Your SlideShare is downloading. ×
Institut kefahaman islam malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Institut kefahaman islam malaysia

1,988
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,988
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • 2. Disediakan oleh :
    • Jamhari Bin Musa
    • Kamaruddin Bin Jaffar
    • Suhaimi Bin Mohd Samuri
  • 3. Pendahuluan
    • Dalam keghairahan umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, mereka kini berhadapan dengan pelbagai unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ditambah pula dengan maklumat yang disalah tafsir oleh media massa yang membawa kesan negatif kepada umat Islam.
  • 4. Pendahuluan
    • Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan
  • 5. Penubuhan IKIM
    • Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
    • Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.
  • 6. Matlamat
    • Memberi kefahaman Islam yang tepat dan berkesan melalui kaedah hadhari yang sesuai.
    • Sentiasa berusaha ke arah pencapaian mesej Islam yang menyeluruh (syumul) sampai kepada segenap lapisan masyarakat.
    • Mempertingkatkan usaha kefahaman Islam yang berkualiti melalui penggunaan sumber yang wajar.
    • Berusaha ke arah penggubalan piawaian nilai untuk membolehkan sesebuah organisasi mengamal amalan terbaik (best practices) mengikut prinsip-prinsip Islam.
    • Sentiasa berusaha ke arah pencapaian kepuasan pelanggan.
  • 7. Dasar
    • " Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Usaha Cemerlang "
  • 8. Skop
    • " Pusat Penyelidikan dan Sumber bagi Kefahaman Islam "
  • 9. Fungsi IKIM
    • Dalam usaha menyebarkan kefahaman tentang Islam secara global, IKIM menyediakan suasana yang terbuka dan bebas supaya setiap orang dapat mengeluarkan pendapat masing-masing bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan.
  • 10.
    • Fungsi-fungsi IKIM adalah seperti berikut :-
    • Menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah.
    • Menghasilkan bahan penerbitan,termasuk buku, majalah dan jurnal untuk bacaan umum dan golongan sasar.
    • Menganjurkan persidangan, seminar dan forum, perbincangan dalam mempelbagaikan percambahan fikiran bagi mencari penyelesaian perkara-perkara tertentu.
    • Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan luar Negara dalam menjalankan program-program bagi manfaat bersama.
  • 11. IKIM juga turut menjalankan penyelidikan merangkumi bidang-bidang berikut :-
    • Isu-isu strategik
    • Isu-isu berkaitan globalisasi
    • Pelaksanaan sistem ekonomi Islam
    • Pelaksanaan sistem perundangan Islam
    • Hubungan antara agama
    • Pembangunan berdasarkan sains dan teknologi
    • Bio teknologi
    • Isu-isu alam sekitar
    • Isu-isu hak asasi manusia
    • Isu-isu sosioekonomi dan politik
  • 12. Wawasan/Vision
    • Untuk menjadi sebuah Institusi yang cemerlang dalam merangka dan melaksanakan perancangan kerja yang teratur ke arah peningkatan kefahaman islam
  • 13. Matlamat/Mission
    • Berusaha meningkatkan kefahaman Islam di kalangan orang-orang Islam dan bukan Islam dengan menyerlahkan nilai sejagat dan kesemua rangkuman Islam yang benar dan berhubungkait dengan kehidupan manusia.
  • 14. Piagam Pelanggan
    • Merancang dan melaksanakan penyelidikan yang bermutu.
    • Menganjurkan persidangan, seminar, bengkel dan forum yang berkualiti.
    • Menerbit dan mengedarkan penerbitan berkala dan tidak berkala mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.
    • Memastikan pelanggan akan dilayan dengan mesra, baik dan profesional.
    • Memastikan segala aduan dan cadangan yang diterima akan dilayan dengan sewajarnya.
  • 15. Pengenalan
    • Sebagai sebuah institusi pemikir atau 'think tank' sejak penubuhannya IKIM telah berusaha untuk memberi kefahaman sebenar tentang Islam dengan mengenengahkan pandangan sejagat atau 'worldview' agama suci Allah ini terhadap isu-isu semasa.
  • 16.
    • Bagi memperluaskan aktiviti IKIM, Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) telah ditubuhkan dengan satu misi iaitu Menyediakan Perkhidmatan Perundingan dan Latihan bagi Meningkatkan Kefahaman tentang Pandangan Sejagat Islam terhadap Isu-Isu Kontemporari , PPLI menggunal pakej-pakej perundingan dan modul-modul latihan untuk ditawarkan kepada organisasi yang berminat. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kefahaman tentang Islam di kalangan anggota kerja mereka, di samping membendung masalah-masalah yang timbul daripada kekeliruan tentang ajaran agama Islam yang sebenar.
  • 17. Penyelidikan
    • IKIM juga menawarkan perkhidmatan berbentuk penyelidikan jangka pendek atau panjang bagi meningkatkan kefahaman Islam dengan memberi pandangan sejagat (worldview) Islam di dlama pelbagai isu serta ilmu pengetahuan semasa, termasuk ekonomi, undang-undang, pengurusan dan pentadbiran, perancangan, perbankan, kewangan, sains, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi, alam sekitar, pendidikan, psikologi, kekeluargaan, keibubapaan, keremajaan, sains politik, hubungan antarabangsa, rekreasi dan pelancongan.
  • 18. Kumpulan Sasaran
    • Program latihan dan perundingan IKIM adalah sesuai untuk pelbagai pihak termasuk pengurus atau pentadbir awam dan korporat, alim-ulama, pengamal bidang guaman dan undang-undang, ahli akademik dan mahasiswa, penggiat seni dan rekreasi, ahli sains dan penggerak teknologi maklumat, ibubapa dan wargatua, golongan diplomat dan ahli perniagaan; kesemuanya dari kalangan orang Islam dan bukan Islam.
  • 19. Lembaga Pengarah
    • Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Pengerusi
  • 20. Lembaga Pengarah
    • Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas Ketua Pengarah
    • Tan Sri Dato' Syed Agil bin Hassan Barakbah
    • Dato' Ahmad Nordin bin Hj. Mohd Zain
    • Dato' Dr. Abdul Halim bin Hj. Ismail
    • Datuk Abdul Kadir bin Jasin
    • Datuk Zainal Abidin bin Abdul Kadir
    • Datuk Hj. Md Hashim bin Hj Yahaya
    • Prof Dr. Sidek Baba
    • Prof Dr. Kasmini binti Kassim
    • Ir. Dr. Hj Muhammad Fuad bin Abduulah
  • 21. Lembaga Pengarah
  • 22.  
  • 23. IKIM.FM
    • Objektif
    • Meningkatkan kefahaman Islam di kalangan umat Islam dan bukan Islam secara menyeluruh melalui rancangan radio yang berkualiti.
  • 24. IKIM.FM
    • Rasional
    • Radio merupakan media utama bagi menyalurkan pelbagai info  dan hiburan. IKIM.FM menumpukan dalam penyampaian info dan hiburan berkonsepkan Islam sesuai dengan objektif penubuhan IKIM.
  • 25.
    • Program kerohanian memfokuskan perkara-perkara amar maaruf nahi mungkar dalam Islam. Penyampaian dibuat secara mudah, untuk santapan rohani dan minda pendengar. Program disiarkan selama 15 hingga 20 minit. (rakaman)
    • Program soal jawab di antara juruhebah dengan Ketua Pengarah IKIM yang membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara. Program disiarkan selama 30 minit. (rakaman)
  • 26.
    • Perbincangan mengenai isu yang berkaitan wanita dan kekeluargaan dari perspektif Islam seperti kerjaya, peranan dan tokoh. Program ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
    • Perbincangan mengenai isu berkaitan undang-undang syariah. Program temubual ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
  • 27.
    • Program khusus untuk kanak-kanak yang mengutarakan mengenai ciptaan Allah. Program ini disiarkan selama 45 minit dan terbahagi kepada 4 segmen iaitu kisah nabi, manusia dan alam, fardhu ain dan belajar bahasa Arab. (rakaman)
    • Perbincangan mengenai isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Program temubual ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
  • 28.
    • Perbincangan mengenai perkara-perkara berkaitan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dari sudut pandangan Islam. Program temubual ini disiarkan selama 30 minit (live/rakaman)
    • Perbincangan mengenai pelbagai isu dan falsafah yang berkaitan ekonomi dan pengurusan dari perspektif Islam. Program ini temubual ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
  • 29.
    • Perbincangan mengenai isu dan masalah yang dihadapi oleh para remaja untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Program temubual ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
    • Perbincangan mengenai isu dan masalah yang dihadapi oleh para remaja untuk menghadapi cabaran masa hadapan mengikut pandangan Islam. Program temubual ini disiarkan selama 30 minit. (live/rakaman)
  • 30.
    • Program mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di IKIM dalam seminggu. (rakaman)
    • Program mengenai ulasan buku-buku dan majalah VISI terbitan IKIM. (rakaman)
    • Program yang mengetengahkan hasil kreativiti pendengar yang berbentuk cerpen, puisi, pantun melalui pos, email dan faks. Bertemakan kesejagatan dan bercirikan keislaman. 12 karya dibacakan diselangi lagu yang berkaitan dengan tema. (rakaman)
  • 31.
    • Program lagu-lagu permintaan serta ucapan para pendengar yang dikirimkan sama ada melalui kad ucapan, email atau faks dan juga melalui panggilan telefon secara live bersama juruhebah. (live)
    • Segmen yang menitikberatkan kad-kad ucapan yang kreatif dan menarik yang dikirimkan oleh pendengar. (rakaman)
  • 32.
    • Program carta 10 lagu pilihan utama nasyid setiap minggu. Pengiraan undi berdasarkan lagu yang dicalonkan oleh para pendengar melalui borang pencalonan di dalam majalah Visi, kad ucapan, email, faks dan telefon. Turut diundang tetamu di studio dari kalangan penggiat industri nasyid sama ada artis, pencipta lagu, pencipta lirik dan penerbit. (live)
    • Program sembahyang Jumaat dan ulasan khutbah Jumaat dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pengulas bertugas mengikut giliran yang ditetapkan. Ulasan berkaitan dengan tajuk khutbah pada hari tersebut. Ulasan 10 minit sebelum azan, 2 minit sebelum khutbah dan 1 minit untuk penutup. (live)
  • 33.
    • Program belajar Bahasa Arab secara ringkas dan mudah untuk difahami dan dituturkan. (live)
    • Program berbentuk forum yang dirakamkan membincangkan isu-isu masyarakat dari perspektif Islam ini diadakan di lokasi-lokasi di seluruh negara dan dianjurkan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awab dan Swasta, masjid-masjid, sekolah-sekolah dan sebagainya. (rakaman)
  • 34.
    • Program yang mengutarakan kata-kata motivasi atau kata-kata hikmah termasik hasil kreativiti pendengar yang dihantar melalui kad ucapan, email dan faks. (rakaman)
    • Program yang mengutarakan aktiviti-aktiviti kampus sama ada dari institusi pengajian tinggi awan atau pun swasta. (live)
  • 35.
    • Program berbentuk temuramah bersama personaliti yang berjaya dalam pelbagai bidang seperti akademik, kerjaya, sukan dan lain-lain. Program ini ke udara selama 1 jam. (live)
    • Program yang menyiarkan lagu-lagu yang dinyanyikan secara live ketika persembahan artis-artis dan turut mengundang individu yang bergiat cergas dalam membantu memartabatkan nasyid di tanahair. Program ini disiarkan selama 2 jam. (live)
  • 36.
    • Program berbentuk rakaman disiarkan secara narration menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dari sebelum kelahiran Rasulullah hingga selepas kewafatan Baginda. Siaran selama 15 minit. (rakaman)
    • Menyampaikan perkembangan terkini sama ada dari dalam atau luar negara serta laporan cuaca. Siaran disampaikan dalam Bahasa Melayu selama 8 minit. (live)
  • 37.
    • Menyampaikan perkembangan terkini sama ada dari dalam atau luar negara. Siaran disampaikan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris selama 3 minit. (live)
    • Pendengar menyampaikan ucapan Assalamualaikum kepada kenalan dan sebagainya melalui interaksi antara pendengar dan juruhebah secara panggilan telefon. (live)
  • 38.
    • Juruhebah menyampaikan hebahan yang diluluskan oleh Pengarah Radio mengenai hebahan-hebahan awam yang diminta oleh pihak luar. (live)
    • Hebahan waktu solat 5 waktu bagi bandar-bandar utama di Malaysia. (rakaman)
    • Menyarkan azan ketika masuk waktu solat mengikut waktu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. (rakaman)
  • 39.
    • Menyiarkan bacaan-bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh Qari dari dalam dan luar negara. Petikan bacaan mengikut Surah di dalam Al-Quran. (rakaman)
    • Penyampaian info berdasarkan bahan-bahan rujukan, isu-isu semasa atau pesanan. (live/rakaman)
  • 40.
    • Menyiarkan bacaan-bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh Qari dari dalam dan luar negara. Petikan bacaan mengikut Surah di dalam Al-Quran. (rakaman)
    • Program berbentuk soal jawab di antara juruhebah dan penceramah jemputan melalui panggilan telefon. Soalan dihantar oleh pendengar sama ada melalui surat, email atau faks. (rakaman)
  • 41.
    • Juruhebah menyampaikan tajuk utama akhbar  yang dimuatkan di dalam akhbar utama tempatan secara ringkas
    • Maklumat yang disampaikan dalam bentuk kapsul merangkumi hadith, petikan ayat Al-Quran, puisi, info Islam, kata-kata hikmah dan lain-lain.
    • Program belajar Bahasa Inggeris secara ringkas dan mudah dalam perbualan seharian. Siaran selama 10 minit. (rakaman)
  • 42.
    • Program ini memuatkan perbincangan mengenai ibadah, akidah, akhlak, tafsir Al-Quran, hadis dan lain-lain. Siaran selama 30 minit. (rakaman)
    • Program talk show bersama dengan para mufti di seluruh Malaysia. Perbincangan menyentuh secara langsung mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing-masing yang telah diselaraskan di peringkat kebangsaan. Siaran selama 30 minit. (rakaman) Program talk show bersama dengan para mufti di seluruh Malaysia. Perbincangan menyentuh secara langsung mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri masing-masing yang telah diselaraskan di peringkat kebangsaan. Siaran selama 30 minit. (rakaman)
  • 43.
    • Program talk show yang menyentuh secara khusus isu saintifik yang terdapat dalam Al-Quran meliputi perbincangan dari sudut gambaran Al-Quran terhadap sains sebagai satu bidang ilmu, Islam dan kesihatan, hukum halal dan haram pengginaan sesuatu bahan dan lain-lain. Siaran selama 15 minit. (rakaman)
  • 44.
    • Program perbincangan di antara juruhebah dan pendengar berkaitan topik yang berkaitan dengan isu semasa. Pendengar berpeluang mengutarakan pendapat, pandangan atau pun cadangan melalui panggilan telefon. (live)
    • Program belajar Al-Quran dan tajwid. Para pengajar akan mendengar dan menyemak bacaan pendengar melalui penggilan telefon. (live)
  • 45.
    • Program yang memperkenalkan kepada para pendengar mengenai konsep budaya dan masyarakat berasaskan ilmu sosiologi. Pemahaman konsep asas ini akan dapat membina penghayatan terhadap isu utama seperti hubungan budaya, manusia, agama, hak asasi dan lain-lain. (rakaman)
    • DOT IT (D=Diskusi O=Oleh T=Teroka) berasaskan ilmu pengetahuan mengenai teknologi maklumat seperti multimedia, panduan peralatan dan penggunaan barangan teknologi terkini. Program berkonsep majalah.(rakaman)
  • 46.
    • Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak FELDA yang mengetengahkan program yang berbentuk berita dan isu berkaitan dengan masyarakat peneroka, drama, kapsul, permintaan lagu dan temuramah dengan tokoh-tokoh yang berkaitan. (live/rakaman)
    • Isi kandungan ruangan akan menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Antaranya adalah tatabahasa, puisi, sajak dan sebagainya.
  • 47. Frekuensi
    • Lembah Klang91.5 FM
    • Ipoh102.7 FM
    • Kedah, P.Pinang. Perlis, Langkawi89.0 FM
    • Negeri Sembilan102.7 FM
    • Melaka89.5 FM
    • Johor Bharu106.2 FM
    • Kota Bharu89.8 FM
    • Kuantan89.6 FM
    • Kuala Terengganu100.2 FM
    • Kuching93.6 FM
    • Kota Kinabalu93.9 FM
  • 48. Penerbit/Juruhebah Program
    • Erwan Bin Johari
    • Maslina Binti Alias
    • Fairuz Binti Nordin
    • Zamri Bin Zainal Abidin
    • Zarita Binti Kasim
    • Mahathir Bin Saharudin
  • 49.
    • Penerbit/Juruhebah Bahasa Arab
    • Mona Binti Jazman
    • Penerbit/Juruhebah Bahasa Inggeris
    • Zulkifli Bin Sidek
    Keterangan Lanjut