Panduan guru bm thn 2 sk

18,792 views

Published on

0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
18,792
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
319
Actions
Shares
0
Downloads
796
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Panduan guru bm thn 2 sk

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA (SEKOLAH KEBANGSAAN) TAHUN 2 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011
  2. 2. Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan caraapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lainsebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian PembangunanKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, KompleksPentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  3. 3. KANDUNGANA. BAHAGIAN 1 PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU1. Pendahuluan 32. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 43. Matlamat 54. Objektif Umum 55. Fokus 66. Kandungan Standard 77. Struktur Modul 128. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 149. Pengisian Kurikulum 1910. Tema 21B. BAHAGIAN 2 CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 272. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Membaca 593. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Menulis 914. Strategi Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa 1205. Strategi Standard Kandungan Aspek Tatabahasa 142C. BAHAGIAN 3 PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN1. Tema: Kebudayaan 1772. Tema: Jati Diri 1783. Tema: Alam Sekitar 179D. BAHAGIAN 41. Daftar Kata 1832. Simpulan Bahasa 1953. Glosari 197
  4. 4. BAHAGIAN 1 PENGENALANBUKU PANDUAN GURU
  5. 5. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 PENDAHULUANBuku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua ini disediakan sebagai panduan danbahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa MalaysiaSekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajarandan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua juga mencadangkanpelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberipeluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif danmenyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan StandardKurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatanmodular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modularini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar danbertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dantatabahasa. Kesemua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perludikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiranbahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malahanmenggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semuaurusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberipenekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspekpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalantentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan Struktur PendekatanModular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran,Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4mengandungi daftar kata dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Dua. Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalahcadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktivititersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiappelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas sumbanganpelbagai pihak yang telah terlibat secara langsung dalam penghasilan modul ini. BukuPanduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yangmampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendakkementerian. 3
  6. 6. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAHStandard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjangKomunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi;Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domainutama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yangseimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuatdalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekananaspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspekSeni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan senidalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakandalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaanmurid berkomunikasi.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Dua, lebih mementingkan penguasaankemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan muridserta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa danmereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standardkurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentukinsan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran danpembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantumerangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan.Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua muridsekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang 4
  7. 7. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 MATLAMATStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan muridberketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosialdalam kehidupan harian. OBJEKTIF UMUMMurid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia SekolahRendah berkeupayaan untuk : i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila; v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul; 5
  8. 8. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca; xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xv. menulis imlak dengan tepat. xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan; xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber; xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa. FOKUSPada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosakata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa sertaberkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalampelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian. 6
  9. 9. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Standard Kurikulum KANDUNGAN STANDARD KURIKULUMStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikanpenekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dandapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran iniberpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen PengisianKurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan danStandard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard inidipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yanglebih kecil yang dikenali sebagai modul. Modul-modul ini mengandungi elemenpengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat limamodul dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia iaitu modul Mendengar dan Bertutur,Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.Standard KandunganPernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalamsuatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilaimurni.Standard PembelajaranPernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran danpencapaian murid bagi setiap standard kandungan.A. Kemahiran BahasaKandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran bahasa,seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiranbertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teraspenguasaan bahasa baku. Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan sepertiyang berikut: Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi Kemahiran Mendengar pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan Bertutur dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujukkepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikanmaklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi padasebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakantatabahasa yang betul. 7
  10. 10. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 2Kemahiran Mendengar dan BertuturObjektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahuidan berkeupayaan:i. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat ayat perintah jenis larangan dengan betul;iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;v bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelasdan intonasi yang betul;vi berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila; danvii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut.v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; danvi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan Kemahiran Membaca pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis. 8
  11. 11. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Kemahiran MembacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui danberkeupayaan:i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul; danv. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca.ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.iii. Kebersediaan murid dari segi perasaan dan bahasa perlu diberi perhatian.iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju. v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan bacaan.vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut kesesuaian.vii. Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman Kemahiran Menulis peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan. 9
  12. 12. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Kemahiran MenulisObjektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;ii. menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;iii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;iv. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;v. menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;vi. mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber;vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa;viii. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; danix. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis i. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis. ii. Idea yang dilahirkan dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju.iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan. v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja.vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik. 10
  13. 13. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui Aspek Seni Bahasa pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahanbahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik danmenyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayatyang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapatdalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasaMelayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapatmembantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.Objektif Aspek Seni BahasaObjektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui danberkeupayaan:i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur; daniv. melafazkan dan membina pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik. iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh amat diperlukan.iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif. 11
  14. 14. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan Aspek Tatabahasa tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betuljuga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melaluipenggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.Objektif Aspek TatabahasaObjektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul mengikut konteks;v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;vi. Memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks; danvii. Memahami dan menggunakan kata ganda penuh yang betul mengikut konteks.Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Aspek Tatabahasai. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks.iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafal rumus atau hukum bahasa.iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan.vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan rangsangan yang menarik dan berkesan.vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan.viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan.ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu.x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman. 12
  15. 15. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 STRUKTUR MODULModul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalampengajaran merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran,pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubah suai mengikut kreativiti gurudan kebolehan murid.Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut;  Tema  Tajuk  Fokus Utama  Fokus Sampingan  Objektif  Pengisian Kurikulum  Sistem Bahasa  Media  Strategi Pengajaran dan PembelajaranStrategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepadapencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaranyang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategipengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan danpemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi inidipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan sesuatu objektif pengajarandan pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam setiappengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru dapatmemastikan bentuk tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang murid,sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiranagar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaanbahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan yang dicadangkan untukaktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang bolehdigunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yangdiberi perlu mengikut kemampuan dan kadar masa yang sesuai untuk murid menguasaisesuatu kemahiran. 13
  16. 16. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Aspek pengayaan perlu diberikan penekanan pengajaran dan pembelajaran KSSR mengikutkecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Muridyang membuat latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiranyang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yanglebih mencabar minda bagi kemahiran tertentu yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahanyang disediakan perlu lebih merangsang minda dan dilaksanakan secara kendiri ataudengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan yang sesuai seperti bahan bacaantambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untukmemperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran yang diajar.Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlumemberi penerangan cara melakukan aktiviti pengayaan kepada murid dan memberi ruanguntuk mereka membuat latihan secara kendiri. Pada masa yang sama guru perlu memberitumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan melengkapkan strategipengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti didalam dan di luar bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,strategi merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik.Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekatiatau memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatanpengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid , cara-cara faktadisampaikan dan keaktifan pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berasaskanpengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatankumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatanberdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan seperti pendekatan induktif,pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Pendekatn yang memberi tumpuan kepadakeaktifan murid seperti pendekatan berpusatkan guru manakala pengajran yangmementingkan murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid. 14
  17. 17. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yangmempunyai urutan yang tertentu.Teknik-teknik pengajaran adalah merupakan suatu cara yang digunakan untukmenyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialahteknik bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah,sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan dan projek,Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran,minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Kepelbagaian media, bahanmaujud, media cetak dan media elektronik boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuksaling melengkapi proses pengajaran supaya tindakan susulan dapat dijalankan dalammenilai proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan murid.Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui kemahiran generik yangberkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid.Pendekatan Berpusatkan MuridStrategi pengajaran dan pembelajaran dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysiaharuslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasaikemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinandalam berbahasa. Contoh pendekatan berpusatkan murid seperti pendekatan individu,pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelasbercantum dan sebagainya. Selain pendekatan berpusatkan murid terdapat jugapendekatan-pendekatan lain seperti pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatanberpusatkan guru.Kepelbagaian TeknikTeknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslahsejajar dengan kaedah yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum Bahasa MalaysiaSekolah Rendah guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik mengajar.Guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengankebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung padapengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta teknologi yang dapatmerangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, jugaberkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.Teknik-teknik pengajaran bahasa;i. Teknik main peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. 15
  18. 18. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2ii. Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu teknik dalam mempelajari bahasa melalui permainan.iii. Teknik latih tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.iv. Teknik bercerita Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa yang mana murid dilatih dalam kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, mimik muka "facial expression", serta kedudukan semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Bercerita amat sesuai untuk kemahiran bahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.v. Teknik inkuiri penemuan Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.vi. Teknik perbahasan Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi dengan berkesan.vii. Teknik kuiz Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid tentang sistem Bahasa Malaysia terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat melalui pertandingan.viii. Teknik sumbang saran Dikenali sebagai percambahan fikiran yang memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea.ix. Teknik soal jawab Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.x. Teknik simulasi Teknik ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.xi. Teknik drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. 16
  19. 19. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2xii. Teknik perbincangan Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.xiii. Teknik forum Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.Kepelbagaian Sumber dan BahanPenggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, bukurujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu boleh digunakandalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.Penggunaan Tatabahasa yang tepatStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga menekankan penggunaantatabahasa mengikut kemampuan murid dengan tepat. Untuk mencapai tujuan tersebut, guruperlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contohpenggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama adadi dalam atau di luar bilik darjah.Bacaan LuasBacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuksahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaanluas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera.Penekanan Konsep 5 PStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konseppenggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Ini selaras denganusaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.a. PenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran danpembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini jugadapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapatdigabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran ataukemahiran daripada mata pelajaran lain. 17
  20. 20. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2b. PenyerapanDalam pengajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah sepertikemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan.Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.c. PenilaianPenilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagimenentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaianperlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melaluiproses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil atasseseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dansetelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yangsesuai bagi murid.d. PemulihanProgram pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yangbelum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiridaripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakansecara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaanprogram ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.e. PengayaanProgram pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah keranalatar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Muridhendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian ataudengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahanaktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masayang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. 18
  21. 21. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2 PENGISIAN KURIKULUMElemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturansosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemenseperti yang berikut;IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dangeografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh gurudalam pengajaran dan pembelajaran.Nilai MurniPenyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkaninsan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan danamalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadianluhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harusdipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.KewarganegaraanPenyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysiamengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu,pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumikesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam kalanganmasyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadianmasyarakat Malaysia.Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapatdiaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Kemahiran bernilai tambah yangdimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Kemahiran Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, KajianMasa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme dan PembelajaranKontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan sepertiyang berikut; 19
  22. 22. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukanpemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, ataumembuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masadepan.Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supayamereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikanperisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar danberkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan penerokaanilmu pengetahuan dan dalam urusan kehidupan.Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadapteknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan muridmeningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah,dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebihprihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, danmasa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, sertamenangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dankecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yangberbeza.Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yangberkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiriberdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin,dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran denganpengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabilamurid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayatikerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka. 20
  23. 23. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 2Kreativiti dan InovasiKreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta,menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif yang yang tulen, aslidan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada prosesmenjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti daninovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh danberketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk ke tahap optimum supayamereka berdaya cipta, berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti danmenjadikan amalan serta budaya dalam kehidupan warga Malaysia pada masa hadapan.KeusahawananPenyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuanmembentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalamkalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukansahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan prosespembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan,kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilaimoral dan etika keusahawanan. TEMAKurikulum Standard Bahasa Malaysia menyampaikan pengetahuan serta membinakefahaman tentang kehidupan dan alam sekekelingi murid melalui kemahiran bahasa, iaituKemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek SeniBahasa dan Aaspek Tatabahasa melalui tema-tema yang dicadangkan. Melalui tema-tema ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman, memupuk kesedaran,membina jati diri, menghargai warisan dan mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam dirimurid.Cakupan tema-tema yang perlu diberi penekanan;1. Kekeluargaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga. 21
  24. 24. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 22. Kemasyarakatan Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.3. Kesihatan dan Kebersihan Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, serta amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sehari-hari.4. Keselamatan Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka agar mengutamakan keselamatan diri dalam pelbagai situasi dan persekitaran.5. Perpaduan Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang berbentuk toleransi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.6. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri sebagai warga Malaysia.7. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang setia kepada negara, cinta akan negara dan mengutamakan kepentingan negara.8. Sains, Teknologi dan Inovasi Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berani menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi. 22
  25. 25. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 29. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan menguruskan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.10. Pertanian dan Penternakan Tema pertanian mendedahkan murid perihal pertanian seperti bercucuk tanam, berternak dan menangkap ikan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dalam kehidupan.11. Ekonomi / Keusahawanan Tema ekonomi /keusahawanan merujuk tentang peri laku atau gaya usahawan, bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokai. Tema ini sesuai diajar untuk memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid dan memahami kepentingan bidang ekonomi dalam pembangunan negara. 23
  26. 26. BAHAGIAN 2 CADANGAN STRATEGIPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  27. 27. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURStandard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukankeupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, danmenghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapatmemberikan maklum balas. Manakala Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan muridberbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat,perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secarabertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yangbetul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran danpembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yangperlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard PembelajaranKemahiran Mendengar dan Bertutur.Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur Murid patut mengetahui dan boleh:1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 27
  28. 28. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul.1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 28
  29. 29. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 21.0 STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini. 29
  30. 30. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Makanan Kita Standard 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan Kandungan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal FOKUS secara bertatasusila. UTAMA Standard 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan Pembelajaran intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Standard 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan FOKUS Kandungan ayat dengan betul.SAMPINGAN 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat Standard majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betulOBJEKTIF dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.PENGISIAN i. Ilmu: Keusahawanan.KURIKULUM ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan) SISTEM Tatabahasa: ayat permintaan BAHASA Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus MEDIA Kad gambar dan petikan dialog. 30
  31. 31. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUMLangkah 11. Guru memperdengarkan dialog Ilmu: Lampiran 1 pelanggan dan penjual Kajian Tempatan Dialog yang berinteraksi dalam situasi jual dirakamkan/dilakonkan beli di gerai atau di kedai Nilai: makanan. Bertanggungjawab2. Guru bersoal jawab cara penjual KBT: Keusahawanan dan pelanggan membuat urusan Ciri-ciri usahawan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.3. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang.4. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. - Bertatasusila - Menggunakan intonasi yang betul. 31
  32. 32. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUMLangkah 21. Guru memilih beberapa orang Ilmu: Lampiran 2 murid untuk menjalankan aktiviti Kajian Tempatan main peranan berjual beli di kantin sekolah. Nilai:2. Guru memberi kad situasi Kerajinan kepada murid yang telah dipilih: Kad A – Peniaga melayan KBT: Keusahawanan pelanggan Berjual beli secara Kad B – Pelanggan membuat bertatasusila pesanan3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.4. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.Langkah 31. Guru memperdengarkan EMK: Keusahawanan Lampiran 3 beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.3. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3. 32
  33. 33. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUMPentaksiran1. Guru memaparkan gambar Lampiran 4 pembeli dan penjual di sebuah gerai.2. Murid diminta membina dialog- dialog yang sesuai dan bertatasusila.3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan.Pemulihan1. Guru membimbing murid Lampiran 5 menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.Pengayaan1. Murid membina, menuturkan Lampiran 6 dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi. 33
  34. 34. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 1 Dengar dengan teliti dialog ini. Kuih Kesukaan SayaAli : Apa khabar, Pak Mail?Penjual : Khabar baik.Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng, kuih-muih pun ada.Ali : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut panggang, buah melaka, tepung bungkus dan banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.Ali : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional. Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis RM 2.00.Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak kuih-muih di sini.Ali : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap, bingka dan tepung bungkus.Penjual : Ali, ini kuih yang kamu mahukan.Ali : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.Penjual : Sama-sama, datanglah lagi. 34
  35. 35. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 2Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yangsesuai dengan peranannya diberi. Kad A Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila. Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila. 35
  36. 36. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 3 Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan secara bertatasusila.1 Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.2 Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram.3 Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.4 Hantar bakul ini ke kereta saya.5 Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya. 36
  37. 37. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 4 PentaksiranTuturkan dialog yang sesuai cara pembelimenyatakan permintaan untuk membeli salahsatu barang yang terdapat dalam gambar. 37
  38. 38. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 5 Pemulihan Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul.Pak Mail, saya mahu membeli Tolong bungkuskan saya duakuih. ketul kuih karipap.Ali, ini kuih yang kamu mahu. Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail. Sama-sama, datanglah lagi. Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja 38
  39. 39. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 6 Pengayaan Tuturkan dan tulis ayat permintaan yang bertatasusila berdasarkan gambar.Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja 39
  40. 40. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 TEMA JATI DIRI TAJUK Hidup Harmoni Standard 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi Kandungan bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. FOKUS UTAMA Standard 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, Pembelajaran ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat. Standard 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan FOKUS Kandungan yang diberi dengan betul dan kemas.SAMPINGAN 3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua Standard atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, Pembelajaran digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. menyebut dengan betul ayat tunggal dan ayat majmuk yangOBJEKTIF didengar. ii. menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.PENGISIAN i. Ilmu: Kajian TempatanKURIKULUM ii. Nilai : Hormat-menghormati iii. KBT: ICT SISTEM Kosa kata: perkataan seerti BAHASA MEDIA Petikan dalam komputer 40
  41. 41. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUMLangkah 11. Seorang murid membaca petikan KBT Lampiran 1 yang diberi sementara murid lain ICT – penggunaan Petikan tentang diminta mendengar dan mengecam papan kekunci keluarga harmoni. nilai-nilai yang terdapat dalam cerita (highlight perkataan tersebut. dan klik U untuk2. Murid menyebut semula nilai-nilai menggarisi perkataan. yang terdapat dalam cerita yang didengar.3. Guru memaparkan petikan yang sama di skrin melalui LCD dan murid bergilir-gilir menggarisi nilai murni menggunakan teknik yang sesuai pada papan kekunci.Langkah 21. Murid dipaparkan sekali lagi petikan Nilai – tentang kehidupan sebuah keluarga penyayang, harmoni. bertanggung jawab2. Guru bersoal jawab mengenai petikan hormat menghormati tentang cerita suasana kehidupan sebuah keluarga. Contoh soalan:  Apakah nilai murni yang sering diamalkan oleh keluarga Ikhwan?  Bagaimanakah Ikhwan dan adik – beradiknya menolong keluarga mereka?3. Murid diminta membina dan menulis ayat tentang cara Ikhwan dan adik – beradiknya menolong keluarga mereka. 41
  42. 42. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUM Langkah 31. Seorang murid diminta membaca nilai- KBT- ICT Lampiran 2 nilai murni yang diedarkan. Penggunaan papan Senarai nilai kekunci untuk menaip murni.2. Murid lain dikehendaki mendengar perkataan. dan menyenaraikan nilai-nilai tersebut dan secara bergilir-gilir menaipnya pada papan kekunci komputer yang dipaparkan pada skrin.3. Murid diminta memadankan perkataan Lampiran 3 seerti dalam latihan yang diberi di Perkataan seerti skrin komputer.4. Murid diminta membina dan menulis ayat berdasarkan perkataan tersebut . Pentaksiran1. Setiap murid diminta menyebut satu Lampiran 4 ayat yang telah didengar . Ayat untuk dibaca oleh guru2. Guru menilai ketepatan dan kelancaran sebutan. Lampiran 5 Latihan isi tempat3. Murid mengisi tempat kosong dalam kosong ayat dengan perkataan yang sesuai. Pemulihan1. Murid menyesuaikan subjek dengan Lampiran 6 predikat yang seuai untuk membentuk ayat . Pengayaan 1. Murid membina ayat berdasarkan Lampiran 7 perkataan yang diberi. 42
  43. 43. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 1 Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan menggunakan papan kekunci . Keluarga Harmoni Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orangadik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliauseorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagaijuruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yangpenyayang dan bertugas sebagai guru. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat.Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripadadaun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapayang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itudigunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. KeluargaIkhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Merekajuga suka tolong menolong antara satu sama lain semasamelakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah merekasentiasa bersih. Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu samalain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni. 43
  44. 44. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 2Sebut dan taipkan nilai-nilai murni yangkamu dengar pada kotak di bawah. 44
  45. 45. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 3 Padankan perkataan dengan maknanya.bertanggungjawab gotong royong menghormati memuliakan harmoni patuhtolong menolong berkewajiban taat bantu membantu berjimat cermat pengasih bekerjasama hemat/tidak boros penyayang mesra 45
  46. 46. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 4 Pentaksiran 1 Dengar dan sebut ayat ini dengan betul. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni. Ayah Ikhwan seorang yang bertanggungjawab. Ibu Ikhwan seorang guru yang penyayang. Keluarga Ikhwan bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain. Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.Nota: Seorang murid perlu membaca satu baris ayat sahaja. 46
  47. 47. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 5 Pentaksiran 2 Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam ayat yang kamu dengar.Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap ________________________.Mereka sekeluarga hidup sihat, ______________________ dan harmoni.Ayah Ikhwan seorang yang ______________________.Ibunya seorang yang ______________________.Keluarga Ikhwan juga ______________________ menjaga kebersihanrumah.Mereka juga suka ________________________ antara satu sama lain.Keluarga Ikhwan saling ____________________ antara satu sama lain.Ikhwan dan adik-beradiknya _________________ kepada ibu bapa. 47
  48. 48. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 6 Pemulihan Dengar frasa yang dibaca dan padankan frasa supaya menjadi ayat yang betul. Salin semula di buku dan tulis dengan kemas.Keluarga Puan Nora seorang yang bertanggungjawab.Encik Rosli sangat bahagia.Puan Dayang rajin membantunya mengemas rumah.Anak-anak Encik taat kepada arahan ibu bapa.RamaAnak-anak Puan Mei menyuruh anak-anaknya membersihkan halaman rumah. kerja.membersihkan halaman rumah. Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja. 48
  49. 49. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 7 Pengayaan Dengar perkataan yang dibsebut dan bina ayat berdasarkan perkataan itu dengan betul. Tulis ayat tersebut dengan kemas. patuh__________________________________________________________________________ hemat__________________________________________________________________________ mesra__________________________________________________________________________ gotong royong__________________________________________________________________________ bantu membantu__________________________________________________________________________ Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja. 49
  50. 50. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Taman Indah Standard 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara Kandungan semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul FOKUS UTAMA 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar Standard dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi Pembelajaran yang betul menggunakan ayat majmuk. 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang Standard FOKUS tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan KandunganSAMPINGAN untuk memberi respons dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang Standard tersurat dengan tepat daripada bahan Pembelajaran multimedia yang sesuai. Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menceritakan semula dengan tepat tentang cara menjaga alamOBJEKTIF sekitar yang didengar menggunakan ayat majmuk, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada bahan multimedia yang sesuai.PENGISIAN Ilmu: Pendidikan MoralKURIKULUM Nilai : Berani, bertanggung jawab KBT: Kreativiti dan inovasi dan Belajar Cara Belajar SISTEM Tatabahasa : Ayat Majmuk BAHASA MEDIA Gambar, lembaran kerja 50
  51. 51. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUMLangkah 11. Guru memaparkan sekeping gambar KBT: Lampiran 1 pada skrin untuk murid menelitinya. Kreativiti dan inovasi2. Guru berbincang dengan murid (Persediaan) mengenai gambar yang ditunjukkan. Contoh perkara yang boleh dibincangkan. - keadaan sungai - punca pencemaran3. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan maklumat yang terdapat pada gambar tersebut.4. Murid diminta mencatat maklumat yang disampaikan oleh rakan.5. Beberapa orang murid lain dipilih untuk menceritakan semula maklumat yang disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar.Langkah 21. Murid dalam kumpulan dikehendaki KBT: Lampiran 1 menilai keadaan sungai yang terdapat dalam gambar dan menyatakan idea Kreativiti dan inovasi mereka tentang punca berlakunya (Imaginasi) pencemaran pada sungai tersebut.Langkah 31. Guru meminta seorang murid membaca Lampiran 2 petikan daripada bahan multimedia KBT: yang dipaparkan pada skrin secara kuat Kreativiti dan inovasi Petikan dengan sebutan yang betul dan jelas 51
  52. 52. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 PENGISIAN AKTIVITI CATATAN KURIKULUM sementara murid lain mendengar dan (perkembangan) bahan memahamkan kandungan petikan multimedia tersebut.2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan menilai sikap yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam menangani masalah denggi dengan memberi alasan terhadap penilaian tersebut.Langkah 41. Seorang murid diminta membaca teks Lampiran 3 yang diedarkan sekali lagi dan murid KBT: lain dikehendaki mendengar seterusnya Kreativiti dan inovasi Peta minda melengkapkan peta minda berdasarkan (tindakan) maklumat yang didengar.Pentaksiran1. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan menceritakan semula Lampiran 4 dengan tepat cerita tersebut menggunakan ayat sendiri dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Pemulihan1. Murid mendengar frasa yang dibaca oleh rakan dan memadankan frasa Lampiran 5 tersebut menjadi ayat yang betul.Pengayaan Lampiran 61. Murid diberi gambar dan diminta untuk berbincang punca berlakunya kejadian di kawasan dalam gambar. 52
  53. 53. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 1 Lihat gambar dan ceritakan .Catat maklumat yang diceritakan oleh kawan kamu dan kemudian ceritakansemula. 1. ____________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________________ 53
  54. 54. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 2 Baca petikan dan bersama kawan cuba kamu menilai sikap dan tindakan ketua dan penduduk kampung dalam mengatasi masalah denggi. Hapuskan Nyamuk Aedes Seorang penduduk di Taman Indah telah menghidap demamdenggi. Sebagai ketua penduduk di situ, Encik Hamdan berasabertanggungjawab terhadap kejadian itu. Encik Hamdan bersepakat dengan semua anggotajawatankuasa untuk mengadakan gotong-royong membersihkankawasan tersebut. Pada hari yang ditetapkan, penduduk berkumpul di dewan.Sebelum memulakan gotong-royong, Encik Hamdan menerangkantujuan gotong-royong dan pentingnya menjaga kebersihan kawasansekitar perumahan mereka. Kemudian, mereka menebas semak samun dan mengumpulkansampah-sarap serta membakarnya. Manakala tin-tin dan botol-botolkosong ditanam supaya nyamuk aedes tidak membiak. Mereka jugamencuci longkang yang tersumbat supaya air dapat mengalir dengansempurna. Kini, kawasan sekitar menjadi bersih dan indah. Semangatkejiranan juga dapat dipupuk di samping dapat menghapuskannyamuk aedes. 54
  55. 55. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 3Nyatakan semula maklumat yang diperolehidaripada teks yang dibaca oleh rakan kamuApakah nama haiwan? Hapuskan NyamukAedes dengan cara… 55
  56. 56. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 4 Pentaksiran Dengar petikan yang dibaca. Ceritakan semula perkara yang kamu dengar menggunakan perkataan sendiri. Sarah dan Lili membantu nenek Munah yang sudah tuamembersihkan kawasan halaman rumahnya. Mereka takut nyamuk,lipas dan tikus mudah membiak sekiranya halaman rumah nenekMunah kotor. Sarah menyapu daun-daun kering yang bertaburan di bawahpokok mangga. Lili pula membersihkan longkang yang dipenuhisampah sarap. Sampah itu dibuang ke dalam tong sampah dandiangkut oleh lori ke tempat pembuangan sampah. Selepas itu,mereka mencabut rumput-rumput yang tumbuh panjang di tepi pasu-pasu bunga. Halaman rumah nenek Munah kelihatan bersih. Nenek Munahsangat gembira. 56
  57. 57. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 5 Pemulihan Dengar ayat yang dibaca oleh kawan dan ceritakan maklumat dalam ayat tersebut. A B Alam sekitar dibuang merata-rata Rumah bersih kesihatan terjamin Sampah sarap sudah tercemar Bersihkan longkang pembawa penyakitNyamuk, lipas dan tikus air tidak bertakung Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja. 57
  58. 58. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 Lampiran 6 PengayaanTeliti gambar, bincangkan dan cerita semulapunca-punca berlakunya kejadian ini. Tuliskan kedalam petak di bawah.Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran. 58
  59. 59. Kemahiran Membaca Tahun 2 2.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACAStandard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supayaberkebolehanmembaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmudan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu,murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran danpembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai olehmurid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran KemahiranMembaca.Standard Kandungan Kemahiran MembacaMurid patut mengetahui dan boleh melakukan:2.2 Membaca dan memahami, perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutaan yang betul.2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.2.5 Membaca dan menaakul untuk memindah kan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 59
  60. 60. Kemahiran Membaca Tahun 2Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dalam ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.2.2.3 Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas,intonasi yang betul mengikut tanda baca.2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan mutimedia yang sesuai.2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi perkataan dengan betul.2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik serta ayat dengan betul.2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik dengan betul.2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahan ilmu. 60
  61. 61. Kemahiran Membaca Tahun 22.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini. 61

×