Your SlideShare is downloading. ×
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Persoalan qadha dan qadar
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Persoalan qadha dan qadar

1,971

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,971
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Persoalan-persoalan Qadha dan QadarHubungan Qadha’ dan Qadar dengan IkhtiarManusia mempunyai tindakan-tindakan ikhtiar seperti jika mereka hendak bergerak kekanan atau bergerak ke kiri atau pun jika mereka berkehendak makan roti, mereka akanmakan roti dan bukannya pasir.Manusia juga mempunyai kehendak dan kuasa untuk melakukan aktiviti. Kuasa yangdiberikan ini adalah asas taklif syara’ dan tempat tanggungjawab terhadap aktiviti-aktivitiyang mereka lakukan. Berasaskan ini timbulnya dosa dan pahala.Namun demikian ia tidak bertentangan dengan keyakinan bahawa Allah adalah penciptasemua yang ada di dalam alam ini.Berdasarkan perhitungan ini dinyatakan Allah pencipta segala perbuatan hambanyakerana Allah mencipta sesuatu mengikut perantaraan dan sebab.Allah mentaqdirkan sebab dan musabab sekaligus. Qadar adalah tertakluk kepada suatuyang baharu yang terdapat dalam alam ini. Sebagai contoh, apabila Allah menghendaki
  • 2. seseorang itu sembuh, Allah bukan sahaja mentaqdirkan kesembuhan tersebut tetapimentaqdirkan juga pengambilan ubatan secara khusus atau mengelakkan diri daripadamengambil makanan yang menyebabkannya sembuh.Begitulah juga apabila Allah mentaqdirkan seseorang itu mati atau jatuh sakit, Allahmenyertakannya dengan sebab-sebab.Menurut sebuah hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab al-Tibb , hadis nombor 2066,yang bermaksud:“ Wahai Rasullullah, apa pendapat tuan tentang ubat yang kita gunakan untukmengubati diri kita , jampi yang digunakan untuk mengubati diri kita dan pendindingyang digunakan untk mendinding diri kita, adakah ianya dApat menolak sesuatu yangtelah diqadarkan oleh Allah?. Sabda baginda: Ia sendiri adalah dari Qadar Allah”Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan Amal SolehAda di kalangan kita yang beranggapan bahawa beriman dengan qada’ dan qadarbertentangan dengan konsep berusaha untuk melakukan amalan ketaatan dan amal soleh.Apa saja yang diketahui oleh Allah pada azali dan ditulis oleh al-Quran di dalam al-kitabal-Maknun pasti berlaku.
  • 3. Sebagai contohnya, jika telah terdapat pada ilmu Allah, Misnan termasuk ke dalamkalangan orang-orang yang jahat dan ahli neraka maka Misnan tidak akan bertukarmenjadi seorang yang baik dan seorang ahli syurga satu ketika nanti.Oleh itu, sesetengah orang mengatakan orang yang baik itu ialah orang yang baiksemenjak di dalam perut ibunya dan orang yang jahat itu adalah orang yang jahatsemenjak di dalam perut ibunya lagi. Orang yang bahagia tidak akan menjadi celaka danorang yang celaka tidak akan menjadi bahagia. Ini menyebabkan mereka berfikir bahawatidak ada faedah beramal dan hanya penat sahaja . Ini adalah qadar Allah pasti akanberlaku.Dalam membicarakan hal ini, ada dua aspek kesalahan besar yang telah dilakukan iaitu :-Pertama, ilmu Allah bergantung dengan segala sesuatu dalam bentuk sesuatu itu beradapada alam realiti kerana Allah menulis dan mentaqdirkannya dalam bentuk tersebut. Ilmutentang perkara tersebut bertepatan dengan benda yang diketahui yang muncul pada alamrealiti selepas itu. Allah mengetahui dan mentaqdirkan benda-benda yang berlaku didalam ini dengan sebabnya. Sesiapa yang beranggapan bahawa Allah mengetahui danmentaqdirkan natijah tanpa pendahuluan-pendahuluannya dan musabbab tanpa sebabnya,bererti telah memperkatakan perkara bathil terhadap Allah. Sebagai contoh , seseorangmengatakan sekiranya Allah telah menqada’kan saya memperolehi anak, anak itu akan
  • 4. saya perolehi tanpa perkahwinan dan tidak menyetubuhi wanita yang ditaqdirkan olehAllah menjadi ibu kepada anak-anak saya itu. Orang ini tidak syak lagi adalah jahil. Iniadalah kerana apabila Allah telah mentaqdirkan seseorang mempunyai anak, maka Allahjuga telah mentaqdirkan sebab yan menyebabjkan seseorang memperolehi anak itu.Menunggu sahaja musabbab yang ditentukan dan telah tertulis di Luh Mahfuz tanpamengambil sebab yang ditaqdirkan dan tertulis juga bersamanya, hanya dilakukan olehorang yang bodoh dan sesat sahaja.Kedua, apabila Allah telah mengetahui dan menulis tentang sesuatu dan memberitahutentang perkara tersebut, itu tidak cukup di dalam proses kewujudan benda yangdiketahui dan ditulis itu dan tidak juga memestikan ianya kosong daripada sebab-sebab.Ini adalah kerana ilmu bukanlah sebab yang mewajibkan kewujudan benda yangdiketahui secara sendirian. Sebaliknya ilmu itu hanyalah perkara yang bertepatan denganbenda yang diketahui yang wujud di alam nyata. Ia tidak memberikan apa yang diketahuiitu suatu sifat tertentu dan tidak juga diambil daripadanya suatu sifat tertentu.Ilmu tentang masa akan datang dan berita tentangnya, sama juga seperti ilmu tentangilmu tentang masa lalu dan berita tentangnya. Misalnya dengan pengetahuan kita tentangperkara-perkara yang berlaku sebelum daripada kita dan pemberitahuan kita tentang
  • 5. perkara-perkara tersebut. Ilmu sebegini tidak ,mempunyai kesan dari segi kewujudanbenda yang diketahui itu.Dengan ini jelaslah kata-kata yang mengatakan orang-orang yang bahagia, tidak akancelaka orang yang celaka tidak akan bahagia, adalah kata-kata yang benar, tetapipersoalannya siapakah yang mentaqdirkan kebahagiaannya. Sebenarnya orang itumenjadi bahagia dengan amalan-amalan yang dijadikan Allah sebab kepada sebab-sebabkebahagiaannya dan mengikat sebab-sebab itu dengan amalan-amalan tersebut. Orangyang celaka tidak akan menjadi celaka kecuali dengan sebab-sebab amalan-amalan yangAllah jadikannya sebagai sebab kepada kecelakaaanya.Firma Allah
  • 6. Maksudnya:Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa(mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya), serta ia mengetahuidengan yakin perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan kemudahanuntuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuatkebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakanperkara yang baik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya ( jalan) yang sukar.1Daripada Imran bin Husain r.a , beliau berkata; Rasululullah ( saw) ditanya : “ Adakahahli syurga itu dapat dibezakan dengan ahli neraka?” Sabda baginda: “Ya!” Bagindaditanya lagi: “Kalau begitu apa guna orang-orang yang beramal?” Sabda Rasulullah(Saw). “Setiap sesuatu itu dimudahkan kepada apa yang diciptakan untuknya.”Nas-nas ini menjelaskan Qadar itu telah terdahulu dan ia tidak pernah menghalangseseorang melakukan amalan, malah tidak wajib bergantung kepada apa yang diqadarkanterdahulu, sebaliknya wajib bersungguh-sungguh melakukan amalan itu. Kerana itulah,apabila sesetengah sahabat mendengar perkara ini, dia menyatakan: Saya tidakbersunguh-sungguh dalam melakukan amalan sekarang ini. Ini menunjukkan kehebatanfiqh sahabat. Nabi memberitahu mereka qadar telah terdahulu dan berlakunya qadar ituke atas makhluk dengan sebab-sebab. Seseorang hamba memperolehi apa yang1 Al-Quran, Surah al-Lail, ayat 5-10
  • 7. ditaqdirkan kepadanya dengan sebab yang juga ditaqdirkan ke atasnya dan dimudahkanuntuknya. Apabila ia mengambil sebab-sebab itu , sebab-sebab tersebutmenyampaikannya kepada qadar yang terdahulu ditulis di dalam um al-Kitab.Amalan- amalan wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada seseorang melakukannyadan perkara-perkara haram yang dilarang seseorang menghampirinya adalah termasuk kedalam sebab-sebab yang membolehkannya mengecapi kebahagiaan.Hubungan Qada’ dan Qadar dengan RezekiRezeki di sini bermaksud bahagian hamba dalam keperluan-keperluan kehidupan sepertimakanan, pakaian, tempat tinggal, harta, isteri, anak dan lain-lain.Allah telah berfirman:Bermaksud:
  • 8. Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalannlah dimerata ceruk rantau serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlahkepada Allah jualah (tempat kembali kamu sedudah) dibangkitkan hidup semula; (makahargailah ni’matnya dan takutilah kemurkaannya).2Ayat ini menjelaskan sesiapa yang berusaha dan menjelajah ke pelusuk muka bumi demimencari rezeki, pasti dapat memakan rezeki Allah, sebaliknya sesiapa yang malas dantidak suka menjelajah ke seluruh pelusuk muka bumi, tidak berhak memakan rezekiAllah.Firman Allah lagi :Maksudnya:Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam indah) diatasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya dan Ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya sekadar yang menyamai hajat yang diminta dandikehendaki oleh keadaan mereka ; (semuanya itu berlaku ) dalam empat masa.32 al-Quran, al-Mulk, ayat 153 al-Quran, al-Fushilat, ayat 10
  • 9. Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja danini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Sunnah-sunnah Allah kepadamakhluknya dan perintah-perintahnya di dalam syariatnya mewajibkan ke atas manusiabekerja untuk mendapatkan rezeki. Sesiapa yang malas bekerja bererti telah mencanggahisunnah alam dan hukum-hukum syara’ sekaligus.Adalah diakui, ada di kalangan manusia yang pintar, yang berusaha bersungguh-sungguh,bahkan siang dan malam berusaha tetapi rezeki mereka sedikit. Ada di kalangan orangramai yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah adayang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Perkara ini sebenarnyamerujuk kepada beberapa perkara :Pertama, terdapat kecacatan di dalam fenomena kehidupan masyarakat di manapembahagian kekayaan dibahagikan secara tidak adil. Perkara ini tidak boleh dibiarkanberterusan, sebaliknya wajib diperbetulkan semula.Kedua, fenomena tabi’i tidak seimbang. Orang yang bekerja di dalam persekitaran yangtidak subur, tidak sama dengan orang yang bekerja di dalam persekitaran yang keringkontang. Sebagai contoh, orang yang bekerja di Amerika Syarikat tidak sama denganorang yang bekerja di padang pasir Afrika.
  • 10. Ketiga, terdapat qadar yang tidak diketahui manusia rahsia yang terkandung di dalamnya.Sesetengah orang mengataka ia sebagai nasib.Tidak diragui bahawa perbezaan rezeki yang dikurniakan oleh seseorang adalahtermasuk di dalam sunnah Allah di alam maya ini.Ini dijelaskan di dalam al-Quran :Maksudnya:Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezekiyang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahumemberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka,supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamakmengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syrik ?4Tidak juga dinafikan bahawa sesetengah perbezaan di dalam perolehan rezeki merujukkepada kezaliman yang dilakukan ke atas satu sama lain dan pengagihan harta kekayaandi kalangan penduduk sesebuah negara secara tidak adil. Tidak wajar perkara inidibiarkan dan dipersalahkan Qadar sehingga mempertikaikan keadilan Allah dan hikmahdi sebaliknya di dalam penciptaannNya.4 al-Quran, al-Nahl, Ayat 71
  • 11. Hubungan Qadha’ dan Qadar dengan AjalUmur makhluk adalah diketahui oleh Allah Taala. Allah menjelaskan di dalam al-Quran :Yang bermaksud:Dan ingatlah , Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atausesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalampengetahuanNya tentang segala yang kamu kerjakan.5Menurut Syeikh Sulaiman al-Asykar, rezeki dan umur melibatkan dua jenis; Pertama:Jenis yang berlaku sebagaimana yang dilaksanakan oleh Qadar dan ditetapkan di dalamLuh Mahfuz. Jenis ini tidak akan berubah dan tidak dapat ditukarganti. Kedua: Iaitu jenisyang hanya diketahui oleh Allah dan malaikatNya sahaja. Jenis inilah yang bolehbertambah dan berkurang. Ini dijelaskan melalui firman Allah :Yang bermaksud:5 al-Quran, al-Munafiqun: ayat 11
  • 12. Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakinya dan menetapkan apa jua yangdikehendakiNya dan ingatlah pada sisiNya ada ibu segala suratan.6Ummul kitab yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Luh Mahfuz yang telah AllahQadarkan mengikut ketentuanNya yang asal. Dalam buku-buku catatan malaikat, umurseseorang boleh bertambah dan berkurang. Manusia yang menghubungkan talisilaturahim akan bertambah rezeki dan ajalnya dan jika ia tidak berbuat demikian, rezekidan ajalnya akan berkurang.Ajal juga terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ajal mutlak yang hanya diketahui olehAllah dan yang kedua ajal muqayyad. Sebelum ajal muqayyad, Allah memerintahkanmalaikat menulis ajal hambanya. Apabila hambanya menyambungkan tali silaturahim,Allah akan menambahkan rezeki dan ajalnya. Malaikat sendiri tidak tahu adakah ajalseseorang itu boleh bertambah atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan yangsebenarnya, soal rezeki dan maut ini. Apabila ajal tiba, mengikut sebagaimana yang adapada ilmu Allah, ia tidak akan terdahulu atau terkemudian walaupun sesaat.Hubungan Qadha’ Dan Qadar Dengan Hidayah6 al-Quran, Al-Raad: ayat 39
  • 13. Dalam hal ini, sesetengah orang berpendapat bahawa Allah menyesatkan dan memberipetunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, justeru itu, mereka yang disesatkanNyasudah tentu tidak ada orang lagi yang memberi petunjuk kepadanya. Anggapan ini adalahanggapan yang berdasarkan beberapa ayat a-Quran tanpa memerhatikan danmengaitkannya di antara satu sama lain. Sebenarnya Allah mahu manusiabertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Berasakan inilah timbulnya suruhan danlarangan, janji baik dan janji buruk, pahala dan dosan, syurga dan neraka.Allah berfirman di alam al-Quran:Maksudnya:Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan al-Quran), maka sesungguhnyafaedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapayang sesat, maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinyajuga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan oranglain(bahkan dosa usahanya saja). Dan tiadalah kami azabkan sesiapapun sebelum kamimengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).7Firman Allah lagi:7 al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 15
  • 14. Maksudnya:(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran ituserta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta(dan enggan menerimnya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dantiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.8Firman Allah lagi:Jika kamu berbuat kebaikan , (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untukdiri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalikkepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan drhakakamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis)sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkanapa saja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya.8 al-Quran, Surah al-An’am, Ayat 104
  • 15. Kebaikan Beriman Kepada Qadha’ dan QadarPenyerahan diri yang sempurna kepada AllahBeriman kepada qadha dan qadar menghasilkan penyerahan diri seseorang yangsempurna kepada Allah kerana hamba yang mencintai tuannya yang mengetahui bahawatuannya tidak melakukan sesuatu kecuali ada hikmah di sebaliknya, sudah tentu hatinyatenteram walaupun apa pun yang terjadi, jauh daripada perasaan cemas dan bimbang.Pembinaan iman yang teguhBeriman kepada qadha dan qadar dapat membina keteguhan iman. Seandainya dunia inibergoncang dahsyat sekalipun, seseorang yang beriman dengannya tetap teguh bagaikangunung yang kuat. Walaupun datang angin putting beliung dia akan tetap bertahan keranaapa yang dianggapnya sebagai buruk adalah pandangan yang relatif terbatas dan belumtentu demikian menurut hikmah Allah.Penghapusan sikap pesimismeBeriman dengan qadha’ dan qadar dapat menghapuskan pesimisme iaitu setelahseseorang beriman dan meyakini secara total terhadap kebijaksanaan Allah. Justeru itujiwanya menjadi tenang dan hatinya stabil, bahkan pendertiaan itu bertukar menjadiibadat, keresahan menjadi ketenangan dan kegoncangan menjadi tenteram.
  • 16. Berani berjihad dan menyatakan kebenaranBeriman dan qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang berani melancarkan jihad dijalan Allah. Seseorang Islam yang berjihad yang berdepan dengan musuh Allah tidakmerasakan kesakitan bahkan merasai keharuman syurga serta kematian itu adalah satukejayaan untuk menemui Allah.Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diriApabila menghadapi kekalahan atau kerugian, tidak berasa kecewa dan berputus asamalah perasaannya ialah kemenangan.Kemampuan mengawal diriBeriman kepada qadha’ dan qadar akan menjadikan seseorang itu akan menerima apayang berlaku kepada dirinya dengan meneladani sikap nabi Muhammad iaitu denganakhlak yang disyariatkan kepada baginda. Dia berjaya mengawal tabiat dankecenderungannya walaupun kadang-kadang dia berjaya mengalahkan tabiat itu dankadang-kadang juga dikalahkan oleh tabiat itu. Dia tidak pernah goncang oleh sesuatukerana ketetapan sudah menjadi miliknya dan tidak berasa takut kerana ketenangan sudahberada dalam dirinya.Redha kepada taqdir
  • 17. Beriman kepada qadha dan qadar menyedarkan seseorang yang dia adalah milik Allah.Tujuan akhir hidupnya ialah bertemu Allah. Seseorang itu tidak mempunyai apa-apakecuali diberi peluang untuk hidup di bawah lindungan pengabdian diri kepada Allah.Pengabdian ialah syiar dan payung hidupnya. Oleh itu, tidak ada menghalangnyadaripada redha dan ikhlas akan taqdir Allah dan berserah atas qadhaNya.Berhati-hati dalam menjalani kehidupanBeriman dengan qadha’ dan qadar mewujudkan sikap berhati-hati di dalam diriseseorang, kerana dia tidak tahu dengan jelas adakah dia merupakan orang yang akanmendapat petunjuk daripada Allah atau orang yang bakal disesatkan oleh Allah. Apayang dia tahu ialah Allah menetapkan perjalanan hidup seseorang semenjak dari azalilagi. Mereka sentiasa mengharapkan agar Allah menjadikannya termasuk ke dalamgolongan orang-orang yang bertaqwa dan mengikut jalan-jalan yang telah ditunjukkanoleh para nabi dan rasul.Sabar ketika menghadapi bala dan bencanaBeriman kepada qadha’ dan qadar membuatkan seseorang dapat bersabar dalammenghadapi segala bencana yang menimpa tanpa perasaa takut dan gelisah, bahkanmenghadapi segala bencana yang menimpa dengan tabah kerana mereka tahu bahawasegala bencana itu datangnya daripada Allah. Malah dirinya juga dicipta oleh Allah.Mereka tidak akan bersedih di atas apa yang luput dan tidak terlalu gembira terhadap apa
  • 18. yang diperolehinya bahkan dia tetap seimbang. Mereka sedar bahawa mukmin yang kuatadalah lebih baik daripa mukmin yang lemah.Qana’ah terhadap pembahagian allahBeriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang redha dan qana’ahterhadap rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Ini akan melahirkan rasa tenang di dalamjiwanya. Di kalangan manusia, ada yang apabila dikurniakan dengan satu lembah emas,masih bercita-cita untuk mencari lembah emas kedua. Jika dikurniakan dengan lembahkedua, dia akan mencari lagi tanpa puas. Orang kaya yang sebenar ialah orang yang kayajiwanya. Orang ini akan mencari rezeki dengan penuh kesungguhan tetapi meraikanbatas-batas kesederhanaan, bukan sepertimana orang-orang yang tamak.Bersih daripada sifat tamakBeriman kepada qadha dan qadar Alllah menjadikan seseorang dapat menghindarkandaripada tamak dan haloba. Dia tidak akan gelojoh kepada sesuatu yang bukan usahanyabahkan redha dengan apa yang diberi oleh Allah. Apabila mereka sudah tua, mereka tidakakan bercita-cita untuk muda kembali dan tidak tamak dengan daki dunia.Kesimpulan
  • 19. Sebagai kesimpulannya, beriman kepada qadha’ dan qadar adalah wajib dan sesiapa yangmenolaknya adalah kufur. Sesiapa yang memikulkan kesalahan yang dilakukannyakepada Allah adalah melakukan kezaliman. Kepercayaan kepada qadha’ bukanlahmembawa keburukan dan kemunduran umat Islam dalam berbagai lapangan kehidupan.Kemunduran mereka sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap konsep ini.Aqidah qadha’ dan qadar sebenarnya menanam keheningan ke dalam hati nurani manusiadan menjadikan jiwa mereka tenang, mendidik mereka berasa terhormat dan mulia danmenjadikan urat saraf mereka sentiasa normal dan rehat ketika bertindak menjalankandakwah.Kuasa-kuasa besar di dunia ini dirasakan kecil. Kuasa-kuasa tersebut tidak menghalangkemaraan mereka untuk menyampaikan dakwah kepada manusia sejagat. Tidak ada satucara yang dapat memberikan kebahagiaan yang sebenarnya melainkan melalui keimanankepada qadha’ dan qadar. Melaluinya seseorang individu akan berasa tenang menghadapisegala ujian, kerana dia mengetahui perkara itu telah ditaqdirkan oleh Allah Danmempunyai hikmah-hikmah yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah danseterusnya mereka berasa puas dan redha dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah.Adalah salah jika mengatakan apa saja yang ditentukan oleh Allah hanya diterima bulat-bulat tanpa komentar. Anggapan yang tidak boleh mengubah taqdir Allah secara umum
  • 20. adalah pecahan dari fahaman jabariyah. Sehubungan dengan itu, menjadi satu kemestiankepada setiap umat islam menguasai manhaj ahli sunnah wa al-jamaah di dalammemahami aqidah qadha’ dan qadar bagi mengelakkan diri mereka terjerumus ke dalamgolongan yang menyeleweng daripada Islam seperti Jabariyah, Mu’ tazillah, Qadariyyah,kapitalis, sosialis, pragmatisme dan lain-lain.
  • 21. BibliografiIshak Mohd. Rejab, Asas-asas Aqidah Islamiyah: 1992, Kuala Lumpur, Menara IlmuSdn. Bhd.Abdul Hadi bin Haji Awang, Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar: 1991, Kelantan,Pustaka Aman Press.Umar Hasyim, Adakah Anda Termasuk Golongan AhlisSunah Wal jamaah?: 1982,Johor Bahru, Thinkers Library Sdn. Bhd.Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wa al-JamaahDalam Memahami Qadha’ dan Qadar: 2004, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers.Buya H.A Malik Ahmad, Fardhu ‘Ain Aqidah Islam 2: 1992, Petaling Jaya, Selangor,Pustaka Dini.Abu Bazli Abdul Kadir bin Che Kob, Aqidah dan Keimanan: 1989, Kuala Lumpur,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Syeikh Ali bin Abdullah Baldram Ali Baldram, Kitab Tuntutan Ibadat: 1962, Ipoh,Pustaka Muda.

×