Your SlideShare is downloading. ×
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Kaedah kelima
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kaedah kelima

1,239

Published on

Published in: Education
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,239
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KAEDAH KELIMAAL-ADATU MUHAKAMATUNMaksudAl – ‘Adatu Muhakkamatun boleh ditakrifkan sebagai “Adat kebiasan dapat ditetapkansebagai hukum” (Al-Sayuthi ,TT:63)Dasar-dasar nas Kaedah ini ialah daripada Al- Quran:Firman Allah , Surah al-A’raf , ayat 199.“Maksudnya “ Dan serulah orang-orang yang mengerjakan yang ma’ruf sertaberpalinglah dari orang yang bodoh.”Selain itu ,Firman Allah dalam Surah al-Nisaa 4 , ayat 19 :Maksudnya :“ Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu) secara patut .”Sabda nabi SAWMaksudnya “ Apa yang dipandang baik oleh Muslim maka baik pula di sisi Allah “(HR. Ahmad dari Ibn Mas’ud) -1-
  • 2. PENGERTIAN ‘ADAH ATAU ‘URUFMakna ‘AdahMenurut jumhur ulama : ‘Adat dengan ‘Uruf mempunyai erti yang sama.Sebahagian Fuqaha’ membezakannya.Menurut al-Jurjani :’Adah adalah suatu (perbuatan) yang terus menerus dilakukan manusia , kerana logik dandilakukan secara terus menerus.”(Abdul Mudjib,1980:40 )Makna ‘Uruf‘Uruf dari sudut bahasa ialah terkenal. Manakala dari sudut istilah pula bolehdibahagikan kepada tiga iaitu menurut Abd. Wahab Khallaf , ‘uruf ialah sesuatu yangtelah diketahui oleh orang ramai dan dilakukan oleh mereka, baik perkara yang berupaperbuatan atau perkataan atau sesuatu yang ditinggalkan.Yang kedua pula , ‘uruf ialah perkara dan urusan yang disepakati oleh sekumpulan dansegolongan manusia di dalam perkembangan hidup mereka .Yang ketiga ialah ,’uruf merupakan perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiatakibat dilakukan secara berulang, merangkumi perkataan dan perbuatan sama sepertiadat.1Jika kita melihat terjemahan daripada Abdul Al-Mudjib pula , uruf adalah suatu yangtetap di jiwa terasa tenang melakukannya , kerana sesuai dengan akal fikiran dan diterimaoleh tabiat yang sejahtera .1 Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, ( 2000 ) Perbahasan Usul al-Ahkam,hal : 120 -2-
  • 3. ‘Uruf tidak hanya merupakan perkataan , tetapi juga perbuatan atau juga meninggalkansesuatu. Walau bagaimanapun dalam terminologi ( peristilahan ) bahasa Arab , ‘uruf dan‘adat adalah sama .2Sebagai contohnya , apabila menggunakan kalendar haid bagi wanita. Pada setiap bulanseorang wanita akan mengalami darah haid. Cara pengiraan haid itu berbeza iaitu adayang menggunakan cara tamyiz ( iaitu membezakan darah kuat dan darah lemah danyang kuat dianggap darah haid ) dan ada juga cara ‘adah (iaitu menganggap darah haidatas hari-hari kebiasaan keluarnya darah tiap bulan). Dalam hal ini bagi Imam Hanafimewajibkan penggunaan cara ‘adah sedangkan Imam Syafi’i menguatkan cara tamyiz.Syarat boleh diterima ‘Uruf / ‘Adah‘Adah boleh diterima dengan 4 syarat :-Pertama, perbuatan yang dilakukan itu hendaklah sesuai dan relevan dengan akal yangsihat. Ini menunjukkan bahawa ‘adah tidak mungkin berkenaan dengan perbuatanmaksiat.Kedua, perbuatan dan perkataan yang dilakukan itu hendaklah selalu berulang-ulang dansudah menjadi darah daging pada perilaku masyarakat .Ketiga, perkara itu hendaklah tidak bertentangan dengan ketentuan nas , sama ada al-Quran ataupun al-Sunnah .Kempat, perkara itu hendaklah tidak mendatangkan kemudaratan serta sejalan denganjiwa dan akal yang sejahtera.Kaedah Yang Berkaitan Dengan ‘Adah2 Mohd. Said Ishak,(2002),al-Qawa’id al-Fiqhiyyah,hal.70 -3-
  • 4. “Semua yang diatur oleh syara’ secara mutlak namun belum ada ketentuan dalam agamaserta dalam Bahasa maka semua itu dikembalikan pada ‘uruf.” ( Abd al-Hamid Hakim ,1956:84)Untuk lebih jelas, mari kita ambil contoh,misalnya :Hukum syariah menetapkan hukum mahar dalam perkahwinan , namun tidak adaperincian berapa banyak ketentuan mahar , maka ketentuan itu dikembalikan kepadakebiasaan. Demikian juga, wanita yang haid, berapa lama darah yang keluar dianggaphaid, maka kebiasaan tiap bulan merupakan standardnya .Penggunaan ‘uruf dan ‘adahPenggunaan ‘uruf dan ‘adah di dalam fiqh ada berbagai bentuk. Setiap satu dibinakansuatu hukum menurut cara yang khusus. Namun begitu, penggunaannya bolehdiringkaskan seperti berikut :1. Digunakan sebagai dalil untuk perundangan hukum atau dalil yang mentakhsiskanbagi suatu nas atau mengqaidkannya. Sebagai contohnya, mengambil dalil tentangkeharusan mudharabah dengan uruf. Contoh lain ialah mengambil dalil tentangkeharusan mewaqafkan benda-benda yang boleh dipindah dengan uruf menurut setegahfuqaha’ dan mengambil dalil tentang keharusan menempah barang-barang perhiasan danalat-alat perabot dan lainnya. Mengikut imam Malik , beliau mengambil dalil tidak khiarsyarat mengikut ‘uruf ahli Madinah.Apa yang dijelaskan di atas ialah bukan pada hakikatnya dalil tetapi hanya dalil padazahirnya sahaja yang boleh membongkar dalil yang sebenar. Jika kita lihat, mudharabahitu adalah berdasarkan dalil sunnah taqririyah. Manakala istishna’pula berdasarkan dalil -4-
  • 5. daripada ijma’ sukuti. Tidak ketinggalan pula mewaqafkan kitab-kitab untuk tujuanpinjaman atau mewaqafkan wang ringgit untuk tujuan pinjaman dan perkara ini diakuioleh ahli ijtihad.2. Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti atau kadi dalammempraktikkan hukum-hukum yang mutlak yang berbeza mengikut perbezaan adat danmaslahah manusia. Terpulanglah kepada kadi dan mufti supaya mempraktikkanyamengikut ‘uruf masing-masing .Sebagai contohnya sebuah hadis nabi:Yang bermaksud : Barangsiapa daripada kamu melihat suatu perkara mungkar,hendaklah diubahkannya.Hadis ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah wajiblah menakutkan orang ramaiterhadap jenayah-jenayah yang boleh merosakkan ketenteraman atau keamananmasyarakat, jenayah dan jarimah. Di sini diijmalkan sahaja di bawah perkataan mungkar .Para fuqaha’ mendefinisikan mungkar dengan perkara-perkara yang menyakiti danmerosakkan orang Islam sama ada perkataan atau perbuatan. Sudah pasti ia berbezamengikut adah orang ramai yang mana sesetengah perkataan cacian bagi suatu negeriadalah tidak dianggap cacian bagi negeri yang lain.Begitu juga dengan perkataan al-tagyyir yang bermaksud mengubah atau membasmi.Hukuman al-taghyyir itu adalah juga berbeza yang mana penjara mungkin sesuai bagisesetengah tempat dan ada kalanya hukuman berbentuk wang ringgit dipilih dan adakalanya hukuman itu berbentuk buang negeri atau buang daerah.3. Digunakan ‘uruf sebagai perbicaraan yang dikenali kebanyakan tentang buktinya ,sama ada bertujuan memberi keizinan, larangan, kewajipan atau penyaksian di dalammahkamah dan sebagainya . -5-
  • 6. Untuk mengetahui kehendak hati, lazimnya ia diungkapkan dengan perkataan sahaja. Adakalanya, tidak memerlukan perkataan dan cukup hanya dengan ‘adah sahaja. Sebagaicontoh, ‘adah yang menunjukkan kepada keizinan tanpa perkataan ialah dalam sutaukebakaran , adah bermakna mengizinkan memasuki rumah untuk memadamkankebakaran.Adah yang menunjukkan larangan pula ialah seperti tanda ‘no entry’ atau besi merah dikepala jalan yang bermaksud tidak harus kereta memasuki jalan itu.4. Digunakan kepada pemakaian ‘uruf dalam bahasa. Setiap orang yang bercakapdiletakkan percakapannya ke atas ‘uruf yang dipakai kebanyakan orang , sama adapercakapan syara’ atau tindakan manusia.Dalam membicarakan hal ini, kita boleh ambil perkataan solat. Solat dalam bahasa ialahdo’a dan manakala dalam syara’ pula ialah segala perkataan dan perbuatan yang khususyang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.Maksudnya ialah segala hukum yang mengandungi kewajipan fiqh, sama ada akadpembatalan syarat dan sebagainya hendaklah berjalan sesuai mengikut kehendak urufnya.5. Digunakan kepada ‘uruf yang biasa di antara orang ramai yang bolehmentarjehkan sebahagian mazhab di dalam fiqh daripada mazhab yang lain dengan syaratsetiap mazhab yang ditarjehkan itu ada mempunyai dalil yang boleh diterima.Apabila ada satu mazhab yang mempunyai dalail yang lebih kuat daripada yang lain,maka ditarjehkan mazhab yang agak lemah dengan ‘uruf kerana uruf telah menandakankepada keperluan atau kehajatan masyarakat.Sebagai contohnya ialah ditarjehkan mazhab Maliki dan mazhab Hambali, yangmengatakan orang yang hilang yang tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati -6-
  • 7. maka diputuskan telah meninggal dunia apabila telah mencecah kepada empat tahunkerana ia sesuai dengan zaman sekarang.Penerangan selanjutnya ialah kita lihat bagaimana ditarjehkan mazhab Hambali yangmengatakan pemegang gadaian harus mengambil faedah dari perkara yang digadaikannyatanpa keizinan daripada pihak penggadai jika perkara yang digadaikannya itu binatangyang boleh diperahkan susunya atau ditunggangi sebagai kenderaan, dengan syaratpemegang gadai telah mengeluarkan perbelanjaan untuk memeliharanya, tetapi dia hanyaboleh mengambil faedah hanya sekadar perbelanjaan yang telah dikeluarkannya sahaja.Jika diteliti, kaedah ini adalah bertentangan dengan pendapat jumhur termasuklah imamSyafi’i. Selain itu, harus juga diambil faedah daripada benda-benda yang digadai dengansyarat mendapat keizinan daripada penggadainya kerana uruf masyarakat melakukandemikian. Sebahagian pendapat mazhab pula tidak membenarkan mengambil faedahwalaupun sedikit. Sudah tentu, setiap pendapat itu, masing-maisng ada mempunyai dalilyang boleh diterima dari segi sunnah.6. Digunakan kepada ‘adat yang mendatangkan kesan terhadap hukum syara’ ,kerana keadaan persekitaran masyarakat telah menerima perubahan yang memerlukanpengambilan hukum ihtiyati atau hukum keringanan .Kefasadan zaman yang berlaku pada zaman ini merealisasikan kaedah ini. Misalnya ialahtentang keadilan saksi yang tidak boleh diterima lagi zaman sekarang kerana tidak dapatdibuktikan lagi . Keadilan itu mesti dengan tazkiyah atau sokongan orang lain yangmengatakan seseorang itu orang baik. Ini adalah kerana pada zaman ini manusia telahmenurun imannya dan manusia banyak berbohong.Untuk mencari saksi pada zamansilam hanya cukup dengan beragama Islam sahaja tetapi pada zaman ini.Contoh bagi keringanan pula ialah seperti mengambil upah mengajar al-Quran, azan danmembaca khutbah juma’ah kerana masyarakat tidak begitu berminat membuat kebajikan -7-
  • 8. dengan secara sukarela untuk mengajar al-Quran, agama dan sebagainya. Ini perlu dijagakerana jika tidak dibenarkan mengambil upah, sudah tentu akan hilang syiar agama.Syarat diterima ‘Uruf dan ’Adah1. Setiap ‘uruf dan ‘adat itu mestilah digunakan secara menyeluruh atau ghalibnyaiaitu digunakan oleh kebanyakan. Maksud ialah menyeluruh itu ialah ‘urufyang rata-rata dipakai dan tidak menimbulkan perselisihan di antara ahli ‘uruf sama adaumum atau khusus. Maksud ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh majoriti masyarakatdan hanya minoriti yang tidak memakainya. Ini adalah berdasarkan kenyataan iaitu ‘urufitu menjadi tetap dan diterima setelah digunakan oleh semua orang atau majoriti .Dalam hal ini fuqaha’ mengatakan:Yang muktabar adalah yang ghalib dan yang menyeluruh dipakai, bukan yang jarang-jarang.2. Hendaklah ‘uruf itu umum dalam semua negeri dan inilah ‘uruf yang menjadidalil-dalil hukum pada zahirnya , yang menunjukkan kepada dalil yang sebenar, sepertikedudukan ijma’ dan masalih mursalah.Inilah uruf yang mengharuskan istisna’ iaitu menempah membuat sesuatu benda danyang mengharuskan waqaf perkara-perkara yan boleh dipndahkan. Sesungguhnya ijma’itu tidak mungkin berlaku kecuali diakui oleh seluruh ahli mujtahid alam islami. Begitujuga dengan maslahah mursalah tidak diakui kecuali maslahah umum atau maslahahkulliyyah yang ada mempunyai illah yang tetap dan nyata terhadap maslahah umum.Inilah yang dinamakan zaman ‘uruf am atau umum.3. Hendaklah ‘uruf dan ‘adat itu tidak bertentangan dengan suatu hukum yang adamempunyai dalil syara’. Jika ada pertentangan dengan dalil syara’ maka terbatallah ‘uruftersebut. Secara mudahnya jika masyarakat ramai minum arak, bermain judi danmelakukan riba yang semuanya ini bertentangan dengan dalil syara’. Dalil bagi -8-
  • 9. pensyaratan ini telah sah daripada syara’, yang mengetahui tentang maslahah-maslahahmanusia untuk mentadbir urusan-urusan mereka, maka ini dikira benar dan menjadipegangan kepada majoriti. Kita juga sedar bahawa ‘uruf adalah tidak ma’sum. Maka urufyang tidak bertentangan dengan dalil syara’sahaja yang dapat dipakai atau diterimasenagai uruf orang ramai di dalam adat perniagaan, peraturan kehakiman, undang-undangsosial yang diperlukan oleh masyarakat. Syarat ini adalah umum di dalam segalapemakaian uruf.4. Hendaklah ‘uruf yang ditanggungkan perkataan atau perbuatan orang yangmelakukan tindakan dan nas-nas syara’, memang ada ketika datangnya nas-nas itu , makadikeluarkan daripada syarat ini , ialah apabila ‘uruf itu mendatang ke atas sesuatutindakan atau nas dan hanya berlaku selepas keduanya maka tidak ditanggungkan ke atassetiap daripada keduanya .Contohnya ialah dalam kes seorang yang mewaqafkan kebunnya kepada ulama’ padatahun 100 H yang menurut uruf pada zaman itu ialah ulama bahasa dan agama. Pada satumasa kemudian, masyarakat menggunakan perkataan ulama’ untuk tujuan umum yangmerangkumi istilah ulama’ itu untuk ulama’ bahasa, sains, kimia dan doktor. Dalam halini, hasil kebun itu hanya diberikan kepada ulama agama dan bahasa sahaja.5. Hendaklah ‘uruf itu merupakan suatu kepastian , iaitu perkara yang wajibdigunakan mengikut pandangan masyarakat atau merupakan ‘adah bagi sebahagiannegeri, walaupun tidak menjadi ‘adah bagi negeri yang lain.Sebagai contohnya, ada hantaran atau hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantinperempuan. Menurut adat sebahagian tempat, pengantin lelaki akan membawa hantaranselain daripada maskahwin. Pihak perempuan pula kebiasaannya akan membalas hadiahitu kepada pengantin lelaki. Jika tidak dibalas, masyarakat menganggapnya sebagaikehinaan. Ini semua dikembalikan kepada ‘adah. -9-
  • 10. Menurut fuqaha’, perkara yang dibawa oleh syara’ secara mutlak tanpa diterangkansecara terperinci dan tidak diterangkan pula dalam segi bahasa , maka dikembalikankepada ‘uruf.Persoalan yang tidak diterima ‘uruf , walhal tidak pula diterangkan secaraterperinci di dalam syara’ dan bahasa.1. Jualbeli dengan memberi dan mengambil tanpa berlafaz akad. Tidak sah menurutasal mazhab Syafi’i, wal hal bagi sebahagian mazhab lainnya sah tetapi jika telah menjadi‘adat , bahawa jual beli dengan memberi dan mengambil. Maka menurut pendapat Imamal-Nawawi dalam pendapat yang terpilih dari segi dalil, jual beli ini adalah sah.2. Masalah seorang yang memberi sesuatu bahan kepada tukang untuk sesuatu bendadan ‘adat tukang, biasanya mengambil upah terhadap penat lelahnya, maka tukang tidakberhak mendapat upah sekiranya tidak disyaratkan menurut pendapat yang sah. Demikianjuga seorang yang memberi kain kepada tukang jahit untuk dibuat pakaian atau duduk diatas kerusi tukang gunting untuk digunting rambutnya , atau naik ke sebuah kapal dengankeizinan tuannya, dan kapal itu berlayar ke seberang dan begitulah selanjutnya .Itulah kaedah asasiah yang kelima yang diakhiri dengan al-adatu Muhakkamatun. Selaindaripada lima kaedah asasiah itu , sebahagian ulama memasukkan kaedah“ Tiada pahala tanpa niat”Kaedah itu adalah sebahagian daripada kaedah assasiah. Ia tidak masuk kaedah pertamakerana niat bermaksud ialah tujuan melakukan sesuatu .Menurut Muhammad izzuddin bin Abd. Al-Salam :“Menolak kerosakan dan menarik kemaslahatan.” - 10 -
  • 11. Tujuan pokok syariat Islam adalah tahqiq al-adalah (mewujudkan keadilan) dan jalb al-maslahah (menarik kemaslahatan).KAEDAH-KAEDAH GHAIR ASASSIAHKaedah pertama“Ijtihad tidak dapat dibatalkan dengan ijtihad.”(al-Suyuthi, TT:71)Hukum furu’ yang terbitSeorang fasiq menjadi saksi lalu ditolak kesaksiannya , kemudian dia bertaubat makatidak diterima kesaksiannya , kerana menerima kesaksian selepas taubat mengandungimakna pembatalan ijtihad dengan ijtihad .Sebagai contoh lain ialah apabila berlaku dalam perbicaraan, seorang hakim menjatuhkansuatu hukuman dengan ijtihad kemudian ijtihadnya berubah. Hal ini tidak membatalkanhukuman yang pertama sekalipun ijtihad itu lebih kuat. Namun begitu, di dalam kes baruyang sama dengan itu hendaklah ia mengambil ihjtihad yang kedua kecuali jika diaberasa yakin salahnya .Ijtihad dibatalkan oleh ijtihadIjtihad boleh diabatalkan seandainya berlaku bahawa ijtihad yang kedua lebih kuatdaripada ijtihad pertama .Selain daripada itu , seandainya ijtihad terdahulu tidak relevan lagi dengan keadaan yangdihadapi dewasa ini sehingga hasil ijtihad tersebut perlu disemak semula, maka padawaktu itu, ijtihad boleh dibatalkan dengan ijtihad.Kaedah fiqhiyah dinyatakan : - 11 -
  • 12. Perubahan hukum itu berdasarkan perubahan zaman , tempat dan keadaan .Kerosakan keputusan ijtihad dapat diterima jika ternyata keputusan itu bertentangandengan nas atau ijma’ atau qiyas jali. Menurut al-Iraqi pengguguran itu ketikabertentangan dengan kaedah-kaedah kulli sedangkan menurut Ulama Hanafimenggantungkan dengan tidak berdasarkan dalil .Kaedah kedua“Apabila antara yang haram dan yang halal berkumpul maka dimenangkan yang haram( al-Suyuthi , TT : 74)Kaedah ini menyatakan tentang prioriti bagi mendahulukan yang haram bererti apabilaada dua dalil itu, maka dipilih yang mengharamkan, kerana itu lebih ihtiyati ( al-Suyuthi ,TT 75)Dalam kaedah ini , ia berdasarkan daripada ketetapan khalifah Usman bin Affan ketikaditanya ketentuan mengahwini dua saudara yang seorang merdeka dan yang seoranghamba sahaya. Khalifah mengenalpasti ada dua ayat daripada dua surah yang berkaitandengan kes ini .Dalam surah al-Nisa’, ayat 22 , tidak boleh mengumpulkan dua saudara wanita untukdinikahi.Dalam surah al-Nisa’ ayat 23 , membolehkannya asalkan yang satu menjadi hambasahaya. Keputusan beliau ialah melarangnya , sesuai dengan kaedah di atas .Dalam kaedah ini juga boleh dilihat kepada pertentangan daripada dua hadis iaitu :- - 12 -
  • 13. Hadis riwayat Abu Daud dari Huzaim ibn Hakim membolehkan bersenang-senangbersama isteri yang haid setakat pinggang ke atas .Riwayat Muslim dari Anas hanya membatasi pada bersetubuh.Menurut kaedah ini, lebih cenderung kepada hadis pertama iaitu mengharamkan tamattu’dengan isteri yang haid di kawasan antara pusat dan lutut supaya dapat berhati-hatisebagai ihtiyati namun apabila mengikut metode tarjeh maka hadis kedua diutamakankerana diriwayatkan oleh para perawi yang lebih daripada perawi hadis pertama.Tidak ketinggalan untuk menyusul ialah kes apabila berhimpun di dalam ibadah padaaspek hadhar/bermuqim dengan aspek musafir , maka dimenangkan atau diutamakanhadhar.-al-Suyuthi,TT:79Misalnya, seseorang yang berpuasa di rumah kemudian pada tengah hari, dia bermusafir ,maka diharamkan berbuka puasa. Demikian juga mengqada’ Solat musafir dilaksanakandi rumah atau sebaliknya maka tidak boleh diqasarkan malah disempurnakan.Apabila bertemu dengan kes iaitu jika seseorang telah mendapati waktu telah sempituntuk melakukan perkara-perkara yang sunat untuk bersuci, maka haram membuat sunatbahkan sebaliknya hendaklah membuat yang wajib sahaja .Hal ini juga adalah seperti seseorang yang melukakan orang lain dengan dua liang lukaparah. Satu luka dengan sengaja dan satu luka lagi dengan cara yang tersalah. Kemudiania meninggal dunia kerana keduanya , maka keputusannya ialah tidak dijatuhkanhukuman qisas kepada individu tersebut.KAEDAH KETIGAMengutamakan orang lain di dalam ibadah dimakruhkan sedangkan selain ibadahdisukai.( al-Suyuthi,TT 80) - 13 -
  • 14. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud :Mereka itu ( sahabat Ansar) mengutamakan sahabat muhajirin atas diri mereka sendiri.Sekalipun mereka memerlukan ( apa-apa yang ereka berikan iu (Surah al-Hasyr ayat 9.Berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan.al-Baqarah , ayat 147 - 14 -
  • 15. BibliografiAbdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh :2000, Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd.Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Usul al-Ahkam : 2001,Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd.Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Annawawy, Riadhus Shalihin Jld. 1 dan Jld. 2(terjemahan): 1995, Kuala Lumpur, Victory Agencie.Hasan bin Ahmad ( Haji ), Mohd. Salleh bin Ahmad ( Haji ), Usul Fiqh, QawaidhFiqhiyyah : 2002, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid.Mohd. Said Ishak ( Prof. Madya, Dr. ), Modul Pengajaran al-Qawaid al-Fiqhiyyah :2002 , Johor Bahru , Universiti Teknologi Malaysia .Md. Saleh bin Md @ Ahmad ( Prof. Madya ), IYD Qawaid Fiqhiyyah, Modul DiplomaPengajian Syariah , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya .Hasan bin Salleh ( Haji), Al-Qawaidh Al-Fiqhiyyah ( Prinsip-prinsip Fiqh Islam ):1991, Kelantan, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.Ma’mur Daud, Terjemah Hadis Shahih Muslim, Jld. 1, II, III dan IV : 1997, Selangor ,Klang Book Centre.Zainuddin Hamidy, Fachruddin Hs.,Tafsir Quran : 1991, Selangor , Klang Book Centre . - 15 -

×