K tokt18
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,009
On Slideshare
1,009
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
8
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1. Konsep Kajian Adalah tidak mudah untuk memberikan suatu definisi tentang kajian. Kajian bukanlah sekadar melakukan tinjauan literatur sahaja atau penyiasatan terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, kajian boleh dikatakan sebagai suatu percubaan untuk menjawab soalan-soalan ke arah menghasilkan ilmu dengan menggunakan pendekatan yang saintifik. Pendekatan saintifik merujuk kepada pendekatan yang berasaskan data empirikal dengan kaedah pemerhatian yang terkawal dan sistematik ke atas realiti. Pendekatan saintifik berbeza dengan pendekatan yang bukan saintifik. Jadual 1 menunjukkan perbezaan ini. Jadual 1 Perbezaan antara Pendekatan Saintifik dan Pendekatan Bukan Saintifik _____________________________________________________________________________ Bukan Saintifik Saintifik Pendekatan am: Intuitif Empirikal Pemerhatian: Tidak terkawal Sistematik, terkawal Pelaporan: Biased, subjektif Unbiased, objektif Konsep-konsep: Ambiguous, ketaksaan Definisi yang jelas, operational specificity Instrumen: Kurang tepat, imprecise Tepat, precise Pengukuran: Tiada keesahan atau Ada keesahan dan kebolehpercayaan kebolehpercayaan Hipotesis: Tidak dapat diuji (Untestable) Boleh diuji (Testable) Sikap (Attitude): Uncritical, accepting Critical, skeptical Sumber: Shaughnessy, J.J. & Zechmeister, E.B. (1997). Research methods in psychology. N.Y.: McGrawHill, pp 7. Oleh sebab itu, kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru. Dalam konteks pendidikan pula, kajian boleh ditakrifkan sebagai cara saintifik untuk memperoleh pengetahuan baru. Kajian pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat empirikal untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
  • 2. pendidikan. Hasil daripada itu, mewujudlah pengetahuan baru. 2 Perkembangan Kajian Pendidikan Kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja. Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet. Seterusnya, ujian kecerdasan digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian pendidikan. Seterusnya, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian pendidikan berlaku dengan pesatnya antara tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta yang membekalkan alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian (multivariate). Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pelbagai pemboleh ubah dalam kajian. Usaha-usaha untuk menilai semula kajian pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuran kajian pendidikan dibina melalui pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk menghasilkan maklumat kajian yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian pendidikan menghasilkan lebih banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian pendidikan bagi menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik. 3 Ciri-ciri Kajian Kajian sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. 3.1 Langkah-langkah logikal • Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. • Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. • Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. • Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. • Membuat kesimpulan dan generalisasi.
  • 3. 3.2 Kajian perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. • Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum. Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu. • Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar” 4 Jenis-Jenis Kajian Terdapat pelbagai cara melaksanakan kajian berdasarkan tujuan atau matlamat dan kaedah yang hendak digunakan untuk melaksanakannya. Berikut adalah antara jenis-jenis kajian yang biasa digunakan oleh pengkaji: 4.1 Kajian Tinjauan (Survey research) Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas. 4.2 Kajian Kes Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan
  • 4. sebenar (Yin, 1994) Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes Deskriptif (cth. Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision: Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian. Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai. Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai 4.3 Kajian Reka bentuk Eksperimen Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza (rujuk Rajah 1). “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin. Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang. Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.
  • 5. Kumpulan 1 Treatment 1 Agihan Secara Perbandingan rawak Kumpulan 2 Treatment 2 Rajah 1 Reka-bentuk Eksperimen 4.4 Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment) Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubahpembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control). Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 2). Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting). Kumpulan 1 Pretest Treatment 1 Posttest Covariate Perbandingan Kumpulan 2 Pretest Treatment 2 Posttest Rajah 2: Reka-bentuk Kuasi- eksperimen 4.5 Kajian Ex-pos Facto (After the fact) Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai: “Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”. Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.
  • 6. 4.6 Kajian Tindakan Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42) Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9) Kajian tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, kajian tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus. Kajian tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, kajian tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses kajian tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh. Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Kajian tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil kajian tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah kajian dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama kajian tindakan. Kajian tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, kajian juga sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk kajian agak terbatas. Oleh sebab kajian bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Kajian memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu kajian yang khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, kajian tindakan dapat berperanan apabila peruntukan kewangan untuk kajian adalah terhad. Di samping itu, kajian tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif di kalangan guru diperlukan untuk
  • 7. mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru. Kajian tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, kajian tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama bagi menggalakkan kajian dengan guru dan, bukannya ke atas guru. 5 “Tuntutan Ilmu” dalam Kajian Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang dikaji. Biasanya ini adalahlah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu “claim” atau tuntutan ilmu. Adakah sesuatu claim itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam kajian, iaitu keesahan dan kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian. Kesahan berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim. Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat: • Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’. • Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity’. Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah `indirect’. Dengan demikian sebelum kita membuat “claim” pastikan data yang ada bersesuaian dan mencukupi dengan claim yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan mencukupi) dengan claim yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna claim itu harus dipercayai. Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat. Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.
  • 8. 6 Tujuan Kajian Menurut Borg &Gall (1989), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), kajian dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, tujuan membuat kajian adalah berasaskan sebabsebab berikut. a. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). i. Kajian dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. b. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement) i. Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. c. Memberi penjelasan (explanation) i. Kajian dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. d. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description) i. Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. ii. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. e. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving) i. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul. 7 Pendekatan Kajian Pendidikan Dalam dunia kajian pendidikan, penyelidik boleh berpegang kepada dua tradisi kajian, iaitu kajian kuantitatif dan kajian kualitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor manakala dalam kajian kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor. Namun begitu kedua-dua bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan pada data empirikal. Strategi pemilihan tradisi kajian tersebut bergantung kepada tujuan dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan kepemimpinan dalam organisasi, kajian boleh dijalankan menggunakan kedua-dua tradisi kajian tersebut. Kajian kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai angkubah tersebut ialah persekitaran/ latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut kajian kualitatif pula, isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.
  • 9. Kajian kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu andaian (hipotesis) dengan menggunakan angkubah-angkubah tertentu manakala kajian kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya kajian kualitatif tidak bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur angkubah. ?????? 7.1 Pemilihan Pendekatan Kajian Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan mengelakkan penyelidik mengutamakan kaedah kajian lebih daripada soalan kajian. Secara umum, jenis soalan yang berkaitan dengan pendekatan yang tertentu adalah seperti berikut. a Kajian Kuantitatif i Menguji teori ii Melihat hubungkait angkubah iii Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab” iv Membuat ramalan b Kajian Kualitatif i Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya ii Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji iii Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih iv Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam v Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian) 7.2 Perbezaan ciri-ciri kajian kuantitatif dan kajian kualitatif Jadual 2 menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Jadual 2 Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF Istilah yang berkaitan dengan pendekatan • Eksperimental • ‘Hard data’ • Perspektif luaran • Empirikal • Positivist • Fakta sosial
  • 10. • Statistik • ‘Etic’ • Etnografi • Kerja lapangan • ‘Soft data’ • ‘Symbolic Interaction’ • Perspektif dalaman • ‘Naturalistic’ • Ethnomethodologi • Diskriptif • Pemerhatian turut serta • ‘Phenomenological’ • Dokumentari • Riwayat hidup • Kajian kes • Ekologikal • ‘Emic’ Konsep utama • Pemboleh ubah • Mengoperasi Definisi • Kebolehpercayaan • Hipotesis • Kesahan • Kesignifikanan statistik • Replikasi • ramalan • Makna • Pemahaman sejagat • Definisi situasi • Kehidupan harian • Pemahaman • Proses • Rundingan • bertujuan praktikal • pembinaan sosial • ‘Grounded Theory’ Gabungan teori • Structural functionalisim • Realism, Positivism • Behavioralisme • ‘Logical Empiricm’ • ‘Systems Theory’ • ‘Symbolic Interaction’ • ‘Ethnomethodology’ • ‘Phenomenology’ • Budaya • Idealisme
  • 11. Gabungan Akademik • Psikologi • Ekonomi • Sosiologi • Sains politik • Sosiologi • Sejarah • Anthropologi Matlamat • Menguji teori • Memperjelaskan fakta • Perihalan statistik • Hubungan antara pemboleh ubah • Ramalan • Membina konsep • Memerihal realiti pelbagai • ‘Grounded Theory’ • Meningkatkan pemahaman Reka bentuk • Berstruktur • Ditentukan lebih awal • Formal • Spesifik • Prosedur kajian yang terperinci • Terbuka kepada perubahan • Fleksibel • Umum • Membuat tekaan terhadap cara kajian Penulisan cadangan kajian • Panjang lebar • Terperinci dan jelas fokusnya • Prosedur spesifik dan terperinci • Tinjauan bahan kajian yang mendalam • Ditulis sebelum data dipungut • Menyatakan hipotesis • Ringkas • Spekulatif • Mencadangkan bidang kajian yang hendak dikaji • Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data • Tinjauan bahan kajian tidak mendalam • Pernyataan pendekatan yang umum Data • Kuantitatif • Koding boleh dikira • Kiraan dan ukuran • Pembolehubah yang boleh didefinisikan • Statistik • Diskriptif • Dokumen peribadi • Nota kerja lapangan • Gambar • Pendapat perseorangan
  • 12. • Dokumen rasmi • Bahan-bahan artifak Sampelan • Besar • Berstrata • Kumpulan kawalan • Tepat • Pemilihan secara rawak • Mengawal pengganggu pembolehubah • Kecil • Tidak mewakili populasi • Persampelan teoritikal Teknik / kaedah • Eksperimen • Tinjauan • Temubual berstruktur • Kuasi eksperimental • Pemerhatian berstruktur • Set data • Permerhatian • Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak • Pemerhatian turut serta • Temubual tidak berstruktur Hubungan dengan responden • Jangka pendek • Hubungan tidak akrab • Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden • Empati • Menekankan unsur kepercayaan • Kesamarataan • Hubungan mesra • Responden sebagai rakan • Mengutamakan keobjektifan Alat Kajian • Inventori • Soal selidik • Indeks • Komputer • Skala • Skor ujian • Alat perakam suara • ‘Transciber’ • Penyelidik bertindak sebagai alat kajian Analisis data • Deduktif • Dilaksanakan selepas pungutan data • Statistikal • Berterusan • Model, tema dan konsep • Induktif • Analisis bersifat induktif
  • 13. • ‘Constant Comparative method’ Permasalahan dalam menggunakan pendekatan • Mengawal pemboleh ubah yang lain • Terlalu rigid • Kesahan • Mengambil masa panjang • Kesukaran menyaring data • Kebolehpercayaan • Prosedur tidak rigid • Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya (Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52) 8 Proses Kajian Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5 langkah asas seperti dalam Jadual 3: Proses Asas Proses Catatan Mengenal pasti focus/ isu/masalah Pernyataan masalah kajian Persoalan kajian /hipotesis Definisi istilah Tinjauan literatur Kerangka konsep kajian Bacaan awal dan tinjauan awal yang luas perlu dilakukan untuk memahami isu /focus/masalah yang ingin dikaji atau difahami. Perbincangan dan pemikiran perlu fokus, khusus dan perinci atau didefinisikan sendiri Pembinaan kerangka konsep menentukan skop kajian dan akan memudahkan perbincangan kelak. Merancang strategi kajian Metodologi kajian -rekabentuk kajian -persampelan -instrumentasi -prosedur kajian -kaedah analisis data (Langkah 1 & 2 terkandung dalam kertas cadangan kajian) Komponen perancangan adalah standard dan boleh berubah mengikut jenis kajian atau rekabentuk yang dibina. Rekabentuk kajian harus berpotensi menjawab semua persoalan dan hipotesis kajian dengan menyakinkan.
  • 14. Melaksanakan strategi Melaksanakan kerja lapang mengikut rancangan sambil mengumpul data Prosedur kajian mungkin perlu diubahsuai mengikut reality dan keadaan kerja lapang Pengumpulan data harus mengikut prosedur yang tepat dan sah Mengumpul dan Analisis data Data dikumpul, disusun dan dianalisis mengikut kaedah analisis yang sesuai Pengumpulan dan penyusunan sebaik-baiknya setelah dikumpul semasa kerja lapang. Data dianalisis mengikut kaedah yang dikenal pasti. Membuat intepretasi. Membuat kesimpulan / generalisasi (Mereflek) Membuat taksiran dan kesimpulan Menjawab soalan kajian Membincangkan implikasi dapatan kajian Mencadangkan tindakan atau kajian lanjutan Kesimpulan harus berdasarkan dapatan kajian sahaja Rajah 3 berikut menunjukkan satu skema yang menggambarkan proses kajian secara keseluruhan. Anak panah menunjukkan urutan komponen-komponen yang biasanya terdapat dalam cadangan kajian (proposal) atau laporan kajian. Urutan ini juga merupakan langkah-langkah yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang sesuatu kajian. Anak panah yang berputus-putus pula menunjukkan bahawa dalam amalan biasa, proses kajian tidak semestinya mengikut urutan yang tetap. Biasanya seorang penyelidik yang berpengalaman akan mengambil kira berbagai komponen secara serentak (simultaneously) semasa merancang sesuatu kajian. 999999999 Rajah 3: Proses Kajian Rujukan Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. 1980. Rethinkng Case Study: Notes from the Second Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular. Norwich, U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia. Borg, W. R. & Gall, M. D. 1989. Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York & London: Longman Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon Kemmis, S. (1988). Action research. Dalam Keeves, J.P.,ed., Educational research, Methodology and measurement, (m.s. 42-49). Oxford: Pergamon Press.
  • 15. McNiff. J. (1994). Action research: principles and practices. London: Routledge. Stake, R. E. 1994. Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247. Yin, R. 1994. Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage. 22222222 New TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI JURNAL Advantages of Homogeneous Collaborative Grouping for Algebra Students. Oleh: Mary Gaj Badillo. Pengumpulan / Penganalisisan Data Data dikumpulkan melalui beberapa kaeadah seperti berikut: 1) Kad laporan 2) Ujian 3) Kuiz 4) Kadar pelajar yang menyiapkan tugasan Algebra. 5) Kehadiran Data dianalisis melalui pemerhatian dalam kelas setiap pelajar berlakon menjadi pembentang apabila kumpulan mereka diberi masalah dan diminta membentangkan laporan di depan kelas. What is the Effect of Listening to Classical Music on Students' Performance, Motivation, and Fokus in Math? Oleh: Cyntia Cope. Pengumpulan/ penganalisisan Data. Data dikumpul melalui perbandingan tahap pencapaian pelajar dalam penilaian, motivasi dan
  • 16. fokus terhadap mata pelajaran Matemtik. Inquiring Minds Want to Know Karen Harlow Pengumpulan/ Penganalisisan Data Data dianalisis berdasarka pemerhatian terhadap pelajar. pengkaji mendapati ramai pelajar yang berminat untuk membuat projek, membuat pelbagai aktiviti dan melakukan perkara-perkara baru. Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 09:18 No comments: TUGASAN KELAS 18.12.2009: AKTIVITI 3: KOLOKIUM DPLI 2009. Meningkatkan Minat dan Tahap Penguasaan Pelajar dalam Kemahiran Membaca Al-Quran dengan Kaedah IQRA'. Oleh: Halina Yusof Nor Syariah Sirun . Pengumpulan / Penganalisisan Data. - Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dikumpul dengan 3 kaedah: 1) Pemerhatian Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji membuat pemerhatian semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bahagian Tilawah Al-Quran dan mendapati terdapat segelintir pelajar tidak tahu dan lemah dalam bacaan al-Quran. Selain itu, pemerhatian juga dibuat berdasarkan bacaan yassin setiap hari di bulan Ramadhan. Pengkaji mendapati terdapat pelajar yang tidak membaca tetapi melihat rakan di sebelah. 2) Temubual Temubual yang dijalankan dalam kajian ini adalah temubual tidak berstruktur. Temubual dijalankan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Sebelum- dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dan mendapati ramai
  • 17. pelajar yang tidak kuasai bacaan Al-Quran. Selepas- dijalankan selepas pelaksanaan kajian. Pengkaji mendapati pelajar menunjukkan perubahan yang positif, pelajar telah memiliki keyakinan diri. 3) Ujian bacaan Dilakukan setelah pelajar dapat kuasai ayat Al-Quran dengan kaedah iqra'. ujian ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian. dilakukan secara lisan. Pelajar diminta membaca dari huruf-huruf yang tidak bersambung hingga ke huruf yang bersambung. Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan 4 terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif. Oleh: Siti Zubaidah Ingsa Suryatee Abd. Rashid Pengumpulan/ Penganalisisan Data. Berdasarkan kajian yang dijalankan, data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif Data-data dari hasil pemerhatian iaitu, refleksi guru, penilaian guru mata pelajaran sebenar, penilaian guru pembimbing, penilaian pensyarah dan komen pelajar dianalisis dengan mengasingkan setiap kategori tertentu. bagi data senarai semak, data dianalisis satu persatu dan hasilnya dibandingkan untuk cari persamaan dan perbezaannya. Kuantatatif Diperolehi daripada ujian pre-test dan pro-test. Data dianalisis perkembangan mengikut peratusan. Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 08:34 N SAMBUNGAN AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN KERANGKA OPERASIONAL
  • 18. Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Definisi operasional ini diberikan mengikut fahaman pengkaji, bukannya dengan merujuk kamus. Berdasarkan kajian yang dijalakan, beberapa perkataan akan didefinisikan. Antaranya; 1) Karaoke Karaoke adalah hiburan interaktif yang dinyanyikan mengikut lagu yang dirakamkan. Selalunya lirik sesuatu lagu ditayangkan pada skrin. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan cd nyanyian kanakkanak yang berkaitan dengan bahasa Melayu semasa sesi P&P. 2) Nyanyian Nyanyian adalah sebutan bersuara yang dinyatakan dalam bentuk lagu dan irama. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengajar pelajar tentang huruf vocal, konsonan dan pola-pola vocal dengan kaedah nyayian. 4444444 SAMBUNGAN AKTIVITI 13: TUGASAN 4 KERANGKA KONSEPTUAL Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian. TAJUK: Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran OBJEKTIF: 1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu. 2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu. TEMPAT KAJIAN: Bilik darjah SAMPEL KAJIAN:
  • 19. Pelajar Bermasalah Pembelajaran KAEDAH KAJIAN: 1) Kajian kepustakaan 2) Menggunakan model Kemmis dan McTaggard 3) Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar. ANALISIS DATA: 1. Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan. RUMUSAN Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi. Langkah 1: Mengenal pasti masalah Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap pelajar. Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P. Langkah 2: Merancang Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan. Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam proses P& P. Langkah 3: Tindakan Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah Nyanyian atau karaoke sehingga pelajar dapat menguasai isi pelajaran. Langkah 4: Pemerhatian Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan dalam lembaran kerja. Langkah 5: Refleksi Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak menguasai isi
  • 20. pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap objektif dapat dicapai. Posted by Nor Hamizan Bt Mohd Yusof at 06:24 No comments: AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL DAN OPERASIONAL KAJIAN. KERANGKA TEORITIKAL Kerangka Teoritikal adalah satu koleksi konsep-konsep yang berkaitan. Kerangka teori menjadi panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Ia menjadi penentu kepada perkara-perkara yang ingin diukur dan melihat hubungan-hubungan satistik yang akan dicari. Dengan kata lain, kerangka teori adalah huraian yang menegaskan tentang teori yang dijadikan landasan dan andaian-andaian teori, yang mana daripada teori tersebut akan menjelaskan fenomena yang dikaji. Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah karaoke, manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian, fokus, dan minat pelajar terhadap pengajaran guru. Ini kerana ketiga-tiga perkara tersebut ditentukan oleh kaedah pengajaran guru. Definisi Karaoke dan Nyayian Nyanyian- gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara; bunyi atau suara yang berirama dan berlagu ( Kamus Pelajar, 1995) Teori yang digunakan 1) Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Dalam kajian ini, guru akan menggunakan kaedah tersebut bagi mencungkil kebolehan setiap pelajar. Melalui pembelajaran koperatif ini, diharapkan pelajar dapat berinteraksi secara positif dalam kumpulan dan menggalakkan budaya perkongsian idea antara satu sama lain. 2) Konstuktivisme
  • 21. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. 3) Pelaziman Operan (Ganjaran) Selain itu, kajian ini juga menggunakan teori pelaziman operan, pengukuhan positif. Pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran kepada pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan, bertujan supaya perlakuan tersebut akan diulang. Dalam kajian ini, kami akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang banyak terlibat dalam aktiviti P& P. Ganjaran akan diberikan dalam bentuk pujian, senyuman atau pemberian hadiah. 4444 Tujuan Kajian Tujuan kajian ialah untuk mengkaji dari aspek pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani suaian di sekolah, kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, mengenalpasti masalah pelaksanaan dari aspek keperluan tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan pengajaran pendidikan jasmani suaian di sekolah-sekolah menengah khas. Metodologi Kajian Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan melalui pemerhatian dan temubual. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan senarai semak yang mengandungi borang maklumat sekolah, kelas pendidikan jasmani dan kegiatan aktiviti fizikal yang dilaksanakan di sekolah. Borang maklumat ini selain merupakan 5 borang untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah dan kegiatan di sekolah tadi, juga merupakan alat yang mempunyai soalan-soalan berbentuk terbuka bagi mendapatkan maklumat lain seperti latarbelakang guru pendidikan jasmani, jenis-jenis aktiviti dan permainan yang melibatkan pelajar khas, kemudahan dan peralatan sukan khusus untuk pelajar berkeperluan khas, masalah pengajaran kelas pendidikan jasman dan huraian tentang aspek modifikasi/suaian dalam pengajaran dan pengajaran pendidikan jasmani. Responden Kajian Responden kajian terdiri daripada guru sekolah menengah yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran kelas pendidikan jasmani dan juga guru yang terlibat secara langsung aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal yang melibatkan pelajar khas. Sepuluh buah sekolah menengah telah terpilih untuk kajian ini, 7 buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di negeri Selangor. Sekolah yang dipilih melibatkan 5 buah sekolah percantuman dan 2 buah sekolah khas yang hanya menempatkan pelajar-pelajar khas. Analisis Data
  • 22. Data kajian dianalisis menggunakan statistik diskriptif. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk membincangkan dapatan. Aspek perbincangana menumpukan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, masalah pelaksanaan dari aspek tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas. Hasil temubual dianalisis dan digunakan untuk menyokong di dalam dapatan kajian. Dapatan Kajian Jumalah sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah 7 buah sekolah iaitu terdiri daripada 2 buah sekolah menengah khas dan 5 buah sekolah menengah khas program percantuman. Terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar pendidikan jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut adalah guru-guru pendidikan jasmani memiliki kelayakan. Tidak semua daripada mereka pernah mengikuti kursus secara khusus mengajar pendidikan jasmani suaian. Terdapat 28 % (10) adalah terdiri daripada guru-guru pendidikan jasmani yang berkelayakan mengajar murid biasa dimana di dalam kelas tersebut terdapat pelajr-pelajar berkeperluan khas. Seramai 6% (2) guru pendidikan jasmani yang berkelayakan mengajar pendidikan jasmani di sekolah biasa mengajar pendidikan jasmani di sekolah khas walau bagaimanapun mereka telah banyak mengikuti kursus-kursus pendidikan jasmani yang berkaitan dengan golongan berkeperluan khas. Dari segi pelaksanaan, dapatan kajian melalui pemerhatian dan temubual mendapati tiada format pengajaran yang standard digunakan antara sekolah yang terlibat dalam kajian, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh mereka. Pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi bicara guru yang melaksanakannaya. Aktiviti dalam pendidikan jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti pendidikan jasmani pelajar normal. Oleh yang demikian, aktiviti yang disediakan adalah 6 berdasarkan budi bicara guru terlibat. Hal ini berlaku kerana didapati tidak ada pemantuan pengajaran pendidikan jasmani oleh pihak kementerian, guru yang mengajar tiada pendedahan atau latihan. Bilangan pelajar khas dalam sekolah percantuman adalah minoriti dan mereka kurang diberikan perhatian oleh pihak sekolah dalam aktiviti berbentuk fizikal. Kajian juga mendapati guru pendidikan jasamani yang mengajar pelajar biasa tidak mengadakan ubahsuaian pengajaran untuk pelajar khas. Kaedah permainan juga adalah mengikut kaedah permainan pelajar-pelajar normal. Begitu juga dengan perlatan yang digunakan, kebanyakannya menggunakan peralatan biasa yang digunakan oleh pelajar normal. Penglibatan pelajar-pelajar khas menjalankan aktiviti yang sama dengan murid biasa terhad dan mereka berfokus dalam kumpulan mereka sahaja dengan menjalankan aktiviti mengikut kupayaan mereka sendiri. Jumalah waktu pengajaran pendidikan jasmani juga berbeza di antara sekolah. Walaupun kebanyakan sekolah menjalankan pengajaran sebanyak 2 kali dengan 40 minit setiap sesi pengajaran tetapi terdapat 2 buah sekolah melaksanakan 60 minit sekali satu minggu dan 2 buah sekolah mengajar 2 kali iaitu 30 minit setiap sesi pengajaran. Terdapat juga 2 buah sekolah yang melaksanakan waktu pengajaran pendidikan jasmani yang berbeza dengan kelas biasa iaitu 2 x 30 untuk kelas khas dan 2 x 40 minit untuk pelajar biasa. Jenis permainan dalam pendidikan khas yang dilaksanakan terbahagi kepada dua. Bagi sekolah-sekolah program percantuman jenis permainan yang dilaksanakan untuk murid-murid khas adalah sama seperti yang dimainkan oleh pelajar normal. Ini adalah disebabkan majoriti pelajar di sekolah adalah pelajar
  • 23. normal. Begitu juga alat permainan yang digunakan adalah alat permainan yang biasa digunakan oleh pelajar normal. Manakala bagi sekolah khas, hanya pelajar bermasalah penglihatan menggunakan jenis permainan yang berlainan. Walau pun memainkan permainan yang sama tetapi beberapa pengubahsuaian di rancang oleh guru dalam melaksanakan permainan ini seperti dalam permainan ping pong, bola sepak, catur dan karum. Begitu juga ubahsuaian dilakukan di dalam gimasium untuk peralatan yang diguanakan agar tidak membahayakan keselamatan pelajar. 55555 Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani kepada pelajar-pelajar khas yang disuarakan oleh guru-guru di sekolah percantuman dan sekolah khas adalah seperti berikut: i. kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan ii. jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif iii. peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas iv. pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal v. cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas vi. masalah fizikal bagi pelajar-pelajar khas vii. kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas viii. tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif ix. masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal. Faktor-faktor tersebut merupakan beberapa halangan yang menyebabkan kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendidikan jasmani atau walau pun guru-guru menyedari pentingnya aktiviti ini kepada pelajar khas. Kadang-kadang aktiviti ini tidak dapat dijalankan langsung kerana faktur-faktur keselamatan kawasan aatau perlatan yang hendak digunakan tidak bersesuaian dan boleh membahayakan pelajar sekiranya digunakan. 7777 Guru yang mengajar pendidikan jasmani juga perlu mempunyai sikap penyabar dan positif apabila berdepan dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Contohnya guru yang mempunyai pelajar spina bifida dalam kelasnya perlu membuat perubahan seperti merancang kelas supaya pelajar ini berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal, mengubah suai persekitaran untuk mengegalakkan mobiliti dan pergerakan dan mengelak pergerakan yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa dan kesakitan kepada pelajar tadi. Selain itu guru pendidikan jasmani perlu mampu 8 mengenalpasti dengan cepat tanda-tanda dan simptom seperti kulit yang tercedera atau jangkitan urinari. Begitu juga, contohnya, kelas yang mempunyai pelajar sawan. Guru perlu membuat perubahan supaya aktiviti itu tidak terlalu menekan jiwa pelajar. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru ini perlu mengingatkan pelajar untuk mengambil medikasi terlebih dahulu dan dengan cepat mengenalpasti tanda-tanda dan simptom distres semasa aktiviti (Heller, 2000; Jansma & French 1994; Pangrazi & Darst, 1994). Program aktiviti fizikal terancang untuk golongan khas tidak kurang penting seperti juga
  • 24. golongan normal. Faedahnya tidak terhad kepada kesihatan fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan psikologikal, termasuk pembentukan kognitif, sosial, afektif dan moral mereka yang mengikuti program ini. Kesempatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasa seronok dan berguna. Sebagai tambahan, apabila seseorang pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri (self-confidence) (Hvozdovic, 2003). Keterangan-keterangan ini sesuai dengan definisi yang diberikan oleh Jansma dan French (1994) yang merujuk pendidikan jasmani suaian sebagai “modifikasi aktiviti fizikal tradisional bagi membolehkan individu kurang upaya berpeluang untuk mengambil bahagian secara selamat, berjaya, dan mendapat kepuasan” (Jansma dan French, 1994). Rujukan Abd Wahab Hashim.1998. Senario masa kini dan rancangan masa depan pendidikan khas di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Abu Bakar Miskon. 1987. Persepsi guru-guru bukan opsyen pendidikan pendidikan jasmani yang mengajar pendidikan jasmani terhadap pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah. Latihan Ilmiah. University Pertanian Malaysia, Serdang. Auxter, D., Pyfer, J. & Huettig, C. 1989. Adapted physical education and recreation. St. Louis, Missouri. Mosby-Year Book, Inc. British Sport Council 2000. British Government Document. Cheah Swee Ming. 1985. Isu-isu pendidikan jasmani. Jurnal Pendidikan. 11:14-18. Daud Salleh. 1985 Perancangan pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Pertanian Malaysia. Serdang. De Vries. 1995 Pendidikan jasmani dan kesihatan-satu delima. Kertas kerja Seminar Pendidikan Jasmani dan Sukan menjelang tahun 2000. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang. UPM. Englert, C. S., Tarrant, K. L. & Mariage, T. V. 2000. Defining and redifining instructional practice in special education: Perspectives on good teaching. Teacher education and special education, 15(2): 62-68. Faridah Serajul Haq & Safani Bari. 2000.Ke arah meningkatkan profesionalisme guru-guru pendidikan khas. Pendidikan guru alaf baru. Prosiding kolokium ke 7. Fakulti Pendidikan UKM. hlm. 268-278. Hamdan Mohd Ali. 2002. Th You might also like: PERLAKSANAAN KURIKULUM F6 kajian ...apa itu, objektif dan lain2 contoh kolokium format penyelidikan...... contoh kajian kes