Pengurusan islam 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengurusan islam 2

on

  • 6,613 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,613
Views on SlideShare
6,613
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
180
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengurusan islam 2 Pengurusan islam 2 Presentation Transcript

  • USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592
    • KONSEP PENGURUSAN PENTADBIRAN MENURUT AJARAN ISLAM
    • Satu Kajian Perbandingan dengan Penekanan
    • ke atas Konsepsi Kepimpinan dalam Islam
    TAJUK
    • MAZANAH BT JEMALI
    • 730610-10-5956
    DISEDIAKAN OLEH
    • BAB 1 : - Istilah Pentadbiran dan Pentadbiran Secara Am.
    • 1. Istilah pendidikan menurut Islam
    • 2. Istilah pendidikan menurut pemikiran Barat
    • 3. Pentadbiran secara am
    • 4. Pentadbiran dari sudut Islam
    • 4. Pentadbiran dari sudut pemikiran Barat
    • BAB 2 : - Konsep Pendidikan Kepimpinan dan Pengurusan Menurut :
    • 1. Ibni Khaldun ( 732H – 808H )
    • 2. Al Ghazali ( 450H – 555H )
    • BAB 3 : - Kelahiran Pemikiran Islam
    ISI KANDUNGAN
    • BAB 4 : - Sejarah Pemikiran Pengurusan dan Pentadbiran di Negara-negara Islam
    • - Islam Menggalakkan Pemikiran Ilmiah dan Dinamik
    • - Sifat-sifat Syumul Ajaran Islam dan Sumber-sumber Pemikirannya
    • - Pengurusan Pentadbiran Organisasi dan Tabiat Bentuknya
    • - Pengurusan Personal, Jawatan dan Pegawai dalam Islam
    • - Konsepsi Ilmiah Kepimpinan, Pengertian serta teori-teorinya
    • - Kepimpinan dalam Agama Islam serta Ciri-ciri yang Menentukan tugas-tugas
    • kepimpinan
    • - Pemimpin-pemimpin Pemikiran Islam
    • BAB 5 : - Cara-cara yang Baik bagi Menjaminkan Kepimpinan yang Berjaya
    • - Cara-cara dan bagaiman Belajar dari Al Quran
    • - Bagaimana Memilih Pemimpin dan Menyediakannya
    • - Kepimpinan yang Sempurna dan Ciri-cirinya
    • KESIMPULAN
    • Istilah Pentadbiran dan Pentadbira Secara Am
    • Pendidikan dan pentadbiran telah wujud dengan wujudnya dunia ini bahakan mungkin sebelum wujudnya Nabi Adam a.s.
    • Firman Allah S.W.T.
    • واذ قال ربك للملئكة انى جاعل فى الارض خليفة
    • “ Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ( khalifah untuk mentadbirkan, mengurus dan memakmurkan bumi )”. (Al Baqarah:30)
    • Pada umumnya pendidikan merupakan persediaan individu dalam segala aspek.
    BAB 1
  • Istilah Pendidikan Menurut Islam
    • Dr Sayyid Ibrahim al Jiyyar menegaskan bahawa pendidikan ialah :
    • “ Satu usaha yang bertujuan untuk memberi suatu bimbingan kepada unsur-unsur kebudayaan dan bagaimana cara untuk memberi bimbingan itu disamping untuk menyesuaikannya dengan proses kemajuan. Oleh itu, ternyata tugas seperti itu bukanlah sekadar memberi pendidikan dalam darjah semata-mata bahkan ia meliputi semua aktiviti yang bersangkutan dengan masyarakat luar samada di dalam atau di luar sekolah”.
    • Dr Hassan Langgulung mengatakan pendidikan ialah :
    • “ Merubah atau memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat”.
    • Drs Sidi Gazalba memandang pendidikan itu dari dua sudut iaitu luaran dan dalaman :
    • 1. Sudut luaran: pembentukan keperibadian laku perbuatan individu dan
    • kebudayaan dan kebudayaan masyarakat adalah menifestasi dari
    • keperibadian individu dan masyarakat.
    • 2. Sudut dalaman: pendidikan itu adalah pewarisan kebudayaan.
  • Istilah Pendidikan Menurut Pemikiran Barat
    • Plato (427s.m. – 346s.m.)
    • Pendidikan ialah pemberian kepada jasmani dan rohani pada perkara-perkara yang elok dan sempurna.
    • F.J.Brown
    • Pendidikan ialah mengendalikan suatu proses kesedaran di mana menukar tingkahlaku seseorang yang merupakan hasil yang diperolehi oleh orang itu dan melaluinya boleh disalurkan ke dalam kumpulannya.
    • John Dewey
    • Pendidikan adalah kerja mengaturkan pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambahkan lagi akan pengetahuan yang ada padanya iaitu pengetahuan semula jadi agar dengan pendidikan itu akan dapat hidup dengan selamat lagi berguna dan bertambah-tambah tinggi lagi akan darjah pengetahuannya.
    • James Mill
    • Pendidikan ialah satu proses memberi pertolongan sedaya upaya kepada seluruh masyarakat untuk hidup dengan kegembiraan.
  • Pentadbiran Secara Am
    • Pentadbiran ialah satu kegiatan terpimpin yang dijalankan oleh satu kumpulan manusia yang bersifat istimewa dan tertentu.
  • Pentadbiran Dari Sudut Islam
    • Pemikiran pentadbiran Islam telah mula terbentuk semenjak Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya kepada Nabi muhammad s.a.w. serta memerintahkannya supaya disampaikan kepada seluruh manusia.
    • Firman Allah S.W.T.
    • يأيها الرسول باغ ما أنزل اليك من ربك وان لم تفعل فما بلغت رسا لته
    • “ Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya”.
    • (Al Maidah:67)
    • Pentadbiran Islam berasaskan nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah.
  • Pentadbiran Dari Sudut Pemikiran Barat
    • Stanley Vance (1959)
    • Pentadbiran ialah proses pengambilan keputusan serta pengawasan terhadap kerja-kerja usaha manusia dengan tujuan bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan.
    • Frost (Teach Yourself management)
    • Pentadbiran ialah satu seni yang memimpin kegiatan kemanusiaan.
    • Konsep Pendidikan, Kepimpinan dan Pengurusan menurut Ibni Khaldun (732 – 808H)
    • Ibni Khaldun ialah Abu Zaid Wali Addin Abdul Rahman.
    • Lahir di Tunisia pada tahun 1332 M (732H)
    • Ia merupakan seorang ahli falsafah, tasawwuf dan pendidik
    BAB 2
    • Pendapat beliau mengenai pendidikan:
    • - Pendidikan bertujuan menyedia dan menjadikan manusia supaya boleh
    • memimpin kepada kehidupan yang baik dan gembira.
    • - Pendidikan kepada manusia adalah suatu perkara penting dan yang bersifat
    • semulajadi untuk mengetahui sesuatu yang tidak mudah difahami dan
    • disedari, tetapi tercapainya ilmu atau kebenaran adalah tidak lari daripada
    • pengajaran dan didikan.
    • Pendapat beliau mengenai pentadbiran:
    • - Pentadbiran sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan
    • usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan serta bermatlamat (sesuatu yang
    • sama).
    • - Teorinya: ‘ kerja sebagai sumber penghargaan ’
    • - Seseorang patut mengkaji proses kemajuan dalam sesuatu organisasi,
    • dengan itu ia boleh menjangka apa yang akan berlaku ke atas pemprosesan
    • itu pada masa hadapan .
    • - Pekerjaan adalah sumber asas nilai serta kekayaan dan pertanian,
    • perkilangan dan perniagaan sahaja yang merupakan pekerjaan-pekerjaan
    • pengeluaran yang mempunyai nilai,
  • Konsep Pendidikan, Kepimpinan dan Pengurusan menurut Al Ghazali ( 450H – 555H )
    • Pendapat beliau mengenai pendidikan:
    • - Beliau berkata bahawa fadzilat merupakan kesederhanaan dan
    • pertengahan di antara keempat-empat sudut jiwa:
    • 1. Kekuatan kemarahan: kesederhanaannya ialah keberanian.
    • 2. Kekuatan syahwat kesederhanaannya ialah sifat suci (menjauhkan diri
    • dari perkara-perkara haram)
    • 3. Kekuatan hikmat dan jika ia melampau membawa mudarat
    • 4. Kekuatan keadilan dan jika ia melampau juga membawa mudarat
    • Pendapat beliau mengenai pentadbiran:
    • - Usul-usul keadilan dan keinsafan:
    • 1. Pentadbir perlu mengetahui pentingnya tugas sebagai pentadbir serta
    • tanggungjawabnya bagi dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
    • 2. Pentadbir patut selalu berbincang serta mendengar nasihat dan tunjuk
    • ajar dari ulama-ulama yang berwibawa dan ikhlas
    • 3. Pentadbir dikehendaki jangan melakukan kezaliman, bahkan
    • menjaga dan mengawas pegawai bawahannya serta menegah mereka
    • melakukan kezaliman terhadap rakyat
    • 4. Menjauhkan diri dari perasaan marah serta sombong
    • 5. Sanggup menimbang suasana dan keadaan orang lain
    • 6. Cepat melaksanakan kehendak rakyat
    • 7. Jauhkan serta jangan tenggelam dalam syahwat yang boleh melekakan
    • dari menunaikan tanggungjawab
    • 8. menggunakan cara yang lembut dalam melayani rakyat
    • 9. Berusaha mencari keredhaan rakyat jika tidak bertentangan dengan
    • hukum syarak
    • 10. Jangan mencari keredhaan sesiapa dalam hal yang berlawanan dengan
    • syarak
    • Kelahiran Pemikiran Islam
    • Pemikiran Islam ialah usaha-usaha akliah ulama Islam bagi menjelaskan agama Islam menurut sumber aslnya Al Quran dan Sunnah.
    • Semasa hayat Rasulullah dan pemerintahan Khulafa’ Rasyidin, kelahiran pemikiran Islam tidak ada lagi kerana mengamalkan pengajaran Al Quran dan Sunnah.
    • Pemikiran Islam bermula pada akhir kurun pertama hijrah dengan terbuka luasnya negara Islam dan telah merangkumi kawasan-kawasan yang mempunyai tamadun bersejarah dan penuh dengan gerakan pemikiran dan kepercayaan yang pelbagai.
    BAB 3
    • Ulama Islam telah bergiat cergas menggunkan fikiran mereka bagi menjelaskan nilai-nilai Islam yang tepat dan jelas dalam ajaran-ajaran Al Quran dan Hadis bagi menjamin pemikiran dan tingkahlaku dalam lingkungan kedua-dua sumber itu.
    • Ajaran-ajaran dan panduan yang berasaskan Al Quran dan Hadis dinamakan ‘zikr’ ( peringatan ). Firman Allah S.W.T.
    • ان هو الا ذكر للعلمين
    • “ Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam”.
    • ( Al Takwir:27)
    • Sejarah Pemikiran Pengurusan dan Pentadbiran di Negara-negara Islam
    • Pemerintahan Abu Bakar r.a.
    • - Semenanjung Arab dibahagikan kepada beberapa wilayah:
    • 1. Al Hijaz – Mekah, madinah dan Thaif
    • 2. Al Yamen – Sana’a, Hadramaut, Hulan, Zubaid, Rama’, Al Jund,
    • Najeran, Geresh
    • 3. Al Bahrain
    • - Setiap wilayah mempunyai pemerintah (amir) khas yang berkuasa dalam
    • dua bidang iaitu perlaksanaan dan kehakiman.
    BAB 4
    • Pengurusan pusat diterajui oleh khalifah yang melaksanakan keadilan di antara rakyat, menjamin keamanan dan ketahanan, melantik amil-amil dan membahagikan kerja antara sahabat serta bermesyuarat dengan mereka.
    • Umar dilantik memegang tampuk kehakiman tetapi tiada siapa yang datang mengadu kerana setiap orang mengetahui hak-hak dan kewajipan masing-masing disebabkan bertakwa kepada Allah.
    • 2. Pemerintahan Umar r.a.
    • - Memisahkan antara kuasa kehakiman dan kuasa perlaksanaan.
    • - Melantik kadi-kadi bagi menyelesaikan kes-kes orang ramai.
    • - Mengasaskan usul-usul dan prinsip-prinsip sistem kehakiman.
    • - Bagi memelihara rakyat dari kezaliman dari pegawai perkhidmatan awam,
    • beliau membentuk pemikiran penjagaan ( pemeriksaan dan pemerhataian )
    • ke atas pentadbiran dan beliau sendiri menerajuinya.
    • - Sisitem ini berubah menjadi satu Dewan Khas mempunyai seorang yang
    • bertanggungjawab dinamakan sahibul Mazalim pada zaman pemerinatahan
    • Abasi.
    • - Organisasi pentadbiran dibahagikan kepada 3 iaitu:
    • 1. Dewan askar-askar ( tentera )
    • 2. Dewan Al Kharaj ( kewangan )
    • 3. Dewan Perutusan ( Insya’ )
    • - Beliau memisahkan pengumpulan harta dari sistem kehakiman.Pegawai
    • kewangan menjalankan tugas perbelanjaan kepada tentera dan perbelanjaan yang
    • diperintah oleh khalifah. Kemudian mengirimkan baki kewangan kepada Baitul
    • Mal.
    • 3. Pemerintahan Uthman Ibni Affan r.a.
    • - Mengekalkan keadaan semasa pemerintahan Umar r.a.
    • - Mengumpul seluruh umat Islam dengan satu mushaf iaitu Mushaf Al Uthmani.
    • 4. Pentadbiran Ali Ibni Abi Talib r.a.
    • - Mengekalkan keadaan semasa pemerintahan Umar r.a. juga kerana
    • beranggapan Umar amat mengetahui keadaan.
    • - Mengembalikan cara Abu Bakar r.a. dalam pemberian dari baitul Mal iaitu
    • memberikan sahabat sama rata sahaja.
    • 5. Pentadbiran Zaman Umawi
    • - Pentadbiran bertambah perlahan disebabkan pergolakan politik dan
    • perebutan kuasa telah menghapuskan prinsip syura dan pemilihan.
    • - Pemberontakan terhadap pemerintahan Umawi telah dilakukan oleh puak
    • Khawarij.
    • - Perluasan organisasi iaitu :
    • 1. Dewan Tentera
    • 2. Dewan Kewangan
    • 3. Dewan Surat menyurat
    • 4. Dewan Al Khatim
    • 5. Dewan Pos
  • Islam menggalakkan Pemikiran Ilmiah dan Dinamik.
    • Islam telah mengarahkan manusia berfikir dan meneliti segala kejadian sekeliling dari langit, bumi, air dan pada diri sendiri hinggalah kepada penghidupan yang lain.
    • Firman Aallah S.W.T.
    • وهو الذى مد الارض وجعل فيها زوسى وأنهرا ومن كل الثمرت جعل فيها زوجين اثنين يغشى اليل النهار ان فى ذلك لأيت لقوم يتفكرون .
    • “ Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung ganang ( berdiri kukuh ) serta sungai-sungai ( yang mengalir ). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan. Ia juga melindung siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang ( mahu ) berfikir”. ( Ar Ra’ad:3)
    • Al Quran mengajak manusia menggunakan akal bagi memikirkan kekuasaan Allah dan juga bagi mengelakkan dari terjerumus ke dalam keburukan di samping memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan kebaikan.
    • Firman Allah S.W.T.
    • وهو الذى يحى ويميت وله اختلف اليل والنهار أفلا تعقلون .
    • “ Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu berfikir
    • ( menggunkan akal )”. ( Al Mukminun:80 )
    • Allah menggalakkan hambaNya menuntut ilmu. Firaman Allah S.W.T.
    • وقل رب زدنى علما
    • “ … dan berdoalah dengan berkata: “ Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmuku”. ( Thaha:114 )
  • Sifat-sifat Syumul Ajaran Islam
    • Al Quran telah merangkumi tunjuk ajar umum secara syumul tanpa menjelaskan cara-cara perlaksanaan yang terperinci.
    • Oleh itu Allah telah memerintahkan manusia supaya merujuk kepada ahli-ahli ilmu dan pengkhususan. Firman Allah S.W.T.
    • فسئلوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
    • “ Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”. ( An Nahl:43 )
  • Sumber-sumber Pemikiran Islam
    • Sumber pemikiran Islam ialah:
    • 1. Al Quran
    • - Kalamullah yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
    • dengan bahasa Arab .
    • - Bermula dengan Al Fatihah dan diakhiri dengan surah An Nas.
    • - Merangkumi 114 surah dalam 30 juzuk.
    • 2. Hadis Rasulullah s.a.w.
    • - Segala apa yang dilakukan atau diakui dan disetujui oleh Nabi
    • Muhammad s.a.w.
    • - Rasulullah melarang menulis Hadis.
    • - Apabila negara Islam telah meluas, Khalifah Umar Abdul Aziz telah
    • mengarahkan hadis-hadis dicatat dan dikumpulkan.
    • 3. Ijmak
    • - Setelah Rasulullah wafat, para ulama telah berijtihad.
    • - Telah muncul mazhab iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab
    • Hanbali dan mazhab Syafi’i.
    • 4. Qias
    • - Mengukur sesuatu yang tidak mempunyai nas dengan sesuatu yang
    • mempunyai nas.
    • - Dalam hukum syarak, ia berkongsi dalam asal sebabnya.
  • Pengurusan Pentadbiran Organisasi dan Tabiat Bentuknya
    • Organisasi rasmi :
    • - Terdapat bentuk penyusunan bagi organisasi, berasaskan kerja, tugas-
    • tugas dan peringkat hierakinya.
    • Organisasi tidak rasmi:
    • - Pembentukan kemasyarakatan yang berasaskan unsur kemanusiaan ( para
    • pekerja ) iaitu interaksi sosial di antara mereka dan perhubungan yang
    • rapat menurut apa yang terlihat dari hakikat organisasi itu.
  • Pemikiran Islam dalam Pembentukan Organisasi
    • Pembentukan semulajadi sesuatu kumpulan berasaskan sistem hieraki yang boleh menentukan kesatuan kepimpinan dan bimbingan.Firman Allah S.W.T.
    • وهو الذى جعلكم خلئف الأرض ورفع بعضكم فوق بعض درجت
    • ليبلوكم فى ماء اتكم
    • “ Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa bahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya”. ( Al An’am:165 )
    • Asas hieraki dalam organisasi ialah tingkat-tingkat kerja.Firman Allah S.W.T.
    • ولكل درجت مما عملوا وما ربك بغفل عما يعملون
    • “ Dan bagi tiap-tiap seseorang ( dari manusia atau jin ) beberapa darjat ( tingkatan balasan ) disebabkan ( amal baik atau jahat ) yang mereka telah kerjakan dan ( ingatlah ) Tuhanmu tiada lalai dari apa yang mereka lakukan”. ( Al An’am:132 )
    • Islam memandang kerja sebagai sumber pendapatan individu, maka pembayaran serta gaji akan berbeza mengikut kerja. Firman Allah S.W.T.
    • والله فضل بعضكم على بعض فى الرزق
    • “ Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya”. ( An Nahl:71 )
    • Kerja berasaskan ilmu. Oleh itu wajib membuka peluang menuntut ilmu kepada seluruh manusia. Firman Allah S.W.T.
    • يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت والله بما تعملون خبير
    • “ Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu ) beberapa darjat. Dan ( ingatlah ) Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. ( Al Mujadalah:11)
    • Orang-orang yang berkuasa ( Uli Al Amri ) wajib ditaati selepas ketaatan kepada Allah dan rasulNya. Firman Allah S.W.T.
    • يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله واطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
    • “ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil amri ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu”. ( An Nisa’:59 )
    • Kuasa berhubung rapat dengan tanggungjawab, Setiap individu bertanggungjawab ke atas apa yang ia sendiri lakukan. Firman Allah S.W.T.
    • كل نفس بما كسبت رهينة
    • “ Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada ( balasan buruk bagi amal jahat ) yang dikerjakannya”. ( Al Muddatsir:38 )
    • Islam menggalakkan hubungan persaudaraan di antara anggota sesuatu kumpulan bagi meningkatkan perasaan kesatuan. Firman Allah S.W.T.
    • انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون
    • “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu ( yang bertelagah )itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. ( Al Hujurat:10 )
    • Islam boleh mencapai hubungan pemikiran yang amat rapat dengan mengamalkan sistem syura di antara ketua dan pekerja-pekerja. Firman Allah S.W.T.
    • وشاورهم فى الأمر
    • “ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan soal-soal keduniaan ) itu”. ( Al Imran:159 )
    • Pemikiran Islam menegaskan pemeliharaan dan penjagaan peribadi yang berasaskan cara bertukar-tukar nasihat, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran. Firman Allah S.W.T.
    • والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
    • “ Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan”. ( Al Taubah:71 )
  • Pengurusan Rasulullah s.a.w.
    • Apabila Islam tersebar luas, Rasulullah telah melantik amil-amil untuk mengajar orang-orang Arab.
    • Rasulullah memilih amil-amil di kalangan orang yang soleh serta yang awal memeluk Islam.
    • Rasulullah juga mengamalkan sistem syura. Majlis syura terdiri daripada kaum muhajirin dan kaum ansar.
    • Baitul Mal tidak wujud di zaman Rasulullah kerana Rasulullah sendiri membahagikan harta rampasan perang.
  • Pengurusan Personal dalam Islam
    • Ialah satu kumpulan kaedah-kaedah dan cara-cara tertentu bagi menyusun dan melayan para pekerja untuk mencapai keupayaan maksimum dalam menjalankan tugas individu dan kumpulan bagi mencapai matlamat kerja secara umum.
    • Memilih orang yang lebih layak daripada yang layak perlu diamalkan supaya jentera kerajaan dijalankan oleh mereka yang dipercayai, berkeupayaan dan bersifat amanah.
  • Pengurusan jawatan dan Pegawai dalam Islam
    • Islam menganggap jawatan sebagai tanggungjawab yang tidak boleh diminta atau dipohon tetapi dilaksanakan mengikut pemilihan kepada orang yang paling layak bukan disebabkan keturunan atau keadaan tertentu.
    • Pegawai yang dilantik adalah yang beriman dan bertakwa kerana ia amat memahami dan mengetahui ajaran Islam.
  • Konsepsi Ilmiah kepimpinan, Pengertian dan Teori-teorinya
    • Kepimpinan boleh dianggap sebagai satu proses memberi kesan ke atas orang supaya mereka berusaha dan berjuang dengan kehendak yang mendalam dan jujur bagi mencapai matlamat kumpulan.
    • Beberapa teori kepimpinan:
    • 1. Teori pemimpin agung ( pemimpin khayalan ): mengandaikan bahawa perubahan-perubahan dalam kehidupan bermasyarakat boleh tercapai menerusi individu yang mempunyai sifat dan keupayaan luar biasa.
    • 2. Teori sifat-sifat: memberi perhatian kepada sifat-sifat pemimpin samada sifat-sifat jasmani atau pemikiran.
    • 3. Teori keadaan: berasaskan keadaan sekeliling iaitu suasana masyarakat yang amat mendesak sehingga ia boleh memajukan kemahiran dan keupayaannya dalam mencapai cita-cita.
  • Kepimpinan dalam Ajaran Islam dan Ciri-ciri yang menentukan Tugas-tugas kepimpinan
    • Kepimpinan telah difardhukan olaeh agama Islam bagi menjamin kewujudan dan kesatuan sesuatu kumpulan dan bagi meneruskan usahanya untuk mencapai matlamat dalam memuaskan kehendak-kehendak kumpulan serta individu.
    • Ciri-ciri kepimpinan:
    • 1. Kemahiran politik / pemikiran
    • 2. Kemahiran kemanusiaan.
    • 3. Kemahiran profesionalisme
  • Pemimpin-pemimpin Pemikiran Islam
    • Al Mawardi
    • - Abu Al Hassan Ali Ibni Muhammad Ibni Habib Al Basri
    • - Dilahirkan di Basrah tahun 957M / 364H
    • - Membesar di Baghdad
    • - Ulama terkemuka dari mazhab Syafie dan memegang tampuk kehakiman
    • di beberapa buah negeri.
    • - Menulis kitab mengenai pentadbiran antaranya Al Ahkam As Sultaniah,
    • Qanun Al Wizarah dan Siasat Al Mulk
    • - Meninggal di Baghdad pada tahun 1058 M / 450H
    • Al Mawardi telah menentukan sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin:
    • 1. Keadilan
    • 2. Ilmu yang boleh membawa ijtihad dalam perimbangan dan hukum-hukum
    • 3. Selamat pancaindera
    • 4. Selamat anggota dari apa-apa kekurangan
    • 5. Berupaya memberi pendapat bagi menguruskan hal-hal rakyat
    • 6. Keberanian dan sifat cepat menolong serta mempertahankan sesiapa yang
    • memerlukan disamping berjihad menghadapi musuh
    • 7. Keturunan mesti dari Quraish kerana terdapat nas
    • Ibni Taimiah
    • - Ahmad Ibni Abdul Halim Ibni Taimiah.
    • - Dilahirkan di Bahran – Asyam tahun 661H.
    • - Meninggal di penjara Damsyik pada tahun 728H.
    • - Berpegang dengan prinsip tingkahlaku manusia dalam mencapai
    • kemajuan pentadbiran.
    • - Ciri-ciri pemimpin yang dilantik:
    • 1. melantik orang yang paling layak dan meletakkan orang yang
    • paling sesuai di jawatan yang sesuai.
    • 2. Dua unsur kepimpinan iaitu kekuatan dan amanah.
    • 3. Memilih yang lebih sempurna dan lebih layak.
    • 4. Mengenali siapa yang lebih layak dan dengan mengetahui tujuan
    • sesuatu jawatan.
    • Bagaimana memilih Pemimpin dan Menyediakannya
    • Sifat-sifat pemimpin yang berjaya ( B.Stogdill (1948) ) :
    • 1. Kesanggupan untuk memikul tanggungjawab.
    • 2. Memberi perhatian untuk mengadakan barisan pelapis.
    • 3. Mempunyai sifat amanah dan boleh dipercayai.
    • 4. Berupaya membuat keputusan tepat.
    • 5. Mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan penyusunan.
    BAB 5
    • Sifat kesempurnaan serta amanah.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • ولما بلغ أشده واستوى ءاتينه حكما وعلما وكذلك نجزى المحسنين
    • “ Dan tatkala Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, kami beri kepadanya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan, dan demikian kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. ( Al Qasas:14 )
    • Tanggungjawab.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • فوربك لنسئلنهم اجمعين (92) عما كانوا يعملون (93)
    • “ Demi Tuhanmu, kami akan menyoal mereka semuanya mengenai apa yang mereka telah lakukan”. ( Al Hijr:92-93)
    • Keadilan mutlak di antara manusia.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • واذا حكمتمبينالناس ان تحكموا بالعدل
    • “ … dan apabila kamu menghukum di antara manusia supaya kamu menghukum dengan asil”. ( An Nisa’:58)
    • Menjamin kebebasan dan kemuliaan kemanusiaan bagi seluruh rakyat.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • ولقد كرمنا بنى ءادم وخملنهم فى البر والبحر ورزقنهم من الطيبت وفضلنهم على كثير ممن خلقنا تفضيلا
    • “ Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunkan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik dan kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”. ( Al Isra’:70 )
    • Seluruh manusia sama rata.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • يأيها الناس اتقواربكم الذى خلقكم من نفس وحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء
    • “ Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari pasangannya ( isterinya hawa ) dan juga membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai”. ( An Nisa’:1)
    • Kemudahan bukan kesusahan.
    • - Firman Allah S.W.T.
    • واما من ءامن وعمل صلحا فله جزاء الحسنى وسنقول له من أمرنا يسرا
    • “ Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya dan Kami akan perintahkan padanya perintah-perintah yang tidak akan memberati”. ( Al Kahfi:88 )
  • Kepimpinan yang sempurna dan ciri-cirinya
    • Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab yang perlu dijalankan:
    • 1. Bermusyawarah sebelum membuat keputusan.
    • 2. Menjadi contoh teladan yang baik dari segi fikiran dan tingkahlaku.
    • 3. Menjaga kepentingan dan maslahah kumpulannya.
    • 4. Wajib memberi nasihat kepada yang dipimpin untuk mencapai matlamat
    • kumpulan serta memberi latihan supaya mereka memainkan peranan
    • yang berkesan.
    • 5. Berupaya memuaskan hati orang-orang yang dipimpin secara baik dan
    • berkesan.
    • Pemimpin patut ditaati dengan mengikut arahan serta larangannya. Sesiapa yang mentaati pemimpin maka ia wajib menerima jagaan yang sempurna.
    • واحفض جناحك لمن اتبعك من المؤمنين
    • “ Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman”. ( As Syara’:215 )
  • Kesimpulan
    • Kepimpinan dalam Islam merupakan kepimpinan sempurna yang sederhana tidak terlepas tanpa panduan atau demokratik sepanjang masa.
    • Menggambarkan unsul keadilan dan keinsafan secara asas menurut akidah yang mencerminkan panduan serta aturan tingkahlaku pentadbiran Islam yang sempurna.
    • Kepimpinan pengurusan ialah kebolehan untuk mengatur memberi tunjuk ajar kepada pekerja bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.
    • Pemikiran Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah nabi Muhammad s.a.w.
    • Pemimpin tidak berbeza dari orang yang dipimpin kecuali dengan beban tanggungjawab.
    • Kepimpinan Islam merupakan kepimpinan politik yang mempunyai kemahiran boleh berurus dengan segala kesan suasana sekeliling.
    • Kepimpinan dalam Islam adalah kepimpinan yang beriman dengan matlamat dan berpegang teguh dengannya.
    • Rasulullah merupakan contoh teladan yang mulia dalam bidang kepimpinan, politik, kemasyarakatan, pentadbiran dan ketenteraan.
  • Rujukan
    • Datin Sohair Abdel Moneim Sery. 1990. Konsep
    • Pengurusan Pentadbiran Menurut Ajaran Islam : Satu
    • kajian perbandingan dengan Penekanan Ke atas
    • Konsepsi Kepimpinan Dalam Islam . Pustaka Antara,
    • Kuala Lumpur.
  • SEKIAN TERIMA KASIH