Nama: Muhammad Iyad Fathi Ahad Hari: Isnin Jam: 09:00 hingga 10:00 pagi Aspek: Tatabahasa
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama am dan kata nama khas.
Kata ganti nama terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:
1. Kata Ganti Nama Diri 2. Kata Ganti Nama Umum 3. Kata Ganti Nama Tanya 4. Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama diri pula dapat dipecahkan kepada 3 bahagian, iaitu:
Kata Nama Diri Orang Pertama Kata Nama Diri Orang Kedua Kata Nama Diri Orang Ketiga
Lengkapkan gambar rajah di bawah ini:
Kata ganti nama 1. Kata ganti nama diri 2. Kata ganti nama umum 3. Kata ganti nama tanya 4. Kata ganti nama tunjuk 1. Kata ganti nama diri pertama 2. Kata ganti nama diri kedua 3. Kata ganti nama diri ketiga
Digunakan untuk menggantikan nama orang.
Digunakan khas untuk manusia.
Terbahagi kepada tiga bahagian.
Digunakan untuk diri orang yang bercakap.
Contoh: saya,
Contoh ayat:
‘Saya menyimpan kotak lilin di atas meja’.
(a). KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMA beta aku hamba patik kami kita
Digunakan untuk menggantikan orang yang dilawan bercakap.
Contoh: kamu,
Contoh ayat:
‘Apa yang awak pilih? Baju biru atau maju merah?’.
(b). KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUA engkau anda kau awda awak
Digunakan bagi menggantikan nama orang yang dicakapkan.
Contoh: dia,
Contoh ayat:
‘Mereka akan pulang esok’.
(c). KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA beliau ia mereka -nya baginda
Disebut juga sebagai Kata Ganti Nama Tak Tentu.
Kata ganti nama diri umum wujud daripada penggandaan kata ganti nama tanya, seperti ‘apa’, ‘siapa’ dan ‘mana’.
Contoh: apa-apa, siapa-siapa (sesiapa),
Contoh ayat:
‘Tidak ada siapa-siapa dalam bilik itu’.
masing-masing mana-mana Bila-bila
Digunakan untuk menanyakan benda, haiwan, manusia, masa dan tempat.
Biasanya digunakan dengan kata penegas ( -kah).
Contoh: Siapa,
Contoh ayat:
‘Apa yang kamu fikirkan?’.
bagaimana apa mengapa bila mana
Perkataan yang digunakan bagi menunjukkan benda, orang, tempat, binatang dan keadaan.
0 comments
Post a comment