Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

on

  • 213 views

teks pengacara majlis

teks pengacara majlis

Statistics

Views

Total Views
213
Views on SlideShare
213
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
4
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014 Document Transcript

  • 1. TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN KEM JATI DIRI PENGAWAS Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau selaku wakil Encik Poniman bin Bejok, Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, Yang dihormati, Encik Sigal Anak Merikan, Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Tatau, Encik Lingoh Anak Masam, Penolong Penyelia Hal Ehwal Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Tatau. Yang Berusaha, Encik Tony Anak Madup, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tatau, Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban, Guru besar-guru besar Sekolah-sekolah Daerah Tatau, Penolong kanan-penolong kanan, Jawatankuasa Tertinggi PIBG, Tuai-tuai rumah, Cik Christine Laing Anak Agam, selaku Kem Komandan Program, Fasilitator-Fasilitator, rakan-rakan guru, kakitangan-kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang ceria ini bagi meraikan Majlis Perasmian dan Penutupan Kem jati Diri Pengawas bagi tahun 2014. Nyanyian lagu Negaraku & lagu Ibu Pertiwiku Bagi memulakan majlis, satu penghayatan bersama... Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.
  • 2. ********* Hadirin dipersilakan duduk. Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon, Puspa dipilis buat azimat, Tangan ditadah doa dipohon, Semoga majlis mendapat berkat. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Khairul Hafiz bin Husin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK sungai Bagiau, untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (bacaan doa) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbagagia Ustaz Khairul atas bacaan doa tadi. Sebelum meneruskan acara, untuk makluman hadirin sekalian, Kem Jati Diri Pengawas ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 14 Februari, iaitu Jumaat yang lepas sehingga hari ini dengan penglibatan seramai 60 orang murid daripada 12 buah sekolah rendah di sekitar daerah Tatau. Kem Jati Diri yang mengumpulkan wakil pengawas dari setiap sekolah rendah sekitar Tatau ini dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil serta memupuk keperibadian pemimpin dalam setiap peserta. Ucapan Guru Besar SK Sangan Iban Para hadirin sekalian, Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. *****
  • 3. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas ucapan beliau itu tadi. Ucapan Penolong Penyelia HEM, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Pelikat bersulam bertekat tujuh cindai berbunga dipakai dayang Gelap malam tiada bersuluh Tuan datang membawa dian. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Lingoh Anak Masam, Penolong Penyelia Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ***** Terima kasih diucapkan kepada Encik Lingoh atas ucapan sebentar tadi. Ucapan perasmian & penutupan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tatau Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di atas peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan pula Encik Mohd Nor Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian & Penutupan Kem Jati Diri Pengawas Peringkat Daerah Tatau bagi sesi 2014. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan. ***** Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian tuan merasmikan majlis pada pagi ini. Persembahan kumpulan Majlis diteruskan dengan persembahan kumpulan oleh peserta Kem. Untuk itu, bagi persembahan pertama, dipersilakan kumpulan .................. ***** Begitulah tadi persembahan bertenaga daripada kumpulan.................. . Seterusnya, dijemput pula kumpulan _______________________ ***** Bersemangat sungguh peserta-peserta kumpulan ______________ itu tadi,. Seterusnya, kita lihat persembahan daripada kumpulan __________________________ . ******* Terima kasih kumpulan ______________ atas persembahan sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada kumpulan ______________________.
  • 4. ******* Tahniah kumpulan _______________ atas persembahan yang penuh bertenaga. Seterusnya, dipersilakan pula, kumpulan _______________________ . *********** Seterusnya, kumpulan ______________ . *********** Tanpa membuang masa, dijemput kumpulan ____________ untuk mempersembahkan persembahan kumpulan mereka.. Seterusnya, mari kita saksikan bersama persembahan daripada kumpulan ____________________ ********** Akhir sekali, dipersilakan kumpulan __________________ . ********* Terima kasih kumpulan _______________ . Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan __________ tadi, maka selesailah sudah persembahan daripada kelapan-lapan kumpulan peserta kem ini. Bacaan ikrar pengawas Hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Pengawas oleh peserta-peserta Kem. Untuk itu, dipersilakan adik Berry Guy Baran,penghulu Kem Jati Diri Pengawas bagi mengetuai bacaan ikrar pengawas. ****** Terima kasih adik Berry Guy. Penyampaian hadiah/ sijil kepada peserta Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka yang telah dijalankan pada petang semalam. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Bala Anak Laja, Pengarah Program Kem Jati Diri Pengawas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Bagi upacara ini, dijemput ketua kumpulan untuk mengambil hadiah. Tempat ketiga, dimenangi oleh kumpulan Itik. Tempat Kedua, dimenangi oleh kumpulan Kucing.
  • 5. Dan juara acara sukaneka dimenangi oleh Kumpulan Harimau. Terima kasih Encik Bala atas penyempurnaan upacara sebentar tadi. Bila memandang kemuka laut, Nampak sampan mudik ke hulu, Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur kebumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kem Jati Diri Pengawas ini. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Lingoh Anak Masam,Penolong Penyelia HEM Pejabat Pendidikan Daerah Tatau , dengan diiringi Encik Tony Anak Madup, Pengerusi MGB Daerah Tatau untuk menyampaikannya. Majlis mempersilakan. Dimulakan dengan. ......................................... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Lingoh, atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi. Penyampaian Anugerah Khas Pengawas Lelaki & Perempuan Kini, tiba masanya yang dinantikan oleh semua peserta kem yang telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang kem Jati Diri Pengawas ini berlangsung. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan ____________________________________ diiringi ______________________________________ bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah Khas Pengawas Lelaki dan Perempuan. Dipersilakan. Bagi Anugerah Khas Pengawas Lelaki, dijemput _______________________ dari SK ____________________
  • 6. Bagi Anugerah Khas Pengawas Perempuan, dipersilakan adik ______________________________ dari SK ________________________. Terima kasih diucapkan kepada Tuan __________________________________ atas kesudian menyampaikan anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada 2 orang peserta tadi kerana berjaya menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang sepanjang kem ini berjalan. Penyampaian Cenderamata kepada pegawai Pendidikan Daerah Tatau Seterusnya, Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan cenderahati dan sijil kepada Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai pendidikan Daerah Tatau. ***** Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut. Majlis bersurai Dengan penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi, maka dengan itu berakhirlah sudah Program Kem Jati Diri Pengawas Daerah Tatau pada kali ini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari di susun maaf dipinta. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Sebelum itu, semua tetamu jemputan dan peserta-peserta kem Jati Diri Pengawas dipersilakan naik ke atas pentas untuk sesi bergambar. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih Pihak majlis mempersilakanTuan Guru Besar, En. Paul Anak Jarum untuk mengiringi Yang Berbahagia, Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau serta semua tetamu-tetamu jemputan ,ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan. Untuk itu,
  • 7. Sekian sahaja daripada saya Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matullahi Wabarakatuh