Your SlideShare is downloading. ×
Amalan Bidaah Dalam Masyarakat MelayuMasyarakat MelayuAsal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Ten...
Makna BidaahBidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti menciptasesuatu tanpa contoh sebelumny...
“ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agamayang diada-adakan yang menyerupai hukum...
Bidaah haramBidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalildari syara’ seperti menziarahi k...
•   Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.   •   Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci y...
Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian . Bidaahkulliah ialah satu bidaah pada keseluruhanny...
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat MelayuBidaah Dalam Bulan Rabiul AwalMasyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sun...
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atauhadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pul...
Bidaah Solat TemanSelain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapialam baru . Untuk tujuan ...
Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelastidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W d...
Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik .19 Perbuatanmemuliakan kubur adalah terkeluar daripada b...
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatw...
sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yangsedang tidur dan mengganggu bacaan orang-oran...
maudhu’sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkanumat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi S...
Taqlid Buta Kepada GuruManusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dankesolehannya tidak terlepas d...
Sebab-sebab Bidaah MembiakPuncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaahsetengah-setengah orang...
   Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar           dan mengabulkan permohonan pemint...
Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma’ . Kesemuanyatermasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adala...
Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakanamalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa ...
BibliografiAbdulFattah Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama DalamTasawuf : 1992 , Kuala Lumpur , Bahagian...
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan keburukannya :2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Amalan bidaah dalam masyarakat melayu

6,607

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
6,607
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
179
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Amalan bidaah dalam masyarakat melayu"

  1. 1. Amalan Bidaah Dalam Masyarakat MelayuMasyarakat MelayuAsal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masihbelum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orangMelayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datangdari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlakusejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai MelayuProto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .1Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengandimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepadamereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawaketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memelukIslam.2Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkanperanan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaranIslam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis padawaktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebihgigih lagi .3Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang inginmendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyakfadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihatdaripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnyaajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .1 Nik Safiah Karim ( 1996 ) , Tatabahasa Dewan , hal. 32 Jahid Haji Sidek ( 1984 ) , Strategi Menjawab Sejarah Islam , hal . 3893 Ibid , hal . 384 -385 . -1-
  2. 2. Makna BidaahBidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti menciptasesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah : ‫بديع السموات والرض‬Ertinya :“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”4Dan firman Allah : ‫قل ماكنت بدعا من الرسل‬Ertinya :“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah ,bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”5Bidaah menurut istilah ialah : ‫الحدث في الدين بعد الكمال‬Ertinya :“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”6Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yangmenyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah sepertiapa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”7Beliau menambah lagi dengan katanya :4 Al-Quran , surah al-Baqarah , ayat 117 .5 Al-Quran , surah al-Ahqaf , ayat 9 .6 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 247 Ibid -2-
  3. 3. “ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agamayang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan denganmengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan .”8Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :“ Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadatatau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW .”Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agamayang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telahditetapkan oleh syarak .Pembahagian BidaahMenurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yangterpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela .”9Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagianiaitu :Bidaah sunnahBidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solatTarawih secara berjamaah .Bidaah harusBidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakaipakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukumsyara’ .8 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 249 Syafi’i Hadzmi bin Muhammad Saleh Raidi ( 2000 ) , Seratus Masalah Agama , Jld. 3 , hal: 82 -3-
  4. 4. Bidaah haramBidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalildari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatupertolongan .Bidaah makruhBidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan haritertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebihbaik pada hari-hari lain .10Jenis-jenis BidaahBidaah Fi’liah dan Bidaah TarkiahBidaah Fi’liah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidakdikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu , mengurangkanatau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan solat-solat atau puasakhusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada masa dan hari-hari yang khusus ,bersembahyang atau berpuasa pada waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang .Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agamaatau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan .Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah : • Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus . • Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya . • Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana mengutamakan akal fikiran . • Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syar’i ataupun mendahulukan akal dari hadis .Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Fe’liah pula ialah :10 Noh bin Gadut ( 1991) , Khutbah-khutbah Jummat , hal: 20-21 -4-
  5. 5. • Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah. • Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus . • Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul . • Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada hadis menyuruhnya .Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan QauliahBeri’tiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakanbidaah I’tiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij , Mu’tazilah .Qadariah dan Murjiah yang beri’tiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telahberbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atasdan kepala di bawah di Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpahmenjadi bintang Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beri’tiqad bahawa para wali lebihtinggi martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubahsesuatu yang keluar daripada mulut rasul .Bidaah Zamaniah dan MakaniahBidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu sepertimelakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di kalangan orang-orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malamlailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaatpertama bulan Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satuharibulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hariKhamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentuseperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan sebagainya .Bidaah Kulliah dan Juziah -5-
  6. 6. Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian . Bidaahkulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain ,bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untukmenetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolakhadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramaldengan hadis-hadis Ahad .Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkanorang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya tidakmempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orangramai .Bidaah Haqiqiah dan bidaah IdhafiahBidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupunsunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar .Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggupertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya dan solat - solat serupa itu yangtidak didasarkan kepada dalil syar’i tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu’.Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya duajurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan satu bidaah tetapi biladilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan bidaah idhafaiah seperti membaca al-quran dengan kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedangberibadat dan membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menaramasjid lalu mengganggu orang yang sedang tidur.Bidaah Ibadiah dan Bidaah AdiahBidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri denganAllah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah . ManakalaBidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diridengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara manusia yang bertentangandengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya .Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain. -6-
  7. 7. Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat MelayuBidaah Dalam Bulan Rabiul AwalMasyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlisMaulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalamagama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik .Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun merekaadalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebihbanyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankansyariatnya .11Bidaah Dalam Bulan SafarMasyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaanterutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala padatiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulanSafar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doatolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .12Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yangbermaksud :“ Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan keranabulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya ,musibat-musibatnya dan rezekinya .”13Bidaah Dalam Bulan RajabLazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaanIsrak dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulanRajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggupertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari27 Rajab .11 Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ( 2004 ) , Berhati-hati Terhadap Bidaah ( terjemahan ) ,hal :3-412 Syeikh Ali bin Abdullah Baldram ( 1962 ) , Perhimpunan Amal Ibadat , hal .141 – 14213 Hadis riwayat al-Bukhari , Muslim dan Abu Daud -7-
  8. 8. Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atauhadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat danulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah .Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasakhas pada hari Khamis adalah hadis maudhu’ ciptaan tukang-tukang bidaah atauorang-orang kafir zindiq .Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang tidakboleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .Bidaah dalam Bulan RamadhanDalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solattarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam darisolat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yangberlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjagatuma’ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : “ Kamu manghadiahkan solat kamu kepadaAllah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yangtersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya .”14Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk JenazahMasyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusanjenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan darirumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azandan qamat untuk jenazah .Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan olehRasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azanpada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .1514 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 38915 Ibid , hal : 220 -8-
  9. 9. Bidaah Solat TemanSelain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapialam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakanSolat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalanMungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah keranaRasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanyamensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan : “ Adalah nabi SAW apabila selesaimengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda :Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknyakerana dia sekarang akan disoal .”16Bidaah Tunggu KuburAda juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan ‘Tunggu kubur’ .Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapamalam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga simati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , limamalam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubursi mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuksimati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhurulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telahmengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antarapemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membacaal-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh MuftiMesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan FatwaKerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) .1716 Salim Bahreisy ( 1995 ) ,Terjemahan Riadhus Shalihin Jld . 2 , hal: 10417 Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11November 2000 . -9-
  10. 10. Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelastidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabatdan ulama Salafus - Shalihin .Bidaah Membina Bangunan Di atas KuburDi antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan diatas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahalharganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasanyang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atauwali .Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konseppemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agamalain.Jabir ra. meriwayatkan katanya : “ Rasullullah SAW melarang mengecat kuburdengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya .”18Hadis riwayat Muslim .Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :- • Meminta sesuatu hajat • Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur . • Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab dari di masjid . • Bernazar kepada kubur . • Membayar nazar kepada kubur . • Menyembelih binatang nazar di kubur .Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuanpenyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab18 Ma’mur Daud ( 1997 ) , Terjemahan Hadis Shahih Muslim , Jld. 2 , Hadis 916 , hal : 158 - 10 -
  11. 11. Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik .19 Perbuatanmemuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yangdibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri ArwahDalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu adamengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasahidupnya ada meninggalkan solat . 20 Perbuatan ini juga adalah bidaah keranaperbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dantidak ada ulama yang membolehkannya .Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu jugaadalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanandan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluhhari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnahRasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalanini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan simati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , makaMajlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikanamalannya .Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , SyeikhHasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikhmemperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab “ Menghayati malam 40dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkanIslam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri .”19 Mohd . Yusuf bin Ahmad ( 1995 ) , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam ,hal :12820 Abdul Ghani bin Yahya ( 1990 ) , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut , PenggalYang Pertama ( Ilmu Fiqh ) , hal : 147 - 11 -
  12. 12. Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminyapada 14 Ogos 1947 .21Bidaah Dalam Berwirid Dan BerdoaSelain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara kerasdengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh keranasudah menjadi kebiasaan .Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidakboleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidaktakabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .Dalam hal ini Abu Musa al-Asf’ari meriwayatkan :“Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagianperjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orangpekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu memintakepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorangkamu dari tengkuk kenderaannya .”22Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , iatermasuk dalam bidaah yang tercela .Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara MasjidMembaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya iadilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan diwaktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orangsakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat .Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialahseseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau21 Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11November 2000 , hal : 922 Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim - 12 -
  13. 13. sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yangsedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud .23Sebab-sebab Timbulnya BidaahJahilBidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahildan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemarmembicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakanurusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang .Jahil dalam Bahasa ArabAl-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab .Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .Sebagai contohnya :Allah berfirman : ‫و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين‬Ertinya :“ Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinankepadamu ,”24Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilanbahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikansebagai : “Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamukeyakinan ” , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepadaAllah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu hajikerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .Jahil SunnahMaksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif danmaudhu’. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan23 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 20924 Al-Quran , surah al-Hijr , ayat 99 - 13 -
  14. 14. maudhu’sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkanumat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan : ‫من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه‬Ertinya :“Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaatkepadanya pada hari qiamat .”25Jahil Konsep IbadatSebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbataskepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajbatau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih ,tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialahperkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakanbahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukansemua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan laindengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khaspada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .Mengikut Hawa NafsuOleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukanpenyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran ,menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yangmenyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuatalasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .Allah berfirman di dalam al-Quran : ‫ان النفس ل مارة بالسوء المارحم ربى‬Ertinya :“ Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati olehTuhanku .”2625 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 10326 al-Quran , surah Yusuf , ayat 53 . - 14 -
  15. 15. Taqlid Buta Kepada GuruManusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dankesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid butaakan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antarafatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan keranaguru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imammujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid butakepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat danmenjadi punca lahirnya bidaah .Memperdaya Umat IslamSebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuanmenghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin .27Di dalam ilmu Tasauf ,ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmutasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid 28. Dengan kasyaf ,orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu caraibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlahjika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakinbahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isasudah diangkat .29Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu’ II , halaman 287 – 288 :“Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwufyang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsiayang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat waliitu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukumagama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapatkasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakanbegini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu .”3027 Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 2828 AbdulFattah Haron brahim ( 1992 ) , Beberapa Masalah Utama dalam Tasawuf , hal : 2429 Ibid30 Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bida’ah Bahaya dan Keburukannya , hal : 126 - 15 -
  16. 16. Sebab-sebab Bidaah MembiakPuncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaahsetengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orangalim itu adalah benar .Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masihdilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung ,urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru danmendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkanperbuatan bidaah .Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggapmengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi’i .Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidakperlu diberi perhatian .Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannyaberkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat ataupemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkanmereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untukdiberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambahbanyak sehingga tidak terhitung .31Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufurAda beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan bolehmembawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsipagama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah seperti berikut :  Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau ataupun tidak .  Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .31 Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 29 - 16 -
  17. 17.  Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan atau kecelakaan .  Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .  Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .  Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.  Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah Nur itu Muhammad.  Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu mengerjakan rukun yang ١٣ itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka sahaja .Al-Masalihul Mursalah bukan bidaahAl-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedahprinsip “Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu makasesuatu tersebut menjadi wajib. ”32Perkara-perkara tersebut termasuklah :-  Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.  Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .  Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .  Membuat mihrab di dalam masjid .  Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.  Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.  Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .  Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .  Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .  Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .  Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .32 Hassan Bin Haji Ahmad ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal : 318 - 17 -
  18. 18. Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma’ . Kesemuanyatermasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah  Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan kepada masyarakat  Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .  Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .  Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .  Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama , bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang benar-benar layak .  Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara mengatasinya .  Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan perkara bidaah .KesimpulanBidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan denganakidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jikaia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepadamanusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang initermasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dansebagainya .Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaahwalaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah . - 18 -
  19. 19. Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakanamalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkanmotif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman : ‫ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به ال‬Ertinya :“ Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkanuntuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?”33Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca sertaberguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja .Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlumelihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung .Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang terceladan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itutidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batusempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah .Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ danTauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungankefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik ,khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakangolongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin . Semoga amalan kita semuaditerima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dankhurafat .Wallhu a’lam bis sawwab .33 A-Quran , Surah Al-Syura , ayat 21 - 19 -
  20. 20. BibliografiAbdulFattah Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama DalamTasawuf : 1992 , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan PerdanaMenteri .Abdul Ghani Bin Yahya , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang KusutPenggal Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) : 1990 , Johor Bahru , Penerbitan Haji Abd.Ghani Haji Yahya . - 20 -
  21. 21. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan keburukannya :2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers .Hassan bin Haji Ahmad , Usul Fiqh : 2002 , Kuala Lumpur , Pustaka Haji AbdulHamidH.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 1 : 1998 , KualaLumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 2 : 1999 , KualaLumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.Kasmuri Selamat MA , Rahsia Dan Amalan Bulan Islam , Muharam - Zulhijjah :2000 , Kuala Lumpur , Darul Nu’man .Ma’mur Daud , Terjemah Hadis Shahih Muslim : 1997 , Selangor , Klang BookCentre .Muhammad Sjafi’i Hadzami bin Muhammad Saleh Raidi , Seratus masalah Agama :2000 , Kuala Lumpur , Victoria Agencie .Mohd . Yusuf Ahmad , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam :1995 , Kuala Lumpur , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .Noh bin Gadut , Khutbah-khutbah Jumaat : 1991 , Johor Bahru , BahagianPenerbitan Jabatan Agama Johor .Salim Bahreisy , Terjemahan Riadhus Shalihin Jld. 1 dan 2 : 1995 , Kuala Lumpur ,Victory Agencie .Syed Alwi bin Tahir al-Hadad , Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor : 1990 , JohorBahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz , Berhati-hati terhadap Bidaah : 2004 ,Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi , Bidaah sumber Kehancuran Umat : 2002 , JohorBahru , Perniagaan Jahabersa .Zainuddin Hamidy , Fachruddin Hs , Tafsir al-Quran : 1991 , Selangor , Klang BookCentre .Akhbar Mingguan Malaysia , Ruangan 1,001 Kemusykilan . - 21 -

×