Tugasan individu ulum2

  • 1,654 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,654
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SLQ 4042 ULUM AL-QURANPerbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.1.0 PendahuluanMenurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidaksama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yangpendek . Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat.Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat.Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ;a) Assab’uthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Imran,al-Nisaa’, al-A’raf, al-An’am al-Maidah dan Junusb) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti ;Surah hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin.c) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surahal-Anfal, al-Hijr dan sebagainya.d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Surah al-Ikhlas dan sebagainya.1Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-A’dad di dalam KitabIlmu al-Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitabsuci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu adasebanyak tujuh ulama al-A’dad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6 214 manakalapendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula,sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat.1 Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahnya ,(1974) , hal: 19 -1-
  • 2. SLQ 4042 ULUM AL-QURANUlama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapatahli Kufah iaitu sebanyak 6 236 ayat.22.0 Pengertian surahMenurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yangmengesahkan sesuatu ) dari al-Quran.3 Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlahatau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri denganmempunyai permulaan dan akhiran.43.0 Tertib surahBerkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat.Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.3.1 Pendapat pertamaPendapat ini didokong oleh Abu Ja’far al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari.Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapandan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda puladiberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai kini.Bukti-bukti pendapat mereka ada empat .2 Hassan Mahmud al-Hafiz(1986), Tajwid al-Quran, hal:1463 Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), hal: 13244 Rosmawati Binti Ali (1997), Pengantar Ulum al-Quran, hal: 119 -2-
  • 3. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zamannabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslahia adalah merupakan suatu ijma’.3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalamsembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi IbnSyaibah yang bermaksud : “Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal ( surahpendek) dalam satu rakaat”.3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud yang berkatamaksudnya : “Surah Bani Isra’il , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya’:Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mulaaku pelajari”.Selepas itu Ibn Mas’ud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimanatertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmanikerana penyusunan dan penulisannya telah ijma’.3.2 Pendapat keduaPendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihadpara sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi AbuBakar.3.2.1 Hujah pendapat kedua -3-
  • 4. SLQ 4042 ULUM AL-QURANPara sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affanmemerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah ituberdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf dikalangan para sahabat.3.2.1.1 Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman IbnAffan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah ituberdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalanganpara sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :-a) Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun.Iaitu dimulai dengan surah al-A’laq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al-Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani.b) Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa’ kemudian Ali ‘Imran.c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, al-Nisa’ dan kemudian Ali ‘Imran.3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail IbnAbbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliauberkata :“Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun ataumentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan “Tujuh” dan surah yang ke tujuh. -4-
  • 5. SLQ 4042 ULUM AL-QURANDan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah denganBasmalah.”3.3 Pendapat ketigaPendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secarataufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkanijtihad para sahabat. Pendapat ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar :“Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripadaHuzaifah al-Thaqafi , terjemahannya :Rasulullah berkata kepada kami :”Telah datang kepadaku waktu untuk membacabahagian ( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesaimembacanya.” Lalu kami tanyakan kepada para sahabatRasulullah :”Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?”.Mereka menjawab “Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuhsurah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufassaldari Qaf hingga tamat.Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertibsurah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjakzaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surahpada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja. -5-
  • 6. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN4.0 RumusanSebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepatiaitu tertibnya berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat.5 Hal ini telahdisokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari : “Allah telah menurunkanal-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayatturun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasamemberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan.Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi.”Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertamaberdasarkan ijma’ dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yangdikemukakan oleh pendapat pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jikadibandingkan dengan riwayat lain.Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadismarfu’ kepada nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitandengan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada nabi.Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentangtertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh AbuJa’afar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqidaripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakariaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat , manakala pendapat5 Rosmawati Binti Ali (1997), Pengantar Ulum al-Quran, hal: 123 -6-
  • 7. SLQ 4042 ULUM AL-QURANketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dansebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yangpertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melaluipenetapan taufiqi. -7-
  • 8. SLQ 4042 ULUM AL-QURANRujukanHassan Mahmud al-Hafiz , Tajwid al-Quran , 1986 , Dinie Publishers, KualaLumpur.Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran, 1996, Berita PublishingSdn. Bhd. Kuala Lumpur.Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahannya ,1974 , Menteri Agama Republik Indonesia . -8-
  • 9. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN-9-