripadanya.• Satu fakta sosial menyebabkan wujudnya fakta sosial yang lain.
  18. 18. • Oleh kerana satu-satu fakta sosial itu dilihat dalam konteks masyarakat atau kumpulan, dan tidak dalam konteks individu, maka yang lebih diutamakan adalah perkara yang berlaku dalam masyarakat atau kumpulan tersebut.
  19. 19. • Contohnya, jika perpaduan dalam satu-satu kumpulan itu longgar, maka kumpulan tidak boleh mengawal perlakuan individu atau memberi perlindungan kepada individu tersebut, tetapi perlu mencari kaedah atau cara untuk mengatasinya secara umum.
  20. 20. • Kadar bunuh diri yang tinggi dalam masyarakat Barat pada abad 19 dikatakan berlaku sebagai akibat daripada kelonggaran perpaduan dalam masyarakat.
  21. 21. Perpaduan Dalam Masyarakat• Dalam bukunya "Division of Labour in Society", Durkheim mengatakan terdapat dua bentuk perpaduan dalam masyarakat, iaitu: perpaduan mekanikal (mechanical solidarity) dan perpaduan organik (organic solidarity).
  22. 22. Perpaduan Mechanical• Perpaduan ini wujud atas asas-asas kesamaan (a solidarity of resemblance).• Apabila terdapat banyak ciri persamaan, anggota masyarakat seolah-olah sama antara satu dengan yang lain.
  23. 23. • Oleh kerana mendokong nilai yang sama, emosi yang sama, atau nasib yang sama, anggota masyarakat dikatakan mempunyai kesedaran kumpulan yang sama, yang disebut sebagai “collective consciousness”.
  24. 24. • Megikut Durkheim, perpaduan mekanikal lazimnya lahir dalam masyarakat masyarakat simple (simple societies) yang terdapat di kawasan luar bandar.• Kuatnya kesedaran kumpulan, maka banyak terdapat tindakan yang konformis di kalangan anggota masyarakat.• Mana-mana penyelewengan akan mendapat tekanan daripada masyarakat.
  25. 25. Perpaduan Organic• Perpaduan organik pula ialah bentuk perpaduan yang wujud apabila satu-satu masyarakat itu mengalami pembezaan struktur (struktural differentiation) seperti masyarakat kota yang kompleks.• Dalam keadaan ini, individu bebas bertindak, atau melakukan sesuatu berdasarkan kesedaran individu, tidak sangat berdasarkan kesedaran kolektif.
  26. 26. Fenomina Bunuh Diri• Durkheim dalam bukunya ‘Suicide’ menurunkan empat jenis tindakan membunuh diri iaitu: (1) bunuh diri egoistik (2) bunuh diri altruistik (3) bunuh diri anomik (4) bunuh diri fatalistik
  27. 27. • Tindakan bunuh diri (1) dan (2) dikaitkan dengan darjah integrasi (integration) dalam masyarakat –samaada rendah atau tinggi, dan tindakan bunuh diri (3) dan (4) dikaitkan dengan darjah regulasi atau tekanan ke atas penduduk – sama rendah atau tinggi.
  28. 28. • Bunuh diri egoistik berlaku apabila perpaduan atau integrasi dalam masyarakat adalah longgar.• Disebabkan oleh integrasi yang longgar, seseorang yang mengalami tekanan jiwa akibat masalah yang dihadapi (dalam pelbagai aspek) tidak mempunyai tempat untuk mendapat pertolongan, bantuan, simpati dll, lantaran itu akan mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
  29. 29. • Sebaliknya, fenomina bunuh diri altruistik berlaku apabila darjah integrasi dalam masyarakat menjadi kuat.• Anggota masyarakat atau kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat akan mengambil tindakan kolektif membunuh diri secara beramai-ramai bagi tujuan menyelesaikan masalah atau untuk mendapat kesejahteraan tertentu.
  30. 30. • Tindakan membunuh diri oleh pengikut Reverand Jim Jones di Jonestown Guyana secara beramai-ramai adalah contoh bunuh diri altruistik.
  31. 31. • On November 18, 1978, 909 Temple members died in Jonestown, Guyana (South America) all but two from apparent cyanide poisoning in an event termed "revolutionary suicide" by Jones and some members on an audio tape of the event and in prior discussions. To the extent the actions in Jonestown were viewed as a mass suicide, it is the largest such event in modern history. http://en.wikipedia.org/wiki/Jonestown
  32. 32. • Bunuh diri anomik pula berlaku apabila regulasi (regulation) atau peraturan dalam masyarakat terganggu.• Dengan kata lain, masyarakat tidak lagi dapat mengawal atau mengatur kehidupan serta tindakan penduduk. Mereka kehilangan pedoman, tidak ada asas atau tunjung dalam hidup (rootlessness), dan tidak ada norma (normlessness).
  33. 33. • Perubahan pesat (dalam bidang ekonomi, teknologi dll) yang berlaku dalam masyarakat menyebabkan peraturan (norma) tradisi terkubur, dan peraturan baru tidak lagi wujud.• Atas kehilangan punca dalam hidup berserta dengan tidak ada peraturan yang mengawal, maka ada yang mengambil tindakan membunuh diri.
  34. 34. • Akhir sekali bunuh diri fatalistik berlaku dalam keadaan di mana darjah regulasinya tinggi, dan dalam keadaan di mana seseorang terpaksa mengikuti segala peraturan (regulation).• Contohnya, fenomina bunuh diri di kalangan hamba abdi kerana tidak lagi sanggup menjalani hidup yang penuh dengan kongkongan dan peraturan.
  35. 35. • Begitu juga, tindakan bunuh diri yang berlaku di kalangan para isteri (kes-kes berlaku di India) yang tidak sanggup diperlakukan sebagai hamba abdi dalam mengharungi alam rumah tangga.
  36. 36. TALCOTT PARSONS• Parsons mengatakan masyarakat sebagai satu sistem sosial memperlihatkan perhubungan yang tetap antara beberapa sub-sistem di dalamnya.• Antara sub-sistem utama termasuk: ekonomi, politik, agama, perundangan, keluarga, pendidikan, dll.
  37. 37. SISTEM EKONOMISISTEM SISTEMPERUNDANGA POLITIKN SISTEM SISTEM KELUARGA AGAMA
  38. 38. • Setiap bahagian (sub-sistem) dalam masyarakat mempunyai fungsi masing-masing.• Fungsi (function) setiap bahagian itu dilihat dari segi sumbangan masing-masing bagi meneruskan kewujudan dan pengekalan masyarakat itu sebagai satu keseluruhan (whole).
  39. 39. • Sebagai seorang pendokong teori fungsionalis, Talcott Parsons menumpukan perhatian kepada soal memenuhi keperluan (needs) dalam masyarakat, di mana fungsi setiap bahagian (parts) atau sub-system dalam masyarakat adalah ke arah mememenuhi keperluan masyarakat yang berbagai-bagai.
  40. 40. • Parsons mengatakan setiap sistem dalam masyarakat mesti digerakkan bagi memenuhi empat keperluan utama atau bagi mencapai empat "functional imperatives" atau AGIL berikut: 1. A = Adaptation 2. G = Goal Attainment 3. I = Integration 4. L = Latency/ Pattern Maintenance
  41. 41. Adaptation• Mana-mana sistem mesti adapt atau menyesuaikan diri dengan persekitaran (sosial & bukan-sosial).• Ini dilakukan dengan cara menguasai persekitaran tersebut serta mengadaptasikan diri dengannya.• Bagi memenuhi fungsi adaptasi ini, pembahagian tugas (division of labour) adalah perlu.
  42. 42. • Ini kerana tidak ada anggota masyarakat yang boleh menjalankan peranan/ tugas secara serentak pada masa yang sama.• Pembahagian tugas memungkinkan pencapaian yang lebih tinggi kerana terdapat pengkhususan dari segi kemahiran.• Fungsi adaptation dijalankan oleh sub-sistem ekonomi.
  43. 43. Goal Attainment• Setiap sistem mempunyai matlamat tertentu yang hendak dicapai, dan segala sumber (manusia dan bukan-manusia) yang ada dalam masyarakat perlu dimobilisasikan bagi mencapai matlamat tersebut.
  44. 44. • Fungsi goal attainment juga memerlukan pembahagian tugas (division of labour).• Tugas mobilisasi sumber serta menentukan peranan kepada orang yang sesuai, tepat lagi betul mengikut kebolehan, mengikut masa dan juga keadaan dijalankan oleh sub-sistem pemerintahan atau kerajaan (polity).
  45. 45. Integration• Setiap sistem mempunyai keinginan untuk mewujudkan ketenteraman dan kestabilan.• Dalam masyarakat juga wujud unsur integrasi berlandaskan kepada sistem nilai yang dikongsi bersama oleh anggotanya.
  46. 46. • Walau pun tidak dinafikan ada unsur-unsur perbezaan pendapat, tetapi bagi menjaminkan integrasi, anggota masyarakat terpaksa akur kepada peraturan serta nilai yang dikongsi bersama .• Fungsi integrsai dijalankan oleh sub-sistem agama & sub-sistem undang-undang.
  47. 47. Latency• Mana-mana sistem mesti dikekalkan bagi mewujudkan kesinambungan (continuity).• Ini melibatkan dua proses iaitu proses sosialisasi (socialization) dan proses kawalan sosial (social control).
  48. 48. • Proses sosialisasi adalah proses menurunkan tret budaya (cultural traits) dari satu generasi kepada satu generasi yang lain bagi mewujudkan kesinambungan (continuity).• Selain itu mana-mana penyelewengan atau pelanggaran peraturan dalam masyarakat mesti dibetulkan atau dilkawal melalui proses kawalan sosial.• Fungsi latency/pattern maintenance ini dijalankan oleh sistem keluarga.
  49. 49. ROBERT P. MERTON• Merton pada asasnya bersetuju dengan gagasan teori fungsional yang melihat masyarakat secara keseluruhan berada dalam keadaan stabil apabila semua bahagiannya berfungsi.• Namun demikian beliau mengatakan keadaan kestabilan itu lebih sesuai jika diaplikasikan kepada masyarakat kecil & primitif, tapi tidak sedemikian kepada masyarakat moden & kompleks.
  50. 50. • Beliau juga mengatakan tidak semua struktur atau bentuk masyarakat dan budaya berfungsi secara positif.• Tidak kurang pula ada yang berfungsi secara negatif.• Contoh yang diberikan ialah wujudnya semangat nasionalisma yang kuat di sesetengah negara yang menjejaskan kestabilan politik dunia (dengan ancaman tenaga nuclear).
  51. 51. • Beliaulah yang mengemukakan konsep dysfunction ditinjau daripada sudut fungsi negatif berkenaan.• Selain daripada konsep dysfunction, Merton juga mengemukakan konsep nonfunction (tidak berfungsi) ditinjau dari aspek-aspek warisan (tradisi) yang sudah ketinggalan zaman/ lapok dan tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman ini.
  52. 52. • Seterusnya Merton mengemukakan konsep net balance atau baki keseimbangan apabila fungsi positif bagi satu-satu aspek sosial itu dibandingkan dengan fungsi negatifnya.• Beliau mengatakan adakalanya yang positif itu lebih berat daripada yang negatif, dan adakala pula keadaan sebaliknya berlaku, iaitu yang negatif lebih berat daripada yang positif.
  53. 53. • Dengan demikian akan wujud net balance, samada lebih condong kepada yang positif, atau sebaliknya.• Bagaimana dengan sistem keluarga luas dalam masyarakat Malaysia – apakah net balance nya?
  54. 54. • Konsep-konsep lain yang dikemukakan oleh Merton ialah fungsi terbuka (manifest function), dan fungsi terselindung (latent function).• Fungsi terbuka adalah dihubungkan dengan fungsi yang mempunyai matlamat yang diduga atau bercorak sengaja (intended), sedangkan fungsi terselindung pula bercorak tidak sengaja atau tidak didugakan berlaku.
  55. 55. • Beliau mengemukan contoh sistem perhambaan di Amerika di mana fungsi terbukanya adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dengan tenaga kerja hamba, sedangkan fungsi terselindungnya adalah mempertingkatkan martabat golongan kulit putih, iaitu berlakunya mobiliti sosial secara menegak dengan meluas di kalangan orang berkulit putih.
  56. 56. • Akhirnya, Merton mengatakan walaupun satu- satu aspek sosial itu bercorak dysfunctional (mempunyai fungsi negatif), tapi masih kekal wujud dalam masyarakat dan terus diamalkan.• Contohnya, diskriminasi terhadap wanita, masih dipertahankan oleh kebanyakan masyarakat sebab tindakan itu masih dianggap fungsional bagi kaum lelaki.
  57. 57. • Begitu juga dengan sikap diskriminasi kaum (terhadap penduduk berkulit hitam), yang masih dianggap tindakan yang fungsional di kalangan sesetengah penduduk berkulit putih.• Merton mengatakan tindakan mempertahankan sesuatu yang dysfunctional ini akan membawa kepada wujudnya konflik dalam masyarakat.
  58. 58. SEKIAN & TERIMA KASIH
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×