• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
globalisasi
 

globalisasi

on

  • 1,153 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,153
Views on SlideShare
1,153
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
26
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    globalisasi globalisasi Document Transcript

    • Bincangkan apakah kesan globalisasi terhadap rakyat Malaysia dan kesannya terhadap hubungan antara kaum di Malaysia. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi dan pembangunan adalah istilah yang bergerak seiringan. Hal ini kerana globalisasi adalah salah satu elemen yang menggalakkan pembangunan dari semua aspek sama ada ekonomi, komunikasi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pembangunan berlaku disebabkan oleh globalisasi dimana berlaku proses transformasi maklumat yang membolehkan pembangunan kepada sesuatu maklumat berlaku tanpa had dan sempadan. Walaubagaimanapun semua maklumat yang diperolehi daripada proses globalisasi boleh mendatangkan kesan positif atau negatif. Ia bergantung kepada sesebuah Negara itu untuk menerima dan mengasimilasikannya kedalam negara masing-masing. Cendiakawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala- galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Kesan tersebut terdiri daripada kesan positif dan kesan negatif. Salah satu kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut ialah perceraian serta gejala sosial serta budaya kuning yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhir-akhir ini. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan.
    • Daripada sudut pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi manusia hampir di seluruh dunia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Bidang pemakanan juga tidak terlepas daripada arus globalisasi. Terdapat pelbagai jenis makanan dari Negara luar seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken, Sushi dan sebagainya di negara kita pada masa kini. Dengan kewujudan restoran serta francais makanan tersebut, rakyat Malaysia boleh menikmati hidangan yang enak serta tempat yang selesa yang disediakan pihak restoran walaupun harganya sedikit mahal berbanding restoran biasa. Kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut boleh menyebabkan pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Ramai pengusaha- pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara. Kehidupan kita dalam arus pemodenan mutakhir ini tidak terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian. Contoh media elektronik adalah seperti radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang membawa banyak faedah kepada kita. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Namun begitu, melalui media elektronik juga ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Selain itu, melalui media elektronik juga tersebarnya perkara- perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan laman-laman lucah juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, antara kesan lain terhadap rakyat Malaysia ialah perubahan cara hidup dan taraf ekonomi masyarakat meningkat sedikit demi sedikit, selepas kemajuan yang
    • disebabkan perubahan sistem-sistem politik, ekonomi dan sosial keatas masyarakat. Contoh yang dapat dilihat dimana negara kita sebelum mencapai kemerdekaaan dan penerimaan globalisasi secara maksimum berlaku, hanya golongan atasan sahaja yang berupaya memiliki kehidupan yang mencukupi segalanya. Tetapi, semenjak penerimaan negara kepada teknologi dari segi industri, pertanian dan perkhidmatan sosial, menjadikan rakyat biasa juga mampu memiliki kehidupan yang lebih baik. Hingga hari ini, pertambahan ekonomi masyarakat meningkat dengan melihat kepada pertambahan kereta yang digunapakai oleh rakyat. Kajian menunjukkan setiap tahun hampir 1 juta kenderaan di beli, menggambarkan peningkatan sumber dan perolehan ekonomi mereka. Begitu juga keadaannya dengan infrastruktur yang lain seperti kediaman, perkhidmatan kemudahan asas seperti air, elektrik dan pengangkutan awam meningkat secara berperingkat-peringkat yang sekaligus menggambarkan kemakmuran, hasil globalisasi terhadap rakyat dan negara. Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diimplementasikan dalam usaha memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Penguasaan Barat dibuktikan dengan kemasukan nilai-nilai masyarakat Barat dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Proses globalisasi yang berlaku mendedahkan kita kepada pelbagai nilai dalam masa yang singkat. Globalisasi memaksa kita melakukan perubahan cepat untuk mengekalkan kerelevanan sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Hal ini menyebabkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai-nilai yang sedia ada. Nilai yang dibawa oleh Barat haruslah dinilai baik buruknya terlebih dahulu sebelum diterima pakai supaya negara kita mampu untuk membangun dalam acuan sendiri yang mempunyai nilai-nilai positif.