بسم الله الرحمن الرحيمايلقكن انتاراثتيدق تحقيق حروف بتولد، تيدق همس حروف ستغليظ ل لفظ الجلالةتيدق تشديد، ترقيق حروف رتيدق ...
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Kesalahan membaca alfatihah
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Kesalahan membaca alfatihah

2,373

Published on

Published in: Education, Technology, Spiritual
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,373
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
116
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kesalahan membaca alfatihah

1. 1. بسم الله الرحمن الرحيمايلقكن انتاراثتيدق تحقيق حروف بتولد، تيدق همس حروف ستغليظ ل لفظ الجلالةتيدق تشديد، ترقيق حروف رتيدق همس حروف حدتفخيم حروف م (الرحمن)
الحمد لله رب العالمينهيندركن انتاراثحذف، تيدق تحقيق ، تفخيم حروف همزة (الحمد)تولد ل ماتيتيدق همس حروف حتولد حروف مكدائراهن سبوتن حروف د باريس دفن دان حروف لام باريس باوهتنفا تشديد، كدائراهن باريس باوه فد ب (رب) ...الرحمن الرحيمجاوهكن انتاراثدمدكن همزة وصلداسكان حروف2 لدحذف تشديد فد حكدائراهن سبوتن حروف ن باريس باوهمالك يوم الدينايلقكن انتاراثدتفخيم حروف مدإمالة حروف ل (مالك)دابدال حروف ك-ق (مالك)تقطيع دان دإسكان حروف ل مال-كيومتنفا تشديد حروف داياك نعبد واياك نستعينجاوهكن انتاراثدمدكن حروف د اتاو حروف ودسكتة/ داظهاركن كترلالوان فد كلمة نستعين-نس تعين.زيادة/تمبه حروف الف فد نعبد-ناعبدابدال حروف ت دعن طدتفخيم حروف سدهيريت(دكاوت) حروف ع ...اهدنا الصراط المستقيمجاوهكن انتاراثدحذف/تيدق تحقيق حروف همزة دان الهاءدابدال حروف س كصاد ، حروف ق ككاف، حروف ت كطاء، حروف س كصاد دان حروف ط كتاء.كترلالوان منبلكن حروف ط هغك ترتمبه حروف-طولصراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالينجاوهكن انتاراثدابدال حروف ص كسين، ط كتاء،حروف همزة كعين، ت كحروف طاء، حروف غ كقاف دان ض كدال (المقدوب)، حروف ض كظاء.داسكانكن حروف ع تعليهمزيادة حروف د اتاو و سبلوم ض (ولدضالين) (ولوضالين) دان حروف الف (ولاالضوللين)
panduan solat
BENARKAH ANDA TELAH MEMBACA AL-FATIHAH.
Sabda Nabi SAW:
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya:“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”. (Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)
Dari hadis ini jumhur ulama menyatakan bahawa Al-fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu dlm solat melainkan Alhanafiyyah yg hanya menyatakan ianya hanya wajib sahaja bukannya rukun (menurut qaedah mereka yg membezakan antara wajib dan fardhu). (Lihat Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)
Persoalannya adakah bacaan kita selama ini dikira atau tidak?. Para ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yg membaca fatihah tetapi dlm bacaannya masih ada kesalahan yg besar yg mencacatkan fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dgn makhraj yg betul atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah, dan lain-lain (Lihat Mughni Muhtaj 1/327, dll)
KESILAPAN-KESILAPAN YG BESAR YG BIASA BERLAKU YG MENCACATKAN FATIHAH.
1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم) dll.
2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf (أ) seperti kalimah (العالمين ، أنعمت) dll.
3. Menukarkan huruf (أ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت)
4. Menkarkan huruf (ق) dengan huruf (ك) seperti kalimah (المستقيم)
5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د) seperti kalimah (الضالين)
6. Menukarkan huruf (ر) dengan huruf (غ) seperti kalimah (الرحمن ، غير)
7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك)
8. Dan lain-lain.
Peringatan:Tidak sah Fatihah seseorng jika ia masih melakukan kesalahan2 tersebut melainkan jika ia telah berusaha membetulkan bacaanya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu menyebutnya dengan betul kerana Allah tidak membebankan apa yg tidak kita mampu. Di sana banyak lagi kesalahan-kesalahan yg lain yg saya tidak sebutkan dini samada ia jarang berlaku atau ia merupakan kesalahan yg tidak menyebabkan fatihah tidak sah. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan bentangkan pula kesalahan-kesalahan yg kecil di supaya kita dapat memperkemaskan lagi bacaan kita.
KESALAHAN YG TIDAK MENCACATKAN BACAAN DI SUDUT ULAMA’ FEQAH (BEERTI MASIH SAH BACAANYA) TETAPI DIKIRA SALAH MENURUT QURRA’. (KURANG FASIH)
Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)
Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf ‘istifal’ bukannya ‘isti’la’.Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan sebutan hampir kepada ‘imalah shughro’ ataupun ‘taqlil’Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan tebal atau tafkhim.Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله) dengan sebutan yg tidak sempurna sampai ke makhrajnya.Membaca dengan ‘idkhol’ (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada ‘taqlil’.Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris ‘fathah’.Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)dan lain-lain
Peringatan:Untuk kefahaman yg lebih lanjut perlulah kepada musyafahah (berguru.
Bab dua
kesalahan dalam Ayat 2.
1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد)
2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yg kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد)
3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد)
4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد)
5. Membaca dengan ‘ikhtilas’ dhommah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد). Ini merupakan kesilapan yg sangat banyak berlaku.
6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yg seakan-akan ‘taqlil’.
7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.
8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)
9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)
10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)
11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung
12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’la’ (tebal) pada kalimah (العالمين)
13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)
Bab 3.
Kesalahan dalam ayat 3.1. Kesalahan ayat ketiga sama dengan akhir ayat pertama. (lihat siri ke 2)
Kesalahan dalam ayat ke 4.1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yg kasar.
2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’
3. Memanjangkan sebutan huruf lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.
4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikitbibir kehadapan.
5. menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yg hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.
6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.
7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya.
Bab 4
Kesalahan dalam ayat ke 5.
1. Kurang jelas tasydid dalam kalimah (اياك) . Adapun jika meninggalkan tasydid ia dikira kesilapan yg besar dan membatalkan Fatihah.
2. Huruf (ع) dibaca dengan menghidung sedangkan dengung atau ghunnah tiada kaitan dengannya. (ini antara kesilapan sebahagian besar org melayu)
3. Huruf (ع) dibaca dengan tebal sedangkan ia bukan huruf isti’la’.
4. Tidak menyebut dhammah dengan sempurna pada huruf (ب) dan (د), iaitu membacanya seperti ‘ikhtilas’. Kerana kesempurnaan dhammah hanyalah dengan dimuncungkan sedikit bibir ke hadapan, jika tidak ia dikira ikhtilas.
5. Membaca seolah-olah ada tasydid pada huruf (ء) di dalam kalimah (واياك). Sebutannya seperti “wak, iyyaka”.
6. Menyebut huruf (س) dengan sebutan hampir atau menyamai (ص) di dalam kalimah (نستعين)
7. Tidak sekata di dalam mad ‘aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.
bab 6.
Kesalahan dalam ayat ke 7.
1. Meng ‘isymamkan’ (memuncungkan bibir) ketika menyebut huruf (ص) dalam kalimah (صراط)
2. Menyebut huruf (ر) yang berbaris fathah dengan ketebalan yg melampau seolah-olah hamper kepada dhammah dengan dimuncungkan mulut kehadapan. (Ada sebahagian qari tersilap dengan menggalakkan cara demikian).
3. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (الذين)
4. Membaca dengan ‘qalqalah’ pada izhar halqi dan izhar syafawi dalam kalimah (أنعمت)
5. Membaca izhar halqi dan izhar syafawi dengan memutuskan bacaan seperti ‘saktah’
6. Membaca dengan seolah-olah ada tasydid pada huruf (ع) dalam kalimah (انعمت عَّليهم)
7. Tidak membaca kasrah dengan tepat pada (عليهم) dengan sebutan seperti “‘alaihem”
8. Tidak menebalkan huruf (غ) dalam kalimah (غير) dan (المغضوب)
9. Menebalkan huruf (م) dalam kalimah (المغضوب) kerana terpengaruh dengan huruf tebal selepasnya.
10. Tidak jelas dalam menyebut izhar syafawi pada huruf (م) dalam kalimah (عليهم ولا)
11. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (ولا الضالين)
12. Meninggalkan “istitholah” pada huruf (ض)
13. Tidak cukup kadar panjang mad lazim iaitu 6 harakat.
14. Dan lain-lain
Wallahua’lam
Rujukan:1. Nihaayatul Qaulil Mufiid, Syeikh Muhammad Makki Nasr2. Taqwiimul Lisaan bi Tilaawatil Qur aan, Syeikh Ibrahim Muhammad Al-Jirmi3. Ilmut Tajwiid, Syeikh Dr Yahya Al-Ghauthaani.4. Pengalaman bertalaqqi dengan guru-guru kami Syuyukh Qurra’ di Syam. (Sheikh Khalil Hiba, Syeikh Bilal Rifaie, Syeikh Muhyiddin al-Kurdi dll).