Your SlideShare is downloading. ×
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Pengurusan islam 1

5,805
views

Published on

Published in: Spiritual

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
5,805
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
40
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. USTAZ AHMAD PUHAD BIN ALIM PENGURUSAN ISLAM
  • 2.
    • MAZANAH BT JEMALI
    • ROSNAH BT MOHAMED OLBANI
    AHLI KUMPULAN :
  • 3.
    • PENGURUSAN
    • PERNIAGAAN
    • ISLAM
    TAJUK :
  • 4.
    • MUKADIMAH - Pengurusan Perniagaan Islam : 1) Suatu Perbandingan
    • BAHAGIAN 1 - Prinsip-prinsip Islam Dalam Perniagaan : 1) Peranan Perniagaan
    • 2) Matlamat Firma
    • 3) Etika Perniagaan
    • BAHAGIAN 11 - Pengurusan Tenaga Kerja : 1) Etika Kerja
    • 2) Perhubungan Antara Majikan dan
    • Pekerja
    • 3) Latihan dan Pembangunan Tenaga Kerja
    • BAHAGIAN 111 - Fungsi-fungsi Perniagaan Dalam Islam : 1) Pengeluaran
    • 2) Pembiayaan
    • 3) Perancangan dan Pengawalan
    • BAHAGIAN 1V - Pemasaran : 1) Perhargaan
    • 2) Promosi Jualan
    • 3) Pengedaran
    ISI KANDUNGAN
  • 5.
    • PENGURUSAN PERNIAGAAN ISLAM-SUATU PERBANDINGAN
    • Pengurusan Dari Kacamata Barat :
    • - Perkembangan Sejarah Pengurusan Barat
    • - Objektif dan Falsafah Pengurusan Barat
    • - Prinsip-prinsip dan fungsi-fungsi Pengurusan Barat
    • Pengurusan Dari Kacamata Islam :
    • - Objektif dan Falsafah Pengurusan Islam
    • - Bidang-bidang Pengurusan : pengurusan kerja
    • : pengurusan manusia
    • Penutup
    MUKADIMAH
  • 6. PENGURUSAN DARI KACAMATA BARAT
    • Istilah pengurusan membawa maksud :
    • “ suatu proses untuk mendapatkan dan mengintegrasikan sumber-sumber kewangan (modal), manusia sebagai tenaga kerja, dan bahan-bahan lain dengan cara yang paling optima untuk mencapai segala objektif sesebuah organisasi supaya dapat mengeluarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat”
  • 7. Harold Koontz mentakrifkan :
    • “ Managing is the art of getting things done through people and with people in formally organised groups.”
  • 8. Perkembangan Sejarah Pengurusan Barat
    • Pengurusan telah mula dilaksanakan sejak zaman Yunani (old Greeks ), Rom termasuklah orang Mesir.
    • Pengurusan pentadbiran telah terlaksana semasa :
    • - empayar Islam berkembang di zaman Khulafak Ar Rasyidin
    • - gereja Katholik memusatkan kegiatan kenegaraan di benua Eropah
    • Contoh yang paling menarik untuk melihat persamaan teknik pengurusan “kuno” dan “moden” adalah dalam catatan penghijrahan, Kaum Bani Israil dari Mesir ke Semenanjung Sinai yang dipimpin oleh Nabi Musa a.s.
  • 9.
    • Teori formal tidak digubal sehinggalah f.W.Taylor (1856-1915) mencadangkan idea pengurusan saintifik.Beliau mengatakan “jika pihak majikan sanggup membayar upah insentif untuk pengeluaran lebihan, maka sudah pasti akan terjalin usaha kerjasama di antara pihak pekerja dan majikan.”
    • Henri Fayol (1841-1925) telah menggubal teori mengenai fungsi pengurusan dan mengasingkan beberapa prinsip-prinsip pengurusan.
    • Hawthorne (Elton Mayo) telah melahirkan idea dan konsep pengurusan dengan menunjukkan kepentingan untuk memberi penumpuan kepada kegiatan manusia itu sendiri untuk memastikan pencapaian produktiviti yang tinggi di dalam sesebuah organisasi.
  • 10. Objektif dan Falsafah Pengurusan Barat
    • Falsafah dan objektif pengurusan perniagaan Barat sentiasa memusatkan kepada cara meraih keuntungan yang maksima dan tidak mengira batasan keadilan ketamadunan manusia sejagat.
    • Perkembangan teori dan konsep ini telah berubah corak apabila masyarakat kemudiannya tidak dapat menerima hakikat bahawa sesebuah firma itu hanya diperlukan mencari keuntungan tanpa mengira kepentingan pengguna, tanggungjawab sosial, tanggungjawab ke atas alam sekitar dan lain-lain.
    • Perubahan ini dianggap suatu petanda baik yang memberi kesedaran kepada pihak usahawan tetapi penelitian yang lebih mendalam menunjukkan perubahan sikap tersebut hanyalah untuk menutup mulut dan mengaburi mata umum sedangkan sifat-sifat ketidakadilan, kezaliman, penindasan, penipuan dan lain-lain lagi tetap diamalkan.
  • 11. Prinsip-prinsip dan Fungsi-fungsi Pengurusan Barat
    • Prinsip pengurusan mempunyai ciri-ciri sejagat dari aspek perlaksanaannya iaitu :
    • - perancangan ( planning )
    • - perorganisasian ( organising )
    • - pengawalan ( controlling )
    • - penyelarasan ( coordinating )
    • - pengarahan ( directing ) dan lain-lain.
    • Fungsi-fungsi pengurusan merangkumi fungsi :
    • - pengeluaran
    • - pemasaran
    • - kewangan
    • - perakaunan dan lain-lain.
    • Kebiasaannya terdapat beberapa jabatan dalam sesebuah organisasi untuk menjalankan tugas dengan berlandaskan prinsip pengurusan. Fungsi-fungsi tersebut adalah sekadar untuk menggariskan tanggungjawab dan tugas masing-masing dan ianya berbentuk universal.
  • 12. Amalan yang dilaksanakan dalam pengurusan Barat :
    • 1) Matlamat dan cara membuat dasar.
    • - Matlamat pengurusan Barat memusatkan kepada meraih keuntungan semata-mata.
    • - Lahir beberapa dasar yang yang menggalakkan persaingan di kalangan usahawan tanpa
    • batasan nilai etika dan moral.
    • 2) Persoalan nilai, etika dan pembuat keputusan.
    • - Keputusan dibuat oleh pengurus yang dipengaruhi oleh sistem nilai dan etika yang dianutinya.
    • - William Guth dan Renato Raguin mendapati sistem nilai pengurus tertinggi mempunyai
    • pengaruh yang amat besar terhadap strategi-strategi yang dibentuk oleh organisasi mereka.
    • 3) Aspek motivasi dan pampasan kepada pekerja.
    • - Pengurusan barat menekankan kepentingan faktor motivasi di kalangan pekerja untuk
    • meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma.
    • - Unsur-unsur pendorong adalah rendah nilainya dari pandangan falsafah Islam seperti wang
    • ringgit, pangkat dan jawatan, kuasa dan kedudukan yang akan mendorong manusia ke arah
    • keruntuhan akhlak dan moral.
  • 13. PENGURUSAN DARI KACAMATA ISLAM
    • Islam sebagai suatu cara hidup yang syumul ( sempurna ) dengan perundangan yang lengkap untuk menguruskan kesemua urusan hidup manusia.
    • Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima darinya dan dia di akhirat termasuk golongan orang-orang yang rugi”
    • ( Al Imran: 85 )
  • 14.
          • Islam mempunyai pendekatan tersendiri berhubung dengan urusan pengurusan dan pentadbiran. Falsafah sesebuah sistem merupakan garis panduan untuk melahirkan prinsip-prinsip umum untuk sistem itu berperanan dengan matlamat atau objektif yang hendak dicapai.
          • Falsafah sistem Islam berasaskan kepada:
          • 1) Konsep Tauhid
          • 2) Konsep Rububiyah
          • 3) Konsep Uluhiyah
          • 4) Konsep Keadilan yang luas
          • 5) Konsep Ukhuwah - perhubungan manusia dengan Allah
          • - perhubungan manusia sesama manusia
          • - perhubungan manusia dengan semua kejadian
          • alam dan makhluk Allah
  • 15.
    • Nilai
    • - Terletak pada konsep AMANAH.
    • - Pemberi amanah ialah Allah S.W.T. sebagai Al Khaliq (pencita )
    • Objektif dan Falsafah
    • Pengurusan Islam
    • Intelek / Daya Fikir Kecekapan
    • - Nikmat pemberian Allah S.W.T yang - Hasil dari latihan dan disiplin
    • amat besar terhadap manusia. yang berterusan.
    • - Mendorong manusia menjadi kreatif, - Sekiranya dapat dilaksanakan
    • inisiatif,inovatif,positif dan dedikasi. akan menghasilkan sesuatu kerja yang memuaskan.
  • 16.
    • Bidang-bidang Pengurusan
    • Pengurusan Kerja Pengurusan Manusia
    • Konsep kerja dalam Islam - Amanah dan adil
    • Ciri-ciri Kerja - Kerjasama dan pengasih
    • Tabi’I Organisasi - Sederhana dan seimbang
    • Pengawasan dan pengesanan - Perhubungan awam
    • - Perlantikan berdasarkan kecekapan :
    • 1. Perlantikan orang yang paling layak
    • 2. Mempertingkatkan keberkesanan
  • 17. PENGURUSAN KERJA 1 ) Konsep Kerja Dalam Islam
    • A ) Kerja Sebagai Fardhu
    • - Islam telah menjadikan kerja sebagai ibadah dan tugas individu tanpa mengira
    • pangkat atau kedudukan.
    • - Islam juga menghubungkan kerja dengan iman dan meningkatkannya ke taraf
    • fardhu.
    • - Seorang mukmin yang mampu dilarang menumpang hidup dari tenaga orang lain.
    • B ) Kerja Sebagai Punca Nilai
    • - Islam meletakkan kerja sebagai fardhu ke atas orang mukmin kerana kerja adalah
    • dianggap sumber nilai dan tanggungjawab manusia.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan bahawasanya seseorang tidak memperolehi sesuatu selain dari apa yang
    • diusahakan.” ( Al Najm : 39 )
  • 18. Konsep Kerja Dalam Islam
    • - Dari kerja juga kedudukan seseorang ditentukan . Firman Allah S.W.T.
    • bermaksud :
    • “ Dan masing-masing orang memperolehi darjah ( pangkat ) seimbang
    • dengan apa yang dikerjakan.” ( Al Najm: 132 )
    • C ) Kerja Sebagai Alat Pendapatan
    • - Kerja sebagai sumber nilai. Islam menganggap kerja sebagai alat pendapatan atau cara
    • untuk mendapatkan rezeki.
    • - Allah S.W.T. menggalakkan manusia menggunakan kemampuannya bagi memperolehi
    • rezeki . Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Kami telah menempatkan kamu dan sekelian di muka bumi ini dan Kami sediakan bagimu
    • ( segala macam sumber kehidupan ).” ( Al A’raf : 10 )
  • 19. Konsep Kerja Dalam Islam
    • - Di dalam Islam, cara memperolehi pendapatan juga akan dipersoalkan. Setiap yang halal
    • akan menjadi haram jika cara memperolehinya adalah secara haram
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Hai sekelian manusia, makanlah sesuatu yang halal dan baik …” ( Al Baqarah : 168 )
    • “ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan cara
    • yang batil ( salah ) …” ( Al Nisa’:29 )
    • D ) Kerja Sebagai Asas Kemajuan
    • - Kemajuan sesebuah masyarakat bergantung kepada kesungguhan anggotanya bekerja.
    • - Terdapat beberapa buah Hadith yang menyentuh tiga sektor asas sistem ekonomi iaitu
    • sistem pertanian, perindustrian dan perdagangan.
  • 20. Konsep Kerja Dalam Islam
      • - Di dalam sektor pertanian. Rasulullah s.a.w. bersabda :
      • “ Sesiapa saja orang Islam yang bercucuk tanam atau menyemai tumbuhan dan ia dimakan burung atau insan adalah menjadi sedekah”. ( Riwayat Anas Ibn Malik )
      • - Di dalam sektor perindustrian, Baginda bersabda :
      • “ Sebaik-baik pendapatan ialah hasil usaha dari sektor perindustrian jika ia dilakukan dengan bersih”.
      • ( Riwayat Anas Ibn Malik )
      • - Di dalam sektor perdagangan pula, Baginda bersabda :
      • “ Bahawa sembilan dari sepuluh punca rezeki terletak pada sektor perdagangan”.
      • ( Riwayat Ali Ibn Talib )
      • - Amalan riba adalah dilarang. Para ulama sepakat mengatakan bahawa amalan riba memberi kesan
      • buruk dan zalim terhadap orang ramai. Allah S.W.T. mengharamkan dengan firmanNya bermaksud :
      • “ … Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” ( Al Baqarah:275 )
  • 21. PENGURUSAN KERJA 2 ) Ciri – ciri kerja
    • Sifat-sifat kerja yang boleh mencapai kelakuan-kelakuan yang sihat ialah :
    • A ) Iman dan Amal Soleh
    • - Islam ialah satu ‘aqidah-amal dan amal-aqidah’.
    • - Dari sudut pengurusan, ayat tersebut mengandungi dua pengertian :
    • 1. Setiap mukmin adalah dituntut untuk melakukan amal soleh samada untuk kepentingan individu,
    • orang ramai atau sesuatu organisasi.
    • 2. Amal soleh ialah amal yang bertujuan untuk kebajikan dan kebaikan individu dan orang ramai
    • yang lahir dari keimanan.
    • B ) Tujuan dan Perancangan
    • - Menentukan tujuan menggariskan perancangan dan perencanaan merupakan perkara pokok dalam
    • pengurusan.
    • - Daya intelek yang dilengkapkan pada manusia oleh Allah S.W.T. akan melahirkan pelbagai cara dan
    • idea untuk menentukan tujuan dan perancangan.
  • 22. Ciri – ciri kerja
    • C ) Ketelitian, Kecekapan dan kemampuan
    • - Islam menuntut umatnya mengerjakan sesuatu dengan sebaik-baik mungkin.
    • - Dalam pengurusan, Islam menganjurkan supaya umat Islam sentiasa mengambil kira pandangan
    • dan nasihat mereka yang lebih arif di dalam hal-hal tertentu. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Maka bertanyalah kamu kepada para ahli jika kamu tidak tahu”. ( Al Nahl:43)
    • - Hubungan kecekapan dengan kemampuan ialah segala kerja dan perancangan hendaklah sesuai
    • dengan kemampuan yang sedia ada berlandaskan kaedah Islam. Firman Allah S.W.T. Bermaksud :
    • “ Dan seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (Al Baqarah:23)
  • 23. PENGURUSAN KERJA 3 ) Bentuk Organisasi
    • A ) Hirarki ( Hierarchy )
    • - Islam menganggap hirarki sebagai ujian terhadap mereka yang memerintah dan yang diperintah iaitu
    • sejauh manakah kesannya ( ketaatan orang yang diperintah ) demi menjayakan kepentingan orang
    • ramai. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi, dan Dialah yang
    • mengangkat sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjah, untuk mengujimu tentang
    • apa yang diberikanNya kepadamu”. (Al An’am:165)
    • - Dari kacamata pengurusan, ayat tersebut memberi pengertian :
    • 1. Asas pembentukan organisasi ialah untuk orang ramai.
    • 2. Asas susunan hirarki ialah tingkatan kerja.
    • 3. Asas upah ialah bergantung pada jenis kerja.
    • 4. Faktor ilmu dan kemahiran akan menentukan kedudukan seseorang.
  • 24. Bentuk Organisasi
    • B ) Kuasa dan Tanggungjawab
    • - Kuasa ialah kemampuan membuat sesuatu keputusan atau tindakan dengan pengarahan yang jelas
    • kepada kakitangan bawahan supaya wujud kesepaduan tenaga dalam melaksanakan sesuatu
    • projek.
    • - Islam melihat kuasa lebih kepada keperluan untuk memelihara keutuhan dan keseragaman usaha
    • kolektif dalam sesuatu organisasi.
    • - Islam memandang kerja sebagai tanggungjawab dan tanggungjawab ini terletak pada orang yang
    • diamanahkan kerja, yang kemudiannya bertanggungjawab pula kepada manusia dan Allah S.W.T.
    • terhadap apa yang dikerjakan.
    • C ) Ikatan – Hubungan Sosial
    • - Islam menyeru kepada persaudaraan sesama anggota masyarakat untuk membangun dan memupuk
    • perpaduan rasa dan semangat. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara….”. (Al Hujurat:10)
    • “ Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah..”.
    • ( Al Imran:103)
  • 25. Bentuk Organisasi
    • - Dari ayat-ayat tersebut, kacamata pengurusan ialah :
    • 1. Persaudaraan hendaklah menjadi asas perhubungan.
    • 2. Perpaduan hendaklah dipelihara.
    • 3. Kezaliman hendaklah dielakkan.
    • D ) Syura / Perundingan
    • - Syura dalam konteks pengurusan sebagai pertukaran pandangan, perundingan dan permesyuaratan.
    • - Peranan syura adalah sebagai tali yang menghubungkan antara pendapat yang lahir dari semua
    • anggota sesuatu organisasi atau institusi.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ .. Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu..”. (Al Imran:159)
  • 26. PENGURUSAN KERJA 4 ) Pengawasan dan Pengesanan (Monitoring System)
    • A ) Pengawasan.
    • - Pengawalan diperintahkan ke atas orang Islam dengan cara pengawasan diri dan nasihat-menasihati.
    • B ) Sistem Monitor.
    • - Allah sentiasa mengikuti dan mengawasi segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam kelakuan
    • manusia. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu”. (Al Nisa’:1)
    • - Sistem ‘monitoring’ merupakan satu amalan yang mesti dibuat oleh orang yang terlibat dengan sesuatu
    • kerja, khasnya kerja yang ada hubungan dengan kepentingan orang ramai.
    • C ) Asas-asas Penilaian dan Ukuran.
    • - Firaman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”. (Al Qamar:49)
    • - Dalam pengurusan, ukuran dan perhitungan yang tepat terhadap sesuatu perancangan atau kerja adalah penting bagi
    • mengelakkan atau mengurangi risiko yang mungkin berlaku.
  • 27. PENGURUSAN INDIVIDU/MANUSIA
    • Bimbingan Islam dalam pengurusan individu tergambar dalam nilai-nilai kemanusiannya yang bertujuan untuk memuliakan manusia.
    • Fungsi pengurusan dari segi perancangan, sistem, penilaian, pengawasan, organisasi dan sebagainya bergantung kepada individu
    • Beberapa sifat individu yang dianjurkan oleh Islam bagi mengurus hal ehwal manusia ialah :
    • 1 ) Amanah dan Adil
    • - Tugas ( kerja ) yang diserahkan kepada seseorang adalah satu amanah.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
    • menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menentukan hukum (keputusan) di antara
    • manusia supaya dibuat dengan adil..” (Al Nisa’:58)
  • 28.
    • 2 ) Kerjasama dan Pengasih
    • - Kerjasama hendaklah diberikan kepada kedua-dua pihak, pihak yang memerintah dan pihak
    • yang diperintah dan kerjasama dalam perkara-perkara yang baik sahaja.
    • - Sifat kerjasama berhubung rapat dengan sifat pengasih. Orang tidak pengasih terhadap sesama
    • manusia dianggap sebagai orang yang tidak akan mendapat perhatian dari Allah S.W.T.
    • 3 ) Sederhana dan Seimbang
    • - Dari sudut ekonomi, keseimbangan adalah amat penting dan begitu juga dari sudut pemikiran,
    • sederhana adalah amat baik.
    • - Dari sudut pengurusan, kesederhanaan dan keseimbangan merupakan kunci kejayaan.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu
    • menjadi saksi atas (perbuatan) manusia…” (Al Baqarah:143)
  • 29.
    • 4 ) Jujur dan Ikhlas
    • - Allah S.W.T. telah memerintahkan setiap orang Islam supaya bersikap jujur dan berjiwa ikhlas
    • dalam percakapan dan perbuatan.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan
    • mereka orang-orang yang jujur”. (Maryam:50)
    • 5 ) Perhubungan Awam
    • - Tujuan utama perhubungan awam ialah membangun dan memerlukan persefahaman antara
    • institusi(organisasi) dengan orang-orang yang terlibat di dalamnya iaitu antara majikan dan
    • pekerja, antara pemerintah dengan rakyatnya.
    • - Perhubungan awam boleh dilakukan pelbagai cara antaranya ialah dengan meninjau fikiran,
    • pendapat dan aduan orang yang terlibatsamada dari perintah atasan maupun bawahan.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Segala urusan mereka hendaklah diputuskan dengan asas perundingan”. (Al Syura:38)
    • - Prinsip ‘syura’ dalam Islam ialah melakukan tinjauan fikiran orang yang terlibat dalam sesuatu perancangan untuk mengelakkan rasa ketidakpuasan yang mungkin berlaku.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ ucapkanlah (gunakanlah) bahasa yang baik terhadap manusia”. (Al Baqarah:83)
  • 30.
    • 6 ) Perlantikan Berdasarkan Kecekapan
    • - Kelemahan pengurusan sering terdapat pada perlantikan orang yang tidak mempunyai kecekapan dalam bidang yang ditugaskan.
    • - Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
    • “ Jika menyerahkan tugas kepada bukan ahlinya, maka tunggulah
    • kehancurannya”. ( Riwayat Abi Hurairah)
    • - Terdapat dua aspek yang dianjurkan oleh Islam iaitu :
    • 1. Perlantikan orang yang paling layak.
    • 2. Mempertingkatkan keberkesanan.
  • 31.
    • 1. Perlantikan orang yang paling layak.
    • - Kaedah undang-undang Islam dalam perkara perlantikan adalah diasaskan pada kelayakan
    • kecekapan dan bukan kepada kemasyuran atau perakuan.
    • - Keadilan Islam juga telah menyamakan antara lelaki dengan wanita dalam bidang pekerjaan dan
    • gaji. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Barang siapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, sedangkan ia
    • dalam keadaan beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya
    • walau sedikit pun”. ( Al Nisa’:124)
    • 2. Mempertingkatkan keberkesanan.
    • - Keberkesanan boleh dipertingkatkan melalui program latihan.
    • - Dalam Islam mencari dan menambah ilmu pengetahuan adalah merupakan kewajipan.
    • - Di dalam bidang pengurusan banyak penemuan-penemuan bary ditemui samada dalam bentuk
    • yeori atau emperika.
    • - Penemuan ini hendaklah diikuti oleh orang yang ingin menambah ilmunya. Firman Allah S.W.T.
    • bermaksud :
    • “ Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan”. (Taha:114)
  • 32. PENUTUP
    • Falsafah pengurusan Islam menekankan aspek-aspek tauhid, aqidah, akhlak dan syariah yang bersumberkan Al Quran dan Al Sunnah sebagai panduan hidup manusia.
    • Dari segi perlaksanaannya, tidak salah umat Islam menggunakan atau meminjam teknik atau metodologi pihak barat asalkan tidak berlawanan dari sudut syariah.
  • 33.
    • PRINSIP-PRINSIP ISLAM DALAM PERNIAGAAN
    • Peranan Perniagaan
    • Matlamat Firma
    • Etika Perniagaan
    BAHAGIAN 1
  • 34. PERANAN PERNIAGAAN
    • Pengenalan
    • Perniagaan bercorak Islam pada dasarnya berbeza dari yang tidak berdasarkan Islam. Kegiatan perniagaan yang tidak berteraskan Islam mungkin membawa beberapa persamaan dengan kegiatan yang berteraskan Islam, tetapi Islam tidak mengiktiraf kedudukan seperti ini kerana terdapat perbezaan prinsip yang mendasarinya.
  • 35. Kedudukan Perniagaan Dalam Islam
    • Perniagaan, perdagangan atau istilah seumpamanya kerap disebut di dalam Al Quran.
    • Antaranya ialah :
    • “ Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (Al Baqarah:275)
    • “ Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurniaan (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”.
    • (Al Baqarah:198)
    • “ Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”. (Al Baqarah:282)
  • 36.
    • Sejajar dengan ajaran Islam. Allah S.W.T. menunujukkan contoh para anbiya’ dengan kerjaya masing-masing. Contohnya Nabi Adanm a.s. sebagai petani, Nabi Nuh a.s. sebagai seorang peniaga dan nabi Zakaria a.s. sebagai seorang tukang kayu.
    • Rasulullah s.a.w. sendiri berniaga sejak dari muda dan hampir kesemua para sahabat terdiri daripada peniaga-peniaga dan usahawan yang berjaya.
    • Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
    • “ Berniagalah kerana sembilan per sepuluh dari rezeki terkandung di dalam perniagaan”.
    • Di dalam Hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    • “ Sesungguhnya Allah menyukai kalau Dia melihat hambaNya berusaha mencari barang halal”.
    • Perniagaan adalah salah satu ciri kehidupan yang penting di dalam Islam. Contoh amalan umat Islam boleh dilihat pada firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”. (Al Qasas:77)
  • 37.
    • Orang yang beriman tidak akan diperhambakan oleh pekerjaan dan perniagaannya. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah…”. (An Nur:37)
    • Al Quran menyenaraikan dua sifat utama berhubung dengan etika perniagaan dalam Islam iaitu adil dan ihsan.
    • Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”. ( An Nahl:90)
    • Sahih Al Bukhari mengemukakan saranan berkaitan etika perniagaan iaitu :
    • 1. mengelakkan diri dari barangan/perkhidmatan yang haram
    • 2. Menjauhi perkara-perkara syubhah
    • 3. Bersifat jujur dalam berjual beli
    • 4. Menjauhi riba
    • 5. Menjauhi penipuan
    • 6. Mengelakkan diri dari unsur-unsur perjudian
  • 38. Matlamat Perniagaan
    • Dalam setiap kegiatan manusia, keredhaan Allah mesti dijadikan matlamat utama.
    • Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah”. (Al Baqarah:272)
    • “ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah”.
    • (Al Baqarah:195)
    • “ Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah”.
    • (Al Baqarah:262)
  • 39.
    • Matlamat peniagaan di dalam Islam adalah seperti berikut :
    • 1. Untuk memenuhi keperluan seseorang secara sederhana.
    • 2. Untuk menyara keluarga.
    • 3. Untuk membuat peruntukan bagi menghadapi sebarang kecemasan.
    • 4. Untuk membantu anak cucu.
    • 5. Untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan fisabilillah.
    • Islam mengiktiraf matlamat (niat) peniaga mencari keuntungan, malah perkara ini digalakkan tetapi Islam menegaskan ‘keuntungan yang berpatutan’ bukannya ‘keuntungan yang maksimum’.
    • Islam membenarkan pemilikan harta tetapi pada masa yang sama mengakui hak-hak orang lain. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir,orang-orang miskin,pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang berhutang untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu kettetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
    • (Al Taubah:60)
    • Imam Al Ghazali mengatakan seorang peniaga mestilah memiliki kedudukan etika yang tinggi dan memahami peraturan-peraturan (hukum hakam) perniagaan Islam sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
  • 40. Kesan Perniagaan
    • Sifat Islam yang serba lengkap menukarkan perniagaan yang bersifat ‘duniawi’ kepada ‘ukhrawi’ dan menjadikan institusi yang bersifat ‘neutral’ kepada yang berbentuk ‘spiritual’.
    • Islam melahirkan sifat-sifat pengguna seperti berikut :
    • 1. Menjauhi diri dari barangan dan perkhidmatan haram.
    • 2. Mengurangkan penggunaan barangan dan perkhidmatan mewah.
    • 3. Menambah permintaan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan masyarakat seperti pendidikan, pertahanan dan lain-lain.
    • 4. Memperbanyakkan khidmat kepada masyarakat.
  • 41.
    • Peniaga dan usahawan Muslim pula akan menunjukkan ciri berikut :
    • 1. Mematuhi perintah supaya berlaku adil dan ihsan.
    • 2. Berkhidmat kepada orang ramai dan menjadikan usaha ini sebagai satu
    • faktor penting dalam membuat sesuatu keputusan perniagaan.
    • 3. Memaksimakan keuntungan dalam batas-batas yang ditentukan .
    • Perniagaan ialah satu cara yang berkesan untuk memperbanyakkan peluang pekerjaan dan dapat mengatasi masalah pengangguran.
    • Islam bukan sahaja menekankan keperluan bekerjasama dalam kegiatan yang bersifat keagamaan tetapi dalam hal-hal lain termasuk perniagaan.
    • Allah S.W.T. berfirman bermaksud :
    • “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”. (Al Fath:10)
  • 42. Proses Melahirkan Suasana Perniagaan Bercorak Islam
    • Beberapa proses untuk melahirkan suasana perniagaan bercorak Islam ialah :
    • 1. Mendidik dan memberi pelajaran kepada orang-orang Islam iaitu merangkumi pendidikan Din
    • dan pendidikan ilmu perniagaan dan ilmu-ilmu teknikal yang lain.
    • 2. Memberi latihan pemulihan kepada kakitangan awam (kerajaan) yang terlibat secara langsung
    • dalam perniagaan. Kerajaan bertanggungjawab menjalankan fungsi al Hisbah.
    • 3. Menubuhkan institusi baru yang bertugas untuk memudahkan pertumbuhan dan
    • perkembangan perniagaan.
    • 4. Setelah cara hidup Islam diterima oleh masyarakat, kerajaan hendaklah membubarkan institusi-
    • institusi yang terlibat dalam kegiatan syubhah dan haram.
  • 43.
    • Abul A’la al Maududi menegaskan terdapat tiga prinsip untuk merubah masyarakat :
    • 1. Perjalanan atau sunnah alam tidak boleh diganggu.
    • 2. Manusia hendaklah dididik dan diubah berdasarkan nilai-nilai Islam.
    • 3. Kuasa pemerintah hanya diguna apabila anggota-anggota masyarakat tidak terbentuk atau melarikan diri dari nilai-nilai Islam.
  • 44. Kesimpulan
    • Perniagaan mendapat kedudukan yang penting di dalam cara hidup Islam. Oleh itu, Islam memberikan prinsip-prinsip umum dan khas dalam hubungan perniagaan.
    • Cara dan gelagat perniagaan Islam terikat pada matlamat induk Islam iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T.
    • Bagi melahirkan suasana perniagaan bercorak Islam kerajaan perlu memainkan peranan secara aktif dan bersungguh-sungguh.
  • 45. MATLAMAT FIRMA
    • Pengenalan
    • Islam membawa satu perubahan yang amat besar
    • di dalam kehidupan manusia, dari satu keadaan
    • hidup yang gelap kepada kehidupan yang diterangi
    • oleh petunjuk Allah S.W.T.
  • 46. Prinsip Umum Ekonomi Berkaitan Dengan Perniagaan
    • Di antara prinsip-prinsip etika yang menguasai proses pembentukan matlamat perniagaan ialah :
    • 1. Allah S.W.T. sebagai pencipta. pemilik mutlak segala sesuatu.
    • 2. Manusia sebagai khalifah dan penerima amanah
    • 3. Prinsip keadilan sejagat.
    • 4. Prinsip kebebasan memilih.
    • 5. Prinsip tanggungjawab
  • 47.
    • 1. Allah S.W.T. sebagai pencipta dan pemilik segala sesuatu.
    • - Allah S.W.T. sebagi pencipta dan pemilik segala sesuatu di muka bumi ini.
    • Hanya terdapat satu sahaja sifat yang ada pada manusia yang boleh dianggap
    • kepunyaannya sendiri iaitu kebebasan memilih.
    • - Segala apa yang ada di permukaan dan di perut bumi adalah milik Allah
    • S.W.T. yang dipinjamkan sementara waktu kepada manusia. Firman Allah
    • S.W.T. bermaksud :
    • “ KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di
    • antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. (Taha:6)
  • 48.
    • 2. Manusia sebagai khalifah dan penerima amanah.
    • - Segala sistem yang dibentuk oleh Islam adalah sistem yang mengambil kira kegiatan manusia
    • keseluruhannya.
    • - Ia dibina atas satu landasan yang amat kukuh iaitu landasan mentauhidkan Allah S.W.T. Firman
    • Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada
    • diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu
    • tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu”. (Fusilat:53)
    • - Atas konsep tauhid ini segala aspek kegiatan manusia dapat digabungkan menjadi satu sistem yang lengkap dan sempurna, seterusnya dapat mengwujudkan keseragaman di antara manusia dan alam semesta yang dapat membuktikan Allah sebagai Rabb.
    • - Firman Allah S.W.T. di dalam satu hadis Qudsi bermaksud :
    • “ … Aku ini adalah perbendaharaan.Untuk membuktikan Aku wujud, Aku mencipta manusia”.
  • 49.
    • 3. Prinsip keadilan sejagat.
    • - Islam bertujuan membentuk suatu tertb sosial yang mengikat manusia
    • dengan tali persaudaraan dan kasih sayang.
    • - Sehubungan dengan konsep persaudaraan ini adalah prinsip keadilan.Firman
    • Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Orang-orang yang beriman tidak akan mencampur adukkan iman mereka dengan
    • kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keampunan”.
    • (Al An’am:82)
    • - Konsep persaudaraan dan prinsip keadilan terhadap seluruh anggota masyarakat adalah tidak bermakna, jika tidak disertai dengan keadilan ekonomi yang dapat menjamin hak-hak individu. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu
    • bermaharajalela di muka bumi dengan membuat kerosakan”. (As Syu’ara:183)
  • 50.
    • 4. Prinsip kebebasan memilih.
    • - Salah satu sumbangan besar Islam di dalam falsafah sosial ialah
    • prinsip kebebasan memilih.
    • - Walaupun kebebasan yang diberi oleh Islam terbatas kepada
    • penciptaan Allah S.W.T. pada hakikatnya, bagi tahap manusia,
    • kebebasan ini merupakan kebebasan yang tidak terbatas.
    • - Dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. , manusia
    • bebas memilih samada mematuhi segala perintah Allah atau
    • menolak kewujudan dan kedaulatan Allah S.W.T. di muka bumi
    • ini.
  • 51.
    • 5. Prinsip tanggungjawab.
    • - Prinsip tanggungjawab berhubung rapat dengan prinsip kebebasan memilih
    • di atas segala apa yang dilakukan. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Barang siapa yang memberi syafaat yang baik, nescaya ia akan memperolehi bahagian
    • (pahala) daripadanya, Dan barangsiapa yang memberi syafaat yang buruk, nescaya ia
    • akan memikul bahagian (dosa) daripadanya, Allah Maha Mengetahui atas segala
    • sesuatu”. (An Nisa’:85)
    • -Islam menjelaskan bahawa sekiranya manusia telah diberi kebebasan untuk
    • memilih di antara yang baik dan yang buruk, mereka akan menerima akibat dari keputusan mereka. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya”.
    • (Al Muddaathir:38)
  • 52. Prinsip Halal Haram dan Prinsip Muamalah Perniagaan
    • ‘ Asal sesuatu perbuatan adalah halal, kecuali sesuatu yang memang telah diharamkan atau ditetapkan oleh syariah sendiri’. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan Allah telah memperinci kepadamu sesuatu yang Dia telah haramkan kepada kamu”.
    • (Al An’am:119)
    • Hanya Allah yang berhak menetapkan halal dan haram sesuatu benda atau perbuatan yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hambaNya dan ( siapa pulakah yang mengharamkan ) rezeki yang baik”.Katakanlah : “Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehiduppan dunia, khususnya (untuk mereka saja) di hari Kiamat”.
    • ( Al A’raf:32)
  • 53.
    • Prinsip syariah menetapkan halal dan haram dalam urusan muamalah adalah bertujuan untuk membetulkan, meluruskan, mendidik dan mengesahkan tindakan manusia supaya terhindar daripada segala kerosakan dan kemudharatan kepada diri dan masyarakat. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.
    • ( Al A’raf:33)
    • Individu Islam mestilah menerima prinsip syariah sebagai petunjuk dalam muamalah kerana manusia bersikap lemah dan memerlukan bimbingan. Orang bersikap angkuh dan sombong sebenarnya akan melampaui batas. Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas kerana dia melihat dirinya serba cukup”. ( Al Alaq:6-7)
  • 54.
    • Allah menetapkan bahawa Dialah yang menciptakan segala sesuatu, menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya pertunjuk”. ( Toha:50)
    • Allah melarang atau tidak menggalakkan manusia supaya bertanya perkara-perkara yang terperinci daripada Allah dan Rasul dalam urusan hidup mereka kerana ia boleh membawa kepada kesukaran atau membataskan pelaksanaannya.
    • Umat Muhammad s.a.w. diberi amaran agar tidak bertanya dengan terperinci. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Apakah kamu hendak untuk meminta kepada Rasul kamu seperti Bani Israil meminta kepada Nabi Musa pada zaman dahulu?” Dan barangsiapa yang menukar iaman dengan kekafiran maka sesungguhnya orang itu telah sesat dari jalan yang lurus”. ( Al Baqarah:108)
  • 55.
    • Dalam bidang ekonomi dan perniagaan ia secara khusus merujuk kepada peranan manusia untuk memakmurkan alam ini. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ … Dia yang telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya”. ( Hud:61)
    • Islam sebenarnya memudahkan manusia melaksanakan perintah yang telah ditetapkan. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al Haj:78)
  • 56. Kaedah-kaedah Yang Dapat Digunakan Untuk Menentukan Matlamat Perniagaan
    • 1. Dasar utama pembinaan hukum dalam urusan muamalah menekankan bahawa
    • ‘ kemudharatan itu harus dilenyapkan’. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan”. (Al Qasas:77)
    • 2. ‘ Menolak kerosakan atau bahaya daripada meraih keuntungan atau manfaat’. Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud :
    • “ Apabila aku perintahkan kepadamu sesuatu perintah, kerjakanlah semampunya, dan apabila aku melarang kamu satu perbuatan tinggalkanlah’. ( Hadith Bukhari Muslim)
  • 57.
    • - ‘ Apabila terjadi perlawanan di antara kerosakan dan kemaslahatan, maka harus diperhatikan mana yang lebih buruk di antara keduanya’. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi, katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”.
    • ( Al Baqarah:219)
    • - Kepentingan masyarakat harus diutamakan dalam urusan muamalah. ‘ Mengutamakan orang lain dalam soal ibadah adalah makruh dan di dalam hal keduniaan dianjurkan, Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan”. (Al Hasyr:9)
  • 58. Penutup
    • Matlamat terakhir hidup kita yang bersifat tunggal hanyalah mencari keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.
    • Segala kegiatan hidup akan menjadi ibadat jika keputusan dan tindakan yang berkaitan dengannya dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut :
    • 1) Amalan yang dikerjakan itu adalah diakui Islam sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.
    • 2) Amalan tersebut hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik.
    • 3) Amalan tersebut hendaklah dilakukan seelok-eloknya
  • 59.
      • 4) Ketika melaksanakan amalan-amalan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum syariat dan batasannya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas atau merampas hak orang.
      • 5) Ketika melaksanakan amalan muamalat, jangan lalai dan cuai dalam melaksanakan kewajipan ibadat yang khusus seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya.
  • 60. ETIKA PERNIGAAN
    • Pengenalan
    • Etika merupakan moral, budi pekerti atau perwatakan manusia dalam
    • menghadapi hidup seharian dalam segala aspek.
    • Apabila nilai etika itu bersumberkan wahyu maka ianya dipanggil akhlak. Oleh itu etika di dalam Islam adalah bersifat kekal dan tetap dalam apa jua situasi
    • sekalipun kerana ia diturunkan oleh Allah S.W.T.
  • 61. Prinsip dan Etika Perniagaan
    • Prinsip dan etika perniagaan dalam Islam adalah seperti berikut :
    • 1) Perniagaan sebagai ibadah.
    • - Islam menganggap perniagaan sebagai satu ibadah kepada
    • Allah S.W.T. dan tanggungjawab fardhu kifayah kepada
    • manusia selaras dengan kejadian manusia sebagai khalifah di
    • muka bumi ini.
  • 62.
    • 2) Kerjasama melalui perniagaan demi kepentingan ummah.
    • - Kecenderungan manusia untuk berniaga dan memperolehi
    • keuntungan merupakan satu ujian ke atas interaksi peniaga
    • dengan masyarakat sekelilingnya.
    • - Kekurangan dalam diri manusia hanya dapat dipenuhi melalui
    • sikap tolong menolong di antara satu sama lain.Sikap ini
    • boleh membantu mengurangkan jurang perbezaan antara
    • manusia dari segi kebendaan mahupun kerohanian.
  • 63.
    • 3) Keadilan.
    • - Dalam menegakkan keadilan, Islam mahu penganutnya bersifat ikhlas,
    • benar, jujur, taat, bertimbang rasa, berpegang kepada janji, sederhana
    • dalam perbuatan di dalam segala aspek kehidupan termasuklah perniagaan.
    • - Kerana takutkan balasan akhirat, maka peniaga Islam akan menghindarkan
    • dirinya dari terjerumus dalam kalangan pendusta. Maka kezaliman terhadap
    • pengguna tidak akan berlaku berbanding dengan tindak tanduk seseorang
    • individu yang hanya mementingkan keuntungan.
  • 64.
    • 4) Amanah.
    • - Amanah merupakan asas kepada ketahanan masyarakat,
    • kestabilan negara, kekuasaan dan kehormatan disamping
    • menjadi jasad dan roh keadilan.
    • - Pegangan kepada sifat amanah akan menjadikan peniaga itu
    • takut untuk melakukan sesuatu yang terkeluar dari garis
    • panduan Islam kerana matlamatnya adalah untuk
    • mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
  • 65. Kesimpulan
    • Dalam kontek pendidikan etika perniagaan, matlamat asas yang seharusnya dituju ialah untuk menggabungkan konsep-konsep, prinsip-prinsip dan amalan-amalan perniagaan supaya selaras dengan aqidah Islam.Ia juga harus menerapkan nilai-nilai dan pandanagan hidup Islam demi menjamin peningkatan prestasi perniagaan.
  • 66.
    • PENGURUSAN TENAGA KERJA
    • Etika Kerja
    • Perhubungan Antara Majikan dan Pekerja
    • Latihan dan Pembangunan Tenaga Pekerja
    BAHAGIAN II
  • 67. ETIKA KERJA
    • Pengenalan
    • Memupuk pekerja-pekerja agar menghargai dan menghayati nilai-nilai etika Islam, adalah mustahak dan boleh menolong mencegah dan mengurangkan berlakunya kejadian-kejadian ‘menggelapkan’ wang, mengeksploitasi pekerja-pekerja dan lain-lain aktiviti yang tidak sihat.
  • 68. Keepentingan Bekerja dari Kaca Mata Islam
    • Kerja ialah satu perbuatan atau usaha untuk mencari rezeki.
    • Bekerja adalah suatu aktiviti yang sangat digalakkan dalam Islam. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (Al Juma’ah:10)
    • Dari kaca mata Islam, bekerja mencari rezeki yang halal dianggap sebagai satu usaha untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
    • “ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu”. (Al Zariat:56)
  • 69. Etika Kerja dari Sudut Islam
    • Dari kaca mata Islam, manusia adalah khalifah di bumi Allah ini. Sebagai khalifah, manusia mempunyai tanggungjawab yang berat kepada Allah S.W.T., diri sendiri dan kepada semua manusia untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini.
    • Sebagai khalifah Allah, objektif utama manusia di dunia ini ialah untuk m,enegakkan keadilan dan mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
  • 70.
    • Setiap kerja yang dilakukan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
    • Setiap orang Islam mesti sentiasa mengingati bahawa Allah S.W.T. mengetahui apa sahaja yang dilakukannya. Oleh itu,mereka tidak akan berani melakukan apa-apa yang dilarang di dalam Islam.
  • 71. Kesimpulan
    • Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengerjakan tanggungjawab yang dipikul kerana Islam menyuruh menepati janji dan melarang pecah amanah .
    • Mencari rezeki sahaja tidak mencukupi, kerja yang bersubahat dengan perkara-perkara mungkar wajib dielakkan.
    • Bekerja dengan ihsan dan sedar bahawa setiap perbuatan yang dilakukan diketahui oleh Allah S.W.T.
  • 72. PERHUBUNGAN ANTARA MAJIKAN DAN PEKERJA
    • Hubungan antara manusia dan penciptanya ( HablumminAllah )
    • 1. Kepercayaan kepada Allah S.W.T.
    • - Segala yang dilakukan oleh orang beriman adalah selari
    • dengan syahadah dan bersesuaian dengan tujuan dijadikan
    • oleh Allah.
    • - Tujuan utama manusia dijadikan adalah untuk mengabdikan diri kepada
    • Allah. Firman Allah yang bermaksud:
    • “ Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu, melainkan untuk
    • mengabdikan diri kepadaku”. ( Al Zariat:56 )
    • - Tujuan kedua adalah untuk menjadi khalifah Allah. Firman Allah yang
    • bermaksud:
    • “ Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
    • bumi”. ( Al Baqarah:30 )
  • 73.
    • 2. Kasih sayang.
    • - Apabila timbul rasa kasih sayang pada seseorang maka ia
    • akan sedaya upaya akan melakukan perkara yang disukainya.
    • Begitu juga kecintaan kita kepada Allah, kita akan melakukan
    • perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang
    • dilarang.
    • - Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
    • “ Tiga perkara yang jika seseorang memilikinya maka dia
    • mendapat kemanisan iman. Iaitu Allah dan RasulNya paling
    • ia kasihi, ia mengasihi seseorang kerana Allah dan ia benci
    • untuk kembali kepada kufur seperti mana ia benci kalau ia
    • dilemparkan ke dalam api”. ( Bukhari Muslim )
  • 74.
    • 3. Syukur kepada Allah.
    • - Syukur ialah memuji Allah di atas nikmat yang Allah berikan
    • dan hatinya sentiasa kasih kepada Allah dan anggotanya
    • patuh dan taat kepadaNya.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memaklumkan
    • sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan
    • menambah nikmat kepada kamu dan jika kamu mengingkari
    • nikmatku maka sesungguhnya azabKu amat pedih”.
    • ( Ibrahim:7 )
  • 75.
    • Hubungan sesama manusia ( Habluminnas )
    • 1. Tolong menolong.
    • - Tolong menolong boleh meningkatkan kehidupan masyarakat
    • ke tingkat yang tinggi iaitu ke tingkat kemewahan bersama.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Bertolong-tolonglah kamu kepada kebaikan dan taqwa dan
    • janganlah kamu bertolong-tolong pada perkara dosa dan
    • permusuhan”. ( Al Maidah:2 )
    • 2. Kasih sayang.
    • - Jika kasih sayang wujud di antara manusia maka kehidupan
    • di dunia ini akan aman damai.
  • 76.
    • - Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
    • “ Setinggi-tinggi darjat iman hendaklah anda menyukai bagi
    • orang ramai apa yang anda menyukai bagi diri sendiri dan
    • membenci bagi mereka apa yang anda benci bagi diri anda
    • sendiri”. ( Imam Ahmad )
    • 3. Persaudaraan.
    • - Islam menekankan semangat persaudaraan. Ia mengaitkan
    • semangat persaudaraan dengan iman.
    • - Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara”.
    • ( Al Hujurat:10 )
  • 77. Pekerjaan dari kacamata Islam
    • Pekerjaan amat dipandang mulia disisi Allah.manusia disuruh bekerja selagi pekerjaan itu halal menurut Islam.
    • Firman Allah S.W.T. bermaksud:
    • “ Maka apabila telah tunaikan sembahyang bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki ) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan kamu beruntung”
    • ( Al Juma’ah:10 )
  • 78.
    • Seseorang Muslim yang komited terhadap Islam akan mempunyai ciri-ciri berikut:
    • 1. Matlamat pekerjaan bukan bersifat keduniaan atau kebendaan tetapi untuk keredhaan Allah.
    • 2. Motivasi untuk bekerja terikat kepada balasan baik dan jahat di akhirat nanti
    • 3. Rasa tanggungjawab bukan sahaja kepada ketua tetapi yang lebih penting terhadap Allah.
    • 4.Sedar bahawa Allah mengetahui segala perbuatannya samada yang terbuka atau tersembunyi.
  • 79. Kesimpulan
    • Majikan hendaklah bertanggungjawab memberi pekerja-pekerja keperluan asas.
    • Pekerja perlu sedar akan tanggungjawabnya serta kebolehan dan pengalaman yang dimiliki dengan melakukan tugas dengan tekun dan jujur
  • 80. Latihan dan pembangunan Tenaga Pekerja
    • Konsep Islam tentang ibadah dan pekerjaan.
    • - Untuk menjadikan segala aktiviti kehidupan ini sebagai ibadah ia mesti didasarkan kepada:
    • 1. Keimanan kepada Allah
    • 2. Niat kerana Allah
    • 3. Ikhlas dalam setiap apa jua pekerjaan dan kegiatan dalam hidup
    • 4. Dalam lingkungan syariah
  • 81.
    • Difinisi latihan dan pembangunan.
    • - Latihan dan pembangunan tenaga pekerja ialah usaha-usaha untuk mempertingkatkan daya ubudiyah ( pengabdian ) seseorang pekerja kepada Allah.
    • Tujuan dan matlamat latihan dalam Islam.
    • - Berorientasikan kepada tujuan untuk beribadah serta menjadi khalifah Allah di dunia ini.
    • - Meningkatkan lagi tahap komitmen pekerja kepada organisasinya.
  • 82.
    • Aspek-aspek latihan dan pembangunan.
    • - Manusia mempunyai empat kehendak asasi iaitu:
    • 1. kehendak jasmani
    • - tuntutan kesihatan tubuh badan, kemahiran dan
    • kebolehan fizikal individu dalam melakukan kerja.
    • 2. Kehendak rohani
    • - naluri beragama, aqidah, ketenangan dan kesejahteraan
    • jiwa dan kemuliaan akhlak.
    • 3. Kehendak mental
    • - bersangkutan dengan ilmu pengetahuan am dan khusus
    • termasuk kemahiran asasi.
    • 4. Kehendak sosial
    • - menuntut keinginan untuk berinteraksi sesama manusia.
  • 83. Kesimpulan
    • Latihan dan pembangunan tenaga kerja adalah bertujuan untuk meningkatkan daya pengabdian seseorang kepada Allah.
    • Program latihan hendaklah bersemangatkan ruh dan nilai-nilai Islam di dalam memupuk dan membangunkan individu muslim.
  • 84.
    • FUNGSI-FUNGSI PERNIAGAAN DALAM ISLAM
    • PENGELUARAN
    • PEMBIAYAAN
    • PERANCANGAN DAN PENGAWALAN
    BAHAGIAN III
  • 85. PENGELUARAN
    • Galakan kegiatan Pengeluaran Di Dalam Islam
    • - Sistem Islam secara keseluruhannya menggalakkan usaha-usaha pengeluaran.
    • - Firman Allah bermaksud:
    • “ Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”.
    • ( Al Baqarah:29 )
    • - Para fuqaha’ berpendapat bahawa mengeluarkan barangan keperluan hidup adalah fardhu kifayah.
  • 86.
    • Ciri-ciri khusus pengeluaran:
    • 1. Perancangan
    • 2. Teknik dan teknologi
    • 3. Kawalan mutu
    • 4. Menyekat sikap berlebih-lebihan
    • 5. Penyorokan barangan
    • 6. Jenis barangan
  • 87.
    • Produktiviti ( daya pengeluaran ).
    • - Dr Monzer Kahf memberikan empat sebab berlakunya kerendahan daya pengeluaran di kalangan umat islam:
    • 1. Sikap orang Islam tidak betul terhadap Islam.
    • 2. Sistem yang memerintah dunia Islam.
    • 3. Pembahagian sumber kewangan yang berkurangan.
    • 4. Pelaburan dalam pendidikan manusia
  • 88.
    • Penglibatan dalam pengeluaran:
    • 1. Peringkat kemasyarakatan.
    • - Dr Monzer Kahf memberikan saranan iaitu :
    • 1. Menghidupkan se,ula sikap orang Islam terhadap daya pengeluaran.
    • 2. melakukan perubahan pada institusi ekonomi di dunia Islam.
    • 3. mengalihkan aliran sumber kewangan untuk mengeluarkan keperluan
    • asasi umat Islam ( tidak mengutamakan pelaburan di dunia Barat ).
    • 4. Pelaburan dalam modal tenaga manusia dan mempertingkatkan
    • kebolehan orang Islam menerima teknologi moden.
  • 89.
    • 2. Peringkat individu:
    • - Individu muslim hendaklah :
    • 1. Merasakan keperluan mendapatkan dan mementingkan pendidikan
    • Islam yang berterusan.
    • 2. Menjauhkan perkara-perkara yang haram dan syubhah.
    • 3. Mengutamakan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar Muslim lain
    • secara hubungan individu ataupun melalui pertubuhan-pertubuhan
    • tertentu
  • 90. Kesimpulan
    • Kegiatan pengeluaran adalah diwajibkan oleh Islam kerana mencari nafkah adalah wajib dan membebaskan umat Islam dari belengu aqidah dan ekonomi juga satu kemestian.
  • 91. PEMBIAYAAN
    • Pembiayaan memperolehi aset.
    • 1. Pembiayaan aset semasa atau modal pusingan:
    • - Murabahah
    • - Musyarakah
    • - Kredit dagangan
    • 2. Pembiayaan aset tetap:
    • - Bai’ Bithaman Ajil ( jualan harta tangguh )
    • - Ijarah ( sewaan )
    • - Bai’al Ta’jiri ( sewa beli )
    • - Musyarakah mutanaqisah ( musyarakah berakhir dengan pindah milik )
    • - Jual sewa dan beli balik
  • 92.
    • 3. Lain-lain pembiayaan:
    • 1. Bai’ Istisnak ( jual tempahan )
    • 2. Bai’ ul Salam ( jualan salam )
    • 3. Bai’ ul wafa
    • 4. Gadaian ( Al Rahn )
    • 5. Pinjaman kebajikan ( Al Qar al Hasan )
  • 93. Kesimpulan
    • Institusi yang menawarkan pembiayaan secara
    • Islam masih berkurangan. Oleh itu ditekankan
    • bahawa keperluan untuk institusi – institusi
    • kewangan yang memberi pembiayaan secara
    • Islam amat ketara untuk memberi alternatif
    • kepada peniaga-peniaga Islam.
  • 94. PERANCANGAN DAN PENGAWALAN
    • Perancangan dalam Islam melibatkan hal-hal berikut:
    • 1. Memilih matlamat / sasaran
    • 2. Menetapkan perencanaan operasi secara terperinci
    • 3. Perlaksanaan perancangan dan kawalan
  • 95.
    • PEMASARAN
    • PERHARGAAN
    • PROMOSI JUALAN
    • PENGEDARAN
    BAB 4
  • 96. PENGENALAN
    • Di dalam fiqh al-Mua’malat, jual beli boleh ditakrifkan sebagai pertukaran harta dengan harta.Hukum jual beli ini adalah halal sekiranya sempurna hukum serta syarat-syarat yang bersangkutan dengannya.
    • Allah S.W.T. berfirman :”pada hal Allah S.W.T. menghalalkan jual beli (berniaga ) dan mengharamkan riba’). (Al-Baqarah 2 :275)
    • 4 Rukun Jual Beli:
    • penjual, pembeli, harga, sighah.
    • Perbincangan bagaimana harga barangan ditentukan :
    • 1) penentuan harga barangan dari sudut teori ekonomi
    • 2) penentuan harga barangan secara praktikal.
  • 97. Kepentingan harga dalam perniagaan
    • Dalam ekonomi, untung=jumlah hasil –jumlah kos
    • Keuntungan dipengaruhi
    • - harga jualan
    • - jumlah jualan barangan
    • - kos
    • Harga ialah penentuan nilai wang barangan
    • Kaedah penentuan harga wajib mencerminkan kecekapan dan juga keadilan.
    • Kepentingan Harga :
    • - mampu mempengaruhi upah, sewa dan interest.
    • - Ia mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pulangan faktor – faktor pengeluaran.
    • - pengawal utama dalam mempengaruhi proses peruntukan sumber.
    • - penentu utama tingkat permintaan dalam pasaran.
    • - mempengaruhi taraf persaingan syarikat serta kuasa atas pasaran
    • Rumusan, harga amat mempengaruhi pendapatan dan keuntungan bersih firma.
  • 98. Teori nilai
    • Teori Nilai : Nilai – Gunaan dan Nilai Pertukaran
    • - nilai = harga atau nilai pertukaran
    • - ahli ekonomi klasik telah membelakangkan isu “nilai gunaan” kerana telah gagal menyelaraskan perbezaan “nilai pertukaran”
    • - masalah “ Water –Diamond Paradox
    • - nilai pertukaran dalam konteks teori nilai buruh oleh David Ricardo:
    * Semakin banyak barang yang dikeluarkan semakin tinggi jumlah kos pengeluaran. Apabila kos ini meningkat, maka bagi Ricardo, harga juga meningkat. harga Keluk penawaran kuantiti
  • 99. Nilai –Gunaan : Teori nilai sut / marginal
    • Nilai gunaan perlu dilihat dalam konteks nilai kepuasan sut dan bukannya jumlah nilai kepuasan.
    • Maka terdapat hubungan songsang antara harga barangan dan permintaan.
    10 Harga kuantiti Rajah : menunjukkan semakin banyak jumlah barangan yang diminta semakin rendah nilai kepuasan sut barangan yang akhir. 4
  • 100. Penentuan Harga Melalui Mekanisma Pasaran
    • Alfred Marshall menyarankan bahawa harga sesuatu barangan ditentukan oleh mekanisme pasaran iaitu kuasa serentak permintaan dan penawaran.
    • Harga bukan lagi ditentukan oleh permintaan ( pendapat Ricardo) atau penawaran sahaja ( pendapat sekolah Marginal)
  • 101. Harga Dari Sudut Islam : Kuasa Pasaran
    • Pandangan Alfred Marshall dimana harga ditentukan oleh kuasa pasaran telah diutarakan terdahulu oleh pemikir Islam Ibn Taimiyah dan juga Ibn Khaldun.
    • Kezaliman sebagai punca perubahan harga merujuk ketidaksempurnaan persaingan yang mana wujud perbutan “ihtikar” atau sorok dengan implikasi buruk kepada penawaran dan harga barangan.
    • Menurut Ibn Taimiyyah :
    • “ sekiranya masyarakat menjual barangan berasaskan kepada adat kebiasaan tanpa sebarang kezaliman, maka peningkatan harga di sebabkan oleh kejatuhan keluaran , atau penambahan penduduk adalah semata – mata berpunca dari Allah”
    • - Tanpa kezaliman masyarakat aktiviti ekonomi mestilah berasaskan kepada mekanisma pasaran.
  • 102. Ibn Taimiyyah
    • Menggariskan faktor yang mempengaruhi permintaan dan penentuan harga :
    • 1) Kehendak manusia adalah berbeza
    • 2) Perubahan harga bergantung kepada jumlah permintaan.
    • 3) Harga juga dipengaruhi oleh ketinggian dan kerendahan keperluan terhadap barangan.
    • 4) Harga juga berubah dengan perbezaan latar belakang pembeli ( Al mua’wid).
    • 5) Harga bagi barang yang mudah didapati adalah lebih rendah.
    • 6) Harga dipengaruhi oleh jenis matawang yang digunakan dalam pertukaran.
  • 103. Ibn Khaldun
    • Sumbangannya dalam isu perhargaan amat tinggi.
    • “ apabila barangan yang dibawa dari luar itu sedikit jumlahnya serta sukar diperolehi, maka harganya akan naik. Dan sebaliknya…” -Ibn Khaldun-
    • Barangan terbahagi kepada 3:
      • Daruri, ialah barangan yg memenuhi keperluan asas jasmani.
      • Kamaliyat ialah barangan mewah.
  • 104. Untung
    • Untung merupakan pulangan kepada pengusaha.
    • Dalam konteks perhargaan, untung adalah lebihan harga barangan atas kos.
    • Kaedah – kaedah Fiqh yang boleh dijadikan prinsip perhargaan dan penetapan kadar untung:
      • Kemudaratan itu harus dilenyapkan
      • Menolak kerosakan
      • Adat kebiasaan itu tetap sebagai hukum.
      • Apabila terjadi perlawaan antara kerosakan dan kemaslahatan, maka harus diperhatikan mana yang lebih kuat diantara keduanya.
      • Tanggungan atau risiko berkadar kepada faedah.
      • Ada untung dan rugi
      • Ibn Khaldun mendapati :
      • - keuntungan sederhana memakmurkan perniagaan.
      • - keuntungan yang amat rendah tidak galakkan perkembangan
      • - keuntungan yang amat tinggi telah menjatuhkan permintaan.
  • 105. Campurtangan Kerajaan Dalam Perhargaan
    • Penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi adalah berasaskan kepada “Maslahah Al –Ammah” atau “ kepentingan Umum”.
    • Imam Shatibi menjelaskan Maslahah sebagai perlindungan kepentingan.
    • Maslahah terbahagi kepada 3 iaitu Daruri, Hajiyat dan Tahsiniyat.
    • Daruri melibatkan : Din, Nafs, Mal, dan Aql.
    • Para peniaga yang mengabaikan Daruri ini wajib ditentang oleh pihak berkuasa dalam bentuk campur tangan secara langsung.
    • Zaman Umar Al-Khattab , beliau mengawal harga dan penawaran barangan.
    • Saranan Rasullullah s.a.w mengenai penolakan pengawalan harga…”sesungguhnya Allah S.W.T yang menyekang dan meluaskan dan yang memberi rezeki dan menentukan harga”
    • Penentuan harga oleh kerajaan perlu dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan kepentingan sosio ekonomi masyarakat.
  • 106. Penentuan Harga Oleh Monopoli
    • Persaingan tidak sempurna yang menimbulkan ketidak sempurnaan pasaran dalam bentuk Monopoli tulen dilarang dalam Islam.
    • Dalam PPS, harga barangan ditentukan oleh pasaran.
    • Kebanyakan firma hari ini adalah bersifat Monopolis dan Ologopoli.
    • Kaedah Perhargaan Monopolis:
      • Harga melebihi kos purata
      • Jumlah keluaran adalah lebih rendah.
  • 107. Penetapan Harga : Dari Sudut Perniagaan
    • Penetapan Harga – merupakan suatu masalah bila sesebuah firma menghasilkan barangan yang baru dan harus menetapkan harga bagi kali pertama.
    • Tujuan Perhargaan :
      • Perhargaan untuk keuntungan Maksima
      • Penetapan harga bagi merebut kuasa pasaran
      • Memerah pasaran ( Market Skimming)
      • Penetapan harga untuk promosi.
      • Perhargaan untuk pendapatan maksima dan bagi pencapaian kadar pulangan tertentu.
  • 108. Prosedur Penetapan Harga
    • Berorientasikan 3 perkara :
    • Orientasi Kos – harga jualan ditetapkan atas dasar penambahan suatu peratus tertentu atas kos barangan
    • Orientasi permintaan – berdasarkan persepsi nilai oleh pengguna terhadap barangan yang dibeli.
    • Orientasi terhadap pesaing – penetapan harga dilakukan oleh pengusaha – pengusaha kecil yang mengeluarkan barangan yang hampir sama.
  • 109. PROMOSI JUALAN
    • Promosi merangkumi pelbagai kaedah dan aktiviti , yang merupakan sebahagian yang terpenting bagi tiap – tiap organisasi samada organisasi yang mengeluarkan barangan mahupun perkhidmatan.
    • Promosi memainkan peranan yang penting untuk mempastikan samada barangan atau perkhidmatan dapat dipasarkan dan mendapat sambutan dari pengguna secara berterusan.
    • Maka para pengusaha perlu sentiasa bersaing dalam menjalankan promosi yang berkesan.
  • 110. Perniagaan Dalam Islam
    • Pengusaha mestilah melengkapkan dirinya dengan iman yang kuat serta bertaqwa kepada Allah s.w.t.
    • Peringatan dari Surah An-Nisaa’..
    • “ hai orang – orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu …”
    • Tujuan sebenar hidup – “ Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku ” – surah Adz-Dzaariyaat 51:56-
    • Menikmati kurniaan Allah S.W.T
    • Hubungan Iman dan Amal Salih
    • Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi.
    • Para peniaga perlu menjalankan aktiviti ekonomi berlandaskan hukum syarak.
  • 111. KEFAHAMAN PEMASARAN DALAM PENGURUSAN PERNIAGAAN
    • Definisi pemasaran
    • - gambarkan sebahagian daripada organisasi sesebuah firma.
    • - gambarkan tentang sesuatu teknik atau kaedah.
    • - untuk memperlihatkan satu kaedah dalam menjalankan sesuatu perniagaan.
    • - merangkumi berbagai kegiatan di dalam perniagaan yang dirancangkan dengan teliti agar dapat mengeluarkan dan mengedar barangan yang sejajar dengan keperluan dan kehendak pasaran agar menghasilkan keuntungan.
    • Harus mengamalkan konsep pemasaran yang berasaskan kepercayaan bahawa cara untuk mencapai keuntungan dan untuk memelihara tanggungjawab sosial.
    • Konsep pemasaran ini juga menolong menyedarkan pihak pengurusan akan kepentingan mengetahui keperluan dan kehendak pengguna.
  • 112. PROMOSI DAN FUNGSI SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
    • Ia alat komunikasi pemasaran, yang terdiri daripada segala kaedah dan cara penjual dan pengeluar berhubung dengan pembeli dan pengguna.
    • Ia memberi menyebarkan maklumat , memujuk serta memperingatkan pengguna tentang barangan yang ada di pasaran.
    • Ia membantu pengguna dalam mencari barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  • 113. JENIS – JENIS PROMOSI
    • Terbahagi kepada 3
    • 1) promosi pengguna – ditujukan kepada pengguna melalui :
    • a) pengiklanan,
    • b) personel jualan atau jurujual
    • c) promosi jualan.
    • 2) promosi perdagangan – melibatkan bahan – bahan pengiklanan seperti poster, brocur, papan tanda, dan sebagainya. Ia bertujuan mengumumkan tawaran istimewa, pengenalan dan peringatan tentang produk tersebut.
    • 3) pameran barang – barang. Ia membantu membina imej perusahaan. Melalui pameran dan expo penggguna didedahkan kepada barang firma yang masih tidak diketahui olehnya.
  • 114. PENGGUNAAN TEKNIK – TEKNIK PROMOSI
    • Pengusaha perlu memilih teknik promosi yang bersesuaian
    • Terdapat teknik pengiklanan yang menggunakan ‘appeal’ kepada kejayaan, keseronokan, kemewahan, kecantikan, kesihatan dan sebagainya
    • Iklan yang sering menonjolkan cara hidup barat adalah bertentangan dengan kehendak Islam kerana ia akan membinasakan umat Islam sendiri.
    • Para pengusaha bukan Islam sering mengamalkan teknik promosi yang bertentangan demi mengaut keuntungan semata – mata.
    • Para pengusaha yang beriman mesti sedar bahawa matlamat tidak sekali –kali menghalalkan cara.
    • Rasulullah s.a.w bersabda…
    • “ Siapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada golongan kami”
    • “ Persumpahan – persumpahan dusta akan melariskan barang perniagaan, tetapi membasmi keberkatan” - (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • 115. PUBLISITI
    • Publisiti adalah satu aspek promosi .
    • Ia dapat meningkatkan dan membentuk imej sesebuah organisasi samada baik atau buruk.
    • Imej dan reputasi sesebuah firma bergantung kepada bagaimana ia berhubungan dengan anggota masyarakat.
    • Kegiatan – kegiatan publisisti dalam bentuk rencana atau berita selalunya disiarkan di akhbar, majalah, radio dan televisyen.
    • Bagi sesebuah organisasi yang besar, biasanya ditubuhkan satu jabatan perhubungan awam untuk menyelaraskan segala kegiatan publisiti.
  • 116. PENUTUP
    • Dalam Islam konsep perniagaan amat luas.
    • Ia tidak terbatas kepada pencapaian material sahaja malah merupakan suatu ibadah – fardhu kifayah yang dituntut oleh Allah S.W.T
    • Dalam melaksanakan ibadah ini manusia janganlah melakukan perbuatan yang mencemarkan kesuciannya.
    • Peniaga perlu menggunakan segala teknik perniagaan agar perniagaan mereka berjalan lancar dan maju. Tetapi mereka mestilah melakukannya dalam batas – batas yang telah ditetapkan oleh Islam.
  • 117. TERIMA KASIH JUMPA LAGI