KOMSAS: Pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran) dan Seloka Emak Si Randang
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

KOMSAS: Pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran) dan Seloka Emak Si Randang

on

  • 715 views

Penerangan KOMSAS tentang:

Penerangan KOMSAS tentang:

- Pantun Empat Kerat (Jenaka)
- Seloka Emak Si Randang

Statistics

Views

Total Views
715
Views on SlideShare
691
Embed Views
24

Actions

Likes
1
Downloads
6
Comments
0

2 Embeds 24

http://www.slideee.com 21
http://wba0010.1bestarinet.net 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

KOMSAS: Pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran) dan Seloka Emak Si Randang KOMSAS: Pantun empat kerat (Jenaka dan Sindiran) dan Seloka Emak Si Randang Presentation Transcript

  • PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN
  • RANGKAP 1 Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. • Seseorang isteri dianggap tidak sempuna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur
  • RANGKAP 2 Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. • Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan View slide
  • RANGKAP 3 Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. • Seorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang View slide
  • RANGKAP 4 Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. • Perasaan bimbang seseorang yang melakukan sesuatu di luar kemampuan
  • RANGKAP 5 Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. • Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.
  • TEMA Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.
  • PERSOALAN • Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga. • Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. • Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa. • Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa . • Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.
  • BENTUK • Terdiri daripada lima rangkap. • Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. • Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. • Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata. • Rima akhir pantun ini ialah abab kecuali rangkap kedua, abac • Pantun ini adalah puisi terikat.
  • GAYA BAHASA • Asonansi - Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a • Aliterasi - Melihat ikan memanjat kayu – pengulangan konsonan m • Sinkope - Kalau tak pandai menumbuk sambal • Personikasi • Ikan kering lagi ketawa • Mendengar tupai membaca kitab • Unsur alam • Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu • Tumbuhan – rotan,saga
  • NILAI • Nilai bertanggungjawab Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik. • Nilai kegigihan Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya. • Nilai rasional Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
  • PENGAJARAN • Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. • Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. • Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.
  • SELOKA EMAK SI RANDANG
  • Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi
  • MAKSUD Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.
  • TEMA Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
  • PERSOALAN • Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan • Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan . • Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
  • BENTUK • Terdiri daripada satu rangkap. • Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris. • Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 4. • Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata. • Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac • Seloka ini berbentuk bebas.
  • GAYA BAHASA • 1. Asonansi - Anak pulang kelaparan - a diulang 6 kali • 2. Aliterasi - Anak dipangku diletakkan - k diulang 4 kali • 3. Sinkope - Beras habis padi tak jadi ( baris 8) • 4. Anafora- • Anak pulang kelaparan • Anak di pangku diletakkan • 5. Penggunaan peribahasa - Kera di hutan disusui • 6. Hiperbola - Tiada kayu rumah diruntuhkan
  • NILAI • 1. Nilai kebijaksanaan Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan. • 2. Nilai bertanggungjawab Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. • 3. Nilai berbudi Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.
  • PENGAJARAN • Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. • Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk. • Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
  • TAMAT…. SEKIAN, TERIMA KASIH