Kaedah pengambilan hukum a1

  • 1,024 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,024
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SLQ 3332 USUL FIQH II TAJUK : KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM AL- MUSYTARAK DISEDIAKAN OLEH: SARIBANUN BINTI NGARIB (540118-10-5404) FARIDAH BINTI IBRAHIM (611203-04-5296) SUZANA BINTI HASHIM (670425-08-6210) ROSNAH BINTI MOHD ALI (720129-10-6224) PENSYARAH: USTAZ SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIASARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
  • 2. ISI KANDUNGANPengertian Musytarak 1Sebab-sebab timbul lafaz al-musytarak 2Hukum lafaz al-musytarak 3-9
  • 3. PRAKATA Bismillahirrohmanirrohim Alhamdulillah kami bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniadan hidayah-Nya, kami dapat menyiapkan penulisan kertas kerja yang diamanahkankepada kami bertajuk “Kaedah Pengambilan Hukum al-Musytarak”. Terima kasih kami rakamkan kepada semua pihak, terutamanya Ustaz SayedMahussain bin Sayed Ahmad yang telah memberi tunjuk ajar serta pandangan jugabimbingan semasa kami menyiapkan tugasan ini.Semoga Allah membalas baik semua.yang terlibat. Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan hasil penulisan yangterbaik, namun hanya inilah sahaja yang mampu kami laksanakan. Sesungguhnya segalakelemahan dan kekurangan adalah datangnya dari kami dan segala kebaikan dankelebihan itu datangnya dari Allah jua.Diharapkan sedikit sebanyak hasil penulisan iniakan dapat membantu dan boleh menjadi rujukan mereka yang berkenaan. Kami berharap semua pihak dapat memberi teguran yang membina dan sokongandi atas segala kekurangan dalam penulisan ini.Semoga usaha ini mendapat keberkatandan menjadi amal ibadah yang diredhai Allah. Wallahu ‘Alam Bisawab.Wabillahi Taufiq Walhidayah. WassalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh.
  • 4. Kaedah pengambilan hukum al-musytarak1.0 Pendahuluan. Yang dimaksudkan dengan kaedah pengambilan hukum ialah kaedah hukum pada dalil-dalil syarak.Memandangkan bahawa sumber hukum syarak yang asasi iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah dalam bahasa Arab maka sudah tentu tidak dapat untuk memahami maknanya secara yang betul dan membuat kesimpulan hukum-hukum daripadanya, kecuali dengan memahami makna bagi lafaznya di segi khusus, umum dan sebutannya.2.0 Pengertian Musytarak Musytarak menurut bahasa berrti sesuatu yang dipersekutukan.Manakala menurutistilah ialah ‫اللفظ الذي تعدد معناه ووضعه‬Maksudnya:“Satu lafaz yang berbilang makna dan hantaran atau peruntukannya”.Huraian: Al-musytarak atau al-musytarak al-lafzi ialah satu lafaz yang mengandungi duamakna atau lebih dengan beberapa peruntukan yang mana bilangannya adalah samadengan bilangan maknanya seperti lafaz (quru’) yang bermakna suci atau haid.Lafaz(al-’Ainu) yang bermakna mata, mata air, perisik rahsia, emas atau matahari.Lafaz (jaun)yang bermaksud putih atau hitam. Apabila dalam nas syarak terdapat lafaz musytarak, sementara kemusytarakannyaitu terdapat pada erti bahasa dan erti istilah syarak, maka lafaz itu harus dibawa kepadamakna syari’i dan jika kemusytarakannya itu pada dua erti atau lebih dari erti-erti bahasadengan dalil yang dapat menguatkannya.Tidaklah jika yang dimaksud lafaz musytarak ituada dua erti atau beberapa erti secara bersama-sama.
  • 5. 13.0 Sebab-sebab timbul lafaz al-musytarak Para ulamak telah menjelaskan sebab-sebab timbulnya lafaz musytarak, di antarayang terpenting daripadanya adalah seperti berikut: 1. Bermacam-macam suku bangsa Arab terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan Adnan dan golongan Qathan.Masing-masing golongan ini terdiri daipada suku yang bermacam-macam dan yang berbeza-beza tempat lingkungannya.Kadang-kadang satu suku memberi nama untuk sesuatu pengertian, kemudian suku yang lain menggunakan nama tersebut untuk sesuatu pengertian lain yang tidak dimaksudkan oleh suku yang pertama tadi.Kadang- kadang antara kedua pengertian itu tidak ada sangkut pautnya.Tatkala bahasa Arab diambil orang lain dan dibukukan kedua pengertian itu diambil begitu sahaja tanpa memperhatikan hubungannya dengan suku yang menghasilkannya semula. 2. Terkadang diletakkan satu lafaz untuk satu makna kemudian digunakan untuk makna yang lain secara majaz, selepas itu terkenal penggunaan makna majazi sehingga lupa bahawa ia adalah makna majazi bagi lafaz itu, maka dipindahkan kepada kita berdasarkan kepada bahawa ia adalah diuntukkan bagi dua makna secara hakiki. 3. Bahawa adalah satu lafaz diletakkan untuk satu makna pada bahasa, kemudian diletakkan pada istilah untuk makna yang lain seperti lafaz “al-solah” yang mana ia diletakkan disegi bahasa untuk makna “doa”, kemudian pada istilah syarak untuk “ibadat yang terkenal”.
  • 6. 24.0 Hukum Lafaz al-Musytarak Apabila lafaz al-musytarak yang terdapat dalam nas syarak itu musytarak antara beberapa erti menurut bahasa, maka wajib berijtihad untuk menentukan ertinya.Ini kerana syar’i tidak menghendaki lafaz itu kecuali melalui salah satu ertinya.Dan seorang mujtahid wajib mengambil dalil melalui beberapa qarinah dan tanda-tanda serta bukti-bukti untuk menentukan ertinya. Maka lafaz ‫ القروء‬yang terdapat dalam firman Allah, surah al-Baqarah: 228; ‫والمطلقت يترببصن بافسهن ثلثة قروء‬Maksudnya:“ dan wanita-wanita yang diceraikan hendaklah menahan diri (menunggu) selama tigakali quru’. Pada pandangan setengah ulamak, isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklahmenunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci, atau haid(pada pandangan yang lain). Terdapat lafaz musytarak antara suci dan haid, dan para ulamak telah sepakatmengatakan bahawa makna yang dikehendaki ialah salah satu daripada maknatersebut.Tetapi mereka telah berselisih pendapat dalam menentukan makna yangdikehendaki didalam ayat tersebut. 1. Pandangan ulamak Syafii dan sebahagian ulamak lain: Makna yang dikehendaki ialah daripada lafaz quru’ itu ialah suci kerana adanya qarinah yang menunjuk ke atasnya, iaitu: 3
  • 7. Di antara tandanya ialah dita’nithkan isim ‘adad iaitu (‫ )ثلثة‬kerana ia menunjukkan bahawa perkara yang dibilangkan itu adalah muzakkar, lafaz muzakkar di sini ialah ‫ ( الطهر‬suci ) ‫الحيض‬ tidak ( haid.) 2. Pandangan ulamak Hanafi dan sebahagian yang lain: Makna yang dikehendaki daripada lafaz quru’ itu ialah haid kerana adanya qarinah yang menunjuk ke atasnya, iaitu: Lafaz ‫ ثلثة‬adalah khas, maka ia menunjukkan secara qat’ii kepada masa ber’iddah ialah tiga kali quru’ tidak lebih dan tidak kurang, dan ini tidak terlaksana kecuali apabila adalah makna yang dikehendaki daripada lafaz quru’ itu ialah haid tidak suci.Maka jika tidak ada qarinah yang menunjuk kepada salah satu daripada makna-maknanya,seorang mujtahid wajib dapat menghilangkan kemungkinan lafaz-lafaz itu danmenegaskan pengertian masing-masing jika muncul di dalam nas syarak. Terkadang lafaz al-musytarak itu berupa isim (benda), atau fi’il (kata kerja),seperti bentuk amar (perintah) yang bererti wajib atau sunat, atau berupa huruf sepertiwau ( ‫و‬ ) untuk ‘thaf dan untuk hal.Jika lafaz musytarak dalam nas syarakdimusytarakkan antara erti bahasa dan erti istilah syarak maka yang dimaksud dengannyaharuslah erti istilah syaraknya.Lafaz ‫ الصلة‬menurut bahasa bererti doa, sedangkanmenurut syarak bererti ibadah tertentu.Maka firman Allah : 4
  • 8. ‫اقيموا الصلة‬(Dirikanlah olehmu solat) Demikian yang dimaksudkan ialah erti syaraknya, iaitu ibadah tertentu, dan bukanerti bahasa iaitu doa.Lafaz ‫ الطلق‬menurut bahasa ialah “lepas”.Sementara menurut syarak ialah“melepaskan tali ikatan perkahwinan dengan aturan tertentu”Firman Allah, surah al-Baqarah :229; ‫الطلق مرتان فإمساك بمعروف أوتسريح بإحسن‬Maksudnya:“Talak (yang dapat dirujuki, adalah) dua kali.Setelah itu boleh rujuk lagi dengan carayang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik”.Maka, talak dalam ayat tersebut yang dimaksudkan ialah erti syaraknya dan bukan ertibahasanya Apabila musytarak di antara beberapa makna lughawi (bahasa), maka untukmenentukan erti yang dimaksud diperlukan ijtihad dengan cara mencari keterangan-keterangan (Qarinah) yang dapat membantu kepada penentuan maknanya. 5
  • 9. Seperti lafaz yad dalam firman Allah, surah al-Maidah :38; ‫والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما‬Maksudnya:“ Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya”Lafaz yad mempunyai banyak makna seperti berikut,iaitu: Tangan sampai pergelangan. Tangan sampai siku. Tangan sampai bahu. Tangan kanan atau kiri.Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w, pernah menyuruh seorangsahabat untuk memotong tangan seorang pencuri pada pergelangan tangannya.Yangdemikian itu, juga pernah dilakukan oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan Saidina Umarbin al-Khattab r.a. iaitu memotong tangan pencuri pada pergelangan tangannya.Riwayat yang bersumber dari Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat tadi, menjadi qarinah(keterangan) bagi makna yad.Dengan berdasarkan pada qarinah itu, maka yad pada ayatdi atas dapat ditetapkan, iaitu “pergelangan tangan dari tangan kanan”.Contoh lainnya ialah lafaz lamasa ( ‫لمس‬ ) dalam firman Allah, surah an-Nisa’:43; ‫أو لمستم النساء‬Maksudnya:“Atau kamu telah menyentuh perempuan” 6
  • 10. Lafaz lamasa adalah lafaz musytarak, yang meliputi makan-makna berikut: Bersentuh kulit. Bercampur (bersetubuh).Apabila lafaz itu diertikan dengan “bersentuh kulit”, maka ayat tersebut menjadi dalilbahawa bersentuh kulit dengan lawan jenisnya merupakan “hadas” atau “membatalkanwuduk”.Bila diertikan dengan “bersetubuh”, maka bersentuhan tadi tidak menjadi hadasatau membatalkan wuduk.Dalam riwayat an-Nasa’ii disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan solat,di mana kakinya menyentuh badan isterinya, iaitu Siti Aisyah yang sedang tidur-tiduran.Riwayat tersebut menjadi qarinah bagi makna lamasa, dan berdasarkan atas qarinah itu,maka makna yang dimaksudkan dengan lafaz lamasa pada ayat di atas adalah“bersetubuh”.Kerana itu, bersentuh kulit dengan lawan jenis tidak menjadi hadas atautidak membatalkan wuduk.para ulamak berselisih pendapat mengenai boleh dikehendaki daripada lafaz musytarakakan setiap satu daripada maknanya kepada 3 pendapat pula:1. Harus dikehendaki dengan lafaz musytarak itu kesemua maknanya sama ada dalam bentuk nafi atau ithbat dengan syarat tidak tertegah menghimpun kesemua maknanya seperti digunakan lafaz al-‘ainu kepada makna matahari, pengintip, mata dan sebagainya.Jika sekiranya tertegah menghimpun kesemua makna-maknanya maka tidak boleh dikehendaki dengannya kesemua maknanya seperti lafaz quru’ untuk haid dan suci sekali. 7
  • 11. Imam Syafii, sekumpulan ulamak Syafii dan sebahagian ulamak muktazilah, memberipendapat dengan alasannya berdasarkan firman Allah: ‫ألم ترأن ا يسجدله,من فى السموت ومن فيالرض‬ ‫والشمش والقمر والنجم والشجروالدوآب وكثيرمن‬ ‫الناس‬ ١٨ : ‫سورة الحج‬Maksudnya:“Tidakkah kamu mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduksujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu dan binatang-binatang serta sebahagian besar daripadamanusia”. ِAllah telah menjelaskan kepada kita mengenai kesemua makhluk sujudkepada AllahTaala,sujud manusia adalah dengan meletakkan dahi dibumi dan sujudselain daripada manusia adalah dendan tunduk dan patuh secara kekerasan,kedua-duanya ada makna yang berlainan,dan dikehendaki dengan firman AllahTaala(yasjud)maka dengan itu jelaslah kepada kita bahawa ia menunjuk kepadadigunakan lafaz musytarak kepada kedua-dua maknanya sekali dalam satu sebutan.2. Tidak harus dikehendaki dengan lafaz musytarak kecuali satu makna sahajadaripada makna-maknanya,samaada ia dalam bentuk nafi atau isthbat.ini adalahpendapat sebahagian besar ulama’ Hanafi,sebahagian ulama’Shafie seperti ImamHarmin dan sekumpulan ulama’ Muktazilah seperti Abi Hashim.
  • 12. Diantara alasan mereka ialah bahawa lafaz musytarak tidak diletakkan untukmakna-maknanya dengan sekali letak, hanya ia diletakkan bagi tiap-tiap satu daripadamakn-maknanya.Dengn perletakkan yang khusus,dengan sebab itu dikehendakikesemua makna-maknanya dengan sekali sebutan adalah menyalahi perletakan inidan tidak harus. 83. Harus dikehendaki dengan lafaz musyatarak kesemua makna-maknanya,jika iadalam bentuk nafi,ini adalah pendapat sebahagian ulama’ Hanafi. Diantara alas an mereka ialah apa yang berlaku didalam masalah-masalahwasiat iaitu sesiapa yang berwasiat 1/3 daripada hartanya untuk mewalinya,sedangkan ia mempunyai beberapa mewali yang mereka memerdekakannya danmewali yang ia merdekakan mereka dan mati ia sebelum sempat menjelaskannyamaka wasiatnya adalah batal kerana memandangkan lafaz ‘maula’(jamaknyamawali)adalah musytarak diantara makna penghulu dan makna orang yang telahdimerdekakan dan tidak boleh dikehendaki dengan lafaz ‘maula’.tiap-tiap maknakeduanya adalah sekali kerana ia lafaz musytarak dalam bentuk ithbat tidakumum,maka tinggallah orang yang diwasiat untuknya tidak diketahui,dan wasiatuntuk orang yang tidak diketahui ada;lah batal. Ini adalah berlainan dengan apa yang berlaku dalam masalah sumpah iaitusesiapa yang bersumpah tidak akan bercakap dengan ‘mawali si anu’makasumpahnya itu dianggap merangkumi ‘maula’ yang bererti penghulu-penghulu danyang bererti hamba-hamba yang telah dimerdekakan,oleh yang demikian mana-manasahaja dari kedua-dua makna mawali itu ia bercakap dengannya maka ia dianggapmelanggar sumpah. Dengan ini jelaslah bahawa lafaz musytarak (disini lafaz mawali) dalam bentuknafi adalah dikehendaki dengan kesemua makna-maknanya. 9
  • 13. RUJUKANHaji Hasan bin Haji Ahmad,Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah ,Haji MuhammadSoleh bin Haji Ahmad,Pustaka Haji Abdul Majid,Kuala Lumpur ,2002.Prof.Dr.Abdul Wahab Khalaf,Ilmu Ushulul Fiqh,Gema Risalah Press,Bandung1997.A.Hanafie M.A, Usul Fiqh,Klang Book Centre,Selangor,1998.Drs.Miftah Faridl,Drs.Agus Syihabudin,Al-Quran Sumber Hukum Islam YangPertama,Pustaka Bandung ,1410 H- 1989 M.