Topik 2 pergerakan dan sokongan

44,883 views

Published on

Panitia Biologi

Published in: Education
0 Comments
15 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
44,883
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
17,486
Actions
Shares
0
Downloads
814
Comments
0
Likes
15
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Topik 2 pergerakan dan sokongan

  1. 1. Topik 2 Biologi Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Maran PERGERAKAN DAN SOKONGANSOKONGAN DAN PERGERAKAN PADA MANUSIA DAN HAIWAN1 Keperluan terhadap sokongan pergerakan(a) Memberikan keseimbangan dan kestabilan untuk pergerakan(b) Mencari makanan dan tempat perlindungan(c) Mencari pasangan bagi pembiakan(d) Melarikan diri daripada musuh atau mengelak bahaya2 Sokongan dan pergerakan disediakan oleh rangka dan otot. 3 Fungsi rangka(a) Memberikan bentuk dan sokongan kepada badan(b) Membenarkan pergerakan(c) Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot(d) Melindungi organ dalaman(e) Menghasilkan sel-sel darah(f) Menyimpan bahan (kalsium dan fosforus)Sistem Rangka ManusiaRajah 11.1 dan Rajah 11.2 menunjukkan bahagian-bahagian rangka manusia.
  2. 2. Rangka paksi1 Tengkorak terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka (Rajah 11.3).(a) Tulang kranium(i) Terdiri daripada lapan tulang pipih yang bercantum untuk membentuk kranium yangmelindungi otak.(b) Tulang muka(i) Terdiri daripada 14 tulang pipih yang ter. masuk rahang atas dan rahang bawah(mandibel).(ii) Rahang bawah bersendi dengan kranium untuk membentuk sendi bergerak yangmembenarkan mulut terbuka dan tertutup semasa bercakap dan makan.2 Turus vertebra (tulang belakang)(a) Terdiri daripada 33 vertebra.(b) Terdapat lima jenis vertebra (Rajah 11.3).
  3. 3. (c) Setiap vertebra dihubungkan dengan vertebra seterusnya oleh muka sendi yangdipanggil zigapofisis untuk membentuk turus yang tleksibel. Sendi ini membenarkanpergerakan yang terhad (d) Diantara setiap pasangan vertebra, terdapat cakera rawan yang menyerap hentakandan mengurangkan geseran semasa pergerakan (Rajah 11.4).(e) Struktur am vertebra ditunjukkan dalam Rajah 11.5. Ia terdiri daripada:(i) Sentrum: Badan utama vertebra, memberikan sokongan(ii) Lengkuk saraf: Lengkuk yang mengunjur dari sentrum. Membentuk salur saraf bagimelindungi saraf tunjang
  4. 4. (iii) Salur saraf: Mengandungi saraf tunjang(iv) Spina saraf: Unjuran dari atas lengkuk (untuk pelekatan otot)(v) Cuaran melintang: Unjuran dari tepi lengkuk (untuk pelekatan otot)(vi) Zigapofisis (muka sendi): Bersendi dengan vertebra lain3 Vertebra serviks(a) Setiap vertebra serviks mempunyai dua salur vertebrarteri pada euaran melintanguntuk membenarkan arteri melaluinya ke otak.(b) Vertebra serviks yang pertama dipanggil atlas (Rajah 11.6 (a)). Ia bersendi dengandasar kranium bagi membenarkan kita mengangguk.(c) Vertebra serviks yang kedua disebut tulang paksi (Rajah 11.6 (b)). Ia bersendi denganatlas bagi membenarkan kepala bergerak dari sisi ke sisi.(d) Vertebra serviks yang lain berfungsi untuk menyokong kepala dan leher(Rajah 11.6(c)).4 Vertebra toraks(a) Setiap vertebra toraks mempunyai muka sendi pada hujung setiap cuaran melintangdan pada sisi sentrum untuk bersendi dengan dua eabang tulang rusuk (Rajah 11.7).
  5. 5. 5 Vertebra lumbar(a) Vertebra yang paling besar.(b) Vertebra ini mempunyai sentrum yang besar dan tebal.(c) Ia mempunyai euaran melintang berkembang dengan baik dan spina saraf yang pipihserta pendek untuk pelekatan otot (Rajah 11.8)6 Sakrum(a) Terdiri daripada lima vertebra sakrum yang bereantum bersama.(b) Muka sendi di kedua-dua belah sakrum bersendi dengan lengkungan pelvis (Rajah11.9).7 KoksikTerdiri daripada empat vertebra yang sangat kecil yang bercantum bersama (Rajah11.10).
  6. 6. 8 Sangkar rusuk (Rajah 11.11) (a) Terdiri daripada dua pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks secaradorsal dan dengan sternum secara ventral.(b) Tujuh pasang tulang rusuk yang pertama bersambung seeara terus dengan sternum.(e) Pasangan ke-8, ke-9 dan ke-10 bersarnbung dengan sternum melalui pasangan ke-7.(d) Pasangan ke-ll dan ke-12 adalah rusuk tergantung.( e) Tulang rusuk bersambung dengan sternum melalui rawan.Rangka apendaj1 Ia bersambung dengan rangka paksi di bahu dan pinggul.2 Ia terdiri daripada:(a) Lengkungan pektoral dan tulang lengan (Rajah 11.12)(b) Lengkungan pelvis dan tulang kaki (Rajah 11.13)
  7. 7. 3 Lengkungan pektoral (Rajah 11.12)(a) Skapula(i) Tulang berbentuk segi tiga yang leper(ii) Bersendi dengan humerus untuk membentuk sendi lesung yang membenarkan per-gerakan dalam semua arah(b) Klavikel(i) Berbentuk rod(ii) Bersambung dengan skapula dan sternum
  8. 8. 4 Tulang lengan (Rajah 11.12)(a) Humerus bersendi dengan skapula dan dengan radiusulna untuk membentuk sendiengsel di siku yang membenarkan pergerakan dalam satu arah.(b) Radius-ulna adalah selari. Ulna adalah lebih panjang dengan unjuran pada hujungatas. Hujung atas bersendi dengan humerus. Hujung bawah bersendi dengan karpus.(c) Karpus adalah tulang kecil di pergelangan tangan. Terdapat lapan karpus yangtersusun dalam dua baris.(d) Metakarpus adalah tulang di tapak tangan. Terdapat lima metakarpus.(e) Falanks adalah tulang di jari. Ibu jari mempunyai dua falanks manakala setiap jariyang lain mempunyai tiga falanks.5 Lengkungan pelvis (Rajah 11.13)(a) Terdiri daripada sepasang tulang pinggul yang bersambung secara ventral. Setiaptulang pinggul terdiri daripada tiga tulang yang bercantum.(b) Setiap tulang pinggul bersambung kepada sakrum.(c) Rongga pada sisi setiap lengkungan pelvis bersendi dengan kepala femur untukmembentuk sendi pinggul yang disebut sendi lesung yang membenarkan pergerakandalam semua arah.6 Tulang kaki (Rajah 11.13)(a) Femur adalah tulang yang panjang di bahagian paha.(i) Hujung atas femur bersendi dengan lengkungan pelvis sementara hujung bawahbersendi dengan tibia-fibula untuk membentuk sendi engsel di lutut yang membenarkanpergerakan dalam satu arah.(ii) Patela (tempurung lutut) di hadapan sendi lutut membantu meluruskan lutut.(b) Tibia-fibula terletak di betis. (i) Fibula yang lebih kedl terletak di luar tibia yang lebihbesar.(ii) Hujung atas tibia-fibula bersendi dengan femur di lutut manakala hujung bawahbersendi dengan tarsus di buku lali.Stop ms 189
  9. 9. 7 Tarsus adalah tulang buku lali. Terdapat tujuh tarsus. Tarsus yang paling besarmembentuk tumit.8 Metatarsus adalah lima tulang di tapak kaki. Metatarsus bersendi dengan tarsus danfalanks di jari kaki.9 Falanks adalah tulang jari kaki. Setiap jari kaki mempunyai tiga falanks. Ibu jari kakimempunyai dua falanks.Peranan Otot, Ligamen dan Tendon dalam PergerakanOtotTerdapat tiga jenis tisu otot:(a) Otot rangka: Melekat pada tulang(b) Otot licin: Pada dinding salur darah, perut dan organ dalaman lain( c) Otot kardium: Pada dinding jantung2 Otot mengecut apabila menerima impuls untuk menghasilkan pergerakan. Tenagauntuk pengecutan datangnya daripada ATP yang dihasilkan dalam .mitokondrion otot.3 Otot rangka biasanya wujud sebagai pasangan otot .antagonis, iaitu apabila satu ototmengecut, satu lagi mengendur. Otot yang mengecut menjadi lebih pendek dan lebihtebal, menghasilkan satu daya tarikan untuk menggerakkan tulang, menyebabkanpergerakan. Semua permukaan dan unJuran pada tulang adalah untuk pelekatan otot.Ligamen1 Ligamen adalah berkas tisu penghubung bergentian untuk menghubungkan tulangbersama.2 Ligamen adalah tisu elastik yang kuat bagi menghubungkan tulang dengan tulang,untuk membentuk satu sendi yang membenarkan pergerakan yang terhad bagimenghalang daripada terkehel.3 Ligamen juga memberikan sokongan dan kekuatan kepada sendi.Tendon1 Tendon melekatkan otot kepada tulang.2 Tendon adalah tisu penghubung bergentian yang tidak elastik.3 Tendon memastikan daya tarikan yang dihasilkan oleh pengecutan otot dipindahkan ketulang, untuk menarik tulang dan menyebabkan pergerakan.
  10. 10. Tindakan otot antagonisSPM 2005 P2Sec.BQ6Pergerakan tangan adalah disebabkan oleh pengecutan dan pengenduran sepasang ototyang berlawanan: iaitu biseps dan triseps.2 Membengkokkan lengan(a) Otot biseps mengecut sementara otot triseps mengendur.(b) Otot biseps menjadi lebih pendek dan lebih tebal, otot triseps menjadi lebih nipis danlebih panjang.(c) Daya tarikan dihasilkan dan dipindahkan ke radius melalui tendon.(d) Radius ditarik ke atas dan lengan dibengkokkan (Rajah 11.14 (a)3 Meluruskan lengan(a) Otot triseps mengecut sementara otot biseps mengendur.(b) Suatu daya tarikan dihasilkan yang kemudian dipindahkan ke ulna melalui tendon. (c) Ulna ditarik ke bawah dan lengan diluruskan (Rajah 11.14 (b)Fungsi Rawan dan Cecair Sinovia di SendiSendi adalah tempat di mana dua atau lebih tulang bertemu.2 Terdapat sendi yang boleh bergerak dan sendi yang tidak boleh bergerak.3 Sendi boleh bergerak (Rajah 11.15) terdiri daripada:(a) Membran sinovia yang merembeskan cecair sinovia di permukaan tulang bagimengurangkan geseran.(b) Rawan menyerap hentakan
  11. 11. Pergerakan HaiwanSPM 2005 Sek B Q6(b)Pergerakan cacing tanah1 Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik dan bergerak dengan cara merangkak danmerayap.2 Dinding badan terdiri daripada otat lingkar luar dan otat membujur dalam.3 Bulu kejur kecil yang dipanggil keta bertindak sebagai penyangkuk semasa pergerakan.4 Pergerakan adalah disebabkan oleh suatu siri pengecutan dan pengenduran otot lingkardan memhujur pada dinding badan bagi menghasilkan gelomhang peristalsis dari hujunganterior ke hujung posterior badan.5 Mekanisme pergerakan pada cacing tanah(a) Keta pada hujung posterior badan mencengkam tanah untuk menetapkan badan padatanah.(b) Otot lingkar pada hujung anterior badan mengecut, sementara otot membujurmengendur. Bujung anterior meregang dan memanjang. Tekanan hidrostatik menolakcecair badan ke belakang (Rajah 11.16).
  12. 12. (c) Keta di hujung posterior ditarik, manakala keta di hujung anterior mencengkam tanah.(d) Otot membujur di hujung anterior mengecut manakala otot lingkar mengendur.Bujung anterior memendek dan menjadi lebih tebal. Cecair badan mengalir ke hujunganterior. Bujung posterior ditarik ke depan.Pergerakan belalang1 Serangga mempunyai rangka luar.2 Otot terletak di dalam rangka luar dan berpasangan secara antagonis.3 Belalang bergerak dengan car a melompat, terbang atau berjalan. 4 Melompat(a) Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang dilipat dalam bentuk Z. Semasarehat, otot fleksor mengecut dan bersedia untuk melompat (Rajah 11.17(a)(b) Untuk melompat, otot ekstensor mengecut manakala otot fleksor mengenduro Kakibelakang diregangkan dan diluruskan (Rajah 11.17 (b)(c) Suatu daya dihasilkan yang menolak badan ke hadapan dan ke udara.5 Terbang(a) Dua pasang sayap terdapat di bahagian toraks.(b) Pasangan sayap pertama (sayap hadapan) melindungi sayap belakang untuk pener-bangan.(c) Semasa penerbangan, penge cutan otot penerbangan menyebabkan sayap bergerak keatas dan ke bawah. Daya ke atas dihasilkan bagi menolak belalang untuk bergerak ke atasdan terbang.
  13. 13. 6 Berjalan (Rajah 11.18)Menggunakan tiga kaki bertanda X untuk sokongan dan tiga yang lain untuk menarikatau menolak badan.Pergerakan ikan1 Ikan berenang di dalam air dan menghadapi rintangan di dalam air.2 Ciri-ciri penyesuaian untuk berenang.(a) Ikan mempunyai badan berbentuk larus bagi mengurangkan rintangan air.(b) Badan ikan diliputi sisik yang tersusun ke belakang bagi mengurangkan daya geseran (rintangan) di dalam air (Rajah 11.19).(c) lkan mempunyai rangka daIam untuk pelekatan otot. Otot disusun dalam bongkahbersegmen yang dipanggil miotom di kedua-dua sisi tulang belakang.(d) Otot miotom bertindak secara antagonis. Apabila miotom di bahagian kananmengecut, miotom di bahagian kiri mengendur, menyebabkan badan membengkok kekanan (arah pengecutan). Pengecutan miotom yang berselang sell ke kanan dan kirimenyebabkan badan dan ekor mengibas dari sisi ke sisi. lni menghasilkan tujahan kedepan yang menolak ikan ke hadapan pada laluan yang lurus (Rajah 11.20).
  14. 14. (e) Menyeimbangkan badan menggunakan sirip:(i) Pasangan sirip pektoral:Sebagai kemudi bagi mengubah haluan dan bertindak sebagai brekPergerakan katak1 Katak beradaptasi untuk berenang, melompat dan merangkak.2 Berenang(a) Katak mempunyai kaki yang berkulit selaput untuk berenang.(b) Kulit di antara jari kaki bertindak sebagai pengayuh untuk menolak katak ke hadapansemasa di dalam air.3 Melompat(a) Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dengan otot yang kuat dan bolehdilipat dalam bentuk Z semasa rehat.(b) Untuk melompat, otot ekstensor di kaki belakang mengecut. Kaki belakangdiluruskan dan satu daya yang bertindak ke bawah dan ke belakang dihasilkan. Dayabertentangan yang bertindak ke atas dan ke hadapan dihasilkan untuk menolak katak keatas dan jauh dari tanah (Rajah 11.21).(c) Katak mendarat dengan menggunakan kaki hadapannya yang lebih pendek bagimenyerap hentakan semasa pendaratan.
  15. 15. 4 MerangkakUntuk merangkak, katak memanjangkan dan menarik kembali kaki depan dan kakibelakangnya secara bergilir-gilir (Rajah 11.22).Pergerakan pada burung1 Adaptasi burung untuk terbang adalah:(a) Badan larus untuk mengurangkan rintangan dalam udara(b) Sayap berbentuk aerofoil untuk menghasilkan tujahan ke atas untuk menolak burungke atas dan ke hadapan(c) Badan ringan kerana mempunyai tulangyang berongga, kepala yang kecil, badantanpa lemak dan organ berpasangan yang dikurangkan kepada satu bagi mengurangkanberat(d) Bulu pelepah kalis air dan tersusun secara bertindih dan mengarah ke belakang bagimemberikan bentuk badan yang larus dan luas permukaan yang besar dan untukmenambahkan tujahan ke atas2 PenerbanganKibasan sayap adalah disebabkan oleh tindakan antagonis otot dada.(a) Gerakan ke bawah sayap (Rajah 11.23)(i) Otot pektoralis major pada kedua-dua sayap mengecut.(ii) Sayap ditarik ke bawah dan ke belakang.(iii) Rintangan udara menghasilkan daya tujahan ke atas pada sayap.
  16. 16. (iv) Daya tujahan dipindahkan dari sayap ke korakoid untuk mengangkat keseluruhanbadan ke atas dan ke hadapan.(b) Gerakan ke atas sayap(i) Otot pektoralis minor pada kedua-dua sayap mengecut.(ii) Sayap ditarik ke atas. (iii) Rintangan udara adalah rendah. Sayap kembali kekedudukan asal.Kesan Kecacatan Sistem Rangka Otot terhadap Sokongan dan PergerakanOsteoporosisOsteoporosis adalah penyusutan tulang disebabkan oleh pengurangan jisim tulang.Tulang adalah ringan dan poros serta menjadi lembut dan rapuh.2 Ia berlaku disebabkan oleh kadar pengurangan kadar kalsium dan fosforus ke dalamaliran darah lebih tinggi daripada kadar pemendapan atau pembentukan tulang.3 Biasanya berlaku kepada orang tua, terutamanya wanita yang telah mengalami putushaid.4 Cara untuk mencegah osteoporosis:(a) Diet yang kaya dengan kalsium untuk menambahkan jisim tulang(b) Diet yang kaya dengan vitamin D untukmenambahkan penyerapan kalsium(c) Selalu bersenam untuk menguatkan otot dan tulang (d) Menjalani terapi penggantianhormon (HRT)Distrofi otot1 Penyakit ini menyebabkan otot rangka merosot secara perlahanlahan.2 Gentian otot merosot dan menjadi kedl.3 Merupakan penyakit pewarisan yang disebabkan oleh kecacatan gen pada kromosom Xdan lebih banyak terjadi kepada lelaki berbanding perempuan.Artritis1 Artritis melibatkan radang pada sendi.2 Sendi menjadi sakit dan menyebabkan pergerakan yang terhad.3 Artritis yang bias a berlaku adalah:(a) Osteoartritis(b) Artritis reumatoid(c) Gout4 Osteoartritis(a) Osteoartritis berlaku disebabkan rawan di antara tulang pada sendi rosak disebabkanhaus dan lusuh.(b) Biasanya berlaku kepada orang tua.(c) Sendi menjadi sakit, mengalami keradangan, bengkok dan kejang.(d) Biasa berlaku pada pinggul, lutut dan belakang.
  17. 17. 5 Artritis reumatoid(a) Berlaku disebabkan oleh keradangan membran sinovia yang membawa kepadapengumpulan cecair sinovia pada sendi jari tangan, pergelangan tangan, buku lali dankaki.(b) Sendi mengalami keradangan, sakit dan kejang.6 Gout(a) Disebabkan oleh pengumpulan asid urik di dalam sendi(b) Sendi mengalami keradangan dan sakit.(c) Lebih kerap berlaku kepada lelaki.(d) Rawatan termasuklah:(i) Pengambilan minuman keras yang sederhana banyak(ii) Mengurangkan pengambilan protein dalam diet(iii) Mengambil ubat untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan asid urikdalam badanMasalah otot1 Kekejangan otot(a) Ia disebabkan oleh kekejangan otot hasil daripada pengecutan otot secara tibatiba dankuat.(b) Kekurangan garam di dalam badan boleh menyebabkan kekejangan otot.2 Sakit otot(a) Ia disebabkan oleh tekanan kuat atau koyakan kedl pada otot.(b) Ketegangan otot disebabkan oleh koyakan yang lebih besar.MENGHARGAI SISTEM RANGKA OTOT YANG SIHAT1 Sistem rangka otot membantu menyokong badan dan menyebabkan pergerakan.2 Cara mengekalkan sistem rangka yang sihat:(a) Diet yang seimbangDiet yang kaya dengan protein, vitamin D, kalsium dan fosforus membantumembina tulang yang kuat dan mencegah osteoporosis.(b) Mempunyai postur yang baik(i) Postur adalah cara seseorang membawa dirinya semasa pergerakan dan apabilamenjalankan aktiviti.(ii) Dengan postur yang baik, badan disokong dengan baik, turus vertebra adalah lurus, isipadu rongga toraks tidak dikurangkan dan fungsi organ dalaman tidak terganggu (Rajah11.24).(iii) Dengan postur yang buruk, terdapat tekanan yang tidak perlu pada otot dan tulangbelakang. lni menyebabkan kelesuan dan sakit belakang.
  18. 18. BerdiriBadan sepatutnya berada dalam satah lurus, tegang dantegakBerat badan disokong oleh kaki dan diseimbangkan padapaksi DudukBelakang, pinggul dan paha disokong dengan baikBelakang adalah tegak dan berehat pada kerusiSemua otot adalah kendur BerjalanBadan tegak dan lurusKepala di angkat, mata melihat lurus ke hadapan Mengangkat objek berat Toraks dan abdomen selari dalam satu garisan menegak Melutut dengan membengkokkan lutut don meluruskan tangan untuk mengangkat objek
  19. 19. (c) Memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti harian(i) Pemakaian yang sesuai semasa bersenam dan berekreasi adalah perlu untukmengelakkan kecederaan pada sistem rangka.(ii) Elakkan pakaian yang ketat kerana boleh mengganggu aktiviti otot dan pergerakan.(iii) Elakkan pakaian tebal yang mengganggu perpeluhan.(iv) Elakkan kasut tinggi yang menyebabkan belakangmembongkok.(d) Mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai semasa aktiviti cergas(i) Lakukan aktiviti cergas berdasarkan keupayaan.(ii) Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan di bahagian belakang.(iii) Pastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dan tidak berbahaya.(iv) Panaskan badan sebelum melakukan senaman cergas untuk meningkatkan suhu ototsupaya otot dapat berfungsi secara berkesan.( e) Mengamalkan teknik senaman yang betul dan selamat(i) Lakukan senaman berdasarkan teknik yang betul bagi mengelakkan kecederaan padaligamen, tendon, otot dan tulang.(ii) Gunakan peralatan dan teknik yang betul bagi mencegah kecederaan pada sistemrangka otot.SOKONGAN PADA TUMBUHANKepentingan Sokongan pada Tumbuhan1 Membolehkan tumbuhan kekal tegak2 Membolehkan tumbuhan berada di kedudukan yang membolehkannya mendapatcahaya matahari yang maksimum3 Untuk menampung berat tumbuhan4 Untuk memberikan kekuatan menahan rintangan anginSokongan pada Tumbuhan AkuatikSPM 2005/SecB/Q61 Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik:(a) Tumbuhan air tenggelam (Hydrilla sp., Elodea sp., Utricularia sp.)(b) Tumbuhan terapung (teratai, keladi bunting)2 Penyesuaian tumbuhan tenggelam untuk sokongan dalam air (a) Lamina daun yangnipis, kedl dan batang halus untuk mengurangkan rintangan arus air.(b) Tiada akar dan tisu berkayu.
  20. 20. Kutikel tumbuhan adalah nipis dan mudah telap air dan gas. Keseluruhan permukaantumbuhan boleh menyerap air, garam mineral, karbon dioksida dan oksigen.(c) Batang dan daun mempunyai rongga udara yang membolehkan tumbuhan terapungdan kekal tegak di dalam air.3 Penyesuaian tumbuhan terapung untuk terapung di permukaan air (a) Batang dan daun mempunyai tisu aerenkima yang terdiri daripada pundi udara, sel yang berdinding nipis dan banyak ruang udara di antara sel (Rajah 11.25). Ini menyebabkan tumbuhan menjadi ringan dan memberikan keapungan kepada tumbuhan untuk terapung.(b) Permukaan daun yang terapung diliputi oleh kutikel bedilin untuk mencegah stomadaripada tersumbat dengan air.(c) Pundi udara atau ruang udara pada daun membantu resapan oksigen dan karbondioksida melalui stoma.(d) Keladi bunting mempunyai batang, petiol besar yang banyak ruang udara untukmemberikan lebih daya keapungan dan membolehkan tumbuhan terapung di permukaanair (Rajah 11.26). Ia mempunyai banyak akar bergentian halus yang memerangkapgelembung udara untuk membolehkan tumbuhan terapung.Sokongan pada Tumbuhan Darat1 Tumbuhan herba (keembung, lidah buaya)(a) Merupakan tumbuhan tidak berkayu dengan batang lembut.(b) Tumbuhan herba mempunyai tisu xilem yang sedikit dan bergantung kepadakesegahan sel pokok untuk memberikan sokongan.(c) Penyesuaian
  21. 21. (i) Tisu parenkima mempunyai dinding yang nipis dan menyerap air secara osmosisuntuk menjadi segah. Kesegahan . sel memberikan sokongan dan menyebabkan batangmenjadi tegak dan mengekalkan bentuk tumbuhan.(ii) Pokok memanjat mempunyai sulur paut untuk memberikan sokongan kepadatumbuhan.2 Tumbuhan berkayu(a) Tumbuhan berkayu adalah tumbuhan besar dengan batang berkayu yang keras, sepertipokok dan pokok renek.(b) Tumbuhan ini mempunyai tisu khas untuk memberikan sokongan.(c) Tisu sokongan ini mempunyai dinding yang ditebalkan dan dikuatkan dengan selulosaatau lignin untuk memberikan sokongan.(d) Tisu penyokong adalah:(i) Tisu xilemTisu xilem terdiri daripada salur xilem dan trakeid yang dikuatkan dengan lignin. Inimenjadikan tisu xilem keras dan kuat untuk memberikan sokongan mekanikal.Semakin tumbuhan itu membesar, lebih banyak tisu xilem ditambah untuk menyokongpertambahan jisim tumbuhan.(ii) Tisu parenkimamenyimpan kanji, gula dan air. Penyerapan air secara osmosis menyebabkan sel menjadisegah dan memberikan sokongan kepada tumbuhan.(iii) Tisu kolenkima mempunyai dinding yang ditebalkan dengan selulosa untukmemberikan sokongan kepada daun, tangkai bunga dan batang muda.(iv) Tisu sklerenkimamempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan lignin untuk memberikan sokongankepada tumbuhan. Contohnya seperti batang tebu, daun kelapa, buah dan biji dengankulit yang keras.

×