Tips
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tips

on

  • 1,107 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,107
Views on SlideShare
1,107
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
20
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Tips Tips Document Transcript

  • Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kataPernahkah anda merasa begitu berdebar semasapeperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegupdengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Andatidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukaruntuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah andapelajari. Apakah yang harus anda lakukan?Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini.Sedar tak, semasa anda resah dan berdebar, andabernafas dengan laju sekali? Anda bernafas kadangkalaseperti orang yang baru berlari pecut 100 meter.Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paruanda sukar untuk menyerap oksigen yang anda sedutkerana anda sedut udara dan lepaskannya semula dalammasa yang sangat singkat.Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah,pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafassedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masayang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dankemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga.Buat aktiviti ini 5 ke 10 kali.Sebaik-baiknya anda amalkan cara pernafasan beginisemasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebihbaik jika anda lakukan semasa peperiksaan.Praktikkan cara ini insyaallah anda akan rasakankesannya yang membuat anda lebih tenang dan fokus.Selamat mencuba.
  • Tip #1 Bahaya menghafal di saat akhirSebelum memasuki dewan peperiksaan,pasti anda pernah lihat kawan-kawan andasibuk membuka buku dan cuba menghafalfakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapatanda tentang perkara ini?Jika anda tanya saya, saya akan katakanbahawa ada bahayanya jika anda lakukanperkara ini. Ini kerana, sebelum memasukidewan peperiksaan, anda lebih mudahpanik. Katakan anda cuba menghafalsesuatu dan gagl menghafalnya, anda akanmasuk dewan peperiksaan dengan perasaansangat gementar kerana tidak menghafalfakta tadi. Ini mula mengganggukonsentrasi ingatan anda terhadap fakta-fakta lain.Akhirnya, fakta yang anda tidak sempathafal tadi mungkin tidak keluar langsungdalam soalan, tetapi disebabkannya, andalupa fakta lain yang anda telah hafalsebelum ini. Ini semua disebabkan rasapanik dan gementar sebelum memasukidewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikahanda membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?
  • Tip #2 Latih kebolehan menumpukan perhatianApabila kita sedang menjawab soalan didalam dewan peperiksaan, satu kebolehanyang amat kita perlukan ialah kebolehanuntuk menumpukan perhatian. Jika kitatidak boleh menumpukan perhatian, kitaakan merasa sukar untuk mengingati apayang telah kita pelajari. Jika kita tidak bolehmenumpukan perhatian kepada menjawabsoalan, kita juga akan mudah merasa letihdan hilang kebolehan untuk berfikir dengantajam.Satu cara untuk melatih kebolehanmenumpukan perhatian ialah semasa andamelakukan ulangkaji pelajaran. Semasamengulangkaji, ketepikan semua jenisgangguan seperti televisyen, radio,handphone dan cuba cari tempat yang agaktenang seperti keadaan di dalam dewanpeperiksaan. Katakan anda sedangmengulangkaji matematik, cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukandalam masa 30 minit. Dapatkan contohkertas peperiksaan jika boleh.Kemudian, duduk dengan selesa. (Dudukdengan selesa bukan bermakna anda bolehberlunjur atau meletakkan kaki di atas meja) Duduk seperti anda seorang pelajarcemerlang yang sedang menjawab soalanpeperiksaan. Tetapkan dalam hati (denganbersungguh-sungguh) bahawa anda akanmenumpukan perhatian selama 30 minituntuk melakukan latihan matematik. Kitamulakan latihan penumpuan perhatian inidengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30minit terlalu lama, kurangkan sedikit.Kemudian, mula menjawab soalan-soalan
  • itu. Gunakan segala usaha minda andauntuk menepis sebarang jenis gangguanyang mungkin mengganggu konsentrasianda. Mungkin dalam masa 30 minit andamula teringat rancangan television yangmenarik dan mungkin anda juga teringattentang janji untuk berjumpa kawan. dalammasa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus100 peratus perhatian anda kepada soalanyang sedang lakukan.Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelahberjaya, tambahkan masa daripada 30 minitkepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepadamasa sebenar yang diberi untuk menjawabkertas soalan matematik.Dengan berlatih begini, anda akanmeningkatkan kebolehan anda untukmenumpukan perhatian dan bertahandalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.Selamat mencuba. Tip #3 Rehat dengan cukupApabila disebut perkataan rehat, ramaipelajar yang terbayangkan perkataan tidur.Bagi mereka, satu-satunya cara untukberehat adalah dengan tidur.Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat.Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yangboleh dilakukan untuk berehat. Contohnya,bersiar-siar di waktu petang, beriadahringan, membaca buku kegemaran,menonton tayangan gambar, mendengarmuzik dan sebagainya.Ada beberapa petua tentang memilih aktivitiuntuk merehatkan otak dan badan.Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang
  • sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi oranglain. Contohnya, bila anda dengar kawananda berehat dengan membaca buku cerita,anda juga ikut baca buku cerita. Padahal,anda rasa makin tertekan bila membacabuku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain,cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalumemenatkan. Jika terlalu memenatkan,anda akan kehilangan tenaga untukdiluangkan kepada masa mengulangkaji.Jika anda memilih untuk beriadah, janganterlalu memenatkan.Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otakitu dengan kadar sederhana. Jika andamemilih untuk tidur, jangan tidur terlalulama. Jika anda memilih untuk membacabuku cerita atau majalah, jangan terlalulama juga. Nanti masa anda habis dalammembuat aktiviti ini sahaja pula. Tip #4 Bayangkan kesudahan menggembirakanPeperiksaan adalah sesuatu yangmenakutkan dan menggerunkan bagisesetengah pelajar. Perasaan sebegini akanmenjadi lebih teruk lagi jika minda pelajaritu dipenuhi dengan imej-imej yangmenunjukkan kegagalan, kesusahan,pening kepala dan kekecewaan. Imej-imejbegini dalam fikiran pelajar akanmenambahkan lagi debaran untukmenghadapi peperiksaan. Jadi, apa yangpelajar harus lakukan untuk mengurangkanrasa debaran dan kegelisahan ini?Satu cara yang efektif ialah dengan
  • membayangkan kesudahan yangmenggembirakan. Sebelum haripeperiksaan menjelang, bayangkan haripeperiksaan tersebut di dalam minda anda.bayangkan, peperiksaan sudah berakhir,dan anda kelihatan gembira kerana telahmenjawab dengan baik. Bayangkan denganjelas bagaimana rupa anda ketikatersenyum selepas peperiksaan. Kemudian,rasakan perasaan gembira yang mengiringisenyuman itu. Ini yang dimaksudkandengan membayangkan kesudahan yangmenggembirakan.Mengapa kita lakukan ini? Seperti yangsaya katakan sebelum ini, kita adalah apayang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkantentang kesusahan peperiksaan, kita akansentiasa risau dan tidak dapat menumpukanperhatian kepada pelajaran. Akhirnya,kesusahan itu menjadi kenyataan.Jadi tukar imej susah dalam minda anda itukepada kesudahan yang menggembirakanyang saya katakan tadi. Insyaallah, kitaakan rasa lebih tenang dan kesudahan ituakan benar-benar menjadi kenyataan.Selamat mencuba
  • Tip #5 Berlatih dengan suasana peperiksaanPeperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPMakan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakanpelajar yang akan mengambil peperiksaanini sudah habis belajar sukatan pelajaranmasing-masing dan sepatutnya merekasemua sudah mula membuat latih tubiuntuk menghadapi peperiksaan yang besarini. Selain daripada melakukan sebanyaklatihan yang mungkin, apakah perkarapenting yang perlu dilakukan ketika ini?Satu perkara penting yang patut andalakukan ialah berlatih dengan suasanapeperiksaan. Saya selalu mendengarrungutan pelajar bahawa jika merekalakukan latihan di rumah, mereka bolehmenjawab dengan baik, tetapi di dalamdewan peperiksaan, lain pula jadinya.Kenapa anda mungkin hebat di rumah dandi sekolah tetapi tidak begitu hebat semasapeperiksaan sebenar?Ada beberapa sebab mengapa itu terjadi.Satu sebabnya ialah anda mungkin telahmembiasakan diri dengan aktiviti yang tidakboleh dilakukan di dalam dewanpeperiksaan. Contohnya, saya ada lihatpelajar yang suka meletakkan kedua-duakaki mereka di atas kerusi semasa belajar.Mereka selesa belajar begitu. Tetapi, didalam dewan peperiksaan mereka tidakboleh buat begitu, lalu mereka jadi tidakselesa. Bila tidak selesa, mereka tidakdapat berfikir sehebat bila mereka belajar dirumah.Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiulsewaktu membuat latihan. Mereka katamereka selesa begitu. Tetapi, tidak bolehbersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi,
  • mereka rasa tidak selesa dan akibatnya,tidak dapat menjawab dengan baik.Apa yang perlu anda lakukan ialah,perhatikan cara anda belajar di rumah atauketika bersendirian. Kenal pasti mana-manaperkara yang anda lakukan yang tidak bolehdilakukan di dalam dewan peperiksaan.Walaupun anda selesa belajar begitu(seperti belajar sambil meniarap), andaakan rasa tidak selesa semasa dalam dewanpeperiksaan nanti. Kemudian, perlahan-lahan hentikan perbuatan itu. Anda perluingat, jika anda terlalu suka buat sesuatuyang tidak boleh dilakukan di dalam dewanpeperiksaan, anda akan rasa tertekansemasa mengambil peperiksaan nanti.Kemudian, berlatih duduk di satu tempatyang sesuai dan buat latihan matapelajaran anda. Jika boleh, wujudkansuasana peperiksaan di mana anda buatlatihan itu mengikut masa yang ditetapkandan anda tidak membuat bising ataubergerak ke sana ke mari. Ringkasnya,berlagak seolah-olah anda sedangmenghadapi peperiksaan yang sebenar.Kesannya? Seperti biasa, mula-mula andaakan rasa tidak selesa dan janggal. Namun,setelah dilatih, anda akan mula rasa selesamalah anda akan rasa lebih mudah untukfokus kepada latihan anda. Kemudian,insyaallah, anda akan rasa selesa juga didalam dewan peperiksaan nanti.Selamat mencuba.
  • Tip #6 Teknik meningkatkan kepantasansemasa menjawab soalan peperiksaanAda dua perkara penting yang anda perluada untuk mendapat markah yangcemerlang di dalam peperiksaan. Duaperkara itu ialah Kepantasan danKetepatan.Saya ingin kongsikan satu tips tentangkepantasan.Bagaimana cara meningkatkankepantasan? Atau saya soal dalam bentuklain, bagaimana anda boleh menjawabsoalan dengan pantas di dalampeperiksaan? Kepantasan adalah amat pentingterutamanya di dalam peperiksaanmatematik. Satu teknik yang bolehdigunakan untuk meningkatkan kepantasandinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).Contohnya, anda sedang mengulangkajimatapelajaran matematik di bawah tajuklinear equation. Setelah anda faham tajukitu dan mula membuat latihan, catat masaanda membuat latihan matematik.Katakanlah, disebabkan soalan itu susah,anda mengambil masa 7 minit untukmenyelesaikannya. Kemudian, ambil kertaskosong lain, selesaikan semula soalan itu.Jika anda tidak boleh selesaikan,maksudnya anda masih tidak faham jalanpenyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masayang anda ambil. Masa anda ambil mungkinkurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7minit.Ulang buat soalan itu sehingga andabetul-betul lancar dan masa yang andaambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mulatadi (3.5 minit).
  • Anda mungkin terfikir, “jika saya asyikulang soalan yang sama, tentulah sayaakan jawab semakin cepat sebab sayasudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalampeperiksaan bukan kena jawab soalan yangsama!”Benar, anda jawab semakin cepatkerana anda sudah ingat jalanpenyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalammasa yang sama, anda akan ingat juga caramenjawab soalan begini jika anda jumpasoalan yang lebih kurang sama bentuknyadi dalam peperiksaan nanti.Berlatih berulang kali dengan soalan yangsama boleh meningkatkan tahap keyakinandan keselesaan anda. Anda akan rasaselesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi,anda akan dapat jawab dengan baik. Jawabsoalan yang sama berulang kali juga akanmembuat anda sedar bahawa kebanyakancara menjawab soalan peperiksaan adalahsama sahaja. Jika anda sudah fahamdanmahir menyelesaikan masalahmenggunakan satu cara, cara itu juga bolehdigunakan untuk soalan lain dalam tajukyang sama.Selamat mencuba.
  • Tip #7 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaanPeperiksaan sudah semakin hampir.Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan?Letih? Gementar? Atau anda rasa gembirakerana debaran sepanjang tahun ini akanberakhir tidak lama lagi.Merasa gementar atau tertekan adalahperkara biasa. Namun perkara biasa iniboleh menjadi luar biasa jika anda tidakboleh mengawalnya. Sewaktu sayamengambil peperiksaan SPM pada tahun1993, ada dua pelajar daripada sekolahsaya yang tidak dapat mengambilpeperiksaan. Mereka tidak sihat dan sayapercaya ia disebabkan oleh tekananmenghadapi peperiksaan. Soalan saya,apakah kesan tekanan menghadapipeperiksaan ini? Maksud saya, apakahkesan-kesan yang anda boleh lihat akibattekanan perasaan? Tuliskan 10 jawapananda di atas kertas. Saya beri masa 3 minituntuk anda menulis kesan-kesan tekananperasaan itu………… (3 minit darisekarang……………..)(…….. dah tulis….? Jangan sambung bacaselagi anda belum tulis…. nanti anda tidakdapat faham apa yang saya inginsampaikan dalam mesej ini.)Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda?Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulisialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepatmarah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakitperut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nakpengsan, benci tengok kawan, benci tengokmuka guru, benci tengok muka sendiri, danmacam-macam lagi perkara yang negatif.
  • Ada tak contoh-contoh ini dalam senaraianda?Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalamsenarai anda, ada tak kesan yang positifatau kesan yang baik? Hmm…. selalunya,saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesanyang baik bila ditanya tentang kesantekanan perasaan. Padahal, memang adakesan yang baik.Apakah kesan baik tentang tekananperasaan? Saya akan jawab esok. Tetapisaya akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekananperasaan ada kaitan dengan orang yangmembuat senaman angkat berat. Apaagaknya ya? Fikirkan……. Tip #8 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaanDapatkah anda meneka apakah kesan baiktekanan perasaan kepada kita? Baiklah,saya akan terangkan dulu apa kesanmembuat latihan angkat berat.Katakan Ali berlatih angkat berat dan diamengangkat besi seberat 20 kg beberapakali hingga dia tidak mampumengangkatnya. Besi yang berat inimemberi tekanan kepada otot-otot tanganAli. Keesokan harinya, tangan Ali akanterasa sakit. Ini disebabkan otot-otot padatangan Ali telah rosak disebabkan tekanantadi.Satu perkara yang hebat mengenai manusiaciptaan Allah, jika otot-otot kita rosakdisebabkan tekanan benda berat tadi, iaakan digantikan dengan yang BARU,LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
  • Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasasakit, kekuatan tangannya akan bertambah.Sebab itulah sebenarnya jika mula-mulakita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapilama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Inikerana kekuatan kita telahbertambah.Begitu juga dengan tekananperasaan. Tekanan perasaan membuat kitapening kepala, sakit perut, rasa nak muntahdan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar,hadapi tekanan itu dengan rasa yakinbahawa ia akan membuat kita lebih hebat,insyaallah kita akan jadi lebih matang danbijak. Kita buat soalan matematikcontohnya dan rasa pening, jika kita sabardan hadapi tekanan itu dengan tenang, kitaakan rasa bahawa soalan matematik tidaklagi memberi tekanan perasaan kepadakita. Ia seolah-olah kita sudah menjadisemakin kuat.Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satuperkara ini. Jika anda rasa tertekan,percaya bahawa apabila anda susahmelaluinya anda akan jadi lebih bijak danmatang dan anda akan lebih mempunyaipeluang untuk berjaya di dalam pelajaranatau dalam hidup.
  • Tip #9 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaanSetelah kita tahu bahawa tekanan perasaansebenarnya membawa kebaikan kepada kitajika kita dapat mengawalnya dengan baik,kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasatenang kerana anda tahu, tekanan perasaanitu akan berakhir dan apabila ia berakhir,anda akan jadi lebih bijak dan matang.Hari ini, saya ingin kongsikan satu tekniklain untuk mengurangkan tekananperasaan. Teknik ini saya namakan mencari‘masa aktif’.Salah satu sebab anda merasa tertekanialah kerana anda penat. Apabila andapenat, anda tidak boleh menumpukanperhatian kepada apa yang anda belajar.Apabila anda tidak boleh menumpukanperhatian, anda tidak faham. Apabila andatidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!Mencari masa aktif bermaksud, anda perlumengenal pasti pada waktu bila kah andapaling aktif? maksud, dalam sehari, padawaktu mana fikiran anda paling cergas? Adapelajar yang cergas di waktu pagi dan adapelajar yang cergas di waktu malam danada di waktu petang. Jika anda belajarsewaktu minda anda cergas dan tubuhbadan anda rasa segar, anda lebih mudahfaham apa yang anda pelajari. Disebabkananda sedang cergas, anda juga tidak akanmudah rasa tertekan. Jadi, kenal pastiwaktu mana yang sesuai untuk andabelajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’anda itu.Ada satu peringatan. Jika masa aktif andaadalah pada waktu malam, anda perlu
  • berhati-hati supaya jangan membuataktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang.Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2jam di waktu petang hingga anda hilangsemua tenaga simpanan yang perludigunakan pada waktu malam. Sama jugajika masa aktif anda ialah pada waktu pagi.Jangan tidur terlalu lewat jika anda sukabelajar pada waktu pagi. Ini akanmengganggu masa aktif anda itu.Selamat mencuba. Tip #10 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaanPernahkah anda merasa begitu tertekanhingga tidak boleh tidur dan tidak bolehmakan? Ingat semula pengalaman itu. Cubaingat, bagaimana cara anda berdiri,bagaimana cara anda duduk dan bagaimanamemek muka anda ketika anda merasatertekan? Ingat?Bagus. Jika anda hendak tahu, anda bolehmengurangkan rasa tekanan dengan hanyamengubah cara anda berdiri, duduk danjuga menukar memek muka anda.Sekarang, jika anda rasa tertekan, cubaberdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam.Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dananda merasa sangat bangga. Senyum.Senyum sampai nampak semua gigi anda.Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baikkan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untukmengurangkan tekanan perasaan.Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakanbahawa anda boleh mengubah apa yang
  • anda rasa dengan hanya mengubah carapergerakan tubuh badan anda. Mari kitacuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergike meja anda untuk belajar. Buku-bukuanda telah siap tersedia di atas meja. Cubajalan perlahan-lahan dengan muka yang‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni )Kalau tak faham monyok, buat muka ketikaanda sangat kecewa. Jalan dengan langkahyang berat seolah-olah ada rantai di kakianda dan anda tidak larat nak berjalandengan tegak.Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan?Untuk mengatasinya, buat perkarasebaliknya. Berjalan dengan gagah danbuat muka riang gembira macam anda barumenang hadiah cabutan bertuah. Apa andarasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebihcergas, anda juga akan kurang merasakesan tekanan perasaan yang melanda.Jadi, ubah pergerakan anda dan ubahmemek muka anda untuk mengurangkantekanan perasaan yang anda rasa. Selamatmencuba. Tip #11 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaanManusia amat memerlukan tekanan untukdia lebih cerdas, cergas dan cemerlang.Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain.Sebagaimana air dari kepala paip, jika takkuat tekanannya, lemahlah air yangmengalir, jika kuat tekanannyaterpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HMTuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
  • Seperti yang telah kita bincangkanbeberapa hari ini, tekanan boleh membawakesan positif kepada hidup kita dengansyarat kita sabar dan hadapinya dengantenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsepini dengan menarik melalui buku beliau Nakke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagusjika anda mendapatkan buku ini.Satu petua lagi yang ingin saya kongsikandisini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagaijenis teknik pernafasan yang ada tetapisaya ingin kongsikan satu teknik pernafasanyang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorangpakar Sophrology di Amerika Syarikat(jangan risau jika anda tidak tahu apamaksud sophrology). Ini adalah teknikpernafasan beliau untuk menghilangkantekanan perasaan.Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebihkurang selebar bahu anda. Tarik nafasmelalui hidung anda dan bayangkan yanganda sedang menyedut udara dari ibu jarikaki anda dan ia memenuhi sebiji belonbesar di dalam perut anda. Lakukan prosesini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saatperlahan-lahan).Kekalkan belon besar itu di dalam perutanda selama 4 saat.Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.Kemudian biarkan belon itu kosong selama4 saat. Tenangkan fikiran anda. Janganfikirkan apa-apa.Kemudian ulang semula proses ini dari awal4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebihtenang dan kadar tekanan perasaan itu
  • akan menurun.Selamat mencuba.