• Save
Pembentangan usul
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pembentangan usul

on

  • 4,034 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,034
Views on SlideShare
2,086
Embed Views
1,948

Actions

Likes
3
Downloads
0
Comments
0

9 Embeds 1,948

http://ustazcikgudin.blogspot.com 1910
http://www.ustazcikgudin.blogspot.com 25
http://ustazcikgudin.blogspot.sg 4
http://ustazcikgudin.blogspot.nl 3
http://ustazcikgudin.blogspot.ie 2
http://ustazcikgudin.blogspot.com&_=1343352106671 HTTP 1
http://ustazcikgudin.blogspot.co.il 1
http://www.ustazcikgudin.blogspot.de 1
http://ustazcikgudin.blogspot.no 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pembentangan usul Pembentangan usul Presentation Transcript

  • Kamarudin Bin Jaffar Jamhari Bin MusaSuhaimi Bin Mohd. Samuri
  • Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna-makna berikut:-Izalat ْ ‫إ ِ ز َا ل َ ة‬ ( menghilangkan) seperti :Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang.Memindahkan atau menyalin seperti:Maksudnya menyalin buku.Nasakh dari segi istilah ulamak usul Fiqh ialah:Maksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’dengan adanya jalan syara’ yang terkemudianmembatalkannya.
  • Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yangmembatalkannya.Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia adadengan sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yangtiba kemudian daripadanya.Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan ataumerubah hukum syarak dengan dalil yang turun kemudian. Dimana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun tidak bersama.Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti ataumansukh dan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yangmengganti.[1][1] Badran Abu al-Aynayn, usul al-Fiqh hal. 422
  • Untuk me nasakh kan sesuatu nas seharusnya denganmemenuhi syarat tertentu iaitu:1. Iaitu hukum yang d inasakh kan mestilah hukum yangberbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap.Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidakmungkin dapat di nasakhk an lagi.2. Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yangberbentuk menyeluruh atau kulli. Justeru itu al-Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakatioleh ulamak sudut kebaikan dan keburukan sepetiamanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidakmungkin dapat d inasakh kan.3. Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebihdahulu daripada pengganti
  • 4.Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yangmempunyai keahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukumsebelumnya.5.Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannyaadalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudutkekuatan sabit dan dilalahnya.6.Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nasitu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan ,seperti : Ta’wil, nas tersebut tidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imamal-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangandengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapisama sudut jenis7.Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlakual-Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilahberdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat baginda.
  • 1. Untuk menjaga kepentingan dankemaslahatan manusia, di mana kadang-kadang kemaslahatan itu berubahmengikut keadaan.[1][1] Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, juz 2, hal.934, 937 dan 938
  • 2 Kadangkala untuk menghilangkankesempitan yang mana ia selaras dengandasar syaria’t yang tidak membebankanumatnya.
  • 3 Meraikan beransur-ansursyari’at dan tidak dikejutkan mereka yangdisyaria’tkan hukum baginya dengansuatu syari’at yang menyulitkan merekaatau yang meliarkan jiwa-jiwa merekadaripadanya..
  • Di antara contohnya ialah :Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkandua rakaat pada waktu pagi dan petang sebagaikasihan belas terhadap manusia kerana merekabaru sahaja dengan Islam dan belum merasaikelazatan munajat di dalamnya. Maka ketikajiwa mereka merasai tenteram dan tenang Allahmenjadikannya lima kali sembahyang di dalamwaktu-waktu dan rakaat tertentu.
  • Bahawa hukuman ke atas zina padapermulaan Islam ialah dikurung di dalamrumah bagi perempuan dan disakitidengan perkataan bagi lelaki
  • Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialahdikurung di dalam rumah bagi perempuan dan disakiti denganperkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran:(Surah al-Nisa’ : 15 dan 16)Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat oranglelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatanmereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksiterhadap perbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngansaksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglahmereka (perempuan yang berzina itu) di dalam rumah hinggamereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagimereka jalan keluar ( dari hukuman itu ).Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukanperbuatan yang keji itu (setelah thabit kesalahan mereka ) makahendaklah kamu menyakiti ke duanya, kemudian jika merekabertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) makabiarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasamenerima taubat lagi amat luas rahmatNya.
  • Nasakh terbahagi kepada empat bahagian, 3.Nasakah secara terus terangIaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya yang terkemudian membatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah: (Surah a-Anfal: 65 dan 66)Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh yang kafir itu ), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir, disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , dan jika ada di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang dengan izin Allah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar.
  • 2.Nasakh Secara KandunganIaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangandengan hukum yang terlebih dahulu dengan sekiranya tidakmungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukummelainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukumbahawa hukum yang terkemudian, menasakhkan hukum yangterdahulu dengan tidak dinyatakan secara terang-terangbahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yangterdahulu di antara contohnya:(Surah al-Baqarah: 180)Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampirmati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuatwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yangbaik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yangbertaqwa.
  • Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat melalui ayat ini, kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum yang bertentangan dengan hukum-hukum di dalam ayat tersebut dengan menghukum membahagikan harta peninggalan mengikut bentuk yang datang di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah : ( Surah al-Nisa’: 11 ) Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak- anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan dengan jelas pembahagian-pembahagian pusaka selain dari anak-anak, dengan sebab itu kita dapati bahawa hukum yang kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya atau tidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di antara keduanya kecuali dengan nasakh, dan menunjuk ke atas nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka : Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang mempunyai hak akan haknya maka tidak sah wasiat kepada waris.
  • 3.Nasakh KeseluruhanIalah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang terdahulu dan merangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah:Surah al-Baqarah: 234Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber’idah) selama empat bulan sepuluh hari.Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu disyari’atkanNya bagi kesemua perempuan-perempuan yang terkandung dalam firman Allah :Surah al-Baqarah : 240Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati ( makan, minum,pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya.Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun yang difahamkan dari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama yang menunjukkan bahawa hukum ber’idahperempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari sahaja.
  • 4 Nasakh SebahagianIaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi tiap-tiap orang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain daripada orang-orang mukalaf.Di antara contohnya ialah firman Allah:Surah al-Baqarah : 234Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya ( beri’dah) empat bulan sepuluh hari.Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang mati suaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah empat bulan sepulu hari kemudian turun firman Allah:Surah al-Talak : 4Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung sama ada diceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak kandungannya, justeru itu, ayat ini menasakhkan ayat pertama secara sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuan yang tidak mengandung dan mati suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendak ayat pertama iaitu empat bulan sepuluh hari.[1] [1] Badran Abu alAy’n Badran, Kaherah, 1969 , halaman 471-473
  • Nasakh terkadang adalah ia dengan disyari’tkan hukum baharu sebagai gantinya dan terkadang adalah ia tanpa diganti dengan hukum baharu. Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada hukum yang dimansukhkan terkadang adalah ia sama dengan hukum yang dimansukhkan atau telebih ringan atau terlebih berat daripadanya.
  • Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang sama dengan hukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap ke Baitul Maqdis dengan ke Baitullah al-Haram di dalam solat.Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh harus nikah muta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kemudian baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia Maksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu bernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan bahawasanya Allah mengharamkan demikian itu sehingg Hari Qiamat, maka barangsiapa ada di sisinya mana-mana perempuan daripada mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamu mengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya kepada mereka.
  • Nasakh berlaku semasa hayat Rasulullah (SAW) kerana nasakh tidak berlaku kecualimelalui wahyu dan ia ( wahyu)berkemungkinan turun semasa hayatnya rasulullah (SAW).
  • Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku nasakh mana-mana hukum sama sekali kerana wahyu tidak ada lagi pada masa itu, dengan sebab itu maka kesemua hukum- hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan tidak lahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya adalah ia teguh dan tetap selepas firmannya, rasulullah (SAW) dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan kerana baginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak ada lagi nabi selepasnya sebagaimana yang dijelaskan oleh al- Quran : Surah al-Akhrab : 40Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada anak angkat) menjadi bapa yang sebenar bagi seorang daipada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah (SAW) dan kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah kesudahan syaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari Qiamat.[1] [1] Badran Abu al-Ay’nayn Badran, Usul al-Fiqh , hal. 478a
  • Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkannya kecuali oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat daripadanya, jika sekiranya dalil itu mutawatir maka tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalil mutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak Hanafi. Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana ia sepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir dan masyhur kerana kedua-duanya terlebih kuat daripadanya.Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus dinasakhkannya kecuali dalil qath’i al-dilalah.Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pandangan ulama’ tentangnya sebagaimana berikut:
  • 8.1 Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-SunnahAl-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua- duanya dari segi dilalah kerana sama dari segi kekuatan. Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak berselisih pendapat tentang harusnya: Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran dengan hadis mutawatir kerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan dan dengan hadis masyhur pada pandangan ulama’ Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi tidak harus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia lebih rendah daripada al- Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah tidak boleh menasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah pendapat yang rajih. [1] haji hassan bin hai ahmad, usul fiqh, hal. 503
  • Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e berpendapat bahawa tidak harus dinasakhkan al-Quran degan al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur. Di antara alasan jumhur ulama’ ialah bahawa Allah telah mewajibkan wasiat kepada kedua ibu bapa dan keluarga- keluarga terdekat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:180 Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu hampir mati jika ia meninggal harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik , sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa. Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda rasulullah (SAW):Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris (diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.)[
  • Di antara alasan a-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakah al-Quran dengan al-Sunnah ialah firman Allah: Surah al-Baqarah:106 Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) atau yang kami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau menetahui bahawasanya allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ?Ayat ini menunjukkan bahawa allah telah menyandarkan ganti ayat yang dinasakhkan itu kepada dirinya sendiri dan yang didatang diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja, maka yang menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan Allah telah menjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti terlebih baik daripada yang dinasakhkan atau sama denannya. Al-Sunnah tidaklah ia telebih baik dari al-Quran dan tidak sama dengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti al-quran dan menasakhkannya.
  • Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:106Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari mereka yang mempunyai kekuasaan yang sempurna iaitu Allah.Oleh yang demikian, maka menasakhkan ituadalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulah al- Quran bukan al-Sunnah.
  • 8.2 Nasakh al-Sunnah Dengan al-SunnahHarus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah jika sama keduanya dari segi thabit dan dilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannya kecuali dengan mutawatir atau masyhur di sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad, maka harus dinasakhkannya dengan hadis mutawatir dan mashur kerana kedua-duanya terlebih kuat dari ahad sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis ahad..
  • 8.3 Nasakh al-Sunnah Dengan al-QuranHarus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran walaupun ia mutawatir atau masyhur mengikut pendapat yang rajih daripada beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al- sunnah adalah wahyu dari Allah sebagaimana al-Quran dan tidak ada halangan dinasakh wahyu dengan wahyu yang lain kerana ada persamaan di antara keduanya dari segi ini dan kerana thabit nasakh al-sunnah dengan al-Qyran di dalam beberapa masalah di antaranya:
  • 8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di dalam solat pada permulaan Islam adalahthabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya dengan menghadap ke Baitullah al-Haram melalui firman Allah : Surah al-Baqarah : 144Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah Masji al-Haram ( tempat letaknya Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
  • 8.3.2 Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam bulan Ramadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun sekejap selepas Maghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya. Hukum ini adalah thabit dengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh dengan isterinya selepas Isyak lalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan menceritakan apa yang telah beliau lakukan . Baginda Rasulullah menjawab :” Engkau tidak sepatutnya melakukan demikian wahai ‘Umar”, maka bangun beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka juga sudah terlibat dengan perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah : Surah al-Baqarah : 187Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri- isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu sesungguhnya mengkhianati diri sendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu, dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahaya siang ) dari benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (Maghrib)Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran..
  • 8.4 Nasakh dengan Ijma’Jumhur ulama’ berpendapat bahawa ijma’ tidak harus menasakhkan nas dari al-quran dan al-sunnah kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak mungkin berlaku ijma’ menyalahinya dan jika ia adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’ meyalahinya tetapi ijma’ ini hanya berlakukerana berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat pada pandangan ulama’ulama’- yang sepakat tentang nas tersebut dan di dalam keadaan ini tidaklah yang menasakhkan nas itu ijma’ malah yang menasakhkannya itu ialah nas yang terbina ijma’ ke atasnya.
  • 8.5 Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al- SunnahSebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al- Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harus al-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’, kerana yang menasakh mestilah terkemudian daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al- Sunnah adalah mendahului ijma’, kerana ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat baginda Rasulullah (SAW). Oleh yang demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau al-Sunnah menasakhkan ijma’.
  • 8.6 Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila terlaksana wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh yang demikian apabila berlaku ijma’ selepasnya yang mana ia menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya. Beginilah kebanyakan ulama’usul Fiqh membuat ketetapan secara itlaqnya dan tidak membezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan ini hanya tertentu dengan bentuk ijma’ yang bersandar kepada selain daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnah atau qias. Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia dinasakhkan dengan ijma’ yang terkemudian apabila berubah maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, kerana kehujahan ijma’ yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang kepada terlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah ijma’ atau sepakat tentang hukum yang hanya berdasarkan kepadanya (maslahah). Jika berlaku perubahan kepada maslahah tersebut, maka tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudah berubah itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum berdasarkan kepada maslahah yang ada.
  • 8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’.Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak harus dinasakh qias dengan al-quran atau al- Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al- Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
  • 8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’.Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak harus dinasakh qias dengan al-quran atau al- Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al- Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
  • 8.8 Dinasakh Qias dengan Qias Tidak harus qias menasakhkan qias yang lain sebagaimana ia juga tidak harus dinasakhkan dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali kecuali dengan pemikiran dan ijtihad.Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang kepada mujtahid yang sampai ia kepadanya dengan ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri daripada para mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya.
  • 9.0 KesimpulannyaBahaWa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan sebahagiannya yang lain,al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabila persamaan dari segi thabit dan dilalah.Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan di antara al-Quran dan al-Sunnah.Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnahdan tidak sah dinasakhkannya dengan keduanya.Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lainkecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu maslahah kemudian maslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain bersandar kepadanya ( maslahah yang berubah ) maka ijmak yang terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama.Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al- Sunnah atau ijmak atau qias sebagaimana ia tidak boleh dinasakhkannya dengan salah satu daripada empat dalil tersebut.[1] [1] Usul Fiqh Islami Zakiuddin Sya’ban , kaherah halaman 313-318
  • 9.1 Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh DinasakhHukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yang menerima dinasakhkan dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan.Adapun hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan adalah seperti berikut:9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, para malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat.9.1.2 Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akan berubah dengan sebab berubah keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan, kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan seperti mensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak sebenar, menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain.9.1.3 Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’ seperti jihad ke jalan Allah kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah (SAW) :Maksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat.Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah (SAW) dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharurat kemudian diharamkannya selama- lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepas pembukaan Mekah :Maksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu untuk melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, maka barangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana perempuan melalui nikah mut’ah maka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu pun dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka.Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhakn ialah hukum-hukum cabang syara’ yang tidak dinaskan oleh syara’ berkekalannya.[1] [1] Zakiudin Syaaban , Usul Fiqh al-Islami, Kaherah , hal. 312 dan 313
  • Cara Mengetahui MansukhDi antara qaidah-qaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak terlaksana kecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu sekira-kira tidak mungkin dihimpun di antara keduanya dan beramal dengan kedua-duanya sekali maka apabila didapati pertentangan ini di antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudian menasakhkan nas yang terdahuu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripada keduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia mempunyai banyak cara di antaranya :Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk kepadanya dan nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW):Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamu menziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan dunia.Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari menziarahi kubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian, maka suruhan menziarahi kubur adalah menasakhkan larangan menziarahinya. [1] Zakiudin Sya’ban Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319
  • • 2. Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu daripada hadis-hadis begini atau hadis sekian atau ayat sekian lahir semasa perang Uhud dan hadis lain atau ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata perawi : Adalah yang terakhir dari dua perkara daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir (RA):• Maksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW) adalah tidak berwudhuk kerana makan sesuatu di sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api).• Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis ini menunjuk bahawa suruhan berwudhu kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu daripada tidak atau tinggal berwudhuk kerananya. Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah menasakhkan suruhnya kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api.• Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan nasakh yang satu lagi seperti nas ini menasakhkan hukum begini.
  • • Perhatian :• Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulisan di dalam al- Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah- surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran tidaklah berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran.• Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan kata sahabat bahawa adalah hukumannya begini kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa perkataannya itu lahir dari ijthadnya tidak dari Rasulullah (SAW).• Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabat adalah ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia menunjukkan bahawasanya ia lahir dari pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka diterima perkataannya tentang demikian itu.