NASKHAH CONTOH PELAJAR

CTU 151
PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

TAJUK:
PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM DALAM
PENTADBIRAN KHALIFAH ...
2

KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN

1.0

PENDAHULUAN

jangan buat ayat penghargaan

3

2.0

LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UMAR B. AL-...
3

1.0

PENDAHULUAN(tidak perlu RUJUKAN di akhir perenggan)

Pemerintahan dan pentadbiran Islam telah diambil alih oleh kh...
4

2.0

LATAR BELAKANG KHALIFAH „UMAR B. AL-KHATTAB

Nama penuh Khalifah „Umar ialah „Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdu...
5
binti„Affan.Selepas „Affan meninggal dunia, Arwa berkahwin dengan „Uqbah dan
mendapat tiga orang anak lelaki dan seorang...
6

4.0

PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM SEMASA PENTADBIRAN

KHALIFAH „UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH „UTHMAN B. „AFFAN
Ant...
7
Selain itu, Khalifah „Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada
beberapa bahagian.Wilayah-wilayah tersebut ia...
8

Anatolia dan Asia Kecil di sebelah Barat lalu menyusur masuk ke Cyprus, sementara arah
Timur dan Timur Laut merangkumi ...
9
Selepas berjaya membuka wilayah tersebut, „Abd Allah ibn Sa„ad mengambil satu
perlima daripada harta ghanimah untuk diri...
10
kapal.Sementara itu, „Abd Allah ibn Abi Sarh mara ke negeri tersebut melalui arah
lain.Pertempuran sengit berlaku dan k...
11
Rahman ibn Rabi„ah, pemangku atau naib pemerintah supaya membantu Salman pada
waktu yang sukar. Salman mengarahkan tent...
12

perbelanjaan kerajaan pusat di Madinah, selebihnya diberikan kepada tentera-tenterayang
terlibat dalam peperangan.

Ji...
13

dikumpulkan daripada hasil tanah sahaja. Malah, ia turut dikumpul bagi menjana
ekonomi negara di samping menyumbang ke...
14
tanah sekitar masjid. al-Waqidi menyatakan bahawa Khalifah „Uthman pernah
mengeluarkan perintah supaya memperbaharui ti...
15

pada tahun 17H.Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan negara serta segala urusan
yang berkaitan dengan tarikh.Khalif...
16

mengarahkan Zayd b. Thabit supaya menyalin semula mengikut cara bacaan Quraisy.
Sehingga ke hari ini mushaf ini dikena...
17

Maksudya:
Abu Bakr telah sampaikan kepadaku berita korban Ahl al-Yamamah sedangkan „Umar
bersamanya. Abu Bakr berkata,...
18

Peluasan dan perkembangan wilayah Islam akibat gerakan futuhat al-islamiyyah
yang membawa kepada penaklukan banyak neg...
19

lahjah quraysh.Mashaf yang siap dibukukan itu kemudiannya dimeterai dengan cap
mohor khalifah sebagai tanda pengesahan...
20

juga telah menubuhkan satu wilayah di kawasan laut semasa misi pertama ketenteraan
laut dalam sejarah Islam.

Semasa b...
21

5.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perbezaan amalan prinsip Islam yang diamalkan oleh para khalifah ini
merupakan perkemb...
22

RUJUKAN

Al-Qur‟an.
Abdul Latip Talib. 2009. Khalifah Uthman Affan pengumpul al-Qur‟an. Kuala Lumpur:
PTS Litera Utama...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

3,295 views
3,080 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,295
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b. al-khattab dan khalifah ‘uthman b. ‘affan

  1. 1. NASKHAH CONTOH PELAJAR CTU 151 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM TAJUK: PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM DALAM PENTADBIRAN KHALIFAH „UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH „UTHMAN B. „AFFAN DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD BIN MAHMUD (2012123456) Ahli kumpulan yang lain + No. Pelajar DISEMAK OLEH: USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI FAKULTI PERLADANGAN& AGRO TEKNOLOGI SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KELAS
  2. 2. 2 KANDUNGAN TAJUK HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN jangan buat ayat penghargaan 3 2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB 5 3.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN 5 4.0 PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM SEMASA 7 PENTADBIRAN KHALIFAH ‘UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH ‘UTHMAN B. ‘AFFAN 4.1 7 4.2 Perbezaan dalam aspek ekonomi 13 4.3 Perbezaan dalam aspek sosial 15 4.4 5.0 Perbezaan dalam aspek politik Perbezaan dalam aspek pendidikan 16 KESIMPULAN RUJUKAN PERHATIAN!        Font 12 Justify Spacing 1.5 Times New Roman Mesti ada tajuk dan halaman Tajuk besar = HURUF BESAR Letakkan numbering- contoh: 1.0, 2.0 dan seterusnya 21 22
  3. 3. 3 1.0 PENDAHULUAN(tidak perlu RUJUKAN di akhir perenggan) Pemerintahan dan pentadbiran Islam telah diambil alih oleh khalifah selepas kewafatan Rasulullah (s.a.w).Secara umumnya, institusi khalifah ini telah melaksanakan amalan prinsip Islam dalam pelbagai aspek iaitu,aspek politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan sebagainya. Pemerintahan dan pentadbiran Islam semasa zaman Khulafa‟ al-Rashidin merupakan contoh kepada institusi pentadbiran politik yang lain kerana institusi ini merupakan warisan daripada pemerintahan Nabi Muhammad (s.a.w). Amalan prinsip Islam yang dilaksanakan ini merupakan aspek penting bagi memudahkan urusan pentadbiran, menjaga hubungan sejagat di kalangan masyarakat, memberi ruang kepada masyarakat untuk menerima pentadbiran yang baru serta menjalankan pentadbiran dengan berlandakan syariat Islam. Amalan prinsip Islam yang dilaksanakan semasa pemerintahanKhalifah „Umar b. al-Khattab merupakan kemajuan yang besar kepada tamadun Islam.Beliau telah menggantikan tampuk kepimpinan Khalifah Abu Bakaras-Siddiq dengan memberikan komitmen yang tinggi bagi mengubah pemikiran masyarakat di samping dapat menerima beliau sebagai khalifah pada ketika itu.Perkara ini merupakan usaha beliau bagi menjaga hubungan masyarakat sejagat di samping membentuk negara yang aman.Kronologi pemerintahan di zaman khulafa‟ ini masih mengamalkan prinsip-prinsip Islam, khususnya idea yang dibawa oleh khalifah „Umar b. al-Khattab dan khalifah „Uthman b.‟Affan.Semua idea yang dilaksanakan oleh setiap khalifah berbeza khususnya dari segi pelaksanaan pentadbiran mereka.Perbezaan-perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek, seperti politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Khulafa‟ al-Rashidin ini merupakan perkembangan awal tamadun Islam yang melalui beberapa dimensi baru iaitu, selepas pemerintahan zaman Rasulullah (s.a.w).Perkembangan ini selaras dengan pertambahan wilayah yang berlaku dengan pesat serta pelaksanaan amalan prinsip Islam di zaman pemerintahan khulafa‟ tersebut.
  4. 4. 4 2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH „UMAR B. AL-KHATTAB Nama penuh Khalifah „Umar ialah „Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abd „Allah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Ka‟ab. Beliau di lahirkan pada tahun 583M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, berkedudukan tinggi serta disenangi (al-Zirikli 1969: 27).Semasa kehidupan Khalifah „Umar di era Jahiliah, beliau pernah menjadi pendamai ketika berlakunya pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya.Antara amalan prinsip Islam yang turut dilaksanakan oleh beliau ialah dari segi aspek politik, ekonomi dan pendidikan.Secara umumnya, amalan prinsip Islam yang dilaksanakan oleh beliau adalah berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah bagi menjaga keharmonian sejagat. 3.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH„UTHMAN B. „AFFAN Khalifah „Uthman b. „Affan merupakan salah seorang daripada sahabat Rasulullah (s.a.w.) yang dilantik menjadi khalifah umat Islam ketiga selepas kewafatan Khalifah „Umar al-Khattab. Nama penuh beliau ialah „Uthman b. „Affan b. Abi al-„As b. Umayyah Ibn „Abd Shams b. „Abd Manaf Ibn Qusay. Sebelum memeluk Islam, beliau dipanggil dengan gelaran Abu „Amr (Mohammad Iqbal 2006: 136).Beliau dilahirkan pada tahun 47 sebelum hijrah bersamaan 574M di Makkah (Mohd Rashad 2000: 274).Merupakan seorang hartawan yang kaya dan dihormati serta mulia di kalangan masyarakat Arab di Makkah.Khalifah „Uthman berasal daripada keluarga Bani Umayyah dari keturunan Quraysh (Netton 2008: 671).Usia beliau adalah lebih muda enam tahun berbanding Rasulullah (s.a.w.). Ketika Rasulullah diisytihar sebagai nabi, umur Khalifah „Uthman mencecah 34 tahun.Bapa beliau ialah „Affan Ibn Abi al-„As Ibn Umayyah manakala ibunya Arwabinti Qurayz Ibn Rabi„ah Ibn Habib Ibn „Abd Shams Ibn „Abd Manaf Ibn Qusay.Nenek beliau bernama al-Baidha‟ binti „Abd al-Mutalib (Hasan Ayyub 1998: 183).Menurut Abdul Latip Talib (2009: 1) di dalam karangannya yang bertajuk „Uthman „Affan Pengumpul alQur‟an,Khalifah „Uthman mempunyai adik perempuan yang bernama Aminah
  5. 5. 5 binti„Affan.Selepas „Affan meninggal dunia, Arwa berkahwin dengan „Uqbah dan mendapat tiga orang anak lelaki dan seorang perempuan.Beliau hidup dalam suasana yang mewah dan kaya-raya namun kelebihan tersebut tidak menjadikan beliau seorang yang takbur, bahkan beliau berjaya menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia, lembut, murah hati, serta sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang miskin dan daif.Kelembutan dan kemurahan hati yang dimiliki menyebabkan beliau mendapat tempat di hati masyarakat (Mohamad Rashad 2000: 275). Menurut Mohd Rashad (2009: 284), perkahwinan antara „Uthman dan Ummu Kalthum berlaku berikutan permintaan Khalifah „Umar yang memintanya untuk mengahwini puterinya, iaitu Hafsah yang kematian suami, Khunays.Namun Khalifah „Uthman enggan sehingga Khalifah „Umar mengadukan hal itu kepada Rasulullah (s.a.w.).Rasulullah (s.a.w.) kemudiannya menyelesaikan hal tersebut dengan mengahwinkan Khalifah „Uthman bersama puterinya Umm Kalthum sementara baginda sendiri yang mengahwini Hafsah sebagai tanda dan penghormatan dan penghargaan kepada Khalifah „Umar (Mohd Rashad 2000: 284). Rasulullah (s.a.w.) pernah berkata sekiranya baginda mempunyai lagi puteri, pasti beliau akan menikahkannya dengan „Uthman (Amin 2009: 61).  perlu ada nama penulis, tahun dan halaman rujukan)  letakkan noktah di akhir kurungan) Menurut Hasan Ayyub (1418: 183), selain Ummu Kalthum dan Ruqayyah, antara isteri-isteri lain yang pernah dikahwini Khalifah „Uthman ialah Fakhitah binti Ghazwan, Ummu „Amrubinti Jundub al-„Adiyah, Fatimah binti al-Walid, Umm al-Banin binti „Uyainah ibn Hasan, Ramlah binti Shaybah ib Rabi„ah, dan Naylah binti al-Farafisah dan Umm Walid (Hassan Ayyub 1418: 182-183). Antara anak-anak lelaki beliau ialah „Abd Allah, „Abd Allah al-Asghar, „Amru, Khalid, Aban, „Umar, al-Walid, Sa„id dan „Abd alMalik sementara puteri-puteri beliau ialah Maryam, Umm Sa„id, Umm Aban, Umm „Amru, Maryam al-Sughra dan Ummu al-Banin.
  6. 6. 6 4.0 PERBEZAAN AMALAN PRINSIP ISLAM SEMASA PENTADBIRAN KHALIFAH „UMAR B. AL-KHATTAB DAN KHALIFAH „UTHMAN B. „AFFAN Antara perbezaan amalan prinsip Islam yang turut dilaksanakan oleh Khalifah „Umar b. al-Khattab dan Khalifah „Uthman b. „Affanialah dari segi aspek politik, ekonomi dan pendidikan. Secara umumnya, persamaan antara amalan prinsip Islam yang dilaksanakan oleh para khalifah ini adalah berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah bagi menjaga keharmonian sejagat. 4.1 Perbezaan dalam aspek politik Pada zaman Khalifah „Umar b. al-Khattab telah ditubuhkan majlis syura bagi menentukan pemilihan khalifah selepasnya.Ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud “urusan negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka”.Aspek ini berbeza dengan yang dilaksanakan oleh khalifah Abu bakar iaitu, pembentukan suatu komoniti khas telah dibentuk bagi mengendalikan urusna perlantikan khalifah. Orang yang bertanggungjawab mengendalikan majlis tersebut dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-aqd. Mereka terdiri daripadapara ulama dan sahabat Nabi Muhammad (s.a.w) yang boleh dianggap sebagai golongan eksekutif yang mewakili masyarakat Islam.Dengan kuasa yang diberikan itu mereka berhak melantik dan menyingkir khalifah (jika difikirkan perlu kerana melakukan penyelewengan atau kezaliman). Syarat-syarat memilih ahli syura ini mestilah mempunyai sifat-sifat seorang khalifah iaitu, adil, berilmu, sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental, mempunyai pemikiran yang waras dan tajam.Sistem syura ini wajar dilaksanakan dalam pemilihan khalifah serta bebas dalam membuat keputusan dengan merujuk kepada kriteria-kriteria yang di tunjukkan oleh seseorang calon khalifah tersebut. Dengan sebab itu, terdapat pelbagai cara pemilihan yang dilaksanakan semasa pemerintahan Khulafa‟ al-Rashidin (Mahayudin 1987, 12:24).
  7. 7. 7 Selain itu, Khalifah „Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian.Wilayah-wilayah tersebut ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah, Mausil, Yaman dan Bahrain.Keadaan ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah pertadbiran yang bertambah luas seterusnya mengambil jalan dengan melantik beberapa orang pegawai di setiap wilayah.Mereka terdiri daripada seorang gabenor dan seorang setiausaha yang dibantu oleh pegawai-pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha tentera (Khatib al-Diwan), jabatan percukaian (Sahib al-Kharaj), pegawai polis (Sahib alSyurtah) dan Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bayt al-Mal). Pegawai-pegawai yang dilantik diberikan surat perlantikan daripada Khalifah „Umar dengan mengandungi senarai tugasan serta kuasa yang dimiliki oleh mereka (Mahayudin 1987, 13:239). Seorang pegawai yang telah dilantik akan diperiksa harta benda mereka serta peribadinya. Langkah ini dilaksanakan bagi mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa sebagai kepentingan peribadi. Harta benda mereka akan dikira sekali lagi ketika seorang pegawai berhenti kerja bagi memastikan sifat amanah mereka ketika menjalankan amanah. Jika terdapat lebihan harta, maka harta tersebut akan diserahkan kepada perbendaharaan negara (bayt al-Mal) (al-Zirikli 1969:45). Khalifah „Umar juga telah mengambil tindakan yang tegas ke atas para pegawai yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.Buktinya, setiap tahun pada musim haji pegawai-pegawai diminta hadir ke tanah suci Makkah untuk memberi laporan mengenai sebarang perkara berhubung dengan pentadbiran wilayah.Di samping itu, masyarakat di daerah tersebut yang mengerjakan haji diberikan hak untuk menyuarakan sebarang perkara mengenai pegawai-pegawai yang telah diamanahkan.Sekiranya terdapat sebarang kezaliman yang dilakukan oleh para pegawai tersebut, maka Khalifah „Umar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai tersebut. Manakala, terdapat perbezaan dalam pelaksanaan amalan prinsip Islam dari segi aspek politik di zaman Khalifah „Uthman b. „Affan iaitumeluaskan wilayah-wilayah baru ke dalam gagasan Islam.Mulanya gagasan Islam sekadar meliputi Semenanjung Arab dan sebahagian wilayah dalam pemerintahan Parsi dan Byzantine, akan tetapi menjangkau
  8. 8. 8 Anatolia dan Asia Kecil di sebelah Barat lalu menyusur masuk ke Cyprus, sementara arah Timur dan Timur Laut merangkumi wilayah-wilayah Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Turkmenistan, Khurasan, Tabarastan (Yaqut al-Hamawi 1990, 4:14) seterusnya melewati wilayah-wilayah Libya, Algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di Utara Benua Afrika (Mohd Rashad 2000: 310-311). Dengan kemasukan wilayah-wilayah itu ke dalam gagasan dan wadah Islam selain semenanjung Arab, Yaman dan pesisir yang tersedia wujud, maka Islam muncul sebagai sebuah Empayar yang lebih hebat dari gabungan Empayar Rom, Parsi dan Byzantine yang berusia lebih 1,000 tahun sebelum Masihi sebagaimana sebelum ini. Dalam waktu yang sama, pengaruh Islam sebagai „din al-hanif‟atau agama yang suci dan mulia turut berkembang di Habsyah yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Arab. Perkembangan dakwah Islamiyyah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan tenteram serta diterima baik oleh rakyat di bahagian tengah dan timur Afrika sekalipun kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Pada tahun 27H, Khalifah „Uthman ibn al-„Affan telah mengarahkan „Abd Allah ibn Sa„ad ibn Abi Sarh untuk membuka wilayah Afrika. Beliau ditawarkan dengan satu per lima daripada harta rampasan sekiranya beliau berjaya membuka wilayah tersebut. Lantas „Abd Allah ibn Sa„ad segera bertolak bersama-sama 10,000 orang tentera dan akhirnya pasukan ini berjaya membuka kawasan pantai di pergunungan Afrika. Tentera musuh mengalami kekalahan yang sangat teruk dan bilangan korban jiwa yang sangat besar.Akhirnya mereka bersatu dengan kaum Muslimin atas dasar ketaatan kepada Islam.Kebanyakan daripada golongan ini menjadi penganut Islam yang setia (Ibn Khaldun 1992: 548).
  9. 9. 9 Selepas berjaya membuka wilayah tersebut, „Abd Allah ibn Sa„ad mengambil satu perlima daripada harta ghanimah untuk dirinya, satu perempat selebihnya diserahkan dan diagihkan kepada tentera-tentera Islam. Tentera berkuda memperoleh 3,000 dinar dan tentera pejalan kaki memperoleh 1,000 dinar.Menurut al-Waqidi, beliau menyatakan bahawa Afrika ditawan oleh tentera-tentera Islam selepas termeterai perjanjian damai yang melibatkan wang 2.02 juta dinar yang wajib dibayar oleh pemerintah Afrika kepada kerajaan Islam. Khalifah „Uthman ibn „Affan menyerahkan kesemuanya dalam masa satu hari kepada keluarga al-Hakam (Zaidah 2005: 222). Jumlah tentera Islam yang menggempur Afrika adalah seramai 10,000 orang di bawah pimpinan „Abd Allah ibn Sa„ad dan antara tokoh lain yang terlibat semasa pertempuran ialah „Abd Allah ibn al-Zubayr. Tentera Islam berhadapan dengan tentera Raja Barbar, Jujayr yang jauh lebih ramai. Tentera Barbar adalah seramai 12,000 orang dan ada pendapat lain yang mengatakan seramai 200,000 orang. Ketika kedua-dua bala tentera ini bertembung, Raja Barbar mengarahkan tenteranya agar mengepung tentera Islam di suatu tempat yang sangat memeritkan bagi umat Islam (Muhamad Husayn 2007: 71). Ibn Jarir menyatakan Cyprus dibuka pada tahun 28H. Cyprus merupakan kepulauan yang terletak di sebelah barat Sham dan tidak bercantum dengan kepulauan lain. Kepulauan Cyprus mempunyai pesisiran pantai yang panjang seperti al-Sahil yang terletak di Damsyik, manakala bahagian barat Cyprus merupakan kawasan pantai yang paling subur. Pembukaan wilayah ini dibuka oleh Mu„awiyah ibn Abi Sufyan dan diiringi tentera yang ramai termasuk „Ubaysah ibn al-Sanit bersama isterinya, Umm Haram binti Malhan (Muhamad Husayn 2007: 74). Sewaktu peperangan ini, Mu„awiyah dan tentera Islam menyeberangi lautan menggunakan kapal.Beliau memerintahkan tenteranya agar mara ke sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Cyprus setelah mendapat perintah daripada Khalifah „Uthman iaitu setelah permohonan pengasasan tentera laut dipersetujui.Semasa dalam peperangan, Mu„awiyah mengerahkan tenteranya mengharungi samudera yang luas itu dengan
  10. 10. 10 kapal.Sementara itu, „Abd Allah ibn Abi Sarh mara ke negeri tersebut melalui arah lain.Pertempuran sengit berlaku dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam.Mereka berjaya merampas harta yang banyak dan menawan tentera musuh.Mu„awiyah menerima perdamaian yang dianjurkan oleh tentera musuh (Zaidah 2005: 224). Pada tahun 30H, Sa„id ibn al-„As berjaya membuka Tabaristan dan beliau dianggap orang pertama yang membuka wilayah tesebut. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa penduduk di wilayah tersebut pernah meminta perdamaian daripada Suwayd ibn Muqrin sebelum Sa„id membukanya. Permintaan tersebut bertujuan agar tentera Islam tidak menyerang kawasan mereka. Menurut sebuah riwayat, Sa„id al-„As telah menunggang kudanya bersama sejumlah tentera termasuk al-Hasan dan al-Husayn, „Abd Allah ibn „Umar dan Hudzayfah ibn Yaman ke serata wilayah yang penduduknya meminta perdamaian. Kemenangan menyebabkan tentera Islam mendapat banyak harta.Tentera Islam terus mara sehingga berjaya sampai ke wilayah Jurjan dan membunuhnya (Zaidah 2005: 227). Penduduk kota yang dikepung meminta keamanan dan perdamaian daripada tentera Islam. Pihak Islam menerima usul mereka dengan syarat mereka tidak mengapaapakan seorang daripada tentera Islam apatah lagi membunuh. Tidak berapa lama selepas itu, penduduk Jurjan melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan Sa„id ibn al-„As untuk menunaikan harta yang dikenakan ke atas mereka yang berjumlah sebanyak 100,000 dinar. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa harta mereka sebenarnya adalah sebanyak 200,000 dinar, malah ada yang menyatakan sebanyak 300,000 dinar. Disebabkan perlanggaran itu, Yazid al-Muhallab telah dihantar untuk bersemuka dan memerangi mereka. Pada tahun 32H, Mu„awiyah telah menyerang sehingga ke al-Madiq, iaitu di selat Konstantinople.Beliau menyertai peperangan ini dengan diiringi isterinya iaitu Atikah. Menurut pendapat lain, isterinya bernama Fatimah binti „Amru ibn Nawfal ibn Manaf. Pada tahun tersebut, Sa„id ibn al-„Abbas telah melantik Salman ibn Rabi„ah sebagai panglima perang untuk menyerang al-Bab. Sa„id menulis sepucuk surat kepada „Abd al-
  11. 11. 11 Rahman ibn Rabi„ah, pemangku atau naib pemerintah supaya membantu Salman pada waktu yang sukar. Salman mengarahkan tenteranya mara sehingga tiba di Banjalar dan terus mengepung kota tersebut. Tentera Islam menghujani kota tersebut dengan peluru manjanik (Zaidah 2005: 235). Disebabkan peluru yang bertubi-tubi dilepaskan daripada tentera Islam, akhirnya penduduk kota tersebut bertempiaran lari. Mereka terus keluar dari kota lalu berlari menuju ke tempat tentera Islam dan dibahagian belakang penduduk kota, pasukan tentera Turki mengekori. Akhirnya berlaku pertempuran yang hebat antara tentera Turki dan Tentera Islam. Sewaktu pertempuran berlaku, „Abd al-Rahman ibn Rabi„ah terkorban dan tentera Islam berpecah menjadi dua kumpulan. Apabila tentera „Abd al-Rahman ibn Rabi„ah terbunuh, Sa„id al-„As melantik Salman selaku pemimpin untuk memimpin sakibaki tentera Islam yang masih hidup, manakala khalifah „Uthman telah menambah bilangan tentera Islam tersebut dengan kekuatan dari Sham yang diketuai oleh Habib ibn Musalmah (Zaidah 2005: 236). 4.2 Perbezaan dalam aspek ekonomi Khalifah „Umar merupakan khalifah pertama yang menubuhkan institusi bayt al-Mal atau Perbendaharaan Negara.Institusi ini merupakan tempat untuk menyimpan harta kerajaan.Sumber-sumber kewangan negara terdiri daripada pendapatan dan perbelanjaan negara. Antara sumber-sumber kewangan tersebut ialah bayaran zakat, harta rampasan perang (ghanimah), harta rampasan tanpa perang (fai)cukai perlindungan (jizyah), cukai tanah (kharaj), cukai perniagaan (usyur) dan harta peninggalan orang mati tanpa waris. Zakat dikenakan terhadap orang Islam sahaja iaitu, daripada hasil pertanian, ternakan dan harta benda seperti emas dan perak.Antara fungsi zakat ialah membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jika wang zakat tersebut berlebihan, maka bayt alMal berhak menggunakan harta tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam (ibn Hisyam 1958,45).Ghanimah merupakan harta rampasan perang manakala faimerupakan harta yang diperoleh tanpa perang dan 1/5 daripada harta ini diperuntukkan untuk
  12. 12. 12 perbelanjaan kerajaan pusat di Madinah, selebihnya diberikan kepada tentera-tenterayang terlibat dalam peperangan. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan terhadap kafir dhimmiiaitu, orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam.Cukai ini dikenakan bagi mengelakkan daripada jurang perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.Amalan prinsip Islam ini membuktikan bahawa aspek ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah „Umar ini berteraskan kepada konsep sama rata.Kharaj ialah cukai tanah yang dikenakan kepada semua pemilik tanah di wilayah-wilayah yang ditakluki.Kharaj pada zaman pada zaman khalifah „Umar dikenali dengan kharaj al-Muqasamah yang diurus oleh kerajaan (Mahayudin 1980, 13:56).Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga sama ada Islam atau bukan Islam, tetapi kadar cukainya berbeza-beza. Bagi kafir harbi (kafir yang boleh diperangi kerana tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan cukai „usyur sebanyak 10%, bagi kaum dhimmi 5% dan orang Islam 2.5%. Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis iaitu,tanah dhimmah (tanah yang bertuan) dan tanah sawafi (tanah yang tidak bertuan).Tanah dhimmah ditadbir oleh pemilik-pemilik asal manakala, tanah sawafi ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik di kalangan penerokaatau disebut juga ahl al-fay‟ (al-Tabari 1968, 1:2469).Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dijual bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam. Khalifah „Umar telah mewujudkan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan dhimmi.Cukai ini adalah berpatutan kerana kadarnya yang rendah dan tidak membebankan mereka. Buktinya ialah, Khalifah „Umar pernah memanggil 10 orang dhimmidari Kufah dan 10 orang dhimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah,bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. Keadaan ini juga boleh dilihat daripada hak persamaan yang dinikmati oleh orang Islam (Baharuddin 1994,76). Segala cukai yang dikenakan kepada golongan dhimmi ini bukanlah tertumpu kepada hasil yang
  13. 13. 13 dikumpulkan daripada hasil tanah sahaja. Malah, ia turut dikumpul bagi menjana ekonomi negara di samping menyumbang kepada pelaburan negara. Segala hasil yang dikumpulkan adalah menjadi hak milik negara Islam untuk menampung perbelanjaan infrastruktur di wilayah tersebut. Manakala terdapat perbezaan system ekonomi semasa pentadbiran Khalifah „Uthman iaitu pengagihan wang kepada tentera dan penduduk.Pembaharuan yang dilakukan beliau ialah menambah jumlah pembayaran gaji kepada para tentera (Zaidah 2005: 217).Semasa di dalam peperangan al-Sha‟bi, beliau telah menambah jumlah gaji seorang tentera kepada 200 dirham.Perbezaan ini sebanyak dua kali ganda berbanding semasa pemerintahan Khalifah „Umar yang hanya membayar sebanyak 100 dirham daripada harta bayt al-mal.Semasa bulan Ramadhan pula, Khalifah „Umar telah memperuntukkan sebanyak 1 dirham kepada setiap orang daripada wilayah Islam dan 2 dirham kepada para isteri Nabi.Khalifah „Uthman mengekalkan sistem tersebut, dan beliau menaikkan jumlah tersebut. Beliau juga turut mengadakan hidangan makanan di masjid khususnya untuk masyarakat Islam yang beribadat dan beriktikaf. Beliau turut menyediakan makanan kepada fakir miskin, anak-anak yang menuntut ilmu dan sebagainya (Zaidah 2005: 217). 4.3 Perbezaan dalam aspek sosial Khalifah „Umar turut menjaga kebajikan golongan hamba.Taraf golongan hamba ini disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu. Buktinya, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akandikenakan tindakan oleh Khalifah „Umar. Manakala, semasa pentadbiran Khalifah „Uthman b. „Affan, beliau telah meningkatkan amalan prinsip Islam dari segi aspek ibadah.Beliau telah melaksanakan penambahbaikan institusi masjid.Pertambahan umat Islam yang semakin ramai menyebabkan Masjid Nabawi menjadi padat.Khalifah „Uthman b. „Affan memperbaharui struktur Masjid al-Haram dan juga Masjid al-Nabawi pada tahun 26H dengan menambah keluasan di kawasan masjid tersebut (Hasan Ayyub 1418: 191) setelah membeli kawasan
  14. 14. 14 tanah sekitar masjid. al-Waqidi menyatakan bahawa Khalifah „Uthman pernah mengeluarkan perintah supaya memperbaharui tiang-tiang seri di masjid al-Haram. Pada tahun 29H, beliau memperbaiki pula struktur masjid al-Nabawi dengan menggunakan batu-bata dan kayu jati. Di dalam catatan lain, Khalifah „Uthman telah meluaskan kawasan masjid alNabawi dengan mengarahkan jurutera membina kawasan tambahan masjid tersebut menggunakan bahan yang kukuh seperti batu kapur yang diperolehi daripada Batn Nakhl dan batu-bata yang dipahat. Tiang masjid terdiri daripada batu-bata yang menggunakan elemen tanah sebagaimana pembinaan masa kini.Atap masjid pula dibina daripada kayu jati.Ukuran masjid setelah siap pembinaan semula adalah seluas 160 hasta atau 88 meter sementara ukuran lebar adalah 150 hasta dan 75 meter.Di sini jelaslah bahawa pembaharuan yang dilakukan bertujuan menampung bilangan umat Islam yang semakin ramai, di samping menjaga kebajikan dan keselesaan untuk melaksanakan ibadah. 4.4 Perbezaan dalam aspek pendidikan Khalifah „Umar terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang ilmu feqh dan sejarah.Beliau menggalakkan rakyat untuk menuntut ilmu pengetahuan iaitu, al-Quran dan al-Sunnah, peribahasa Arab dan syair.Khalifah „Umar telah memperkenalkan pendidikan agama dengan menyusun metodologi pengajaran agama yang sesuai dengan orang yang baru memeluk Islam, mengelakkan daripada salah faham mengenai keimanan dan soal ibadat (al-Zirikli 1969:38). Beliau juga telah melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam memastikan rakyat menunaikan solat Jumaat dan puasa Ramadhan.Khalifah „Umar sentiasa memberi nasihat kepada penuntut ilmu agar mereka menjadi gudang buku, sumber ilmu dan memohon kepada Allah a.w.t. rezeki sehari-hari.Beliau juga telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di wilayah yang ditaklukinya (Sobri 1983:68). Selain itu juga, Khalifah „Umar merupakan orang yang pertama mewujudkan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu, bermula dengan 1 Muharam yang dibuat
  15. 15. 15 pada tahun 17H.Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan negara serta segala urusan yang berkaitan dengan tarikh.Khalifah „Umar begitu mengambil berat terhadap kemajuan dalam bidang pendidikan berdasarkan al-Quran dan hadis melalui penghantaran guru yang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama.Guru-guru ini telah dihantar ke wilayah-wilayah seperti Kota Basrah dan Kufah sebagai pusat pengajian Islam.Pelajaran tauhid disebarkan di semua pusat pengajian seterusnya aspek kebudayaan juga turut tersebar dengan luas (Mohd Saleh 1983:86). Manakala perbezaan amalan prinsip Islam dalam bidang pendidikan di zaman pentadbiran Khalifah „Uthman b. „Affan ialah menggunakan prinsip pendidikan dengan usaha yang baru dengan meriwayatkan hadis.Hadis yang sempat diriwayatkan adalah sebanyak 146 hadis dan telah menjadi jurutulis sejak zaman Abu Bakar lagi. (Azam Hamzah 1991,73). Selain itu, beliau berjaya memantapkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat seluruh negara.Beliau memberi peluang dan kebebasan kepada para sahabat terkemuka atau kibaru al-sahabah untuk memilih penempatan sendiri di mana sahaja mereka suka.Ini bermakna, mereka tidak semestinya tinggal di sesebuah tempat sebagaimana yang dilaksanakan khalifah sebelumnya.Melalui polisi ini, masyarakat Islam yang tinggal di luar Madinah boleh mendapat bimbingan secara langsung daripada para sahabat yang benar-benar mahir dalam soal agama dengan kefahaman yang mantap (Ismail 1999: 77). Dalam usaha menyebarkan ajaran dan pengetahuan Islam ini, beliau sering berdakwah di penjara dan berjaya mengislamkan ramai banduan.Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya.Dalam usaha ini, ramai tenaga pengajar dan petugas-petugas khas dilantik demi memastikan ajaran Islam berkembang selari dengan pertambahan umatnya. Pemerintahan Khalifah „Uthman sentiasa dilanda masalah yang rumit. Antaranya ialah percanggahan dari segi bacaan al-Quran.Keadaan ini hampir tegang di kalangan tentera dan panglima disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki. Tetapi keadaan ini berjaya diselamatkan dengan usaha yang dilaksanakan oleh Khalifah „Uthman dengan
  16. 16. 16 mengarahkan Zayd b. Thabit supaya menyalin semula mengikut cara bacaan Quraisy. Sehingga ke hari ini mushaf ini dikenali dengan nama Mushaf „Uthmani (Othman 1989:35). Walaubagaimanapun, usaha ini terlebih dahulu pernah dilakukan oleh khalifah yang pertama iaitu Khalifah Abu Bakr al-Siddiq.Khalifah Abu Bakr al-Siddiq pernah mengumpulkan al-Qur‟an dan menyerahkan usaha ini kepada Al-Qur‟an disalin kemudian disimpan di rumah Abu Bakr (Shafie 1997, 6:38). Setelah beliau wafat, mashaf ini diserahkan dan disimpan oleh „Umar dan akhir sekali di rumah anaknya, Hafsah binti „Umar yang juga merupakan salah seorang isteri Rasulullah (s.a.w.) (Hassan Ayyub 1418: 206).Kembali kepada sejarah sebelumnya, zaman Khalifah Abu Bakr menghadapi beberapa peristiwa besar yang perlu ditangani beliau iaitu masalah murtad dan keengganan sebahagian daripada umat Islam yang enggan mengeluarkan zakat.Peristiwa ini membawa kepada usaha memerangi mereka agar mereka kembali kepada Islam semula. Peperangan yang dinamakan al-Yamamah ini berlaku pada tahun 12H dan disertai oleh sebahagian besar para huffaz al-Qur‟an al-Karim.Sejarah mencatatkan bahawa kirakira 70 orang huffaz telah syahid di dalam peperangan tersebut membuatkan Khalifah „Umar menemui Khalifah Abu Bakr menyatakan kekhuatiran tentang hilangnya al-Qur‟an akibat kesyahidan mereka. Lalu Khalifah „Umar mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakr agar dikumpulkan al-Qur‟an, pada mulanya khalifah merasa ragu untuk melakukannya memandangkan ia merupakan perkara baru. Namun setelah perbincangan dilakukan maka Khalifah Abu Bakr berpuas hati dengan pandangan Khalifah „Umar lalu mengajak Zayd untuk mengumpulkan al-Qur‟an pada satu tempat (Muhaysin 1980: 139). Pada mulanya, Zayd ibn Thabit agak kurang bersetuju dengan cadangan tersebut namun setelah berbincang bersama Khalifah „Umar dan khalifah, beliau akur. Imam Bukhari (265H) meriwayatkan tentang perkara ini, Zayd ibn Thabit berkata:
  17. 17. 17 Maksudya: Abu Bakr telah sampaikan kepadaku berita korban Ahl al-Yamamah sedangkan „Umar bersamanya. Abu Bakr berkata, „Umar datang kepadaku lalu berkata, sesungguhnya peperangan yang sengit pada hari al-Yamamah telah membunuh ramai qurra‟ al-Qur‟an, aku khuatiri berlarutan pembunuhan terhadap qurra‟ di dalam peperangan lain menyebabkan sebahagian besar al-Qur‟an akan hilang, aku berpandangan supaya engkau mengarahkan agar dikumpulkan al-Qur‟an. Aku berkata kepada „Umar, “Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan Rasulullah (s.a.w.)?”„Umar menjawab, “Demi Allah perkara ini adalah baik. „Umar terus memujukku sehingga Allah (s.w.t.) membuka hatiku dan melapangkan dadaku untuk menerima usulnya, dan aku sependapat dengan „Umar. Zayd ibn Thabit dilantik oleh Abu Bakr memandangkan beliau seorang pemuda yang bijak dan juga penulis wahyu untuk Rasulullah (s.a.w.) yang masyhur.Di samping itu, beliau juga merupakan seorang yang amanah, adil, kuat beragama, sentiasa belajar dan menguasai perkara dalam agama Islam sehingga beliau berjaya menjadi ketua mufti, fatwa, qira‟ah dan fara‟id di Madinah (Muhaysin 1980: 141-142). Lantikan Zayd juga berikutan beliau pernah menyaksikan pembentangan terakhir al-Qur‟an pada hayat Rasulullah (s.a.w.), beliau juga dipercayai bahawa tidak pernah ada tohmah terhadap agama dan akhlaknya. Namun, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa idea mengumpulkan catatan al-Qur‟an yang dilakukan beberapa penulis wahyu ini bermula pada zaman Khalifah „Umar. Cadangan ini kemudiannya dilaksanakan oleh Khalifah „Uthman dengan mengarahkan beberapa orang sahabat Nabi (s.a.w.) yang mahir tentang al-Qur‟an untuk menjalankan usaha mengumpul mashaf itu (Ismail 1999: 78).Usaha ini diketuai oleh Zayd ibn Thabit iaitu salah seorang sahabat yang terlibat dalam penulisan wahyu pada zaman Nabi.
  18. 18. 18 Peluasan dan perkembangan wilayah Islam akibat gerakan futuhat al-islamiyyah yang membawa kepada penaklukan banyak negara, menyebabkan masyarakat Islam terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum. Ramai daripada masyarakat bukan arab mula menganut agama Islam. Kesannya terdapat pelbagai jenis bacaan al-Qur‟an mengikut lahjah masing-masing. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) khuatir tentang perbezaan bacaan ataupun mungkin ada yang menggantikan sebutan lain selain al-Qur‟an. Khalifah „Uthman segera mengambil inisiatif untuk membukukan al-Qur‟an setelah mendapat laporan daripada Hudzayfah ibn Yaman, seorang ketua tentera yang menyatakan bahawa beliau mendengar bacaan al-Qur‟an mengikut lahjah yang berbeza di kalangan umat Islam. Bagi melaksanakan rancangan ini, Khalifah „Uthman telah melantik satu jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh sahabat yang terdiri daripada Zayd ibn Thabit, „Abd Allah ibn Zubayr, Sa„id ibn al-„As dan „Abd al-Rahman ibn Harith (Ismail 1999: 78-79). Bukhari meriwayatkan, daripada Anas ibn Malik bahawa beliau berkata, Huzayfah ibn Yaman, iaitu salah seorang antara yang memerangi penduduk Syam bagi menakluk Armenia dan Azerbaijan bersama-sama dengan penduduk Iraq datang berjumpa Khalifah „Uthman, beliau menyatakan bahawa beliau amat terkejut mendengar perbezaan dalam bacaan al-Qur‟an. Oleh itu, beliau mengingatkan Khalifah „Uthman supaya meluruskan masyarakat Islam sebelum mereka berpecah-belah seperti Yahudi dan Nasrani. Kemudian Khalifah „Uthman memerintahkan Hafsah supaya mengirim alQur‟an kepadanya untuk disalin kemudian akan mengembalikan semula kepadanya. Hafsah mengirim al-Qur‟an itu kepada Khalifah „Uthman lalu beliau memerintahkan Zayd ibn Thabit, „Abd Allah ibn Zubayr, Sa„id ibn „As dan „Abd al-Rahman ibn Harith ibn Hisham bagi menyalinnya ke dalam bentuk tulisan al-Qur‟an untuk beberapa naskhah (Amin 2009: 83). Setelah lebih kurang empat tahun, maka pada tahun 30H bersamaaan tarikh 651M, jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan berjaya menyalin sebanyak tujuh buah mashaf al-Qur‟an dengan berpandukan mashaf asal yang disimpan oleh Hafsah binti „Umar. Salinan yang baru dibuat itu hanya menggunakan satu lahjah bahasa sahaja iaitu
  19. 19. 19 lahjah quraysh.Mashaf yang siap dibukukan itu kemudiannya dimeterai dengan cap mohor khalifah sebagai tanda pengesahannya dan dihantar ke beberapa buah ibu kota wilayah Islam seperti Makkah, Damsyik, Yaman, Bahrayn, Basrah, Kufah dan satu lagi disimpan oleh khalifah sendiri di Madinah. Dengan terbukunya sebuah mashaf yang dikenali sebagai mashafRasm „Uthmaniyah ini, maka mana-mana salinan yang berbeza dengan mashaf ini adalah dikira tidak sah dan sebarang salinan baru yang hendak dibuat mestilah merujuk kepada salinan asal yang tujuh buah tersebut (Ismail 1999: 79).Beliau kemudiannya memerintahkan supaya mana-mana naskhah selain al-Qur‟an dibakar. Menurut Prof. Dr. Amin Qudah (2009: 83), Khalifah „Uthman turut membenarkan tiga kelompok orang Quraysh yang berbeza pendapat dengan Zayd ibn Thabit untuk menyalinnya di dalam bahasa mereka berikutan al-Qur‟an diturunkan di dalam bahasa mereka. Berkaitan jumlah al-Qur‟an yang disalin, pada hakikatnya para pengkaji berselisih pendapat mengenainya.Namun pendapat yang benar mengatakan bahawa kesemuanya adalah sebanyak tujuh buah.Satu antaranya ada pada khalifah yang akhirnya dinamakan „Mushaf Imam‟. Tindakan pembukuan yang dilakukan ini bertujuan untuk mengatasi masalah perselisihan faham antara masyarakat Islam yang membacanya menggunakan lahjah kaum masing-masing seperti lahjah Tamim, Najd dan lain-lain.Inilah sumbangan Khalifah „Uthman yang tidak ternilai harganya dalam pembangunan umat Islam. Kesedaran tentang perbezaan ini sejak awal akhirnya mewujudkan keseragaman dalam pembacaan al-Qur‟an dan terhindar daripada perbezaan cara bacaan yang mengikut dialek atau lahjah masing-masing. Hikmah yang besar tentang keseragaman ini ialah mengelak daripada fitnah yang boleh dilakukan oleh musuh-musuh Islam dengan menimbulkan keraguan dari segi kesahihan al-Qur‟an itu sendiri (Ismail 1999: 80). Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa enam tahun pertama merupakan tahun kegemilangan bagi pemerintahan Khalifah „Uthman ibn al-„Affan. Selepas penawanan tentera Islam ke wilayah-wilayah termasuk Turkestan, Khurasan, Armenia, Azerbaijan dan Cyprus, wilayah Islam ternyata menjadi semakin luas. Kerajaan Islam
  20. 20. 20 juga telah menubuhkan satu wilayah di kawasan laut semasa misi pertama ketenteraan laut dalam sejarah Islam. Semasa beliau memerintah, pemerintahan dilaksanakan sebagaimana yang dianjurkan oleh khalifah Islam sebelumnya.Tidak banyak perubahan dilakukan dalam sistem kerajaan.Majlis Syura dikekalkan dan segala urusan diselesaikan melalui sistem syura.Kehidupan khalifah seperti masyarakat awam, Khalifah „Uthman mudah ditemui oleh masyarakat Islam. Beliau menjalani kehidupan seperti orang biasa yang hidup zuhud, dan tidak mempunyai pengawal di sisi untuk menjaganya bahkan beliau sendiri prihatin dengan urusan lain. Setiap aduan terhadap gabenor dikaji dengan teliti dan penuh perhatian, dan tindakan tegas terhadap individu yang bersalah juga diambil tanpa mempertimbangkan kedudukannya.Jabatan perbendaharaan dilaksanakan sebaiknya, antara hasil pendapatan disumbangkan kepada para janda, anak-anak yatim dan sesiapa sahaja yang layak (Mohamad Iqbal 2006: 165-166). Beliau juga sedaya upaya menghapuskan serta melenyapkan kejahilan di kalangan masyarakat.Antara usaha yang dilakukan ialah mengaturkan persediaan yang istimewa bagi pengajaran al-Qur‟an.Beliau turut memperuntukkan pendapatan dan bahagian untuk para guru, ulama‟ serta pelajar sebagai galakan kepada mereka.
  21. 21. 21 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perbezaan amalan prinsip Islam yang diamalkan oleh para khalifah ini merupakan perkembangan system pentadbiran.Arus perubahan ini berdasarkan kepada perubahan dari pelbagai aspek.Maka, kaitan sistem pendidikan pada zaman Khulafa‟ alRashidin merupakan kesinambungan daripada perjuangan Nabi Muhammad (s.a.w) hingga kepada Khalifah „Umar dan Khalifah „Uthman. Pendidikan utama yang diutarakan pada zaman Khulafa‟ al-Rashidin adalah berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Hanya yang berbeza ialah zaman perkembangan Islam mengikut cara pemerintahan masing-masing. Berdasarkan pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh Khulafa‟ al-Rashidin ini, jelas menunjukkan bahawa segala amalan prinsip Islam yang dilaksanakan ini adalah berteraskan kepada syariat Islam. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh para khalifah telah membuka mata masyarakat sekaligus menerima Islam sebagai agama yang murni.Selain itu juga, amalan prinsip Islam yang dilaksanakan adalah bercirikan kepada menjaga hak kepentingan sejagat di kalangan masyarakat Islam.Selain itu, perbezaan ini menggambarkan secara umum mengenai system pentadbiran, malahan ianya tetap mengikut acuan syariat Islam dalam pelbagai aspek.Maka jelaslah bahawa amalan prinsip Islam semasa zaman pentadbiran Khalifah „Umar dan Khalifah „Uthman mampu membawa kepada perubahan yang baik dari semasa ke semasa, sehinggakan sistem pentadbiran Islam kekal ke hari ini.
  22. 22. 22 RUJUKAN Al-Qur‟an. Abdul Latip Talib. 2009. Khalifah Uthman Affan pengumpul al-Qur‟an. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Abdul Raof Dalip. 1990. Dasar-dasar Pendidikan Islam Zaman Khulafa‟ al-Rashidin. Progresive Products Supply, Shah Alam. Ali Ibrahim Hasan. 1972. al-Tarikh al-Islami al-„Am. al-Qahirah: Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah. Amin Qudah. 2009. Sejarah Khalifah Rasulullah. Batu Caves: Percetakan Zafar Sdn. Bhd. al-Amin, Hasan. 1980. al-Mawsu„ah al-Islamiyyah. Jil. 6. t.tp.: Dar al-Ta„aruf.Abd Rashid Hj Dail. 1984. Prinsip Ekonomi Islam, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi. Azam Hamzah. 1991. Sejarah dan Tamadun Islam (711-1492M). Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd. Hasan Ayyub. 1997. al-Khulafa‟ al-Rashidin. Qahirah: Dar al-Tawzi„ wa al-nasyr alislamiyyah. Ibn al-Jawzi, Abi al-Faraj „Abd al-Rahman. 1421. Sifatu al-safwah. al-Qahirah: Dar alHadith. Ibn Khaldun, „Abd al-Rahman. 1992. Tarikh Ibn Khaldun. Jil 2. Bayrut: Dar al-Kutub al„Ilmiyyah. Ismail Bakar. 1999. Sejarah tamadun Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Netton, Ian Richard. 2008. Encyclopedia of Islamic civilization and religion. London & New York: Penerbit Routledge Taylor & Francis Group. Mahayudin Yahaya & Ezad Azraai Jamsari. 2002. Tamadun islam. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. al-Mas„udi, Abu Hasan Ali ibn al-Husayn ibn Ali al-Mawardi. 1966. Muruj al-Dhahab wa al-Ma„adin al-Jawar. Jil 1.al-Qahirah: Kitab al-Tahrir. Mohd Rashad Shamsuddin. 2000. Khulafa‟ Rasyidun & dawlah islamiyah. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publishers.

×