BAB 4 Pembuatan Keputusan

  • 23,434 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
23,434
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
14
Likes
21

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. SMK LUI BARAT, JEMPOL EN HAIRULNIZAM HASSAN PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN
  • 2. DEFINISI PEMBUATAN KEPUTUSANPembuatan keputusan ialah prosespenyelesaian masalah dengan memilihsatu jalan atau tindakan antara beberapaalternatif.Merupakan proses asas dalampengurusan.Pembuatan keputusan secara kualitatiftidak melibatkan maklumat berangkatetapi cenderung berbentuk cungkilanidea-idea.
  • 3. Pembuatan keputusan secara kuantitatif ialah keputusan dalam bentuk angka yang membolehkan analisis secara statistik dilakukan.
  • 4. JENIS KEPUTUSAN ORGANISASI1.KEPUTUSAN BERSIFAT RUTIN Bergantung terutamanya kepada kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya. Digunakan untuk masalah berstruktur. Kebanyakan berlaku di peringkat bawah dalam hierarki pengurusan.
  • 5. 2.KEPUTUSAN BERSIFAT ADAPTIF Perantaraan keputusan yang dirancang dan tidak dirancang. Keputusan yang diambil mengikut kepentingan dan kesesuaian mengikut keadaan.
  • 6. 3.KEPUTUSAN BERSIFAT INOVATIF Penemuan, pengenalpastian dan penentuan masalah yang tidak berstruktur dengan pembentukan alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif. Melibatkan kumpulan profesional untuk membangunkan sesuatu yang tidak dijangka.
  • 7. KEADAAN PERSEKITARAN1.PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEADAAN KEPASTIAN Maklumat yang diperolehi lengkap dan boleh dipercayai. Tahu tindakan yang perlu diambil dan kesannya. Jarang berlaku kerana faktor yang berada di luar kawalan.
  • 8. 2.PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEADAAN RISIKO Maklumat ada tetapi masih belum lengkap. Jangkaan kemungkinan sesuatu keadaan berlaku dapat ditentukan menerusi kebarangkalian objektif. Walaupun maklumat tidak lengkap,dengan perancangan yang baik dan teliti,kualiti maklumat boleh ditingkatkan.
  • 9. 3.PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM KEADAAN KETIDAKPASTIAN Wujud apabila dalam keadaan yang tidak diketahui dan sukar ditentukan kerana tiada data dan maklumat yang boleh dirujuk. Menggunakan pengalaman serta pertimbangannya untuk membuat penilaian yang subjektif.
  • 10. LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG RASIONAL
  • 11. 1.MENGENAL PASTI MASALAH Penting untuk mengenal pasti masalah atau peluang perniagaan serta menakrifkannya dengan jelas. Perlu dilengkapi dengan kemahiran memerhati,menafsir serta menghubungkaitkan masalah.
  • 12. 2.MENGUTIP DAN MENGANALISIS DATA ATAU MAKLUMAT Maklumat berkaitan sesuatu masalah perlu dikutip dan dianalisis untuk mengesahkan masalah sebenar yang dihadapi. Kesahihan teknik pengumpulan maklumat dan kualiti maklumat perlu dititikberatkan.
  • 13. 3.MENCARI ALTERNATIF Kualiti maklumat akan menentukan kualiti alternatif yang dibentuk. Berfikiran kreatif, nasihat pakar dan penyelidikan. Masa yang cukup mesti diperuntukkan.
  • 14. 4.MENILAI ALTERNATIFa)Kecukupan Boleh selesaikan atau meringankan masalah yang dihadapi. Analisis faedah-kos juga boleh dijalankan ke atas setiap alternatif supaya menghasilkan lebih banyak faedah berbanding dengan kos yang perlu dibayar.
  • 15. b)Kesauran Alternatif yang boleh dilaksanakan setelah mempertimbangkan segala kekangan- kekangan yang wujud. Pelaksanaannya mungkin bercanggah dengan kriteria etika sesebuah organisasi.
  • 16. c)Realistik Keputusan yang diingini mesti boleh dicapai. Alternatif yang ingin dipertimbang dan dinilai bersifat tersaur dan realistik secara serentak.
  • 17. 5.MEMILIH ALTERNATIF TERBAIK Kelebihan dan kelemahan setiap alternatif perlu diketahui supaya alternatif yang terbaik dapat dipilih. Alat pembuatan keputusan berbentuk kualitatif dan kuantitatif boleh digunakan. Pengalaman dan rujukan hasil penyelidikan dapat membantu.
  • 18. Pemilihan alternatif yang tepat tidakselalunya menjamin kejayaan.
  • 19. 6.MENILAI KEPUTUSAN Penilaian keputusan dapat membantu melihat keberkesanan keputusan yang telah dibuat dan dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah yang serupa pada masa hadapan.
  • 20. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN
  • 21. 1.SIFAT MASALAH TERSEBUT Keputusan rutin hanya sesuai untuk masalah berstruktur manakala keputusan adaptif dan inovasi lebih sesuai untuk masalah tidak berstruktur.2.MASA YANG DIPERUNTUKKAN Jumlah masa akan mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpul dan kualiti keputusan yang dibuat.
  • 22. 3.SIKAP ORGANISASI Dasar organisasi akan menentukan sejauh mana para pekerja akan terlibat dalam pembuatan keputusan. Sokongan pihak pengurusan dari segi sumber dan moral juga penting untuk menggalakkan penglibatan para pekerja.
  • 23. 4.DARJAH PENERIMAAN DAN KOMITMEN PEKERJA DAN PIHAK PENGURUSAN Menentukan kejayaan sesuatu keputusan.5.KEUPAYAAN DAN SIKAP PEMBUAT KEPUTUSAN Membantu dalam menjamin kualiti keputusan.
  • 24. PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN
  • 25. 1.SUMBANGSARAN Teknik penjanaan idea dengan setiap ahli dalam kumpulan dibenar untuk memberi pendapat secara bebas tentang sesuatu masalah atau tajuk perbincangan. Sesuai digunakan apabila idea-idea baru diperlukan.
  • 26. Kumpulan sumbangsaran yang berkesanbiasanya terdiri daripada lima hingga tujuhorang individu.Dalam sesi,idea yang baik atau tidak baikdigalakkan dengan tujuan merangsangahli-ahli lain untuk menjana lebih banyakidea.
  • 27. Sebarang kritikan atau perbahasan tidakdigalakkan kerana ini akan melemahkansemangat penjanaan idea secara kreatif dikalangan ahli-ahli.Pembatasan dari segi bilangan idea yangboleh dihasilkan adalah tidak digalakkan.
  • 28. Sinergi perlu digalakkan menerusisumbangan bersama dan persainganyang sihat agar dapat menghasilkan lebihbanyak idea.
  • 29. 2.KUMPULAN NOMINAL Digunakan apabila persetujuan sebulat suara atau penyelesaian masalah perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Satu panel ditubuhkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mengenal pasti penyelesaian atau peluang-peluang alternatif bagi masalah tersebut secara bebas.
  • 30. Setiap penyelesaian atau alternatif yangdicadangkan akan dinilai.Selepas dinilai,penyelesaian atau alternatifyang paling baik akan diundi.Untuk memperolehi persetujuan bersamadi kalangan ahli-ahli,sesuatu penyelesaianatau alternatif itu perlu dibaiki.Pendapat setiap ahli panel dianggap sulit.
  • 31. 3.TEKNIK DELPHI Kaedah tinjauan untuk menggembleng pendapat ahli-ahli kumpulan dalam proses pembuatan keputusan yang kreatif. Ahli akan ditinjau menerusi beberapa pusingan penyiasatan. Ahli-ahli tidak bertemu dan identiti ahli dirahsiakan.
  • 32. Kelemahan teknik Delphi: Keahlian panel mungkin berubah,khasnya jika proses berkenaan memerlukan masa yang panjang. Ahli-ahli kumpulan mungkin bukan pakar dalam hal-hal yang dibincangkan.
  • 33. Identiti secara rahsia mungkin akanmenjejaskan sikap akauntabiliti dantanggungjawab di kalangan ahli-ahlikumpulan.Soalan-soalan yang tidak jelas mungkinmenyebabkan ahli-ahli panel mencapaikonsensus yang tidak tepat.
  • 34. KELEBIHAN PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN
  • 35. Dapat menjana lebih banyak ideaberbanding dengan yang dapat dilakukansecara individu.Meningkatkan peluang penjanaankeputusan yang kreatif dari pelbagai sudutyang berlainan.Ahli kumpulan lebih komited danbermotivasi untuk menjayakan keputusantersebut.
  • 36. Meningkatkan kualiti keputusan yangbakal dibuat kerana segala ketidakpastiantelah dibincangkan dalam sesiperbincangan.
  • 37. KELEMAHAN PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN
  • 38. Mengambil masa yang lama untukmencapai sesuatu keputusan berbandingdengan individu.Kemungkinan wujud ahli kumpulan yangcuba menguasai suatu sesi perbincanganyang akan menjejaskan keputusan yangakan dibuat serta penglibatan ahli-ahli lain.
  • 39. Menimbulkan persoalan tanggungjawabterhadap keputusan yang dibuat walaupunahli itu tidak bersetuju dengan keputusantersebut.Ahli-ahli terpaksa bertolak ansur untukmengelakkan konflik menyebabkankeputusan tidak mencapai optimum.