Tugasan usul fiqh2

1,110 views
1,032 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,110
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan usul fiqh2

  1. 1. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Hukum Al-Nasakh dan Pembahagiannya1.0 PendahuluanSememangnya dalam syari’at Islam mempunyai konsep nasikh dan mansukh, namunjumhur ulamak sepakat hanya beberapa ayat dan surah tertentu sahaja yang terlibat.Mustahil berlaku nasakh terhadap semua ayat al-Quran.2.0 Pengertian Nasakh2.1 Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna-makna berikut:- 2.1.2 Izalat ْ‫إِزَالَة‬ ( menghilangkan) seperti : ُ‫نَسَخَتِ الشّمْس‬ّ‫الْظل‬ ِ Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang. 2.1.2 ‫نَقْلِ وَتَحْوِيْل‬ (memindahkan atau menyalin) seperti: ُ‫نَسَخْت‬َ‫الكِتاَب‬ Maksudnya : Saya menyalin buku.2.2 Nasakh dari segi istilah ulama’ usul Fiqh ialah: ُ‫بَياَنُ انتِهاءِ حُكْمٍ شَرْعِيّ بِطَرِيْقٍ شَرْعِيّ مُتَرَاخٍ عَنْه‬ َMaksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’ dengan adanya jalan syara’ yangterkemudian membatalkannya. -1-
  2. 2. SLQ 3332 Usul Fiqh 22.3 HuraianBayan ( ‫بيان‬ ) adalah umum merangkumi menyatakan permulaan ( ‫إبتدأ‬) sepertimenyatakan atau menerangkan mujmal atau am atau mutlak dan menyatakan terhenti(‫انتهاء‬ ) Ibtida’( ‫ ) إبتدأ‬Gunanya ialah untuk mengeluarkan semua jenis menyatakanpermulaan ( ‫ ) إبتدأ‬seperti menerangkan / menyatakan mujmal , am dan mutlak.Hukum Syari’e gunanya untuk mengeluarkan hukum akal iaitu hukum, al-biratu al-asliyah ( terlepas tanggungjawab pada asal) kerana menyatakan terhenti al-biratu al-asliyah dengan disyari’atkan hukum-hukum pada permulaan tidak dinamakan nasakh.Pensyari’atan puasa Ramadhan adalah menyatakan terhenti al-biratu al-asliyah yangmenghendaki tinggal puasa maka ia tidak dinamakan nasakh kerana hukum syara’ ialahKhitab Allah sedangkan al-biratu alasliyah bukanlah khitab Allah.2.4 Menurut Istilah 2.4.1 Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yang membatalkannya. 2.4.2 Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada dengan sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yang tiba kemudian daripadanya.Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau merubah hukum syarakdengan dalil yang turun kemudian. Di mana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun -2-
  3. 3. SLQ 3332 Usul Fiqh 2tidak bersama. Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti atau mansukhdan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yang mengganti.13.0 Syarat al-NasakhUntuk menasakhkan sesuatu nas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:3.1 Iaitu hukum yang dinasakhkan mestilah hukum yang berbentuk amali bukanhukum akal yang telah tetap. Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidak mungkindapat dinasakhkan lagi.3.2 Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh ataukulli. Justeru itu al-Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakati oleh ulamak sudutkebaikan dan keburukan sepeti amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak mungkindapat dinasakhkan.3.2 Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebih dahulu daripada pengganti .3.3 Hukum yang digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukanpenggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas.Jika begitu, akan menimbulkan percanggahan kerana yang menurunkan nas penggantidan yang diganti atau nasikh dan mansukh adalah Allah. Justeru itu ulamak Fiqh sepakatjihad tidak akan dinasakhkan. Sebagaimana sabda nabi daripada riwayat Anas bin Malik:Maksudnya : Jihad itu berlangsung sejak aku diutuskan hingga orang terakhir di kalanganumatku membunuh Dajjal.21 Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 4222 Abu Daud, al-Jihad, 2170 -3-
  4. 4. SLQ 3332 Usul Fiqh 23.4 Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyaikeahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukum sebelumnya.3.5 Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannya adalahsama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dandilalahnya.3.6 Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-Mansukhbenar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapatdikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan , seperti : Ta’wil, nas tersebuttidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imam al-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yangmenasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun iaberlawanan dengannya, tetapi sama sudut jenis.33.7 Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al-Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarakdan berlaku sewaktu hayat baginda.4.0 Hikmat al-Nasakh3 Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami ( t.t) , hal. 443 dan 444 -4-
  5. 5. SLQ 3332 Usul Fiqh 24.1 Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang-kadangkemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.4 Ia adalah matlamat utama disyari’atkanhukum, kerana kemaslahatan-kemaslahatan ini kadang-kadang berlainan dengan sebabberlainan keadaan dan masa dan apabila disyaria’atkan sesuatu hukum kerana adakemaslahatan kemudian hilang ia ( kemaslahatan) maka yang sesuai ia dengannya padaketika itu ialah tamat hukum yang disyariatkan kerananya.Sebagai contohnya adalah seperti berikut:Diriwayatkan bahawa satu rombongan orang-orang Arab datang ke Madinah padabeberapa hari Hari raya korban dan mereka memerlukan kemudahan dan kelapangan.Lalu Rasulullah (SAW) melarang mereka dari menyimpan daging-daging korban demiuntuk memenuhi kemaslahatan ini. Ketika keadaan ini berakhir dan orang-orang yangdatang ke Madinah tidaklah lagi memerlukan kemudahan dan kelapangan makahukumnya pun berubah iaitu diharuskan menyimpan daging-daging korban. Rasulullah(SAW) telah bersabda berhubung dengan itu:-‫إِنّمَا نَهيْتُكُم عَن ادّخاِر لُحُوْم الَضَاحِى لَجْل الدّافّة الّتِي‬ ِ ِ ِ َ ِ ْ َ‫دَفّت فَكلُوْا وَادّخِرُوْا‬ ُ ْMaksudnya : Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menyimpan daging-dagingkorban kerana rombongan yang datang ke Madinah pada beberapa hari tasyrik, makamakanlah dan simpanlah kamu.4.2 Kadangkala untuk menghilangkan kesempitan .4 Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2, ( 1986 ) , hal.934, 937 dan 938 -5-
  6. 6. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Ia selaras dengan dasar syaria’t yang tidak membebankan umatnya. Di antara contohnyamelarang dari minum arak pada peringkat permulaaan sedangkan ia terkenal di kalanganArab dan di antara kebiasaan mereka ialah meletakkan atau menuangkan minuman arakke dalam bekas-bekas tertentu, lalu baginda melarang mereka dari minum minuman yangharus di dalam bekas-bekas yang pada masa dahulu mereka menuangkan arak kedalamnya demi untuk menutup jalan dan menjauhkan mereka dari setiap perkara yangmembawa mereka kepada mereka kepada terjerumus ke dalam perkara-perkara yangdiharamkan, lalu sebahagian daripada para sahabat mengadu kepada Rasullullah tentangkesulitan dan kesempitan yang mereka tempuhi akibat dari larangan ini, makarasullullah(SAW) mengharuskan mereka meminum minuman yang harus di dalam semuabekas dan membataskan larangan kepada minum minuman yang memabukkansebagaimana sabdanya: ‫كُنت نَهَيتُكُم الَشْرِبَة فِى الظّرُوْفِ، وَإِن ظَرْفا ل َ يُحِل شَيْئا‬ ّ ّ َ ُ ْ ُ ْ ُ‫,وَل َ يُحَرّمُه‬ ‫فَاشْرَبُوْا فِيْمَا شِئْتُمْ, وَل َ تَشْرَبُوْا مُسْكِرًا‬Maksudnya: Dahulu aku melarang kamu dari meminum minum-minuman di dalambekas-bekas ( bekas arak ) dan sesungguhnya arak tidaklah menghalalkan sesuatu danmengharamkannya, maka minumlah kamu dalam mana-mana bekas yang kamukehendaki dan jangan kamu meminum minuman yang memabukkan.4.3 Meraikan beransur-ansur syari’atIni tidak akan mengejutkan mereka yang disyaria’tkan hukum baginya dengan suatusyari’at yang menyulitkan mereka atau yang meliarkan jiwa-jiwa mereka daripadanya.Di antara maksud beransur-ansur ialah datang hukum-hukum taklifi sedikit demi sedikitdan selarasnya dengan keadaan –keadaan mereka yang disyariatkan hukum-hukum -6-
  7. 7. SLQ 3332 Usul Fiqh 2baginya supaya jiwa-jiwa mereka bersedia menerimnya dan beramal mengikut kehendakAllah . Di antara contohnya ialah :4.3.1 Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkan dua rakaat pada waktu pagi danpetang sebagai kasihan belas terhadap manusia kerana mereka baru sahaja dengan Islamdan belum merasai kelazatan munajat di dalamnya. Maka ketika jiwa mereka merasaitenteram dan tenang Allah menjadikannya lima kali sembahyang di dalam waktu-waktudan rakaat tertentu.4.3.2 Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah dikurung di dalamrumah bagi perempuan dan disakiti dengan perkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskanoleh al-Quran:(Surah al-Nisa’ : 15 dan 16)Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksiterhadap perbuatan mereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksi terhadapperbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngan saksi itu mengesahkanperbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam -7-
  8. 8. SLQ 3332 Usul Fiqh 2rumah hingga mereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagi mereka jalankeluar ( dari hukuman itu ).Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu(setelah thabit kesalahan mereka ) maka hendaklah kamu menyakiti keduanya, kemudianjika mereka bertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) maka biarkanlahmereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat lagi amat luasrahmatNya.5.0 Bahagian-bahagian NasakhNasakh terbahagi kepada empat bahagian,5.1 Nasakah secara terus terangIaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya yang terkemudianmembatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah:(Surah a-Anfal: 65 dan 66 -8-
  9. 9. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untukberperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar nescaya mereka dapatmenewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh yang kafir itu ), dan jika ada di antarakamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir,disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti.Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah diwajibkan dahulu)kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamuseratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , danjika ada di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang dengan izinAllah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar.5.2 Nasakh Secara KandunganIaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum yang terlebihdahulu dengan sekiranya tidak mungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukummelainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukum bahawa hukum yangterkemudian, menasakhkan hukum yang terdahulu dengan tidak dinyatakan secaraterang-terang bahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yang terdahulu diantara contohnya:(Surah al-Baqarah: 180)Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampir mati, jika ia adameninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatdengan cara yang baik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. -9-
  10. 10. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat melalui ayat ini,kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum yang bertentangan dengan hukum-hukum didalam ayat tersebut dengan menghukum membahagikan harta peninggalan mengikutbentuk yang datang di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah :( Surah al-Nisa’: 11 )Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian pusaka untuk) anak-anakkamu iaitu bahagian seorang anak-anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan dengan jelaspembahagian-pembahagian pusaka selain dari anak-anak, dengan sebab itu kita dapatibahawa hukum yang kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya atautidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di antara keduanya kecuali dengannasakh, dan menunjuk ke atas nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka: ٍ‫إِن ا أَعْطَى كُل ذِي حَق حَقّه فَل َ وَصِيّة لِوَارِث‬ َ ُ ّ ْ ّ َ ّMaksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang mempunyai hak akanhaknya maka tidak sah wasiat kepada waris.5.3 Nasakh Keseluruhan - 10 -
  11. 11. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Ialah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang terdahulu danmerangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah:Surah al-Baqarah: 234Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang merekameninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber’idah)selama empat bulan sepuluh hari.Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu disyari’atkanNya bagikesemua perempuan-perempuan yang terkandung dalam firman Allah :Surah al-Baqarah : 240Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkanisteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati( makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidakdisuruh pindah dari tempat tinggalnya. - 11 -
  12. 12. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun yang difahamkandari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama yang menunjukkan bahawa hukumber’idah perempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari sahaja.5.4 Nasakh SebahagianIaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi tiap-tiaporang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain daripada orang-orangmukalaf.Di antara contohnya ialah firman Allah:Surah al-Baqarah : 234Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beri’dah) empat bulan sepuluhhari.Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang matisuaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah empat bulansepuluh hari. - 12 -
  13. 13. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Kemudian turun firman Allah:Surah al-Talak : 4Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialahhingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung sama adadiceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak kandungannya, justeru itu,ayat ini menasakhkan ayat pertama secara sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuanyang tidak mengandung dan mati suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendakayat pertama iaitu empat bulan sepuluh hari.56.0 Cara-cara berlaku NasakhNasakh terkadang adalah ia dengan disyaria’tkan hukum baharu sebagai gantinya danterkadang adalah ia tanpa diganti dengan hukum baharu.Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada hukum yang dimansukhkan terkadangadalah ia sama dengan hukum yang dimansukhkan atau telebih ringan atau terlebih beratdaripadanya.Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang sama denganhukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap ke Baitul Maqdis dengan keBaitullah al-Haram di dalam solat.5 Badran Abu al-Aynayn ( 1969 ), Usul al-Fiqh, hal. 471-473 - 13 -
  14. 14. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih ringan dengan menghukum yangdinasakh ialah nasakh pengharaman melakukan persetubuhan pada waktu-waktu malamdi bulan Ramadhan setelah jaga daripada tidur dengan diharuskannya pada waktu malamRamadhan kerana firman Allah:Surah al-Baqarah : 187Maksudnya : Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan ister-isterikamu .Di antara contoh nasakh dengan hukum yang terlebih berat daripada hukum yangdinasakh ialah nasakh harus meminum arak dengan diharamkannya.Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh harus nikahmuta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebahagian daripadabeberapa peperangan kemudian baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia ,ِ‫يَأَيّهَا النّاس اِنى كُنت قَد أَذِنْت لَكُم فِى الِسْتِمْتَاع بِالنّسَاء‬ ِ ْ ُ ْ ُ ْ ّ ُ َ‫وَإِن ا‬ّ ٌ‫قَد حَرّم ذَلك الَى يَوْم الْقِيَامَةِ، فَمَن كَان عِنْده مِنْهن شَىء‬ ْ ّ ُ ُ َ َ ْ ِ ِ َ ِ َ ْ ُ‫فَلْيُخِل سَبِيلَه‬ ْ ّ ‫وَل َ تأْخُذُوْا مِمّا آتَيتُمُوْهُن شَيْئا‬ ّ ْ َMaksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamubernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan bahawasanya Allah mengharamkandemikian itu sehingg Hari Qiamat, maka barangsiapa ada di sisinya mana-manaperempuan daripada mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamumengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya kepada mereka. - 14 -
  15. 15. SLQ 3332 Usul Fiqh 27.0 Harus Berlaku NasakhNasakh berlaku semasa hayat rasulullah (SAW) kerana nasakh tidak berlaku kecualimelalui wahyu dan ia ( wahyu) berkemungkinan turun semasa hayatnya Rasulullah(SAW) Rasulullah (SAW) dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan keranabaginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak ada lagi nabi selepasnyasebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran :Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku nasakh mana-manahukum sama sekali kerana wahyu tidak ada lagi pada masa itu, dengan sebab itu makakesemua hukum-hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan tidaklahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya adalah ia teguh dan tetap selepasfirmannya,Surah al-Akhrab : 40Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada anak angkat) menjadibapa yang sebenar bagi seorang daipada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah(SAW) dan kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah kesudahansyaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari Qiamat.68.0 Dalil-dalil Yang Menasakhkan6 Badran Abu al-Ay’nayn Badran, ( 1969 ) ,Usul al-Fiqh , hal. 478 - 15 -
  16. 16. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa sesuatu dalil tidak bolehdinasakhkannya kecuali oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat daripadanya,jika sekiranya dalil itu mutawatir maka tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalilmutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak Hanafi.Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana iasepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir dan masyhur kerana kedua-duanyaterlebih kuat daripadanya.Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus dinasakhkannya kecuali dalilqath’i al-dilalah.Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pandanganulamak tentangnya sebagaimana berikut:8.1 Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-SunnahAl-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua-duanya dari segidilalah kerana sama dari segi kekuatan.Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak berselisih pendapat tentangharusnya:Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran dengan hadis mutawatirkerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan dan dengan hadis masyhur pada - 16 -
  17. 17. SLQ 3332 Usul Fiqh 2pandangan ulamak Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi tidakharus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia lebih rendah daripada al-Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah tidak bolehmenasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah pendapat yang rajih.Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e berpendapat bahawa tidakharus dinasakhkan al-Quran degan al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur.Di antara alasan jumhur ulamak ialah bahawa Allah telah mewajibkan wasiat kepadakedua ibu bapa dan keluarga-keluarga terdekat dengan firmanNya:-Surah al-Baqarah:180Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu hampir mati jika iameninggal harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan carayang baik , sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda rasulullah (SAW): ٍ‫ل َ وَصِيّة لِوَارِث‬ َ Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris(diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.)7Di antara alasan al-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah ialah firman Allah:7 Haji Hassan bin Haji Ahmad, ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal. 503 - 17 -
  18. 18. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Surah al-Baqarah:106Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) atau yangkami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanyaatau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah amatberkuasa atas tiap-tiap sesuatu .Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menyandarkan ganti ayat yang dinasakhkanitu kepada dirinya sendiri dan yang didatang diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja,maka yang menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan Allah telahmenjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti terlebih baik daripada yang dinasakhkanatau sama denannya. Al-Sunnah tidaklah ia terlebih baik dari al-Quran dan tidak samadengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti al-Quran danmenasakhkannya. Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan firmanNya:-Surah al-Baqarah:106Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiapsesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari mereka yang mempunyai kekuasaan yangsempurna iaitu Allah.Oleh yang demikian, maka menasakhkan itu adalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulahal-Quran bukan al-Sunnah. - 18 -
  19. 19. SLQ 3332 Usul Fiqh 28.2 Nasakh al-Sunnah Dengan al-SunnahHarus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah jika sama keduanya dari segi thabit dandilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannyakecuali dengan mutawatir atau masyhur di sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad,maka harus dinasakhkannya dengan hadis mutawatir dan mayshur kerana kedua-duanyaterlebih kuat dari ahad sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis ahad.8.3 Nasakh al-Sunnah Dengan al-QuranHarus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran walaupun ia mutawatir atau masyhurmengikut pendapat yang rajih daripada beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al-sunnahadalah wahyu dari Allah sebagaimana al-Quran dan tidak ada halangan dinasakh wahyudengan wahyu yang lain kerana ada persamaan di antara keduanya dari segi ini dankerana thabit nasakh al-sunnah dengan al-Quran di dalam beberapa masalah di antaranya:8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di dalam solat pada permulaan Islam adalahthabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya dengan menghadap ke Baitullah al-Harammelalui firman Allah :Surah al-Baqarah : 144Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah Masji al-Haram ( tempat letaknyaKa’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. - 19 -
  20. 20. SLQ 3332 Usul Fiqh 28.3.2 Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam bulanRamadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun sekejap selepasMaghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya. Hukum ini adalah thabitdengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh dengan isterinya selepas ‘Isyaklalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan menceritakan apa yang telah beliaulakukan . Baginda Rasulullah menjawab :” Engkau tidak sepatutnya melakukan demikianwahai ‘Umar”, maka bangun beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka jugasudah terlibat dengan perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah :Surah al-Baqarah : 187Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri-isterikamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagaipakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu sesungguhnya mengkhianati dirisendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang,setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagikamu, dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahayasiang ) dari benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudiansempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (Maghrib) - 20 -
  21. 21. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran.8.4 Nasakh dengan Ijma’Jumhur ulamak berpendapat bahawa ijma’ tidak harus menasakhkan nas dari al-Qurandan al-Sunnah kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak mungkin berlaku ijma’menyalahinya dan jika ia adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’ meyalahinya tetapiijma’ ini hanya berlaku kerana berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat padapandangan ulamak-ulamak- yang sepakat tentang nas tersebut dan di dalam keadaan initidaklah yang menasakhkan nas itu ijma’ malah yang menasakhkannya itu ialah nas yangterbina ijma’ ke atasnya.8.5 Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al-SunnahSebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al-Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harusal-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’, kerana yang menasakh mestilahterkemudian daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al-Sunnah adalah mendahului ijma’,kerana ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat baginda Rasulullah (SAW). Olehyang demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau al-Sunnah menasakhkan ijma’.8.6 Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’ - 21 -
  22. 22. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila terlaksana wajibberamal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh yang demikian apabila berlakuijma’ selepasnya yang mana ia menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sahdan tidak boleh beramal dengannya.Beginilah kebanyakan ulamak usul Fiqh membuat ketetapan secara itlaqnya dan tidakmembezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan ini hanya tertentu dengan bentukijma’ yang bersandar kepada selain daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnahatau qias.Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia dinasakhkan dengan ijma’yang terkemudian apabila berubah maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, keranakehujahan ijma’ yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang kepadaterlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah ijma’ atau sepakat tentanghukum yang hanya berdasarkan kepadanya (maslahah). Jika berlaku perubahan kepadamaslahah tersebut, maka tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudahberubah itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum berdasarkankepada maslahah yang ada.8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ - 22 -
  23. 23. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Tidak harus dinasakah al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu jugatidak harus dinasakh qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’. Ini adalah keranadisyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas al-Quran dan al-Sunnahatau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak bolehberamal dengannya.8.8 Dinasakh Qias dengan QiasTidak harus qias menasakhkan qias yang lain sebagaimana ia juga tidak harusdinasakhkan dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali kecuali dengan pemikirandan ijtihad. Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang kepada mujtahid yangsampai ia kepadanya dengan ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri daripadapara mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya.Berdasarkan kepada perkara ini jika adalah dua qias yang berlainan itu lahir salah satudaripada keduanya dari seorang mujtahid dan yang satu lagi lahir dari mujtahid yang lainnescaya tidak berlaku pertentangan di antara keduanya yang menyebabkan salah satudaripada keduanya menasakhkan dan yang satu lagi dinasakhkan kerana kehujahan tiap-tiap satu daripada keduanya adalah ia dipandang kepada empunya sahaja.Adapun jika kedua-dua qias itu lahir dari seorang mujtahid sahaja , nescaya qias yangkedua adalah bertentangan dengan qias yang pertama tetapi tidak sah bahawa qias yangkedua menasakhkan qias yang pertama, kerana qias lahir dari pemikiran dan ijtihad tidakada jalan baginya di dalam menasakh hukum-hukum dan di dalam keadaan ini wajiblahke atas mujtahid itu meneliti untuk memberati (tarjih) salah satu ke atas yang satu lagi,dan jika nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah ia beramaldengannya , dan jika tidak nyata baginya berat salah satu daripada keduanya hendaklah iaberamal dengan salah satu daripada dua qias yang hatinya tenteram dengannya, dan - 23 -
  24. 24. SLQ 3332 Usul Fiqh 2nyatalah ini dengan jelasnya pada masalah-masalah Istihsan , iaitu ketika berhimpun didalam satu masalah dua qias yang bertentangan: salah satunya zahir ‘ilatnya dan yangsatu lagi tersembunyi ‘ilatnya, di sini tidaklah boleh dianggap salah satu daripadakeduanya itu menasakhkan yang satu lagi. Hanya hendaklah mujtahid itu hendaklahberamal dengan yang rajih (berat) daripada keduanya. Ia (rajih) pada kebiasaannya ialahqias yang tersembunyi ‘ilatnya dan dinamakannya sebagai istihsan.9.0 Kesimpulannya - 24 -
  25. 25. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Berhubung dengan dalil-dalil yang menasakh oleh sebahagian akan sebahagiannya yanglain bahawa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan sebahagiannyayang lain, begitu juga al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabilapersamaan dari segi thabit dan dilalah.Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan di antara al-Quran dan al-Sunnah.Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnah dan tidak sah dinasakhkannyadengan keduanya. Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lainkecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu maslahah kemudianmaslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain bersandar kepadanya ( maslahah yangberubah ) maka ijmak yang terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama.Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al-Sunnah atau ijmakatau qias sebagaimana ia tidak boleh dinasakhkannya dengan salah satu daripada empatdalil tersebut.89.1 Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh Dinasakh8 Zakiuddin Sya’ban ,( t.t) , Usul Fiqh Islami, hal. 313-318 - 25 -
  26. 26. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Hukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yangmenerima dinasakhkan dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan.Hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, paramalaikat, kitab, rasul dan hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat.9.1.2 Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akanberubah dengan sebab berubah keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan,kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan sepertimensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak sebenar,menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain.9.1.3 Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’seperti jihad ke jalan Allah kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah(SAW) : ِ‫اَلْجِهَاد مَاض اِلَى يَوْم الْقِيَامَة‬ ِ ٍ ُMaksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat.Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah(SAW) dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharuratkemudian diharamkannya selama-lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepaspembukaan Mekah : ِ‫,يَأَيّهَا النّاس إِنى كُنت قَد أَذِنْت لَكُم فِى الِسْتِمْتَاع بِالنّسَاء‬ ِ ْ ُ ْ ُ ْ ّ ُ - 26 -
  27. 27. SLQ 3332 Usul Fiqh 2 ُ‫وَإِن ا قَد حَرّم ذَلك اِلَى يَوْم الْقِيَامَةِ، فَمَن كَان عِندَه‬ ْ َ ْ ِ َ ِ َ ْ َ ّ ‫مِنْهن شىْء فَليُخِل سبِيْلَه وَل َ تأْخُذُوْا مِمّا آتَيتُمُوْهُن شَيْئا‬ ّ ْ َ ُ َ ّ ْ ٌ َ ّ ُMaksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinankepada kamu untuk melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dansesungguhnya Allah telah mengharamkan demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, makabarangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana perempuan melalui nikah muta’ahmaka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu pun dari apayang telah kamu berikan kepada mereka.Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhkan ialah hukum-hukumcabang syara’ yang tidak dinaskan oleh syara’ berkekalannya.9Cara Mengetahui MansukhDi antara kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak terlaksanakecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu sekira-kira tidak mungkindihimpun di antara keduanya dan beramal dengan kedua-duanya sekali maka apabiladidapati pertentangan ini di antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudianmenasakhkan nas yang terdahulu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripadakeduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia mempunyai banyakcara di antaranya :1. Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk kepadanya dannas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW): َ‫كُنْت نَهيْتُكُم عَن زِيَارَة القُبُوْر أَل َ فَزُوْرُهَا فَإِنّهَا تُذَكّر الخِرَة‬ ُ ِ ِ ْ ْ َ ُ ‫وَتُزَهّد فِى الدّنْيَا‬ ُ9 Zakiudin Syaaban ,(t.t) Usul Fiqh al-Islami, hal. 312 dan 313 - 27 -
  28. 28. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamumenziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkandunia.Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari menziarahikubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian, maka suruhan menziarahikubur adalah menasakhkan larangan menziarahinya. 2. Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu daripada hadis-hadis begini atau hadis sekian atau ayat sekian lahir semasa peranag Uhud dan hadis lain atau ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata perawi : Adalah yang terakhir dari dua perkara daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir (RA): َ‫كَان آخِر الَمْرَيْن مِن رَسُوْل ا صَلى ا عَلَيْه وَسَلَم تَرْك‬ ْ ِ ُ ّ ِ ِ ْ ِ ِ َ ُ‫الوُضُؤ مَمّا مَست النّار‬ ِ ّ ْMaksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW) adalah tidak berwudhuk keranamakan sesuatu di sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api).Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis ini menunjuk bahawa suruhanberwudhu kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu daripada tidak atautinggal berwudhuk kerananya. Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah menasakhkansuruhnya kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api. 1. Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan nasakh yang satu lagi seperti nas ini menasakhkan hukum begini.Perhatian : - 28 -
  29. 29. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulisandi dalam al-Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah-surah dan ayat-ayat di dalamal-Quran tidaklah berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran.Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan kata sahabat bahawa adalahhukumannya begini kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa perkataannyaitu lahir dari ijthadnya tidak dari Rasulullah (SAW).Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabatadalah ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia menunjukkan bahawasanyaia lahir dari pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka diterima perkataannya tentangdemikian itu.10BibliografiBadran Abu al-Aynayn Badran , Usul al-Fiqh, : 1969 , Kaherah : Darul Maarif.Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh Islami, ( t.t ), Iskandariah : MuasassahSyabab al-Jami’ah .Haji Hassan bin Haji Ahmad, Usul al-fiqh, 2002 , Kuala Lumpur : Pustaka Haji AbdulMajid.10 Zakiudin Sya’ban , ( t.t.) , Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319 - 29 -
  30. 30. SLQ 3332 Usul Fiqh 2Zakiuddin Sya’ban , Usul Fiqh Islami , ( t.t) , Kaherah : Dar al-Taalif .Wahbah al-Zuhaili , Usul al-Fiqh al-Islami, cet. 1: 1986, Damsyik : Dar al-Fikr, , - 30 -

×