Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
387
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
2
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Profil UniversitiUiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun1956. Ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 15 buahkampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, sertasebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17, 000 orang dalamsatu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik dalamsuasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 172, 000 orang pelajar.UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga keperingkat akademik yang tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan.Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampumemimpin dalam apa juga arena. Walaupun masih muda berbanding universiti tempatan lain, UiTMmemiliki reputasi sebagai salah sebuah universiti tempatan yang inovatif. Ia menjalinkan hubungandengan pelbagai sektor industri yang menyuburkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi sertakeusahawanan di kalangan warganya.Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya terdahulu, meneroka dan menguasaipelbagai cabang ilmu untuk meraih gelaran universiti bertaraf dunia.Moto, Visi, Misi, Falsafah & Objektif UniversitiMotto“Usaha, Taqwa, Mulia”VisiMenjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademikbagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahirgraduan yang berdaya saing, global dan beretika.MisiMempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaianprogram profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepadanilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
  • 2. FalsafahSetiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilaimurni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri,masyarakat dan negara.ObjektifMenyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikanbertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dankemasyarakatan.Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendakpasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai dikalangan masyarakat UiTM.Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusiatempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumbermanusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamatpendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.Sejarah PembangunanHalaman 1 dari 3Sejarah 1956, 1965, 1967, 1996UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekasPerdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Sepanjang era beliau sebagai „BapaPembangunan‟, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan tarafsosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asaspembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemuasumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih danberkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain.Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaaninstitusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan LatehanRIDA.Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untukprogram pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yangmengandungi tentang penubuhan RIDA dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan tarafekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan
  • 3. Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur)dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh MenteriPerdagangan dan Industri pada 14 oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan olehbadan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship ofManagement telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telahmelangsungkan majlis konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduandianugerahkan sijil oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.Maktab MARA 1965 - 1967Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1965. Menurut Y.A.B. TunAbdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusatlatihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasaRIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.MARA, nama singkatan bagi Majlis Amanah Rakyat telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkanlagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Managementmemansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankanprogram Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafanantarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.Institut Teknologi MARA 1967 - 1999Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerjaterlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalahini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak dandengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoranperkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerjapada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITMtelah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. PembangunanITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secarakeseluruhannya. Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badanbebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaanKementerian Pembangunan Luar Bandar. Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengankemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambiltempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuahuniversiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telahdibuat :1. Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarahdengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;2. Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;3. Senat telah ditubuhkan;4. Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepadaRektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukarkepada Profesor dan Profesor Madya;5. Setiap jabatan diberi nama Fakulti;6. ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;7. ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luarnegara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;
  • 4. 8. ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibatdalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkankomersial.9. Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepadaLembaga Pengarah.10. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;11. Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplindiperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri.Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalahdi Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawanganmemulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi danpelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetapkecuali kampus Kuala Pilah.Universiti Teknologi MARA 26 OGOS 1999Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato‟ Seri Dr.Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA(UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadiuniversiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 danmenjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusankorporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepadakecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yangmenyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dananugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialahmenawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingatemas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, sertaterkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.Universiti Teknologi MARA Akta 173Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakangaris panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yangberkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepadasebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universitilain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semuaperingkat.Artifak SimbolikCokmarCokmar atau lambang kuasa UiTM bermotifkan sebilah keris yang dinamakan “Keris Agung” dan diiringidengan “Tombak Agung”. Kedua-duanya melambangkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggibumiputera yang terulung, kukuh dan murni.
  • 5. Keris AgungKeris Agung yang bersarung melambangkan kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu. Motif ukiran yangterdapat pada “Keris Agung” ini menepati makna dan tujuan penciptaannya. Motif ini menggambarkanSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Canselor UiTM sekaligus melambangkan UiTMsebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera yang terulung.Ciri-ciri keaslian dan ketulenan keris Melayu sebagaimana yang terdapat pada “Keris Agung”melambangkan falsafah penubuhan UiTM. Ia digarap dari idea penciptaan sebilah keris yang bernama“Keris Potong Barat”.Motif ukiran pada hulu keris ialah motif bunga petola kuning, pendongkoknya bermotifkan pucuk rebungdan sarungnya bermotifkan bunga tanjung.Motif bunga petola kuning pada hulu keris mewakili warna kuning diraja, menggambarkan lambangKesultanan Melayu. Motif pucuk rebung melambangkan proses pendidikan yang membentuk mahasiswauniversiti ini menjadi graduan profesional. Motif bunga tanjung pada sarung keris pula melambangkanidentiti negeri Selangor, bersesuaian dengan kedudukan kampus induk UiTM yang berpusat di negeriSelangor Darul Ehsan.Kewibawaan makna identiti keris terserlah dengan logo UiTM yang diletakkan di atas ukiran perak padapangkal sarung keris. Bahagian tengah sarungnya pula tertera tulisan khat tuluth yang mempamerkanmoto UiTM iaitu “Usaha, Taqwa, Mulia”.Tombak AgungTombak Agung yang terdiri daripada sepasang tombak; satu berlok lima dan satu lagi bermata daunbuluh, merupakan lambang kepada nilai keagamaan, keilmuan, keperibadian serta kedaulatan bangsadan negara. Motif keseluruhan batang tombak diambil dari reka bentuk kubah yang membawa maksudUiTM sebagai wadah pemberian dan penerimaan ilmu menurut hukum ilmu ke arah membina kebaikandan menolak kemungkaran berlandaskan aqidah, khususnya di kalangan mahasiswanya, demi agama,bangsa dan negara.Mata tombak berlok lima mencerminkan lima Rukun Islam. Manakala yang bermata daun buluhmenggambarkan kekayaan seni reka Melayu yang asli. Penghias tombak ialah ukiran destar perakbermaksud raja-raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam dan simbolketinggian tamadun bangsa Melayu.Bahagian batang tombak juga dihiasi dengan ukiran perak bunga tanjung, manakala bahagian atasnyaterdapat logo dan moto UiTM “Usaha, Taqwa, Mulia” ditulis dengan khat tuluth. Logo dan moto ini
  • 6. menggambarkan keunggulan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diwujudkanberlandaskan aspirasi untuk menghasilkan graduan-graduan bumiputera yang menguasai maklumat danteknologi tinggi.Logo & Lagu UniversitiHalaman 1 dari 3Logo UniversitiBentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaanilmu di Universiti Teknologi MARA.Lima bentuk yang menyerupai buku yang menjulang ke atas melambangkan kepelbagaian bidang ilmudan kepelbagaian peringkat pengajian yang ditawarkan seperti Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda,Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.Lima bentuk ini juga melambangkan Rukun Islam yang menjadi teras pembangunan pelajar.Buku yang diletakkan di atas rihal menjadi asas kepada pembentukan logo Universiti Teknologi MARA.Penggunaan buku melambangkan sumber ilmu. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, teras segalailmu.Termasuk dalam bidang sains dan teknologi yang disampaikan kepada pelajar adalah berdasarkankepada ilmu al-Quran dan as-Sunnah.Penggunaan rihal melambangkan universiti sebagai dataran untuk menyampai dan memancarkan ilmu.Dua bilah keris bersilang melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu untukmenegakkan kecemerlangan dan kedaulatan bangsa.Bentuk berlian empat segi separuh digilap melambangkan peranan Universiti Teknologi MARA untukmemajukan Bumiputera supaya menjadi satu bangsa yang cemerlang berusaha, bertaqwa dan mulia.Bentuk bulat dalam bentuk keseluruhan logo melambangkan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuahuniversiti bersifat global, unggul dan berdaya saing.Warna LogoBiru tua membawa maksud kematangan sebuah institusi pengajian tinggi yangmenawarkan pelbagai peringkat pengajian.Ungu melambangkan kecemerlangan ilmu yang berbentuk global.Kuning melambangkan kedaulatan raja Melayu dan perjuangan bangsa Melayu dalammencemerlangkan kualiti pendidikan negara.Putih membawa maksud kesucian dan kemurnian ilmu yang ditawarkan kepada pelajar.Keseluruhan bentuk logo masih mengekalkan bentuk tradisi supaya identiti keilmuan dan gedung ilmukekal berpanjangan.Lagu UniversitiUiTM DI HATIKU WAWASAN SETIA WARGA UiTM
  • 7. Wujudmu di sini di tanah anak merdekaBagai obor ilmu memayungi putra-putrinyaPelopor hidup, budaya bangsa, agama, negaraPembentuk akhlak manusia agar jadi sempurnaKu yang melangkah ke sini ingin mempelajariRahsia di muka bumi dengan cara hakikiTunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menujuDestinasi cita-cita negara dan bangsakuMajulah bangsaMaju negaraBerkat usaha jaya MARAKami berikrar akan berjasaHingga kita Berjaya...demi bangsaWatikah yang ku miliki kan ku semat di hatiJanjiku pada pertiwi untuk menabur baktiKu sempurnakan seikhlas hati membela negaraDoa restu ayah bonda ku untuk mu semuaUiTM...Usaha Taqwa MuliaBersatu kita warga UiTMKita bangsa perkasaTaat dan setia ku untuk negaraPenuh semangat wajaKita...Jangan mudah terlupaPengorbanan perjuangan anak bangsaKita...Jangan mudah terlekaKemajuan keamanan yang adaKita...Berterima kasihPada pemimpin-pemimpin negaraKita...Rasa penuh bersyukurKerahmatan, kemuliaan dariNyaKamilahPendokong, pewaris bangsaKamilahPendaulat, bangsa MalaysiaKamilahWarga berwawasanUntuk negarakuCanselor
  • 8. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGALMUTASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIMMUADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAHD.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang),D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor),D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K.(Brunei), D.P.(Sarawak),D.U.N.M, S.M.D.K., S.H.M.S.,S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,Grand Cordon Of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha PutraAdipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso.Knight Order ofSt.John, Hon. Ph.D (UUM)DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Universiti. DYMMTuanku Canselor menentukan kekerapan dan tarikh bagi mengadakan konvokesyen danbagindalah yang mempengerusikannya.DYMM Tuanku Canselor menganugerahkan ijazah, diploma, sijil serta pencapaian akademikyang lain kepada sesiapa yang telah menjalani pengajian yang diluluskan oleh Universiti.DYMM Tuanku Canselor juga menganugerahkan ijazah kehormat atau sebarang anugerahseperti mana yang dicadangkan oleh Lembaga Pengarah selepas dibincangkan bersama Senat.DYMM Tuanku Canselor juga melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang termaktub dalamAkta Universiti Teknologi MARA 1976 ( Akta 173).Pro-Canselor
  • 9. YBhg Tan Sri Dato SeriArshad AyubP.S.M, S.P.M.S, S.P.S.K, P.N.B.S, D.P.M.P, D.P.M.J,D.S.A.P, D.P.M.T, P.G.D.K, J.M.NYBhg Tan Sri Datuk Seri PanglimaDr. Abdul Rahman ArshadP.S.M, S.P.D.K, D.C.S.M,D.S.A.P,D.M.P.N,D.K.S.J, J.M.N, J.S.M, B.S.KYBhg Tan Sri Dato SriSallehuddin MohamedP.M.N, P.S.M, S.S.I.S, S.I.M.P, D.H.M.S,D.I.M.P, J.M.N, K.M.NGran Cross Federal Republic of Germany (Honorary)YBhg Tan Sri NuraizahAbdul HamidP.S.M, P.J.N, D.P.M.P, J.S.MPro-Canselor dilantik oleh Canselor , atas nasihat Menteri.Sekiranya, atas sebab-sebab tertentu, Tuanku Canselor tidak dapat menjalankan tugas yang telahditetapkan ke atas baginda, baginda boleh memberi kuasa kepada Pro-Canselor untuk menjalankantugas bagi pihak baginda.Setiap Pro-Canselor boleh memegang jawatan selama mana dipersetujui oleh Canselor.