Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia

23,660
-1

Published on

Nota Pendidikan Moral Tingkatan 1

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
23,660
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
386
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nota Pendidikan Moral Ting.1 bagi Bidang 5 : Hak Asasi Manusia

  1. 1. BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA UNIT 24 : MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK 1. DEFINISI : Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna. 2. Keperluan asas kanak-kanak agar kanak-kanak hidup sempurna : a) Mendapat makanan yang berkhasiat b) Mendapat tempat tinggal yang sempurna c) Mendapat pakaian d) Mendapatkan pendidikan e) Mendapatkan perlindungan f) Mendapatkan kasih saying g) Dapat merasai hidup berkawan 3. Kepentingan keperluan asas kepada kanak-kanak : a) Dapat melahirkan masyarakat yang penyayang b) Dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab c) Dapat memastikan masa depan kanak-kanak cemerlang d) Dapat melahirkan warganegara yang berkualiti e) Supaya kesihatan mereka lebih terjamin f) Berupaya mengatur keperluan hidup sendiri pada masa depan mereka g) Supaya kanak-kanak menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara 4. Kesan kanak-kanak tidak mendapat hak makanan yang secukupnya : a) Merencatkan tumbesaran badan dan otaknya b) Boleh mendapat pelbagai penyakit berbahaya c) Hidup tidak gembira d) Sukar menumpukan perhatian ketika belajar kerana lapar BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA UNIT 25 : MENGHORMATI HAK WANITA 1. DEFINISI : Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara. 2. Di antara cara memberikan layanan yang baik kepada wanita ialah : a) Menyediakan rawatan khas untuk golongan wanita b) Memberi peluang pendidikan yang luas kepada golongan wanita c) Mengiktiraf peranan wanita dalam aktiviti social d) Mengiktiraf peranan wanita dalam kerjaya 3. Di antara sebab wanita diberi perlindungan : a) Untuk mengelakkan mereka dari dianiayai b) Fizikal semulajadi wanita yang lemah c) Meletakkan wanita sebagai golongan yang perlu dihormati 4. Kepentingan memberi layanan yang baik kepada wanita : a) Dapat merapatkan jurang dengan kaum lelaki dalam bidang kerjaya b) Kaum wanita dapat membantu membangunkn ekonomi Negara c) Kaum wanita dapat membantu menguruskan keluarga tanpa bergantung kepada suami d) Kaum wanita dapat melontarkan idea dalam mencorak dasar kerajaan
  2. 2. BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA UNIT 26 : MELINDUNGI HAK PEKERJA 1. DEFINISI : Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara 2. Hak Pekerja : a) Hak mendapat cuti b) Hak mendapat gaji yang setaraf dengan kelulusan akademik c) Hak mendapat persekitaran kerja yang selamat d) Hak mendapat rawatan apabila mengalami kemalangan di tempat kerja 3. Tanggungjawab majikan terhadap pekerja • Prihatin terhadap isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja • Menyediakan tempat beristirehat dan rekreasi • Memberi peluang meningkatkan kerjaya • Memberi peluang meningkatkan kerjaya 4. Tanggungjawab pekerja terhadap majikan • Bekerjasama melakukan semua tugas dengan betul dan selamat 5. Jenis-jenis cuti pekerja : • Cuti rehat mingguan • Cuti kelepasan am • Cuti tahunan • Cuti sakit • Cuti bersalin 6. Kepentingan melindungi hak pekerja di tempat kerja : a) Pekerja merupakan sumber tenaga untuk menghasilkan produk bagi sesebuah syarikat b) Pekerja dapat merasai mereka dihargai oleh majikan c) Dapat mengelakkan golongan pekerja membuat mogok yang boleh melumpuhkan operasi sesuah syarikat d) Dapat menunjukkan keprihatinan majikan terhadap pekerjanya e) Dapat mengurangkan perbelanjaan syarikat jika berlaku kemalangan di tempat kerja 7. Kesan kemalangan ke atas pekerja : a) Mengambil masa untuk sembuh b) Mengakibatkan penderitaan kewangan terutama apabila termasuk menanggung kos rawatan c) Menjejaskan produktiviti Negara
  3. 3. BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA UNIT 27 : MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG UPAYA 1. DEFINISI : Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. 2. 3 kategori orang kurang upaya : a) Kurang upaya penglihatan – tidak boleh melihat langsung atau penglihatan terhad b) Kurang upaya pendengaran – pekak c) Kurang upaya pertuturan - bisu d) Kurang upaya anggota – mengalami kecacatan badan termasuklah kudungm berpenyakit polio, lumpuh dan spastik 3. Orang kurang upaya merupakan ahli masyarakat yang istimewa dan boleh membantu membangunkan Negara. 4. Di antara punca-punca kecacatan golongan kurang upaya : a) Kelahiran b) Kemalangan c) Penyakit 5. Di antara usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu orang kurang upaya : a) Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat latihan dan institusi perlindungan khas b) Memberi peluang pendidikan hingga ke peringkat tertinggi c) Menyokong penglibatan mereka dalam bidang ekonomi dan kraftangan d) Menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU 6. Kepentingan menghormati golongan kurang upaya adalah seperti berikut : a) Dapat mengelakkan golongan ini merasa terpinggir dalam masyarakat b) Dapat menaikkan semangat mereka untuk menunjukkan kelebihan yang ada pada mereka c) Mereka dapat menunjukkan bakat masing-masing tanpa rasa rendah diri d) Mereka dapat merasakan golongan seperti mereka dihargai
  4. 4. BIDANG 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA UNIT 28 : HAK PENGGUNA 1. DEFINISI : Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah diekploitasi. 2. Hak sebagai pengguna untuk mendapat keperluan asas : a) Hak untuk mendapatkan pendidikan b) Hak untuk mendapatkan makanan c) Hak untuk mendapatkan pakaian d) Hak untuk mendapat tempat tinggal e) Hak untuk mendapatkan kesihatan f) Hak untuk mendapatkan sanitasi 3. Selain itu, pengguna berhak untuk : a) Menyuarakan pendapat apabila barangan yang dibeli tidak seperti yang dipamerkan b) Mendapat ganti rugi kerana kecuaian pihak pengeluar c) Membuat pilihan agar perkhidmatan yang diberikan memuaskan d) Mendapatkan maklumat agar perkhidmatan yang diberikan memuaskan 4. Antara contoh tanggungjawab kita sebagai pengguna : a) Melaporkan kepada pihak bertanggungjawab melakukan kerja pengutipan sampah untuk mendapat persekitaran yang bersih b) Memeriksa tarikh tamat/tarikh luput apabila membeli barang makanan. c) Memeriksa bahan-bahan yang terkandung dalam barang makanan yang dibeli. d) Merancang pembelian iaitu memilih, dan membuat perbandingan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.

×