Topik 7: Nota Respirasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Topik 7: Nota Respirasi

on

  • 24,568 views

Biologi F4

Biologi F4

Statistics

Views

Total Views
24,568
Views on SlideShare
19,148
Embed Views
5,420

Actions

Likes
6
Downloads
458
Comments
0

18 Embeds 5,420

http://e-learningsmktsj2.blogspot.com 5279
https://www.google.com 54
http://www.google.com.my 38
http://e-learningsmktsj2.blogspot.com.es 12
http://translate.googleusercontent.com 7
http://e-learningsmktsj2.blogspot.ch 5
http://www.slashdocs.com 5
http://e-learningsmktsj2.blogspot.ru 4
https://twitter.com 3
http://e-learningsmktsj2.blogspot.de 3
http://www.docshut.com 2
http://e-learningsmktsj2.blogspot.sg 2
http://e-learningsmktsj2.blogspot.in 1
http://www.google.com 1
http://e-learningsmktsj2.blogspot.jp 1
https://www.google.com.my 1
http://e-learningsmktsj2.blogspot.mx 1
http://e-learningsmktsj2.blogspot.it 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Topik 7: Nota Respirasi Topik 7: Nota Respirasi Document Transcript

  • TOPIK 7 : RESPIRASIPROSES RESPIRASI DALAM PENGHASILAN TENAGA1 Respirasi adalah penguraian makanan untuk menghasilkan tenaga.2 Semua organisma memerlukan tenaga untuk menjalankan proses hidup dan aktivitisel.3 Substrat utama dalam respirasi adalah glukosa.4 j enis respirasi sel ini berlaku dalam mitokondrion dan dalam sitoplasma sel.5 Terdapat dua jenis respirasi sel: (a) Respirasi aerob: oksigen diperlukan (b) Respirasi anaerob: oksigen tidak diperlukanRespirasi Aerob1 Dalam respirasi aerob, oksigen diperlukan untuk mengoksidakan glukosa denganlengkap untuk membebaskan semua tenaga dalam glukosa.2 Sebahagian besar tenaga disimpan (38 molekul ATP) dalam bentuk adenosinatrifosfat (ATP) dengan menggabungkan satu fosfat tak organik (P) kepada ADP(adenosina dwifosfat).3 ATP adalah pembekal tenaga utama untuk semua sel hidup. Setiap molekul ATPboleh diuraikan dengan mudah untuk membebaskan tenaga.
  • Respirasi Anaerob1 Dalam respirasi anaerob, oksigen tidak diperlukan. Glukosa tidak diuraikandengan lengkap. Hanya sedikit tenaga (2 molekul ATP) dibebaskan.2 Respirasi anaerob pada otot manusia(a) Berlaku dalam otot manusia semasa aktiviti cergas.(b) Kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat untuk membekalkanlebih banyak oksigen.(c) Bekalan oksigen ke sel otot masih tidak mencukupi.d) Sel otot menjalankan respirasi anaerob untuk membebaskan tenaga bagipengecutan otot.(e) Hutang oksigen berlaku apabila kadar oksigen yang digunakan adalah kurangdaripada oksigen yang dibekalkan.(f) Glukosa diuraikan kepada asid laktik tanpa kehadiran oksigen.(g) Pengumpulan asid laktik dalam sel otot menyebabkan kekejangan otot dankelesuan.(h) Hutang oksigen akan dibayar apabila semua asid laktik dioksidakan.3 Respirasi anaerob yis(a) Yis menjalankan kedua-dua respirasi aerob dan respirasi anaerob.(b) Respirasi anaerob dalam sel yis (penapaian) menghasilkan etanol, karbondioksida dan tenaga.(c) Hasil etanol digunakan dalam pembuatan wain manakala karbon dioksidadigunakan dalam pembuatan roti.
  • Perbandingan antara Respirasi Aerob dengan Respirasi AnaerobPERSAMAAN1 Kedua-duanya adalah respirasi sel.2 Kedua-duanya melibatkan penguraian glukosa.3 Kedua-duanya membebaskan tenaga dalam bentuk ATP.PERBEZAANJadual 7.1 menunjukkan perbezaan antara respirasi aerob dengan respirasi anaerobSTRUKTUR RESPIRASI DAN MEKANISME PERNAFASAN MANUSIADAN HAIWAN1 Pernafasan adalah proses mengambil oksigen daripada persekitaran (tarikan nafas)dan membebaskan karbon dioksida ke persekitaran (hembusan nafas).2 Organisma yang berbeza mempunyai struktur respirasi yang berbeza untukpernafasan (JaduaI7.2).
  • 3 Pertukaran gas melalui resapan berlaku pada permukaan respirasi.4 Ciri permukaan respirasi untuk pertukaran gas adalah:(a) Jumlah luas permukaan yang besar bagi permukaan respirasi (i) Permukaan respirasi adalah bercabang, berlipat atau banyak untuk menambahkan jumlah luas permukaan bagi resapan. (ii) Permukaan respirasi adalah bersaiz kedl untuk menambahkan nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu (nisbah TSA/V), seterusnya mening katkan kadar resapan bagi pertukaran gas.(b) Permukaan respirasi yang lembap. Permukaan respirasi mempunyai satu lapisanlembap untuk membantu resapan oksigen dan karbon dioksida merentasi permukaan.(c) Dinding permukaan respirasi yang nipis. Permukaan respirasi mempunyai dinding yang sangat nipis (setebal satu sel) untuk membantu resapan gas merentasipermukaan.(d) Jaringan kapilari darah pada permukaan respirasi. Jaringan kapilari darahmeningkatkan kadar resapan dan pengangkutan oksigen dan karbon dioksida.PROTOZOA1 Organisma unisel seperti Amoeba sp.
  • 2 Tiada struktur respirasi yang khusus diperlukan kerana pertukaran gas berlakumelalui resapan ringkas merentasi membran plasma yang nipis.3. Penyesuaian untuk pertukaran gas adalah:(a) Nisbah TSA/V yang besar kerana saiznya yang kedl(b) Membran plasma yang nipis(c) Permukaan lembap 4 Mekanisme pernafasan Oksigen meresap ke dalam sel dan karbon dioksida meresap keluar daripada sel melalui membran plasma menuruni kecerunan kepekatan (Rajah 7.2). IKAN 1 Struktur respirasi ikan adalah insang.2 Ikan mempunyai empat pasang insang yang ditutupi oleh operkulum.3 Setiap in sang mempunyai lengkung insang dengan dua baris mamen insang.Setiap filamen insang mempunyai banyak lamela (Rajah 7.3).
  • 4 Pertukaran gas berlaku di filamen insang.5 Penyesuaian filamen insang untuk pertukaran gas adalah:(a) Banyak filamen insang dan lamela untuk menambahkan jumlah luaspermukaan(b) Dinding epitelium filamen insang yang nipis(c) Mempunyai permukaan yang lembap(d) Jaringan kapilari darah(e) Aliran lawan arus antara air dan darah pada filamen insang6 Mekanisme pernafasan(a) Tarikan nafas - aliran air ke dalam mulutMulut terbuka → lantai mulut direndahkan → isi padu rongga farinks bertambah→tekanan dalam rongga mulut berkurang →tekanan di luar lebih tinggi daripadatekanan di dalam mulut →menekan operkulum → operkulum tertutup → airmemasuki mulut
  • (b) Hemhusan nafas - aliran air melalui insangMulut tertutup →lantai mulut dinaikkan → isi padu rongga farinks berkurang →tekanan di dalam rongga mulut bertambah →operkulum terbuka → air mengalirmelalui liang insang melepasi lamela insang →pertukaran gas berlaku →air mengalir keluar melalui operkulumSERANGGA1 Struktur respirasi adalah sistem trakea yang terdiri daripada:(a) trakea(b) trakeol(c) spirakel (rongga)2 Setiap trakea bercabang ke seluruh badan untuk membentuk jaringan trakea(Rajah 7.5).3 Setiap trakea disokong oleh gelang kitin untuk menghalangnya daripadaruntuh,4 Setiap trakea berakhir dengan trakeol yang dikelilingi oleh cecair dan terbuka di luarmelalui spirakel.5 Penyesuaian trakeol untuk pertukaran gas adalah:(a) Banyak trakeol halus
  • (b) Dinding trakeollemhap(c) Dinding epitelium trakeol nipis6 Mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan melibatkan pergerakan heritmahadan disebabkan pengecutan dan pengenduran otot dalam abdomen.(a) Tarikan nafasOtot abdomen mengendur →injap spirakel terbuka →tekanan dalam trakeaberkurang → udara ditolak masuk ke dalam badan melalui spirakel(b) Hembusan nafasOtot abdomen mengecut → tekanan di dalam trakea bertambah →air ditolak keluarmelalui spirakelAMFIBIA1 Amfibia bernafas melalui kulit, mulut dan peparu (Rajah 7.6).2 Penyesuaian kulit untuk pertukaran gas:(a) Kulit nipis (b) Kulit lembap(c) Kulit dibekalkan dengan banyak kapilari darah3 Penyesuaian mulut untuk pertukaran gas:(a) Pergerakan lantai rongga mulut untuk membenarkan udara mengalir masukmelalui lubang hidung
  • (b) Lapisan mulut mempunyai banyak kapilari darah4 Penyesuaian peparu untuk pertukaran gas:(a) Dinding dalam peparu berlipat-lipat(b) Dinding peparu adalah nipis(c) Lapisan yang lembap pada dinding peparu(d) Jaringan kapilari darah pada dinding peparu5 Mekanisme pernafasanMekanisme pernafasan melalui peparu: (a) Tarikan Nafaslantai mulut direndahkan → isipadu dalam rongga mulut bertambah → tekanandalam rongga mulut berkurang →udara memasuki lubang hidung ke dalam mulut→lubang hidung tertutup → lantai mulut dinaikkan → tekanan bertambah →glotisterbuka → udara mengalir ke dalam peparu →pertukaran gas berlaku (b) Hembusan Nafaslubang hidung terbuka → udara mengalir keluar dari mulut peparu membonjol keatas →glotis terbuka → peparu mengecut disebabkan kekenyalannya →udaramengalir keluarMANUSIA1 Sistem respirasi manusia terdiri daripada rongga hidung, farinks, trakea, bronkus,bronkiol dan peparu (Rajah 7.7).2 Trakea dan bronkus disokong oleh gelang rawan berbentuk C.3 Penyesuaian alveolus untuk pertukaran gas:(a) Bilangan alveolus yang banyak untuk meningkatkan jumlah luas kawasan(b) Dinding alveolus yang nipis(c) Dinding alveolus yang lembap
  • (d) Jaringan kapilari darah pada dinding alveolus4 Mekanisme pernafasan(a) Mekanisme pernafasan melibatkan:(i) tindakan otot interkosta(ii) tindakan otot diafragma (Rajah 7.8)
  • TARIK NAFAS HEMBUS NAFASPerbandingan antara Sistem Respirasi Manusia dengan Organisma LainPERSAMAAN1. Semuanya mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yangbesar bagi resapan gas yang pantas.2 Semuanya mempunyai lapisan dinding yang nipis pada per mukaan respirasi bagimemudahkan resapan gas.3 Semuanya mempunyai lapisan lembap pada din ding permukaan respirasi untukmembantu resapan.
  • PerbezaanJadual 7.2 menunjukkan ciri sistem respirasi antara organisma yang berbeza.
  • PERTUKARAN GAS MERENTASI PERMUKAAN RESPIRASI DAN PENGANGKUTANGAS DALAM MANUSIA1 Pertukaran gas berlaku merentasi permukaan alveolus dan sel badan dengankapilari darah mengelilinginya.2 Pertukaran gas pada alveolus:(a) Udara yang disedut ke dalam alveolus mempunyai lebih banyak oksigen dankurang karbon dioksida berbanding kandungan dalam kapilari darah di sekelilingalveolus.(b) Tekanan separa oksigen adalah lebih tinggi dalam alveolus berbanding dalamkapilari darah. (c) Oksigen dalam alveolus meresap keluar daripada alveolus ke dalam kapilari darah (Rajah 7.9) dan diangkut ke sel badan.(d) Tekanan separa karbon dioksida adalah lebih tinggi dalam kapilari darahberbanding dalam alveolus. (d) Karbon dioksida meresap keluar daripada kapilari darah ke dalam alveolus dan keluar semasa hembusan nafas.3 Pengangkutan gas respirasi:
  • (a) Dalam kapilari darah, oksigen meresap ke dalam sel darah merah dan bergabungdengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.b) Oksigen diangkut ke sel badan dalam bentuk oksihemoglobin.( c) Di sel badan, oksihemoglobin yang tak stabil terurai dan membebaskanoksigen yang kemudian meresap ke dalam sel badan.(d) Karbon dioksida meresap keluar daripada sel badan dan diangkut ke alveolusdalam bentuk ion bikarbonat, asid karbonik dalam plasma darah dan karba-minohemoglobin dalam sel darah merah.4 Pertukaran gas di sel badan(a) Di sel badan, tekanan separa oksigen adalah lebih tinggi dalam kapilari darahberbanding dalam sel badan.(b) Oksigen meresap keluar daripada kapilari darah ke dalam sel badan, untukdigunakan bagi respirasi sel (Rajah 7.10).(c) Tekanan separa karbon dioksida adalah lebih tinggi dalam sel badanberbanding dalam kapilari darah.(d) Karbon dioksida meresap keluar daripada sel badan ke dalam kapilari darahuntuk diangkut ke alveolus.
  • 5 Komposisi udara sedutan dan udara hembusan ditunjukkan di dalam Jadual 7.3di bawah.5 Komposisi udara sedutan dan udara hembusan ditunjukkan di dalam Jadual 7.3 di bawah.MEKANISME KAWAL ATUR DALAM RESPIRASI1 Semasa aktiviti cergas, sel memerlukan lebih banyak oksigen dan glukosa bagimembebaskan lebih banyak tenaga untuk respirasi sel. Kadar respirasi meningkat.2 lni menyebabkan kadar pernafasan meningkat bagi membekalkan lebih banyakoksigen ke otot.
  • 3 Kadar denyutan jantung juga meningkat untuk mengepam lebih banyak darahpada kadar yang lebih laju ke sel otot.Mekanisme Kawal Atur Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida didalam Badan1. Pernafasan adalah suatu proses luar kawal yang dikawal oleh pusat kawalanpernafasan di medula oblongata.2 Kandungan karbon dioksida dalam darah di kawal atur oleh kemoreseptor pusatyang terletak di pusat kawalan pernafasan.3 Kandungan oksigen dalam darah di kawal atur oleh kemoreseptor periferi di dasarjasad karotid dan di jasad aorta.4 Kawal atur kandungan karbon dioksida dalam darah oleh kemoreseptorditunjukkan dalam Rajah 7.13.5. Kawal atur kandungan oksigen dalam darah oleh kemoreseptor periferiditunjukkan dalam Rajah 7.14.
  • Tindak Balas Respirasi, Kadar Respirasi dan Kadar Degupan Jantungdalam Keadaan Berbeza.
  • 1. Jadual 7.4 menunjukkan kawal atur sistem respirasi dalam keadaan yang berbeza.KEPENTINGAN MENGEKALKAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT1 Gaya hidup yang sihat, bebas daripada bahan kimia yang boleh membahayakansistem respirasi adalah penting untuk mengekalkan sistem respirasi yang sihat.
  • 2 Asap rokok mengandungi tar, nikotin, karbon monoksida, 3,4-benzo(α)pirena danbahan merengsa seperti partikel karbon, nitrogen oksida yang boleh merosakkanpeparu dan menyebabkan kanser peparu.3 Penyakit yang disebabkan oleh asap rokok adalah bronkitis kronik, emfisema,radang peparu, asma dan kanser peparu.RESPIRASI PADA TUMBUHAN1 Tumbuhan menjalankan respirasi untuk memperoleh tenaga bagi pelbagai proseshidup.2 Pertukaran gas berlaku melalui stoma (daun) dan lentisel (batang) secara resapan.(a) Pada daun,oksigen meresap melalui stoma ke dalam ruang udara antara sel(Rajah 7.15).(b) Oksigen melarut dalam lapisan lembap dan meresap ke dalam sel bagi respirasiaerob.(c) Karbon dioksida yang dihasilkan semasa respirasi aerob pada waktu siangdigunakan untuk fotosintesis. Lebihan karbon dioksida meresap ke dalam ruangudara dan melalui stoma ke atmosfera.
  • 3 Pada waktu siang, kedua-dua respirasi dan fotosintesis berlaku. Namun begitu,kadar fotosintesis adalah lebih tinggi daripada kadar respirasi. Lebih banyak karbondioksida diperlukan. Karbon dioksida meresap melalui stoma ke dalam sel.4 Pada waktu malam, hanya respirasi berlaku. Oksigen meresap dari atmosfera kedalam sel-sel melalui stoma. Karbon dioksida dibebaskan dan meresap melaluistoma ke atmosfera.Respirasi Aerob dan Anaerob dalam Tumbuhan1 Respirasi aerob berlaku dalam semua sel tumbuhan sepanjang siang dan malam.2 Dalam keadaan kekurangan oksigen, tumbuhan boleh menjalankan respirasianaerob bagi tempoh yang singkat. Sebagai contoh di kawasan banjir dan pokokpadi, akar tumbuhan menjalankan respirasi anaerob bagi tempoh waktu tertentu.Proses Respirasi dan Fotosintesis dalam Tumbuhan
  • Hubungan antara Keamatan Cahaya dan Pencapaian Titik Pampasan dalamTumbuhan1 Tumbuhan menjalankan keduadua respirasi dan fotosintesis pada waktu siang.2 Pada keamatan cahaya rendah (dalam gelap), hanya respirasi berlaku. Kuantitikarbon dioksida yang banyak dihasilkan.3 Semakin bertambah keamatan eahaya, kuantiti karbon dioksida yang dihasilkanberkurang. Kadar fotosintesis meningkat dan proses ini menggunakan sebahagiankarbon dioksida yang dihasilkan semasa respirasi.4 Akhirnya satu titik dicapai di mana semua karbon dioksida yang terhasil semasarespirasi digunakan dalam fotosintesis.5 Pada titik keamatan eahaya ini, pertukaran gas adalah seimbang. Titikkeseimbangan ini dipanggil titik parnpasan. Titik ini merupakan keamatan cahaya dimana .pertukaran bersih gas adalah sifar (Rajah 7.16).6 Pada titik pampasan, kadar fotosintesis adalah sarna dengan kadar respirasi.Jumlah karbon dioksida yang digunakan untuk fotosintesis adalah sarna dengankarbon dioksida yang terbebas semasa respirasi.7 Pada kearnatan cahaya yang tinggi (waktu siang), melebihi titik pampasan, kadarfotosintesis adalah lebih tinggi daripada kadar respirasi (Rajah 7.17). (a) Oksigen yang dihasilkan semasa fotosintesis digunakan untuk respirasi. Oksigen yang berlebihan meresap keluar dari sel ke atmosfera.
  • (b) Glukosa yang terhasil semasa fotosintesis digunakan untuk respirasi. (c) Air yang diperlukan untuk fotosintesis diperoleh daripada respirasi.d) Karbon dioksida yang diperlukan bagi fotosintesis diperoleh daripada respirasi.Namun begitu, semakin tinggi kadar fotosintesis, sernakin banyak karbon dioksidayang diperlukan. Karbon dioksida diperoleh dari atmosfera seeara resapan melaluistoma.