Sifat umar ibn al

  • 832 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
832
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR BAHRU SLQ 3022 USUL FIQH II TAJUK: ULASAN BUKU SAIDINA UMAR AL-KHATAB DAN LATARBELAKANG DISEDIAKAN OLEH: SITI MASILAH BINTI SOHOD 570717-10-5788 NOOR NAJKHA BINTI MOHD DAWAM 770120-10-5634 NOOR WATI BINTI MOHD DAWAM 760702-10-5034 SEDIAKAN UNTUK: USTAZ SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAN PEMBANGUNAN SOSIALLatar belakang Saidina Umar al-Khattab.
  • 2. Nama lengkap Umar, yang bergelar Abu Hafs ialah Umar ibn al-Khattab binAbdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Ka’ab bin Lu’ai al-Quraisy,tergolong dari suku kaum Adi. Suku kaum Adi dipandang mulia dan tinggi oleh kabilah Quraisy, dan ramai darikalangan suku kaum Adi melahirkan orang-orang yang terkenal dan termasyhur dalamsejarah perkembangan Islam. Garis salasilah Ibn al-Khattab dan nabi Muhammad s.a.w. bertemu padaketurunan yang ke-8. Nasab Umar Ibn al-Khattabdan nabi Muhammad s.a.w. bertemupada nenek mereka yang bernama Kaab bin Luai al-Quraisy al- Kedawi. Dilahirkan di Mekah, empat tahun sebelum perang Fijr, iaitu 13 tahun selepaskelahiran selepas kelahiran nabi Muhammad s.a.w.. Perang al-Fijr adalah pertempuranantara puak Kinanah dan Quraisy di satu pihak, dan puak Hawazin di satu pihak yanglain. Dinamakan al-Fijr sempena insiden pertempuran yang berlaku dalam bulanZulkaedah, iaitu satu bulan yang mulia di kalangan kabilah Arab, yang diharamkanterjadinya peperangan atau pertempuran darah. Beliau membesar dalam keluargamasyarakat berada. Masa kecilnya, beliau memelihara ternakan orang tuanya dan setelah itu diaberniaga, membawa barang dagangan berulang-alik ke Syam. Dibesarkan dari kalangankeluarga yang tidak beragama Islam. Menganut agama Islam setelah memasuki usia remaja iaitu setelah lima tahunnabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Sempat memerintah selama lebih kurang10 tahun, dan wafat pada 27 Zulhijjah tahun 23H akibat tikaman pisau Abu Lu’luahseorang lelaki keturunan Persia. 1Sifat-sifat Umar Ibn Al – Khattab
  • 3. Umar mempunyai banyak kelebihan dari segi sifatnya . Dia seorang pemimpinyang berani , tegas , adil, tawadhu dan penyayang .Terutama sekali dalammelaksanakan hukum ajaran agama Islam. Beliau menegakkan kebenaran . Oleh itu diadisegani semua orang , baik kawan atau lawan . Sebagai contoh pemimpin yang penuhwibawa dan berdidikasi. Beliau menjadi pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang kedua , selepas AbuBakar. Sebelum memeluk agama Islam , beliau meerupakan orang yang kuatmenentang agama Islam . Setelah mendapat hidayah dari Allah , Umar memeluk agamaIslam. Dengan sifat keberaniannya ,beliau dilantik menjadi ketua dalam peperangan.Sifat yang berani melawan musuh, bersama dengan Nabi Muhammaad s.a.w. Seorangkhalifah yang berjaya meluaskan wilayah kekuasaan Islam sehingga , agama Islamtersebar di seluruh wilayah Semenanjung Arab. Sifat ini menjadi model utamabagi menerajui pemerintahan Islam. Masyarakat segan dan takut dengannya, bukankerana tubuhnya tetapi kerana sifat yang unggul. Sebagai ketua pemimpim Umar banyak mempelajari dan meruju kepada NabiMuhammad s.a.w. Serta menjadi ikutan semua orang . Ketika Umar dibaiat olehmasyarakat ramai sebagai khalifah pengganti Abu Bakar r.a. dia dengan lantangmengatakan bahawa dia bersumpah untuk bersungguh-sungguh melaksanakantugasnya sebagai pemimpin umat yang adil dan saksama . Pidato Umar jelas menunjukkan keterbukaan dalam memimpin rakyat . Diaberani menunjukkan arah ke mana rakyat akan dibawa . Sifat tegas dalam memimpintelah diterapkan , selama dia memegang pucuk pimpinan umat Islam sebagai khalifah .Sifat tegas Umar telah diperlihatkan oleh Hasan Ibrahim sebagai berikut : Umar saat tegas terhadap pegawai-pegawainya. Beliau sangat yakin bahawamereka akan menakut-nakuti orang ramai, lalu rela berkorban dengan diri mereka danmengajar akan tabiat yang bacul dan menghina diri. Beliau sentiasa membuka peluangkepada sesiapa sahaja yang ingin menyampaikan rayuan atau aduan kepadanya tentangpegawai-pegawainya. Hal ini selalu diumumkan kepada orang ramai melalui khutbah-khutbahnya. Sifat yang menonjol pada dirinya ialah , sebagai personel semasa menjadikhalifah. Dia terkenal dengan sikap berpegang teguh kepada keadilan. Keadilanmerupakan model dasar untuk melindungi masyarakat dan satu kejayaan memimpinumat. Sifat ini akan berpanjangan dalam pemerintahannya. Sifat tersebut dicacatkan ,dalam buku Abqariyyah Umar,dinyatakan bahawaUmar adalah orang besar yang mempunyai sifat adil , penyayang , bersemangat ,bijaksana , kuat iman dan selalu melaksanakan ajaran Islam. Sifat tersebut menjadicontoh tauladan kepada orang lain. Terhasillah masyarakat harmoni dan makmur.Sebagaimana yang disarankan dalam al-Quran. Umar adalah pemerintah yang terkenal 2
  • 4. dikalangan empat orang tokoh . Iaitu Abu Bakar , Uthman dan Ali . Beliaumenyambung tugas yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam menegakkanhukum Islam ,khalifah Umar sebagai pemerintah tidak mengenal ras, suku, kabilah,pangkat ,jawatan, keturunan dan keluarga . Dia tidak pandang sahabat dalammenegakkan keadilan . Sekali pun kepda gabnor ,pembantunya dan anggotanya sendiri. Beliau berkeyakinan pegawai yang dilantik hendaklah benar-benar bertindaksebagai penegak hukum dan keadilan. Mereka juga sebagai guru al-Quran dan al-sunnah yang mengamalkan dan menyebarkan kepada orang ramai. Maka tidak wajarmenyakiti perasaan dan menakutkan perasaan rakyat. Saiyidina Umar Ibnul Khattab r.a.adalah satu –satunya tokoh besar dalamsejarah umat manusia umumnya. Beliaulah seorang tokoh sahabat, tokoh pahlawanserta tokoh pemerintah yang sentiasa menjadi bahan kajian dan kekaguman ahli-ahlisejarah. Baik ahli-ahli sejarah barat ,serta ahli sejarah Islam kerana memandangkankeunggulan beliau yang sukar dicari bandingannya hingga ke masa ini. Beliau ternyata adalah seorang manusia yang teragung di zamanpemerintahannya. Seorang manusia yang memiliki berbagai kebolehan dan kecerdasandisamping tokoh pahlawan yang sukar dicari tandingan tentang keberanian dankeperkasaannya. Sebelum Islam , Umar merupakan seorang tokoh musyrikin Quraisyyang paling keras sekali tentangnya terhadap agama Islam dan Rasul serta Abu Jahal.Setelah mejadi muslim , telah bertukar menjadi pembela islam . Beliau merupakanpejuang Islam yang dulunya sahabat sebelum Islam. Sebelum Islam Umar terkenal sebagai tokoh bangsawan Quraisy yangmemiliki keutaman sebagai seorang ahli sastera, ahli syair dan seorang yang beranimelahirkan pendapat dan seorang yang berani melahirkan pendapat dan sikapnya secaraterus terang dan tegas kepada orang lain. Saiyidina Umar Al- Khattab r.a. sewajarnya mendapat perhatian yang besar dariahli-ahli sejarah di masa dahulu ataupun di zaman moden.Semasa pemerintahan AbuBakar pun ,baginda mendapatkan bantuan dari Umar yang sentiasa disampingnya.Contohnya ketika berlakunya satu perdebatan yang sengit di Balai Bani Sa idah bagimelantik khalifah yang pertama bagi umat Islam. Berkata Saiyidina Abu Bakar kepadaSaiyidina Umar .” Hulurkan tanganmu hai Umar , kami sekelian mengangkatmu jadikhalifah.” “Beliau lebih utama daripadaku ,” jawab Umar dengan tegasnya menolakpercalonan dari sahabatnya itu. Saiyidina Umar Al –Khattab r.a. adalah khalifah kedua umat Islam sesudahwafatnya khalifah Abu Bakar, yang telah memerintah dari tahun 634 hingga 644 M.Umar berasal dari suku Bani Adi ,dari kalangan qabilah Quraisy, yang telah masukIslam pada 4 tahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. Beliau mendapat gelaran“Al- Faruq" oleh Rasullah s.a.w. yang bererti “orang yang dapat membezakan antara 3
  • 5. baik dengan buruk.” Memandangkan gelaran yang tepat sekali tentang keutamaan dankeistimewaan Saiyidina Umar terkenal sebagai sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w.yang memiliki kekuatan pemikiran hingga apa yang diijtihadkan selalu benar danmendapat pengakuan dari al-Quran sendiri. Hubungannya Umar dengan Nabi adalahhubungan mertua dengan menantu sesudah puterinya Habsah bt Umar dikahwini denganNabi s.a.w. Dengan sikap yang paling berani menghadapi kaum kafir Quraisy dalammenyampaikan pendapat-pendapatnya kepada Rasulullah s.a.w. Saiyidina Umar merupakan seorang wira atau satria Quraisy sejati yangpantang mundur sebelum ajalnya sampai . Suatu kesah contoh keberanian SaiyidinaUmar Al-Khattab. Pahlawan sejati yang sentiasa turut berjuang bersama-sama Rasulullahs.a.w.. Beliau menyayangi serta menghormati fikiran dalam banyak masalah. PendapatUmar menepati wahyu yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w. Selain dari sifat tersebut , Umar telah bersikap keras dalam menegakkankebenaran dan keadilan. Beliau memiliki perasaan cinta dan kasih sayang yangmendalam terhadap rakyatnya yang miskin dan susah. Sehingga berlari-lari ke gudanggandum untuk diberikan kepada wanita miskin dengan anak-anaknya yang sedang lapar. Oleh kerana Saiyidina Umar Al-Khattab telah mempunyai sifat –sifat murniyang telah dimiliki tersebut , mudahlah orang kafir untuk memeluk agama Islam . Ciri-ciri yang ada pada diri beliau telah mengharumkan negara Islam diseluruh dunia. Sertaagama Islam berkembang luas pada zanam pemerintahannya. Saiyidina Umar Al- Khattab pula memiliki sifat zuhud . Iaitu lebihmengutamakan akhirat . Hidupnya sederhana dalam berpakaian dan kebendaan .Tetapi mempunyai akhlak yang mulia ,hubungannya dengan Allah dan manusia yanglain. Dengan sifat yang mulia itu mudahlah orang lain untuk mengikut ajaran agamaIslam. Baik dari segi pentadbiran , ekonomi dan sosial. Kesemua ini adalahbersumberkan dari al-Quran. Selain dari sifat di atas , Saiyidina Umar yang mula –mula hartanya dijadikanharta wakaf dalam Islam. Beliau bersifat rendah diri dari segi pakaian yang amatsederhana. Tetapi amat arif mengenai Al-quran dan bijak memahaminya. Fikiran yangcerdas , pernah mengeluarkan fatwa dalam hal-hal agama . Dapat menyelesaikanmasalah yang berkaitan dengan hukum .Inilah yang menjadi asas sesuatu keputusanpengadilan ialah kebenaraan. Sebagai kesimpulan , Saiyidina Umar Al-Khatab adalah memiliki sifat terpuji .Di antaranya sifat sabar menghadapi kerenah orang Islam dan bukan Islam . Tetapibeliau tegas dan berani menolak sesuatu masalah . Sehingga sanggup dihadapi denganpeperangan melawan musuh. Sifat yang tawadhu untuk menegakkan Islam . Berjiwalemah –lembut itu mudah untuk berkomunikasi sesama manusia. Walaupun beliauberasal dari orang kafir tetapi dapat menyesuaikan diri kepada agama Islam setelahmendapat hidayah dari Allah. Oleh itu majunya pemerintahan itu bergantung kepadapemimpinnya, iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab. 4
  • 6. Beberapa ayat yang turun menggambarkan Saiyidina Umar selalu mendapat bimbingandan petunjuk daripada Allah S.W.T.:1)Umar pernah mengharapkan supaya isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. mengenakanhijab. Malah dia berbincang terus hal ini dengan Rasulullah s.a.w. Tidak lama setelah itu,turunlah ayat 53 surah al-Ahzab, iaitu: (٥٣ :٣٣ ‫واذا سألتموهن متاعا فسئلوهن من وراء حجاب )الحزاب‬Ertinya: … Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi),maka mintalah dari belakang tabir.2) Rasulullah s.a.w. bermusyawarah dengan para sahabat dalam menangani masalahtawanan perang Badar. Dalam hal ini Umar Ibn al-Khattab berpendapat agar merekasemua dibunuh. Dari sekian banyak sahabat yang diminta pendapat mereka, tidak adaseorangpun yang sependapat dengan UmarIbn al-Khattab atau yang berpandangan sepertiUmar. Setelah itu ternyata Rasulullah s.a.w. menyetujui pendapat Abu Bakar al-Shiddiqyang mengissyaratkan untuk tidak membunuh para tawanan dan mengambil tebusandaripada mereka. Namun Allah berkehendak lain. Kemudian Allah menurunkan ayatdalam surah Al-Anfal ayat 67 yang sesuai dengan pendapat Umar Ibn al-Khattab. FirmanAllah: ‫ما كان لنبى أن يكون له أسرى حتى يثخن فى الرض تريدون عرض الدنيا‬ (٦٧ :٨ ‫)النفال‬ ‫وال يريد الخرة وال عزيز حكيم‬Ertinya: Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapatmelumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiahsedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasalagi Maha Bijaksana.3) Suatu ketika sewaktu Umar sedang tidur di dalam sebuah bilik di rumahnya, masuklahseorang hambanya tanpa izin. Umar kemudian merungut seraya berdoa: "‫"اللهم حرم الدخول‬Ertinya: " Ya Allah, semoga Engkau mengharamkannya masuk." 5 Allah kemudia menurunkan firman-Nya dalam surah al-Nur ayat 58:
  • 7. ‫يا ايها الذين امنوا ليستئذنكم الذين ملكت ايمانكم والذين لم يبلغوا الحلم منكم‬ ‫ثلث مرات من صلوة الفجر وحين تضعون ثيابكم من الظهيرة ومن بعد‬ ( ٥٨ :٢٤ ‫)النور‬ ..... ‫صلوة العشاء ثلث عورات لكم‬Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba (laki-laki dan wanita)yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara mu, meminta izin kepadamu tiga kali dalam satu hari, iaitu sebelum subuh, ketika mahu menanggalkanpakaianmu di tengah hari dan sesudah solat isya. Itulah tiga aurat bagi kamu…."Demikianlah beberapa ayat yang turun menunjukkan Saiyidina Umar al-Khattab sebagaimempunyai pandangan yang jauh ke depan sehingga banyak timbul dugaan danramalannya yang kemudiannya sesuai dengan kehendak al-Quran. 6