Panduan penyediaan rp

  • 1,954 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,954
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
100
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. BAHAGIAN 1 : PENGENALAN 1 Logo Logo Nama Perniagaan Nama Usahawan Pendahuluan Bahagian ini memberikan gambaran ringkas dan spesifikasi berkenaan aktiviti perniagaan dan maklumat-maklumat berkaitan. Jenis perniagaan yang diceburi Nama dan lokasi / alamat perniagaan. Tarikh perniagaan akan beroperasi Tren pasaran yang menjustifikasikan projek yang dirancang Tujuan RP Menyatakan dengan spesifik sebab RP disediakan. Antaranya ialah seperti berikut :- Memohon pembiayaan kewangan dari institusi kewangan atau berkaitan, nyatakan amaun dari institusi kewangan berkaitan. Merancang perlaksanaan projek baru. Dijadikan sebagai garis panduan menguruskan perniagaan. Menilai daya maju projek yang dicadangkan dan sebagainya.
  • 2. Latar Belakang Perniagaan Membentangkan maklumat-maklumat perniagaan yang dirancangkan Alamat Nyatakan alamat perniagaan dan alamat surat menyurat Bentuk Perniagaan Nyatakan perniagaan berbentuk perseorangan atau perkongsian. Tarikh dan No. Pendaftaran Hanya untuk perniagaan yang telah didaftarkan. Jika belum berdaftar, nyatakan dalam proses pendaftaran. Modal Permulaan Merupakan jumlah modal yang dilaburkan oleh usahawan ke dalam perniagaan. Bank Nyatakan bank di mana perniagaan mempunyai akaun. Latar Belakang Pemilik Dan Rakan Kongsi Menyediakan maklumat-maklumat pemilik atau pemilik-pemilik perniagaan dan perlu disediakan untuk setiap rakan kongsi. - Nama Penuh - Taraf Perkahwinan - No. Kad Pengenalan - Kelulusan Akademik - Tarikh Lahir - Kursus yang Pernah Dihadiri - Umur - Kemahiran - Jantina - Pengalaman - Alamat Tatap - Pekerjaan sekarang - No. Telefon - Perniagaan lain yang diceburi BAHAGIAN 2 : LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 2
  • 3. BAHAGIAN 3 : RINGKASAN EKSEKUTIF 3 Penulisan ringkasan eksekutif perlu berperenggan. Namun begitu ia hendaklah ringkas, padat, jelas dan menarik. Ia juga mestilah mudah dibaca dan difahami bagi mendapatkan perhatian dan meyakinkan pelbagai pihak terhadap keseluruhan terhadap rancangan perniagaan. Butir-butir yang perlu dinyatakan :- Tujuan Menetapkan tujuan yang hendak dicapai dan dinyatakan dengan jelas dan sesuai dengan kemampuan atau kebolehan usahawan. Definisi perniagaan Menjelaskan perniagaan dan sasaran pasaran bagi perkhidmatan. Penerangan juga perlu menunjukkan kelebihan produk berbanding pesaing serta pentingnya produk ini dalam pasaran. Pandangan menyeluruh Menonjolkan kekuatan dan kemungkinan untuk terus wujud dalam pasaran dengan menyatakan kejayaan-kejayaan lepas yang pernah dicapai dan boleh membantu meningkatkan imej perniagaan. Keperluan kewangan Menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh serta menyatakan ramalan kewangan untuk tiga tahun pertama beroperasi, pelaburan yang akan dibuat dan pinjaman jangka panjang untuk perkembangan perniagaan. Pertumbuhan Menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perlaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Penjelasan perancangan strategik dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan memberi jaminan pulangan ke atas pelaburan yang telah dilakukan.
  • 4. BAHAGIAN 4 : ANALISIS INDUSTRI 4 Menggambarkan persekitaran industri perniagaan yang diceburi dengan mengenalpasti ciri-ciri berikut : Persaingan Siapa pesaing yang akan dihadapi dan buat analisis terhadap pesaing dari segi kekuatan produk, syer pasaran yang dimiliki dan strategi promosi yang digunakan. Pesaing Utama Buat analisis tentang pesaing utama kepada perniagaan dan kenalpasti sama ada produk yang dikeluarkan oleh pesaing utama mempunyai ciri persamaan atau sebagai produk pengganti Pemimpin Industri Siapa pesaing yang mengawal syer pasaran yang paling besar dan bagaimanakah ia mendahului pesaing lain dari segi harga, penawaran produk baru dan kepelbagaian ciri produk, cakupan agiahn pasaran dan kesungguhan dalam promosi produk. Tingkat Jualan Menentukan kuantiti perkhidmatan yang akan dikeluarkan, menyatakan syer pasaran yang dijangka kan diperolehi serta buat ramalan kuantiti jualan 1 tahun. Produk Tandingan Memastikan perkhidmatan sesuai dengan keperluan semasa dan mempunyai kelebihan berbanding pesaing. Harga Menganalisis strategi harga pesaing samada harga tinggi @ harga rendah. Menetapkan strategi harga seunit perkhidmatan serta menyatakan matlamat penentuan harga dari segi aras keuntungan (markup & margin), peratus syer pasaran dan jumlah nilai jualan.
  • 5. BAHAGIAN 5: DESKRIPSI PERNIAGAAN 5 Menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi, liputan serta syer pasaran yang dijangkakan. Produk yang dikeluarkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna, berkualiti dan dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan :- Produk yang sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan. Anggaran harga seunit setiap produk. Anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah jualan sebulan. Kebaikan produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan. Perlindungan undang-undang untuk setiap produk. Kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah diperolehi atau tidak untuk menjual produk tersebut.
  • 6. BAHAGIAN 6 : RANCANGAN OPERASI / PENGELUARAN 6 Produk Nyatakan hasil operasi / pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek. Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran. Proses Operasi / Pengeluaran Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran atau penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan. Carta Aliran Proses Persembahkan proses operasi / pengeluaran di dalam bentuk Carta Aliran Proses (Carta Skematik) Operasi Pengeluaran Menyatakan teknik pengeluaran yang digunakan sama ada secara manual atau menggunakan teknologi terkini. Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran / operasi perniagaan. Nyatakan Jenis dan model Kegunaan dan kapasiti Harga seunit pembekal mesin dan peralatan berkenaan. Lukiskan susun atur ruang operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang diambilkira. Sesuaikan susun atur ruang operasi dengan keperluan perniagaan dan sertakan pelan susunatur berkenaan. Lokasi Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada di lokasi yang berlainan, nyatakan di sini lokasi kilang atau perniagaan beroperasi. Nyatakan juga status bangunan sama ada disewa, dibeli siap atau dibina sendiri; serta sewa bulanannya. Jika bangunan disewa, nyatakan deposit sewa yang perlu dibayar sebelum menduduki bangunan. Nyatakan kalau ubahsuai perlu dilakukan serta kos yang terlibat.
  • 7. 7 Rancangan Operasi / Pengeluaran (Samb) Bahan Mentah Senaraikan bahan mentah atau barangniaga yang diperlukan. Senarai ini perlu dilengkapkan dengan harga belian bahan berkenaan. Nyatakan juga kalau belian dibuat secara kredit atau tunai. Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun. Sumber Tenaga Manusia Jawatan dan Bilangan Pekerja Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pengeluaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan. Spesifikasi Tugas Huraian Tugas- nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan Imbuhan Gaji dan Ganjaran Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dn PERKESO yang berkaitan. Anggaran Perbelanjaan Operasi / Pengeluaran Kenalpasti kos pengeluaran yang terlibat dalan rancangan operasi dan jumlahkan mengikut kategori-kategori berikut :- Kos Overhead Perbelanjaan Aset Tetap Perbelanjaan Bulanan Lain-lain Perbelanjaan
  • 8. BAHAGIAN 7 : RANCANGAN PEMASARAN . 8 Target jualan Sasaran Pasaran Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti dan wujudkan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen pasaran di kawasan berkenaan Saiz Pasaran Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan atau kerdua-duanya sekali. Ini merupakan langkah pertama dapat menganggarkan ramalan jualan Pesaing Senaraikan pesaing yang wujud dalam kawasan pasaran. Sekiranya mempunyai ramai pesaing, senaraikan yang perlu. Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti Syer Pasaran Dengan mengambilkira saiz pasaran, pesaing-pesaing yang ada, nyatakan pembahagian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan Ramalan Jualan Sediakan pelunjuran bulanan untuk tahun pertama dan seterusnya anggaran ramalan jualan tahunan untuk tahun kedua dan ketiga.
  • 9. 9 Rancangan Pemasaran (Samb) Strategi Pemasaran Huraikan secara ringkas strategi yang akan dilaksanakan bagi aspek-aspek berikut :- Strategi Produk Bentuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan (rekabentuk @ jaminan serta perkhidmatan selepas jualan). Strategi Promosi jenis promosi yang dipilih dan keberkesanannya keluasan pasaran sasaran pelanggan media kos Strategi Harga jadi peneraju harga untuk rebut peluang pasaran harga pesaing harga terendah harga tinggi perlu berpatutan mencerminkan pasaran Agihan jenis saluran agihan dan keberkesanan jaminan produk sampai pada masa
  • 10. 10 Rancangan Pemasaran (Samb) Sumber Tenaga Manusia Jawatan dan Bilangan Pekerja Nyatakan nama jawatan yang wujud dalam aktiviti pemasaran produk dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan tersebut. Spesifikasi Tugas Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan Imbuhan Gaji dan Ganjaran Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan. Anggaran Perbelanjaan Pemasaran Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan pemasaran yang terlibat di dalam Rancangan Pemasaran mengikut kategori-kategori berikut Perbelanjaan aset tetap / modal Perbelanjaan bulanan Lain-lain perbelanjaan
  • 11. BAHAGIAN 8 : RANCANGAN ORGANISASI 11 Pengenalan Menerangkan alamat penuh serta meukis pelan lokasi ringkas yang menunjukkan jalan-jalan utama, bangunan-bangunan berhampiran yang utama serta tapak perniagaan. Jelaskan juga bentuk bangunan yang dipilih iaitu dari jenis rumah kedai, bangunan kilang, ruang di dalam kompleks membeli belah, bengkel dan sebagainya. Nyatakan samada premis perniagaan disewa, dibeli atau dibina. Jelaskan juga kemudahan infreastruktur yang ada seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya. Matlamat dan Strategi Organisasi Menyatakan matlamat organisasi dengan jelas. Cth : meningkatkan jumlah jualan, jumlah keuntungan dsbnya. Menjelaskan strategi yang dibentuk / pendekatan yang sistematik untuk mencapai matlamat tersebut. Struktur dan Perancangan Organisasi Menjelaskan tenaga penggerak utama organisasi, pengalaman, kelulusan, tugas dan tanggungjawab merekabentuk aktiviti yang dijalankan dan pelaksanaan aktiviti peniagaan yang dirancang. Jelaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap organisasi serta pendekatan / kaedah dan faktor-faktor yang boleh membawa kejayaan. Carta organisasi Lukis dan jelaskan secara ringkas carta organisasi yang dirancangkan.
  • 12. 12 Rancangan Organisasi (Samb) Sumber Tenaga Manusia Jawatan dan Bilangan Pekerja Nyatakan jawatan yang wujud dalam pentadbiran perniagaan dan bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan. Spesifikasi Tugas Nyatakan tanggungjawab utama bagi setiap jawatan yang dinyatakan. Imbuhan Gaji dan Ganjaran Senaraikan jawatan, bilangan pekerja dan gaji bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan serta pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan. Keperluan Pejabat Nyatakan keperluan pejabat pentadbiran perniagaan :- Perabot Peralatan dan kelengkapan pejabat Bekalan pejabat. Anggaran Perbelanjaan Organisasi / Pentadbiran Kategorikan perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat di dalam organisasi perniagaan mengikut kategori berikut :- Perbelanjaan aset tetap Perbelanjaan bulanan Lain-lain perbelanjaan
  • 13. Kos Perlaksanaan Projek Pelaburan Aset Tetap Merujuk kepada perbelanjaan harta yang diperlukan termasuk semua aset tetap yang dibeli dengan tunai, sewabeli atau pinjaman. Nyatakan harga belian aset-aset Modal Pusingan Merujuk kepada kpeperluan jangka pendek perniagaan bagi membolehkan perniagaan beroperasi dengan licin. Modal pusingan merangkumi keperluan jangka pendek perbelanjaan organisasi, pemasaran dan operasi / pengeluaran. Lain-lain Perbelanjaan Merujuk kepada lain-lain perbelanjaan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan atau projek dilaksanakan. Contoh lain- lain perbelanjaan ialah seperti bayaran deposit, pendaftaran perniagaan, kursus-kursus yang perlu dihadiri dan lesen-lesen tertentu yang perlu dibayar. Perbelanjaan Luar jangka Merupakan sejumlah wang tambahan yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek atau perniagaan yang dirancang. Kebiasaannya jumlah yang diperuntukkan ialah sebanyak 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kos. Sumber Pembiayaan Modal sendiri Merujuk kepada modal usahawan dan rakan kongsi perniagaan yang disumbangkan kepada perniagaan. Modal sendiri ini meliputi wang tunai dan aset-aset yang lain. BAHAGIAN 9 : RANCANGAN KEWANGAN 13
  • 14. Rancangan Kewangan (Samb) Pinjaman Merujuk kepada pinjaman berpenggal yang dibuat dengan institusi kewangan ataupun pinjaman jangka pendek yang ditawarkan oleh pembekal atau pihak institusi kewangan yang tertentu. Sewabeli Merujuk kepada pembiayaan untuk pembelian aset-aset tetap perniagaan seperti kenderaan, mesin, peralatan-peralatan pejabat dan perabot. Jumlah pembiayaan kebiasaannya pada tahap 80 peratus dari nilai aset berkenaan. Bakinya perlu diserap dalam modal tunai sebagai bayaran muka pembiayaan aset tersebut. Jadual-Jadual Bayaran Balik dan Susut Nilai Jadual Bayaran Balik Pinjaman Jadual ini disediakan untuk merancang amaun yang perlu dibayar balik oleh usahawan atas pinjaman yang dibuat. Jadual Bayaran Balik Sewa Beli Jadual ini disedia untuk merancang amaun bayaran balik sewa beli yang perlu dibuat oleh usahawan terhadap kemudahan yang diperolehi. Jadual Susutnilai Aset Tetap Jadual perlu disediakan bagi kesemua aset tetap milik perniagaan, sama ada yang disumbangkan atau yang dibeli secara sewabeli atau pinjaman. 14
  • 15. Rancangan Kewangan (Samb) Proforma Penyata Kewangan (tempoh perakaunan 1 tahun) Proforma bermaksud ramalan atau jangkaan. Proforma Penyata Aliran Tunai (12 bulan) Penyata aliran wang tunai disediakan untuk tempoh 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Seterusnya aliran wang tunai secara tahunan disediakan bagi tahun kedua dan ketiga. Proforma Penyata Pengeluaran Penyata ini disediakan bagi perniagaan dalam bidang pengeluaran atau pengilangan sahaja. kOs pengeluaran yang diperolehi dipindahkan ke Penyata Perdagangan untuk pengiraan Untng Kasar. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3. Proforma Penyata Perdagangan Penyata Perdagangan disediakan bagi perniagaan dalam bidang pembuatan dan perdagangan. Untung kasar yang diperolehi seterusnya dipindahkan ke Penyata Untung dan Rugi. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3. Proforma Penyata Pendapatan Penyata Pendapatan disediakan bagi perniagaan dalam semua bidang iaitu pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan. Untung Bersih yang diperolehi merupakan untung bersih sebelum cukai. Penyata ini disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3. Proforma Penyata Kunci Kira-kira Penyata Kunci Kira-Kira disediakan untuk menunjukkan aset- aset perniagaan dan hubungannya dengan sumber-sumber perniagaan. Penyata Kira-kira juga disediakan pada akhir tahun 1, 2 dan 3 15
  • 16. BAHAGIAN 10 : PENUTUP LAMPIRAN 16 Merumuskan semua perancangan yang telah dilaksanakan secara ringkas, tepat dan padat. Di sini usahawan boleh menghuraikan secara ringkas tentang daya maju projek yang dirancangkannya. Memuatkan semua perkara tambahan yang perlu untuk memantapkan lagi RP. Ini termasuklah dokumen-dokumen sokongan, sebut harga pembekal, tempahan dari pelanggan, salinan lesen-lesen perniagaan dan sebagainya.