Petikan dialog

2,566 views
2,452 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,566
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
41
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Petikan dialog

  1. 1. Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan–soalan berikut.Anuar : Ayah, racun ini bahayakah?Pak Zul : Ya, jika disalahgunakan. Racun ini berfungsi sebagai pengawal ancaman rumpai yang boleh menjejaskan produktiviti tanaman. Bagaimanapun, ayah ada juga menjual racun kepada para pelanggan yang mahu mengawal rumpai di tepi jalan, sungai, atau di halaman rumah.Anuar : Kata cikgu, racun ini berbahaya kepada kesihatan manusia.Pak Zul : Benar Nuar. Pengguna seharusnya berhati-hati ketika menggunakan racun terutamanya jenis ini iaitu racun rumpai glisofat yang amat berkesan mengawal rumpai kumpulan saka, berdaun lebar, atau rumpai yang mempunyai akar yang panjang.Anuar : Cikgu juga menyatakan bahawa jika racun terkena pada kulit. Kulit kita kelihatan seperti radang terkena panas suria yang boleh menyebabkan barah kulit.Pak Zul : Sebab itulah sebaik terkena, cepat-cepat cuci dengan sabun dan gunakan banyak air. Baju yang terkena racun mestilah segera ditanggalkan dan dicuci. Justeru, racun perlu disimpan di tempat yang selamat serta jauh daripada kanak-kanak.Anuar : Saya ada terbaca artikel yang mengatakan terminum racun boleh membawa maut. Semasa melayari internet, ada juga maklumat tentang kesan racun kepada manusia. Salah satunya, jika terminum racun, mangsa akan mengalami radang di mulut dan tekak.Pak Zul : Kita boleh kenal pasti mangsa terkena racun melalui tanda-tanda seperti sakit kerongkong, mual, muntah-muntah dan cirit birit yang berlanjutan sehingga beberapa hari. Mereka perlu dilihat dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan di hospital.Anuar : Begitu rupanya.Pak Zul : Nuar, jangan ke mana-mana ya! 1
  2. 2. 1. Pada pendapat anda, di manakah lokasi perbualan di atas? A. Di ruang tamu B. Di ladang getah C. Di kedai Pak Zul D. Di sekolah Anuar2. Apakah tujuan racun itu digunakan? A. Untuk menyuburkan ladang B. Untuk menyuburkan tanaman C. Untuk menambah produktiviti tanaman D. Untuk menghapus dan mengawal rumpai3. Racun rumpai glisofat tidak dapat mengawal A. Rumpai kumpulan saka B. Rumpai berdaun tirus C. Rumpai berdaun lebar D. Rumpai berakar panjang4. Apakah langkah pertama yang perlu diambil sekiranya terkena racun itu? A. Mencuci anggota yang terkena racun dengan sabun dan air B. Mencuci anggota yang terkena racun dengan air yang banyak C. Membakar baja yang terkena racun D. Mencuci dengan air suam5. Semua penyataan di bawah benar tentang petikan di atas kecuali A. Racun boleh menyebabkan manusia mati jika terminum bahan itu B. Racun perlu digunakan mengikut aturan yang telah ditetapkan C. Racun perlu disimpan di tempat yang jauh dari kawasan rumah D. Racun boleh menyebabkan seseorang menghidapi kanser 2
  3. 3. Baca dialag di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan–soalan berikut.Suri : Selamat pagi, cikgu.Cikgu Ros : Selamat pagi. Boleh saya bantu kamu, Suri?Suri : Begini cikgu, sebagai ketua aktiviti lawatan sambil belajar, saya ingin memaklumkan bahawa kami murid–murid Tahun 6 ingin mempelawa cikgu untuk turut serta. Boleh juga cikgu awasi disiplin murid – murid.Cikgu Ros : Oh, begitu! Bilakah tarikh lawatan tersebut?Suri : Jikalau tiada aral melintang, pada 21 September 2008 selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, cikgu.Cikgu Ros : Siapakah guru–guru yang akan menyertai lawatan tersebut?Suri : Kami telah pun mempelawa Cikgu Ramli, Cikgu Nor, Cikgu Raimi, Cikgu Alina, Cikgu Rahim dan cikgu tetapi hingga kini hanya Cikgu Raimi dan Cikgu Nor yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai lawatan itu nanti.Cikgu Ros : Di sana nanti, ke manakah tempat-tempat yang akan dilawati?Suri : Kami bercadang untuk melawat Makam Mahsuri, Dataran Helang, Underwater World, Galeria Perdana, Pantai Cenang, Pulau Singa dan banyak lagi, cikgu.Cikgu Ros : Menarik nampaknya. Bagaimana tentang segala persiapan?Suri : Semuanya telah kami uruskan, cikgu. Cuma surat kebenaran daripada ibu bapa murid yang belum kami peroleh. Mungkin disebabkan kos rombongan yang terpaksa mereka biayai. Surat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah telah pun diuruskan oleh Cikgu Shaari, Penolong Kanan Kokurikulum.Cikgu Ros : Baiklah, saya akan turut serta. Terima kasih atas jemputan.Suri : Terima kasih kembali, cikgu. 3
  4. 4. 1. Berdasarkan petikan, apakah jawatan yang disandang oleh Suri? A. Ketua murid B. Ketua rombongan C. Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia D. Setiausaha Kelab Pengawas Sekolah2. Bilakah lawatan ke Pulau Langkawi akan direalisasikan? A. Tarikh lawatan masih belum dipastikan lagi B. Bersempena dengan cuti Hari Kemerdekaan C. Selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah D. Selepas Ujian Akhir Tahun3. Berapakah bilangan guru yang pasti akan menyertai rombongan ini? A. 6 orang B. 5 orang C. 4 orang D. 3 orang4. Tempat–tempat di bawah terletak di Pulau Langkawi kecuali A. Underwater World B. Taman Mini Malaysia C. Tasik Dayang Bunting D. Kereta kabel Gunung Mat Cincang5. Pada tanggapan anda, mengapakah Cikgu Ros dipelawa untuk menyertai rombongan itu? A. Beliau guru disiplin di sekolah itu. B. Beliau guru kokurikulum di sekolah itu. C. Beliau akan menggantikan tempat Cikgu Raimi. D. Beliau memang teringin untuk melawat Pulau Langkawi. 4
  5. 5. JAWAPANPETIKAN 1 PETIKAN 21. C 1. B2. D 2. C3. B 3. D4. A 4. B5. D 5. A 5

×