Your SlideShare is downloading. ×
Nota pengalaman keusahawanan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Nota pengalaman keusahawanan

3,334
views

Published on

Belajar dari pengalaman keusahawanan mereka yang telah berjaya. …

Belajar dari pengalaman keusahawanan mereka yang telah berjaya.
Learn from other successful entrepreneurs

Published in: Education

2 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
3,334
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
166
Comments
2
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KULIAH STPD 2213KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK : PENGALAMAN KEUSAHAWANANPENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL
  • 2. PENGALAMAN KEUSAHAWANAN REALITI & CABARAN
  • 3. PAKAR KEUSAHAWAN HOLISTIK MALAYSIADr. Nor Risham bin Ismail “Aktivis Keusahawanan” yang telah melalui pelbagai pengalaman jatuh bangun dan pahit getir dalam perniagaan, beliau percaya dengan kaedah tersendiri tentang perniagaan.Beliau telah membimbing ramai usahawan menuju kecemerlangan dengan berkongsi rahsia-rahsia perniagaan berdaya tinggi. Beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan yang unik,berdaya maju dan memberi manfaat kepada masyarakat melalui perkongsian dan kerjasama dengan rakan-rakan dan usahawan lain. ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN.BHD ORIAGRO INDUSTRIES SDN.BHD DR BOSS BUSINESS SOLUTION PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN HOLISTIK MALAYSIA PENASIHAT PEMASARAN PELBAGAI SYARIKAT IKS Kini Dr. Nor Risham memberi tumpuan mencurahkan ilmu serta pengalaman membimbing kaum Bumiputra menjadi usahawan Muslim yang berjaya melalui Pendekatan Holistik dan diredhai Allah SWT. FROM NEGATIVE TO ZERO, FROM ZERO TO HERO
  • 4. Diasah & Digilap Sepanjang Masa
  • 5. MEMBUAT FORMULASI PELBAGAI PRODUK MAKANAN,MINUMAN,KOSMETIKDAN PERUBATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SUMBER ALAMI SEPERTI AKAR KAYU, HERBA TERPILIH, BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN REMPAH-RATUS KEPADA USAHAWAN IKS DI MALAYSIA .
  • 6. MENGILANG DAN MENGELUARKAN PELBAGAI PRODUK SECARA KONTRAK PENGILANGAN KEPADA USAHAWAN IKS DI SELURUH MALAYSIA
  • 7. MEMPERKENALKAN PIAWAIAN KHAS SCMP KEPADA PENGUSAHA DAN PENIAGAMUSLIM SEBAGAI PIAWAIAN ALTERNATIF BAGI MEMASARKAN PRODUK MEREKA DENGAN MEMATUHI BEBERAPA KRITERIA YANG TERSUSUN BAGI MENJAMIN KEPENTINGAN PENGGUNA MUSLIM
  • 8. MENGENDALIKAN BEBERAPA SIRI KEUSAHAWANAN HOLISTIK BAGI MELAHIRKANUSAHAWAN MUSLIM YANG MELAKSANAKAN PERNIAGAAN SECARA SISTEMATIK DAN DIREDHAI SERTA DI SAYANGI OLEH ALLAH SWT.DR NOR RISHAM SEDANG MENGENDALIKAN KURSUS PENYEDIAAN PRODUK SECARA HOLISTIK KEPADA PEMILIK KILANG IKS YANG TERPILIH DI SELURUH NEGERI KELANTAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN.
  • 9. PAKAR KEUSAHAWANAN HOLISTIKBERSAMA PESERTA KURSUS KEUSAHAWANANHOLISTIK ANJURAN KKLW & HALUAN
  • 10. ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN BHDMEMPERKENALKAN GAJET PENDIDIKAN 3 DIP CUBE ,FENOMENA BARU RAKYAT MALAYSIA
  • 11. TIPS KEUSAHAWANAN : BERGAUL DENGAN USAHAWAN YANG BERJAYADR NOR RISHAM BERSAMA DATUK DR NOR RISHAM BERSAMA PASANGAN DR NOR RISHAM BERSAMA MAZNAH HAMID DI NATIONAL BLAINE AND HARNEY PARKER RIBUAN USAHAWAN ACHIEVERS CONGRESS 2012 JUTAWAN INDUSTRI KREATIF USA DI NATIONAL ACHIEVERS CONGRESS DR NOR RISHAM BERSAMA DR NOR RISHAM BERSAMA JUTAWAN DR NOR RISHAM DAN ISTERI SEBAGAI DATUK SERI DR.M.KAVYEAS BILL WALSH PAKAR PEMASARAN TETAMU VIP DI NATIONAL ACHIEVERS PRESIDEN PPP ANTARABANGSA CONGRESS 2012
  • 12. TOKOH USAHAWAN BERJAYA TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian.. Datuk Maznah Hamid Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada IRON LADY hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. BERANI MENJADI PERINTIS Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini. USAHA YANG BERTERUSAN “Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini. Beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Ujar beliau yang turut terlibat dalam bidang hartanah dan Pengarah Eksekutif, pembangunan sumber manusia.Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce)
  • 13. BERMULA DENGAN MODAL KECIL Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalankeselamatan pada tahun 1981.Beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskanoperasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dansegala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliaumembuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negaradengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak terutamanya bagaimana beliau dapatmenjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modalsebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidikmasyarakat tentang dunia keusahawanan dan kejayaan.BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN USAHAWAN LAINPenubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalammendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya.Beliau kerap kalimengesa supaya kita menjadi orang yang berani merebut kejayaan dan peluang danbukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.
  • 14. TYCOON BUMIPUTERA MALAYSIA Namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luarTan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’. Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati- hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita”. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau Bumiputera yang paling kaya seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai dalam Malaysia dengan aset terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa sebanyak 167 bilion. keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.
  • 15. JUTAWAN INDUSTRI MLM Mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokus utamanya membina Datuk Stapa Omar rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen. Sepanjang beliau bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, beliau dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna. Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka. Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan. Bertitik-tolak daripada itu beliau terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna. maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De Classic Life (M) Sdn. Bhd. ( DCL )
  • 16. BILLIONAIR TEKNOLOGI 3 CIRI KEJAYAAN YANG DIMILIKI BELIAU MAKLUMAT DUNIA MATLAMAT YANG UNGGULWilliam Henry "Bill" Gates III Beliau begitu meminati bidang yang diceburi dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kejayaan dalam bidang tersebut. Sejak dari usia muda beliau telah dikenali sebagai pakar sistem komputer dan telah membaca dan mempelajari pelbagai buku yang berkaitan dengan teknik dan selok-belok perniagaan. KOMITED DAN KERJA KERAS Beliau memiliki kebiasaan tidur yang anih. Beliau berjaga hingga 36 jam atau,kemudian tidur 10 jam sebelum bangun kembali beli pizza dan sambung kerja. Semasa awal pembabitan beliau dalam perniagaan,beliau hidup di hadapan komputer,makan- minum dan tidur juga di depan komputer. BERFIKIRAN POSITIF Sentiasa berfikiran positif,memiliki keyakinan dan kepercayaan diri yang sangat tinggi. Beliau pernah berkata akan mencetak satu juta dolar yang pertama pada usia 25 tahun. Terbukti semasa beliau berumur Pengerusi Microsoft 24 tahun,syarikat Microsoft telah berjaya Syarikat perisian komputer memperolehi 7 juta dolar Amerika dengan hanya terbesar di dunia mempunyai 40 orang pekerja.
  • 17. SEKADAR RENUNGAN KISAH DUA ORANG SAHABAT KARIB DARI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA, MEMBESAR BERSAMA,BELAJAR BERSAMA,SAMA-SAMA BERNIAGA.TAPI WARNA KEHIDUPAN MEREKA BERBEZA DATO’ LEE TOK DAUD TOKOH USAHAWAN MEMULAKAN KERJAYA MEMULAKAN KERJAYA USAHAWAN USAHAWAN SEBAGAI PENJUALSEBAGAI TUKANG BAIKI BASIKAL GORENG PISANG SELEPAS SETAHUN MULAI SELEPAS SETAHUN JUAL GORENG JUAL BASIKAL PISANG & CEMPEDAK
  • 18. • TIGA TAHUN KEMUDIAN LEE • SELEPAS TIGA TAHUN DAUD MULAI MENJUAL & MEMBAIKI MEMBESARKAN GERAI KEPADA MOTORSIKAL WARUNG ( PELANGGAN BOLEH PESAN MINUMAN ).• LEE MENGHANTAR ANAK KE UNIVERSITI LUAR NEGARA • ANAK-ANAK DAUD KE DENGAN BELANJA SENDIRI UNIVERSITI DENGAN BIASISWA KERAJAAN• LEE MENYERAHKAN PERNIAGAAN KERETA MEWAH • ANAK-ANAK DAUD MEMILIH KEPADA ANAK-ANAK KERJAYA SEBAGAI KAKITANGAN KERAJAAN.WARUNG DAUD• PEMILIK LEE MOTOR TELAH TERPAKSA DITUTUP. DIANUGERAHKAN GELARAN DATO’ OLEH SULTAN • DAUD DIGELAR TOK OLEH ANAK- ANAK CUCU BELIAU.• EMPAYAR PERNIAGAAN DATO’ LEE MASIH WUJUD HINGGA • TAPAK WARUNG TOK DAUD SEKARANG. TELAH DIBINA HOTEL MEWAH.LENYAP TANPA SEBARANG TANDA KENANGAN.
  • 19. TIPS MENJADI USAHAWAN BERJAYA1. BERCITA-CITA TINGGISemua org mempunyai impian. Ada yang nak jadi jutawan, nak hidup senang, ada kereta mewah,rumah besar. Jadi, tentukan apa yang anda semua impikan. Terapkan dalam diri.2. MATLAMAT YANG JELAS Selepas menetapkan impian, kita perlu juga menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaantersebut. Sebag ai contoh, impian kita adalah untuk menjadi jutawan. Jadi, apa yang perlu kita lakukanuntuk mencapai matlamat tersebut? Kita perlu lebih bekerja keras, banyakkan mempromosi produkkita, berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan sebagainya.3. USAHA GIGIHUsaha yang gigih adalah amat penting. Kalau sekadar berangan-angan tetapi tidak melakukantindakan pro aktif, segala impian kita tidak akan menjadi kenyataan. Usaha mestilah berusaha gigihsepadan dengan matlamat yang ditetapkan.4. BERFIKIRAN POSITIFAntara punca kejayaan seseorang usahawan adalah berfikiran positif. Fikiran positif adalah puncakekuatan diri seseorang di mana ianya dapat menghalang seseorang usahawan dari berputus asa danmembuat perniagaan mereka sentiasa bertapak kukuh.
  • 20. 5. TIDAK TAKUT PADA KEGAGALAN Untuk menjadi usahawan yang berjaya, jangan takut pada kegagalan. Banyakkan mencubawalaupun kita tahu sesuatu yang kita lakukan itu akan gagal. Sebab pengalaman dari kegagalanyang membuatkan sesuatu perniagaan itu berjaya.6. TIDAK GENTAR PADA PERSAINGANJangan takut pada persaingan perniagaan anda!. Apa yang perlu dilakukan adalah teruskanbersaing. Berikan perkhidmatan yang lebih baik dari pesaing.7. SENTIASA BERIKAN HASIL KERJA YANG TERBAIK.Berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Biar mereka merasa puashati denganperkhidmatan yang anda berikan. Perkara ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan kepadaperniagaan anda dan sekaligus dapat mengembangkan perniagaan anda.8. TIDAK MUDAH PUTUS ASADalam perniagaan, jangan mudah putus asa. Berikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan.Jangan jadikan persaingn sebagai punca anda berputus asa. Sentiasa mencari jalan untukmenyelesaikan masalah. Jangan lari dari masalah.9. SENTIASA MENINGKATKAN POTENSI DIRIJangan mudah berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kita kecapi. Kembangkan perniagaan.Andainya 1 hari nanti anda akan mencapai matlamat menjadi jutawan , jangan berhenti setakatdisitu sahaja, tetapkan matlamat yang baru.( iaitu menjadi billionaire ).
  • 21. APA MANFAAT YANG BOLEH ANDA PEROLEHI DARI PENGALAMAN KEUSAHAWANANORANG LAIN ?DISIPLIN DIRI UNTUK BERJAYASetiap usahawan yang berjaya memiliki tahap disiplin yang tinggi, amat komited danfokus dalam usaha mereka membina kekayaan dan kejayaan. Usahawan baru yangmencontohi cara kerja mereka yang berjaya ini akan memperolehi kejayaan yang lebihmudah tanpa perlu menempuh kegagalan demi kegagalan.CIRI-CIRI MEREKA YANG BERJAYAUsahawan yang berjaya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit-getir yang boleh kitajadikan sumber inspirasi bagaimana mereka mampu bangkit dan mengekalkan statuskejayaan dalam sesuatu perniagaan yang diceburi. Apakah pola dan amalan yangmereka praktikkan. Apakah pula sikap mereka dalam menyelesaikan masalah yangtimbul. Apakah yang membezakan mereka dari orang lain.MENGURANGKAN RISIKO KEGAGALANPengalaman gagal dalam perniagaan adalah merupakan satu pengalaman pahit bagiseseorang usahawan. Sebab-sebab sesuatu perniagaan itu gagal boleh dijadikansempadan agar usahawan baru tidak terjerumus ke dalam jurang dan lubang yang sama.Risiko kegagalan boleh dikurangkan sekiranya kita tidak mengulangi kaedah yangmenyebabkan mereka gagal.
  • 22. IDEA PERNIAGAAN YANG UNIKUsahawan yang berjaya biasanya mempunyai idea kreatif yang meletakkanmereka selangkah ke hadapan. Mereka seringkali melakukan inovasi dalambidang yang mereka ceburi. Usahawan baru boleh meniru pola pemikiran kreatifmereka apabila bermula untuk menceburkan diri dalam perniagaan.KAEDAH PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN MEREKAStrategi dan kaedah pemasaran yang digunapakai oleh usahawan berjaya akanmembolehkan usahawan baru membuat duplikasi dan penambahbaikkan dalammempraktikkan kaedah pemasaran produk dan perkhidmatan yang bersesuaian,dengan produk mereka tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelidikandan pembangunan ( R & D )BAGAIMANA MENGEKALKAN KEKAYAANUsahawan yang berjaya dengan strategi yang betul dan tepat,biasanya sentiasaberiktiar untuk mengekalkan kekayaan yang diperolehi dengan merancangpembangunan dan pengembangan syarikat. Ilmu yang mereka pelopori ini amatberguna bagi usahawan baru dalam memajukan perniagaan mereka.
  • 23. BAGAIMANA TAHAP KEYAKINANUsahawan yang berjaya umumnya memiliki tahap keyakinan dan percaya diriyang tinggi. Mereka yakin untuk mencapai impian dan cita-cita yang telahditetapkan dan berusaha keras melalui perancangan yang mantap. Tahapkeyakinan ini boleh diadaptasi oleh usahawan baru untuk berjaya sepertimereka.GAYA PERANCANGAN & PENGURUSAN PERNIAGAANUsahawan yang berpengalaman dan telah berjaya dalam perniagaanmereka,sentiasa membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelummenceburkan diri dalam sesuatu bidang. Mereka kemudiannya akan berusahamengurus perniagaan tersebut berdasarkan perancangan yang telah dibuat.Sistem perniagaan yang mereka laksanakan boleh dipelajari oleh usahawanbaru bagi memastikan syarikat dibangunkan dan diuruskan secara sistematik.AKTIVITI ATAU KEGIATAN SOSIAL MEREKAUsahawan yang berjaya,menjadikan tanggungjawab sosial sebagai strategiuntuk dikenali,diminati, dipuji, disanjung dan popular di kalangan masyarakatpengguna. Ini semua menyebabkan survival perniagaan mereka akanberkekalan. Strategi begini boleh juga dilaksanakan oleh usahawan baru.