APA ITU MUKJIZAT?PENDAHULUAN       Rasul-rasul merupakan utusan Allah untuk umat manusia. Allah SWT membantu danmenguatkan...
1. Ilmu seperti pemberitahuan tentang hal- hal ghaib yang sudah terjadi ataupun yang akan       terjadi, umpamanyaperkhaab...
kepada rasul-rasul atau nabi-nabi. Mukjizat selalu diikuti dengan adanya tentangan. Kebiasaanyaianya berlaku di tangan ora...
Mukjizat batiniah yang lain ialah:   1. dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah   2. Allah kurniakan bersih dari dosa dan ke...
Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikankepada mereka tidak sama di antara satu sa...
SWT memuliakannya. Namun begitu tidak menjadi syarat bahawa keramat itu mestilah sesuatuyang luar biasa atau yang keluar d...
2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub terkenal sebagai seorang yang kaya raya dan sangatdermawan. Namun          ini tidak memb...
6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud diutuskan untuk kaum Ad yang terhormat. kehidupanmereka serba maju dan , namun sayangnya me...
10. Mukjizat Nabi Ilyasa’: Nabi Ilyasa‟ merupakan kerabat terdekat Nabi Ilyas. SetelahNabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa‟ menya...
Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail Allah menggantikannyadengan seekor kambing / kibas, dan ...
17. Mukjizat Nabi Saleh: Mukjizat Nabi Saleh yang paling terkenal adalah kisah unta betinayang keluar dari batu setelah ia...
Namun mukjizat Allah tiba, Nabi Yunus dimakan oleh seekor ikan yang besar iaitu ikan paus/ikan nun, dan Nabi Yunus ditemuk...
Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekaldan boleh dilihat ke hari ini. ...
2)Kejadian/ Al-Kawniyyah (      )Mukjizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad saw adalah dalam bentuk pertolongan,ban...
Mukjizat Nabi Musa a.s. adalah tidak sama dengan mukjizat Nabi Khaidir a.s. sedangkansebagaimana yang kita tahu, Nabi Musa...
pemimpin dan pendidik. Nabi Musa a.s. seorang rasul, dia memimpin dan mendidik kaumnya.Antara mukjizat maknawiyah yang ada...
Manakala Nabi Musa a.s. tidak diberikan mukjizat maknawiah seperti Nabi Khaidir a.s.di waktu itu. Kalaulah Nabi Musa diber...
membakar Nabi Ibrahim. Hal ini amat perlu di waktu itu. Kalau tidak, tentunya Nabi Ibrahimsudah terbakar hangus.RUMUSAN/ K...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Apa itu mukjizat

8,203

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
8,203
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
177
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Apa itu mukjizat

  1. 1. APA ITU MUKJIZAT?PENDAHULUAN Rasul-rasul merupakan utusan Allah untuk umat manusia. Allah SWT membantu danmenguatkan Rasul-rasul dengan mukjizat. Bentuk mukjizat yang diberikan kepada para Rasulterbahagi dua iaitu mukjizat hissiyyah yakni mukjizat yang dapat dirasa dan dilihat dan mukjizatma’nawiyah iaitu mukjizat yang mampu mempengaruhi jiwa manusia. Allah menciptakan manusia dan membekalkannya dengan akal. Akal inilah yang menjadisyarat taklif, kerana akal ini manusia akan dihisab amalnya, dengan akal ini ia bolehmembezakan antara yang berguna dengan yang berbahaya. Jika datang seseorang yangmengatakan, ia adalah rasul (utusan) Allah, guna memberi hidayah kepada manusia sertamemimpin mereka menuju kedamaian dan kebahagiaan dunia dan akhirat.DEFINISI MUKJIZAT Mukjizat rasul didifinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa yang terjadi melalui tangan-tangan para nabi Allah dan rasulNya dalam bentuk sesuatu yang membuat manusia tidak bolehmelawannya. Melalui tangan para nabi dan rasul telah terjadi mukjizat- mukjizat yang memaksaakal yang sihat untuk tunduk mempercayai apa yang dibawa oleh para rasul. Mukjizat- mukjizattersebut tidak terlepas dari bentuk:-
  2. 2. 1. Ilmu seperti pemberitahuan tentang hal- hal ghaib yang sudah terjadi ataupun yang akan terjadi, umpamanyaperkhaabaran Nabi Isa as kepada kaumnya tentang apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah- rumah mereka. Sebagaimana juga perkhabaran Nabi Muhammad SAW tentang fitnah- fitnah atau tanda- tanda hari kiamat yang bakal terjadi, seperti yang banyak dijelaskan dalam hadith- hadith 2. Kemampuan dan kekuatan seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, iaitu mukjizat Nabi Musa a.s yang diutus kepada Firaun dan kaumnya.Kemudian penyembuhan penyakit buta, kulit belang- belang putih (sopak) serta menghidupkan orang- orang yang sudah mati yang kesemuanya itu adalah mukjizat Nabi Isa a.s Juga terbelahnya bulan menjadi dua yang merupakan salah satu tanda kebenaran Rasul SAW. 3. Kecukupan misalnya perlindungan bagi Rasullah SAW dari orang- orang yang mengingginkan kejahatan kepadanya. Hal ini sering terjadi ketika di Mekah sewaktu malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke Madinah ketika bertemu denga Suraqah bin Malik, lalu adi Madinah ketika orang –orang Yahudi ingin menculuknya dan lain- lain lagi.Contoh- contoh ini menunjukkkan bahawa Allah mencukupi RasulNya dengan perlindungan sehingga tidak memerlukan lagi kepada perlindungan makhluk lain. NAMA BUKU MUHAMMAD ABDUL HAMID, PEDOMAN LENGKAP FIQH ISLAM,JASMIN ENTERPRISE KUALA LUMPUR 2004 SAYID SABIQ GURU BESAR UNITAS AL-AZHAR,AKIDAH ISLAM LENGKAP,PUSTAKA NASIONAL PTE LTD SINGAPURA 1991 Mukjizat merupakan adalah perkara yang luar biasa manusia yang ada pada diriseseorang yang mengaku sebagai Rasul dengan kehendak Allah SWT dan sebagai dalil akankebenaaran pengakuannya. Perkataan mukjizat itu diambil dari bahasa arab ajaza-ljaza yangbermaksud melemahkan. . Mukjizat juga merupakan hal-hal atau kejadian-kejadian yang luarbiasa khawariqul ‘adah (atau ia berlaku di luar logik akal). yang berlaku yang di kurniakan Allah
  3. 3. kepada rasul-rasul atau nabi-nabi. Mukjizat selalu diikuti dengan adanya tentangan. Kebiasaanyaianya berlaku di tangan orang- orang yang terkenal dengan ketakwaan dirinya dan amat solehkelakuaannya, lagipun yang memiliki tersebut adalah orang- orang yang benar- benar telahmencapai kepuncak yang tertinggi tahap kemuliaan akhlak dan pekerti. Ketaatan yang dicapai itutidak mungkin dapat dijangkau oleh mana- mana manusia pun.Mukjizat itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu:1. Mukjizat zahir ( mukjizat hissiyyah )2. Mukjizat batin ( mukjizat ma’nawwiyah )MUKJIZAT ZAHIR ( mukjizat hissiyyah ) Ia adalah perkara yang mencarik adat yang berlaku pada seseorang rasul dan nabi, yangdapat dilihat dengan mata. Antara contohnya, tongkat dicampak bertukar menjadi ular, manusiaatau binatang mati dihidupkan, penyakit kusta dan sopak dapat disembuhkan, mata buta dapatdicelikkan, air yang sedikit dapat diminum oleh ratusan orang, dibakar tidak hangus, tongkatdipukul ke batu menghasilkan pancutan air, bulan terbelah dua, tongkat dapat membelah lautandan sebagainya.MUKJIZAT BATIN ( mukjizat ma’nawwiyah ) Mukjizat ini hanya pada makna sahaja, tidak pada rupa. Terasa adanya dan boleh dinilaioleh mata hati (basyirah) sahaja. Tidak dapat dilihat oleh mata. Antara contohnya ialah wahyu-wahyu yang disampaikan kepada rasul dan nabi yang mengandungi bermacam-macam ilmupengetahuan dan hukum-hakam tanpa mereka belajar seperti manusia biasa. Umpamanya AlQuran, Injil, Taurat, Zabur dan Suhuf-Suhuf, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kepalakecuali setelah ditulis.
  4. 4. Mukjizat batiniah yang lain ialah: 1. dapat tundukkan nafsu tanpa mujahadah 2. Allah kurniakan bersih dari dosa dan kesalahan 3. hati tidak terpaut dengan dunia dan kelazatan serta keindahannya 4. mendapat ilmu dan tarbiah terus dari Allah atau mendapat wahyu 5. manusia jatuh hati dan cinta luar biasa padanya 6. musuh merasa gerun dengan kehebatannya 7. sangat sabar dengan ujian-ujian dari kaumnya 8. azamnya terlalu kuat, hati terlalu teguh, cintanya dengan Allah terlalu tinggi dan lain- lain lagi. Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasulyang melakukannya, mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizattidak diperoleh melalui pembelajaran. Allah telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yangbersesuaian dengan zamannya, dalam tiga bentuk iaitu : 1. Perbuatan, seperti keluarnya unta Nabi Saleh a.s. daripada batu gunung, dan menukarkan tongkat Nabi Musa kepada ular. 2. Pencegahan, seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalamnya. 3. Perkataan, seperti Al-Quran kepada Nabi Muhammad Mukjizat tidak mungkin dapat dipelajari oleh sesiapapun kerana ianya bukan di buat olehmanusia. Mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi dan rasul bukan diberi mengikutkehendak para rasul dan nabi itu sendiri. Tetapi ianya sesuai dengan hal semasa dan keperluanseseorang nabi dan rasul itu. Mukjizat itu pula hanyalah semata- mata merupaka satu pertolonganyang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi yang di angkat itu. Jadi mukjizatitu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka Dan ia tidak bolehdipelajari tetapi hadiah atau mauhibbah atau wahbiah dari Allah. Namun begitu yangmelaksanakan hanyalah Allah Taala semata- mata. Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawamukjizat adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah dan juga sebagai tanda Keesaannya.Mukjizat yang diberikan kepada nabiNya adalah untuk menentang kepada musuh- musuhNya,yang mendustakan dan juga mengingkari kebenaranNya.
  5. 5. Dalam sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi, mukjizat-mukjizat yang pernah diberikankepada mereka tidak sama di antara satu sama lain. Kebiasaannya mereka diberi mukjizat dikedua-dua peringkat. Kalau dia seorang nabi; ertinya dia bukan seorang pemimpin yakni bukanuntuk masyarakat; maka Allah berikan mukjizat yang sesuai dengan wataknya sebagai seorangabid. Mungkin mukjizat lahir atau batin yang diberikan itu sesuai dengan keperluannya sebagaiabid. Menentang yang dimaksudkan di sini iaitu mengajak penentang untuk melakukansebagaimana yang telah dilakukannya itu. Sekiranya tidak dapat maka jelaslah bahawakerasulannya serta kenabiannya itu adalah benar. Namun begitu hal- hal yang dianggap sebagailuar biasa yang dilakukan atau ditimbulkan oleh orang biasa iaitu selain dari Rasul dan Nabi,maka hal- hal itu adalah sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Syeikh Rasyid Ridha sebagaiberikut:- “Memang ada keterangan- keterangan yang dikutip dari berbagi bangsa di segala massa,sebagai kutipan- kutipan yang mutawatir (banyak jalannya) yang semuanya mengenai jenisnyadan bukan warna- warninya, tetapi semuanya itu bukanlah kenyataan yang merupakan hakikat”. Tetapi pada seorang Rasul yang dia adalah pemimpin umatnya, maka Allah kurniakanmukjizat lahir dan batin (maknawiah), sesuai dengan keperluannya berdepan dengan umat yangdipimpinnya. Rasul-rasul yang paling banyak mendapat mukjizat ialah rasul-rasul yangmendapat pangkat Ulul Azmi kerana mereka ini paling tahan, paling sabar berhadapan denganujian-ujian berat daripada kerenah kaumnya. Pemberian mukjizat pada nabi-nabi dan rasul-rasulini tidak sama kerana keperluan mereka juga berbeza antara satu sama lain. Adakalanya merekatidak boleh ikut-mengikut di antara satu sama lain.PERBEZAAAN ANTARA MUKJIZAT DAN JUGA KERAMAT Keramat adalah sesuatu yang timbul dari seseorang yang dianggap sebagai kekasih AllahSWT atau yang biasanya disebut waliullah dan merupakan sebagai satu tanda bahawa Allah
  6. 6. SWT memuliakannya. Namun begitu tidak menjadi syarat bahawa keramat itu mestilah sesuatuyang luar biasa atau yang keluar dari adat kebiasaan yang lazim dimiliki oleh sesama manusia.Di antara bentuk keramat itu ialah sifat istiqamah (teguh pendirian ) memperoleh taufik ataupertolongan untuk mengerjakan atau melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Kadangkala timbulpula hal- hal yang luar biasa ditangan sebahagian orang- orang soleh dan perkara- perkaratertentu. Orang yang sedemikian mestilah seoarang yang bersih fitrahnya dan suci jiwanya,sebagaimana yang terjadi kepada Saidatina Maryam. Peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran.Firman Allah dalam surah (Ali Imran:37)PERBEZAAN ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR. Mukjizat berlawanan dengan Sihir kerana sihir merupakan sesuatu yang menyalahi adat,tetapi ia adalah sesuatu yang diusahakan dan boleh dipelajari. Sihir mengkhayalkan dan tidakbenar-benar berlaku. Berlawanan dengan itu, mukjizat bukanlah sesuatu yang diusahakan. Dan iabenar-benar berlaku dan bukan khayalan mata. Allah tidak mendatangkan mukjizat kepada paraNabi palsu. Jika Nabi palsu itu mendatangkan sesuatu yang menyalahi adat, maka ia adalah sihiratau ciptaan yang boleh dipelajari atau didatangkan sesuatu yang sepertinya.CONTOH- CONTOH MUKJIZAT 25 RASUL: 1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang menginjakkan kaki di bumi. Allah menjadikan pasangan Nabi Adam iaitu Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam. Mereka diturunkan ke bumi kerana telah melakukan kesalahan akibat godaan iblis/syaitan, Adam dan Hawa dikurniakan dua pasang putra-putri yang bernama Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan Labuda. Qabil bersifat kasar, sedangkan Labuda bersifat lembut. Kedua-dua sifat inilah yang akhirnya menjadi sebahagian dari sifat-sifat dasar manusia hingga hari ini.
  7. 7. 2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub terkenal sebagai seorang yang kaya raya dan sangatdermawan. Namun ini tidak membuatnya sombong, lalu iblis berasa dengki.Allah pun menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub lalu ujianitu pun tiba, seluruh harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelahitu Nabi Ayub diserang penyakit kulit hingga 80 tahun lamanya.Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah, tetap bertawakal kapada Allah SWT. Hinggaakhirnya Allah berfirman agar Nabi Ayub menapakkan kakinya ditanah. kemudian daritanah tersebut keluar air yang dapat menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80tahun.3. Mukjizat Nabi Daud: Kehebatan Nabi Daud memuncak setelah Nabi Daud berjayamembunuh Jalut, pemimpin kaum pemberontak Palestin. Nabi Daud kemudian menjadiseorang raja dan berlaku sangat adil. Semasa pemerintahan kerajaan Nabi Daud ekonominegaranya bertambah maju dan masyarakat menjadi makmur. Pada suatu hari, NabiDaud melarang para nelayan untuk tidak kelaut pada hari sabtu, namun peringatantersebut dilanggar, sehingga terjadi bencana gempa yang memusnakan seluruh penduduk.4. Mukjizat Nabi Dzulkifli: Sejarah menulis bahawa Nabi Dzulkifli adalah putra NabiAyub. Dikisahkan pula Nabi Dzulkifli mewarisi sifat sabar ayahnya. Suatu masa beliaudilantik menjadi seorang raja setelah dapat memenuhi persyaratan yang ditetapkan.Syarat-syaratnya ialah calon pengganti raja haruslah seorang yang sanggup berpuasa disiang hari, beribadah di malam hari, dan bukan seorang yang pemarah.5. Mukjizat Nabi Harun: Nabi Harun disebut sebagai saudara Nabi Musa. Dia adalahseorang yang cekap dan pandai berdakwah, pandai berdiplomasi, dan penuh perhatian.Nabi Harun selalu mendampingi Nabi Musa dalam berdakwah, hingga suatu saat NabiMusa memutuskan untuk beruzlah dan menitipkan umatnya kepada Nabi Harun. NabiHarun juga sempat berjuang dengan dakwahnya untuk memberantas penyembahanberhala yang dipimpin oleh Samiri, salah seorang tukang sihir kerajaan Firaun.
  8. 8. 6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud diutuskan untuk kaum Ad yang terhormat. kehidupanmereka serba maju dan , namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelamdalam kehidupan fana yang memesongkan.Nabi Hud mengingatkan mereka untukbersyukur dan selalu memohon kepada Allah SWT, namu mereka menolak. Akhirnyamurka Allah datang dengan menurunkan azab berupa badai gurun selama 7 hari 7 malam.Kaum yang mendengarkan dan mengikut Nabi Hud selamat dengan berpindah ke kotaHadramaut.7. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. NabiIbrahim dihormati oleh pemeluk 3 agama, yaitu Islam, Kristian dan Yahudi. NabiIbrahim lah yang telah diutus oleh Allah dan membangunkan Kabah di kota Mekkah.Keyakinannya yang kuat terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, diasangat tidak menerima orang-orang disekitarnya yang menyembah berhala, hinggaakhirnya dia dibakar hidup-hidup kerana telah menentang raja Namrud, namun AllahSWT menurunkan mukjizatnya dengan menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dijilat api.8. Mukjizat Nabi Idris: Nabi Idris pula diyakini sebagai Nabi pertama yang menulisdengan pena. Masyarakat terdahulu mempercayai bahawa Nabi Idris dibawa ke surgaoleh Allah tanpa mengalami kematian. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia 82tahun.9. Mukjizat Nabi Ilyas: Nabi Ilyas tinggal di lembah sungai Yordan dimanapenduduknya menyembah berhala, Nabi Ilyas menyuruh kepada mereka semua untukmeninggalkan berhala, namun mereka tidak mengindahkannya seruan Nabi Ilyas.Malahan mereka mengancam agar Tuhan yang disembah Nabi Ilyas menurunkan bencanakepada mereka, dan akhirnya kekeringan melanda daerah tersebut. Setelah beberapatahun,akhirnya Nabi Ilyas dapat meyakinkan kaum tersebut untuk menyembah AllahSWT.
  9. 9. 10. Mukjizat Nabi Ilyasa’: Nabi Ilyasa‟ merupakan kerabat terdekat Nabi Ilyas. SetelahNabi Ilyas wafat, Nabi Ilyasa‟ menyambung perjuangan Nabi Ilyas untuk menghalangpenyembahan berhala dikalangan kaum yang kembali merebak di lembah sungai Yordan.Namun kaum tersebut tidak mahu mendengar dan mengikut ajaran Nabi Ilyasa‟sehinggasebagai balasannya Allah telah menurunkan bencana kekeringan dan kemarau terhadapmereka.11. Mukjizat Nabi Isa: Nabi Isa adalah putra dari Maryam yang dilahirkan tanpamemiliki suami. Hal ini telah menimbulkan kontroversi dan fitnah kepada Maryam.Dengan kuasa Allah, Nabi Isa yang ketika itu masih bayi tiba-tiba boleh bercakap danmenjawab serta menjelaskan segala tohmahan apa yang sebenarnya terjadi.Nabi Isa juga memperlihatkan banyak mukjizat lainnya ketika Nabi Isa dewasa,antaranya ialah membentuk seekor burung hidup dari tanah liat,menghidupkan orangmati, menyembuhkan kebutaan dan mendatangkan makanan yang tida menjadi ada.Penyelamatan Nabi Isa dari penyaliban oleh kaumnya juga merupakan salah satu bentukmukjizat teragung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa.12. Mukjizat Nabi Ishaq: Nabi Ishaq banyak menemani bapanya iaitu Nabi Ibrahimberdakwah menyebarkan ajaran Islam dengan penuh kesabaran dan keyakinan kepadaAllah.13. Mukjizat Nabi Ismail: Nabi Ismail dan keluarganya merupakan orang-orang yangterdahulu melaksanakan Haji. Pada suatu masa ketika kecil, Nabi Ismail berasa sangathaus dan ibunya berulang-alik dari bukit Safa- ke Marwah untuk mencari air, hinggaakhirnya dengan izin Allh maka keluarlah air yang dikenali sebagai mata air zamzam.Setelah dewasa pula ketika Allah memerintahkan agar nabi Ibrahim menyembelih NabiIsmail, dalam perjalanan menuju tempat penyembelihan, Nabi Ismail digoda oleh Syaitanagar membatalakan niatnya. Namun Nabi Ismail tidak goyah dan melempar syaitantersebut dengan batu. yang saat ini menjadi ritul ibadah haji, iaitu melontar jumrah.
  10. 10. Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail Allah menggantikannyadengan seekor kambing / kibas, dan itulah ibadah korban yang dilakukan ketika AidilAdha.14. Mukjizat Nabi Luth: Betapa hebatnya perjuangan Nabi Luth dalam menyeru kaumSodom untuk kembali ke jalan yang benar, iaitu meninggalkan homoseksual dan menyerukaumnya supaya menyembah Allah dan meninggalkan segala kekufuran.Namun begitukaum Nabi Luth sangat degil dan tidak mahu menerima seruan Nabi Luth.Akhirnya, Allah SWT berfirman agar Nabi Luth segera meninggalkan kaumnyanya dankemudian Allah telah menurunkan azab yang sangat pedih kepada kaum Luth .15. Mukjizat Nabi Musa: Kisah pertarungan Nabi Musa dengan Firaun merupakansalah satu kisah yang tersohor. Dikisahkan bahwa Firaun merasa terancam dengankeberanian Nabi Musa untuk menyebarkan ajaran dan mengesahkan keesaan Allah.tukang sihir Firaun bertarung dengan Nabi Musa lalu Allah menurunkan mukjizatmemenangkannya dengan bantuan tongkat Nabi Musa, kemudian Nabi Musa dankaumnya dikejar oleh pengikut Firaun. Namun dengan kuasa Allah, mereka berjayamelolosi lautan dengan bantuan tongkat Nabi Musa yang dapat membelah lautan.Selain daripada itu, Nabi Musa juga mendapat mukjizat kitab Taurat, yang dikenalidengan perjanjian lama yang mengandungi ajaran pokok 10 perintah Allah SWT.16. Mukjizat Nabi Nuh: Nabi Nuh menyeru dan menyebarkan ajaran untuk menyembahAllah SWT . Namun kaumnya menolak dan menganggapnya gila, Nabi Nuh kemudiandiberikan peringatan oleh Allah bahawa akan terjadi banjir besar yang akan melandadaerahnya.Oleh karena itu Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat sebuah kapal,masyarakat sekitar tetap tidak mengindahkan peringatan yang disampaikan oleh NabiNuh, sehingga mereka akhirnya hanyut dalam banjir besar yang menenggelamkanmereka.
  11. 11. 17. Mukjizat Nabi Saleh: Mukjizat Nabi Saleh yang paling terkenal adalah kisah unta betinayang keluar dari batu setelah ia memukulkan telapak tangannya. Nabi Saleh meminta kepadapenduduk setempat untuk tidak mengganggu unta tersebut dan susunya boleh diperah untukmemenuhi keperluan hidup sehari-harian penduduk kaum Nabi saleh yang miskin.Namun kaum nabi Saleh ada yang tidak menyukainya lalu berusaha membunuh unta itu dansebagai balasannya, akhirnya mereka dijatuhi azab petir dan gempa bumi yang dasyat.18. Mukjizat Nabi Sulaiman: Salah satu mukjizat Nabi Sulaiman yang paling mashyur adalahkemampuannya berkomunikasi dengan binatang. Nabi Sulaiman juga merupakan raja yangsangat bijaksana dan kekuasaannya mencakupi seluruh manusia juga bangsa jin.19. Mukjizat Nabi Syuaib: Nabi Syuaib diutuskan untuk menyebarkan ajaran Islam di daerahMadyan, namun masyarakat Madyan menolak ajaran tersebut hingga akhirnya Allahmenurunkan azab berupa petir dan kilat yang menghanguskan mereka.20. Mukjizat Nabi Yahya: Nabi Yahya seorang yang sangat tegas dan mengajarkan sesuatukebenaran harus ditegakkan dengan apa cara sekalipun. Contohkan ketika nabi berkerasmelarang pernikahan antara seorang baapa saudara dengan anak saudaranya sendiri.21. Mukjizat Nabi Yaqub: Nabi Yaqub adalah moyang para rasul sebelum masa NabiMuhammad. Sikap dan cara pemikiran Nabi Ya‟kub mempengaruhi cara pemikiran para rasulketurunannya, serta kaum Yahudi dan kemudian Nasrani yang berusaha menjadi penegak panjikeesaan Allah sebelum datangnya ajaran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.22. Mukjizat Nabi Yunus: Kisah Nabi Yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah, namuntidak mendapat sambutan baik dari masyarakanyat. Dalam perjalanannya menjauhi daerahkaumnya kerana bimbang akan dibunuh oleh kaumnya, kapal yang ia tumpangi dipukul ombaklalu karam dilautan. Akhirnya setelah beberapa kali undian, mereka memutuskan bahawa NabiYunus akan dikorbankan untuk dicampak dan ditenggelamkan ke dalam lautan demi menjaminkeselamatan penumpang yang lain dari karam dan tenggelam dilautan.
  12. 12. Namun mukjizat Allah tiba, Nabi Yunus dimakan oleh seekor ikan yang besar iaitu ikan paus/ikan nun, dan Nabi Yunus ditemukan masih hidup didalam perut ikan tersebut sambil memohonkeampunan.23. Mukjizat Nabi Yusuf: Nabi Yusuf dikisahkan dalam riwayatnya sebagai seorang pemudayang sangat tampan dan sangat gagah dan bijaksana dalam memimpin negaranya. Sejak kecilNabi yusuf mendapat mimpi yang luar biasa dan ketika besar Allah mengurniakan mukjizatkepada nabi Yusuf iaitu dia dapat mentakwilkan/ mentafsirkan mimpi tersebut, sehingga diasangat dihormati oleh masyarakat sekitarnya dan dilantik menjadi menteri.24. Mukjizat Nabi Zakaria: Nabi Zakaria dan istrinya, Isya, membaktikan diri untuk menjagaBaitul Maqdis - Rumah Ibadah peninggalan Nabi Sulaiman di Yerusalem. Nabi Zakariadikurniakan zuriat keturunan oleh Allah SWT di saat usianya sudah cukup uzur, iaitu sekitar 100tahun , dan anak Nabi Zakaria juga dilantik menjadi rasul iaitu Nabi Yahya.25.Mukjizat Nabi Muhammad SAW:Mukjizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:-1)Perkataan/ Al-Qawliyyah ( )Mukjizat Perkataan merupakan salah satu dari mukjizat nabi. Salah satu contoh mukjizatperkataan ialah al-Quran. Disebabkan Islam adalah agama yang Allah telah tetapkan bahawa iaakan berkekalan sehingga hari kiamat, maka Allah menetapkan bahawa mukjizat NabiMuhammad saw juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumberkekuatannya secara berterusanNabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, sekaligus sebagai penutup para Rasul-Rasulsebelumnya. Nabi Muhammadlah yang menyempurnakan segala ajaran Islam rasul-rasul yangterdahulu dan menjadi rasul seluruh umat manusia .Mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad sangatlah banyak, salah satunya yangpaling besar dan teragung adalah Kitab Al-Quran, keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizatterbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pedoman hidup buat manusia dalammencapai kebahagiaan yang hakiki sama ada hidup di dunia atau di akhirat.
  13. 13. Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekaldan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran yang menjadipedoman utama kehidupan manusia. Keajaiban al-Quran dapat dilihat dalam sejarah Umar binKhattab sehingga beliau memeluk Islam. Sebelum Islam, Umar seorang lelaki bengis dan kejamdan pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad Detik perubahan Umar berlaku selepasbeliau menghayati beberapa ayat dari Surah Taha ketika pergi ke rumah adiknya, Fatimah .Beliau berkeyakinan apa yang didengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indahyang tiada tolak bandingnya dan pada hari itu juga, Umar terus memeluk agama Islam.Begitulah besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubah peribadiUmar daripada seorang yang begis dan kufur sehingga menjadi insan yang beriman kepadaAllah. Allah berhak memelihara kesucian kitab al-Quran daripada dicemari daripada diubah suaioleh manusia. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara danmenjaganya”.(Surahal-Hijr,ayat9).Tiada seorang manusia yang mampu mencipta walaupun satu ayat setanding dengan al-Quran.Bagi mereka yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian pastinya akan rasa bahagia.Allah berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabargembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan (amalan) yang soleh; sesungguhnyauntuk mereka itu pahala yang besar.” (Surah al-Israk-ayat 9).Umat Islam perlu berusaha mendalami al-Quran dan jaangan sampai mereka menjadi „buta‟ al-Quran. Sedangkan bahan bacaan santai lain boleh dihabiskan dalam tempoh tertentu tetapikenapakah al-Quran dipinggirkan dan hanya menjadi perhiasan di rumah.Manusia yang sering dibelenggu keresahan, gundah-gulana dan kesempitan perlu sentiasamendampingi Al-Quran supaya mereka kembali mendapat kekuatan, semangat, kesenangan sertaketenangan dijiwa. Itulah rahmat yang Allah berikan kesan daripada beramal dengan mukjizatagung Kitab suci Al-Quran, kitab yang menjadi panduan hidup seluruh umat manusia.
  14. 14. 2)Kejadian/ Al-Kawniyyah ( )Mukjizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad saw adalah dalam bentuk pertolongan,bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mukmin. Sebahagiannya berlaku untukmembawa manfaat kepada orang-orang mukmin, atau menolak bahaya daripada mereka. Mukjizat yang berlaku kepada Rasulullah SAW pula, iaitu mukjizat yang mana Allahtelah mengurniakan ilmu tanpa belajar. Pernah musuh-musuh baginda di kalangan orang-orangYahudi telah menghantar pendita-penditanya untuk menguji Baginda. Mereka menyoal bagindadengan tujuan memberi malu, menjatuhkan maruah dan kewibawaan Baginda. Pada kebiasaanyaseseorang yang tidak pernah belajar di mana-mana sekolah, yang tidak tahu membaca danmenulis pula, tentulah tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tetapi yanganehnya, semua soalan yang diajukan walau apa bentuk masalah atau persoalannya, semuanyadapat dijawab oleh Rasulullah SAW dengan baik dan tepat. Dan ini sangat memeranjatkan musuh. Bahkan mereka pula yang malu dan akur denganjawapan-jawapan Baginda itu. Akhirnya mereka pulang dengan hampanya. Bahkan apa yanglebih memeranjatkan lagi iaitu ketua pendita mereka sendiri telah memeluk Islam, setelahpendeta tersebut merasakan kebenaran Rasulullah SAW. Ini berlaku di luar logik.Inilah yangdikatakan mukjizat maknawiah. Allah kurniakan mukjizat ini menunjukkan perlu di waktu itudan sesuai pula dengan hal-hal semasa kerana yang datang itu semuanya cerdik pandai yanghendak menguji keilmuan Rasulullah SAW. Kalau tidak tentulah kebenaran Allah dan Rasul-Nya akan ditolak oleh musuh buat selama-lamanya.
  15. 15. Mukjizat Nabi Musa a.s. adalah tidak sama dengan mukjizat Nabi Khaidir a.s. sedangkansebagaimana yang kita tahu, Nabi Musa a.s. itu lebih besar darjat dan keutamaannya berbandingdengan Nabi Khaidir a.s. Nabi Musa salah seorang Ulul Azmi sedangkan Nabi Khaidir a.s. hanyanabi, bukan rasul. Bahkan terdapat sesetengah ulama yang masih lagi mempertikaikan tentangkenabian Nabi Khaidir. Ada yang menganggap beliau hanya orang soleh yang bertaraf walisahaja. Pernah di suatu ketika, yang mana Nabi Khaidir diberi mukjizat maknawiah (batin).Walhal di waktu itu tidak diberi kepada Nabi Musa. Tiga hari saja mereka dapat berkawan.Sedangkan sebelum itu Nabi Khaidir sudah mengingatkan Nabi Musa, “Kau takkan sanggup ikutaku, kau takkan tahan sabar.” Ini adalah kerana peranan antara nabi dengan rasul itu berbeza.Nabi bukan pemimpin sedangkan rasul adalah pemimpin. Nabi mengikut takrifnya ialah seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakalyang diberi wahyu tetapi hanya untuk dirinya sendiri dan tidak wajib menyampaikannya kepadaorang lain. Bila tidak wajib menyampaikan,ini bermakna dia bukanlah seorang pemimpin.Sedangkan rasul, seorang lelaki Islam yang merdeka, baligh dan berakal yang diberi wahyu dandia wajib mengamalkannya dan wajib menyampaikan kepada umatnya. Maknanya, dia
  16. 16. pemimpin dan pendidik. Nabi Musa a.s. seorang rasul, dia memimpin dan mendidik kaumnya.Antara mukjizat maknawiyah yang ada pada Nabi Musa a.s. ialah tahan sabar, kuat azam, kuatjiwa berhadapan dengan Firaun. Nabi Musa as merupakan seorang nabi yang sangat penyabar bila disusah-susahkan olehkerenah pengikutnya serta tahan berpindah-randah di tanah gurun panas yang mencengkam ituatau bila sejuk terlalu dingin. Ketabahan hatinya itu Allah nilai. Akhirnya Allah marah kepadaBani Israil dengan disesatkan mereka selama 40 tahun dan dibiarkan terumbang-ambing diPadang Teh. Nabi Musa juga turut sama teruji bersama-sama pengikutnya itu. Walhal kesalahanitu bukan dibuat olehya. Tetapi kerana Allah hendak menghukum orang lain, dia juga turut samaterhukum. Walau bagaimanapun dia tetap tahan menderita dan sabar dengan ujian yang sangatmenyeksakan itu. Tahan jiwa, tahan sabar, kuat azam, teguh hati dan tabahnya dengan ujianyang berat yang datang dari perangai jahat umatnya. Ini mukjizat maknawiyah yang berlakupadanya. Tetapi pada kebanyakan orang, bentuk-bentuk ini tidak dianggapnya sebagai mukjizatkerana tidak dapat dilihat dengan mata kepala. Berbeza pula mukjizat maknawiah (batin) yang berlaku pada Nabi Khaidir yaitudikasyafkan. Dia nampak apa yang bakal berlaku iaitu kapal akan dimusnahkan olehperompak,dengan sebab itu, kapal itu ditenggelamkannya. Cuba bayangkan kalau Nabi Musapun dapat mukjizat maknawiah begitu? Dia juga kemudiannya akan tenggelamkan kapal itu.Walhal dia pemimpin umatnya. Tentulah pengikutnya lebih sulit hendak mengikutkepimpinannya dan akan mempertikaikan perbuatannya. Dia dianggap pula sebagai perosak danpenzalim. Itulah juga antara hikmah yang tersembunyi yang hanya dapat dinilai denganmenggunakan akal yang waras. Apa pula yang akan terjadi kepada pemimpin sekarang ini, kalauAllah kurniakan dia keramat maknawiah, katalah dia membakar Mercedes atau membunuh orangdengan sebab dia nampak batin orang itu akan merompak dengan menggunakan Mercedes itu.Apa yang akan difikirkan oleh orang ramai ? Bolehkah orang ramai terima kepimpinan begitu?Tentu orang akan menolak bahkan boleh jadi orang akan tuduh dia sebagai pembunuh! Jadi NabiKhaidir diberi mukjizat bentuk itu kerana dia tidak memimpin ummah.
  17. 17. Manakala Nabi Musa a.s. tidak diberikan mukjizat maknawiah seperti Nabi Khaidir a.s.di waktu itu. Kalaulah Nabi Musa diberi kasyaf, nampak apa yang akan terjadi sepertimana NabiKhaidir, tentulah haru-biru masyarakat. Ada yang akan marah dan mengamuk kerana harta bendamereka dijahanamkan. Sedangkan mengenai strategi perang atau berkait dengan hal-halkeselamatan ummah, Allah kurniakan mukjizat lahir pada Nabi Musa a.s. bukan untuk dirinyatetapi untuk keselamatan umum. Buktinya, sewaktu tali-tali ahli-ahli sihir Firaun bertukarmenjadi ular, tongkat Nabi Musalah yang berperanan menjadi ular besar yang menelan habiskesemua ular-ular Firaun itu. Bukankah ini di luar logik, di luar kebiasaan. Inilah mukjizat zahir.Allah lakukan sihir itu tidak memberi kesan langsung dan tongkat mampu menjadi ular besaryang menelan seluruh ular-ular itu. Ini menunjukkan mukjizat bentuk itu amat perlu di waktu ituuntuk meyakinkan orang ramai yang menyaksikan tentang keagungan Allah dan demimenyelamatkan keyakinan umat. Di atas kejadian-kejadian inilah akhirnya ahli-ahli sihir itu turut beriman kepada Allahdan kepada Nabi Musa. Firman Allah SWT: “Lalu ahli-ahli sihir itu bersujud seraya berkata:„Kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa‟.” (At Taha: 70)Begitu juga mukjizat tongkat Nabi Musa dapat membelah laut sewaktu dikejar Firaun dantentera-tenteranya. Ini perlu di waktu itu untuk keselamatan Nabi Musa dan kaumnya. Sekali-gusmembunuh mati penentang-penentang Allah itu. Ini juga luar biasa dan di luar logik. Manamungkin hanya sebatang tongkat bisa membelah lautan? Mustahil. Tetapi itulah yang terjadi dantelah berlaku. Inilah mukjizat lahir Nabi Musa yang berlaku yang sangat diperlukan oleh NabiMusa demi untuk menyelamatkan umatnya. Allah lakukan ini semua untuk keselamatan kekasih-Nya dan meyakinkan lagi kaumnya. Contoh mukjizat Nabi Ibrahim pula, Raja Namrud dan rakyatnya kerana terlalu marahdengan pegangan dan perjuangan Nabi Ibrahim lantas menangkap dan mahu membunuhnya.Dicampakkan ke dalam api yang menjulang tinggi laksana gunung. Api mengikut kebiasaanadatnya membakar. Tetapi dengan izin dari Allah Api di waktu itu tidak pun membakar NabiIbrahim. Bahkan berlaku sebaliknya. Nabi Ibrahim terasa sejuk. Ini berlaku di luar kebiasaanatau di luar logik. Inilah mukjizat zahir. Allah lakukan api sebesar itu tidak menjadi sebab
  18. 18. membakar Nabi Ibrahim. Hal ini amat perlu di waktu itu. Kalau tidak, tentunya Nabi Ibrahimsudah terbakar hangus.RUMUSAN/ KESIMPULAN Sebagai rumusan daripada huraian-huraian di atas, nyatalah Allah kurniakan mukjizatpada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya bukan sesuka hati, tetapi diberi mengikut keperluan semasa.Untuk tujuan kemudahan, keindahan dan keselamatan ummah. Kebanyakan nabi-nabi dan rasul-rasul diberikan mukjizat maknawiah lebih daripada mukjizat lahiriah. Rasul-rasul yang palingbanyak mendapat mukjizat lahiriah dan maknawiah ialah di kalangan lima orang yangberpangkat Ulul Azmi sahaja. Iaitu Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa danNabi Nuh a.s. Mereka ini semuanya terlalu kuat azam, hati teguh, hati terlalu kuat bergantungdengan Allah, sabar dan tabah dalam meng-hadapi ujian-ujian dan kedegilan kaum-kaummereka. Demi-kianlah huraian secara ringkas tentang mukjizat. Moga-moga kita sama-samamemahami dan menghayatinya

×