Your SlideShare is downloading. ×
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Teori psikoanalisis
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Teori psikoanalisis

381

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
381
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
16
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. a)TEORI PSIKOANALISIS Psikoanalisa merupakan salah satu gerakan revolusioner di bidang psikologi yang dimulai dari satu metod penyembuhan penderita sakit mental. Hipotesis pokok psikoanalisa menyatakan bahwa tingkah laku manusia sebahagian besar ditentukan oleh motif-motif tak sedar, sehingga Freud (Pendiri Aliran psikoanalisis) dijuluki sebagai bapak penjelajah dan pembuat peta ketidaksedaran manusia. Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. Beliau bermula sebagai seorang doctor perubatan dan sebagai penyelidik menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf. Bidang ini tidak begitu maju dalam abad yang ke 18, dimana ramai semasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedah bagi menyelesaikan penyakit mental. Freud bagaimana pun dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph Breur. Breur telah menggunakan suatu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnya, iaitu menumpukan kepada perbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secara persendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama 'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnya kajian tentang analysis sendiri. Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian. Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan
  • 2. nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Dalam ertikata yang luas termasuklah juga kekeluargaan. Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkan bilazim. Freud juga memberikan pernyataan bahawa pada awalnya perilaku manusia didasari pada hasrat seksualitas (eros) yang dirasakan oleh manusia semenjak kecil dari ibunya. Pengalaman seksual dari Ibu, seperti menyusui, selanjutnya mengalami perkembangan atau tersublimasi hingga memunculkan berbagai perilaku lain yang disesuaikan dengan aturan norma masyarakat atau norma Ayah. Namun pada akhirnya Freud pun mensejajarkan atau tidak menunggalkan insting seksual saja yang ada di dalam diri manusia, namun disandingkan dengan insting mati (Thanatos). Kedua hal ini yang nantinya membentuk keperibadian dasar manusia. Atau dengan kata lain terbentuknya keperibadian dasar manusia terjadi pada 5-6 tahun pertama dalam kehidupannya. Dalam mengembangkan pendekatannya terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan keperibadian manusia, Freud mengajukan suatu anggapan dasar bahawa ada tiga sistem energi yang tumbuh dan berkembang dalam diri setiap manusia. Interaksi dari ketiga sistem itulah yang oleh Freud dianggap paling bertanggung jawab terhadap perkembangan karakter dan moralitas seseorang. Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran inidan kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusiaitu kepada tiga struktur: (1) ID (2) EGO (3) SUPER EGO Id Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu
  • 3. elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuhdengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediategratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah dipelajari. Ego Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu. Identifikasi. Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan. (1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi. (2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan, sublimasi. (3) SUPER EGO. Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati
  • 4. nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Super ego mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu. Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konsep libido in lebih menyerupakan suatu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuk segala aspek kepuasan swadiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psike adalah desakan aggresif atau THANATOS (kehendak mati). Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biological itu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalam kaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dan sejarah pengalaman kliennya.
  • 5. Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis, selain dari Penentuan Psike. Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran: (1) SEDAR (Concious) (2) PRASEDAR (Preconcious) (3) BAWAH SEDAR (Unconcious) Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya. Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara swadiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguh pun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagaian dari tahap sedar tadi. Contoh, Pada masa tertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secara swadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untuk makan. Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkan kekuatannya. Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentu bagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing. Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semulajadi seperti tenaga psike. Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara swadiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor. Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanya beranggapan atau pun individu tidak dapat menerimanya sendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.
  • 6. Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi; fantasi atau khayalan seseorang individu. Kesemua inimerupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yangbaru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat dicerap. Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat darikenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai'tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat dibereskan. Caranya: (1) Pendedahan (2) Meneroka (3) Pentafsiran Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisma bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalahnya itu didedahkan. Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang mengalami disebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap acara semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis. Konsep yang kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.
  • 7. Teori hierarki keperluan Abraham Maslow Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah. 1. Keperluan Estetik 2. Keperluan Mengetahui 3. Penyempurnaan Diri 4. Penghargaan Kendiri 5. Kasih Sayang 6. Keselamatan 7.Fisiologi Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan „ontological‟ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan
  • 8. individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini
  • 9. boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau „mood‟‟ guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai,
  • 10. dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap. Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya. Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain. Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum
  • 11. balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengan persekitarannya. Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya. Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya. Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu
  • 12. menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka. Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlumemainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.
  • 13. Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah . Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya. Meskipun banyak teori kepribadian kontemporer mengadopsi lebih atau kurang dari orientasi holistik, konsep teoridari Abraham Maslow dan Carl Rogers ini berbeda dengan teori Freud, Carl Jung, Henry Murray dan GordonAllport, walaupun mereka mengidentifikasi diri mereka sebagai tokoh-tokoh pergerakan humanistik dalam psikologimodern. Konsep humanisme yang diusung oleh Abraham Maslow mengemukakan bahwa yang menentukankeberhargaan seorang manusia adalah kapasitas atau kemampuannya untuk dapat merealisasikan diri. Teori humanistik percaya bahawa manusia memiliki potensi diri untuk sehat dan kreatif, jika kita mau menerima tanggungjawab bagi kehidupan diri kita sendiri. b)Teori Pembelajaran tingkah laku Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rabgsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan
  • 14. perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan .Dalam perisian kursus PPBK , tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pembelajaran perisian kursus PPBK merangkumi tanggungjawab guru, dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK ini, guru perlu memahami tingkahlaku-tingkahlaku pelajar yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar semasa kegiatan pembelajaran . Prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar; d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motisai .
  • 15. Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu; c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan. Teori tentang perilaku dalam kegiatan pembelajaran tentunya akan lebih tepat jika didasarkan p ada teori belajar menurut psikologi behavioristik. Ada pendapat dari penganut paham ini yaitu: tingkah laku pelajar merupakan reaksi terhadap lingkungan mereka pada masa lalu dan masa sekarang. Kita bisa menganalisis kejadian tingkah laku dengan cara mempelajari latar belakang penguatan terhadap tingkah laku tersebut. (Wasty Soemanto, 1990: 117). Sejak seorang bayi lahir otaknya mulai bekerja sebagai pengumpul, pencatat dan penyimpanan data pengalaman hidupnya, dengan kesempurnaan kerja yang makin meningkat secara alami, sesuai dengan pertumbuhan fungsi organ otaknya (Lavinthal, 1983). Pengalaman apa-apa yang pernah menyentuh hidup seseorang manusia direkam dipusat ingatannya dengan cara yang sistematis. Melalui koordinasi pusat asosiasi, rincian memori yang d ada pada kulit otak tersebut bisa dihuibungkan satu dengan yang lain setiap saat diperlukan dan untuk kerja otak apa-apa yang mungkin, kecepatan, kecermatan, dan ketepatan kerja otak ditentukan oleh kondisi fisiologi otak itu sendiri (Levinthal, 1983). Disamping itu juga ditentukan oleh kondisi psikhis pikiran individunya dan “pelatihan atau pengalaman kerja” yang dilakukan otak dari waktu kewaktu (gagne, 1977). Pengalaman seseorang siswa dengan sekian banyak guru, mata pelajaran, cara mengajar, cara menilai, suasana belajar, nilai yang diperoleh, interaksi di antara teman dan sebagainya, akan membentuk semacam sistem respon saat. Sistem ini kemudian berfungsi sebagai pemecah masalah, yaitu masalah yang dihadapi dari saat kedetik perjalanan proses belajarnya.
  • 16. Kebiasaan penelitian yang baik akan membantu siswa menguasai kuliahnya, mencapai kemajuan penelitian. Kebiasaan Penelitian yang buruk akan menyulitkan dan menghambat kemajuan belajar. Dengan mengacu kep ada hukum-hukum yang dikemukakan Thorndike, Bittel (dikutip Sukir; 103-104) menyatakan bahwa penelitian yang baik mencakup enam hal. Pertama, adanya kesiapan (readiness). Kedua, id adanya latihan (exercise). Ketiga, manfaat (effect) yang menimbulkan kepuasan. Keempat, motivasi yang mendorong untuk memenuhi kebutuhan berprestasi. Kelima, adanya intensitas (intensity), kecukupan waktu yang digunakan untuk belajar.Keenam, adanya tantangan (recency). Kebiasaan yang baik sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut, salah satu akibatnya adalah peningkatan efisiensi. Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi „kerenah globalisasi‟
  • 17. Teori Realiti - William Glasser - Presentation Transcript Teori ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Teori realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktik dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Terapi ini juga menolak konsep sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis. Matlamat Teori Realiti Teori Realiti Glasser yang bersangkutan dengan cara mendisiplinkan murid menggunakan pelbagai langkah dan peringkat. Kalau anda berminat, anda boleh teruskan pembacaan untuk melihat isi kandungan teori ini. Jika tidak, berhenti sahaja membaca entri ini. Banyak lagi urusan yang mungkin anda boleh selesaikan. Jika ada sebarang kemusykilan, ada boleh google atau rujuk kepada buku-buku tentang ilmu pendidikan. Tahun 1965, William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini adalah berdasarkan tiga prinsip berikut: Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya. Teori ini membantu klien dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka dan Membantu klien dalam menjelaskan cara- cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri. Teori ini membantu klien menemukan alternatif- alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu. KONSEP-KONSEP TEORI REALITI menolak konsep sakit jiwa. Fokus teori ini kepada tingkah laku. Ini menumpukan kepada situasi masa kini. Klien ini digalakkan menilai dan meneliti tingkah laku seseorang. Teori ini tidak akan menggunakan denda atau dera. Teori realiti lebih menekankan kepada aspek bertanggungjawab individu seseorang. Semua persetujuan dan semua peraturan yang ditetapkan oleh kaunselor hendaklah dipatuhi secara ketat. Sebarang pelanggaran peraturan tidak diizinkan.
  • 18. Pandangan terapi tentang kejadian Manusia Dorongan Fizikal Psikologikal. Rasa kepunyaan (belonging) Ia merupakan suatu keperluan asas . Kuasa (power) manusia seperti makan,,Kebebasan (freedom) minum dan tidur ,Keseronokan (fun). bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya. Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki. Teori ini sering dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan. TEORI KAWALAN (1970): “Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut.” TEORI PILIHAN (1988, 1997) “Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).” Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu: Keperluan untuk memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru), Keperluan terhadap kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing) Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka sendiri) Keperluan untuk berseronok. Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka dan bagaimana membuat pilihan yang tepat, Glasser telah menghasilkan 10 langkah disiplin, iaitu:Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar).
  • 19. Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas. Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan 2 cara: i. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik ii. Membina hubungan baik dengan pelajar Guru perlu bertanyakan kepada murid “Apa yang kamu lakukan?” daripada bertanyakan Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?” bagi mengelakkan pelajar menjadi bingung. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya. Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedah “time-out” yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat perjanjian yang baru.Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan pelajar yang ditahan.Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari. Langkah terakhir ialah, pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut. Main Peranan (role play) Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada „“di sini‟ ” dan pada „“ketika ini”‟ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik. Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien. Konfrantasi Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.
  • 20. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien, kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda. Glasser, Wubbolding & Brickell menggunakan sistem WDEP untuk kaunselor menolong klien dalam prosuder menuju kepada perubahan. kehendak ants Lakukan oing Terarah irection Penilaian valuation Perancangan lanning. Aplikasi Terapi Realiti dalam Kaunseling di Sekolah- Sekolah di Negara Brunei Darussalam Diaplikasikan di sekolahsekolah. Dilakukan dalam jangka masa yang pendek Boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Merawat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah moral dan melanggar peraturan atau undang-undang, mengalami masalah kemurungan dan rendah diri. KESIMPULAN Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikkan kerana ianya bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang negatif dikalangan remaja dan belia. Di samping itu, keboleh percayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya. Sehubungan itu, Kelima-lima teknik yang terdapat dalam teori realiti ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam membantu klien mengubah tingkah laku mereka ke arah menuju identiti berjaya

×